........... Pertemuan Tertutup 1MDB - Najib Lebih Pentingkan Survival Politiknya Dari Kepentingan Rakyat | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pertemuan Tertutup 1MDB - Najib Lebih Pentingkan Survival Politiknya Dari Kepentingan Rakyat

Sunday, June 14, 201558comments


Di bawah saya copy dari Therakyatpost lapuran mengenai pertemuan tertutup Najib dengan Ketua2 Penerangan Umno di PWTC tadi . Point2 yang saya kutip -

-  Najib minta masa hingga akhir tahun untuk selesaikan masalah 1MDB 
- Penjelasan Najib amat terperinci  merangkumi kronologi, transaksi, ke mana wang dilaburkan, segala hutang dan aset dijelaskan, serta perancangan dan penyelesaian segala isu dan masa depan 1MDB.
- Persoalan2 dari Tun Mahathir dijelaskan dan semua berpuashati
- Tunggu Audit!

Secara jujur pandangan saya ya - Kenapa Berahsia lagi ? Kenapa hanya kepada kepimpinan Umno saja yang diberi penjelasan ? 

Apakah RAKYAT tidak perlu dijelaskan isu 1MDB ?

Apakah 1MDB itu milik Umno ? Tidakkah tindakan Najib itu seperti mengheret Umno ke dalam isu 1MDB ? 

Sebarang komitmen berkaitan 1MDB adalah ditanggung oleh rakyat bukan Umno saja jadi Najib tidak seharusnya menjadikan isu 1MDB sebagai isu Umno. Angkara Najib, kemungkinan rakyat akan mula memandang serong kepada Umno pula. 

Jika benar Najib mampu berikan penjelasan tuntas terhadap isu 1MDB, maka berdepanlah dengan rakyat !

Nak komen apa yang dibincangkan dalam majlis tadi pun tak reti sebab apa yang dilaporkan hanyalah bersifat retorik tanpa sebarang  substance atau maklumat yang boleh kita nilaikan.

Yang saya faham, Najib mengaku 1MDB bermasalah dan perlu masa untuk selesaikan. Itu saja sudah berlawanan dengan apa yang dicanangkan oleh Najib selama ini.

Pung pang pung pang ..... last2 Tunggu Audit! juga ? ?

Najib lebih memikirkan survival politiknya ( melalui sokongan Umno ) daripada kepentingan rakyat ...... itu saja rumusan saya. ( berdasarkan laporan di bawah )

                                                 *************************

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa isu yang melanda syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini.


Beliau berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada lebih 1,500 Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.


Menurut bekas Naib Ketua Bahagian UMNO Bagan Datoh, Hasan Hamzah, yang turut berada dalam majlis tertutup itu, Perdana Menteri meminta orang ramai supaya memberikan beliau masa untuk menyelesaikan isu yang berbangkit melibatkan 1MDB.


Kata Hasan, Najib memaklumkan bukan mudah untuk menguruskan entiti pelaburan dan perniagaan yang besar seperti 1MDB dan rakyat perlu memberikan beliau masa.

“Perdana Menteri meminta rakyat supaya bersabar dan memberikan beliau masa secukupnya supaya dapat menyelesaikan isu tersebut dalam beberapa bulan terdekat atau hingga akhir tahun ini.


“Saya yakin langkah yang diambil oleh 1MDB dan Kementerian Kewangan dapat menyelesaikan isu yang berbangkit,” katanya ketika ditemui di sini.


Tambah Hasan lagi, selepas mendengar penjelasan Najib, beliau mendapati isu melibatkan 1MDB ini juga telah diputarbelitkan pembangkang untuk tujuan politik mereka.


“Isu 1MDB dapat diselesaikan dan kita tahu penjelasan Perdana Menteri mengenai transaksi perniagaan 1MDB juga berlainan dengan apa yang dikatakan oleh pembangkang terutamanya di media sosial,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Umum sebuah NGO, Gabungan Bertindak Perpaduan Melayu


Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim memberitahu, Perdana Menteri turut memberi penjelasan terperinci berkenaan perjalanan dan pengurusan 1MDB.


Penjelasan Najib yang juga Menteri Kewangan mengenai perjalanan 1MDB itu merangkumi kronologi, transaksi serta masa depan syarikat berkenaan, cerita Irmohizam.


Selain itu, katanya, kesemua isu termasuk tuduhan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai 1MDB turut dijelaskan satu demi satu dengan terperinci.


“Kesemua mereka yang hadir berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan akan menunggu (hasil) siasatan dan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara.


“Bagi saya, semua spekulasi yang timbul telahpun dijawab dan Perdana Menteri sendiri menunjukkan ke manakah wang tersebut dilaburkan,” tegasnya.


Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad turut memberitahu beliau berpuas hati dan menerima penjelasan yang diberikan Perdana Menteri.


Md Alwi berkata, Najib dilihat bercakap dari hatinya sendiri dan mendedahkan kesemuanya mengenai 1MDB kepada semua yang hadir.


“Rancangan masa depan 1MDB dipersembahkan secara jelas dan segala bentuk hutang dan aset syarikat berkenaan turut didedahkan.


“Kita menerimanya dengan baik kerana Perdana Menteri sudah menunjukkan segala bentuk perancangan dan juga penyelesaian ke atas isu yang dibangkitkan,” ujarnya.


Kata Md Alwi lagi, masalah yang berlaku pada hari ini ialah masyarakat tidak bersabar dan mahukan jawapan sepenuhnya serta-merta.


“Perdana Menteri sudah memberi penjelasan mengenai isu yang timbul dan PAC serta Ketua Audit Negara juga masih lagi menyiasat.


“Jadi pihak yang bersalah akan dihukum tidak kira siapa. Sekiranya Najib yang bersalah maka beliau turut akan dihukum,” katanya.

Share this article :

+ comments + 58 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 10:30 PM

Baguslah heret umno bersama...
Umno pon sekarang sama lembu sm sj..
Sejak kes lembu kondo, sy dah kurang minat ummmm.....no!
Umno dah nmpk malasnya,tamak nya,sn sj pentingkn survival sendiri
Sy rs x dpt nk undi umno lg
Nak lg najib...pls...xde beza sm susah pon bwh najib umno
Sekian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 10:35 PM

Assalamualaikum

Sy berpendapat bhw isu 1mdb ini adalah isu di antara kerajaan (mof) dan rakyat. DSN sepatutnya bertindak sebagai PM Malaysia bukan presiden umno dlm isu 1mdb.

Kerana isu 1mdb bukan antara DSN dgn TDM sebaliknya antara antara kerajaan dgn rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 10:40 PM

wow.. mintak nyawa sampai setengah tahun. banyak ke benda nak sembunyi sebelum penjelasan secara jelas boleh dibuat.

kata tak ada masalah... jadi nak selesaikan masalah apa ?

saya dah malas nak hasut orang UMNO desak najib letak jawatan. Cuma nak tanya. Adakah anda masih yakin jika Najib terus memerintah kerajaan dan memimpin UMNO/BN akan menang pilihan raya akan datang ?

Sebab macam Anuar Musa cakap. Dia lebih sayangkan parti lebih dari dia sayang orang. Saya rasa semua orang UMNO pun macam tu (Kebanyakkan). Atas dasar itu maka dia kata perlu pertahankan Najib terus berkuasa supaya tidak ada perpecahan.

Tapi pada saya kenapa akan jadi perpecahan kalau Najib juga sayangkan parti agama bangsa dan negara ?????

Kecuali Najib perangainya macam Anwar Ibrahim lepas kena pecat terus jadi orang gila.

KAN?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 10:41 PM

Ahjib tak jelaskan bagaimana anak Rosmeldajib mampu membeli apartment mewah dan boleh ada bikin filem Hollywood .?...?????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 10:55 PM

kenapa kena tunggu beberapa bulan atau akhir tahun??
mungkin PM merangkap menteri kew nak "pur aside some money from the bajet 2016" untuk bailout hutang 1MDB......lepas tu baru ler selesai hutang tuh...hehe...otak peni**.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 10:56 PM

Semakin menyakitkan hati kes 1mdb ni...setiap kali najib pagi penerangan secara tertutup kepada ketua2 umno, semua kata berpuas hati....dan tunggu audit..in the meantime, 1mdb is free to do anything they very well please....

-sharifah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 10:56 PM

salam,
beri penerangan kat umno dan hanya tertumpu kepada ketua penerangan sahaja, maka jangan kata orang ramai telah berpuas hati. 1500 orang sahaja dan sebahagian besarnya telah mendapat imbuhan besar untuk segala projek dan terhutang budi. ada pertanyaan tak? bagaimana penerangan tersebut mampu membuat ketua penerangan faham akan isu 1mdb kerana mereka sampai sekarang tak mampu untuk memberi penjelasan kepada ahli umno.semuanya main angguk dan faham. betul ke masalah akan selesai hingga hujung tahun? bagaimanakah caranya? perlu rahsiakah cara penyelesaian? mampukah 1mdb bayar bunga untuk tahun ini? audit tahunan tak buat lagi, macam mana nak selesai? agaknya ketua penerangan faham ke apa yang ahjibgor terangakan? rasanya lebih kepada cari sokongan i lap pm jer.

sekarang mereka heret kesultanan untuk burukkan tdm. yang jadi mangsa kerabat yang tak faham dan orang muda yang dapat maklumat salah dan diputar-putarkan. sememangnya ketua hakim dipecat sewaktu sultan iskandar yang jadi agong. ketua hakim tak boleh dipecat kerana jawatan tersebut hanya ada bersara atau berhenti. pemecatan perlu perkenan agong kerana ketua hakim dilantik oleh agong dan perlu ada mahkamah khas untuk bicara pemecatan akibat salah laku. kenapa heret kesultanan dalam membela ahjibgor. sepatutnya tukar ajer nama proton, perodua, klcc, putrajaya dan apa sahaja yang berkait dengan tdm. jika tukar nama maka tiadalah lagi legasi tdm. kerana yang ada sekarang dibina di zaman tdm.

saya berpendapat bahawa, segala isu 1mdb dan akan datang fgv beli rajawali, banyak berkait dengan penyokong bn dan ahli umno sahaja. penyokong pembangkang satakat jadi batu api sahaja. penyokong bn dan umno masih boleh berfikir. sokongan yang diberi tidak sepatutnya membuatkan pemimpin angkat bakul sendiri. sokongan yang diberi kerana memikirkan masa hadapan negara. tetapi pemimpin umno perasan bahawa mereka popular dan disukai ramai. jika mereka disukai ramai, maka mereka tidak akan kalah. zaman tdm sahaja, pemimpin menang kerana presiden umno. kalu tak kerana tdm yang disayangai rakyat secara tulus hati, dah lama bn kalah kerana dimusnahkan oleh pemimpin umno, mca dan mic yang sering berkelahi berebut jawatan.

....................
Reply To This Comment ...................
June 14, 2015 at 10:57 PM

Namanya pun 1Malaysia - bearti 30 juta rakyat Malaysia harus di beritahu dgn kedudukan 1MDB dan Bkn hanya pada wakil2 UMNO. Kalau Bugis Bangang ni dr mula menjeladkn kepada Rakyat..isu ini tidak ' blown up ' la. Eniwe adakah Bugis Bangang ni menceritakan peranan Jho Lo di persidangan itu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 11:04 PM

najib tak ada telur sebab tu dia beri penerangan kepada ketua2 penerangan umno saja. yang mengundi umno pru akan datang mereka sajalah. ahli akar umbi umno tak payah undi bukan tak sukakan umno tapi meluat kat najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 11:05 PM

najib tak ada telur sebab tu dia beri penerangan kepada ketua2 penerangan umno saja. yang mengundi umno pru akan datang mereka sajalah. ahli akar umbi umno tak payah undi bukan tak sukakan umno tapi meluat kat najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 11:11 PM

jelas ada reasonable purpose and solution to 1MDB direction .. he is smart, responsible & open PM .. compare to his predecessors.. so cut the bullshit asking him to resign 👍🏼

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 11:13 PM

Kalau diorang tak pedulikan rakyat, seolah2 kita ni takde hak dlm duit berbillion yg dibelanjakan, datang pilihanraya, kita semula pulak jangan pedulikan dia. Kita tengok lepas tu wakil2 rakyat, ketua bahagian umno, menteri2 nak buat apa bila dah jadi rakyat biasa...

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
June 14, 2015 at 11:16 PM

1) Bila susah cari UMNO. Masa senang bagi duit banyak2 pada cinabeng yang majoriti sokong DAP.

2) Bila UMNO busuk maka BN pun turut busuk.

3) Sepatutnya pemimpin2 UMNO suruh individu yang suka berak dan paling tahi kepada UMNO supaya BERHENTI. Bukannya suruh dia berak lagi dan anda semua tolong cuci!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 11:16 PM

Lebih senang memberi taklimat kepada Umno dari rakyat & Tun agaknya sebab rakyat sekarang very educated & well informed, nanti kalau ada rebuttal kpd scriptnya tidak berupaya pula utk menjawab selain dari apa yg di scripted. Orang Umno tidak berupaya untuk merungkai or to digest the info given intelligently. Thats why it is safe to just explain to them instead of the masses & Tun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 11:26 PM

Najib mintak nyawa dari perwakilan. ...sebab mudah jer...mesyuarat perwakilan bahagian umno akan start lepas raya...biasala nak kaunter isi 1mdb bila mesyuarat bahagian bermula nnti.....najib mahu umno paham masalah yang dia cipta...yg jadi mangsa umno dan ahli2 bawahan demi kelansungan riwayat najib dan rosmah dlm kjaan....ahli umno diminta telan dan hadam apa yg najib cakap....puiiii...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 11:37 PM

pemimpin mana boleh buat silap yg besar...macam orang bodoh gamaknya...mcmana nak pimpin kami ...kalau di negara Korea dan Jepun...mereka dah masukkan muncung pistol dalam mulut dan tarik picu...habis cerita...kelemahan najib tidak membolehkan beliau jadi pemimpin ...kami perlukan pemimpin yg berani,bijak,pragmatik dan ada agama....dan yg penting membela bangsanya yg masih tertinggal...bukan cakap tak serupa bikin...suka main sentimen utk bela melayu...hakikat sebenar menghancur bangsa sendiri..janji poket penuh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 11:43 PM

Aku ahli UMNO. Aku tak rela Najib jual nama UMNO. Najib adalah PM Malaysia dari Barisan Nasional tapi nampak sangat dia berpaut pada UMNO semata2 untuk menyelamatkan dirinya Kenapa kepada rakyat terutamanya Tun M dia minta bersabar tunggu laporan sisatan odit dan pac sedangkan dia sendiri tidak sabar2 menjelaskan kedudukan 1mdb kepada mereka2 yang dipercayainya sahaja. Tidakkah ini nanti boleh mempengaruhi laporan yang bakal dibentangkan. Kedua kenapa baru sekarang beliau mahu mengaku yang 1mdb bermasaalah? Dah tahu modal asal cuma 1 juta kenapa sanggup buat hutang sampai 42 billion? dah kantoi baru nak kelamkabut salahkan orang lain, kalu tak mahu dengar cakap dia dia akan ambil tindakan pula, ada ke patut? NAJIB KENA LETAK JAWATAN. NAJIB HAS CREATED ENOUGH TROUBLE TO THE COUNTRY!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 11:49 PM

Saranan saya ialah lepas ni suruh para ketua2 penerangan tu jawab soalan dan kemusykilan Tun.... dan satu lagi, minta kesemua ketua penerangan tersebut mengundi ubn... rakyat nak tengok, siapa akan menang.... he he he..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 12:02 AM

Mungkin ada hikmah nya Dr M berhenti sebelum 'masa' nya. Dia berhenti semasa dia masih popular dan di sukai oleh orang ramai. Now we know the reason WHY! Tugas dia belum COMPLETE. Allah spared him for us earlier thru his pre-mature retirement because Allah knew that Dr M services will be NEEDED in 2015 from a greedy,lying and incompetent leader couple with a hideous and greedy wife.

Our 1Bugis lying warrior time is up. Not only his incompetency is now VISIBLE but also through the earlier 'signs' that this Royal Bugis lying warrior is CURSED! We have 4 major aviation accidents ,invasion of Lahat Datu,the 1MDB fiasco,major earthquake ,sinking value of the ringgit,loss of the FELDA value and now maybe the colonization of Malaysia through economic conquest due to the inability of 1MDB of servicing its obligation.

Saya fikir semua rakyat Malaysia perlu bangit sebulat suara dan mulakan kempen 'Last task before you finally retire Dr M' dengan persepsi bahawa Dr M tidak fully retired tapi took a 'breather' so that he can assess the capability of his successor before he hand over the country to his replacement.

May Allah bless him and his last noble deed by removing a lying arrogant incompetent leader! Allah help us all!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 12:13 AM

salam, masaalahnya bukan 1mdb sahaja ada beberapa isu yang menjadi rakyat saperti saya ni yang duduk dikampung tak dapat menerima lagi najib sebagai pm. Pertama isu gst rakyat dipaksa menanggung hutung yang dibuat oleh najib. Kedua gelagat rosmah yang membuat rakyat meyampah. Ketiga memberi layanan yang tak sepatut diberi kepada mereka yang tak meyokong kerajaan sekarang, sebaliknya kepada mereka yang meyokong kerajaan dilayan macam second class citizen.Keempat menganggap diri sangat sempurna hingga kabinet pun tak tahu perjalanan 1 mdb.Kelima pemimpin yang angkuh tak mahu terima nasihat dan pandangan orang lain .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 1:19 AM

najib nampaknya termakan dengan tipu sendiri. najib ingat bila dia menang PRU 13 dulu dengan majoriti mudah tanpa 2/3 atas sokongan orang melayu, dia ingat orang melayu suka kat dia. dia tak dapat analisa yg betul. dia tak tau yg orang masih sokong UMNO sebab majoriti melayu atas pagar benci dan tak percaya dengan anwar yang bawak PAS untuk bergabung dengan DAP. kebanyakan orang melayu tak selesa dengan gabungan ini termasuk orang PAS sendiri. jadi PAS kalah lebih teruk sebab orang melayu luar bandar nak mengimbangi gabungan liberal pimpinan anwar.

namun bila anwar bukan lagi berkuasa dan PAS sudah makin tidak setuju dengan DAP, orang melayu sudah tak kisah kalau tak undi UMNO. tambah-tambah lagi orang melayu memang jelak dengan najib dan rosmah yang dari awal sudah di lihat dari keluarga bangsawan dan suka bermewah-mewah, boros dan tidak prihatin dengan kesusahan rakyat. beberapa cubaan yg dibuat untuk menunjukkan mereka dekat dengan rakyat seperti makan di warung, naik lrt atau berbasikal nampak sangat sumbangnya.

tapi yang menjadi killer blow kepada orang melayu adalah isu-isu yang berlaku tahun 2015 ini. bermula dengan banjir besar di pantai timur yang mana najib amat lambat bertindak. serta di lihat lebih penting ber golf dengan Obama, kenaikan harga minyak kerana subsidi minyak di tiadakan, pengenalan gst serta tindakan najib yang tidak menghadirkan diri ke ranau, sabah semasa gempa bumi berlaku. ini menunjukkan betapa secara natural nya najib adalah pm yang kurang prihatin dengan kesusahan rakyat.

pada awalnya orang melayu tidak paham masaalah 1MDB walaupon sudah dibangkitkan oleh Rafizi dan Tony pua. tapi setelah Tun Mahathir pon bersuara, orang melayu secara majoritinya masih percaya kepada bekas PM ini mula mengambil kesah. lebih-lebih lagi bila duit tabung haji juga di lihat di gunakan untok tujuan menyelamatkan 1MDB. ini telah menjadikan isu ini besar dan menjadikan orang melayu lebih marah pada najib.yang menambahkan orang melayu makin menyampah dengan najib apabila lebih banyak serangan kepada mahathir dilakukan. kenapa apabila rafizi dan tony pua membangkitkan soal 1MDB ini najib tidak begitu marah, tapi bila Tun menanya soalan yang susah untuk dia jawap, najib menyerang Tun dengan segala bedilan yang boleh. orang melayu jadi terpikir kenapa pula mesti najib bertindak begitu kalau 1MDB tiada salah.

dengan keadaan semasa, najib hanya mimpi di siang hari kalau dia merasakan yang orang melayu masih akan mengundi UMNO. rata-rata yang datang memberi sokongan pada Tun Mahathir nampak begitu ikhlas dan hormat kepadanya. dia nampaknya masih berpengaruh, bukan saja untuk rangka golongan umor 40 tahun keatas tapi kepada anak-anak muda yg baru boleh mengundi. mereka melihat beliau sebagai hero rakyat melawan kerajaan yg tidak prihatin dan tidak berhati perut. tambah-tambah lagi bila karektor-karektor lawak seperti ahmad maslan, nazri aziz, tunku aziz dan lain2 mula mengeluarkan komen-komen bodoh mereka.

semakin lama, nampaknya najib termakan tipu daya sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 1:26 AM

dah terlalu hanyir dah najib nih...ringgit merudum dia bley duk pertahankan 1 Malaysia dijual borong...letih ada pm dan meteri yg malas kerja nih..sedeeeey...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 1:55 AM

Umno blh la kau beli dan tipo bro Najib..tapi allah,rakyat bro.. jgn main2 tau.Jgn kasi malu Bugis bro Najib.Rosmah tu kasi advice Bro..jgn melawan dan tamak.Harta berbilion billion x kemana pun bro..ingat tu..

....................
Reply To This Comment ...................
bluk
June 15, 2015 at 2:28 AM

Delay..delay..delay..umno pon tgu dn lihat..tgu dn lihat..tgu dn lihat.tau2 dh pru14.dlm ms sma ad yg tgh kaut slagi boleh sblm tumbg.kata rkyat nk jwpn segera,dn mkn tahun dh rkyat tgu ni.celakalh seluruh umno yg msh mnyokong najib serta yg xsokong tp msh bdiam diri.bodohla kita smua klu msh nk merayu pd mereka2 yg mampu utk mngubah spy ubah kpimpinan yg ad skrg.sedarlah kita smua bhwa tidak ad tmpt lain lg yg lbh ssuai utk kita mrayu mngadu mlainkn tunduk sujud kpd Yg Maha Kuasa ALLAH s.w.t.terima kasih byk kpd mereka2 yg xputus2 bjuang tmasuk tuan blog nim

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 2:55 AM

Its really mind boggling for the 1500 or so that was there DO NOT ASK A SINGLE QUESTION???

Assuming there is no Q & A, Bugis walk out a with another 'lifeline'???

On Tun M supposed Question/s-Queries....why is it no detail statements or report coming from this 'Closed-Door' meeting??? What exactly did the bugis answered on those questions?

6 Months is like a life time to 'COVER 1MDB's QUESTIONABLE TRACKS' when this Bugis had since 2009 ie. since its breakaway from TIA to become 1MDB and over those years did this Bugis sleep over all these while not periodically checking on 1MDB???

Bugis is after all 3-in-1 yet oblivious to whats happening, no wonder the rakyat has bad perception of him travelling the world in style but unable to consolidate his travelling into a much better progressing Malaysia or his travelling is just a show of support so as 1MDB could go around getting loans from various international banks (of course with government's guarantee)?

UMNO will go not 6 feet under but so deep that it will take many generations before it can even see daylights!!! If this is not scary enough UMNO, go ahead and continue to do what you're doing!

To the UMNO guys, GE13 was a clear sign the malay-muslims do not have alternatives but to hand UMNO 88 seats on a platter. However, if this bugis still is at the reign, the electorates couldn't careless (just like the bugis ignoring the rakyats) and will just give UMNO its money worth, whats left of it anyway by GE14!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 4:26 AM

lps ni mintak repoter utk interview ahli2 umno di ats kerna mrk dah mmg da btl2 fhm 1mdb.harap dpt beri penerangan kpd tun n rakyat, pls donnt hide. just nk tanya pd ds najib sebelum ni. canang xde masalah dgn 1mdb knp tiba2 mengaku ada masalah? siapa kaki spin sekarang, serios meluat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 4:39 AM

Sdra Din,

Isu 1MDB ini adakah:

1. Hak najib dan tdm sahajakah?
2. Hak najib dan umno sahajakah?
3. Hak najib ini dan orang umno malaya dan umno sabah (khasnya salleh keruak dan rahman dahlan) sahajakah?
4. Rakyat sarawak tak berhak tahu sebab bukan umno dan kena tunggu macam orang umno sehingga hujung tahun ini untuk mengetahuinya?
5. Parti2 komponen lain khasnya fixed deposit state of sarawak tak perlu diberitahu masaalah 1MDB sedangkan kita juga contribute to federal coffer through oil and gas revenues?
6. Hak pengundi dan rakyat tak penting untuk tahu?

Ingatlah, malaysia bukan umno sahaja. Kalau parti umno sahaja tak per.....ada PBB sarawak parti tunggak BN di peringkat negeri.....bukan umno....

Dalam isu 1MDB, najib tergamak pinggirkan rakyat sarawak yang contribute bn seats at federal level

A monster personally created by najib which has gone bonkers had implicated his own party, BN and the whole country. The ones who suffered are people like us, the rakyat.....yet najib is taking us all for a ride. Very irresponsible PM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 6:35 AM

Ah Jib Gor tau yang pemimpin2 tertinggi UMNO di peringkat bahagian ni mempunyai kuasa untuk menjatuhkan beliau melalui undi tak percaya. Sebab itulah Ah Jib Gor awal2 dah tackle ketua2 bahagian dan ketua2 penerangan. Begitu jugak dengan sokongan padu daripada BNBBC melalui Shahrir Samad.

Memang tak pelik apabila Ah Jib Gor meminggirkan ahli2 biasa UMNO kerana mereka tiada kuasa untuk memecat Presiden UMNO. Mungkin pada fikiran Ah Jib Gor, tak perlu kasi penerangan kat rakyat marhean. Kasi BR1M pun dah cukup. Tapi Ah Jib Gor nampaknya lupa bahawa BR1M tidak mampu untuk menampung kenaikan kos mendadak apabila GST dilaksanakan.

Dahlah nak tanggung GST lagi, nak bukak bisnes pun haru jugak pasal duit ringgit jatuh. Untung belum lagi, tapi modal dah abis pasal nak cover kos GST. Rakyat jugak turut terkesan dan terbeban apabila bajet bulanan menjadi defisit gara2 GST. Hissshhh....tak habis2 kerajaan nak kacau poket rakyat. Macamana ni punya kes, masih yakin yang rakyat masih undi BN ? Mimpi ajerlah.

Rindu sangat2 di zaman Tun M memerintah. Bayangkan ketika tu, bawak duit sikit boleh beli banyak barang, harga rumah masih mampu milik, subsidi lagi. Kira untung sangat2 sebab Tun M faham rakyat. Tun M dengar denyut nadi rakyat. Rakyat pun sayang Tun ngan ikhlas tanpa perlu dibayar sesenpun. Bila pemimpin jaga poket rakyat, rakyat akan beri sokongan tanpa perlu dipaksa atau dikerah jika adanya perjumpaan pemimpin bersama rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 6:49 AM

Ah Jib Gor agaknya dah lupa bahawa dasar2 yang dibawanya sebelum ini banyak yang mengguris hati melayu. Bangsa yang tak mengundi BN pulak dilebihkannya. Malah, ada pulak peruntukan khas untuk peniaga2 kecil PKS mereka. Bijak sungguh Ah Jib Gor dalam mengenang budi kepada pengundi2nya.

Tulah masalahnya Ah Jib Gor. Dia ingat BR1M dah cukup untuk jaga hati melayu. Apabila kuota bumi dimansuhkan, ISA dimansuhkan dan MeCD dibubarkan, dia ingat orang melayu merestui perbuatannya tu. Dahlah si pemberi undi tak dihargai. Yang tak mengundi pulak dimanjakan dan dibelai dengan penuh kasih-sayang. Lagi nak kata PRU-14 masih dalam tangan ? Pooraaahhh....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 6:49 AM

Ajib...ajib...

Anda terangkan..anda jelaskan...anda ceritakan segala2nya kepada orang2 yg bias kepada anda...hanya kepada org2 yg jadi pak angguk untuk anda..

Itu semua tiada maknanya.

Adakah rakyat Malaysia hanya org2 umno? Kami yg nonpartisan ini bukan rakyat Malaysia? Mengapa tiada penjelasan kpd SEMUA RAKYAT?

Jika bgt..kenakan gst dll hanya kepada org2 umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 6:52 AM

Dulu...sewaktu filem dibuat..org tanya dari mana sumber wang utk bikin filem itu..
Mereka jawab ?sovereign wealth fund..

Ada kaitan tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 6:58 AM

@Anonymous

if it wasnt for 1mbd, we would still ask him to step down due to his liberal stand.

if u read this blog from the beginning you would have known tht.

1mbd is just the last straw. he pretty much lost the malay support as it is now, except for those stupid perwakilan. he enjoy supports from umno who betray the malay but will not get supports from the malay grass roots.

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
June 15, 2015 at 7:01 AM

Smart? Responsible? Open?

Beg to differ!

He is CLUELESS.. if he is even half smart. He would not hire so many highly paid useless con-sultans.

Responsible? If he is really one..he would do the basic responsibility as a wife...ask his husband to wear tudung aka tutup aurat.

Open? Hahahaha...you do read the article above dont you? Close meeting...pertemuan tertutup..where is the openess?

So cut the BS of trusting a guy like that!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 7:09 AM

Tun M pernah cakap bahawa DEB tidak pernah menganayai bangsa kiasu, malah memberi keuntungan kepada mereka. Buktinya, ramai jutawan kiasu yang muncul selepas era DEB. Jadi, apa alasan DEB dimansuhkan jika melayu dan kiasu sama2 untung ? Ah Jib Gor mungkin lupa tapi orang melayu tak pernah lupa. Tu belum lagi sentuh soal peruntukan mega untuk SJKC di kala sekolah luar bandar masih lagi uzur dan dhaif. Sekarang saya nak tanya apa alasan paling kukuh nak mengekalkan Ah Jib Gor dalam PRU14 nanti ? Ingat tu, orang melayu takkan lupa apa yang Ah Jib Gor dah buat.

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2015 at 7:25 AM

Saya suka komen ni. Inilah apa yang majoriti rasa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 7:37 AM

Salam..
1. “Perdana Menteri meminta rakyat supaya bersabar dan memberikan beliau masa secukupnya supaya dapat menyelesaikan isu tersebut dalam beberapa bulan terdekat atau hingga akhir tahun ini.
“Saya yakin langkah yang diambil oleh 1MDB dan Kementerian Kewangan dapat menyelesaikan isu yang berbangkit” <<<=== Pling lewat ujung tahun, memang sahlah ada masalah besar. Soalan2 yang dikemukakan sebelum ni, boleh dijawab tanpa perlu AG/PAC...

2. “Isu 1MDB dapat diselesaikan dan kita tahu penjelasan Perdana Menteri mengenai transaksi perniagaan 1MDB juga berlainan dengan apa yang dikatakan oleh pembangkang terutamanya di media sosial” <<<=== kenapa biarkan pembangkang mainkan isu ni? kepanap tak jelaskan dengan terang di Parlimen?


3. "Kesemua mereka yang hadir berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan akan menunggu (hasil) siasatan dan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara"
“Bagi saya, semua spekulasi yang timbul telahpun dijawab dan Perdana Menteri sendiri menunjukkan ke manakah wang tersebut dilaburkan" <<<=== <<<=== AG & PAC hanya utk mengesahkan saje akaun/urusniaga 1MDB samada betul atau tidak. Seterusnya, adakah mereka2 yg hadir ni bleh bagi penerangan kpd rakyat..? Versi yg sama atau 1,500 versi yg berbeza ?

4. “Bagi saya, semua spekulasi yang timbul telahpun dijawab dan Perdana Menteri sendiri menunjukkan ke manakah wang tersebut dilaburkan” <<<=== kat 1,500 AHLI UMNO je..yang tak berani nak bersuara, yang tak bernai nak soal-jawab ? kenapa tak jelaskan kat Parlimen/ Ceramah/ Forum atau paling kokak pun kat Blog..?

5. Saudara DT...penatlah pagi2 ni...teruskan perjuangan...tq & wassalam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 7:38 AM

wassalam. I don't accept this statement saying tht the 1MDB issue will be settle by yr end.Firstly, why as I have said many a times, the briefing was done closed door and to only Umno leaders? why? the money don't belong to Umno but the Malaysians. We the tax payers are entitle to an explanation too. If he says tht it will be settle by yr end why are u afraid to face TDM?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 8:23 AM

apahkah dia jelas kan siapa dia Jhlow???

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2015 at 8:33 AM

Maklumat yang saya dapat - TIDAK ADA seperti apa yang dilapurkan sebagai penjelasan LENGKAP dan TERPERINCI mengenai 1MDB.

Najib hanya menjelaskan secara RETORIK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 8:40 AM

PM, Masa nak kaut duit rakyat dulu kenapa tak bawa kpd kabinet? Siapa yg jd penasihatnya ? Jho Lo? Bila dah bermasalah kenapa marah kabinet tak bersama dgn PM? Kenapa rakyat sbgai stakeholder memberi amanah mentadbir harta rakyat kamu PM sehingga menteri bangang kamu Nazri kurang ajar dgn rakyat pemberi amanah?
Adakah ketua ketua umno itu shj yg mengundi kamu?
Aku harap satu hari nanti ada satu parti melayu yg akan ganti parti kamu wahai pemimpin umno bangang!!!
Kamu umno bernasib baik lagi, sebab parti mcm PKR hampeh, rendah IQ, rendah akhlak sama mcm umno dan tiada agenda utk melayu, PAS lebih bersih dari umno tapi tersilap lgkah tahaluf dgn komunis cina kafir harbi. Aku harap ngo mcm PEMBELA, ISMA, PERkASA dll tubuh parti utk perjuang dan ubah nasib bangsa melayu dan menjaga agama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 8:52 AM

Anak tiri Najib bikib filem beratus ratus juta dari mana sumber nya? Kalau buat pinjaman bank hebah kan lah, jangan buat diam, tunjuk kepada rakyat anak tiri dia ni boleh buat filem beratus ratus juta.

Begitu juga dengan beg tangan rosmah tunjukkan harga barang kemas yg dimiliki, jelaskan kepada rakyat bagaimana dan cara dia perolehi, mungkin harga hanya beratus ringgit, lagi sekali JELASKAN, jangan sembunyi sembunyi apa perlu takut?

Boleh? Ada bran?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 9:13 AM

Ahli-ahli UMNO kebanyakannya kurang bijak, senang nak putar alam.. nak tipu senang. Itu adalah alasan yang baik untuk terus berkuasa dengan sokongan ahli UMNO yang kurang faham

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 9:17 AM

kalo bagi penerangan ke lembu2 blh lah...semua diterima dan semue betul sbb lembu kan...cuba lah bagi oeneangan pd Tun kalo brani...kenapa takut sgt dgn Tun...sbb Tun pandai ...yg 1500 tu senang cucuk hidung...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 9:36 AM

Setuju.
1:19 am. . .tq.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 11:01 AM

Aduh,nak termuntah baca komen pak kaduk. Saya nak komen hari ini sebab bengang dgn tokei hardware caj harga racun lebih dari harga sst sbelum ni. T.kasih dsn najib(B) & kerajaan krn membantu org kg mcm sy.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 11:23 AM

@AnonymousMasaalahnya dlm dia punya kapla, batu besar ada duduk... tarak mau dengar ckp... tarak mau berenti...
mungkin dia punya bini ada tahan tarak mau dia laki kasi turun... turun kalu, banyak kes nanti keluar.... mana mau lari.. handbag saja sudah ratus ribu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 12:15 PM

umno memang sepatutnya kena bagi najib peluang utk selesaikan isu IMDB!!! bagi dia fokus betul2 dan selesaikan dgn segera!!

Tugas2 PM kena bagi kat org lain pulak, yg xda masalah dlm perniagaan dan xda masalah keluarga!, supaya dia boleh fokus utk uruskan negara.

Bagilah Najib masa dan jgn ganggu dia lagi. Najib terlalu sibuk sekarg ni nak jawab macam2 kat ketua penerangan, ngo, ketua kg, ketua bahagian, mcm2 ketua lagi. Biar dia uruskan semua tu. Jgn bagi dia uruskan tugas2 lain k?! sian kat dia.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
June 15, 2015 at 2:27 PM

Assalammualaikum wmt,
Tahniah! Peringkat Ketua Penerangan Bahagian UMNO dah benar-benar faham apa itu 1MDB dan segala permasalahan yg ditanyakan Tun M. Baguslah. Diharapkan mereka dapat memberikan penerangan mengenai isu yg jadi heboh itu kepada rakyat mewakili 1MDB, khasnya mewakili Najib.

Oleh kerana ramai Ketua Penerangan UMNO yg dah faham, saya cadangkan dua atau tiga orang dari mereka mengadakan satu penjelasan terbuka kepada Tun M mengenai apa yg dipersoalkan mantan PM itu. Biar Tun M tanya, mereka jawab. Mudahkannnnn?

Adakan majlis penerangan terbuka. Dua atau tiga orang Ketua Penerangan yg kononnya faham itu berikan penjelasan kepada soalan-soalan yg akan dikemukakan Tun M secara live. Bukannya tertutup atau dikalangan ahli UMNO saja. Adakan di TV secara live. Biar rakyat dapat lihat dan dengar. Tapi jangan ada tukang 'kacau' yg melalak-melolong macam yg berlaku baru-baru ini. Biar rakyat tengok apa yg mereka faham mengenai 1MDB dan apa yg ditanyakan Tun M bagi pihak rakyat.

Pendekkata majlis itu merupakan majlis penerangan UMNO kpd rakyat melalui pertanyaan Tun M. Majlis itu dinamakan: "1MDB - Tun M tanya, UMNO jawab".

Saya harap ada NGO yg sanggup anjurkan majlis itu dgn ikhlas kerana Allah. Bukannya ikhlas kerana selain Allah swt.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 3:27 PM

"Bagilah Najib masa dan jgn ganggu dia lagi. Najib terlalu sibuk sekarg ni nak jawab"

Senang citer...berhentilah, ramai lagi yg lebih berkelayakan boleh ambil alih, tutup cerita full stop!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 5:12 PM

Step down najib and the gangs .. cukup cukup la .. kami rakyat banyak menderita ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 7:52 PM

Kalau najib tak turun
Pru 14 kita turunkan
Pilih lah.

....................
Reply To This Comment ...................
budak jawa
June 15, 2015 at 10:15 PM

suruh yang puas hati dengan penerangan 1MDB tu jelaskan dan tolong jawab persoalan yang ditanya mengenai 1MDB tu. kalau tak boleh memang mangkuk hayun lah diorang ni. menteri Kewangan II pun tergagap2 uh ah uh ah bagi penerangan. dan satu lagi, kalau ada penerangan kenapa tak jelaskan pada rakyat, kenapa terangkan pada org umno sahaja.

budak jawa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 10:54 PM

" Sudah jatuh ditimpa tangga"-Bala datang bertumpuk-tumpuk ,kapal hilang tampa dikesan .Patut mereka telah seder atas rententen yang berlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 11:28 PM

mesti dia layan cukup2 para perwakilan tu kan
dok hotel brp bintang
mkn kat mana
dlm goodie bag ada apa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 11:36 PM

wlp golongan muda yg baru layak mgundi tidak pernah merasa kemakmuran di bwh kerajaan pimpinan tun M tapi saya yakin ibubapa mereka dan golongan lebih dewasa ada menyalurkan info berkenaan kewibawaan tun M dan persaan bangga bila mengaku sbg rakyat Malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 11:43 PM

dgn sentimen rakyat pd hari ini maka tiada mustahil org melayu akan beralih kpd pas.
pas diminta terus cerai talak 3 dgn dap kerana kerjasama pakatan lebih byk mcalarkan imej pas.
apa nak takut pada hudud?
anda tak buat salah takkan dihukum
mana2 undang2 pun sama la

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 11:45 PM

perwakilan yg bangang akan percaya bulat2 atau tak fokus pun masa penerangan.
aku nak tgk sikit ada tak antara mereka yg guna akal untuk proses situasi isu 1mdb dan sentimen rakyat sekarang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 11:28 AM

Kenapa tidak ada berita dan maklumat terperinci apa yang diterangkan oleh Najib. Kena temberang je dengan Najib kot. Adakah Ketua Penerangan juga mempunyai telor untuk bertanyakan soalan mengenai wang 1MDB yang hilang, jet mewah, pengarah pembunuhan Altantuya, boros dsb.nya.

Post a Comment