........... Sedihnya Punya Pemimpin Penakut Macam Najib ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sedihnya Punya Pemimpin Penakut Macam Najib .....

Tuesday, June 16, 201544comments




Saya teringat balik kenyataan Datuk Irmohizam mengenai penjelasan Najib semasa penjelasan tertutup Najib baru ni -


Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim memberitahu, Perdana Menteri turut memberi penjelasan terperinci berkenaan perjalanan dan pengurusan 1MDB.




Penjelasan Najib yang juga Menteri Kewangan mengenai perjalanan 1MDB itu merangkumi kronologi, transaksi serta masa depan syarikat berkenaan, cerita Irmohizam.




Selain itu, katanya, kesemua isu termasuk tuduhan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai 1MDB turut dijelaskan satu demi satu dengan terperinci.



“Kesemua mereka yang hadir berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.....
.

Ayat konfiden giler seperti itu dah jadi macam klise setiap kali selepas Najib buat perjumpaan .... Ingat tak bulan Mac lalu selepas Himpunan Solidariti bersama Ketua2 bahagian Umno, ayat seperti juga yang keluar ...

Bulan April lalu, ayat sama juga keluar dari mulut Pemuda Umno ......

Bengap sangatkah pemimpin Umno sehingga 5 kali dalam tempoh 3 bulan, terpaksa Najib buat penjelasan tertutup mengenai isu 1MDB ? 

Benarkah mereka semua sudah faham ? Kalau sudah faham, kenapa mereka tidak tolong berikan penjelasan kepada rakyat ?

Satu perkara mengenai Najib dalam isu 1MDB ini yang rakyat sudah mula nampak adalah - Tidak Pernah walau satu kali pun Najib menjawab soalan terbuka secara spontan mengenai 1MDB !

Betuuul...... yang kita duk baca jawapan2 yang Najib berikan dalam Parlimen semuanya bersifat Jawapan Bertulis.

Dulu jika ada sebarang isu hangat, sibuklah Penerangan Umno dan pemimpin2 akan turun bertemu rakyat memberi penjelasan tapi dalam isu 1MDB, semua patah kaki. Yang mengaku dah faham dengan jelas pun tak berani nak bertemu rakyat. Kenapa ek ?

Mengikut apa yang tersebar dalam Wassup mengenai penjelasan Najib isu 1MDB semasa perjumpaan tertutup baru ni, tidak adalah apa yang disebut oleh Irmohizam sebagai penjelasan terperinci ! Juga tidak ada sesi soal jawab.

Jika itulah yang terbaik mampu Najib berikan sebagai penjelasan 1MDB, saya tertanya2 benarkah Najib mahu menjawab soalan hadirin jika majlis Nothing2Hide berjalan seperti dirancang baru ni ? Melainkan soalan dan jawapan sudah siap tersedia seperti mana rancangan Soal jawab TV3 dulu.....

Kemunculan Tun Mahathir merosakkan apa yang dirancang sebelum itu.... yakni, akan ada soalan yang tidak ada dalam skrip datang dari Tun Mahathir ! Mungkin itu alasan sebenar Najib tidak hadir Nothing2Hide ..... Najib TAKUT berdepan soalan spontan 1MDB.

Maka tidak hairanlah kenapa Najib juga tidak hadir di Parlimen semalam semasa penggulungan usul RMK11, Najib TAKUT berdepan soalan mengenai 1MDB !

Tidak salahlah apa yang diungkap oleh TMJ bila Najib tidak hadir Nothing2Hide -



Ia bukan satu komen politik tapi lebih kepada Sikap Kepimpinan yang ditunjukkan oleh Najib. Jangan salahkan rakyat yang hilang respek dan konfiden kepada pemimpin seperti Najib jika Najib sendiri tidak menunjukkan ketegasan, keberanian dan kebertanggungjawaban sebagai pemimpin.

Tolonglah Najib .... rakyat merayu kepada anda, Tolonglah..... SATU KALI JER, berdepanlah dengan rakyat dan jawab soalan dari rakyat mengenai 1MDB. Bukan ikut skrip.

Cuba baca balik ayat di atas .... sedih bunyinya kan !


Kita bukan minta Najib berperang dengan musuh macam seorang pahlawan Bugis tapi tampil bertemu rakyat dan jawab soalan jer ... takkan itu pun TAKUT ?

Share this article :

+ comments + 44 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 11:10 AM

betul tu din. kat parlimen samada dia jawab sesi soalan lisan atau bagi ucapan dasar utk usul @ rang undang2 je. lepas tu masa debat macai2 menteri la yang kena bersilat menjawab. nasib baik bn tak pegang 2/3 kerusi maka tak boleh pinda perlembagaan. kalau ikut resamnya PM sendiri akan bagi ucapan dasar dan jawab spontan masa sesi penggulungan. kalau ya pun pegang 2/3 kerusi nescaya najib sanggup x ikut resam ni. mongol berani langgar kerajaan abbasiyah di Baghdad sebab ada ketua yang penakut. kepenakutan ni menjalar sampai ke rakyat. bahkan ada satu kisah sorang lelaki Baghdad nak dipotong kepala oleh sorang monggol. si monggol ni plak lupa nak bawak pedang. siap boleh balik ambik pedang patah balik tengok lelaki Baghdad tu masih lagi kat situ. begitulah tahap penakut sampai lari pun x mampu, apatah lagi melawan. harap2 orang melayu islam kita jangan la sampai tahap tu nauzubillah.

jentayu

jentayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 11:11 AM

Mappudulung Daeng Mattimung Karang Sanrobone marang kerapu kepunden marang sekeper Gowa mari punya... Makassar kan? Sama ke dgn Bugis? Pendapat dan kajian kata dua suku berbeza. Kalau original Bugis mesti brassball kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 11:11 AM

Sori la din. My name is najib and i am very stupid. I suka ckp berapi api tapi sbenanye i ni habuk pun takde

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 11:14 AM

Aku nak cabar menteri sombong macam nazri utk jawab soalan rakyat pasal 1MDB. ni sebab dia terlampau pertahankan najib sanggup langgar sesiapa saja mcm kepala samseng. Lepas tu irmohizam pulak jawab. Kita tgk betoi ka depa puas hati atau angguk bodo. Ataupun pengecut dgn kuasa najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 11:15 AM

Wassalam. Eden dah kato beberapo kali isu ini membabitkan rakyat Malaysia bukan orang Umno jo. Mengapo Najib bori ponorangan kpd orang Umno? Mengapo? Apo eden dan rakyat Malaysia tak borhak ko? Duit cukai tu eden ado bayar. Parti komponen Bn yg lain tak bersuaro ko? ataupun- lihat apo nak jadi dgn Umno. kalo Umno lingkup orang Melayu hanyut dan orang lain tepok tangan. Dah lah Najib lotak jawatan jo lah. bori orang lain pulak lah. Eden dah muak tengok muko kau dlm TV surat khabar dlln. Lain isu tak do balik balik 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 11:19 AM

Ismohizam tu adalah satu contoh jemuan najib. Jemu betul dengan komen camtu. Kalau faham sangat SILAkan explain.

So far semua main taici je. Tipu diri sendiri namanya tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 11:25 AM

Well said Din!! Najib berani bila di depan penyokong dia dan hanya bila dikelilingi oleh apple polishers. List "investments" RM42b dah keluar... bila Najib nak keluarkan list RM51b asset 1MDB pulak? Nak tahu jugak asset apa yang 1MDB ada.. Takkanlah nak keluarkan list asset pun takut.. Pahawan Bugis apa ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 11:40 AM

najib sebenarnya sudah menjadi ketidak tentuan diatas perbuatannya sendiri yang menjadikan 1mdb itu sebagai pelaburan mega dalam masa singkat tanpa memikirkan kesan jangka panjang di dalam risiko perhutangan yang besar . malahan, menjadikan najib begitu teruja untuk projek 1mdb disebabkan nilai keuntungan yang besar . selain itu, barisan kabinet najib dipenuhi oleh orang-orang yang dungu disebabkan pemimpin yang gagal memahami keluhan rakyat dan penasihat najib yang tidak ikhlas serta ambil penasihat dari luar. adakah najib tidak percaya akan kebolehan orang kita sebagai penasihat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 11:43 AM

sebenarnya m'sia berpemimpinkan downsyndrome...

....................
Reply To This Comment ...................
June 16, 2015 at 11:59 AM

"kesemua mereka yang hadir puas hati dengan penjelasan yang diberikan" .... mungkin Najib dah jelaskan dan semua puas hati dengan apa yang diterima masing2

ps. Penjelasan dlm BI juga membawa maksud settlement

....................
Reply To This Comment ...................
June 16, 2015 at 12:29 PM

Tiada seorang pun yang sempurna selagi dia bergelar manusia. Cuma kita saja yang selalu tak puas hati jika ada yang buat salah. Namun kesalahan itu ada pada sesiapa saja

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 12:49 PM

Sebenarnya mereka bukan bodoh tp masing2 menjaga jawatan dan periuk nasi sendiri. Apa sangat kerja pemimpin klu setakat menghabiskan wang rakyat. Pemimpin yg nampak gangster pun bukan buat kerja.....malam2 minum arak di Shangrila, parti dan perempuan sana sini. Lepas tu bawa kuncu ramai2 habiskan duit rakyat buat lawatan ke luar negara. Pegawai kerajaan terpaksa bersengkang mata fikir untuk menutup taik mereka. Jika tak berjaya, berjawab dengan Sprm. Nasib tak baik turun naik court bertahun2. Ramai sangat menteri yang macam ni. Ingat dulu ada pegawai kerjaan di Amerika kena panggil balik sbb nak tutup taik menteri yg jatuh helikopter hari tu. Sprm soal selidik, malu dan susah semua dilalui sendiri. Balasan datang dari Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 12:49 PM

Bila isu 1MDB di tanya semua yang berkaitan dengan nya akan berbohong or cover-up contoh:-

* Azeez Putra Tabung Haji dengan cepat twitter kata TH tak terlibat
* Zeti BNM kata lapuran dari Singapore adalah RAHSIA
* Arul bohong kata wang CASH dah masuk account di Singapor
* Nazri melinting dan ugut TMJ supaya jangan timbul isu 1MDB
* PAC kata interim 1MDB is not for public knowledge
* Si Bugis kata akan sanggup semuka dengan NGO tapi lari diri
* TPM secara tertutup berkata akan sesuatu yang tak kena
* semua penjelasan 1MDB di TV di buat secara recording bukan live so no surprise questions
* semua ahli UMNO di 'train' untuk memberi pendapat yang positive walau pun tak faham isu nya


alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 12:52 PM

Sambung....

Aku harap sangat Tun M buka parti baru sebab parti yg ada sekarang ni dah kanser tahap 4....memang dah susah diubati. Aku gerenti ramai yg akan masu parti baru nanti termasuk orang kerajaan yg dah muak dengan pempimpin yang ada sekarang ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 12:56 PM

tetapi... mengapa ketua-ketua bahagian ini tidak membuat liputan di tv jika benar-benar faham apa itu 1mdb. kata sudah faham?, mesti mampu bidas balik 1mdb secara terperinci kepada media massa mana semua duit rakyat disalurkan dalam 1mdb . ini, satu ketua bahagian pun tidak nampak muka diarus massa untuk terangkan secara terperinci apa seperti mana najib terangkan sewaktu perjumpaan.

-luv tun M , forever-

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
June 16, 2015 at 1:08 PM

Assalammualaikum wmt,
Pagi tadi, semasa sembang dgn kekawan sambil sarapan, salah seorang kawan berkata, "Najib ni sangat penakut orangnya. Isu 1MDB ni menyerlahkan sifatnya itu. Dai takut dgn soalan Tun M, takut dgn rakyat dan takut dgn bin...."
Kata-kata itu menyebabkan kami sepontan tergelak besar......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 1:09 PM

Din, Just nak alert you

KUALA LUMPUR: The Government has confirmed that it gave a letter of support to Export Import (Exim) Bank for a loan applied by 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Deputy Finance Minister Datuk Chua Tee Yong said all terms fixed were between the Government and the bank.

He said all loans given by the government-owned bank to customers was within its mandate to support Malaysian companies involved in overseas markets as well as giving import loan support to local companies in strategic investments for the country’s economy.

“Borrowers must also fulfil the loan and risk acceptance criteria as set by Exim bank,” Chua said in reply to an adjournment speech by Tony Pua (DAP – Petaling Jaya Utara) in the Dewan Rakyat on Tuesday morning at 1am.

Chua however could not disclose the details of the loan deal.

Pua had asked the Government to confirm if it had given such a letter of support to 1MDB and if the Government was obligated to pay if 1MDB could not service the loan.

It was claimed that the letter of support was to help 1MDB obtain a USD150mil (RM540mil) loan from the Exim Bank.

Pua also claimed the loan was in order for 1MDB to purchase land in Pulau Indah, Selangor from Tadmax Resources Bhd for RM262mil.

Chua said based on the information given to the Government by the 1MDB management, other purchasers had bought land in Pulau Indah for a price of between RM55 and RM66 per square foot.

“But 1MDB bought their parcel of land in Pulau Indah from Tadmax at only RM21.80 per square foot.

“The price of this land purchase is based on an assessment by an independent property valuator,” he said.

Chua said the purchase was done on Feb 20 2014 and was in line with the 1MDB strategy at that time.

“This was done before 1MDB’s strategic review in February this year,” he said.

-The STAR-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 1:45 PM

Betullah tu.. kalau hampa pun di mana isu mdb ni jadi fitnah dan masih dalam masa audit takkan nak berdebat terbuka..sabarlah..tunggulah auditor yg beri komen sbb klu pm beri pun hampa tak nak percaya..jadi pm cuma beri keyakinan kpd org yg mahu menerima..tm tu memang dah set dlm mind dia nak jatuhkan pm..ckp apapun dah tak guna..inilah sebenarnya pm yg bijak..

....................
Reply To This Comment ...................
June 16, 2015 at 1:49 PM

Mana suara2 ketua pemuda dan wanita dan naib presiden??? Takkan lah mereka2 ni tak tahu sentimen rakyat skrg dan najib minta tempoh lagi enam bulan utk settle 1mdb ini tapi ianya mustahil dan semua tahu najib is buying time utk mencari alasan dan kemungkinan utk mendapatkan lebih byk pinjaman tapi akhirnya hutang2 ni ditanggung kerajaan dan 1mdb bertukar tangan...yg untung broker yg mendapatkan pinjaman dan satu lagi persoalan adakah najib memberitahu ahli2 umno pada perjumpaan lepas siapa tu Jho Low???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 1:59 PM

Bro,

Apa sudah jadi dengan bloggers saperti rocky, another brick in the wall, 13 mllion ringgit guy, bujai aka just read, barking magpie? Depa dah kena picit teloq ka? Berapa PMO bayaq kat depan? Depa punya lah nak bela najib sampai kan tulisan mereka nampak bangang sgt!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 3:00 PM

Bijak pala otak hang!!! Bijak menipu ada le

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 3:13 PM

Orang Umno datang dengar penjelasan najib tu semua nengaku dah jelas . Siang-siang buta kena tipu ngan Najib. Semua orang dah tahu yang datang tu harapkan najib bagi door gift dan layanan yang kaw kaw.
Yang datang tu bukanlah cerdik sangat..klau tak caya senaraikan yg datang dan bagi
kelulusa akademik mereka...
Tengok jerlah jongos pontian yang jadi
menteri kewangan...sekali bukak mulut tentang kejatuhan nilai ringgit terus sebut sebab Tun.
Bangang yang lagi satu kening 24 jam berkerut
sebab tak faham apa yang dia sendiri cakap..suruh bawak bekal lah..makan ayam lah.Satu ketika NSK sponsor 1000 ayam untuk dijual pada harga satu hinggit, najib kata orang mesti pandai berbelanja mcam dia..dia pun kena bangang ngan menteri ..☺
Orang bodoh-bodoh dijadikan menteri...tak sabar sabar menyokong walaupun najib blom habis bercakap lagi..lepas cium tangan berebut plak cium bontot..😅😅

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 4:22 PM

Zaman Najib apa yang tak hilang. Kita hilang kapal terbang, kita hilang gunung, terbaru kita hilang kapal kargo. Tolonglah Najib undurlah, teloq hang pun dah hilang!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 5:09 PM

Once depa makan duit Najib and love it, maka forever bangang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 5:31 PM

Kadar faedah sahaja pun kalau satu hari lebih kurang RM 6.7 juta, sebulan RM 200 juta, setahun RM 2.4 bilion, boleh ke 1MDB selesaikannya di saat 1MDB sendiri sejak penubuhannya tak pernah untung pun dalam kapasiti kumpulan?

RM 2.4 bilion setahun itu adalah kadar faedah bank, kadar hutang RM 42 bilion, itu tak termasuk lagi, kalau setahun tak dapat bayar, dah jadi RM 44.2 bilion, kemudian akan bertambah lagi jadi RM 50 bilion, lepas tu RM 100 bilion, kemudian Malaysia akan dilanda krisis ekonomi seperti Greece di mana semua wang perbandaharaan Malaysia akan digunakan untuk bayar hutang, itu pun tak cukup lagi, pembangunan tak boleh dibuat, ekonomi akan merudum dengan teruk, Najib dan Rosmah boleh lari berambus ke US tinggal di Apartmen yang harga ratusan juta dolar US di New York, kuncu-kuncu lari ke Australia ke, mana ke, rakyat marhaen di Malaysia inilah yang berhempas pulas untuk hidup dan sesuap nasi.

Kepimpinan UMNO bahagian termasuklah Pemuda, Wanita, Puteri dan juga di peringkat cawangan serta di peringkat pusat yang bersekongkol dengan Najib adalah pengkhianat bangsa Melayu, taraf mereka ini lebih rendah dari taik dalam lubang jamban.

Sedarlah Najib tak akan mampu untuk menyelesaikan 1MDB ini, dia hanya akan membanyakkan beban kepada negara dan rakyat yang dia kata nak selesaikan hutang 1MDB itu adalah hutang 1MDB akan makin banyak dan semuanya akan ditanggung oleh negara hingga negara ini bankrap seperti Greece dan rakyat negara ini menderita seperti rakyat negara Greece.

Sedarlah semua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 7:34 PM

salam DT,

Hari ni terpmpang cerita nazri akan disiasat krn isu whack TMJ. Sy cma hairan kenapa perlu dihebohkan ke seluruh dunia 'akan' dipanggil untuk siasatan. bgmana jika semua orang yang akan dipanggil diumumkan terlebih dahulu? Blh selesaikah semua kes ....(atau mgkin sandiwara?)...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 7:49 PM

bunga juga bayar...itu pokok belakang kira..
apa mau susah ... GST boleh kasi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 8:00 PM

Najib terror la..1mdb untung rugi..yg terbaru felda Fgv pun rugi besar tp beli tanah kat Indonesia..Fuh..Terror la..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 8:45 PM

Kebanyakan Ketua Bhgn Umno afalah CELAKA. Hamba Duit... biar agama dan bangsa hilang, yg penting fuit masuk.. CELAKA lah kamu semua wahai Ketua Bhgn Umno !!!
Celakalah KAMU !!


MAT UMNO PENDANG

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 9:10 PM

Ada beranikah mahu tanya apa macam itu 1MDB punya jalan,luruskah atau bengkok.Itu DK polis sama dekat repot,lain cerita pula keluar.Cari makan lebeh baik mulut kasi tutup.Jangan marah mungkin sudah tersurat sebagai seorang ahli politik.

....................
Reply To This Comment ...................
Don
June 16, 2015 at 9:26 PM

Kenapa 1MDB bodoh sangat? Kenapa tak simpan je
kat fixed deposit account in malaysia or countries with high FD rates and earn (more) interests over the years (2009 to 2015)? Plus less risks.
.
.
.

Kenapa 1MDB bodoh sangat tak redeem je semua investments tu untuk bayar hutang? Kenapa menyusahkan kerajaan kena buat restructuring untuk bayar hutang?
.
.
.

Kenapa 1MDB bodoh sangat buat jv dengan JV co yg hasilnya takde? Paper reshuffling je yang kita nampak. (Even the purported profit of usd400++ million is not cash, but some paper stuff (shares)).
.
.
.

Kenapa 1MDB bodoh sangat pergi bagi option kat Aabar, & lepas tu terminate pula option tu dan kena bayar Aabar hampir 1 billion USD ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 9:41 PM

Sorry la Najib, aku dah hilang respect kat ko...

Byk cakap ko ikut script... bila berdepan takut dan tak ada teloq.

Byk juga yg ko tipu ya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 10:21 PM

"auditor yg beri komen sbb klu pm beri pun hampa tak nak percaya"
Tak ke sedih statement atas ni.
PM yang tidak dipercayai
PM takde wibawa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 10:24 PM

Najib - Bapa Malapetaka Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 11:53 PM

Ya ya... bunga 2.7billion..
Pasu ? Baja ? Indon yg jaga ? Haramjadah punya Najib !
Sapa yg dok sokong Najib, memang haramjadah !!
Lagi jijik dr talibarut komunis...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 11:54 PM

Memang bodoh betul Najib !!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 12:22 AM

I nk sembunyi, U apa kisah. I darah bugis, bkn x berani, cuma nk g hospital jap, check darah tinggi... Stress tgk mahathir dtg. Yg dia dtg pehal? Kat banner blkg, ader kepala I jer, ader x kepala dia? Sajalah 2 nk rosakkn skrip aku... Jaga kau mahathir, aku report kat rosmah.

Bodo najib...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 12:27 AM

Najib - Ibu Malapetaka Malaysia. Telur kan dah hilang.

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2015 at 1:18 AM

Tak boleh komen sebab tiada berpeluang mendengar penjelasan #najibiscrackingup samada kepada ketua bahagian, setiausaha bahagian dan pemuda oops pemudi umno mengenai 1mdb...nanti komen tanpa penjelasan najib, khuatir jatuh fitnah lak...

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2015 at 3:42 AM

Kebanyakan menteri kabinet dh jd "Kayu Hulu Kapak".

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2015 at 9:12 AM

Serius sedih ayat closing tu 😅

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 11:30 AM

Anon 11:43 AM

That's a first for such a label to be given to a Head of Kerajaan Bugis, ha ha ha kelakar gila!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 11:34 AM

Apa kejadah nya kurang sampai kat kamu nih ha mat???

Salah melibat kan diri sendiri OK le, SALAH melibat kan 10 orang mungkin masih boleh dimaafkan, SALAH SALAH SALAH melibat kan berjuta rakyat dan berkemungkinan anak-cucu jadi mangsa....lu punya akal tarok kat mana???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2015 at 6:18 PM

Hahaha bro lepas cium tangan pastu berebut² cium bontot memang betul² saya setuju. Ni la kerajaan sarkis.

Post a Comment