........... Sumbangan 1MDB Amat Besar Kepada Umat Islam ...... Malangnya Ia DiKritik ! Alahai Najib ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sumbangan 1MDB Amat Besar Kepada Umat Islam ...... Malangnya Ia DiKritik ! Alahai Najib .....

Monday, June 29, 201542comments

"Malangnya hari ini 1MDB yang banyak membantu masyarakat Islam menerima pelbagai kritikan dan tohmahan, khususnya di media sosial," kata Najib dipetik portal BNBBC News hari ini.

Menurut perdana menteri, ahli jawatankuasa masjid datang bertemu dengannya untuk mendapatkan bantuan dana pembangunan semula masjid.

"Serta-merta saya bersetuju dan luluskan. Saya minta Yayasan 1MDB yang malangnya banyak menerima kritikan di media sosial sehari dua ini," katanya.

Najib berkata, jasa dan sumbangan 1MDB kepada umat Islam sangat besar.


Mkini

Alahai Najib ..... sampai ke tahap begitu sekali nak pertahankan 1MDB ! 

Kok ya pun nak promote 1MDB, agak2 lah. Cukup sekadar sebut ia hasil sumbangan 1MDB dan ucap terimakasih .... yang lain tu biarlah secara tersirat.

Bila disebut secara direct macam tu, terasa lain sangat bunyinya.....serius beb, Najib kelihatan begitu amat terdesak dalam isu 1MDB ni.


TMI pula memetik kritikan Zainuddin Maidin dalam isu sama, memang keras teguran yang dilemparkan namun saya setuju dengan katanya bahawa kenyataan  Najib itu seolah merendahkan taraf pemikiran orang Melayu ..

Kenapa kamu hendak tutup dosa sendiri dengan 1MDB itu dengan kata duit diberikan kepada masjid. Kamu hina orang ramai bila kata macam itu, kamu seolah-olah nak bersihkan dosa.

Saya percaya ramai yang berfikiran sama bila baca kenyataan Najib itu cuma tak terkeluar ayatnya. Saya rasa tidak perlu dihuraikan lebih lanjut perkara ini.... anda semua boleh fikir sendiri.

Seperti Zamkata - Jangan ingat orang ramai bodoh semua !


                                              ***************************

Saya tertonton berita TV3 tadi di mana Saleh Keruak tengah mengkritik Tun Mahathir yang dikatakan sebagai tidak seharusnya cepat membuat rumusan dalam kes penangkapan Xavier Justo sebelum pihak berkuasa Thailand selesai buat siasatan ....  rasanya ayat Saleh itu lebih sesuai ditujukan kepada Najib, pak2 Menteri dan askar2 1MDB kerana merekalah yang lebih dahulu dan lebih galok dalam membuat rumusan awal menyucikan 1MDB dari segala masalah.

Malah rumusan mereka dibuat serentak dengan laporan pertama mengenai berita penangkapan lagi !


Kalau dibaca komen Tun Mahathir semalam, beliau hanya menimbulkan keraguan tentang berita/cara penangkapan itu seolah ada perancangan lain disebaliknya -

"Kita tengoklah apa dia cakap tetapi dia punya keadaan itu mencurigakan sedikit, macam ada perancangan.


"Ini orang pandai-pandai belaka, macam-macam perancangan ada sekarang ini," - TMI.


Tun tidak komen tentang bukti yang bakal ditemui atau hasil siasatan kes itu.  Berbeza dengan Najib dan team 1MDB yang tanpa segan silu terus keluar kenyataan kononnya SEGALA kritikan terhadap 1MDB selama ini adalah PALSU !

Cuba dengar dan fahami apa yang Saleh Keruak sebutkan itu .


Tak cukup dengan itu, kini Najib nak heret agama pula dalam isu 1MDB ......

Selepas ni apa pula rancangan Najib dengan askar2nya dalam usaha membentuk pemikiran rakyat konon 1MDB itu suci bersih ?

Entah berapa banyak tenaga, masa dan wang dibelanjakan untuk semua usaha itu ? Padahal cara yang paling senang, paling murah dan paling di respek rakyat tersedia terpampang didepan mata - Bersoal jawab dengan Tun Mahathir secara live - itulah yang paling sukar mahu dibuat dan paling bersungguh mahu dielak.

Why ?  Wahai Pahlawan Bugis yang gagah perkasa, pantang di cabar dan digeruni lawan dan kawan ....... WHY ?

PS - Berapa peratuskah 20 juta daripada 42 billion ? Rasanya tak sampai  0.05%  !!

Share this article :

+ comments + 42 comments

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 12:24 AM

Aku tgk gmbr kat atas tu kebetulan ke apa aku pun tak tahu nak berdoa pun muka macam riak gila...

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
June 29, 2015 at 12:27 AM

Terima kasih di atas sumbangan yg diberikan.....maksudnya 1MDB sudah menjana pendapatan. Berapa agaknya pendapatan 1MDB sebulan?

Selain pembinaan masjid ni, ada lg projek lain yg menggunakan duit keuntungan 1MDB?....saje nak tahu.

psstttttt....ke guna duit GST?....mana la tau duit 1MDB TUKAR ke duit GST.....peace

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 12:27 AM

salah satu faktor kenapa Najib tak layak jadi PM. Serius Bro.
dia selalu merendah rendahkan mentalitik rakyat malaysia.

dengan Isu kangkung
dengan isu Br1m
dengan isu subsidi minyak
dengan isu 1mdb
dengan isu pahlawan bugis
dengan isu No telor to hide
dengan isu belacan tak de GST

pastu ni lah PM yang paling banyak mengungkit dengan rakyat..

apa lagi cina mahu
bila harga turun kenapa tak puji kerajaan
bila dapat br1m senyap

INI LAH PM KU PAHLAWAN KU. rasa nak mencarut je .. hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 12:32 AM

@muhamad DanialMungkin saja itu gambaran keinsafan ..... tapi apa kan daya .... pendek kata, eerrr..... apa-apalah!

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 12:40 AM

Din.
Saya dah post komen sebelum berita ni keluar ! Tapi penerangan tu duit 1mdb ni lah d gunakan utk menghantar jemaah ke mekah. Jadi sokong lah najib ni tuan2 sbb dia buat benda baik....memetik kata2 MP ni...dia ke arab tu pun mintak tambah kuota....betul ke ? Alih2 ada yg tertangkap. Pulak dah.....
Baik ke menipu ni din ? Cuba bagitau sikit tang mana baik nya ? Dgn gaya penerangan yg jelas kabur dan tak bernilai langsung,mampukah menjernihkan prasangka rakyat ?
Cerita dlm majlis bersama rakyat....

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 12:46 AM

Dalam akaun 1MDB tiada tercatat sumbangan 1MDB untuk masjid Kg. Baru. Sekarang pula timbul niih... Justo pleased ke ?

BR1M duit 1MDB juga ke ?

Aku tengok PM Najib ini makin terjerut leher nampak nya. Jangan Tony Phua berliburan terus sudah lah ! Rafizi agak 'ontok' sekarang.. alih-alih LKS pula bersuara sinis - he..he.. datang ke 1MDB jawab PAC ogos nanti ?

Dulu masa kecil-kecil, jalan dalam estate, selalu kena gigit 'koling-kiak' - gerenti terjerit-jerit kena sepit (spesis anai-anai, agak besar berwarna hitam tetapi sungguh agresif bertindak melawan jika di ganggu atau terpijak) - ye, satu kiasan menarik...

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 12:48 AM

@maaeDuit Yayasan 1MDB tu bukan syarikat 1MDB. Sebab tu takde dalam akaun 1MDB

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 1:02 AM

@dinturtle
Itu semua duit pembayar cukai. Period.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 1:23 AM

Yang digunakan utk umat islam hanya 1-2% sahaja...yg 98-99% dirembat oleh golongan tertentu sahaja...adil kah? Sebab itu ia dikritik. Apa punya turrr da pi em camni..

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 1:25 AM

@Anonymousdirembat ? errr... Tunggu Audit!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 1:30 AM

Saya fikir kita dapat mengulas sekarang bahawa Ah Jib Gor dengan Samyvellu ada banyak persamaan. SamyVellu sangat degil melepas jawatan dia sebagai President MIC. Selain itu nama nya "SAMY"ada lah pangkat dan berkedudukan bagi orang ALIM berugama Hindu. Maka dia ada ' double' title and protection untuk menjaga jawatan dia.

Sama juga dengan Ah Jib Gor kita yang ada 'trump card' atau áce'up his sleeves. Baginda juga tahu yang dia berbeza dari semua PM sebelum ini. Selain dari menjadi President Party UMNO,baginda adalah juga keturunan darah kerabat RAJA Bugis. Jadi orang2 Melayu tidak perlu risau jika UMNO kalah PRU 14 nanti,kerana beliau boleh áctivate 'ace dia iaitu sebagai Sultan Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone untuk memerintah negara 1MDB yang dulu dikenali sebagai Malaysia.

Jelas sekali dari mulanya kempen beliau sebelum PRU 13 ,penyokongnya dan juga consultant2nya hanya berminat menaik kan nama nya dari nama parti UMNO mau pun nama Barisan National. Jadi orang Melayu tidak perlu bimbang kalau BN/UMNO kalah dalam PRU14 kerana masa itu akan wujud seorang Sultan berketurunan Bugis untuk memerintah sebuah EMPAYAR bernama WAN-EM-DEEBEE!

Download Tongku! (ada pertalian dengan Sultan Melaka sekarang! ;-)


alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 1:49 AM

Yayasan 1mdb? Rm20 juta? Ada rekod transaksi tak? Dapat potongan tax tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 2:36 AM

Tak habis-habis (disyaki) SABOTAJ, oleh PENGGANAS-PENGGANAS Barat/Zionis serta ejen-ejen tempatannya (kita tahu siapa) ke atas NEGARA ISLAM kita dan YAB PM Islam/Melayu kita ini – dr. MH370/17 (sampai MAS dah makin diKUASAI si Barat/Zionis), IMDB ni, Tabung Haji dan sekrg. MARA pula (sebab tu jgn. dok percaya si rejim Australia yg. sebenaqnya ANTI-Islam/Melayu; DALANG DUA MUKA tu yg. aku syak sengaja dah PERANGKAP MARA) – apalagi bila semua ni berkaitan KEPENTINGAN hak BUMIPUTERA Islam/Melayu kita!

Dan tak ke GANJIL ni! ‘NGO‘ Bruno Manser Foundation, yg. asyik KACAU Sarawak, yg. disyaki EJEN Perisik Jerman (yg. amat pro-ISrael)/NATO-ISrael, juga berpusat di Basel spt. JustoPEROMPAK ni (Basel telah jadi seolah tanah jajahan Jerman), Switzerland!

Tolonglah KDN dan Kementerian Luar tu - buat siasatan CEKAP dan CEPAT - supaya dapat dibersihkan nama 1MDB serta YAB PM kita; MARA dan NEGARA ISLAM kita ni, dan juga diHARAMkan EJEN-EJEN Barat/Zionis yg. MENYAMAQ sbg. pelbagai jenis NGO-NGO termasuk NGO alam sekitar kononnya dll!

Ini semua adalah disyaki, MO biasa si PENGGANAS-PENGGANAS ANTI-BUMIPUTERA Islam/Melayu. terutamanya PENGGANAS PEMISAH Sabah/Sarawak tempatan dan asing (iaitu si KULI-Barat/NATO-ISrael/Zionis yg. memang nak MEMISAHkan Sabah/Sarawak yg- kaya minyak/gas, dari Malaysia dan diGABUNGkan dgn. SingaPORK-pusat-CIA-MI6/Mossad/NATO di Asia Tenggara!) - lihat saja kebakaran BERLELUASA di kpg-kpg setinggan TEPI LAUT/SUNGAI yg. MAJORITI adalah disyaki BUMIPUTERA Islam/Melayu, di Sabah/Sarawak termasuk di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Semporna, Sandakan, Miri, Kuching dsbnya!!

Nek Tempoyak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 2:46 AM

isu 1mdb ini tidak boleh dimain sebat sahaja, kerana hal ini menjadi makin rumit. sekarang pula bermain dengan nama 1mdb terhadap pengaruh melayu berkaitan agama islam. perkara sebegini seharusnya diperhatikan cara halusinasi dibawah nama 1mdb terhadap sumbangan walaupun dengan proses yang berbeza dalam serpihan membaiki sedikit labu jenama 1mdb melalui cara impak struktur penambahbaikan masjid atas pemintaan. namun, hakikat perlu diterima sebagai sebahagian cara mengambil pulih semula hati rakyat dan ahli umno. hamba percaya, ini tidak mendatangkan kesan dan bias . walaubagai manapun, najib harus meletak jawatan agar sokongan umno pulih semula serta pegundi atas pagar merubah fikiran spikologi mereka yang sedang ketekanan yang melanda. walla huallam ..

-luv tun m.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 3:32 AM

@AnonymousMalang nya saudara,semua watak watak yang saudara sebut ini Pahlawan Bugis kita si Ah Jib Gor dengan RELA dan hati terbuka telah mengambil mereka berkerja untuk dia. Its by his willing CHOICE!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 4:07 AM

Hahaha nek tempoyak...kat kd da kena teryk dtg kat din plak....hahahah

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 5:22 AM

Sumbang 20juta tapi rembat 42,000 juta(42b) apa cer...Jho Low berparti sakan lebih daripada 20juta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 5:50 AM

Agaknya dia memang ingat org'kpg'baru pikir million billion lebih kurang.Ingat org melayu bodoh sgt.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 6:14 AM

itulah hakikat yang harus di terima sekarang. parti tidak bersalah, tetapi pemimpin . apa ada pada nama?. maknawi apa pula yang dikejar?.
itulah ragam pemimpin sekarang.
-luv tun m.

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 6:28 AM

@dinturtle yayasan 1mdb dapat duit dari mana?

mungkin dari sumbangan pihak yang dibayar berlebihan atas aset yang dibeli dari mereka.

seperti kata sorang kawan tu,1mdb adalah war chest najib untuk kegiatan politiknya.

just my thought though...

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 6:33 AM

@izad12Yayasan dapat duit dari penderma yang murah hati ..... termasuk dalam kategori murah hati ni adalah mereka yang dapat durian runtuh !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 6:42 AM

boleh jadi duit zakat 1MDB yang dikeluarkan bagi mendapat barakah,untung banyak katakan.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
June 29, 2015 at 7:00 AM

Assalammualaikum wmt,
Setahu saya, sebarang amal dan kebajikan yg dilakukan manusia didunia ini hendaklah atas niat 'kerana Allah'.
Kalau kerana lain, seperti kerana undi, kerana sokongan, kerana untuk dapatkan pujian, kerana nak bersihkan diri dan lain-lain kerana selain Allah, maka amalan dan kebajikan itu sia-sia saja. Tak ada nilai dan tidak mendapat perhatian Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetui.
Silap haribulan, kerana nawaitu tak betul ianya akan menimbulkan kemurkaan Allah swt.
Rujuklah kisah umat Nabi terdahulu yg kebanyakannya engkar dan membelakangkan kebesaran Allah swt. Apa musibah yg mereka telah terima?
Wallahhu'alam.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 9:12 AM

haha saya kenyataan najib kelakar. kalau dh sedar diri berhutang, atau x mampu bayar loan, jgn la mengada lagi bagi duit kt masjid. bodo ka?

saya dgr tun kata najib kata money is king, boleh sogok rakyat. saya harap conscious dia xde la sampai tahap guna duit boleh cuci dosa...

kalau betul penangkapan sape tu kt thailand adalah dirancang, saya rasa advantage pada kem najib.

rakyat kita malas sket nk perah otak perati fikir betul2. especially bila plot dh jadi makin rumit n complicated

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 9:15 AM

mudah-mudahan duit tu dari sumber yang halal dan bersih..nak bina masjid tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 9:37 AM

jeng2 dah tahu knp pak arab pinjamkan duit.kita tunggu komen mentari.
kita dpt msjid 20 juta pak arab dpt asset berbillion ikut article kat Tim. tidur la wahai menteri sekalian

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 10:53 AM

Inilah yg dinamakan "cuci duit" kalau tak percaya tanya ustaz dipejabat perdana menteri confirm dia bilang ini halal dan dibolehkan dlm Islam ...tetapi setahu kita politik tak boleh dicampur dgn ugama dan jika perkara sebegini dilakukan oleh parti lain terutama parti PAS gerenti semua mkt umno dan pak menteri mesti melenting dan persoalannya skrg tiada seorang pun menteri dan ahli umno yg berugama Islam bertanya adakah perlu najib berbangga dgn mengeluarkan statement yg begini dan dgn tidak secara langsung ia memalukan dan menjatuhkan integrity para menteri dan umno secara keselurohannya...kita tunggu episode seterusnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 11:12 AM

Cover line bro....sama macam taktik pencuri tabur duit syiling untuk alih perhatian semasa merompak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 11:56 AM

Bukan ke interest@bunga sahaja RIBUAN JUTA. Mulia sungguh buat derma... tp sepatutnya bantu dlu yg berhutang tu. Apa2 sajalah... lg fikir jd lg keliru.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 1:01 PM

Bayar interest sini sana...hutang sini sana.

Adakah buat sumbangan dengan duit hutang?

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 1:55 PM

Rasa nak menitik air mata bila mengenang jasa Ahjib membantu membiaya Masjid Kg Baru. Teringat kisah bagaimana seorang bapa di India yang terpaksa menjual ginjalnya untuk menyara anak-anaknya yang kuat makan. Begitulah Ahjib....

....................
Reply To This Comment ...................
kulop lopaz
June 29, 2015 at 3:17 PM

Bila pemimpin telah dirasuk dgn "CASH IS KING" pemberian $$$ ...... diangap sangat mulia baginya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 3:30 PM

Tolong lah please stop panggil pahlawan bugis.....sakit telinga dengar...kalo panggil najib pahlawan bacul..ok lah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 3:34 PM

Is it not budget allocation should already be? For masjids and suraus and staff wages that is.

Its funny because of 1MDB fiasco,

- UMNO becomes accomplice to its malice
- Islam, Muslims, masjids became pawned

And if these 2 major 'unwilling' detractors-participants were obvious drag to save somebody's skin are not reasons enough for UMNO members not to see that 1MDB and President, Chairman, Finance Minister, PM are taking malay-muslims political dominance into decimation, then be prepared for a cursed that will be beyond imagination!

That the rakyats can promised bugis along with his footlickers or what not the cursed will come forth for sure!

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 3:42 PM

Peeergh.... isu Masjid ini cepat pula 1MDB jawab !! Katanya ia projek yang dah dirancang lama sejak tahun 2011 lagi ...... bla bla bla

Nampak sangat diorang ni tak reti nak baca/faham sesuatu artikel. Yang kita komen adalah KENYATAAN NAJIB bukannya sumbangan 1MDB itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 3:54 PM

Adui...baru 1 dah heboh seluruh dunia...Tun M dah buat mcm2 x pun Tun umum sana sini .....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 4:04 PM

Company arkitek yg dapat projek madjid kg baru tu adik najib punya....20 juta dah masuk account. ...selamat dahhhh

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 4:58 PM

@AnonymousWooooo ..... saudara ada supporting article/evidence ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 5:39 PM

dulu kompeni 1mdb la nim keluaq pulaks yayasan 1mdb..soksok keluaq pulaks Negara 1mdb..tulat keluaq parti 1mdb tunggeng keluaq ntahapehapentah...ya Allah selamatkan Malaysia dr pemimpin tidak amanah pecah amanah dan munafik juga selamatkan Malaysia dr geng 1mdb..amiiiiiiiin...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 10:30 PM

Abang Din. Kenapa PM Najib guna Goldman Sach? Bank Yahudi tu!!! Lepas tu nak guna duit yang dicari oleh GS tu untuk beri derma kat Masjid. Tapi mungkin duit tu dari kutipan gst. Duit you & I. Banyak cantik dia kata derma...duit rakyat marhaen tu. Tak sanggup lagi saya pangkah UMNO atau BN.

Mohd

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 8:01 AM

Sikit masa dulu... duit IMDB tercatat biaya kos bwk baluk student dr syria..
Mcm2 lah hang ni Najib. Bofoh sgt.. bohong merata punya jalan. Laknat lah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 12:24 PM

@dinturtle
pegi je masjid kg baru bro.
terpampang kat situ sapa arkitek.

Post a Comment