........... Tangguh Pemilihan 2016 - Usul Wujudkan Jawatan Presiden SeUmur Hidup ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tangguh Pemilihan 2016 - Usul Wujudkan Jawatan Presiden SeUmur Hidup !

Saturday, June 27, 201562comments

Ramai yang terkejut dengan pengumuman Najib selaku Prsiden Umno semalam yang menangguh Pemilihan Umno tahun depan selama 18 bulan .... kononnya kerana mahu utamakan rakyat, keperluan rakyat, dasar dan akar umbi serta pengukuhan parti supaya UMNO lebih mantap bagi menghadapi PRU akan datang.‎

Jangan salah faham .... bukan terkejut kerana penangguhan itu kerana sejak peristiwa bersejarah Nothing2Hide, ramai yang sudah menduga Najib tidak akan berani berdepan dengan sebarang cabaran ... tapi terkejut kerana tidak menyangka begitu awal Najib umumkan !

Yalah, selepas mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari setiap pertemuan tertutup dengan perwakilan Umno, ramai yang percaya Najib masih mendapat kepercayaan ahli Umno untuk berdepan dengan sebarang cabaran yang bakal mendatang.

Baru dua tiga hari  lalu tersebar dengan begitu meluas dikalangan pro Najib artikel dari TheStar yang membuat analisis akan kekuatan Najib dalam berdepan serangan Tun Mahathir - No problem maaa, sap sap suwey !

Terbaru pro Najib seakan menyambut Hari Raya meraikan kemenangan Najib dan 1MDB susulan tertangkapnya Xavier yang dilabel sebagai penyucian 1MDB dari segala kritikan. 

Kita sendiri menyangkakan akan keluar sekali lagi ungkapan Pahlawan Bugis dari mulut Najib, setelah lama tidak kedengaran sejak Nothing2Hide... 

Alih-alih, Pahlawan Bugis memeranjatkan kita semua terutama askar2nya sendiri yang terkedu dengan pengumuman penangguhan semalam !

Ini semua salah Nazri Aziz lah ni !!!

Huh ? Bukan salah Muhyiddin ke yang membuat usul semasa PAU tahun lepas supaya Pemilihan tahun depan diteruskan ?

"Saya percaya UMNO tidak akan berpecah sekiranya pemilihan diadakan. Pemimpin UMNO tentunya cukup matang untuk menghadapinya," 

Menurut Muhyiddin, pemimpin UMNO mesti meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan diri sendiri dan sekiranya ada yang jadi batu penghalang kepada peremajaan parti, mereka mesti berundur secara terhormat
  - astroawani 25/11/2014.



Taaaak .... ayat Muhyiddin tu kira standardlah. Ayat tu masih boleh di spin.Tapi ayat Nazri yang lebih power !

Nazri juga berkata Mahathir dan pemimpin Umno lain yang menentang Najib juga boleh bertanding jawatan presiden Umno dalam pemilihan tahun depan  ... KLiK.

Ayat Nazri lebih direct, lebih spesifik MENCABAR sesiapa yang mahu menentang Najib, boleh lakukannya tahun depan. 

Peeeergh.... semua kecut telur bila dicabar oleh Nazri sebegitu .... TERMASUK Najib sendiri !

Keras sangat cabaran tu sampai yang nak pertahankan jawatan pun kecut hahahahaha ..... dah tahu yang Najib tu PANTANG dicabar, yang memandai2 cabar orang lain tu kenapa ?!

Ginilah, apakata demi memastikan Umno dapat terus mengutamakan rakyat sampai bila-bila, Umno wujudkan jawatan Presiden SeUmur Hidup .... tidak perlu diadakan pertandingan untuk jawatan Presiden sampai bila-bila. Agak2 Presiden dah puas pegang jawatan, barulah Presiden lepaskan ...

Jadi tak perlulah pecah kepala memikirkan alasan nak pinda perlembagaan parti supaya dapat ditangguhkan lagi Pemilihan sekali lagi, dan lagi, dan lagi .....

PRU14 tak nak tangguh ?


Astroawani

Share this article :

+ comments + 62 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 6:28 AM

Apa yang terkejut??? atau buat bodoh

Dulu Mahathir dan Badawi buat juga...tak menyalahi perlembgaan UMNO


so, tak payah;ah buat kecoh dan fitnah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 6:37 AM

Benarlah kata-kata seorang wali besar bahawa malaysia menuju kehancuran di tangan pemimpin yang tidak didoakan oleh para wali negara ini waima nusantara sekalipun. Tidak luar biasa lepas satu akan ada satu lagi mala petaka yang tak pernah-pernah berlaku kat malaysia ni. Tunggu sajalah perhitungan Allah SWT.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 6:51 AM

Salam,

1. Saya baru faham kenapa TDM kata najib takut letak jawatan kerana akan dilibatkan dengan tindakan jenayah viz 1MDB.

2. TDM memang mengetahui lebih dalam permasalahan Najib dan 1MDB.

3. Penangkapan ex petrosaudi director (IT Staff) merupakan RED HERRINGS atau DISTRACTOR ke atas kes 1MDB. Namun, strategi digunapakai Petrosaudi/1MDB gagal menipu rakyat.

4. TDM sekarang dilanyak dan SR dituduh menipu. Namun kuasa ALLAH mengatasi semuanya. SR dah throwing the ball back to Zahid and the gang.

5. Melihat their plans had literally failed, Najib rode on Majlis Tertinggi UMNO to defer PAU for 18 months in order to cling to power.

6. So all along TDM was right in his analysis that umno/bn is going to lose in pru14.

7. Now the ball is in umno's grassroot supporters' court. You could make it different if you speak with immediate effect. Do not wait gor your KBUs to mske drastic moves.

8. To non paid bloggers like Din Turtle yourself, JMD, APANAMA, OTSB, JELAPANG, SR ONLINE, DAKJ, ZAM and many others.......please get yourselves aligned on a common front and with good moves with assistance of veterans like sanusi junid, daim, tengku razaleigh and others, ASSAULT......if you all love your race, Islam and Malaysia.

9. We in 2 east malaysian states will help you achieve your holy mission, insyallah

....................
Reply To This Comment ...................
June 27, 2015 at 7:01 AM

Eh eh, orang Najib bacalah DT ! Sukanya ..... terimakasih !!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 7:16 AM

Anon 6.28,

Tak terkejut ..... tapi nampak sangat ada yang penakut....huhuhu

Tak buat bodoh ..... tapi kesian ramai yang cuba nak dibodohkan....hihihi

Betul TDM dan TAB pernah buat ..... tapi tak dak pula kes serupa altantuya dan 1MDB....hohoho

Benar tak salah sisi perlembagaan ..... tapi kekalahan terserlah, kehancuran pasti.... menangis teresak2

Mana ada kecoh2 atau fitnah2 ..... fakta bukan auta, realiti bukan fantasi

....................
Reply To This Comment ...................
June 27, 2015 at 7:29 AM

Penangguhan masa Tun sebab untuk penyatuan memandangkan pru dah hampir. Tapi alasan sama tak boleh Najib berikan sebab pru lambat lagi !

Lagipun tun orang biasa, standardlah kalau takut. Pahlawan Bugis ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 7:35 AM

cila*a* ko DT...pepagi dh kasik Ajibgong n his gang terberak n terkencing dlm suar... apa2 pun usaha gigih tuan dan grup dgn iringan doa rakyat marhaen akn dpt menurunkn bakal Presiden seumor hidup ini turun menyembah bumi sebelum Mesia ditimpa bala bangkrapsi ciptaan ajibgong mau pn malapetaka bumi pengajaran dr Allah swt... PAS hancur krna mainkn agama UMNO hancur krna Wang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 7:42 AM

http://futurefastforward.com/images/stories/financial/JhoLow1MDBHardcoreLiesByPrimeMinister.pdf

:)
./mkh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 8:14 AM

Habis mahathir buat najib pun boleh buat jugak la? Hari tu bukan main dabik dada cakap najib ni perluas demokrasi dengan ambik kira undi semua ketua bahagian tam macam mahathir!? Sekarang apa guna kalau tak payah ada pemilihan pun?!

....................
Reply To This Comment ...................
June 27, 2015 at 8:26 AM

Haha. Memang BloNgang betul la. Alasan dulu ngn skrg sama ka?
Mesti BloNgang nk bonus raya lebih ni. Koh Koh Koh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 8:27 AM

Kecoh lar lu bro...
Nape lu jd bengap...
Tangguh persidangan bkn najib jer buat..
Tdm buat lg extrim pd tu spanjang 22 tahun..
Taktik haram jadah cam kouta utk presiden..mmng x pernh dibuat olih parti lain...tp tdm buat...
Lu jgn jd batu api bro...
Elok bawak blog lu joint keldiaan daily..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 8:38 AM

Tak sangka ada rupanya orang najib kat sini... walaupun nampak bodohnya, tapi tetap mencuba..... syabas!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 8:49 AM

Ni mana satu yg betul ni Pahlawan Bugis Pantang Dicabar ATAU Pahlawan Bugis Takut Dicabar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 9:18 AM

Din, awal2 pg lg kau adu domba bangsa kau.. klu tak sokong tak pe tp jgn suka buat fitnah seolah2 kau tahu semua pemikiran org..tak baik bro..tobatlah dln bulan mulia ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 9:57 AM

@Anonymous

Pernah ke Pak Lah dan Tun Dr. Mahathir buat penangguhan dua kali berturut-turut? Sebelum ini penangguhan juga, sekarang tangguh lagi.

Jangan nak kelirukan oranglah, kalau pemikiran dah dungu tu, kamu takkan faham apa yang sebenarnya berlaku, sebab kamu manusia dungu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 10:36 AM

1. Penangguhan PAU merupakan "kemenangan" bagi pihak Najib dan kuncu2nya termasuk MKT dan KBU yang sebulu dengannya

2. Setakat ini, pendesak seperti TDM dan mereka yang berfikiran sama "gagal menurunkan" najib seperti diwarwarkan. Mereka ini gagal mempertahankan umno daripada kekalahan yang pasti pada pru14

3. Nampak yang mendapat kesan daripadanya adalah ahli akar umbi...yang mengharapkan satu perubahan

4. Bagi pihak pembangkang tak menjadi masaalah sememangnya tugas mereka untuk merampas putrajaya.

Umat melayu dan islam, berubahlah cara hidup kita semua....bersedialah menjadi hamba dalam negara sendiri. Kita akan merempat......terimalah hakikatnya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 10:40 AM

Ko gila din!!
Sedangkn masa nk kira undi kj/mukhriz pon org umno ambik ms 9 jam (sb upah budak tadika kot mengira undi...) inikan lg nk plan kiraan undi presiden!
Mau x 72jam diperlukan nak kira...tu kena plan betol2 din..kena plan..
Itu baru presiden,ketua pemuda lg..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 10:46 AM

DIN awak bukan ahli Umno jadi apa awak peduli?.Lebih baik awak teruskan isu 1MDB kalau awak mahu jatuhkan PM Najib,itu lebih sesuai utk awak.Atau awak sudah takut sekarang?.Mungkin juga awak salah seorang yg bakal di kenakan tindakan bila semuanya sudah jelas dan terbukti nanti?.

Dalam keadaan sekrang selepas penangakapan Xevier,kalau di adakan pemilihan Umno, bukan PM Najib yg akan kehilangan kuasa ,tapi sebagian besar individu yg di kaitakn dengan Mahahtir yg akan terpelanting dari kerusi mereka.Orang yg paling pasti ialah SA yg sekarang menyepi diri berkaitan dgn isu pembelian hartanah di Australia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 10:48 AM

President Pas lg berjiwa pahlawan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 12:20 PM

Bukan kecoh atau fitnah...hakikat sebenar...UMNO sedang nazak..menunggu PRU14 untuk dikapan..talqin dan dikebumikan oleh sang pahlawan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 12:22 PM

@Anonymous masa zaman tdm jelas, pemilihan ditangguh kerana pru diadakan beberapa bulan selepas itu. tapi zaman tun lah, pru diadakan setelah lebih setahun ditangguhkan, zaman ahjibgor tangguh sehingga pru untuk pastikan kalah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 12:24 PM

He, he berita ni memang menusuk kalbu.Tun diktator so kalau tangguh pun kita faham. Ini seorang Presiden yg elected democratically tangguh pemilihan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 12:36 PM

Maknanya pemilihan hanya akan diadakan pada 2018. Dah nak dekat PRU 14. Menjelang pemilihan nanti, penyandang jawatan mesti menggesa supaya rapatkan saf dalam parti, jangan pecah belahkan parti dengan pertandingan yang sengit, parti mestilah kuat dah utuh dalam menghadapi PRU yang semakin hampir bla bla bla dan akhir sekali perwakilan mengusulkan jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan. Dan begitulah kesudahannya. Kerusi Presiden parti akan kekal disandang oleh Najib sehinggalah PRU -14. Muhyiddin bakal berputih mata dan beliau akan bersara sebagai TPM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 12:56 PM

Pahlawan Bugis is getting more pathetic by the day.. What he did to continue to cling to power.. sangat-sangat memalukan. Tak taulah apa lagi kerosakan yg akan dia buat sementara nak tunggu PRU14. Berapa banyak lagi duit kita semua dia nak songlap.. Berapa jauhnya lagi duit kita nak jatuh. Berapa teruk ekonomi kita akan merudum. Bersabar je lah Malaysians ye.. 3 tahun lagi kita akan kick him out!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 1:09 PM

Najib ni cakap bukan main besar, konon pahlawan bugis... pahlawan bugis takut berlawan... pahtakutlawan bugis niii...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 1:12 PM

Nampak sgt permainan dia skrg ni... Konon demi rakyat demi rakyat... X malu dan x rasa bersalah langsung menipu... Takat tu je la kepahlawan dia... Pahlawan yg hanya berani menipu.

....................
Reply To This Comment ...................
June 27, 2015 at 2:03 PM

Kalau cam ni buat aje peraturan pertandingan UMNO setahun selepas Pilihan Raya. Kan senang tak yah mesyuarat tangguh2.

....................
Reply To This Comment ...................
June 27, 2015 at 2:32 PM

Petanda awal PRU14 takkan diadakan. Org2 umno kena baca between the line, takkan nak tunggu lagi,jump ship la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 3:05 PM

Saya dan isteri ketawa terbahak2 baca posting ni.
U so notty-notty lah u mr dinturtle.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 3:15 PM

Saya istihar keluar UMNO. Jom ramai-ramai keluar. Biar Najib dan kuncu2 memiliki Parti milik penuh mereka

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 3:42 PM

Saya membaca kira kira blog sehari...oada pendapat inilah blog yg paling bangang salain kadir jasin..jgn terasa ok..saya komen saya tidak dipublish..naom saya puas tuan punya sudah membaca nya..kalau ranking 100 ..blog ini no 87 ,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 3:59 PM

DS Najib makin ke arah kejatuhan nampaknya. Komen para pembaca yang tidak berpatisan pun boleh menampakkan kelemahan DS Najib dalam mentadbir Negara. Kepahlawanan beliau hanyalah setakat membodek rakyat dengan BRIM berslogankan "cash is King" hingga mengagung-agungkan bangsa Cina dan India yang kaya raya dan punya banyak cash. Lebih diagungkan ialah Barrack Amerika hingga sanggup menjual kedaulatan dan maruah Negara dengan sujud kepada segala kehendak Amerika dan singapura. MOga Allah, Tuhan kami menurunkan seribu rahmat dan hidayah buat sekalian rakyat dan pemimpin Malaysia hendaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
June 27, 2015 at 4:06 PM

@Anonymoustapi saudara tak pernah miss baca setiap artikel saya kan, kan, kan ...... Hahahahahaha nak saiko pun agak2la !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 4:42 PM

woin blongang dna penjilat ajib..

dulu tu m tangguh atas alasan apa? sebb nak pru. laa ni apa alasan ajib? sebab nak bagi masa untuk umno berkhidmat kepada rakyat. lagu tu ka? habis selama ni dok buat apa? makan angin? kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 5:07 PM

Makin bertindak makin terserlah... Nampak sgt beb..!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 5:36 PM

sah najib adalah pahlawan bugis yang tak bertelor .. Power sungguh PM ku.
PM ku pahlawan ku

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 6:38 PM

muhyiddin dah terlepas peluang
lmbt bertindak play safe jugak
aku dah tak menaruh harapan dah kat dia
melingkup pi

....................
Reply To This Comment ...................
June 27, 2015 at 6:45 PM

Najib mengumumkan penagguhan setelah tertangkapnya Xavier kerana he is buying time utk pastikan dia tidak kena backfire dari hasil siasatan yg mungkin tak berpihak pada 1mdb kerana siasatan terhadap 1mdb ini akan memakan masa yg lama dan mungkin tiada penghujungnya dan dlm masa yg sama Najib ingin melihat sentimen ahli2 umno sendiri ttg byk isu2 yg terbongkar skrg ini salah satunya isu MARA, Tabung Haji dan berbagai lagi jadi dlm masa yg mendatang ni akan byk lah gula2 yg akan diberi oleh Najib utk rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 7:16 PM

@Anonymous sapa anda nak bagi ranking kat blog ni ?? kah kah kah. mabuk ketum

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 9:01 PM

Din,

Nampak gaya blogang tak ghairah dengan penangguhan pemilihan Umno. Tak byk blog yg pick up this news, mungkin dia orang sendiri terkejut. Ya la yg dia orang sokong adalah pahlawan.
Isu Justo seolah penghapusan semua skandal namun kita masih mahu melihat unit yang ada kat Singapura. Terlalu awal nak cakap tapi kalau Brazen anak syarikat 1MDB tak kan susah nak dapat info. Hairan kenapa Audit Negara masih tanpa sebarang ulasan ,takkan tak ada langsung preliminary findings.

I think what Tun M predicted going to happen, choas after PRU14. PR will win and Najib wouldn't let go Premiership as he need to face trail on 1MDB. Penangguhan pemilihan Umno merupakan titik pertama kearah kekacauan di Msia.

....................
Reply To This Comment ...................
June 27, 2015 at 9:03 PM

@din......

Saya akui blog tuan fokus pada isu....tapi tukang komen sebelah sana.....Pergh...hati kalau hitam ikut mana pun din....tak nampak akan fakta2 yg d baris kan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 9:06 PM

Yg tak setuju letak jawatan beramai ramai.
Khairul Anwar dah start, yg lain lain sambut ler.

....................
Reply To This Comment ...................
June 27, 2015 at 9:18 PM

Ada bran ? Sambut lah....biar gempak sikit. Ni mcm biskut lemau je !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 9:50 PM

Kalau pahlawan bugis konfiden n cukup berani sepatutnya cepatkn pemilihan , dptkn mandat baru, bukan mengelak pemilihan

....................
Reply To This Comment ...................
June 27, 2015 at 11:54 PM

Baru otai......kan ! Ni cabut lari pe benda ! Nak seronok2 sementara beb....esok bila sampai janji Allah baru diaorg tahu....ingat menipu ni baik ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2015 at 2:03 AM

@Anonymous
lu lagi la kecoh...

berapa kali la kitorang nak bagitau...kalau TDM buat, adakah itu menghalalkan Najib buat?

Apa logiknya????

Tambah tambah dalam situasi sekarang ni...Najib duk gebang kata rakyat sokong dia...ni la masanya nak buktikan....dalam pemilihan UMNO!

....................
Reply To This Comment ...................
June 28, 2015 at 2:04 AM

NAJIB TANGGUH PEMILIHAN UMNO BUAT KALI KEDUANYA.

Kenapa...?? Sebab dia akan ditentang dan takut kalah hilang jawatan.

Sila baca laporan ini :-


On June 17, the regular meeting of the United Malays National Organization’s Management Committee, chaired by UMNO Vice President Muhyiddin Yassin, turned into a free-for-all, according a source in KL, with Shahrizat Abdul Jalil, the head of the party’s women’s wing, unloading bitterly on Prime Minister Najib Tun Razak.

Shahrizat reportedly said Najib was wrecking the party and looting the country. She also criticized Najib’s wife, Rosmah Mansor, for her extravagance, the source told Asia Sentinel. The meeting, which included the party’s three Vice Presidents and other top members, appeared to have agreed with Shahrizat, the source said. Muhyiddin has been aligned with former Premier Mahathir Mohamad on a months-long, off-again, on-again campaign to push Najib out of office.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2015 at 5:04 AM

sebelom2 ni bila perati masyarakat bawahan dok mengeluh dengan kerajaan, rasa juga cemas dan risau jika parti keramat ni ditolak rakyat dan bakal berkubur. tp bila pikir balik, baik cepat2 ler bungkus dari terus menyusahkan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2015 at 5:37 AM

Rasanya preliminary finding tu diaorang decide not made public.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2015 at 6:05 AM

Nampak sgt nak pastikan kalah.Tunduk pd arahan siapa agaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2015 at 10:18 AM

Sebelah pembangkang dah bertepuk tangan...yeeeiiiiii!
Dengan pengumuman ini, sah mereka dah menang satu lagi peluang.
sebab mereka menjangkakan rakyat melibat penangguhan itu sebagai tanda najib memang ada benda yang sedang disembunyikan.
Apapun, semua ini adalah benar, najib memberi markah percuma pada pembangkang.
Albangangnya najib bugis
Menjahamkan rakyat yang memberi undi kepercayaan
mohon pada Allah semoga dipercepatkan penurunan tahta si najib viol ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2015 at 10:23 AM

Silap2..kalau UMNO kalah..pahlawan Bugis meloncat kem lar pergi kat PR..nak selamatkan diri..huhuhu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2015 at 12:06 PM

zaman tun m , membuat penangguhan kerana ingin mengukuhkan parti untuk perancangan rapi dimasa akan datang. namun, majoriti rakyat tidak ambil tahu akan itu kerana zaman tun tidak sedikit pun menyusahkan rakyat. barang murah, minyak sentiasa rendah harganya. golongan bergaji kecil mampu membeli rumah semasa zaman tun. oleh itu, tiada masalah jika tun tangguh kerana ingin kukuhkan parti, tetapi tetap majoriti semasa zaman tun itu mendapat undi 2/3 di dalam pilihan raya . gaya tun memang sedikit ditaktor kerana ketegasannya memerintah. ia tahu negaranya kecil dan ia perlu bersikap begitu agar negara luar menghormati negara kita dan peranannya terhadap islam diatas ketegasannya itu di gelar ditaktor oleh negara luar. najib membuat penangguhan kali kedua pasti ada yang tidak kena pada dirinya yang ia sedang lakukan sepanjang menjadi perdana menteri. zaman tun m, majoriti rakyat gembira ditadbir oleh tun walaupun 22 tahun tetapi tidak pernah menyusahkan rakyat. malahan, melayu dan islam semasa zaman tun teramat dihormati dan digeruni lawan.

nusantara inspiritual bangsaku.
-luv tun m.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2015 at 12:53 PM

Sedih...dengan Najib sebagai Presiden dan PM dlm PRU14, BN akan tersungkur sebagai kerajaan Persekutuan. Dan selepas itu Najib dengan sendirinya akan tertendang dari jawatan. Malang bagi melayu dan islam hanya kerana nafsu sepasang suami isteri ingin terus memegang kuasa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2015 at 1:03 PM

saya cadangkan presiden seumur hidup atau kalau mati boleh ganti dengan bini

...anomynous butohead

....................
Reply To This Comment ...................
June 28, 2015 at 2:14 PM

5.04
class !!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2015 at 4:03 PM

Tun M menggunakan pelbagai stail kepimpiman..bukan setakat dictator@directing tetapi kombinasi dengan stail lain seperti coaching..suppporting and deleating..bukan sepanjang masa berpusat kepada beliau..tp sekarang semua tertumpu kepada individu tertentu.

Hari ni menteri buat kenyataan..esoknya si pahlawan membatalkanya...ini menunjukkan sama ada menteri tidak kompeten or ..pemimpin no 1 yg tidak kompeten or..diktator sebenar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2015 at 4:32 PM

apa nie, kata pendekar bugis..kata ada darah pahlawan. apa barang tangguh.haish..tdm bkn pendekar sebap tue tangguh tp Pm tersayang bkn tdm tp PENDEKAR tahi ayam kot

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2015 at 10:54 PM

benar, itulah hakikatnya . gaya, komunikasi , perancangan, analisa, tegas, serta keberanian . pemimpin di pilih rakyat untuk kebajikan mereka dan bukan rakyat yang menjaga kebajikan pemimpin. hendak melihat seseorang itu bagaimana sebenarnya melalui jika ia sedang berkuasa . tentang pahlawan itu pula jika ia teruskan mekanisme untuk pertahankan jawatan ia ditaktor tetapi bukan atas kerelaan rakyat. apa guna berkepala naga jika ekornya ikan, apa guna berkuasa jika pemimpinnya tokan.
-luv tun m.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 8:16 AM

Wali tu lagi hebat dari tuhan ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 8:57 AM

bersangka baik..

ini petanda peralihan kuasa secara baik dan tersusun akan dibuat oleh DSN kpd TSMY. tanpa perlu pertandingan..

hohoho

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 11:10 PM

Haha.....lucunya.
Dasar kurang cerdik la tu....

Post a Comment