........... Kenapa Perlu Tunggu Siasatan Pihak Luar Untuk Dakwa Sarawak Report ? 1MDB Takde Bukti Ke Yang Ia DiFitnah ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kenapa Perlu Tunggu Siasatan Pihak Luar Untuk Dakwa Sarawak Report ? 1MDB Takde Bukti Ke Yang Ia DiFitnah ?

Friday, June 26, 201549comments

Hebat dakwaan2 pro Najib ekoran penangkapan Xavier, kononnya segala dakwaan dan kritikan terhadap 1MDB selama ini hanyalah fitnah. Dengan Mat Maslan pun ikut sama teruja


"Selaku ketua penerangan Umno, saya minta ahli Umno fikir tiga atau empat kali sebelum mempercayai sebaran melalui media sosial. Kita lihat dan anggap segalanya betul dan ini membuktikan tuduhan asal terhadap 1MDB sudah ada kesangsian," - tmi.

Sebelum itu Zahid juga beri amaran akan ambil tindakan pada media yang 'uli' fakta 1MDB - Mkini.


Lawak beb ! Kalau setakat askar2 Najib jer yang teruja melompat2 itu kira standard la, tapi kalau dua Menteri pun turut sama melompat ..... ni dah kira macam klimaks. Punyalah suka mereka ini dengan berita penangkapan Xavier ! Macam sambut Hari Raya .....

Padahal Xavier belum lagi dihadap ke mahkamah dan disahkan sebagai telah meminda maklumat ! Dakwaan itu cuma datang dari Protection Group International ( PGI ) yang berkata data itu dicuri daripada PetroSaudi dan diedit sebelum dimuat naik ke Internet.


"Penyiasatan kami masih berjalan, tetapi jelas kami sedang melihat kes kecurian data yang besar dan analisis kami menyimpulkan Justo adalah sumber data yang dimuat naik Sarawak Report," - TMI.


WOW ! Hebatnya kredibiliti PGI sampai kerajaan kita boleh percaya bulat2 tanpa menunggu siasatan selesai apatahlagi menunggu keputusan mahkamah ..... itupun jika ada kes terhadap Xavier.

Hmmmm .... dalam kes Petrosaudi-1MDB ini, rasanya kita lebih banyak guna maklumat yang diberikan oleh 1MDB dan Kementerian Kewangan sendiri sebagaimana yang dilaporkan media. 

Maklumat yang diberi tidak lengkap, maka kita tanyalah balik minta penjelasan ..... itu yang diajar oleh guru2 termasuk orangtua kita. Malu bertanya sesat jalan. Diorang tak ajar kita supaya terima secara buta tuli apa yang orang lain kata. Allah berikan kita akal, maka gunakanlah akal itu ! Kita bukan lembu ....

Tapi serius beb .... melucukan melihat keterujaan tahap akut  pro Najib yang menggunakan kes penangkapan Xavier sebagai bukti 1MDB dan Najib itu suci bersih. 

Kita tak kisah sekiranya benar Xavier atau Sarawak Report bersalah menfitnah, maka ambillah tindakan terhadap mereka. Dari dulu lagi kita duk minta 1MDB dan kerajaan supaya saman SR atas artikel2 yang mereka siarkan jika terbukti semua itu tidak benar !

Kenapa nak tunggu siasatan pihak luar dalam kes Xavier ? Bukankah yang difitnah itu salah satunya adalah 1MDB ? Jadi secara logiknya, 1MDB punya maklumat ORI yang dapat membuktikan dakwaan2 SR itu adalah fitnah dan palsu.


"Sebarang tindakan penerbitan dalam negara (ini) berkaitan penangkapan di Thailand, pihak Thailand yang akan lakukan siasatan.

"Dan jika kita boleh pakai hasil siasatan dari pihak Thailand bagi lakukan pendakwaan di Malaysia kelak, maka fakta itu akan digunakan polis dan pendakwaraya untuk lakukan pendakwaan,"
kata  Zahid - Mkini.


Pulak dah ...... kenapa nak pakai hasil siasatan pihak luar kalau 1MDB sendiri boleh sahkan samada artikel2 SR itu adalah tidak benar ?

1MDB hanya perlu buat laporan Polis atas artikel yang dikatakan fitnah itu dan saman. Zahid tidak perlu tunggu hasil siasatan pihak Thailand, beliau boleh dapatkan bukti2 itu dari 1MDB !

Nah sekarang kita pulak tertanya2, kenapa selama ini selepas berpuluh2 artikel SR keluarkan namun pihak 1MDB senyap ? 

Apakah sebelum Xavier ditangkap, pihak 1MDB langsung tidak punya bukti untuk mendakwa yang artikel2 SR yang berkaitan Petrosaudi-1MDB adalah fitnah ?



PS - Artikel mula2 Chedet mengenai 1MDB ( KLiK ) yang dipost pada 27 Oktober 2014, yang saya kira merupakan pencetus minat rakyat kepada isu 1MDB ada ditulis pada perenggan akhir -

18. Mungkin seluruh rencana dalam The Edge adalah fitnah untuk memburuk Kerajaan dan Perdana Menteri. Tetapi jika tidak ada audit oleh pihak bebas dan penjelasan yang munasabah, saya khuatir orang ramai akan percaya cerita dongeng The Edge.

Share this article :

+ comments + 49 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 4:10 AM

Entah...

Memang heran dgn blongang2 pro najib nih..Suka sangat spin..
Justo kena tangkap tu blm tentu bawa apa2 erti pun kat 1mdb.

Blm tentu juga dia mengaku..blm tentu dia bersalah..

Lagipun itu petrosaudi international punya maklumat...ni petrosaudi cayman yg betul2 ada direct relation dgn 1mdb ni apa cerita?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 5:03 AM

Aku pun naik bengong dengan blongang2 pro Najib ni,kesemuanya kini sedang merainkan kemenangan Najib, ini termasuklah kedua menteri tin kosong tuh......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 5:04 AM

Kau pun lembu gak din. 2x5 gak.yg nyata rakyat melihat Umno semakin bangsat. Menang sorak, bangsa tergadai. Haaak thuuuii

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 5:20 AM

Abg Din jg marah eh nak nyampok sket...dulu lagi boss diaorg bg title "blogger banggang"...le ni sama,2x5 Dua2 same2.

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2015 at 5:28 AM

@Anonymousyang heret Umno dalam isu 1Mdb ini siapa ? Apa kaitannya Umno dengan 1Mdb ?

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2015 at 5:37 AM

Apa punya bahasa ni ? Siapa yg bangsat ? Awas dlm berkata2.....Umno dan 1mdb dua entiti berbeza,tu pun tak paham ? Saja buat tak paham sbb mmg bodoh ! Tak paham dgn bodoh tu pun berbeza beb !
Dari bahasa anda pun tau dah tahap pemikiran anda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 5:38 AM

1mdb milik kerajaan tp kenapa umno sahaja Yg jd jurucakap... Lain2 parti dlm BN diam membisu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 5:39 AM

@dinturtle

pengerusi 1MDB Orang UMNO, Menterinya Orang UMNO.. Perdana Menterinya Orang BUGIS.

dialah punca UMNO/BN terjebak dalam kancah politik taik.

habis busuk satu rumah..

Perdana Menteriku Pahlawan Ku (lagu baru WALI Band)

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2015 at 5:42 AM

@Anonymoussebab Najib tidak ada buat perjumpaan tertutup dengan parti lain dlm bn dan minta mereka percaya yang semuanya OK dengan 1Mdb. Kenapa ek ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 5:44 AM

Tu psl bila dah kantoi...undur je la bwk diri sendiri, muashabah....jgn bwk semua org nnt hancur bochai kita

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2015 at 5:55 AM

FAKTA ! Dan lagi pelik dia org pun semua diam je.....takde seorg pun cuba bersuara walhal berapa banyak parti komponen bn ni... Agak2 apa yg diaorg tau....atau tu strategi diaorg utk memusnahkan KITA ?
Bahaya tu din !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 5:58 AM

Aku ada rumah sewa. Harga semasa RM200k, sewa bulanan RM500 dan setahun RM6,000. Sekarang baki tempoh tanah pajakannya ada 50 tahun lagi. Sape nak beli, silalah.. Murah je.. Harga RM200k campur RM300k (RM6,000 x 50 tahun) = RM500k...

Aku juga ada power plant. Harga semasa RM400m, untung setahun RM200m, aku dapat extension kontraknya 10 tahun (untung untuk 10 tahun = RM200m x 10 tahun @ RM2,000m). So, harga aku tawarkan RM400m + RM2,000 = RM2,400m (2.4b)... Cepat2.. Sape nak..?

So, analoginya dua2 kat atas ada kaitan tak..? Tu la jadinya power plant aku harganya RM2,400.. Untung kan jual kat orang otak senget ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 6:07 AM

suruh lah zahid hamidi tunjuk bukti grade A yang sarawak report/gusto menipu pasal 1MDB, LOL dayus habis si ah jib pok ngan kawan2 ....

./mkh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 6:41 AM

http://futurefastforward.com/images/stories/financial/Exposing1MDBPropaganda.pdf

./mkh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 8:18 AM

trosaudi-international-uk-limited#documents

Link Xavier Justo jual document Petro Saudi.. Ada serendah £ 2.95..
Actually sapa2 boleh beli.
Betul atau bohong tentang document tu.. Wallahuallam.. Apa pun
1mdb tetap bnyk hutang n mcm mana nk langsaikn..
Apa faedah & sumbang 1mdb utk negara?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 8:54 AM

Keraguan mengenai tangkapan ke atas Xavier,

1. Kalau salah laku, perlu dikenakan tatatertib dan dan jika didapati bersalah kena "sacked"....sebab itu dia kena sacked.

> isunya

1. Kenapa orang kena sacked "dibayar" RM15 juta???????

2. Adakah semasa inkuiri, petrosaudi didapati bersalah dan kena bayar Xavier?

3. Tidak pernah dalam sejarah atau precedent orang yang didapati bersalah dan "disacked" dibayar sejumlah wang yang begitu besar!!!!!!!!

4. Katakanlah ada kes sebegini, adakah "kesalahan" Xavier itu sebenarnya ADALAH BETUL sehingga mulut beliau ditutup dengan bayaran sejumlah wang dan disacked?

5. Adakah ADALAH BETUL itu merupakan fakta yang cuba disembunyikan oleh petrosaud dan 1IMDB?

6. Adakah ini bermakna sebab dokumen2 ini bukan palsu, petrosaudi "terpaksa" bayar RM15 juta pada Xavier?

7. Criminal act in saudi arabia but caught in thailand. Investigation also in thailand, not in switzerland or saudi arabia?

8. Tidak kah anda pembaca tercium seakan ada kolaborasi antara malaysia, saudi arabia, switzerland dan thailand?

Banyak lagilah.......persoalan yang berbelit macam 1MDB itu sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 8:56 AM

Patutnya ko yang jawab din, bukan timbulkan soalan. Check posting-posting ko yang lepas din. Nak lepas tangan macam tu saja ke?

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2015 at 9:51 AM

presiden umno (baru) = perdana menteri, jadi dia kena take care puak tu.

....................
Reply To This Comment ...................
orgJohor
June 26, 2015 at 11:18 AM

Mustahil orang cina diam membisu kerana tak tau apa apa... Diorg lagi expert. Cuma diaorg buat bodoh sebab ini chance menjatuhkan melayu dan islam masa PRu nanti.
Bley percaya ke MCA dan GERAKAN jika UMNO betul2 hdk tersungkur nanti? Diorg tetap cina akan sokong saper2 saja wpun DAP.
Jika DAP betul2 pegang tengkuk melayu nanti, MCA dan GERAKAN bubar, mereka akan ada 1 parti sahaja.
Tapi sempat ker mereka nak yamseng kalau benda tu btul2 jadik?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 11:18 AM

Aku tak paham la. Kenapa Thailand jadi hero 1mdb tangkap Xavier ni? Apa jurisdiction depa agaknya ya. Petro Saudi register di sana ke? Pgi tu ada kuasa ke untuk arah penangkapan yang macam ni. Spin masters dulu kat sekolah suka berangan la aku rasa. Makin lama makin thrilling drama ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 2:24 PM

@dinturtleBro Din,
Tangkapan Justo ini ibarat orang putih kata "meaningful coincident" aje untuk bloggers pro Najib. Kalau tak salah faktor kes PSI London ialah email mereka di 'Hack'bukan nya Justo membuat slander atau libel.

For PSI kalau membayar duit kerana di blackmail oleh JUsto,they must have done something WRONG or ILLEGAL in the 1st place.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2015 at 2:35 PM

relax brother. bahaya main half truth banyak sangat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 3:14 PM

Anonymous said...
Cant wait for SR to start the libel suit!!! Alhamdulillah....now the sulat kabaq and pak mintili has given enough cause for SR to start it legally!!! Poor people didn't see it comin!!! After exposing so many things, what would any one in right mind think SR would do? Just leave it at that? They even begged to be sued!!! They were waiting to end their exposes with results!!! They were waiting for some dummy to make way for them to do so in the origin country!!!

Alhamdulillah...Thank you very much SR. We wish you the best!!!

LK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 3:34 PM

Klu kena tang batang hidung org.. kena tangkap dah didapati bersalah...

Klu kena geng sendiri... kata x salah selagi mahkamah x dapati bersalah. Pastu senyap haram x naik mahkamah.. tuuu.. kes sprm tu... !!

Nmpk benar 1MDB memang betul2 bermasalah...menteri2 bongok mcm maslan bodoh tu tau nak sorak ja. Cuma x sangka, zahid pun dah sama level dgn maslan...
Betullah muhyidin ckp... (rujuk youtube).. yg ada kat dpn 2 dia mlm tu, berlagak ja pandai. Tp BODOH... maslan n zahid kan dok row depan wooo !!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 4:21 PM

http://www.sarawakreport.org/2015/06/spot-the-difference-we-prove-how-the-allegations-of-tampering-are-lies/

"....the whole truth and nothing but the truth...."
./mkh

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2015 at 4:23 PM

Selepas dua hari berita penangkapan Xavier ini kita belum lagi dengar komen dari Najib sendiri...agaknya apa komen Najib nanti ...kena tggu laporan audit dan PAC atau nak tggu lagi enam bulan to settle dan sama2lah kita nantikan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 5:38 PM

@Anonymous
Ni logik lembu namanya...sebab presiden UMNO jadi pengerusi 1MDB maka 1MDB ada kaitan dengan UMNO..UMNO terpaksa kena heret sama??...Habis kalau macam tu semua benda ada kaitan dengan UMNO...

esok esok kalau ada ahli/menteri UMNO merogol...merompak etc...habis UMNO kena heret sama!Pak menteri semua kena keluar kenyataan defend si perogol/peompak atas nama ada katain dengan UMNO??? Macam tu?

Lagi sekali kami nak tanya? apa kaitan 1MDB dengan UMNO??!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 5:45 PM

@Panglima Perang

Ni pesanan Panglima Perang kepada Panglima Bugis!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 5:59 PM

Biarkan Xavier ini dibicarakan.. Mungkin banyak rasia lg Yg akan terbongkar...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 6:32 PM

@Anonymous
extension 10 tahun tu lepas dah jual ke belum bro.

baca dulu betul betul. baru buat cubaan spin.

punya la takde modal nak spin. analogi pun salah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 7:14 PM

Tempoh hari pm bangla dtg mesia...tiba2 jer skrang 1.5juta bangla nk masuk lg...
Hr ni thailand tolong tangkap xavier...sapa tahu apa yg thai blh dpt..
Kesalahan di arab tp tangkap di thai?
Dikawal sgt ketat dgn komando mcmla persis ahli IS...pelik kn?
Perlukah sampai mcmtu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2015 at 8:23 PM

@Anonymous

betulah .. apa yang salah ? :)
walaupon macam mana nak tutup UMNO terpaksa cuci taik orang ini. Sebab dia adalah presiden UMNO dan dia adalah perdana menteri.

Paham tak "TERPAKSA" .. nak diluah mati mak .. nak di telan mati bapak.

last sekali jadi tunggul je lah.. tunggu hari kiamat UMNO.

anda tak setuju tak de masalah..

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2015 at 9:40 PM

din..pemilihan Umno ditangguhkan..apa sudahnya Umno ni??

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2015 at 10:00 PM

kau mcm dah tahu je jawapan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 12:32 AM

Saya nampak semua ahli umno ni bangang and bodoh belaka. Semua menteri umno bangang dan bnodoh belaka. Semua..saya kata sekali lagi mereka semua bodoh dan bangang..aku x kisah kalau umno kalah pru14 nanti. Nasib aku sama ja. Hidup lebih baik bergantung pada diri sendiri dan tuhan. Bergantung pada ahjib dan menteri2nya bebal dan bodoh tu tak kan ubah nasih idup aku dunia dan akhirat, menyusah ja. Umno boleh mampus..aku tak kisah sikit pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 12:32 AM

Najib sedang bermain dengan api, sekarang ni daripada isu penyelewengan 1MDB akan melarat kepada hubungan diplomatik pula.

Kerajaan Switzerland takkan nak biarkan rakyatnya dibuli sedemikian rupa. Kesannya amat buruk kepada Malaysia dari segi hubungan antarabangsa terutama sektor ekonomi yang akan menjejaskan rakyat.

Dalam isu Xavier Justo ini, hingga sekarang polis tidak menarik balik lesen Malaysiakini, Malaysia Insider, malahan tak menangkap Tun Dr. Mahathir, blogger Din Turtle, Kluangmanexpress, Outsyedthebox, Jelapang, Jebat Must Die, dan ramai lagi yang membongkarkan, serta mengemukakan maklumat itu dan ini kepada orang ramai melalui portal dan blog mereka, mengapakah tiada tindakan?

Malahan portal Sarawak Report yang banyak mengemukakan dokumen mengenai penyelewengan 1MDB, tak pula kerajaan nak saman, mengapa?

Malahan Datuk Seri Ahmad Said yang menyatakan dalam sidang DUN mengenai tindakan Najib nak menggadaikan telaga petroleum di Terengganu, mengapakah UMNO tidak mengambil tindakan disiplin terhadap Datuk Seri Ahmad Said? Malahan mengapakah SPRM tidak menyiasat perkara ini?

Sebenarnya 1MDB itu memang bermasalah besar, Najib cover line dengan macam-macam cara, menggunakan wang milik GLC dan badan berkanun seperti TNB, KWSP, Tabung Haji, KWAP dan macam-macam lagi kononnya membuat pelaburan dengan 1MDB, membeli aset 1MDB, sedangkan hakikatnya di sebalik urusniaga itu banyak unsur-unsur gelap yang menyelewengkan wang negara.

Kemudian kerana gagal walaupun mempergunakan GLC dan badan berkanun secara salah, maka sekarang ini konspirasi penangkapan Xavier Justo pula.

Mengenai Xavier Justo ini pula, dia dikatakan seorang eksekutif IT Petrosaudi, syarikat subahat 1MDB melingkupkan wang negara dan wang rakyat Malaysia, tetapi dia diberikan bayaran lebih kurang RM 15 juta dalam matawang Malaysia untuk meletak jawatan dan meninggalkan Petrosaudi dengan alasan dia melanggar peraturan syarikat.

Memang pelik, melanggar peraturan syarikat tidak dipecat, tetapi diberikan jumlah yang bersamaan RM 15 juta untuk meninggalkan syarikat pula.

Sedarlah bahawa Najib ni sudah sampai tahap tak boleh berfikir dengan waras kerana sanggup mempertaruhkan hubungan diplomatik negara dengan antarabangsa kerana nak cover line salah laku dia dan kuncu-kuncunya.

Sekarang ni Najib dah sedar bahawa dia sudah ditolak oleh ahli UMNO, sebab itu dia tangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan, ini adalah kali kedua berturut-turut Najib buat perkara sedemikian, dia beri alasan masa zaman Pak Lah dan Tun Dr. Mahathir pun buat benda yang sama, tapi dia tak beritahu dengan benar bahawa tak pernah lagilah pada zaman Pak Lah atau Tun Dr. Mahathir tangguhkan pemilihan parti selama dua kali berturut-turut.

Tangguhkanlah Najib, 18 bulan pun, kau akan ditumbangkan jua, perbuatan jahat tak akan diredhai. Dengan cara kau macam ini, lagi rakyat meluat dengan kau, malahan ahli UMNO pun makin benci dengan perangai buruk kau ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 1:54 AM

Presiden takuuuuut.hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 5:50 AM

Bro Din,

Wow. Now you are saying, beliau belum disabitkan lagi kesalahan, bermakna dia tak bersalah. Innocent until proven guilty.

Why cant you do what you preach.

Same as Tun M. Suddenly its okay for a member of PAC to comment on the issue.

I am from the beginning already said, its inappropriate for that guy to commemt on the ongoing investigation.

Tun M view on this, what malay said - matlamat menghalalkan cara.

By hook or by crook, 1MDB and Najib should be whack. But yang ini tak perlu tunggu keputusan mahkamah. Boleh terus jatuh hukum. Typical political people.

I am not Najib supporter.

Cheers

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
June 27, 2015 at 6:00 AM

@Anonymous ah Man aaa .... we only asked question la, why like this, why like like that... cannot ah ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 8:40 AM

WOW ! Hebatnya kredibiliti SARAWAK REPORT sampai Mahathir dan ramai rakyat jelata percaya bulat2 tanpa menunggu siasatan selesai apatahlagi menunggu keputusan mahkamah ..... itupun jika ada kes terhadap IMDB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 9:22 AM

Bro Din,

Its not a problem. But your question lead to others reader to think that something is wrong. And i think the only reason why you asking question because you dont have concrete evidance regarding with this matter.

Kalau tuduh nanti boleh kena saman. Betul tak? If you think you are right (with all the documents produce by Sarawark Report) then just go make a police report.

Simple.

From all my comments, i never said Najib is correct and Tun M is wronged. I just said give the entity fair and square investigation. Other wise you will eat your own word.

If its true, then you are safe.

Cheers

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 10:53 AM

Reading man...
Police report has been made about 1mdb, sprm refuse to investigate najib...
Sprm is so called the utmost integrity body in this land even refuse to comment
One of its chairman even personally attack tun for something else politically
Even so, sprm should investigate both- tun & najib to be fair right???
Tun merely asking, not even made a report
Najib, the one that you actually backing up, never appeared in N2H to reply to all malaysian audience..not to tun only...
With a silly excuse of course!
So...tell me...how are we going to trust najib for 'he is innocent untill proven guilty'??
When he can avoid any proceedings...even for just a disccusion

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2015 at 2:15 PM

Bro,

Correct. But i asked Bro Din to make police report together with supporting documents from sarawak report.dont you guys completely believe with what they said.

Not even one single documents published given to sprm.

Why dont you take the initiative to send the documents to sarawak report.

Thats if you 100% sure with what you submit.

Cheers.

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2015 at 9:05 AM

so what then?

they'll keep it under the carpet anyway..

dont expect us to waste our time doing useless thing like doing police report which eventually wont be entertained.

we do read ourselves..

thanks

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2015 at 5:35 PM

Bro,

Why keep it under the carpet? Its already a big issue. And with all the evidence from sarawak report, how can Najib keep it under his expansive carpet.

Pelik. No one from the investigation team in PAC use the documents from sarawak report. Why? Takut silap ke?

I bet if sarawak report says that Najib have a secret hide out in the moon, you guys will buy it.

You quote article from here and there, but how sure are you it is 100% true.

Maybe you should keep reading. Dont read cartoon section only.

Cheers

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 12:07 AM

Dan Najob takkan berani bek Xavier ke Msia utk dibicarakan
.. bg alasan konon siam x bg. Apa salah Xavier kt siam ??
Najib.. masa kamu dah x pnjg

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 12:09 AM

Patutlah Najib letak anjing komunis Tunku Aziz dlm SPRM... tmbt anjing kt situ..
Ptuiii !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 1:34 AM

Haha..mr reading..

it really shows you are not reading well enough..or you just read fantasy novel al the while.

Come on..wake up. Look at the reality now. I would humbly give you a suggestion..since you believe everything is in order..why not you proceed with a legal action to urge the authority to immediately act on khairuudin's report? Do not waste our precious time making another report..

Oh PAC? how would you know they didnt use SR evidence? You do read that they wont make it public dont you? Haaha..obviously you didnt read enough..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 1:40 AM

Oh 1 more thing..

You keep asking us to ensure it is 100% true..

Now..just a little bit weird..why 1mdibi does not sue SR? They should sue SR if it was not 100% true right? Why they keep quiet? Takut kena expose habis ke? 99% true and only 1% not true? Klu camtu..itu pun bukan 100% true kan?

Do read again and again till you understand ye.
Thanks

Post a Comment