........... Najib 'Nothing To Hide' Razak - Segala Persoalan 1MDB Akan DiJawab !! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib 'Nothing To Hide' Razak - Segala Persoalan 1MDB Akan DiJawab !!

Wednesday, June 3, 201538comments


Mulanya saya skeptikal dengan artikel Mkini yang kononnya mendakwa Najib sanggup berdepan dengan rakyat dan menjawab sendiri apasaja persoalan dan isu yang bermain di benak rakyat. Betul ker ni ...... ? Boleh percaya ke ni ...... ? 

Membaca keseriusan yang terpancar dari kenyataan penganjur, SukaGuam saya mengambil pendirian untuk bersangka baik dan terima keikhlasan Najib !

- Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat (gambar) berkata, NGO, pemimpin aktivis dan orang ramai boleh bertanya kepada Najib mengenai semua topik termasuk isu-isu kontroversi seperti 1MDB dan urusan pembelian tanah oleh Tabung Haji.

Katanya, Najib telah mengesahkan dengan pihak penganjur akan hadir di majlis tersebut.

- Khairul berkata SukaGuam juga akan menjemput Dr Mahathir bersama dengan 1,500 NGO dan pemimpin aktivis menghdiri sesi dialog itu yang dijadualkan berlangsung pada pagi Jumaat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC.

"Ini adalah satu forum terbuka. Jika Dr Mahathir datang, kami akan menyambutnya,"



Wow ! Macam tak percaya jer ..... Namun segala kesangsian itu saya tolak ke tepi bila seorang rakan turut memberikan sokongan kepada apa yang SukaGuam nyatakan.

Betuuuuul .... Maklumat yang saya terima mengesahkan yang Najib akan menjawab apasaja soalan yang bakal ditanya oleh hadirin.

Malah Najib sudah mempersiapkan dirinya dengan jawapan2 kepada soalan2 kategori Pasti DiTanya mengenai 1MDB !

WOW !

Antaranya adalah -

1 - Apakah Najib kenal Jho Low dan sejauhmanakah peranan Jho Low dalam konteks 1MDB ..... mengikut pengetahuan beliau.

2 - Benarkah seperti yang didakwa oleh Sarawak Report berlaku salah guna kuasa semasa menandatangani kontrek antara 1MDB-PetroSaudi, di mana keputusan dibuat tanpa mengambilkira SOP dalam kes2 seumpamanya...... mengikut pengetahuan beliau.

3 - Benarkah selaku Menteri Kewangan, segala keputusan yang melibatkan kewangan 1MDB harus dengan persetujuan beliau ? 

4 - Najib akan memperincikan setiap perbelanjaan dalam bentuk pelaburan yang telah dibuat oleh 1MDB bagi memberi justifikasi kepada hutang sebanyak RM42 bil yang ditanggung oleh 1MDB mengikut rekod kewangan 1MDB.

5 - Penjelasan akan diberi tentang bagaimana boleh timbul salah tafsiran dana 1MDB di Singapura yang asalnya dinyatakan sebagai Wang Tunai tetapi kemudiannya menjadi Aset dalam bentuk Unit.

6 - Benarkah dakwaan bahawa kabinet tidak tahu menahu tentang segala pelaburan dan hutang 1MDB,  juga penjelasan tentang dakwaan berlaku salah guna kuasa oleh Najib yang memegang 3 jawatan utama - selaku PM, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat. 

7 - Penjelasan akan diberikan tentang status pemilikan tanah TRX

8 - Penjelasan tentang harta anak tirinya di Amerika dan gaya hidup mewah isterinya yang disebut oleh PMO sebagai hasil dari pusaka keluarga Najib.

Walaubagaimanapun, sebarang penjelasan tidak akan melangkaui tugas Ketua Audit Negara dan PAC dalam siasatan mereka. Najib akan beri penjelasan mengikut apa yang beliau tahu dan penjelasan tentang perkara yang mungkin tidak termasuk dalam bidang siasatan mereka.

Namun 7 soalan asas yang sering menjadi persoalan rakyat masakini berkaitan dengan 1MDB di atas dan soalan mengenai status kekayaan keluarganya, akan diberi keutamaan oleh Najib untuk dijelaskan kepada rakyat ! 

WOW !!!

Benarkah apa yang rakan saya beritahu itu ? Sememangnya Najib seorang Pahlawan Bugis yang berani !

Semoga dengan penjelasan dari Najib itu, segala kemelut yang melanda orang Melayu akan dapat diselesaikan dan tinggi pengharapan kita untuk melihat orang Melayu kembali bersatu !

Saya dulukan ucapan TAHNIAH! kepada Najib di atas keberanian dan sikap tanggungjawab yang ditunjukkan. Pemimpin begini yang kita nak  !

Tak sabar menunggu Jumaat 5 hb Jun ini !!! 


Mkini

Share this article :

+ comments + 38 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 2:27 AM

harap jangan antiklimaks dah la. lama tak rasa horny macam ni. hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 3:16 AM

Macam Najib selalu kata tunggu audit.....maka saya juga nak kata,

Tunggu dan lihat sebelum angkut bakul si bugis nih! Saya tak setuju DT kata dia berani sebab a cornered cat will do anything to be let loose!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 3:33 AM

Syabas....kan lbh mudah kalu begini...baru la gentel man ..insya'allah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 3:43 AM

Najib boleh jawab dengan konfiden samada dia kenal atau tidak Jho Low. Sama macam dia dengan konfiden boleh buat sumpah laknat tak kenal Altantuya. Sebab apa? Sebab bukan Najib yang punya kerja semua tu! Tanya soalan ni:

9. Sejauh manakah penglibatan Rosmah Mansur dalam segala hal ini?

Itu baru soalan yang tepat dan jitu, bang. Kalau nak tengok muka Najib macam muka dia masa kena tsunami pilihanraya dulu, tanya la soalan tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 5:12 AM

macam tak percaya jer. itu adalah yang terbaik patut dilakukan. semoga mereka dapat berbicara dalam keadaan yang tenang dan aman. Alhamdulillah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 5:20 AM

Sepatutnya Tun dijemput keatas pentas untuk berdialog dengan Najib. Kalau Tun duduk dibawah, berapalah banyak soalan dapat ditanya dan berapa panjang pulak najib nak jelaskan. Kalau Tun bertanya dari mana datangnya duit si Reza boleh beli kediaman berharga ratusa juta dan boleh pulak lagi jadi pengeluar filem pula; najib akan jawab duit diperolehi dari penabungan ibunya semasa kecil lagi. Kemudian akan berkata "next" atau pun Pengerusi akan berikata "next". Jawabnya akan terkebil kebillah Tun dibawah. Bayangkan bukan 15 NGO tapi yang dijemput 1'500 NGO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 7:26 AM

Semoga terjawablah semua persolan yang bermain difikiran rakyat jelata.

....................
Reply To This Comment ...................
June 3, 2015 at 7:28 AM

Fuyooo!!!Tun M ade sekali.Kita lihat sape yang kene. :D

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 7:29 AM

Boleh tambah satu soalan cepumas - Siapa SURUH bunuh Altantuya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 7:53 AM

sudah la bro din, kita mati matian berlwn di sini org2 umno menteri2 kabinet semuanya seperti kata jebatmustdie sgt selesa di kerusi mereka. mana lah ada agama bangsa dan negara dlm hati mereka.

reaksi muhidin semalam amat mengecewakan. sebenarnya kita dh boleh jangka reaksi dia. well bagus la kita x payah tunggu dia jadi pm utk tau betapa penakutnya muhidin. siapa lagi yg boleh diharap ? shafie afdal?

sudah la bro din. saya xkan mengundi. tdo di rumah lagi bagus. buang masa saja melayan karenah politik org melayu. so najib curi duit berbilion2. so rosmah curi or apa2 sajalah yg funny, peduli apa kita. kalau kita kene tanggung sbb kos sara hidup naik bayar sajalah. siapa yg peduli? semuanya bersubahat berdiam diri.

yg mahu jadi pemimpin tetapi tidak berani. ckp saja lebih. kalau najib jwb esok walaupn x menjwb soalan siapa berani bangkang dia? setakat vid dlm youtube lepas tu senyap.

kita terima sajalah hakikat mcm mana pn kita menanggung kesan pemimpin mencuri duit haram. lepas ni apa pula yg naik. pelan2 kita tanggung sampai dh x mampu maka kelak merempat la kita. tp xpa. kita kan punya sikap x apa? bila kita sedar umno sudah x menjadi pengkhianat bangsa kita selesa berdiam diri. ye kita bersuara di blog. tp itu sajalah semua maklum x ada kesan. tun saja bersuara. apalah sgt kudrat tun nk melawan semua golongan tamak di atas sana.

Allah sajalah selamat Malaysia. Allah sajalah selamat agama bangsa dan negara. wallahualam.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 7:55 AM

Silap2 yg tanye semue upahan dia..sampai org lain x sempat nak tanye, mase dah abis..kire same je mcm jawab skrip..

....................
Reply To This Comment ...................
June 3, 2015 at 8:18 AM

Bagus lah DT jika PM Najib berbuat sedemikian. Harap beliau boleh jawab dengan pertanyaan dari sidang pertemuan tersebut, cara tuntas dan ikhlas yang selama ini menjadi kesangsian kita semua.

Memang 1MDB satu skandal memalukan Melayu. Sesungguh nya PM Najib sudah teruk "menghina dan menjatuhkan maruah Melayu, Umno dan Islam "

Dengar khabar beliau juga merasmikan "hak" yang bukan sepatut nya tidak di negara ini, menjadikan, membantu agenda besar minoriti mengembangkan agama mereka yang berselindung di sebalik "harmoni" Begitu juga agenda sama, melampaui batas di Johor.

Rujuk luahan Awang Putih dalam blog Din Merican dan Just My Thought, mengenai perbandingan Melayu Umno dulu dan Melayu Umno sekarang - Blog2 ini berlawanan aspirasi, tetapi kita perlu rujuk yang baik dalam kerangka pemikiran sendiri.

Nilaikan "kebodohan Melayu sekarang" (termasuk Ulama2 Pas yang kecundang dengan asakan kafirun dan semi Islam / munafik.kerana NAFSU POLITIK)

....................
Reply To This Comment ...................
June 3, 2015 at 8:29 AM

1)saya kenal jho low tapi tak lbh sekadar kenalan
2) kerjasama 1mdb petro saudi tulus dan ini dibuktikan dgn pembayaran lbh rm3b minggu ini
3) keputusan yg dibuat adalah dari board of director 1mdb
4)hutang 42b utk membeli aset2 yg skrg dimiliki 1mdb
5)dollar kepada aset adalah salah tafsir tapi tak perlu bimbang,jumlahnya tetap sama
6)segala keputusan berkenaan 1mdb memang diketahui kabinet
7)trx tetap dibangunkan dan sbg PM utk semua,trx akan memberi pulangan baik terhadap semua kaum
8)tentang anak tiri... ini hasil usaha dia sendiri.. tiada kena mengena dgn saya.
Kemon lah.. tak kanlah najib nak jerut leher.. sepatutnya soalan berangkai bagi lepada najib.. baru dia tak boleh lencong.. cuma harap dr M datang dan harap bro din pun pergi... kita semua perlukan jawapan tapi jika skrip utk soal jawap dah tersedia tak guna jgk.. biar org yg betul tanyakan jawapan yg betul baru kita dpt jwpn yg betul

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 9:10 AM

terbaik pm kte..hik3

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 9:39 AM

maap sori aq berburuk sangka..najib takkan mai...memula kata ayahanda tun juga dijemput..kemdian kata jika ayahanda tun dating akan dialu alukan....huh...kat situ pon dah membelit...lantak ko lah najib penyangak....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 10:45 AM

Betul.... sejak dulu, ti dakan sebegini oleh najib berlaku bila nasi sudah menjadi bubur... baik tak payah buat/jawab...
Mcm anon kat atas tu kata, jangan kita puji dulu, tengok dulu apa yg bakal terjadi... jgn2 macam yang dia jawab dlm tv dulu... hapa satu pun tak jawab, kecuali spin dan ubah tajuk....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 10:50 AM

Takut2 gempak pada tajuknya sahaja.... yalah, sejarah mungkin berulang, dah banyak kena dah kita ni....
Akhirnya dia akan bawa tajuk ni dalam kempen, bukan bawa isi... dia ni benar2 politicl animal semua org tahu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 12:14 PM

Berapa kali kita rakyat Malaysia nak dikencingkan Najib. Pusing pusing, dok tang tu jugak. Tunggu roadmap macam bingai, tengok2 orang lain announce dapat loan nak bayar loan lain. Dengar kata mereka dapat komisen berbillion sesama mereka dengan loan tu. Gosip la, kena tunggu sarawak report bagi proof. Tu yang si cina gedempol mai, takmo hantar email, takut kantoi kot. Sudah sudahlah dengan geng gemok makan duit rakyat ni. Dah jadi jemuan dah depa ni.

....................
Reply To This Comment ...................
June 3, 2015 at 12:40 PM

Dlm keadaan skrg tak perlu harapkan apa2 dari umno... najib pun dah bagi warning pada kabinet.. org umno pun senyap jaga kedudukan masing2.. sekarang org lain yg buat salah,org lain yg kena suruh berenti

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 1:01 PM

salam,
kita tunggu panglima 1bugis , pm kita, ahjibgor untuk jawab semua pertanyaan daripada rakyat. kalu tdm datang pun boleh tanya juga. harap penganjur tak cakap besar dan berbohong. sila pastikan pm hadir yer, bukan pembantu atau wakil. pastikan penganjur tak cari glam untuk tonjol diri sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 1:24 PM

DS.. jawab aja lah.
X payah nak ada majlis2...
Tp klu jawapan sama mcm ni..
Jawapan yg c menjawab soalan
Telok dok diam.. tunggu PRU14
Kami ada jawapan utk DS....

INGAT DS !..
ANDAI MELAYU HILANG KUASA SELEPAS PRU14
SAMPAI KE ANAK CUCU NAMA DS AKAN DIINGAT SEBAGAI MELAYU LAKNAT YG SEBABKAN MELAYU HILANG KUASA D TANAH MELAYU !!


MAT UMNO PENDANG

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 1:59 PM

nanti... Penasihat 1MBD tanya Menteri Kewangan,,, Menteri Kewangan pula tanya PM kemudian PM jawab... pusing-pusing situ situ juga

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 7:34 PM

Bro,

kat sini BNBBC dah declare mana pi 42 billion tu: http://www.bnbbc.my/?p=48859

Let us all have a closer look at the details.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 8:17 PM

Adrenalin saya tetiba muncul. Peluang yang kami tak jangkakan sama sekali. Kami dari Johor akan datang mungkin dalam 4 atau 5 kereta. Sedangkan ke Ipoh kami pergi...inikan pula ada peluang untuk bertanya secara terus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 9:16 PM

Bro Din,

Dont be biased. 1MDB issue is not the only company that need to be bail.

There is news that company kesayangan ayahanda (Tun M) may need some help. And that company is Proton.

I beg to the govt not bail Proton. I beg to Petronas not to give money to Proton.

We all know how Proton works. We as the middle income workers only afford to buy Proton. Because the previous govt admin increase the tax for imported car.

Me myself is a Proton user. Bro Din, the quality, its drivr me crazy. Semua benda bunyi. Bawa pergi bengkel, not much they can do. They said, Proton memang macam ni.

So i hope, you as a respectable blogger, jangan memilih untuk merungkai kebenaran. Dont be selective. If you can whack 1MDB, then you must have the guts to whack Proton.

Cheers.

The Reading Man.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 9:45 PM

Bro,

This is what Melayu say; sembang berdegar, tapi sebenarnya pengecut.

You as a melayu, what have you done?

Cheers

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 10:04 PM

Kesian sungguh MK2 jadi kambing hitam kena jawab soalan2 maut Suhaimi & Syed. Kudos pada 2 org tu yg berani tanya soalan maut. Berpeluh Husni nak jawab, & sebenarnya tak jawab sangat pun. Patut mereka 2 org ni tanya Najib soalan2 maut tu. Baru boleh tgk peluh menitik atas dahi Najib… .Kesimpulan saya rakyat marhaen, memang ada transaksi yg di tutup oleh 1MDB, yang tak dapat dijelaskan oleh pak menteri kewangan 2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 10:32 PM

Anda semua tak payah terpedaya dengan program ini.. SukaGuam dan Khairul adalah NGO berbayar UMNO dan pendirian Khairul suatu masa dulu diprogram Sinar Harian adalah jelas proNajib dan mengkhilafkan TDM dalam isu 1MDB..

SukaGuam hanyalah satu lagi agensi propanganda proNajib seperti JASA yang berkerja keras membetul persepsi orangramai mengenai Najib dan menghentam TDM.

Rugi masa je.. tunggu laporan "positif" AG dan PAC adalah rumusan klise ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 12:27 AM

pak..ini 1st move direct by LKW..pimaipimai...pm bongok.

....................
Reply To This Comment ...................
June 4, 2015 at 1:33 AM

@AnonymousKalau saudara perasan, semua isu mengenai 1mdb disini adalah komentar dari apa yang didedahkan oleh media. saya bukannya investigative reporter/blogger.

Kalau nak tulis tentang Proton, then by all means, expose the info dalam media.

Habis isu 1mdb, kita main pula Proton :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 3:04 AM

aku pakai iswara aeroback 1993 sampai skrg ok je...maintenance mmg aku jaga.dah jd keta tua ada bunyik tu mmg patut le

....................
Reply To This Comment ...................
June 4, 2015 at 3:46 AM

Cuma nak tanya...Tukang Tanya Saolan tu nanti berapa upahnya.

Tentulah lebih banyak dari yang angkat poster IM4U atau ILOVEPM...

Jangan mudah percaya sangat pada yang terdesak, mereka pernah lakukan yang tidak dijangka dan kali ini lebih do or die...

....................
Reply To This Comment ...................
June 4, 2015 at 5:48 AM

It's so damn irritating to have blog visitor who nag aimlessly with rubbish utterance.

Come on Reading Man.....
please abstain beating around the bush like George Bush, and also fooling around like Bill Klentong. Be specific who really is that you support to rule this country.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 12:41 PM

Bro Din,

Thats the spirit. Maybe we have to wait a bit longer until 1MDB issue can laid to rest.

Cheers

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 12:44 PM

Bro,

Very funny. Thats why i hate to comment here. Kalau tak sebulu, terus hentam.

Pity you man. Masih tak berkembang. Ni nak maju? Ni yang selalu tuduh oeang lain salah? Adoyy

Cheers

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
June 4, 2015 at 2:46 PM

Im sure Tun could see through whatevers Najib's devious scheming plan,...a PM whom could stood so low will know no bounds,..a cunning man Najib is,..a deadly trap he lays,..after all he have nothing to lose,...does he?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 6:24 PM

Orang hentam kau tu bukan sebab tak sebulu, tapi sebab kau tak sebulu punya pasal, nak menyindir, tapi keluar topik. Netiquette ialah, bila nak keluar topik, mintak izin dulu. OT, orang putih cakap. Tapi dah jenis tak beradab. Nak menyindir orang pukul balik, pas tu nak merajuk. Elok la sokong Najib. Dia pun lembik jugak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2015 at 10:28 PM

Bro,

Another point for me why i could not agree with all these nonsense.

We have other issues need to solve. Not just about 1MDB. Who says i am Najib supporter. I dont see the TRX Project would help the malay.

I dont see any project in Bandar Malaysia will help the Malay. Miskinkan lagi ada lah.

We dont see other problems because we are too focus on 1MDB. Malaysia problem is just not on 1MDB only. Let the people investigate first. In the mean time lets focus on other problems.

Pity you. Pity Malaysia. Malaysia perlukan rakyat yang rasional dan tak mudah terima berita atau maklumat tanpa usul periksa.

Asal berita Najib jer semua betul dan tepat tanpa perlu bukti. Tapi bila pasal Tun M, you know what i am saying.

By the way, i am not pro Najib. I just a person who see things in a different angle. We dont know to maki hamun kalau nak debate. Tak perlu mencarut kalau tak sebulu.

Cheers.

The Reading Man.

Post a Comment