........... HOT ! 1MDB Mengaku IPP DiBeli Hampir Tamat Kontrek ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

HOT ! 1MDB Mengaku IPP DiBeli Hampir Tamat Kontrek !

Tuesday, June 16, 201551comments

Membaca 'jawapan' yang diberikan oleh 1MDB kepada artikel chedet buat saya tergelak seorang. Siapa agaknya yang menulis jawapan bagi pihak 1MDB ? Kononnya nak memperlekehkan Tun Mahathir kerana kesilapan fakta malangnya samada mereka sedar atau tidak, 'jawapan' yang mereka berikan sebenarnya tambah menguatkan hujah Tun !



Ada beberapa point yang saya maksudkan tapi untuk kali ini, saya akan komen bab dakwaan Tun Mahathir dalam persoalan - Kenapa 1MDB tidak menunggu kontrek IPP tamat sebelum beli ?

Kalau tak silap sewaktu Tun mula mainkan isu IPP 1MDB ini tahun lepas, ada artikel dari Kadir Jasin yang menyebut IPP yang tamat kontrek harganya akan merudum jatuh, dan disebut harga RM100 saja !



Yalah, customer IPP ni SATU SAJA iaitu TNB. Tanpa kontrek, nak dijual kepada siapa lagi tenaga elektrik ? IPP pula sudah pasti mengambilkira tempoh kontrek dan nilainya supaya dapat dijana untung yang berbaloi sebelum tamat kontrek.

Jawapan dari 1MDB ( KLiK ) antara lain menyatakan -

... dari 13 IPP yang dibeli oleh 1MDB, hanya 2 saja yang hampir tamat kontrek iaitu Powertek ( Januari 2016 ) dan Genting ( Februari 2016 ). Kontrek Genting sudah disambung untuk 10 tahun lagi dan ini membuktikan pembelian aset itu adalah bagus.


1MDB tidak nyatakan yang kedua IPP itu adalah antara yang termahal milik 1MDB. Dari TheStar 15/8/2012 -

Genting Bhd has announced that it was selling its power generation business to 1Malaysia Development Bhd (1MDB) for RM2.3bil. This would also see Genting booking in a tidy extraordinary gain of RM1.9bil for its financial year ending Dec 31

“The book value of Genting Sanyen is roughly RM400mil. Pricing wise, it has a really good deal, considering the power purchase agreements (PPAs) for first generation independent power producers (IPPs) are expiring by 2016. This also solves Genting's headache. It doesn't need to worry whether or not the PPA agreement will be renewed or not,” said a power analyst.

However, is it positive for 1MDB?

Certainly, this purchase has made 1MDB the second largest independent power producer (IPP) in the country after Malakoff Bhd. Genting Sanyen has a capacity of 720MW, while Malakoff has a capacity of 7.9GW. On the surface, it looks like 1MDB is paying full price for a power plant that is about to expire soon.

This is 1MDB's second major power asset acquisition this year after the RM8.5bil deal to buy the power assets of Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd from T. Ananda Krishnan in March.

Berapa billion harga kedua IPP hampir tamat kontrek itu yang dibayar oleh 1MDB ? - 10.8 billion 
( tak pasti apakah harga Tanjong termasok pakej beberapa IPP lain. Itu tidak dinyatakan )

Juga disebut harga Genting cuma RM400 juta tapi dibeli oleh 1MDB dengan harga RM2.3 bil .

OK, kita ketepikan dulu soal harga belian melebihi harga pasaran untuk artikel ini. Mungkin cuma 2 dari 13 IPP yang dimiliki 1MDB TAPI kedua IPP itu dengan jumlah RM10.8 bil merupakan 90% dari jumlah RM12 bil IPP milik 1MDB !


Dibeli pada tahun 2012, bermakna masih ada baki 3 tahun lebih sikit je sebelum tamat kontrek.  Fikirkan..... KENAPA TIDAK BOLEH TUNGGU 3 TAHUN LAGI DAN 1MDB BOLEH MEMILIKI KEDUA IPP ITU DENGAN HARGA RUNTUH GILER ? ?


Bukannya lama pun .... 3 tahun jer lagi. 3 TAHUN dan JIMAT RM10 BILLION !

Lebih dari 10 bil sebab dibeli hutang 100%. Belum ambil kira kemaluan besar bila hutang tak mampu dibayar dan terpaksa hutang lagi untuk jelaskan.

Jika benda ini diketahui umum, bukan saja Tun Mahathir bising malah seluruh rakyat Malaysia akan bising !

Apa yang terdesak sangat ? ? ?


OK, ni satu lagi point yang bakal buat anda tambah bengang dengan Najib @ 1MDB -

Kalau boleh sabar 3 tahun lagi, TNB boleh miliki kedua IPP itu ( dengan harga hampir percuma ) dan tidak timbul langsung soal kontrek !

TNB boleh jana elektrik pada harga KOS dan tidak perlu lagi beli ikut harga kontrek dan  memberi untung kepada pemilik IPP. Penjimatan kos itu boleh disalurkan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam bentuk pengurangan tarif letrik.

Jadi kita boleh bertanya pula - Untuk apa 1MDB beli ? Untuk menyusahkan rakyat ? Supaya rakyat terus bayar letrik pada harga sekarang ?

Bila 1MDB beli dengan cara hutang 100%, menjadi kewajipan kontrek dilanjutkan ! Kalau tidak bagaimana nak bayar hutang ? Elok2 kontrek nak tamat pada tahun 2016, disebabkan 1MDB beli, kontrek terpaksa dilanjutkan lagi 10 tahun ....... dan TNB terpaksa beli pada harga kontrek supaya untung IPP itu dapat digunakan buat bayar bank dan kesannya kepada rakyat ?

Bukankah berbillion kali lebih baik jika dibiarkan kontrek tamat lagi 3 tahun dan TNB boleh beli dengan harga murah dan jana sendiri letrik pada harga kos seterusnya rakyat mendapat manafaat dengan penurunan tarif ?

Sekarang apa dah jadi ? 

Hutang tercungap 1MDB nak bayar dan kemungkinan besar IPP pun terpaksa dijual sebab nak bayar hutang..... dan rakyat terpaksa terus bayar api mengikut harga kontrek untuk paling kurang 10 tahun lagi. 

Adakah itu cara kerajaan Najib mendahulukan rakyat ?

Tolonglah jelaskan perkara ini wahai Najib - KENAPA TERGEDIK2 SANGAT NAK BELI IPP TU ? 3 TAHUN JER LAGI .....

                         ********************

Di bawah saya copy artikel menarik dari reuters bertarikh 30/1/2014


By comparison, a Reuters examination of 1MDB's energy assets showed three out of its five power plants in Malaysia are about two years from the end of their more than 20-year power purchasing agreements with state utility firm Tenaga Nasional .

One power plant in Bangladesh will see its 15-year concession expire this year while two other power plants in the South Asian country are more than halfway through their power purchasing agreements due to end around 2023.

In Egypt, all three of 1MDB's power plants are also more than halfway through their more than 20-year concessions. In Pakistan, 1MDB's sole power plant finishes its concession in 2029. There is no available data for its power plants in Sri Lanka and the United Arab Emirates.


Benarkah hanya 2 saja IPP milik 1MDB sudah hampir tamat tempoh kontrek ?

Share this article :

+ comments + 51 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 10:52 PM

Inilah yang berlaku apabila tukang kayu diberikan berlian untuk diukir.... guna aset kerajaan .... buat duit tak tau pi mana.... aset kerajaan buat duit untuk rakyat lartt

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 11:17 PM

Tadi news jam 8 di TV3 Ah Jib Gor punya bangga melihat sokongan di Sarawak dengan cara penipuan favorite nya melalui placard dan cogan kata 'Dayak sokong Najib' . His spin doctors and consultant should have change it to 'Dayak sokong Bugis' since he is so proud of his darah bugis! Schmuck!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 11:27 PM

Tak habis habis bodoh punya najib beli ipp ygw akan luput dgn harga berbilion dan siapa yg punya? Cina kapiaq juga yg ditolong. Maknanya mgkin atas kertas shj bilion tp sebenarnya dibeli pada harga sejuta dua shj ttpi duit lebihan seribu juta lg dibawa ke akaun swiss jd milik.....paham paham shj lah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 11:31 PM

Bila buat kerja-kerja BODOH, tentu ada sebab-sebabnya. Tapi BODOH (low IQ) bukanlah salah satu sebebnya. Perkara ini orang kampong pun dah lama tahu.

....................
Reply To This Comment ...................
June 16, 2015 at 11:39 PM

Jgn lupa family siapa ada share dlm Genting Bhd. Tak salah kan beli mahal ipp milik Genting. ..Genting untung besar tentunya shareholder pun masyukkkk. ...Ini semua duit punya pasal jaa. .Cara senang nak menyamun duit negara. ..Ko beli tanah yg company kita punya tu mahal mahal. ..Tu untung kita berbagii. ...Hahaharammm jadah punya pemimpin. ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 12:02 AM

Kalau baca pasal nilai tanah tu lg nak tegelak. Dr M kata dia beli 320 juta, dia kata dia beli 200 lebih juta je sbenanye. Bodoh ke apa? Ada ke dia cita dia beli lagi murah? Nampak sngt duit kena tibai

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 12:10 AM

Ini lah cara mereka cari kekayaan dalam politik? ha ha ha

Investigate la motif pembeli beli dgn harga mahal dan investigate penjual menjual dgn harga mahal...common sense memang kata mereka dah sepakat...dah tau rakyat yg akan tanggung beres kemudian nanti, jadi tak ada apa apa ke sejuta dua juta atau seratus atau dua ratus juta masuk... sebagai komisyen ke apa apa ka.

Taktik ampuh siphon duit rakyat? wallahualam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 1:00 AM

Sebenarnya yg aku lihat...almost harga keperluan asas di negara ini boleh diperolehi dengan harga yang rendah..tetapi dgn dasar2 ekonomi dan kadar matawang mengikut pusaran kapitalis dunia....harga barangan setiap tahun akan semakin meningkat...kerajaan tambah lagi dengan pelbagai cukai sedangkan ketirisan seperti syarikat MANGKUKDB ini menyebabkan mrk sudah plan awal2 utk kenakan gst....mrk dah tahu MANGKUKDB ini akan ketandusan duit tapi duit itu masuk keluar ke mana pun tak tahu....TAPI AKU PERCAYA...ALLAH MAHA MELIHAT....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 1:32 AM

prinsip hidup ah-jib gor penyamun bugis lembik .....

"satu untuk kau, sebilion untuk aku"

LOL

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 2:20 AM

1mbodo memang berniat jahat dari awal lagi. Nampak peluang untuk lesapkan RM billion2 masuk poket masing2. Sebab tu semya ni berlaku. 1mbodo mesti disiasat sedalam mungkin.

Mereka fikir mereka cerdik..kalau cerdik pun tak guna jika nafsu syaitan menganiaya rakyat!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 6:30 AM

Bingai jgk org 1mdb bagi statement. Yg dimarahkan org ramai kenapa kerajaan jual dgn harga murah pd 1mdb. Lps tu nk jual mahal gila pada TH. Dah la beli murah, sampai sekarang takde hasil utk rakyat. Asyik bayar faedah kat bank je. Faedah tu pun boleh tampung bayar kos pembangunan tanah tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 6:34 AM

Modus operandi biasa bagi ahli politik. Jual murah pada pihak kedua,pihak kedua jual mahal pada pihak ketiga yg pada dasarnya harga pasaran. Susah nak detect atau dakwa MO mcm ni. Cina DAP kat pulau pinang pun sama guna MO ni,yg jadi mangsa tanah org melayu. Yg peliknya lagi sekarang org melayu yg buat kerja haram ni

....................
Reply To This Comment ...................
Don
June 17, 2015 at 7:31 AM

1. Recall that 1MDB injected USD 1 billion into the JV co. where it has a 40% stake . Out of that amount, suddenly USD700 mio was given out to petrosaudi for some funny deal.

POINT 1 : Petrosaudi got USD700mio & free to do whatever it wants with the cash.

POINT 2 : 1MDB meanwhile got a 40% stake in a company with useless assets (generating returns ada ke?) .

POINT 3 : No share of returns were recorded from that jv to 1MDB as its equity share was then converted into a loan. (Further loans were given out. And after one year, the jv was terminated).

Apa yang 1MDB dapat from the jv after the jv was terminated after one year ?

POINT 4 : Remember that USD1.83 was given to the jv co. & petrosaudi. They can invest and make money (from 2009 to 2015).

But apa yang 1MDB dapat? I.O.U paper?

Suddenly 1MDB's 40% in the jv was sold. In return, 1MDB got shares in another useless company.

POINT 5 : Remember that USD1.83 bio was with jv co. & petrosaudi. If jv co. invested and made money, suddenly 1MDB has NO share in it as its equity (later loan) in jv co was swapped into shares in another useless company after the jv got terminated.

So apa yang 1MDB dapat?

Then the shares into the useless company were then swapped into "units" of a cayman fund.

But hey, it didn't end there.

Almost half of the units were then redeemed to pay off an option to Aabar which 1MDB stupidly created in the first place and then wanting to terminate.

Apa yang 1MDB dapat from its jv with jv co. then ?

Remember that USD1.83 bio was given out in 2009/2010 to jv co and petrosaudi for them to invest and make money. And 1MDB has no share in that.

Even the USD488 mio profit purportedly made from the jv has NOTHING to do with the initial capital injected, but merely paper shuffling (of shares in companies ), and later converted into units of unknown value in the cayman fund.

Petrosaudi and jv co must have made a lot of money from 2009 to 2015 from the initial capital and loans given out by 1MDB, but apa yang 1MDB dapat?

"Units" with questionable value?

If that is not utter stupidity by 1MDB, then please tell me what is it?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 7:58 AM

Ini semua kerja penyamun duit rakyat la. Pembelian IPP ini hanyalah bagi mencari jalan melesapkan wang rakyat. Sebab itu Jho Low boleh berjoli sakan kat luar negara.

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2015 at 8:32 AM

Bro,
Kerana kerakusan kita membelasah 1MDB kita telah kehilangan peluang utk mengambil alih IPP yang sebelum ini kita marah2 kerana perjanjian yang berat sebelah. Inilah masaalahnya kita semua yg suka mencari kesilapan. Dalam urusan bisnes banyak perkara yang diambil kira. Scale adalah satu daripadanya. Dalam satu basket ada yg menguntungkan dan mungkin ada yg rugi. Tujuan asasnya ialah membentuk satu bisnes entiti yang bersekala besar supaya kita dapat meraih keuntngan jangka panjang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 8:35 AM

wassalam . di bulan yg penuh barakah ni kito tak mau lah fitnah memfitnah dan cerca merca. elok lah ajibgo lotak jawatan dari menunggu sampai hujung tahun utk mendapat jawapan pado hal 1MDB ni. Muak dan feedup dah kito dilayangkan dongan sandiwara ajibgo dan pelakon yg lain. Eden mintak lah Muhyiddin atau orang ado toxxr utk membawa undi tak pocayo diparlimen dan ganti dongan orang yg lobih matang. ni tak lari sano sini sampai koSarawak utk mencari sokongan. As TDM said "you cannot buy love and respect" in other words u have to earn it. I don't have anu respect for ajibgo and many of his cabinet guys. the honorable way is to step down.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 8:45 AM

Malaysia banayak duit dan Biar kan si luncau dengan labu labu nya.

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
June 17, 2015 at 9:08 AM

Saya mengesyorkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja dibentuk bagi menyiasat mengenai kemelut 1MDB ini..buatlah sesuatu sebelum segala2nya terlambat. sekian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 9:12 AM

bukan kitorang yang rakus...depa yang rakus nak melahap semua.

keuntungan jangka panjang? dari 2008 hingga sekarang apa yang untungnya? sampai rakyat yang disusahkan semata2 untuk cover balik hutang yang bertimbun tu? itu bukan bisnes skala besar...itu kebodohan skala besar...

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2015 at 9:14 AM

Mohon para pengomen jaga bahasa ya...dilarang mencarut dan menghina. Jangan lari topik ipp ...... topik adalah Kenapa tidak tunggu 3 tahun lagi ? Kalau nak sokong 1mdb, berikan hujah positif akan tindakan itu.

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2015 at 9:17 AM

@Doningat nak tulis mengenai petrosaudi dan 700 juta tu selepas ini. Thx for the points

....................
Reply To This Comment ...................
Malindo
June 17, 2015 at 9:57 AM

Salam Din,saya kurang arif cara pembelian IPP(Independent Power Producer)oleh 1MDB.cuma saya nak cerita dari kaca mata seorang IPP(saya mempunyai 25MW di Province Banten,Indonesia-PT/Syarikat hanya milik saya dan istri yg warga Indonesia)dari 25MW yg kami punya,kami jual ke PT PLN Indonesia/mcm TNB jugalah,harga yg PT PLN byr ke kami IDR1ribu dan 75perak(RM+-0.30sen utk 7 tahun pertama dan di tahun ke8 di bayar IDR800perak/RM25sen/kwh.Kos pembangunan kami adalah USD45juta dan siap kami bina Powerhydro tersebut dlm tempoh 2 tahun.Kontraktor juga adalah syarikat kami.Dalam tempoh 8 tahun kami dah balik modal kos pembangunan Dan tahun ke 9 kami buat untung bertambah ditolak kos mantenance sikit.Maintenance juga kami sendiri.Untuk maklumat PPA(power purchase aggrement dgn PT PLN Indonesia selama 20tahun,lebih kurang sama dgn Malaysia).Nah..kiralah kalau power hydro sedang milik kami dibeli 1MDB(kami tak minat jual)banyak sangat untung kami DAN selama beberapa tahun sebelum tamat PPA juga dah buat untung juga Dan selama beroperasi juga dah untung.Mana ada kami rugi.Saya warga Malaysia yg berdomisili/Despora di Indonesia.Salam dari se erang.Malindi

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2015 at 10:11 AM

Don, its all a scheme by Fatso Low to milk Malaysia thru 1MDB and to make him and his gang(guess who) superduperrich. The crazier the scheme the better, cause no one understands! Only ppl like you and very few can see thru it. In conclusion, the schemers are not at all stupid, but the Company Directors and the senior staff are. How did they manage to sleep since Sept 2009 knowing that a few billions are gone forever. Or are they part of the schemer?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 10:43 AM

salam,
1mdb ni lebih kepada untuk buat untung atas angin. para pembesar kat atas tu tak baca hanya angguk dengan segala kertas kerja yang disogokkan kepada mereka. mereka tidak berfikir dan berbincang pun. apa yang mereka nampak hanyalah wang besar yang akan mereka dapat. manakala para pembuat kertas kerja berfikir mereka bijak dan cerdik tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

betul apa yang bro. tuliskan, bahawa tarif letrik patutnya turun harga 3 tahun lagi kerana tnb tak perlu lagi bayar kepada genting. tapi kebijaksanaan orang 1mdb, maka tarif letrik akan naik harga kerana perjanjian baru. tapi nak buat camna mana, tdm la yang salah dan berbohong, manakala mereka yang sokong ahjibgor tak ada otak untuk berfikir dengan logik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 11:17 AM

Kenapa tak bagi TNB yang amik untung tu? dah ramai staff tnb dikurangkan sebab nak kurangkan kos. aset2 pun dah dikurangkan. kontrak2 utk syarikat tempatan pun dah kurang sebab berkait dgn kos. uniten pun dah x carry nama TNB sebab dah swasta habis. so kat mana untung jangka panjang tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 11:19 AM

Kalau dilihat dari sudut "timing of investment" dengan IPP ini, memang nampak sangat 1MDB membuat transaction ini bukan berdasarkan "business decision", tapi banyak menjurus kepada hal-hal lain (yang tidak boleh diterangkan oleh 1MDB...hehe). Jangan lupa juga bahawa 1MDB juga membeli extra "hutang IPP" RM6 billion.

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2015 at 11:41 AM

Hampir keseluruhan transaksi belian atau pelaburan 1mdb ada tersirat udang sebalik mee, some people get BIG durian runtuh and a couple get a HUGE portion from that.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 11:50 AM

Tahniah kepada 1MDB kerana sudah mula menjawab soalan2 Tun M (dan rakyat). Rakyat Malaysia yg bijak pandai ada banyak lagi soalan2 susulan. Jadi silalah jawab dengan segera. Lagi banyak details yang diberi lagi terang dan nyatalah yang 1MDB adalah pelaburan yg sangat bodoh. Memandangkan orang2 yg manage 1MDB bukan calang2 orang, semua bijak2 masakan mungkin mereka buat perlaburan bodoh.. jadi semakin clear lah yg 1MDB adalah enjin merompak harta negara!

So tahniah 1MDB! Tahniah Najib! Tahniah sebab buat negara hutang RM42b (and counting!). May you choke on the money!!

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2015 at 12:35 PM

Konsessi....kan boleh sambung apa.....Kita kan ke kerajaan? Kerajaan ambil balik aje....dan sambung balik konssessi.... Apa ada susah???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 1:10 PM

Kepada pecacai Najib, sila ulas bagaimanakah kaedahnya 1MDB nak langsaikan hutangnya sebanyak RM 42 bilion yang kini dah meningkat sekurang-kurangnya kepada RM 45 bilion, kos faedah bank pun sekurang-kurangnya RM 2.4 bilion setahun, jika sebulan melibatkan RM 200 juta, kalau sehari lebih kurang RM 6.7 juta, itu baru faedah bank tak termasuk hutang pokok RM 45 bilion itu lagi. Dari mana 1MDB nak cekau duit untuk uruskan hal ini kalau tidak dengan cara menyamun harta negara seperi Tabung Haji, KWAP, KWSP, FELDA, FELCRA dan lain-lain agensi yang ada wang, silap hari bulan wang dalam Perbendaharaan Negara termasuklah Rizab Antarabangsa pun akan disamun untuk bayar hutang dan faedah bank 1MDB ini. Oleh itu, sila jelaskan kaedah 1MDB nak selesaikan paling kurang faedah pun saya tahu bahawa juak-juak Najib ini tak mampu nak jelaskan jika nak buat dengan cara jujur, melainkan mereka beri jawapan bahawa 1MDB akan menyamun harta negara untuk selesaikan hutang.

Tun Dr. Mahathir dah lihat dan tahu jawapannya bahawa Najib tidak mampu untuk menyelesaikan 1MDB dan akan menyebakan lebih banyak kemusnahan kepada negara jika Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia lebih lama lagi. Lihatlah, nak bayar faedah bank pun 1MDB tak mampu, jumlah setahun RM 2.4 bilion, sebulan RM 200 juta, sehari RM 6.7 juta, boleh ke Najib selesaikan ini? Itu baru faedah bank, tak termasuk hutang pokok yang kini sekurang-kurangnya RM 45 bilion. Najib hanya boleh selesaikan hutang 1MDB ini dengan menyamun harta negara dalam FELDA, FELCRA, KWAP, KWSP, Tabung Haji, malahan wang dalam Perbendaharaan Negara serta Rizab Antarabangsa Malaysia, inilah , lubuk wang untuk disonglap oleh Najib bagi membayar hutang 1MDB sedangkan berpuluh bilion ringgit wang yang dipinjam oleh 1MDB tidak mampu dijelaskan oleh Najib ke mana lesapnya wang itu. Sila ambil penyata imbangan 1MDB, kemudian lihat ekuiti dan liabililiti, lihat pada tanah di TRX dan Bandar Malaysia sudahlah, di situ sahaja ada perbezaan berbilion ringgit, ingat bahawa 1MDB beli tanah di TRX dengan harga RM 230 juta sahaja seperti mana penerangan oleh 1MDB sendiri, lepas tu kaji penyata imbangan 1MDB di bahagian tanah di TRX dan Bandar Malaysia sudahlah, di situ sahaja sudah berbilion wang negara lesap tanpa dapat dikesan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 1:45 PM

Agak2. Kalau IPP ni dijual ketika kontrak masih panjang atau kontrak diperbaharui... Harganya lebih murah ker..lebih mahal....moh kita bincang.

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2015 at 1:45 PM

Company Genting mcm ada masalah.Dengar rumour,Putra Mall kat PWTC dah dijual pada Sunway.Wisma Genting pun dah masul list broker properties untuk dijual.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 1:47 PM

aku agak pun macam tu,...hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 1:50 PM

Ramai gak org felda yg untung atas angin bila nak bangunkan bandar Proton... Dan KLIA. Ceritanya...siapa ada harta mesti untung maaaaa..... Pembeluan IPP pun nampak untungnya kpada pemilik...tp cerita belakang... Lepas ni IPP kerajaan pemilik nutlak... Ikut dialah nak bantu turunkan tariff... Kekal atau naik..... So faedahnya dapat kat kerajaan... Dan hasilnya pulang ke rakyat. Sebelum ni IPP ni milik orang kaya..kan..kan..kan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 1:56 PM

Betul kata Esa Adam 8.32am. Sekarang ni kita nampak siapa yg nak menegangkan benang yang basah.

....................
Reply To This Comment ...................
rakab
June 17, 2015 at 1:57 PM

tun mahathir bukan calang-calang orang,...dia faham taktik orang yang ada kuasa nak melenyapkan duit kerajaan.
kalau jumlahnya sedikit mungkin dia akan diamkan saja ....tapi dalam kes 1mdb ini jumlah yang nak disonglap terlalu besar !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 2:02 PM

Yang paling bebal punya kenyataan nak beli IPP tamat cobtract..... So selama urusan jual beli mana TNB nak cekau grid elektrik... Tentu Din marah kalau rumah tak ada elektrik kan...sebab rumah kat hujung kampun atau pekan ada elektrik. Nasib baik kontrak IPP tak tamat serentak... Kalau tamat serentak sepanjang perbincangan jual beli IPP tu TNB guna generator jer....hahahahahahahababa.... Kalakar lah korang ni. Nak jugak kata TUN bijak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 2:41 PM

Memang bebal.. yg tun M marah sbb beli harga terlebih harga. Memang bebal bila konsesi hampir expired dibeli dgn kos 90% dari total harga keseluruhan Ipp yg 1mdb miliki. Memang bebal klu pembelian luar tabii ni tak dpt menurunkan caj elektrik yg dikenakan pada rakyat. Maklumlah 1mdb ni kan MOf yg punye. Konsesi sblm ni buta2 swasta yg pentingkan keuntungan.
atau memang bebal klu najib tunggu 3 tahun sementara expired dan TNB boleh ambil alih dgn pengurusan pada harga kos. Memang bebal kalau pembelian puluhan billion 1mdb masih tak datangkan keuntungan waima kepada rakyat walaupun sekelumit. Memang bebal kalau dahulukan duit rakyat membeli hutang dgn faedahnya dibayar oleh keringat rakyat.
Terbuktilah memang bebal kalau menerima bulat2 kerugian dari pinjaman yg boleh running br1m utk 10 tahun. Teramatlah bebal faedah pinjaman ni boleh cover seluruh konsesi tol malaysia. Bertambah bebal kerana tanah yg dirompak secara sah dan ipp masih perlukan modal utk operasi.
Bebal betul betul...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 2:44 PM

Assl untung kroni je ni... klu betul untung jangka panjang takde lah sda ura2 naik caj penggunaan elektrik.
Inilah rakyat didahulukan..coi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 2:45 PM

"OK, kita ketepikan dulu soal harga belian melebihi harga pasaran untuk artikel ini."

Bukankah tanah yg dijual oleh 1mdb kepada TH itu juga melebihi harga pasaran?

Kenapa 1mdb melakukan 'cut throat bisnes' sesama GLC?

Kenapa najib boleh benarkan sesama GLC melakukan perniagaan tidak sihat antara satu sama lain maksudnya diantara GLC? Kenapa najib mencekik TH sedangkan TH itu adalah amanah rakyat? Adakah kerana TH itu duduk diatas simpanan wang tunai yg besar? Tidak takutkah mereka2 yg menyalahgunakan kuasa membuat keputusan semborono? Tidak takutkah mereka dengan hukum Allah SWT? bukan kah telah tunjukkan berbagai malapetaka dan bencana semasa pentadbiran najib ini? Semuanya terlalu kerap petunjuk nya semasa pentadbiran najib. Adakah rakyat yg tidak bersalah turut sama di heret dalam kancah penyelewengan dan salahguna kuasa najib?

Ini baru isu tanah trx, bagaimana pula dengan kontrak ipp yg hampir luput, berbillion yg hilang tak dapat di kesan? Apa peranan jho low, isu TIA beri penjelasan hampeh, petrosaudi menamatkan kerjasama, kenapa? Adakah unsur2 riba? Siapa yg mendapat laba?

Siapakah pula yg bersekongkol dengan pemimpin yg menyalahguna kuasa dan penyelewengan ini?

Adakah kamu semua bersedia menghadapinya di akhirat kelak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 2:47 PM

Ayuh saudara & saudariku,

Kita teruskan perjuangan rakyat marhaen yg tidak diupah, dibayar ini demi alifbata!

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2015 at 4:13 PM

@Anonymous

TNB walau pun satu syarikat GLC ianya juga beroperasi mencari keuntungan. Ia disenarai di Bursa Malaysia sebagai satu syarikat swasta yang pemegang sahamnya adalah orang ramai.

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2015 at 4:22 PM

@ISAC

IPP tu milik swasta. Bukan boleh ambil balik begitu aja. Kalau ambil percuma akan dikira nationalisation. Ini akan menakutkan pelabur asing menanam model di negara ini. Kerana perjanjian yg berat sebelah dulu di zaman Mahadir ada term2nya yg berat sebelah. IPP ni mengunakan modal yg besar maka sudah tentu mereka mahukan keuntungan yg besar bila kita ambil balik..Ini org putih kata double whammy. Kalau IPP ni jatuh balik ke Swasta maka kita dan anak cucu kita yg akan tanggung sampai mati. Sudah ada ura2 Sembcorp dari Singapore akan membelinya. Ada juga ura2 tok Arab pun berminat. Sekarang terima ajalah balasannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 5:22 PM

Biar najib berutang semahu mahunya .aku mintak negara ni muflis...bankrup. Biar rakyat malaysia makan daun kayu.ini saja balasan untuk manusia yg tak tahu syukur. Ya allah kau timpakan balamu pada umat yg tak syukur ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 7:46 PM

DT,

Jika kita andaikan terjahan TDM ke atas AH JIB GOR satu peperangan..TDM telah memperlihatkan kekuatan tentera yang beliau ada (beberapa isu lain) .
Serangan 1mdb diibaratkan serangan udara untk melumpuhkan kubu pertahanan musuh.
Ternyata serangan TDM mncapai matlamatnya. Serangan TDM telah secara sukarela disertai oleh mereka yang berjuang untuk kebenaran tnpa plu dibayar oleh TDM.
Di pihak AH Jib gor pula, tentera2 upahan yg mempertahankannya sudah tentu gagal sb mereka hnya brgntung kepada upah. Pasukan yg tidak brgelar tntera upahan..Ahjibgor baru sibuk nak bgi seragam...mcmna kamu nak menang..orang dah lama mengebom ni!!!
Jika Ahjibgor fikir dia msih mmpu dan akan terus gagah setelah serangan udara ini tamat,pasukan (hujah/isu) lain belum lagi dimulakan.
Lbh baik berundur sebelum tersungkur dalam serangan seterusnya.
Adakah Ahjibgor telah lupa bgmana cara DTM setelah 22 tahun dibawah tadbiran beliau?... Ternyata Ahjib gor memang bodoh n bangang.
TK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2015 at 7:48 AM

So? 1MDIBI pula siapa pemegang sahamnya? Org ramai? Klu camtu...memang sepatutnya rakyat tahu semua dari awal kan? Tp apa yg berlaku? Semuanya tidak pun melalui kabinet...wth

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2015 at 7:53 AM

Tahu pun..so apsal tak tunggu 3tahun lg? Ni siap inherit 6billion debt..nampak tak bodohnya tu..

Klu kerajaan pandai dan benar2 rakyat didahulukan...nationalisation tetap diutamakan. Takde istilah menakutkan pelabur asing jika kerajaan bijak..takde hutang..rakyat selesa.

Ni hutang 1mdb pun terang2 dah takutkan pelabur asing.

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2015 at 9:35 AM

@Anonymous

Kita suka menuduh yg bukan2. Pernah kah yg menuduh ni tengok balance sheet (Penyata Kewangan) syarikat2 yang dikatakan hampir tamat tempoh kontrek tu. Dipenyata akan ada aset dan liability syarikat. Jika net aset value melebihi dari harga belian maka pembelian adalah berpatutan pd harga. Dan ini termasuk liability (hutang2nya). Adakah kita juga telah teliti kontreknya. Adakah termasuk loss of profit jika kerajaan ambil alih. Yang ni kena tanya Tun kerana banyak konsesi yg diberi pada zaman Tun dulu ada klaus ni. Termasuk konsesi air di Selangor yg dipegangang oleh Puncak Niaga. Sekarang berapa peritnya rakyat Selangor mengambil alih konsesi air di Selangor apabila Puncak Niaga mahu ambil kira harga belian balik yg termasuk kos melepas keuntungan sepanjang konsesi.

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2015 at 11:43 AM

Kalau debt tu utk capital expenditure (capex) apa masaalahnya. Ianya akan menjadi aset. Melainkan debt diguna utk pelaburan bukan perniagaan teras. Jangan kita sendiri keliru. Bila sebut hutang (debt) masing2 terpinga-pinga. Kalau debt to finance operating expenses memang tak betul tapi kalau utk capex for expansion or upgrading apa masaalahnya. we must get our fact right first.

....................
Reply To This Comment ...................
June 21, 2015 at 10:35 AM

Sdr Esa,

Capex mmg bukan masalah jika digunakan utk menjana lebih keuntungan selepas ditolak hutang pokok dan bunga. Masalahnya apa perniagaan 1MDB yg memberikan constant income sblm ini? Dr segi manakah keputusan capex dibuat untuk menambah constant income tersebut (jika ada la)? Lagipon expansion or upgrading hanya untuk tangible assets.. yg nyata dan boleh dilihat utk penambah baikan. Bukan sekadar nombor atas kertas semata2.
Pulang buah paku keras... get your facts right first.

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2016 at 8:36 PM

Loss of profit apa ke bendanya, dlm 3 thn lg ipp tu akn tamat lesen.bukanya ipp xtahu tarikh tmt lesen

Post a Comment