........... Justo @ 1MDB - Semua Tuduhan Kerajaan Malaysia Hanya Bersandarkan ANDAIAN LOGIK ? ? Malunya .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Justo @ 1MDB - Semua Tuduhan Kerajaan Malaysia Hanya Bersandarkan ANDAIAN LOGIK ? ? Malunya ....

Monday, June 29, 201540comments

Hari ini LEBIH RAMAI orang gomen yang tampil mempertahankan 1MDB semata2 kerana Xavier Justo di tahan ..... aduuuuh ...... seriusli cakap, NI APA NAK JADI DENGAN ORANG GOMEN KITA NI ?  ? 

Menteri JPM Jamil Khir kritik pengamal media sosial yang beliau gelar sebagai keyboard warrior supaya jangan mudah menfitnah 1MDB -

"Hujung jari ni jadi 'keyboard warrior', pakai whatsapp, telegram, instagram, MMS, SMS dan segala macam sekarang.

"Apa lagi kalau cakap benda tidak betul, duduk cakap 1MDB, selepas itu ramai yang ulas dan cerita, bila mana Xavier Andre Justo kena tahan pula, pakat-pakat nak lepas diri pula,"
- Mkini.


Pakat-pakat nak lepas diri pula ..... ?  Dari komen beliau itu jelas Jamil anggap 1MDB itu suci bersih tanpa was-was....

Dalam banyak2 kenyataan, yang ini paling direct membela 1MDB -


"Penangkapan Xavier Andre Justo memberikan impak yang besar kepada 1MDB terutama berkaitan kepada tuduhan-tuduhan yang disiarkan media atas talian.


"Bermakna, 1MDB berada atas landasan yang betul,"- Husni Hanadzlah - TMI.




Apa ni ? Habis semua Menteri tak Menteri sepakat keluar kenyataan sokong 1MDB bersandarkan berita penangkapan Justo ? Baru BERITA PENANGKAPAN ....... belum lagi dibicarakan apatahlagi didapati bersalah !

Kita bukanlah nak menyebelahi Justo dalam kes ini tapi mana BUKTINYA yang menyokong segala kenyataan KERAJAAN MALAYSIA dalam kes Justo ini ? Bukan orang biasa yang komen ok, tapi PM dan Menteri2 yang mewakili Kerajaan Malaysia !!

Kenapa semuanya seperti KONFIDEN GILER walaupun siasatan oleh pihak berkuasa Thailand baru saja bermula ? Kenapa tidak tunggu semuanya selesai dan bukti pun jelas ?

Kemudian pandai pula Husni berkata -


"Apa yang penting di sini kita sebagai ahli Dewan Negara, sesuatu isu itu kita mesti lihat secara fakta dan bukan fakta ad hoc atau tuduhan atau teori.

"Semuanya perlukan kepada pembuktian dan pembuktian inilah (menyebabkan) kerajaan melantik ketua audit negara bagi membuat siasatan


Apakah dalam kes Justo, kerajaan Malaysia melihat secara FAKTA bukannya TUDUHAN atau TEORI ?


Nah, cuba baca komen dari wakil kerajaan Malaysia yang ini pula yang pastinya akan buat rakan2 segomen terkedu -

Tanggapan bahawa dokumen yang dibocorkan bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Justo, telah diubahsuai dibuat berdasarkan andaian yang logik.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihaknya tidak dapat membuat andaian lain selain ianya telah diubahsuai kerana dokumen perjanjian antara PetroSaudi dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu datang dari Justo sendiri.

"Mudah sahaja... individu yang ditahan ialah Xavier Justo, dan dokumen dilihat bersamanya. Jadi kita tak dapat buat andaian lain selain dia yang membuat pengubahsuaian itu,"


Bagaimanapun katanya ianya masih tertakluk kepada siasatan yang dijalankan pihak berkuasa Thailand, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan pada bila-bila masa membantu mereka dalam membuat siasatan tersebut.

 
Katanya, sudah tentu pihak berkuasa Thailand tidak akan terlebih dahulu membuat spekulasi bahawa dokumen itu telah ditokok tambah kerana ianya masih dalam siasatan dan mereka yang menjalankan siasatan tersebut.


Namun, kata Wan Junaidi, segala hasil kertas siasatan akan hanya dikemukakan di mahkamah demi menjaga kredibiliti siasatan itu sendiri.

"Dan sudah tentu apa yang kami (kerajaan) lakukan dan katakan adalah berdasarkan andaian logik bagaimana sesuatu perkara itu boleh berlaku," katanya
.
- astroawani.


Semuanya berdasarkan ANDAIAN LOGIK ? ? ?

Adeeeeh ...... ini kita bercakap tentang pendirian KERAJAAN MALAYSIA di pentas antarabangsa dan pendirian itu bersandarkan ANDAIAN LOGIK ? ? ?

Penyucian 1MDB dalam kes ini juga atas dasar andaian logik ? ? 

Aduuuuh .... malunya jika perkara ini dilaporkan ke seluruh dunia .....



PS - Ada lagi yang saya nak tulis tapi biarlah rakyat hadam dulu pengakuan gempak di atas  ! 

Oya, Tun Mahathir turut komen dengan senario luarbiasa reaksi kerajaan dalam kes Justo ini dalam artikel terbaru chedet.

Share this article :

+ comments + 40 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 4:49 PM

kah kah kah ... Pecat wan junaidi. Ini sangat memalukan Pahlawan Bugis.

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 5:28 PM

Apesal Wan Junaidi x cakap DS Najib x de masa event Nothing2Hide berdasarkan logik jugak?

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 5:47 PM

Setakat yang aku faham, Justo ini memerasugut majikannya Petrosaudi untuk tambahan bayaran gantirugi pemberhentian kerja, jika tidak dipenuhi dia akan membocorkan beberapa maklumat.

Ertinya dia belum mengedarkan lagi sebarang maklumat atau maklumat palsu !!??

Urusniaga Petrosaudi dengan 1MDB hanyalah 10% dari urusniaga keseluruhan dan apapun outcome siasatan itu, ia tidak dapat membersihkan 90% lagi urusniaga yang dipertikaikan,

Apabila pemimpin dan pihak kerajaan begitu teruja dengan tangkapan tersebut samada mereka ini "bangang" tak faham atau memang cuba memperbodohkan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 6:34 PM

Kepada para pengomen yang mahu melihat komen anda disiarkan, mohon jaga bahasa dan adab !

Kok ya pun nak marah kat Najib atau Tun Mahathir atau saya , perlu ke guna bahasa kasar ? Tengok artikel di atas..... ada saya guna bahasa kasar ? Tapi ramai juga yang marah .... kan, kan, kan ....

....................
Reply To This Comment ...................
C&p from jmd
June 29, 2015 at 7:01 PM

Today, what can 1MDB be proud of? The Prime Minister wanted to create mega projects of his own but had done it using sovereign debts which ultimately could not be repaid. In the end, he had to sell piece by piece the assets 1MDB acquired through loans even before anything has started in order to pay the billions of loans they took.

Most of 1MDB defenders are also clamouring on the narrative that 1MDB critics must submit proof. These people and politicians alike are actually telling the rakyat if we want to criticise 1MDB, we need to show them implicating documents to prove that our questions are valid.

This kind of arrogance will prove to be a curse for Barisan Nasional. Imagine, the rakyat asked questions, but the government is asking us to furnish the proof. Are the documents being kept by the rakyat or by the government/1MDB?

Is the rakyat managing the RM42 billion debt? Is the inability of 1MDB repaying its loans due to over-stretching its debt is caused by the rakyat?

The rakyat asked questions based on the information 1MDB had released. Even this blog questioned the silly decisions and the mismanagement which made them lose money based on their own submission of information.

Yet, the rakyat is asked to show evidence to the government? From which planet did these people come from?

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 7:07 PM

DT,

Kenapa menteri kita punya sampai tahap mcm ni sekali? Malu lar oooiii.....

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 7:08 PM

Din..
Saya dah pesan....marah betul rakyat kat najib ni. Sbb nyata sangat terlalu lemah dan angkuh dgn keturunan. Apa da.....
Tu yg terkeluar bahasa kasar2 tu. Apa pun rakan2 budiman sekelian...jaga lah adab kita,bahasa kita .......sampai penipu tu terjebak dgn sendirinya bersama2 dgn puak2 beliau. Sabar tak lama kantoi la tu....ok ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 7:25 PM

@akazHari bila Perdana Menteri menjadi kaki pembohong,maka menteri2 kali kena ikut ├žover pembohongan dia. Disini rakyat dapat melihat kebodohan atau kepintaran mereka. Jelas sekali Pahlawan Bugis telah memilih kaki ambu atau kaki pak turut yang BODOH!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 7:58 PM

Kenyataan husni sungguh memalukan. Hanya kerana penahanan justo 1mdb d landasan betul ! Apa da.....
Belum ada buah butir brg kes dah betul ?
Pembohongan satu demi satu betul ? Jawapan putar belit d parlimen juga betul ? Sebabnya ? Hanya kerana justo d tahan.
Apa punya minda ni ? Low class ! Tapi apa buleh buat kan....nak pertahan kan bos...biar lah nampak tak cerdik pun janji jawab ? Impaknya ? Anda nampak jadi tukang ampu bodek....tu je la yg layak......kesian sungguh.
Gaji berbelas ribu....tu je yg mampu beliau jawab ? Habis lah next pru......

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 8:01 PM

Apa pun post terbaru chedet mmg TEPAT.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 8:54 PM

Pecat apa ... pahlawan tu yang suruh wan ju tu cakap...
Apapun tahniah dt... anda terbaik dalam mengupas dan menerangkan isu sebenar kpd rakyat.... tanpa anda, ramai yang kabur dlm hal ini... syabas dt!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 9:08 PM

Abang Din

Entah entah Justo ni langsung tak ada dokumen dokumen 1MBD pun !
Sarawak Report pun beriya-iya sahkan dokumen 1MDB yang mereka siar tidak diedit !

Yang menteri menteri kita terlolong-lolong cuba menepis kelalaian 1MDB yang sampai hari ni pun tak ada nak cuba yakinkan rakyat dengan fakta yang tak kelabu asap yang membawa lebih kepada spekulasi antara benar dengan tidak.

Soalan rakyat senang aje..dan memang munasabah pun !

Dunia dah tahu 1MDB gagal bayar faedah pinjaman dari bank bank tempatan sampai kena pinjam duit untuk bayar faedah..ini dah tak betul..korek lobang tampal lobang macam jalanraya kita..bila nak habis tampal ? mana ada orang bagi pinjam berbilion-bilion tanpa ada cagaran..apa yang dicagarkan ni ? nampak macam masa depan kita

OK lah pelaburan belum menghasilkan aliran tunai yang cukup..Apasal melabur kalau tak buat capital budgeting betul betul..siapa yang buat budget ni ? siapa yang lulus..
Kita bercakap pasal anak syarikat milik penuh MOF Inc. maknanya kerajaan lah..

Soalan solan ni semua belum terjawab lagi
Dan apa yang dihidangkan oleh 1MDB kurang menepati soalan yang ditanya

Dealing 1MDB-Petro Saudi International-IMDB Petro Saudi Holding-Brazen Sky-Jho Low-Good Star- dan entah berapa banyak lagi berbelit-belit. Sepatutnya agensi kerajaan tak payah nak masuk campur investment berbelit-belit macam jala kusut ni..selalu nya jal kusut tak ada ikan..tak begitu

Ni macam mana dijelaskan pun, susah nak faham..kita ni akal tak cukup tajam agaknya

CEO 1MDB bertukar ganti berkali kali. Apasal ni ?
Juruaudit pun bertukar ganti jugak berkali-kali. Ini pun dah cukup musykil

Dah la 1MDB. Rakyat dah penat dah dengan wayang ni..

Kita tahu kerosakan dah berlaku. Kita nak repair cepat cepat







....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 9:35 PM

Hmmmm saya ada terfikir juga yg ia datang dari Najib. Mungkin dah tersedar mereka terlajak perahu bugis, tu yg senyap2 keluar ayat Andaian tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 10:00 PM

Bro Din,

Watch out. People saying you are tali barut to the conspiracy.

You are being paid to do the damage to Najib.

If this true, its a sad day to the blogger world. I hope its not true.

Now Tun M dont want to focus on Justo. Wow.

Cheers

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 10:00 PM

Din,
Ibarat ayam betelur sebiji, riuh sekampung. Tak perlu tunggu telur tu elok atau busuk janji ada telur.
Yang tak pernah cakap pun bercakap, menteri TH pun tumpang sekaki sebab masa TH beli tanah 1MDB dia tak boleh buka mulut. Mula mula berita tu keluar depa kata fitnah juga.

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 10:02 PM

Tak payah repair......buang je semua yg terlibat. Bekukan semua transaksi dan siasat ke lubang cacing. SUSAH KE ? Menipu tak susah...nak selesaikan kenapa liat sangat ? Apa pun jgn lupa soalan asas...d awal kes ni dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 11:09 PM

@Anonymoushow i wish im being paid, tak payahlah susah payah kerja nak cari duit belanja Raya ! Biasalah kalau digambarkan sebagai satu konspirasi maknanya ada team yang well organised and it only means BIG BUDGET for them hehehe...

if only they know .....

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 11:20 PM

Haha....joke betul din ! Mcm2 ada !

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2015 at 11:25 PM

Lucu sungguh bila kita lihat menteri dan timbalan2 menteri Najib ni memberi statement2 for press release ibarat segala yg mereka katakan mengikut skrip tanpa edit.:
1) Menteri JPM Jamil Khir menyatakan bahwa ramai keyboard warrior yg buat fitnah tetapi pernah tak dia terfikir punca timbulnya fitnah kerana banyak soalan2 yg berkaitan 1mdb tak terjawab dan putar belit.
2)Timb. Menteri kewangan Husni bercakap ttg fakta dan adhoc fakta tetapi dlm sesi dewan rakyat kelmarin dia gagal menjelaskan fakta antara asset dan unit.
3)Timb. Menteri KDN bercakap ttg andaian yg logik yg bermakna kes penangkapan ini masih samar.

Kesimpulan nya skrg sejak berita penangkapan ini disiarkan dlm media perdana maka sibuklah para tentera najib mengeluarkan statement2 utk menyokong najib tanpa membuat penilaian yg mana kes ini masih dlm siasatan dgn statement2 yg tak logik dan tak masok akal ini maka ianya menjadi bahan ketawa bukan saja oleh rakyat Malaysia malahan pemimpin2 dunia yg lain dan tak secara langsung ia menunjukkan kelemahan dlm kabinet Najib dan memalukan menteri2 yg lain yg saya rasa ada yg tak sehaluan dgn Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 11:31 PM

@dinturtleBro Din nanmpak sangat The Reading man ni hired Cypertrooper Pro Ah Jib Gor. Kerja dia is to give alternative opinion walau pun statement menteri2 Pro Ah Jib Gor ta masuk AKAL.
Si Azeez Putra even sanggup BERBOHONG yg TH tak terlibat dalam twitter dia initially.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 12:35 AM

Aku x kiralah...1mdb ke...1mangkuk ke...yg aku nak la ni bro din....gst kasi hapus...petrol kasi turun harga...barang2 kat kedai smuanya mahal....hidup makin tertekan...anak ada 6...duduk kat bandar....seksanya....nak blk ganu kg wife lagi raya nnt nak pakai duit jugak...bila nsk setel gst ni....stressssss.....

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2015 at 12:48 AM

@din....
sebenarnya kemelut 1mdb ni semua dah terjawab ! Tinggal lagi jawapan nya secara semulajadi.
setelah berbulan isu ni hangat apa reaksi semua pihak ?

1. Kenyataan bohong d parlimen.
2. Putar belit perjalanan duit cash yg dah d lihat menjadi unit.
3.ketiadaan tunai d bank spore
4.ketakutan berhadapan dgn kebenaran d forum n2hide.
5.kenyataan skrip kurang cerdik menteri.
6.jlow tidak d siasat
7. Pembelian apartment berjuta ringgit meragukan juga tidak d siasat.
8.bertanya menjadi kesalahan
9.penerangan hanya kpd puak tertentu secara tertutup.
10.rakyat menanti pru 14 utk memberi bukti kerajaan skrg tidak lagi d perlukan.
11.pihak berkuasa seolah2 berdiam diri tanpa cuba bertindak walau laporan telah d buat.
12.kenapa umno d heret sama ?
13 pembangkang sepi membisu supaya melayu terus bertelagah.
14.rakyat makin tertekan hasil sumbangan gst dan kenaikkan harga brg.
15.d mana suara majlis raja2 yg menjadi payung rakyat ?
16.dan....banyak lagi utk d senaraikan......sbb lamaaa dah isu ni !

SOALAN NYA... sampai bila rakyat harus d perbodoh dan d dipinggirkan dari isu ini ?mengapa tiada usaha d buat utk memberi penerangan secara khusus biar berjuta rakyat ini buleh lena sebantal dgn isteri dan keluarga masing tanpa tekanan ekonomi yg kian hebat ? MENGAPA ? Cerita lah pada rakyat....biar pun pahit benar tetap benar.
BANGSA MELAYU BANGSA BERDAULAT.
BANGUNLAH DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA TERCINTA.
BERSATU LAH......
Dan yg paling penting...ini bukan andaian logik !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 1:45 AM

@dinturtle
Suka ati ko la din. Ko punya blog kan kan kan...whatever la. I dont mind u delete ka u jeruk ka u nak ban ka..memang najib tu dah macam taik..menteri pun macam taik..tak payah nak sopan2..sori la din. Komen ni pun kalau ko nak delete la suka ati ko la. Tak buat saya gila pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 1:57 AM

Jwpn2 org gomen nmpknya tak meyakinkan lgsg, tak boleh digunapakai dan sekadar jwb sipi2, padahal persoalan utama tidak dijawab dengan jelas dgn bukti2 yg kukuh. Dengan isu yg meruncing sebegini sepatutnya jwpn yg telus dan mantap Dah lama diberikan kpd rakyat terutama yang pro kerajaan Dan golongan atas pagar (pembgkg lain cerita, sebab diorg ttp bgkg apa saja). Skrg kebanyakan yg masih menyokong kerajaan tak dpt menerima jwpn tangkap muat mcm tu dan masing2 mengambil keputusan utk tidak lagi memberi undi kpd BN . Isu 1mdb ni menguatkan penolakan thdp BN slps GST. BN mgkn kalah sbb faktor "penolakan" thdp BN itu sendiri, bukan sbb "penarikan" kpd pembgkg. Pembangkg tidak menarik tetapi rakyat melihat perlakuan pemerintah lebih teruk. Mgkn faktor kejatuhan kerajaan Melayu ini akan tercatat sebagai sejarah pahit bgsa Melayu Dan akan dikenang sampai beratus tahun akan datang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 2:20 AM

Tunggu bukti dulu. Jangan nak speculate.

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2015 at 3:34 AM

@Anonymousya, saya setuju ! Harap pihak kerajaan dan 1MDB baca.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 3:41 AM

Bukti apa? 1mbidi pun tak beri bukti kukuh pun ketika menjawab. 1mbidi pun tak 100% jujur dalam memberi penerangan. 1mbidi tak 100% telus pun untuk meyakinkan rakyat...yang ada cuma 100% spin sini sana...so? Tunggu audit? Hehe

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2015 at 5:20 AM

Tak payah tunggu audit. Dah bersepah bukti....cuma tindakan je takde ! Agaknya jawapan sipi2 je la yg mampu. Abis ? Semua fakta2 mengelirukan...apa tujuan kalau bukan niat nak menipu. Alasan mcm2 boleh...
Nak FAKTA mcm mana lagi kalau asyik hilang fokus....atau atas sbb penasihat ? Kalau begitu jahanam la negara !
Peliknya kenapa bacul sangat ? Jawap dgn FAKTA biar semua tergolek !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 8:25 AM

To Najib, zahid, hishamuddin, nazri, shahrir, anuar musa, salleh keruak, rahman dahlan, wan junaidi, ahmad husni, ahmad maslan, sabery cheek, rais yatim, hayatilah tulisan di bawah ini,


EXPLAINING AWAY THE TRUTH

It is no good at all to conjure all sorts of reasons to explain away truth:

One could subscribe to truth
only when one has self-respect in the first place;

When a man tells untruths, he has no respect for himself and little would he do better for others except for his own gain;

And when a man tells lies, he has a tendency to forget:

With one lie after the other,
eventually he would be caught
in his own tangled web:

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
June 30, 2015 at 8:57 AM

@Anonymous Kalau tak silap saya, Azeez ni jugak terlibat dalam PAC kan? Kalau benar, maka akan timbul lagi satu persoalan penting....
Laporan PAC tu nanti boleh dipercayai ke? Atau telah di olah untuk menyedapkan hati rakyat dan TDM?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 12:18 PM

selagi Najib yang berada di atas, selagi itulah persoalan Imdb tak akan selesai.
Tengoklah tak cayer!
Jatuhkan najib, bicarakan dia, baru 1mdb boleh diperbaikpulih.
Nak jatuhkan manusia tu macamana? itu yang kena fikir.
Pemilihan dah tunda, PRU 14 ada jaminan ke orang Pekan tak bagi undi?
tentera umno yg kocek sentiasa "dijaga" bersepah diluar sana menurut saja cash is king.
pengundi pulak kalau dah dpt beras skampit, kain plikat sehelai trus ckp "I lov PM"
bukti? Brim terbaru. Brape banyak mulut disuap dan trus berkata najib is greet.
Nampaknya kita akan terus terus hingga ke satu takdir Allah.
Gst akan berterusan semakin naik, minyak dunia tak naik tp minyak mesia tetap naik.
atau...kita ditakdirkan berada di bawah kerajaan Dap (Nauzubillah) barulah tamat era Najib dan baru akan ada peluang untuk baikpulih 1mdb.Itupun kalau mesia tak "terjual".

Tak dapat sy bayangkan keadaan semasa itu. Musnahnya sebuah Negara kerana seorang pahlawan bugis bernama NAJIB!
Talkinuntukmu umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 12:43 PM

Saya ada kawan... Penyokong kuat U/B nie.... Bila kita kata supaya Jib turun dari tahta.. Dia jawabkan... Biarlah... Bagi peluang di 'manage' kerajaan... Kalau tak puas hati tunggu masa mengundi... Gunakan kuasa mengundi tu....

Tapi... Pada saya lah... Kenapa saya perlu menunggu melihat Malaysia sedang dirosakkan... Saya tak boleh tunggu... Saya mahu perubahan itu berlaku sekarang....

Apa yg saya mahu.... Kos sara hidup yg rendah... Gaji yg baik... Minyak yg murah... Yang lain saya tak nak ambil tahu.... Kerajaan yg boleh bagi apabyg saya nak akan ramai sokong... Percayalah.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 3:21 PM

@AnonymousBerdasarkan Andaian Logik, makian anda kali ini kami lepaskan untuk siaran .... Tapi ingat... jgn mintak lagi tau..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 4:22 PM

damage is already done. hutang mmg sahih. biz module yg xmenguntunngan. we are doomed.lie up to lie.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 4:26 PM

maaf ckp la..bercakap bo'ong ni bkn ke salah satu tanda2 munafik..semua pak menteri ni buat2 tak sedo diri ke..kalu menteri agama pon menyokong pm yg pembo'ong ,tidak amanah apa jadik ngan Malaysia nanti..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 4:48 PM

utk anon 12.43, apa kehendak awak tercapai nanti, dgn majoriti rakyat tnggu masa utk jatuhkan kjaan yg ada. Najib n the gang pun memang bekerja ikut arahan, arahan supaya pimpinan mereka gagal, dan nanti akan lahirlah msia dgn new society, ini bukannya perlawanan antara pembangkan dn kjaan tetapi masing2 bekerja sbg satu pasukan dgn methode yg berlawanan tapi mereka semua berketuakan satu.Plan pun satu, sbb tu kita tgok rakyat jd bingung, org kjaan tp buat kerja mcm nak melemahkan kjaan yg dia perintah, pembangkang memberi isu utk dihadam oleh rakyat, kjaan buat kerja membuktikan apa yg pmbangkang kata, sbb itu kita semua dok berperang dlm minda masing, naik bingong.Msia baru atau new society dibwh new world order akan lahir nanti. Harapan kebahagiaan akan dijanjikan segalanya bersyarat jgn masukkan pertimbangan Islam dlm semua perkara serta lupakan hak istimewa melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2015 at 5:52 PM

so whats d solution? biarkan macam tu je? arghh

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2015 at 11:02 PM

Jadi selama ini, pembelian tanah oleh 1MDB daripada kerajaan dengan harga terlalu rendah semuanya palsu belaka?Penjualan tanah kepada tabung haji pun palsu? Hutang 42b pun palsu? Pinjam duit Ananda Krishna untuk bayar hutang 1MDB pun palsu? TNB dipaksa beli IPP dari 1MDB pun palsu? Hebat juga Justo ni...Tapi kenapa kita kena bayar GST? Dipalsukan oleh Justo jugak ke?

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
July 1, 2015 at 1:36 AM

1) Justo baru ditangkap belum dibicarakan lagi.

2) Justo ditangkap kerana peras ugut PetroSaudi bukan 1MDB.

3) Orang memeras ugut dibayar pampasan yang BESAR oleh PetroSaudi bukan 1MDB ?

4) Pelik bagaimana masalah hutang 1MDB boleh selesai dengan penangkapan Justo ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2015 at 12:50 PM

Setiap menteri terpaksa mengeluarkan sepotong dua kenyataan mempertahankan bos mereka.Ini bagi memastikan mereka kekal.Pegawai-pegawai PM sedang memerhatikan siapa yang buat 'kerja' atau tidak.Sesiapa yang tidak kelihatan mempertahankan pahlawan Bugis ini bermakna anda adalah musuh 1 Malaysia DiBugiskan (1MDB).Jadi,Jamil Khir pun terpaksa beri kenyataan walaupun dia tidak faham sangat akan hal ini.Andaikata dia faham benar masalah ini,maka tepuk dada tanya selera.Kepada siapa kamu beriman.......Allah S.W.T atau bos kamu?

Post a Comment