........... Perjanjian JV 1MDB-PetroSaudi DiDedah ! PELIKnya Dealing ni .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Perjanjian JV 1MDB-PetroSaudi DiDedah ! PELIKnya Dealing ni ....

Tuesday, June 23, 201526comments


PetroSaudi ..... peeergh! Memang gah namanya.... Anda boleh google namanya dan baca maklumat yang ada bagi membuktikan betapa besar dan loaded syarikat minyak itu. Rakyat Malaysia sememangnya bangga satu ketika dulu bila Najib umumkan 1MDB akan buat usahasama dengan PetroSaudi. Terbaik .....

Tapi sejak isu 1MDB meletup, ramai yang dah mula mempertikaikan usahasama ( JV ) itu. Pulak dah ...... apahal ? Syarikat minyak sebesar itu .... apa barang setakat beberapa billion ringgit ...

Cuba tengok imej yang saya copy dari laman Petrosaudi -


Syarikat minyak antarabangsa tuh ..... tapi mungkin Petronas hebat lagi kot... takperlah, pokoknya ia syarikat minyak. Dan kita seharusnya bangga bila 1MDB dikaitkan dengan pak Arab saudagar minyak. 

Tapi .... mana projek Petrosaudi di Malaysia , ek ?  Kat Indonesia ada tapi kat Malaysia takde pun ?

Laaa..... kan dah cancell syarikat JV 1MDBPetrosaudi tu.... dalam artikel 1MDB menjawap chedet pun ada disebut secara ringkas sejarah JV itu.


Menarik sekali isu JV 1MDB-Petrosaudi ni... serius ! Heran juga kan kenapa 1MDB batalkan JV itu selepas 5 bulan sain kontrek ? Ada masalah ke ? Persoalan itu tidak dijawab oleh 1MDB. Kenapa ek ? 

Kalau bagus projek JV dengan Petrosaudi itu, kenapa batalkan dalam keadaan dakwat sain belum kering lagi ? Tak sempat nak buat apa2 projek pun dah cancell ? Heran ..... why ? why ?

Masa sain kontrek JV bukan main lagi keluar paper. KLiK untuk ke laman 1MDB kalau nak baca Joint Statement  JV antara 1MDB-Petrosaudi bernilai US$2.5 billion. Tapi masa 1MDB keluar dari JV itu selepas 5 bulan kemudian kenapa senyap je ?

Blogger JMD ada menulis di SINI semasa mengulas jawapan 1MDB di atas tadi mengenai dakwaan Tun Mahathir bahawa Petrosaudi sebenarnya tidak bayar satu sen pun dalam syarikat JV itu.  

Bersandarkan apa yang ditulis oleh 1MDB sendiri, JMD mengulas isu pembayaran US$700 juta kepada PetroSaudi dua hari selepas sain perjanjian JV, diikuti keputusan 1MDB keluar dari JV dan dana 1 billion US itu ditukar kepada pinjaman Murabaha kepada Petrosaudi disusuli tambahan dua kali lagi pinjaman kepada Petrosaudi dibawah Murabaha sebanyak US$500 juta dan US$330 juta. Kemudian kesemuanya dikembalikan bersama untung dalam bentuk UNIT dengan syarikat yang berdaftar di Cayman. 

Pelik kan ..... mesti ada masalah yang menyebabkan 1MDB keluar dari syarikat JV itu dalam masa 5 bulan jer.  Kenapa tidak minta Petrosaudi bayar jer dalam bentuk tunai ? Mungkin sebab Petrosaudi takde duit ? Kalau benar ada masalah dengan JV itu, kenapa ditambah lagi 2 kali pinjaman kepada Petrosaudi ? Gila talak ke apa ?

Artikel terbaru JMD ( KLiK ) pula mempertikaikan apakah benar Petrosaudi ada masukkan aset bernilai US$2.7 billion ke dalam syarikat JV itu sebagai modal bahagian dia.... 1MDB masuk US$1 billion dan diberikan 40% pegangan saham dalam JV itu.

Disebut oleh 1MDB bahagian Petrosaudi itu berupa -  PetroSaudi, via a subsidiary company, owned assets, comprising rights to oil fields in Turkmenistan and Argentina, worth approximately USD2.7 billion. dan semakan mendapati TIDAK ADA / TIDAK WUJUD sebarang projek minyak milik Petrosaudi di Turkmenistan maupun Argentina !

Kalau rujuk pada peta dunia Petrosaudi di atas, memang takde pun.


                                        *************************************

Untuk artikel ini saya bukan nak ulas semua tu sebab penjelasan yang diberikan sudah cukup mantap. Saya harap ada sesiapa yang boleh terjemahkan artikel2 itu supaya dapat dikongsikan dengan lebih meluas lagi. 


Saya nak tulis mengenai beberapa fakta ketika penubuhan syarikat JV 1MDBPetrosaudi Limited itu sendiri yang saya percaya ramai tidak tahu. Di bawah saya percaya adalah bahagian awal Perjanjian JV itu -



Nampak tak satu perkara yang ramai tak perasan pun atau ramai yang ambil mudah ( take for granted ) ......

Dari nama 3 syarikat yang disebut terlibat dalam Perjanjian JV itu, TIDAK ADA nama Petro Saudi International Limited iaitu yang biasa kita sebut sebagai Petro Saudi saja seperti yang ada dalam laman web di atas.  Yang ada cuma PetroSaudi Holdings (Cayman) Limited iaitu anak syarikat Petro Saudi. TAK SAMA beb !

Tapi kalau anda baca KESEMUA artikel dalam laman 1MDB atau dalam paper atau siapa sajalah yang merujuk kepada JV itu, yang disebut adalah PETRO SAUDI dan saya percaya semua orang anggap ia adalah syarikat minyak dari Arab seperti yang ada laman web di atas.... kan ?

Saya sendiri fikir begitu sebelum ini. Rupa2nya LAIN ! 

Yang sain perjanjian usahasama dengan 1MDB itu adalah Petrosaudi Cayman. ( saya rujuk sebagai PSCayman ) bukannya Petro Saudi International ( saya rujuk sebagai PS Arab ).

Anda dimaafkan kalau keliru sebab ia memang di olah untuk mengelirukan rakyat Malaysia ! Nama PSCayman seterusnya akan dirujuk sebagai PSI dalam kontrek. PS Arab pun dirujuk sebagai PSI .... nah, siapa yang tak keliru ? !

So ..... PS Cayman ni ada duit tak macam PS Arab ? ADA ...... itulah US$2.7 aset yang JMD sudah kantoikan sebagai tidak wujud !

1MDB bawa masuk US$1 billion dan dapat 40%, PS Cayman bawa masuk airliur dan dapat 60% ?!


Syarikat JV itu - 1MDB Petrosaudi Limited  .....  ( tak disebut pun Cayman !! ) telah didaftarkan di Cayman pada 18 September 2009 .......hmmmm .... Perjanjian JV dengan 1MDB disain pada 28 September 2009 ????

Senang2 PS Arab gunakan sama 1MDB untuk tubuhkan syarikat tanpa persetujuan tuanpunya nama ?

Ada disebut oleh 1MDB dalam artikel menjawab chedet di atas -

These assets were sold by PetroSaudi to another subsidiary, “JV Co”, which at the time of the asset sale, was a company formed by and initially 100% owned by PetroSaudi for the purposes of a proposed joint venture with 1MDB.

OK lah, katanya syarikat JV itu ditubuhkan lebih awal sebagai persediaan awal untuk JV itu.

Kemudian disebut dalam kontrek PSCayman telah berikan wang pendahuluan sebanyak US$700 juta kepada syarikat JV ( sebelum 1MDB join sama ). Advances = Pendahuluan = Pinjaman ?

PSI is the legal and beneficial shareholder of one billion five hundred million (1,500,000,000) Shares (as defined below) and has provided the Company with advances amounting to seven hundred million US Dollars USD700,000,000)

Apa kata 1MDB mengenai US$700 juta itu ?  -

In return for the USD2.7 billion asset transfer, JV Co had to pay PetroSaudi USD700 million. This indebtedness resulted from the asset transfer. Accordingly, there was no loan made or “to settle”.

Entahlah ...... belit sekali penerangan yang diberi.  Dalam kontrek JV itu ada juga disebut -


Juga ini -

Pinjaman diberi pada 25 September, sain kontrek pada 28 September, 30 September dah kena bayar balik semua ?

Takkan US$700 juta itu boleh habis dalam masa 5 hari ? Belanja apa ? Siapa yang sain cek ? Kalau masih ada dalam akaun, kenapa tidak keluarkan balik semuanya dan kembalikan saja kepada PSCayman ? Kenapa perlu 1MDB pula yang kena bayar ?  Melainkan duit itu dah tidak ada dalam akaun !

Masuk duit 25hb, 3 hari kemudian buat kontrek suruh bayar balik dalam masa 2 hari lepas sain kontrek ?

Oya, dikatakan ada satu surat tuntutan pada 29 September 2009 ( satu hari lepas sain kontrek ! ) supaya pinjaman itu dibayar keesokan harinya.

Tak ke PELIK semua yang berlaku dalam masa 12 hari antara 18 September - 30 September 2009 itu ?

Rujukan - Matthias Chang - KLiK. dan beberapa artikel lain beliau yang ada sebut 1MDB dan/atau PetroSaudi. Saya tulis mengikut kefahaman saya secara paling ringkas untuk difahami ramai.

Banyak lagi  PERTANYAAN yang bakal didedahkan bagi mendapatkan PENJELASAN dari 1MDB !

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 23, 2015 at 8:48 AM

Najib and Arul a.k.a LIARS EXTRAORDINAIRE, salleh keruak, rahman dahlan and anifah aman a.k.a BLIND LOYALISTS EXTRAORDINAIRE.........

EXPLAINING AWAY THE TRUTH

It is no good at all to conjure all sorts of reasons to explain away truth:

One could subscribe to truth only when one has self-respect in the first place;

When a man tells untruths, he has no respect for himself and little would he do better for others except for his own gain;

And when a man tells lies, he has a tendency to forget:

With one lie after the other, eventually he would be caught in his own tangled web

I speak on behalf of myself as a RAKYAT TERANAIYA, TERTIPU

Its not that i love najib less, but i love my country more

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 23, 2015 at 9:27 AM

eh? betul lah. aku sangkakan apa yang dibagitahu selama ni ialah syarikat yang sama iaitu petrosaudi...rupa2nya syarikat lain. nama je hampir sama. memang terbukti dari awal lagi mereka berniat nak songlap duit tu.

....................
Reply To This Comment ...................
June 23, 2015 at 10:02 AM

Skandal paling besar dalam abad ini!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 23, 2015 at 11:06 AM

salam,
bagi menjawab pertanyaan itu, maka blogger penyokong kuat ahjibgor akan memberi jawapan memburukkan tdm. kira segala kejahatan ahjibgor sekarang dibenarkan kerana zaman tdm buat lebih banyak kejahatan. kalu dulu pemimpin buat salah, maka pemimpin sekarang pun boleh buat salah. bukti salah tak perlu, cukup dengan tulisan putar alam. jawapannya bagi persoalan sekarang hanya dijawab jika tdm berbunyi. jika pemimpin pembangkang, tak perlu layan walaupun ada merit pertanyaan tersebut seperti yrim. semua tu nak terlondeh la lagi. makin hilang la telur pahlawan bugis. yang dok jawab anak buah pahlawan bugis. tu pun memburukkan orang ajer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 23, 2015 at 11:10 AM

kau ni bongok lah din penyu macam orang tua nyanyuk tu pun serupa sama je. kalau ade bukti buat sidang akhbar bagi tau satu dunia panggil suratkhabar yang interbiu tua nyanyuk tu sekali. ni hari hari dok ulas satu persatu ini tak kena itu tak kena. tap abuk pun tarak. bulan puasa buat lah amal skit. kalau tak panggil najib suruh hang jadi ahli pac. betul2 mcm si pua tu ade gak hang ni. pua jadi anggota pac bila panggil mereka yang terlibat dengan 1mdb pengarah dia lah, syk audit lah duk senyap je. tapi bila dalam parlimen baru bising ini lah itu lah. ape baral dia ni. bagi peluang tak nak guna sepenuh nya. hang sebenarnya ape kes dengan najib dan umno din penyu oi. mesti ade personal. kalau tak tak kan meroyann teruk skali.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 23, 2015 at 12:01 PM

Bro......macam pernah tgk la tranksaksi macam ni secara kecilan. Company tu mungkin tak ujud pun, guna akaun peribadi. Duit masuk sekejap je lepas tu dikeluarkan. Mungkin duit tu dah lama habis. Bila bank singapura kata takde cash yang dimasukkan, mula lah kita dengar benda pelik2,,,,unit lah, paper lah....dah kantoi.
Wikileak mana.....dedah sikit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 23, 2015 at 12:13 PM

interesting. kalau wat movie or drama skandal 1mdb confirn tinggi rating

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 23, 2015 at 3:05 PM

banyaknya keraguan...

....................
Reply To This Comment ...................
June 23, 2015 at 3:35 PM

@Anonymouscontoh komen yang selalunya saya padamkan sebab lari topik, dan cuba alih isu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 23, 2015 at 5:18 PM

jika nnak labur ke petroleum petronas kan ada , lagi depan mata
utk tanam modal dlm industri minyak waktu ni tidak sesuai sbb ketidak stalian dlm hrga - hrga jatuh
kecuali utk pelaburan jangka panjang ok- ini masa sesuai....
apapun ''niat'' kita ,

....................
Reply To This Comment ...................
red
June 23, 2015 at 5:19 PM

salam din,

aku rasa elok ko jgn padamkan komen2 tu....biar kita nilai sendiri betapa bangangnya si pro najib ngok ni....tak kan lah benda yg besar macam ni pun depa tak boleh faham2 lagi......kesian depa din....hati nya dah hitam....tak tau mana kaca mana berlian...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 23, 2015 at 6:38 PM

Aku satu family 6 orang dah tak tergamak nak pangkah BN lagi, rasa bersubahat pula. Mungkin kali ni buat undi rosak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 23, 2015 at 8:14 PM

Ayoyo kanavalek cerita tamilpun tak berbelit mcm ni.semoga memberi kesedaran pd semua yg teraniya tampa sedar dirinya

....................
Reply To This Comment ...................
June 23, 2015 at 8:45 PM

A lot of dormant companies exist in 1mdb subsidiary spt Brazen Sky dll dan subsidiary 2 ini takde siapa tahu bisnes yg mereka lakukan tetapi ada dua atau tiga subsidiary yg aktif dlm hedge fund dan inilah yg menjahanamkan1mdb itu sendiri tetapi transaksi yg dilakukan mestilah ada seseorang yg bertanggung jawab kesimpulannya syarikat JV dgn petro saudi ni adalah urusan syarikat hedge fund yg dijalankan utk meraih keuntungan dgn cepat dan berstruktur supaya pada luaran nya nampak cantik tetapi akhirnya pecah lobang juga.

....................
Reply To This Comment ...................
June 23, 2015 at 9:10 PM

Hang sendiri apa kes dgn najib ? Buta ke. Dah tak tahu mana benar mana salah.....mmg sah anda bermasalah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 23, 2015 at 11:16 PM

Bro,

Debate with manner.

Cheers

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2015 at 3:00 AM

songlap duit bila bisnes dah nampak untung itu perkara biasa...
ini baru rancang nak buat bisnes ..dah tibai habis ..fuhyoo mmg dahsyat tul..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2015 at 3:43 AM

Ni rasa ya dah tak payah debatelah agaknya kut.... Sekarang mass mengimbau kembali adalah negara Tanah melayu ini sememangnya berada di bawah limpahan Rahman Dan Rahim Dari Ilahi.... Berapa lancar curahan Dan limpahan fitnah..akhirnya Kita macam nampak Ada sinar kebenaran Yan bakal muncul. Seleoas terkeluarnya berita tertangkapnya seorang individu yg Ada kaitan dengan PSI di Thailand .... Seolah2 membungkam mulut pemfitnah Dari terus Cuba menjaja sumber copy paste.... DT bagai terkesima...kerana selalinya selepas satu2 artikel yg DT tintakan...ianya dengan tanglas disambut dengan sorotan2 tinta yang kononnya uptodate. Kali ini berkat Ramadhan menzahirkan jawapan. Selamat bertaubat Din.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2015 at 3:48 AM

Betul Din jangan padam.... Biar mereka yg fitnah Najib pun dapat Baca betapa segala maklumat yang Ada seperti di atas Ada kemungkinan telah dipelagiat..... Din dapat sumer dari mana? Serawak Reports Ker? Abislahhhh....kalau semua maklumat Din anyaranya Dari Sana....abislahhhhh......

....................
Reply To This Comment ...................
June 24, 2015 at 5:21 AM

Huh ..... terkesima ? Yalah kot ...... siapa sangka berita yang menyatakan 1mdb berhutang keliling pinggang, terpaksa bergolok bergadai harta benda, jual habis aset sebab nak bayar hutang, sampai Najib terpaksa korek sana sini dana awam..... semuĂ nya datang dari Sarawak Report ! Aku bertaubat !!

....................
Reply To This Comment ...................
June 24, 2015 at 5:33 AM

Haha.....alih2 SR yg d salahkan ! Ceteknya pemikiran sampai kena tipu pun suka dan membenarkan diri d tipu dgn sewenang2nya. Sia2 bernama manusia jika buta fakta dan buta minda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2015 at 6:00 AM

Tertangkapnya whisteblower ADALAH BUKTI KEBENARAN kes 1MDB.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2015 at 3:43 PM

Malahan dalam laman web Petrosaudi itu terlalu ringkas, tak ada maklumat sangat untuk membuktikan mereka benar-benar menjalankan perniagaan secara jujur.

Malahan betul kata saudara Din Penyu bahawa tak ada pun sebarang projek 1MDB dan Petrosaudi di Argentina dan Turkmenistan di dalam laman web Petrosaudi sebagaimana yang sering dicanangkan oleh Najib dan juak-juaknya itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2015 at 4:01 PM

@Anonymous


setuju.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2015 at 4:03 PM

@Anonymous

The Reading Man?....manners ...not 'manner'

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2015 at 5:56 PM

Laman PetroSaudi macam scammer MLM punya bisness. Terlampau ringkas dan vague.

Cuba banding dengan Royal Dutch Shell atau BP.

Lagi satu, PetroSaudi bukan milik negara Saudi. Yang kerajaan Saudi punya Aramco. Ni cuma syarikat milik anak raja Saudi dulu. Kerabat Saudi sahaja dah 20,00 orang dan semua hisap hasil minyak negara dan duduk bawah ketiak Amerika

Itupun ada Bugis dan Minang percya. Lingkup Malaysia dibuatnya

Post a Comment