........... Jawapan 1MDB Kepada Tony Pua - Saya Mohon Penjelasan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jawapan 1MDB Kepada Tony Pua - Saya Mohon Penjelasan

Tuesday, June 30, 201517comments


Saya ingin merujuk kepada sebahagian Jawapan 1MDB kepada dakwaan Tony Pua berkaitan Jaminan Kerajaan ke atas urusniaga dengan IPIC. Tujuan saya BUKAN untuk mempertikaikan mana2 pihak. Bagi saya kenyataan 1MDB itu saya terima.

Cuma saya inginkan gambaran yang lebih jelas dan beberapa persoalan yang berkaitan kenyataan itu yang bagi saya, memerlukan penjelasan yang tuntas dari pihak 1MDB. 

Masalah dengan isu 1MDB ini, tidak ada satu jalan cerita yang penuh, setiap kali 1MDB jawab, mereka akan hanya jawab khusus kepada persoalan sedangkan banyak perkara yang berkaitan juga perlu dijelaskan supaya rakyat mendapat THE WHOLE PICTURE akan urusniaga 1MDB.

Saya harap ada pihak yang sanggup jawab supaya sekurang2nya, buat pertama kali sejak isu 1MDB jadi hangat, rakyat boleh mendapat satu cerita lengkap berkaitan urusniaga antara 1MDB-Aabar/IPIC terutama berkaitan bon/pinjaman USD3.5 billion yang diuruskan oleh Goldman Sachs.

Mungkin 1MDB sudah menjawab persoalan2 yang saya timbulkan namun saya percaya jawapan2 itu berterabur dalam beberapa kenyataan mereka, maksud saya tidak dikumpulkan dalam SATU artikel supaya jelas gambarannya.


Di bawah adalah penjelasan 1MDB:

1. Kementerian Kewangan mahupun Kerajaan Malaysia tidak memberikan jaminan untuk transaksi komersial baru-baru ini di antara 1MDB dan IPIC.

2. Adalah diketahui umum bahawa pada 2012, IPIC menerbitkan jaminan untuk pembayaran faedah dan pokok (principal) ke atas dua bon bernilai USD1.75 bilion yang dikeluarkan oleh 1MDB, berjumlah USD3.5 bilion dalam bentuk pokok (principal) dan hampir USD2 bilion dalam bentuk faedah.  Kerajaan Malaysia tidak memberikan jaminan ke atas mana-mana bon ini.



a - Kenapa begitu tinggi faedah ? Adakah angka USD2 billion itu merujuk kepada bon USD1.75 x 2 = USD3.5 billion itu saja atau ia termasuk faedah untuk pinjaman lain ? Sebab jika USD2 bil itu adalah faedah kepada pinjaman USD3.5 bil, ini bermakna kadar peratusannya adalah 57% !

Lebih dari setengah nilai pokok ! ?

Benarkah Kerajaan tidak beri jaminan tapi kerajaan meminta Aabar ( Abudhabi ) yang tolong jaminkan ? Aabar pula kenakan bayaran menjamin dalam bentuk :

b - Deposit sebanyak RM4.2 bil sebagaimana yang disebut oleh Arul baru ini


OK.... apakah deposit itu dipegang oleh Aabar dalam bentuk tunai ? Selama tempoh matang bon yang diterbitkan iaitu 10 tahun ?  

Banyak faedah yang mampu dijana oleh nilai RM4.2 bil kalau diletakkan dalam simpanan tetap selama 10 tahun ...... siapa yang dapat faedah itu ?

c - OPTION memiliki 49% pegangan Edra. Option ini sudah ditebus oleh 1MDB melalui beberapa kali bayaran. Menjadi tanda tanya berapakah JUMLAH yang harus dibayar dan berapakah yang telah dibayar oleh 1MDB untuk menebus kembali OPTION itu ?

Kali pertama dibayar melalui satu pinjaman USD250 juta pada bulai Mei 2014, kali keduanya dibayar dari bahagian pertama dana Cayman yang ditebus tapi tidak dinyatakan berapakah nilainya, dan kali ketiga melalui pinjaman konsortium Deustch Bank sebanyak USD975 juta.

TheStar 11/11/2014
Kenapa begitu tinggi sekali kos untuk menebus OPTION yang dimiliki oleh IPIC itu ? USD1.225 bil + amaun yang tidak disebut dari dana Cayman !

Jika benar fakta di atas, tidakkah ia merupakan satu bentuk urusniaga yang MERUGIKAN rakyat Malaysia ? 

Maaf kalau saya bertanyakan ini - Kenapa begitu terdesak 1MDB hendak teruskan juga penerbitan bon2 itu kalau begitu teruk syarat2nya ?




Kertas terma ikatan (binding term sheet) yang dilaksanakan dengan IPIC adalah merupakan komponen utama pelan rasionalisasi 1MDB seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 29 Mei 2015. Kejayaan pendekatan ini telah dibuktikan oleh pembayaran balik pinjaman RM3.6 bilion baru-baru ini oleh 1MDB. Rundingan komersial sedang berjalan secara berterusan di antara 1MDB dan IPIC untuk mencapai perjanjian muktamad, yang seterusnya akan menyaksikan pengurangan lebih kurang RM16 bilion hutang 1MDB. 1MDB berhasrat sepenuhnya untuk berkongsi maklumat lanjut sebaik sahaja kedua-dua pihak mencapai persetujuan. 

Sebelum ini saya telah paparkan satu kenyataan dari London Stock Exchange mengenai perjanjian hutang IPIC-1MDB ( Debt Settlement Arrangement ). Walau pun dana dari IPIC itu dinafikan sebagai hutang namun kenyataan LSE menyatakan ia adalah satu hutang / debt.



 d -  Benarkah apa yang disebut melalui kenyataan LSE di bawah ?

on 4 June 2015, IPIC provided US$1 billion to 1MDB for 1MDB to utilise immediately to settle certain of its liabilities (the Cash Payment);

·    from 4 June 2015, IPIC has assumed the obligations to pay (on an interim basis) all interest due under two IPIC guaranteed 1MDB financings amounting to US$3.5 billion in aggregate principal amount (the Notes);

·    upon the completion of the transfer of assets as described below, IPIC will directly assume liability for all payment obligations under the Notes (the Assumption of Debt) and forgive certain financial obligations of the 1MDB Group to the IPIC Group (the Debt Forgiveness); and

·    by 30 June 2016, IPIC is to have received a transfer of assets with an aggregate value of an amount which represents the sum of the Cash Payment, the Assumption of Debt and the Debt Forgiveness.

KATAKANLAH aset2 yang bakal di JUAL kepada IPIC pada 30 June 2016 adalah aset IPP yang mana dibayar sebahagiannya melalui terbitan bon2 USD3.5 bil tadi, apakah 1MDB masih perlu bayar jumlah pokok pinjaman USD3.5 bil itu ? 

Bagaimana dengan deposit RM4.2 bil yang dipegang oleh Aabar ?

Saya bertanyakan itu kerana 1MDB hanya sebut bab kejayaan bayar hutang ( menggunakan duit Aabar ) tapi tidak sebut langsung apakah KOS yang terpaksa ditanggung.

Membaca kenyataan 1MDB di atas, saya fahamkan rundingan MASIH berjalan mengenai KOS itu walaupun duit USD1 bil sudahpun 1MDB terima untuk melangsaikan hutang. Saya cuma mampu berharap pihak 1MDB yang melakukan rundingan itu tidak sewenang2nya menjual aset negara begitu saja.

Ya, hutang 1MDB mungkin akan berkurangan dengan banyak tapi apakah itu satu bentuk kejayaan ? Masih banyak lagi hutang tertunggak .......

e - Apakah untung yang mampu di raih melalui penubuhan 1MDB setakat ini jika mengambil kira perkara2 di atas ?



Artikel ini merupakan persoalan yang sering bermain di fikiran saya mengenai urusniaga 1MDB-Aabar/IPIC/AbuDhabi. Diharap pihak 1MDB baca ini dan dapat berikan penjelasan yang memuaskan.

PS - Mungkin jawapan mudah adalah Tunggu Audit! tapi memandangkan pihak 1MDB amat bermurahhati dengan maklumat2 sejak akhir ini, maka saya cuba nasiblah dengan bertanya.

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2015 at 4:27 AM

Tumpuan saya kepada Dua isu yang tidak pernah mahu dijelaskan oleh 1MDB iaitu OPTION dan DEPOSIT .

....................
Reply To This Comment ...................
Ziyana zhaen
June 30, 2015 at 8:14 AM

Lse tu takan silap sebab tuan badan sendiri yg bagi statement. Ni namanye tak synchronise masa planning. Inilah yg boleh dikatakan kuasa dari atas. Setiap kali nk menipu, mesti ada tesangkut. dah jelas lagi besuluh apa yg ditulis, masih nak main "semantics" ke. PM kita ni memalukan melayu sbenanye jadi ada baiknye dia gelar diri dia Bugis. Biar bugis yg nampak bodoh. Melayu ni nampak sngtlah senang kena tipu, suka duit mudah, kena queen control, suka besembang terbang meja. Lepas 1mdb ni, PFI plak. Lepas tu FGV plak.semua najib jaga semua jadi abu. Plg kelakar "1mdb bnyk jasa pada umat islam". Setakat najib ngan menteri2 setia dia, rasanye orang sekolah sampai dajah 3 pun tak sebodoh nk menipu mcm ni

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2015 at 9:00 AM

Apakah kaitan Brazen Sky / Jho Low dlm urusniaga antara 1mdb dan IPIC/Aabar kerana mungkin laporan audit tidak akan mendedahkannya ini kerana selama ini pihak 1mdb mahupun pihak MoF cuba mengelak bila ditanya soalan berkenaan Jho Low selain dari ini juga apakah pihak BoD 1mdb tak pernah cuba mencari syndicate bank lain selain Goldman Sachs dimana bank ini mengenakan interest yg begitu tinggi dan saya yakin jika perjanjian urusniaga ini dilakukan secara penilaian dilakukan terhadap bankers dan interest yg dikenakan mungkin hutang2 ini tak seterok spt. yg dilaporkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 11:27 AM

sebenarnya din kura kura hang pun tak tau ape yang berlaku dalam 1mdb. itu hari aku dah cakap kat hang bagi chance lah 1mdb beroperasi bagi mendapatkan keuntungan kalau rugi macam perwaja baru lah kita tembak ini tidak semua 1mdb bagi tau sume tak betul hang pun nyanyuk gak macam mantan pm kite. semalam baru aku terfikir pasal gst. aku dengar berita dunia semalam greece telah gagal menyelesaikan hutang nya dengan imf. harga saham jatuh kerana nya, nilai mata wang jatuh kerana nya. harga minyak pun jatuh kerana nya. maksud nya kerajaan bijak lah buat gst kerana sebagai ganti pendapatan harga minyak yang jatuh bawah US 62.00 setong. tidak kah najib bijak. cuma sebab ade baral baral macam hang ni din penyu merosakkan negara. oi bila nak siar komen aku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 12:14 PM

susah nak faham, cuma yang difahami mmg ada yg tak kena. Terpaksa redha dan pasrah aja nasib yg menimpa.
takut juga kalau jadi macam Greece, bank tak ada duit, dipaksa tutup dan hadkan pengeluaran atm.
Bolehkah Malaysia macam tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 3:49 PM

@Anonymous
salam anon 11:27 AM...
kalau hang terasa TERLEBIH pandai, baik hang tolong jawab bagi pihak 1MDB..
kalau tak tau & takleh jawab, lebih baik diam je leee...ada faham..?
jangan meyalak tak tentu pasal...
...mueheheheh..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 3:51 PM

1MDB memang dah rugi. Dalam penyata akaun 2014, tercatat kerugian RM600 juta lebih rugi. Kena lah bising. Rugi 600 juta, hutang 42 billion.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 4:43 PM

Laaaa, sebab tu lah org bising fasal 1mdb. takut jdi mcm greece. Nauzubillah. greece tak boleh bayar hutang. Jgn kita jadi mcm tu. Ingat hutang kita dah naik bergnda-ganda.
1mdb niaga apa ek? Tau2 hutang dah berbiliyon.

Published: Wednesday March 11, 2015
KUALA LUMPUR: Malaysia's external debt has swelled to RM740.7bil in the third quarter of last year from RM196bil in the final quarter of 2013, the Dewan Rakyat was told. --The Star

Sekali lagi: 1mdb niaga apa ek?


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 6:32 PM

erk biar betul dr 100k bil plus jd 700k bil dlm setahun? betul kah ini? hope drop down nye xmmbazir ke n membawa manfaat kpd rkyt. harap sgt2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 6:46 PM

no early notification for fuel price dekat the star. bagus menteri kita.sgt syg kan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 8:38 PM

Memang baral punya pro najib..bila 1mdb untung. Sejak ditubuhkan smp sekarang rugi memanjang..hutang pula default.. ko nak apa lagi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 11:32 PM

salam,
bab 1mdb ni, ramai yang tak faham. bisness besar dan wang besar gila. hanya yang mendapat pendidikan dan mengkaji serta terlibat secara langsung dalam bisnesss besar-besar faham la. kalu bro. din pun kurang jelas, apa tah lagi yang tak dapat pendidikan perniagaan dan pernah urus bisness jutaan ringgit. kalu tdm pun tak puas hati, akj pun pening kapla, kita orang biasa lagi la tak faham. harapan orang yang kurang banyak faham ialah, teruskan usaha anda agar 1mdb ini berada ditempat yang betul dan bukan digunakan oleh orang untuk ambil wang dengan mudah. nak labur letrik, kita ada tnb, nak labur minyak dah ada petronas, nak labur saham, dag ada khazanah, pnb dan sebagainya. 1mdb ni untuk apa yer, ambil alih tugas gamaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 12:23 AM

Salm kwn2 smua...

Ada masa tonton "reflections" oleh Imam Suhaib Webb dari USA (special ramadhan-vehicle to Allah-part 1-4) berkenaan tuntutan menggunakan fikiran dan 'kawan yg ikhlas' bukan yg 'dibeli' (sincerity). Astro tv alhijrah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 1:07 AM

@Anonymous

Bagi chance, dia kata? Dah 6 tahun beroperasi, masih perlu berhutang semata-mata nak bayar interest hutang? 6 tahun tak bagi chance lagi keeee bang. Ha ha ha.

....................
Reply To This Comment ...................
July 1, 2015 at 6:48 AM

Kenapa zaman Tun M harga petrol x naik erk?

....................
Reply To This Comment ...................
July 1, 2015 at 12:44 PM

Kalau tak faham pun mesti heran penukaran dari tunai ke sijil ke unit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2015 at 1:30 AM

@Anonymous anon 11:27 am,..ape y bijaknye pasal kerajaan?,...kerajaan y bijak sepatutnya bertindak cari income dari luar,..cari untung dari luar,..bawa balik Malaysia untuk penambahan hasil dalam rizab negara,...untuk rakyat,...kerajaan y ko ckp kononye bijak ni,...lembab,...da la x pandai cari income dari luar,...dorg 'pau' plak rakyat atas nama GST,..ini namanye kerajaan bengap,..sama la mcm ko,...contoh la,..ko kluar rumah pegi keje untuk cari duit bawak balik rumah,..xkan ko kluar pegi keje nak kena pecah kan tabung untuk bayar gaji ko sendiri,..buang duit keluar plak kn,....ko x belajar matematik ke?!

Post a Comment