........... Penjelasan Arul Tentang RM42 Bil Lebih Banyak Menimbulkan Persoalan Tambahan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Penjelasan Arul Tentang RM42 Bil Lebih Banyak Menimbulkan Persoalan Tambahan

Thursday, June 4, 201517comments


TheStar

Semalam ada dua perkembangan besar dalam isu 1MDB bila Arul mendedahkan ke mana perginya RM42 bil hutang 1MDB dan kedua bila Husni muncul di TV1 bagi menjawab isu 1MDB - Di Mana Wangnya ?

Nampak berkaitan keduanya, makanya saya yakin esok Najib juga akan menjawab dengan LEBIH TERPERINCI mengenai isu sama dalam majlis Nothing To Hide. Yes ! Steady Najib ....

Saya tidak berkesempatan menonton semalam, jadi saya ambil info dari beberapa sumber untuk dikomen. Pertamanya yang paling penting mungkin adalah kenyataan daru Husni seperti laporan The Star di atas bahawa - Sebarang urusniaga 1MDB perlu mendapatkan persetujuan Najib.

“1MDB is government owned. So, in this context, it means that the Prime Minister represents the government. That’s the concept,” 


“1MDB is under the purview of the Finance Ministry. So the ministry must be responsible. That responsibility is then brought to the Cabinet to get their endorsement to what 1MDB is doing. The issue of bullying does not arise,
.

1MDB adalah milik penuh kerajaan dan PM ( Najib ) mewakili kerajaan. 1MDB adalah di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kementerian Kewangan. Menterinya adalah Najib juga. Jadi Menteri Kewangan iaitu Najib akan bawa isu 1MDB kepada kabinet yang di kepalai oleh Najib juga untuk mendapatkan pengesahan.

Jadi tidak timbul sebarang konflik di situ !

Pendek kata - Jika ada orang yang perlu memikul tanggungjawab dan akauntabiliti sepenuhnya dalam isu 1MDB, orangnya adalah Najib. 

                                                     *******************************

Jom perhati apa yang Arul berikan semalam mengenai perbelanjaan RM42 bil 1MDB -



Saya tertarik kepada komen JMD, kenyataan Arul itu tidak menjawab antara lain persoalan -

1 - Apa yang berlaku kepada billion2 yang dilaburkan melalui Brazen Sky, syarikat yang punya kaitan rapat dengan Jho Low ? Pihak Delloitte sendiri tidak punya maklumat lengkap mengenai pelaburan itu.

Based on 1MDB’s latest financial documents for the year ended March 31, 2013, its auditors were unable to determine details on the US$2.3billion (RM8.05 billion) investment.- Thestar.

.
2 - Kenapa upah yang begitu tinggi dibayar kepada Goldman Sachs ? Goldman Sachs di bayar RM1.54 bil untuk mendapatkan RM15 bil dari jualan bon (10%) berbanding hanya RM400k yang dibayar oleh Prasarana untuk mendapatkan RM2 bil dari jualan bon (0.02%) ?!

3 - Siapa Jho Low dan kenapa beliau begitu berpengaruh dalam 1MDB ?

                                          ****************************

Apa itu Cost of Finance dan Working Capital sebanyak RM4.5 billion ?

Apa itu Inherited Debt yang dikaitkan dengan IPP sebanyak RM6 billion ? Kenapa di asingkan daripada nilai kos IPP ? 

Satu lagi, kesemua IPP itu sedang beroperasi semasa dibeli, berapakah jumlah pendapatan operasinya ? Kenapa pendapatan itu tidak dapat menampung hutang pembelian ? 

Secara logiknya, jika nak beli sesuatu perniagaan secara hutang, kita kena pastikan paling tidak, keuntungan dari perniagaan itu mampu bayar hutang itu. Ini tidak ! Terpaksa merayu2 nak pinjam lagi duit sebab nak bayar hutang itu ..... Kenapa beli ?

Apa itu kos Foreign Exchange  sebanyak RM0.9 Billion ?

Apakah pelaburan sebanyak RM6.1 billion yang masih berada di Brazen Sky ?

Kenapa begitu tinggi sekali deposit yang dipegang oleh Aabar sebanyak RM4.2 billion ? 

Apakebendanya pelaburan RM5.1 billion GIL Fund ?


Jika dicampur kesemua nilai yang dihitam gariskan, ianya berjumlah - RM26.8 billion

Memang itulah baki yang dipersoalkan oleh rakyat malangnya penjelasan Arul tentang baki itu tidak lengkap. Malah ia hanya menambahkan lagi persoalan dari rakyat !

Melainkan anda merupakan GOLONGAN ISTIMEWA yang mampu terima bulat2 apa saja alasan yang diberikan oleh Najib dan 1MDB walaupun alasan2 itu dianggap merepek oleh rakyat yang berfikiran waras. 

Mungkin kenyataan Arul itu merupakan mukadimah kepada penjelasan lebih lengkap dari Najib esok ..... Steady Najib !

Yalah, cakap2 Arul payah nak dipegang .... bila2 saja boleh ditukar. Seperti contoh kenyataan Arul yang menegaskan dana dari Cayman yang disimpan di BSI Singapura adalah dalam bentuk wang tunai dan beliau sudah melihat penyatanya. Ada Arul beri sebarang penjelasan kenapa kenyataan itu bercanggah dengan apa yang disahkan oleh Kementerian Kewangan sebagai Unit  saja ?


KLiK

Bersambung dengan ulasan Husni pula ....

Menarik untuk dibaca juga - 

HUSNI DAN ARUL TOLONG JANGAN BODOHKAN RAKYAT

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 6:16 AM

Apa yang aku nak tau ialah apakah faedahnya !MDB ni kepada negara ? Kalau setakat nak membuat pelaburan dan mencari dana, kita masih mempunyai agensi kerajaan yang boleh menjalankan fungsi yang sama. Produk utama !MDB pun sampai sekarang kita tak tau apa dia. Core bisnes dia apa ?

Yang rakyat nampak sekarang ni, !MDB hanya main duit semata-mata. Sebijik macam masuk Skim Cepat Kaya. Labur duit untuk dapat wang yang lebih besar.

....................
Reply To This Comment ...................
June 4, 2015 at 6:32 AM

Good questions !
👍

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 6:47 AM

1mdb memualkan dan merugikan.Pada dasarnya x perlu langsung penubuhann nya.objektif juga kabur.Yg untung hanya individu dan sykt2 kafir.Kalo mcm ni la punahsihat Dsn.Jahanam negara!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 6:55 AM

Agensi yang ada seperti Khazanah dan lain-lain adalah legasi Mahathir.
Orang lainpun nak tinggalkan legasinya juga.

....................
Reply To This Comment ...................
June 4, 2015 at 7:22 AM

Semalam saya dengar sekejap jer melalui radio ketika tengah drive.Kalau x silap,salah seorang dari panel ada sebut pasal re-structuring 1MDB.Kemudian entah cam mane,kalau 1MDB x boleh bayar hutang,kadar defisit negara akan meningkat sehingga 4%.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 7:28 AM

1MDB ni apa sebenarnya? Sejak bila kerajaan berniaga ni? Apahal tamak sangat nak berniaga. Cukai tak cukup ke? Lagi bertambah cukai sejak penubuhan 1MDB. Sakit ooo poket rakyat.
Lepas tu main gula2 dengan BR1M. Macam ni Najib boleh pegi jalan daaa..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 9:31 AM

Masalahnya,legasi jibby menyusahkan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 9:38 AM

pinjam sini sana..labur sini sana...nak dapat duit tapi akhirnya rugi dan hutang keliling pinggang.. pinjam sini sana lagi untuk bayar hutang...jual "aset" untuk bayar hutang..

lepas tu suruh kerajaan baikpulih dengan menggunakan duit rakyat.

nampak tak betapa bodohnya 1mbd tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 9:49 AM

teruknya ajib dan 1Mdibee berbelanja.

memang terbukti bangang!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 10:00 AM

APA ITU INHERITED DEBT? inherit dari siapa? mengapa 1mdb boleh terima hutang itu sebagai kos mereka?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 10:02 AM

Legasi yang menjahanamkan sehinggi ke cucu cicit ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 11:33 AM

Bro DT,

Aku dah kata jangat diangkat bakul si bugis tu dulu sebelum kita tunggu dan lihat (pakai Najib punya alasan lah selama nih) on your last entry.

Sekarang nampak macam cukup kena tajuk Outsyedthebox tang Husni is doing a harakiri on the basis of what JMD (JebatMustDie) has dissected on the explanation given by Husni ie. FM2 - Finance Minister 2.

It is indeed becoming more entangled that is what Najib-bugis and the gang nih just like fish caught on a trawler's net....the more the fish struggled the harder it gets choked by the net. Covering a lie with more lies multiplying the lies into a frequent lies???

- Or is it in the scheme that Husni is to be THE FALL GUY???

- Is he going to be the sacrificial lamb???

- Since he had been appointed as the official spokeperson, from now on he is in the cross-hair of a longshot high velocity rifle (I mean literally lah)?

- Is he the willing or unbeknown to him that the gun trained to the PM, Finance Minister, The Chairman of Board of Advisors 1MDB ie. One is ALL and All is One is being shifted onto him not knowing he is walking dead at the moment???

- Technically Najib can be absolved from any wrongdoings based on previous query???

Cukup degil dan susah sangat ke Najib and his bootlickers to comprehend the facts that ramai rakyat yang bijak pandai sekarang bukan kerana hendak menunjuk kan kepandaian tapi hanya kerana risau hala tuju negara dan kepentingan melayu-muslim?

Rasa nya walau dipaksa sekali pun kemungkinan Tun M tidak akan menerima untuk teraju negara sebagai PM, sebagai penasihat mungkin (Free lagi!). Ini yang geng bugis tak paham, dia ingat Tun M sorang je yang menyalak kat dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 11:39 AM

Klu yg di atas dah PENIPU
Yg d bwh apa kurangnya..
Benda x betul... buat lah mcmn pun, tetap nampak bengkoknya..

Nak jwb dah la ambik masa yg lama..
Nak kata konsisten, jauh panggang dr api...
Sat2 ckp lain
Sat2 ckp lain
Sat2 ckp lain..

BANGSAT PUNYA PENIPU

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 12:05 PM

salam,
kalu ikut apa yang ditanya, betul la apa yang dibentangkan itu. shopping 15 billion, mana pi lagi 27 billion. maka terjawab la pi mana 27 billion tu. kena bagi angka tepat ker? lebih sikit pun ok juga la kan. 27 billion kat kocek orang, bukan dalam bentuk aset, atau hartanah, atau benda yang boleh lihat. kira macam fd la kata blogger cerdik tapi kurang analisa maklumat. bila orang tanya duit mana?, cakap ada la, dah tengok akaun. bila nak dapat untung? tunggu, belum matang lagi. bila matang? sabar duit buat bayar hutang. jadi kalu kira aset, sampai ker 51 billion nilai aset tu? yang kat brazen, aabar, gil fund tu kira sekali sebagai aset ker? fuhh pening ni, belajar sastera, akaun tak belajar, bisness jual burger dan air jer, camna nak buat hutang berjuta-juta dengan modal aset stor burger? ada sapa boleh kasi surat jaminan tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 1:08 PM

It is also interesting to compare this now official? 1MDB fact of the 42 billion against the pro Najib bloggers claim that they have made in the past.

For example here in Tun Faisal: http://tunfaisal.blogspot.com/2015/04/1mdb-antara-fakta-dan-auta-tun-m.html

he listed the "fact" that 1MDB has "pemilikan 15 loji kuasa dan desalinasi di enam buah negara, Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW"

Where is this overseas "loji kuasa dan desalinasi" in the figure above??? Maybe it is lump together under the investment???

hmmm....interesting.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 1:51 PM

depa kata tun M dulu buat benda yang sama gak. tapi dulu kerajaan tak minta rakyat yg pi bayaq balik hutang tu melalui cukai. la ni kerajaan buat tak tau apa punya bisnes lepaih tu rakyat terpaksa buh saham sekali melalui gst. kalu bisnes tu telingkup maknanya rakyat pun sabit sekali. dulu masa time gawat rakyat biasa mcm saya ni xdax rasa pun kesan tu. org kaya ja yg semput. la ni bisnes belum tau apa hasil tp rakyat dah terkesan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 6:17 PM

IMDB ni hobi untuk Rosmah main main. Tak faham? Jean dulu ada hobi berkebun. Tun Hasmah hobi berpersatuan. IMDB ni hobi Rosmah. Tak faham faham lagi. Orang cakap, jangan tanya Najib, tanya Rosmah. Link geng Timur Tengah bukan link Najib, link Rosmah. Faham? Sebab tu Tun M tanya, siapa ARAHKAN bunuh Altantuya. Tak faham faham lagi?

Post a Comment