........... Najib Minta Nyawa Melalui Blog ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Minta Nyawa Melalui Blog !

Saturday, June 13, 201533comments


Ramainyalah yang berkongsi dalam wassup artikel terbaru blog Najib yang menjawab kritikan Tun Mahathir terhadapnya. Dalam satu grup saja, berulangkali di copypaste ..... ni saya nak beri pesanan kepada ahli2 grup wassup, lain kali rajin2lah skrol msg2 yang terkumpul tu. Kalau dah ada ahli yang sudah copypaste, tak perlulah diulang benda yang sama. Ini untuk apajua artikel la.... sama juga kalau Chedet ada artikel baru, berulang kali di copy artikel yang sama oleh orang yang berlainan.

Terasa nak balas jugalah apa yang ditulis oleh Najib dalam blognya. Oya, betul ke itu luahan Najib sendiri ? Memanglah orang lain yang taip, manalah Najib ada masa nak jaga blog. Takut jadi macam kes flip flop Najib di Parlimen je ..

Seronok juga bila Najib menggunakan medium blog untuk menjawab artikel chedet sebab dengan sendirinya akan menaikkan taraf media sosial terutamanya blog dalam dunia politik negara. Terimakasih Najib di atas pengiktirafan itu.

OK, jom layan ....


1.  Ramai yang bertanya – apa yang mendorong Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri? Jawapannya adalah: beliau mahu saya meletakkan jawatan, sebagaimana beliau mahu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan kerana saya menolak untuk melaksanakan tuntutan peribadinya.

Yep, memang Tun Mahathir mahu Najib letak jawatan. Satu dunia dah tahu tu. Tapi untuk mendakwa ia kerana Najib menolak untuk melaksanakan tuntutan peribadinya .... hmmmm ..... Najib kena jelaskan dengan lebih lanjut. 

Apa tuntutan2 peribadi Tun Mahathir yang sudah berumur 90 tahun yang tidak dituruti Najib sehingga memaksa Tun menuntut beliau meletak jawatan ?

ATAU sebenarnya Najib yang berkeras mempertahankan jawatan kerana agenda peribadi yang belum tercapai ? Atau kerana TAKUT ?

2.  Saya menolak kerana ia adalah tugas saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang saya percaya adalah baik untuk negara ini, bukan untuk seorang individu. Saya tidak percaya yang rakyat mahu seorang mantan Perdana Menteri memerintah melalui proksi.

Hmmm ..... bukan sekarang pun dah nampak macam Najib sudahpun menjadi proksi seseorang terutamanya dalam isu 1MDB ?

Najib bertanggungjawab penuh ke atas 1MDB tapi ternyata Najib sendiri tidak mampu menjawab persoalan2 yang ditimbulkan mengenai 1MDB. BELUM SEKALI pun Najib tampil untuk menjawab secara spontan baik dengan wartawan maupun di Parlimen kerana semua jawapan Najib adalah bersifat Jawapan Bertulis !

Apa yang Najib percaya baik untuk negara tidak semestinya dipersetujui oleh rakyat.  Contohnya, 1MDB. Najib mungkin percaya 1MDB itu demi kemakmuran negara tapi ramai yang melihat 1MDB ini lebih banyak menyusahkan rakyat !

Satu lagi, Najib mungkin percaya dia seorang Pahlawan Bugis, tapi apakah rakyat menerima kepahlawanan beliau ?

3.  Tun mencetuskan krisis apabila beliau secara melulu mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1MDB dan aset kewangan syarikat, bernilai kira-kira RM16 bilion, adalah tidak bernilai. Kenyataan-kenyataan tersebut adalah palsu dan menyebabkan suasana panik yang tidak sepatutnya.

Sekiranya dakwaan2 Tun itu tidak mempunyai asas dan 1MDB ternyata berdaya saing, rakyat dengan sendiri akan menolak Tun dan tidak akan berlaku keadaan panik. Rakyat panik sebab melihat kepada kenyataan bahawa 1MDB memang berdepan masalah. Itu pun sudah berlawanan dengan apa yang Najib dan Menteri2 cakap sebelum ini kononnya 1MDB tidak punya masalah untuk bayar hutang.

Cakap siapa yang boleh diragui ?

Kenapa sampai meminjam lagi untuk bayar hutang kalau benar aset banyak ? Kenapa sampai terdesak jual tanah untuk bayar hutang kalau benar aset lain mudah cair ? Kenapa Pak Arab pula yang bantu bayar hutang ? Sampai sekarang 1MDB tidak jelaskan apa yang terpaksa digadaikan sebagai membalas pelaburan Pak Arab itu .

Point saya, jika 1MDB itu segar bugar dan mencatatkan keuntungan serta tidak menyusahkan rakyat, tidak ada sebab untuk rakyat panik.

4.  Sekiranya Tun berpegang pada fakta dan menjelaskan bahawa RM42 bilion sebenarnya hutang, maka itu lain kisahnya. Ini adalah kerana syarikat biasanya harus mempunyai aset yang bernilai lebih tinggi sebagai cagaran terhadap hutangnya. Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion disokong oleh RM51 bilion aset seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi 2014. Tetapi beliau memilih untuk tidak mengendahkannya

RM42 billion itu memang diterima sebagai hutang. Cuma rakyat bertanya, hutang itu untuk apa ? Penjelasan yang diberikan amat tidak memuaskan malah membuka lebih banyak persoalan.

5.  Adalah salah bagi Tun membuat dakwaan palsu bahawa RM42 bilion, atau RM27 bilion selepas beliau mengubah angka itu, adalah “hilang”. Selepas 1MDB mendedahkan di mana beradanya RM42 bilion itu, Tun kemudiannya berkata beberapa bilion pula telah hilang. Perubahan angka dan hujah-hujah ini mencetuskan keraguan yang serius terhadap tuntutan beliau. Disebabkan beliau merupakan bekas ketua kerajaan, sentimen pasaran dan rakyat telah dipengaruhi secara negatif.

Itu sajakah hujah Najib untuk memperlekehkan persoalan Tun bahawa angka berubah ? Melucukan kerana hujah angka berubah itu pun turut diberikan oleh Arul dan penyokong2 Najib. Rakyat bertanya kemana dibelanjakan hutang RM42 bil, bila TAK DI JAWAB, maka rakyat akan gunakan perkataan hilang. Hilang itu dalam konteks TIDAK ADA PENJELASAN.

Jika boleh dijelaskan setakat RM15 bil, maka angka yang hilang akan turun jadi RM27 bil ( yang masih TIDAK ADA PENJELASAN )

Jika boleh dijelaskan kemana perginya lagi RM7 bil ( contohnya ), angka itu akan turun jadi RM20 bil pula. Faham atau masih BLUR ?

Pendek kata, keseluruhan hutang RM42 bil itu harus diperjelaskan.

6.  Sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan bahawa semua entiti di bawah bidang kuasa kerajaan, bukan sahaja 1MDB, ditadbir dengan baik. Atas sebab inilah saya mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB, dan laporan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang dwipartisan untuk penelitian telus. Jika terdapat pihak yang terlibat dalam salah laku, saya akan memastikan undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.

Untuk memastikan ketelusan siasatan tanpa sebarang gangguan, setiap mereka yang terlibat harus meletak jawatan sepertimana kes2 lain yang disiasat tapi kenapa dalam kes 1MDB lain pula SOPnya ? Selaku pihak yang bertanggungjwab dalam membuat keputusan bagi pihak 1MDB, ahli lembaga pengarah dan Menteri Kewangan harus meletak jawatan buat sementara sehingga siasatan selesai !

Barulah badan yang ditugaskan itu BEBAS untuk menyiasat.

7.  Jika Tun benar-benar mahukan jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan, beliau hanya perlu menunggu beberapa siasatan – oleh Ketua Audit Negara, Bank Negara dan PAC – untuk membuat kesimpulan. Bagaimanapun, beliau nampaknya tidak percaya kepada institusi-institusi dan pihak berkuasa yang sah, atau berminat dengan jawapan mereka.

Bagaimana dengan Najib sendiri yang sering mengulangi bahawa 1MDB tidak punya masalah sedangkan siasatan belum selesai ? Selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan yang terlibat secara langsung dalam 1MDB, kenyataan beliau boleh dilihat sebagai mencampuri/mempengaruhi siasatan.

Cara Arul dan Shahrol yang baru ini memperlekehkan temujanji mereka dengan PAC juga turut memberi persepsi awal yang negatif terhadap keberkesanan PAC.

Beberapa keputusan 1MDB akhir2 ini juga meresahkan rakyat seperti meminjam berbillion2 semata2 nak bayar hutang, menjual tanah untuk bayar hutang ... semuanya berlaku dalam waktu siasatan sedang berjalan. Siapa yang tak resah ! ? 

Apakah masih wujud 1MDB sepertimana yang ada sekarang selepas selesai siasatan kelak ? Atau ia sudah menjadi milik negara2 lain ? 

Rakyat nak tahu bukan semata2 hendak mencari kebenaran tapi juga kerana mahu menyelamatkan harta negara dari terus digadaikan ! 

8.  Ini kerana serangan Tun ini pada hakikatnya tidak didorong oleh 1MDB – beliau hanya menggunakan syarikat itu sebagai alasan dan cuba menjatuhkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat. Jika 1MDB tidak pernah wujud, Tun akan mencari alasan lain.

Masalahnya 1MDB itu WUJUD !  Sedari awal lagi urusniaga 1MDB cuba disorok dari pengetahuan kabinet dan rakyat walaupun melibatkan komitmen negara sebanyak berbillion2 ringgit ! Cuba tanya, KALAU Najib tidak jadi PM, apakah 1MDB akan wujud ?

9.  Ia memalukan apabila Tun sekali lagi, telah berpaling menentang kepimpinan partinya sendiri. Serangan umum hanya akan merosakkan UMNO, kerajaan dan akhirnya Malaysia. Kelakuan tidak wajar ini akan menjadi catatan tambahan yang mencemarkan legasi beliau.

Yang dikritik adalah Najib seorang ( dan 1MDB ), kenapa diheret habis Umno dan kerajaan semata2 untuk mempertahankan diri ? Kenapa tidak diminta 1MDB dan Menteri Kewangan saja yang menjawab segala persoalan dari awal tanpa melibatkan para Menteri lain yang tidak tahu apa2 ? Kenapa perlu diungkit segala cerita2 lama era pemerintahan Tun Mahathir sebagai menjawab persoalan 1MDB ?

10.  Tun mengatakan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi sejak bilakah seorang individu mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak yang mengundi? Pembangkang berada dalam keadaan huru-hara, dan memandangkan perpecahan dalam ideologi asas gabungan mereka, akan berlaku kelumpuhan negara jika mereka memegang tampuk pemerintahan. Jika Barisan Nasional kekal bersatu dan membuktikan diri sebagai pemerintah terbaik bagi tahun-tahun akan datang, saya percaya rakyat akan membuktikan bahawa dakwaan Tun adalah salah, pada pilihan raya akan datang – selepas didedahkan bahawa dakwaannya itu adalah palsu dan didorong oleh kepentingan diri sendiri, bukan demi kepentingan Malaysia.

Berdasarkan keadaan semasa dan setelah membuat analisa, Tun berpendapat BN bakal tewas PRU14 jika keadaan tidak berubah. Atas dasar itu, Tun bersuara ...... kerana tidak mahu lihat BN kalah. Salahkah ? Bukan saja Tun malah ramai juga dikalangan rakyat pro BN yang mempunyai pandangan yang sama. Tun hanya menyuarakan keresahan rakyat.

Bayangkan jika Tun diam dan pembangkang menimbulkan isu 1MDB secara agresif beberapa bulan sebelum PRU14 ...... apakah kerajaan mampu memenangi hati pengundi dengan jawapan Tunggu Audit!  ?

Ya, kita kena bersatu. Tapi perpecahan berlaku bukan kerana kritikan Tun terhadap 1MDB dan Najib tapi perpecahan berlaku bilamana Najib mengheret Umno dan kerajaan dalam masalah 1MDB !

Najib meminta nyawa melalui seruan supaya rakyat bersatu dan buktikan dakwaan Tun salah melalui kemenangan BN di PRU14 ...... ? ? ? 

SAMA macam Najib mahu rakyat mengangkat dirinya selaku Pahlawan Bugis melalui dakwaan beliau berdarah pahlawan Bugis !

Rakyat akan sokong melalui HASIL pentadbiran Najib bukan sokong BUTA bila disuruh. Begitu juga rakyat akan iktiraf Najib selaku Pahlawan jika tindak tanduknya setaraf Pahlawan tanpa perlu diwar2kan beliau berdarah apa.

Tidak pernah dengar lagi seorang pun pahlawan Melayu mendabik dada dirinya sebagai pahlawan melainkan pengiktirafan itu diberikan oleh rakyat melalui sifat2 kepahlawanan yang diTUNJUKkan. 

Perpaduan tidak akan menyelesaikan masalah Penyelewengan.

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 2:32 PM

Bila agaknya umno nak sedar sekarang bukan thn 1950an
Yg mana rakyat perchaya dan terima bulat2 kata2 umno najib...
Tun m pon sedar hakikat zmn berubah malah tun pon berblog krn beliau sendiri tahu
Bhw sejak 20 thn lalu beliau sudah sediakn semua prasarana nya
Najib ni bodoh suruh org percaya bulat2
Lagi bodoh strategi umno sekadar harapkn pakatan berpecah
Maknanya umno lemah & bodoh
Menyusahkn rakyat,strategi racism umno akan mkn diri
Melayu,cina ,india semua sengsara bwh umno
Kekalkn umno pon lebih terok,skandal 1mdb,lembu kondo,rosmah,altantuya byk lg
Umno selamba sorok bwh karpet mcm kami kebulur sgt nk umno
Tgklah pru akan dtg umno najib!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 2:33 PM

Kalau nk tgok sgt. Tunggu PRU14. Confirm UMNO/BN bungkus. Sentimen 1MDB ni sgt dahsyat. Rakyat tak boleh terima. Sampai skrg rakyat marah bila duit yg lesap tak dapat dijelaskan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 2:37 PM

Sekali pemimpin di dapati menipu,sampai bila2 pun rakyat takkan percaya. Najib dgn ETP,GTP,NKRA ntah apa2 lagi yg semuanya hanya atas kertas sahaja. Cuba tanya org2 kampung depa tau tak apa itu ETP,GTP,NKRA ntah apa menatang lagi. Lagi satu pasal PERMATA,setakat sekolah tadika je apa relevannya peruntukkan beratus juta? Ke ada nnt budak2 tadika tu semua akan dapat degree kalau keluar tadika nnt? Semua hanya atas kertas,sebaliknya dana awam di selewengkan utk kepentingan peribadi.

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2015 at 2:41 PM

Najib macam nak alih fokus rakyat daripada isu x muncul di Nothing 2 Hide kepada 1MDB.Damage control dilakukan oleh pro-Najib - sebab tu byk copy paste.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 2:56 PM

mR AJIB..sila jawab soalan saya.

mengapa dahulu anda boleh menangguhkan GST tetapi sejak heboh pasal ketidakmampuan 1mbodo bayar hutang, terus anda implement GST. mengapa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 3:00 PM

Najib tu agak proksi siapa ya.....?
A.Singapore
B.yahudi
C.kristian evanglista
D.Libralisma
E. semua di atas..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 3:43 PM

Yang kelakar tu bro Din, lepas keluar ranking kau semalam, rakyat malam semalam 'dipaksa membaca' blog Najib di berita TV 3... hahaha. How low can you go.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 3:49 PM

Err....tertinggal satu. Rosmelda.

jean

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2015 at 4:03 PM

Part mana yg najib tak paham 1MDB tu syarikat sakit? Dia suruh kabinet standby credit RM950m tu untk apa? Beli beg berkin ke? Masa najib sesuka hati tubuh tanpa parlimen, sekarang nk guna duit belanja mengurus negara, duit kementerian utk byr hutang 1MDB? Bila suruh bercakap, lari. Bila suruh terangkan, dia blur, kelmarin sebut cash, semalam tuka pada asset hari ni pada unit.

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2015 at 4:34 PM

Najib ni mental. Dia bgth bnyk langkah kerajaan utk menolong rakyat. Dgn br1m mungkin ya,tapi utk jangka pendek. Dgn gst,harga minyak,tol naik mungkin tidak. Cukup fgn gst, blh buat kaji selidik berapa org yg suka kena gst. Mungkin klu ahmad maslan, nazri aziz atau hasan malek suka gst. 1mdb pelengkap rasa marah rakyat kepada penipuan najib yg guna slogan rakyat diutamakan. Sekarang najib sendiri segan nak momokkan slogan tu kat tv. Kabinet dia pon bangang habis, senyap syg kerusi masing2. Mintak nyawa? Mungkin tidak. Najib sebenarnya mintak UMNO diketepikandlm pru akan datang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 5:31 PM

Hebat tulisan mu din... wa salute sama lu din... jawapan tuan mewakili jwp seluruh rakyat malaysia kpd si perasan bagus tu.... aku tak pernah benci seseorang pemimpin umno lebih dari dia ni....

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2015 at 6:07 PM

Kes Tol hendak di naikkan :-

1. Nampak macam Najib marah - memang Kabinet beliau bincang - belum muktamad. Maklumat bocor, kata nya.

2. Pihak pembangkang.sudah tiup sentimen ini. Jadi persepsi nya bukan dii ada-adakan sebab Najb akui sendiri. Adoi !

3. Perasan tidak, janji Najib ingin menjaga kita "di perlekehkan?" lagi ? Umat Melayu bakal menghadapi Ramadhan (belanja harian biasa nya berganda) dan di susuli Aidilfitri (belanja besar bertambah) dan kemudian nya Raya Korban (duit lagi), Musim Haji (anak-anak hantar ibu-bapa nya dan berkaitan - belanja duit lagi ) , dan hujung tahun sudah tentu untuk bercuti bersama keluarga dan persediaan awal anak-anak ke sekolah. Gaji purata anak*anak Melayu lebih kurang RM 1800.00. Cukup ke ?

Nota :- Nampak nya macam ada satu kekuatan 'memaksa Najib' melawan arus 'kehendak' Melayu. Ada kah ini benar ? 1MDB kini menjadi kanser penyakit Melayu yang tidak kompeten, terbalik nya secara urusan professional yang penuh kejahilan.

Kenapa Najib masih merangkul bayang ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 6:39 PM

Rakyaat Malaysia sekarang ini tidak lagi bayar cukai pendapatan diakhir tahun/awal tahun,sedarkah kita semua mulai membayar tiap-tiap hari bermula 1 April yang lalu.Bukan saja yang berkerja tetapi keseluruhaan yang hidup termasuk juga binatang peliharaan.Kiralah baru 2bulan dah dikutip 6Billion.????????????Apa dah jadi!.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 6:59 PM

PRU14 BN akan kalah kalau najib tak turun jawatan...jangan mimpi la...selagi ada sabah dan sarawak..malah bila dibagi duit ramai yang akan tetap sokong BN..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 7:37 PM

“If you hold an important post as royalty in the state, and if you start to say things, if then we (the government) hit you back, don’t get angry,” he said at a press conference at the University of Malaya today.

“I think he should keep out of politics, otherwise he may be subjected to the same rule. We will whack him,” Nazri was quoted as saying.

KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA RAKYAT NEGARA JOHOR

TOLONG SEBARKAN DALAM SEMUA JENIS MEDIA TENTANG KURANG AJAR MENTERI BAPOK NAZRI kepada DYAM TENGKU MAHKOTA JOHOR!!!

Boleh refer di: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/06/13/johor-prince-gets-reminder-of-royaltys-place/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 8:36 PM

En dt....
heran beto ngan pegawai2 kapal bugis 1 mdb tu tak lari dr kapal yang dah senget tu...msih berharap kapten bugis dapat berlbuh di port ke...atau mereka takut ngan mrs kapten yang duk pegang pistol air nak tembak ....

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2015 at 8:47 PM

Tak sabar tunggu PRU14 untuk membungkuskan pahlawan bugis ni

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2015 at 9:41 PM

Rm36b setahun gst kutip dari rakyat. Boleh bayar subsidi minyak 3 tahun.
Boleh beli keseluruhan konsesi tol
Boleh beli 300 unit mercedez bagi kat driver teksi yg kondem pakai proton
Tapi najib guna utk apa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 10:03 PM

Najib..najib...najib....yang tulis dlm blog tu pun lim kok wing punya idea...kau bukan tak faham najib...tetapi aku tahu...bila dah jadi penguasa xda siapa yg nak turun begitu shj...sebelum kau pejam mata aku tahu kau ada terfikir untuk turun tapi bila badak air tiupkan semangat minang pada kau..kau cair...bila badak air bagi amaran pada kau jgn letak jawatan..kau akur sbb rahsia semua ada di tangannya...cinapore pun pegang rahsia kau...

ginilah...since pascai pun dah sokong kau..teruskanlah....zalimilah rakyat marhaen sesuka hati kamu...ambil lagi duit rakyat...duit rm50 pun dah tak bernilaikini....

Ayuh najib..ayuh najib...lawan lagi tun m...serang lagi tun m...bongkar lagi rahsia legasi tun m...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 10:08 PM

Najib puppet imf, neocon dunia, dia trapped, sama dgn menteri sbb bnyk kes korup, dipaksa akur dgn situasi trjadi, pegawai2 tinggi dh lama jd ejen dlm seludup maklumat pd kuasa asing kemudian diguna oleh pmbngkang utk polemik n isu, semua ni libatkn monthly income ke dlm bank, semua kerana wang digadai pd kuasa asing. Najib Akhirnya diplan agar bn kalah, imf akhirnya masuk bersama pemodal2 besar us menguasai segalanya bersama cara hidup liberal, islam tolak tepi, get ready lah umat islam, kak mah tk kisah duit banyak itu pnting. So ini plan utk kuasai negara ini serta cara hidup tanpa sandaran islam akan dipelopori dgn kunci kuasa berada pd pemodal2 besar spt goldman sachs, ini tkkan mahathir nk detailkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 11:24 PM

10.08
mme betul pun pemodal yahudi nak buat seperti sultan terakhir kerajaan ottoman dengan kamal attartuk sebagai proksi yahudi...najib boneka yahudi.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 2:29 AM

Umno akan tumbang di bwh Dsn..percaya lah.Mmg itu yg telah di arah kan kerana dia telah di ugut dan kuasai oleh seseorang yg amat2 merbahaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 6:59 AM

Copy paste from Mr. don..

One corner of a warehouse has caught fire.
.
.

As a result, looting begin to take place.
.
.

In a state of panic, the owners decided to call in their accountants to check on the inventory to see if anything has disappeared.
.
.

The firemen and police meanwhile are told to wait until the accountants have finished their work before they can step in.
.
.
.

As a result;
.
.

1. The fire is still raging.
.
.

2. The looting still taking place.
.
.

3. And the public looking in disbelief!
.
.

4. Plus quietly, the perpetrators begin finding ways to cover their tracks! (because the police has been stopped from investigating the scene until the accountants have finished their work).
.
.
.

Not stupid?
.
.
.
.
.

The union meanwhile has decided to step in to investigate the fire and looting incident. After much fanfare, the union began its public hearing.
.
.

They called in everyone, from janitors to the CEO to their hearing, except the person who is alleged to have started the fire! (Who should have been called in first, eh?)
.
.
.

Not a circus?
.
.
.
.
.

After a few days, the accountants finally finished their work and reported that nothing is missing.
.
.

By the time the firemen and police stepped in, they don't uncover anything as any evidence would have been destroyed by then!
.
.
.

Any similarities to 1MDB? You judge..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 7:35 AM

xpasti najib proxy yahudi atau tak, yang pasti dia PM yg paling stupid and kaki spin yg tak tau malu label org lain kaki spin. arghh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 9:47 AM

sabah sarawak?

sudah berapa kali saya cakap. hanya pengundi saluran 1 dan 2 sahaja yang dorang harap. pengundi2 muda saluran 3,4 dan 5 memang sudah meluat sama dorang.

kamu fikir kami orang sabah sarawak bodo dan mata duitan kah? kami pun sokong Tun M tau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 11:59 AM

sapa ckp sbh srawak undi BN?undi hantu ek.
klau nk tgok corak pngundian di srawak pru 2013 dlu majoriti BN klah kat bndr.
mksud nya apa?mrk pndai bfikir.yg BN mng tu kat pdalaman yg majoriti org tua yg jauh dri kemodenan.tgoklh pru nnti.sanggup calon2 ni msuk ke ulu2 smata2 nk ambik undi.taktik lama.

....................
Reply To This Comment ...................
sokong Tun
June 14, 2015 at 6:25 PM

Srwak xda umno ok.prsan x.org srwk ada parti sndri.PBB utk melayu melanau.satu2 negeri umno xda msuk.jgn prsan ok.kmi xsokong najib tpi PBB mmg dri dlu bwh BN.klau sy ada slh btulkn ye.sy sokong Tun dulu kini n slmanya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 8:55 PM

sebuah kerajaan yang kuat mempunyai pembangkang yang sama kuat...ni kalau nak harapkan pembangkang jadi lemah dan huru-hara nampak sangat yang kerajaan sekarang lemau nak mati..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2015 at 11:43 PM

Ya betul anon 9:47... Kami org Sabah bkn mata duitan... Duit pn dah tiada nilai... Peluang bn menang pru14 makin rendah... Di Sabah ramai yg x puas hati... Kalau x puas, kenapa kami buat bantahan gst di KK... Johor kubu kuat bn confirm tumbang... Tidak mungkin rakyat johor lebih sygkn pahlawan bugis dpd TMJ. Nazriak n Najibugis n Rosmahal should respect the Rakyat, but if that is not the case, then be prepared to be afraid... Because sabahans ain't stupid. We knew that you are more interested in Saudi Arabia's bus business than going to visit the sabahans when we are in dire need. You said that you've shortened your visit, when you ought to cancel it outright or postpone it to a later date. We're crying here while you were showing your ugly smirk in bulletin utama, while wearing cheap looking sunglasses in Saudi Arabia.... We'll never forget this... Beware...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 12:25 AM

Letaklah jawatan tu, aku tk suka kamu dah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 2:48 AM

Well said Din Turtle...
Sekarang ni bukan soal TDM atau DSN atau mana mana parti politik. Yang paling penting adalah Negara kita MALAYSIA. Ketepikan dulu soal siapa benar siapa yang salah ... malah tak perlu bagi mana2 side untuk spinkan keadaan. Rakyat malaysia bukan nya bodoh sangat untuk menilai malah mereka sudah pandai membaca strategy pihak masing masing,
Apalah susah sangat untuk menggunakan kuasa YM Agong. Rehatkan DSN seketika dari tugas seharian. Lantik proper jawatankuasa campuran yang mana terdiri dari mana mana parti. Yang penting ahli jawatankuasa ini adalah dari golongan yang boleh melaksanakan tugas yang di berikan.
Seandainya sudah ada hasil dari siasatan, kiranya salah pada DSN kuasa YM Agong kan ada dimana bila bila pun jawatan PM tu boleh dipindah milik kepada orang lain. Kiranya kalau tidak ada sebarang kesalahan, DSN boleh menjalankan tugas seperti biasa. Gaji PM pun boleh dibayar balik termasuk tunggakan selama mana PM direhatkan.
Kalau benar lah slogan rakyat di dahulukan, kalau benarlah laugan intergriti...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 8:50 AM

Kalau kita bengang dgn umno dan nak undi parti lain, silakan, tapi jgn tersilap langkah mengundi parti yg rakan kongsi DAP, takut hancur luluh terus harta dan masa depan anak cucu kita bangsa melayu.
Undi parti yg jelas perjuang nasib umat melayu dan agama Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2015 at 1:49 PM

Najib's biggest blunder.

http://keyboard0warrior.blogspot.com/2015/06/nero-burning-rome.html

Post a Comment