........... Chedet #1748 - 1MDB Why So Stupid ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Chedet #1748 - 1MDB Why So Stupid ?

Friday, June 12, 201527comments




Tak ramai yang terfikir untuk mencerita kembali dari awal satu2 isu itu selepas beberapa minggu menjadi perhatian. Ramai beranggapan termasuk saya, semua yang baca sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Tidak terfikir untuk kita berhenti sejenak dan recap kembali perjalanan isu dari awal kerana mungkin ramai pembaca yang minatnya baru bercambah untuk mengikuti isu sama.

Bab ini saya tabik Tun Mahathir ! Tun boleh memikirkan perkara itu dan sanggup meluangkan masa untuk mengulang semula secara ringkas apa yang berlaku dalam isu 1MDB, sepertimana artikel chedet yang terbaru # 1748 ( saya copypaste sepenuhnya di bawah ) dengan penumpuan kepada persoalan Apa Yang Menjadi Salahnya 1MDB ini.

Bagus kerana dengan cara ini, pembaca tidak mudah lari tumpuan dari point2 utama kerana terikut spin yang dilakukan oleh pro Najib yang suka mengalih tumpuan rakyat dari isu sebenar. 

Artikel ini bukan terjemahannya, tapi banyak komen saya yang bersandarkan apa yang ditulis chedet.

1 - Terengganu Investment Authority ( TIA )

Cubaan TIA / 1MDB melalui Jho Low ( Najib ) untuk mencagarkan hasil minyak Terengganu. Pro Najib cuba bermain dengan ayat2 bagi mempertikaikan maksud Cagarkan Minyak Terengganu itu tapi pemahaman kita rakyat biasa, itu lah maksudnya walau dipusing ikut mana pun.

Memanglah tidak berlaku......  sebab cubaan itu tidak dipersetujui oleh Sultan dan MB Mat Said ketika itu.




Dari situ barulah Jho Low menasihati Najib untuk menjadikan kerajaan sebagai penjamin hutang bernilai billion2 ! Baca baris itu pun dah menyirap ! Orang yang beri nasihat tu memanglah sial, yang boleh IKUT NASIHAT Jho Low tu pula kita nak panggil apa ?

Apa yang ada dalam kepala otak diorang ni ketika itu ?

Kalau niat itu betul dan ikhlas, kenapa perancangan 1MDB dari peringkat awal lagi dibuat secara senyap2 dan dengan sengaja dilaksanakan di LUAR PENGETAHUAN kabinet ?

Cuba Najib jawab soalan itu kerana ia tidak akan di cover oleh Delloitte atau Ketua Audit maupun PAC. Sebab ia berkaitan NIAT yang kita terjemah melalui tindakan.

Ia bukan sesuatu yang tidak sengaja tapi memang di RANCANG dengan begitu teliti ! 1MDB berhutang berbillion2 secara off-budget dengan jaminan kerajaan tanpa sebarang kertas kerja dan pengetahuan kabinet apatahlagi rakyat - KENAPA ?

Ya, banyak projek2 yang melalui kaedah off-bajet tapi tidak pernah berlaku sebelum itu melibatkan projek sebesar 1MDB yang mempertaruhkan dana rakyat sebanyak berbillion2 RM !

Apakah pemimpin2 Umno dan mereka semua yang menyokong Najib dalam isu ini tidak merasa apa2 ? Dah kena mandrem ke apa korang semua ???

Terma Pinjaman Yang Merepek !

Dahlah korang semua boleh setuju dengan tindakan senyap2 itu, korang pun boleh akur dengan perjanjian terma yang samasekali tidak masuk akal yang dipersetujui oleh 1MDB dengan Goldman Sachs. 


Menurut perkiraan Tun, secara kasarnya 1MDB bersetuju bayar bunga setinggi 7% untuk pinjaman RM5 bil tapi hanya menerima RM4.5 bil ! ( mungkin itu contoh yang digunakan oleh Tun sebab saya rasa angkanya lebih tinggi. Malas saya nak cek .... ) Bagaimana pula perjanjian dengan si penjamin iaitu ABUDHABI yang dikatakan meminta deposit lebih RM4 bil dan OPTION untuk beli saham Edra dalam masa 10 tahun.

Option itu pula terpaksa ditebus/dibayar oleh rakyat ( 1MDB la ... sama jer tu ) yang menelan belanja entah berapa juta RM pula.... yang ini harap 1MDB dapat perjelaskan. How much total 1MDB paid to cancell the option held by ABUDHABI ? 

Sebab nak bayar OPTION itu, 1MDB terjerumus lebih dalam dalam soal hutang.

Siapa yang meluluskan perjanjian BODOH itu ? Tandatangan siapa yang ada di atas kertas perjanjian ? Adakah itu termasuk dalam kategori Salahguna Kuasa ? ( 13. Who approved such terrible terms for a loan to a government owned company? We would like to know who. There must be some documents with the signature of the approving authority. If not somebody needs to answer for this stupidity. Or is it abuse of authority. )

Berhutang billion2 dah jadi macam kegilaan mereka dibelakang 1MDB sehingga jumlahnya mencecah RM42 bil !  Ingat bapak diorang punya duit ke yang akan bayar gantirugi kalau kantoi tak bayar ? Serius .... bila difikirkan, memang amat tidak bertanggungjawab mereka yang merencanakan semua itu kerana sewenang2nya menggunakan kuasa yang ada untuk mempertaruhkan dana rakyat dalam satu projek yang kabinet dan rakyat tidak tahu menahu apapun. 

Bila rakyat bertanya, 1MDB dan Najib cuba memujuk dengan mengatakan semuanya OK, 1MDB tidak ada masalah nak bayar hutang tapi HAKIKAT YANG BERLAKU ? 

Kelam kabut cari duit nak bayar hutang hingga terpaksa meminjam dari Ananda semula untuk bayar hutang bank nak beli IPP Ananda ! Ni apa gila punya perancangan projek ntah ?

Kemudian SENYAP2 kerajaan pinjamkan hampir RM1 bil lagi !

Kalau mereka yang pro Najib masih tidak rasa apa2 juga, memang sah anda dah kena MANDREM !

Bank Negara seharusnya tahu akan semua perkara hutang ini kerana sebarang nilai pinjaman RM100, harus mendapat kelulusan BNM. Kelulusan akhir adalah di tangan Menteri Kewangan yang juga secara kebetulan (?) kepala 1MDB yang secara kebetulan (?) juga adalah Perdana Menteri yang juga secara kebetulan (?) bernama Najib. Kebetulankah atau sengaja mengambil kesempatan ? So very convenient ....

15. 1MDB is effectively headed by the Prime Minister who is also the Minister of Finance. When loans of more than 100 million are raised for investment overseas Bank Negara has to approve. But the final approval must come from the Minister responsible. And the Minister responsible is also the effective head of 1MDB.


Pelaburan yang meragukan

Dua pelaburan yang sering diperkatakan milik 1MDB adalah -



IPP

Dibeli dengan harga yang tinggi RM18 bil melebihi pasaran sekali dibeli termasuk hutang lama sebanyak RM6 bil dan IPP pula hampir tamat tempoh kontrak. Kenapa tak tunggu tamat kontrak bila nilainya akan jatuh ke tahap hampir kosong ! ? Kenapa tak sabar sangat ? Kenapa yang tergedik2 juga nak berhutang berbillion2 RM ? 

Kalau rakyat tahu perkara ini SEBELUM urusniaga berjalan, apakah rakyat akan terima ? Ini bukan soal terpaksa beli kereta bernilai puluhan ribu RM sebab terdesak nak hantar anak sekolah. BILLION2 ! Hutang pulak tu.

Kalau terpaksa tunggu lagi 4-5 tahun pun, tunggu jerlah kalau nak sangat beli pun. Dah habis kontrak, belilah dengan harga RM200 jer lepas tu sain kontrak baru dengan TNB ! JIMAT BILLION2 DAN TAK PERLU BAYAR BUNGA JUTA2 SATU HARI.

Why so stupid  ? ( yang ini chedet tanya no 21 )

Ya, soalan ini pun tak perlu tunggu Delloitte atau Ketua Audit atau PAC tanya.

Tanah

Tanah yang asal dirancangkan untuk pembangunan ekonomi Bumiputera di TRX dijual murah kepada 1MDB. Kerajaan rugi besar ! Bumiputera hilang tanah !


Kemudian 1MDB tergamak jual kepada Tabung Haji sekangkang kera dengan harga yang sama dibayarnya untuk keseluruhan tanah TRX. Dengan kata lain, Tabung Haji juga boleh beli keseluruhan tanah TRX dengan harga yang dibayar kepada 1MDB untuk tanah ciput.

Kalau kerajaan boleh jual murah kepada 1MDB, kenapa kerajaan tidak boleh jual sama murah kepada Tabung Haji ?

Sain belum kering lagi 1MDB dah minta bayaran penuh dari TH ...... kenapa TERDESAK sangat nak duit ? 

Kalau dengan kerajaan 1MDB boleh beli murah tapi dengan swasta 1MDB sanggup pula beli mahal ? Dah tanah di Penang dibeli mahal melebihi harga pasaran, tanah itu pula dipenuhi dengan setinggan dan belum dapat persetujuan dari kerajaan negeri untuk dibangunkan. 

Penyokong Najib tak rasa apa2 dah sebab dah kena mandrem .... malah dipuji pula tindakan itu.

Aset

1MDB mendakwa punya aset sebanyak RM52 bil tapi tiada penjelasan terperinci mengenai aset2 itu. 

Najib sering sebut nilai AKAN DATANG selepas aset dibangunkan tapi untuk dibangunkan perlu billion2 lagi. Hutang lagi ..... selepas ditolak kos2 berkaitan, kalaupun boleh dijual dengan harga tinggi, aset2 itu tidak mungkin mencecah RM52 bil.

Akhirnya jika hasil penjualan aset2 itu ditolak hutang2, 1MDB akan tetap kehilangan/kerugian billion2 juga !

Pemilihan ayat kehilangan dan kerugian itu pun mahu dipertikaikan oleh pro Najib. Rakyat tak peduli ayat apa yang digunakan, rakyat cuma nak tahu SIAPA YANG KENA TANGGUNG ? 

Adakah pengarah2 1MDB ? Keluarga Najib yang kayaraya ? Penyokong2 Najib ? 

Tidak! RAKYAT juga yang kena .... jadi RAKYAT berhak tanya.



 The 1MDB STORY

1. From the comments on my blog and the questions I have been asked by people while shopping, it is clear that many do not know much about 1MDB. They know enough that Najib has done something wrong with the RM42 billion borrowed money, but are not clear about what is so wrong that I should call upon him to resign.

2. So I think I need to explain why 1MDB is wrong in stages.

The Terengganu Investment Authority

3. Firstly the attempt to hijack the Terengganu Investment Authority (TIA) money. Petronas pays 5% of its gross earnings to the Terengganu Government. Over the years their royalty has grown quite big.

4. Jho Low persuaded Najib to make the TIA into a sovereign fund for investment like the Kuwait Investment Fund but under Najib’s control. Appointments of staff were made by Najib without Terengganu’s knowledge. Terengganu agreed at first but when Najib decided to raise through bonds RM5 billion using Terengganu oil wells as collateral, the istana and the Government thought it was not right.

5. Terengganu requested that the issuance of the bonds be deferred. Najib went ahead. Terengganu accordingly withdrew as it cannot let its’ oil wells be put at risk.

6. Jho Low then advised Najib that the Federal Government should guarantee the loan. Strictly speaking such a matter should be discussed and approved by Cabinet. There is no evidence that a cabinet paper was prepared and presented for approval despite the amount being unusually big. In fact for a long time Cabinet was not aware of the activities of 1MDB.

7. To avoid scrutiny by officials, the loan was classified as off – budget i.e. outside the annual budget presented to and approved by Parliament. Off – budget spending can be made but usually only limited in amount. RM5 billion have never been borrowed by Government or any of its agencies. It should not be off-budget. It should get Cabinet approval first and then presented to Parliament. None of these procedures were followed.

8. It is not clear whether any Government department or agencies have scrutinised the terms of the loans. But the terms were very unfavourable to 1MDB and the Government.

9. Goldman Sachs which was entrusted with raising the loan was given;
i) Commission of 10%
ii) The interest rate was fixed at 5.9%


10. What this means is that of the RM5 billion borrowed 1MDB would get only RM4.5 billion. Goldman Sachs would get RM500 million as commission, an inordinately large sum.

11. But 1MDB would pay 5.9% interest on the whole of RM5 billion. Since it gets only RM4.5 billion the rate of interest on this amount would be 6.6% plus. Goldman Sachs need not pay interest on the RM500,0000/- it got as commission.

12. Loans taken by Government or guaranteed by Government would normally carry 3% interest or less. But the 1MDB loan cost almost 7% interest i.e, about RM350 million a year or almost RM1 million per day.

13. Who approved such terrible terms for a loan to a government owned company? We would like to know who. There must be some documents with the signature of the approving authority. If not somebody needs to answer for this stupidity. Or is it abuse of authority.

14. But more loans were raised from local as well as foreign banks. In all RM42 billion were borrowed. It is not clear what the terms are. But interest on RM42 billion must come to almost RM3 billion a year. Unless the investment yield fantastic returns, the interest burden would sink 1MDB. In fact as everyone knows Ananda Krishnan had to make available RM2 billion to pay the interest. Is it a loan or a free gift? Later 1MDB had to sell shares or properties for USD1 billion (RM3.7 billion) in order to settle short term loan from a German bank. 

15. 1MDB is effectively headed by the Prime Minister who is also the Minister of Finance. When loans of more than 100 million are raised for investment overseas Bank Negara has to approve. But the final approval must come from the Minister responsible. And the Minister responsible is also the effective head of 1MDB.

Investments

16. The best known investments by 1MDB were in the purchase of power plants and Government land as well as private land.

Power Plants

17. RM18 billion was spent to purchase IPP belonging to Ananda Krishnan, Genting Sanyen Power (now known as Kuala Langat Power Plant) and Jimah Energy.

18. The prices paid for Genting Sanyen and Ananda’s IPP were well above market price. 1MDB also paid RM6 billion for unpaid loans. The Jimah IPP was to put up another power plant. But 1MDB had no money to build this plant 

19. Genting Sanyen and Tanjung Energy (now known as Powertek Energy Sdn Bhd) were nearing expiration of their licenses. Had 1MDB waited until the licenses expired, the price would be next to nothing.

20. Why 1MDB did not wait until the expiry of the license is a mystery. Genting and Ananda clearly made more money than they were entitled to. One estimate is that the high price netted the sellers an extra RM3 billion. Besides they are relieved of the loan of RM6 billion.

21. So not only is the borrowing costly but the high cost of investments will mean low returns. Why is 1MDB so stupid.

22. As stated above 1MDB is unable to get the IPP listed again. Who would want to own overpriced and obviously unprofitable power plant.

Purchase of Land

23. The land along Jalan Tun Razak was actually meant for an agency to build shops etc for Bumiputras. But instead the Government sold the 70 acres to 1MDB for RM320 million i.e. at RM 60/- psf. Land close by had been sold at RM7000 /-psf. 1MDB should pay at least RM3000 to RM4000 /- psf.

24. Government lost a huge amount of money from the sales. The question is why did the Government sell at such a low price. One cannot help thinking it is because the PM ordered the sale. If so it is wrong and it constitutes abuse of authority. The full value should be paid to the Government now.

25. Then 1MDB decides to sell a small part of the land at the price it bought the whole 70 acres of land. Payment was made by Tabung Haji even before the transfer of ownership was completed. Apparently 1MDB needed the money immediately.

26. The directors of 1MDB and Tabung Haji are the same people. They claim that they abstained from voting. But obviously it was not an arms– length deal.

27. If the Government could sell to 1MDB at RM60 /- psf, it should also sell at the same price to TH. But effectively it has used money saved by intending pilgrims to give enormous profit to 1MDB.

28. It is the same with the Sungai Besi airport land. 1MDB acquires it at the ridiculously low price of RM90 /- psf. The value of the land is at least RM2000 /- psf.

29. But 1MDB bought private land in Penang at a much higher price. Yet the land is not at the centre of the city, has more than 1000 squatters and has not obtained the Penang Government approval for development. Seems like 1MDB had overpaid the seller for useless land. Why?

Assets

30. 1MDB claims it has assets worth RM52 billion.

31. So far no explanation has been given as to how these assets are valued. How much is the value of all the power plants. And how much are the prices of land worth?

32. Future values after development may be big but billions of Ringgits must be invested before the property can be sold. After deducting cost, the return cannot be very big. The power plants and the land cannot be worth RM52 billion.

33. Even if this money is used to repay debts, the disappearance of billions of Ringgit must be recovered, or 1MDB should be charged for the loss.

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2015 at 12:27 PM

yg menerima nasihat kita panggil sebagai bodoh stupid fool banggang sialan..maaf...en ding Tanya saya jawab...he he heeee...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2015 at 12:37 PM

Salam,
Kalu ikut org yg dok sokong ahjibgor ni, tdm buat fitnah kerana fakta separa benar, telur separuh masak, maklumat kurang tepat, kurang informasi, ada yang salah. So, dlm memberi fakta 1mdb ni, terdapat la fakta tdm yg separa tepat, separuh masak, maklumat yg hampir tepat' hampir benar. So, sepatutnya penyokong ahjibgor jawab la yg separuh masak, separuh tepat dan sebagainya. Bukan setakat cakap air liur jer dan serang tdm sampai buat fitnah dlm legasi tdm. JAWAB yg ditanya dan jawapannya perlulah berilmiah dan bukan utk org yg sokong ahjibgor yg jawapannya tanpa fakta dan ilmiah.

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2015 at 12:47 PM

Kalau isu 1MDB ni x selesai,memang sah UMNO jadi pembangkang lepas pru-14 melainkan ada terroris pi langgar klcc sblm pru-14. :D

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2015 at 1:12 PM

Din, Arul dah beri details mana duit hutang RM42b pergi. Apa kata sekarang ni blogger2 anti 1MDB pressure Arul untuk beri listing asset RM52b yang Najib suka-suka claim. Kita bolehlah lepas tu tengok lawak bodoh Najib secara total. Dia ingat seluruh rakyat Malaysia sebodoh dia..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2015 at 2:38 PM

Dengar cerita rosmah banyak beli property di london. Jika duit yg digunakan dari wang rakyat, boleh ke kita semua halalkan? Takut esok bila mati takde tanah pun nak kandung. Ingatlah ni semua dunia. Bila langit digulung dan bumi dilipat, segalanya hilang. Pesanan ni untuk diri aku juga......bersyukur dgn apa yg Allah beri, jangan tamak harta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2015 at 3:05 PM

Arul bersubahat dengan Jho Low untuk 'menyelesaikan' kemelut 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2015 at 4:13 PM

Tembak tepat ! Sepatut nya ini yang mesti Tun M serkap dari dulu lagi.

Good DT. Youre on the track again..he..he.. (maghah gerenti cakap omputih)

Aku sudah kategorikan skandal dan black (white - since PM knew about it) money laundring.. akhir kata Tun M itu - get them to pay back ! By book (law) by hook or by crook .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2015 at 4:22 PM

Semakin mempertahankan najib semakin dipandang bodoh nampaknya blogger dan penasihat najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2015 at 6:58 PM

Umno dah ke penghujung hayat..Melainkan mereka sedar dan tukar pemimpin,kurangkan gst,kurangkan harga minyak sikit,pulihkan Rm tutup 1mdb dan cari org yg ber tanggung jwp.Sbg ganti naikan cukai arak,rokok,rd tax kereta atau yg lain2.

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2015 at 7:25 PM

Bro,mmg itu lah yg akan jadi.bila lim kok wing ckp kat tun,they will destroy ur legacy,Gua rasa they mean it literally. Rosmah sanggup buat apa saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2015 at 7:34 PM

Kalau baca Serawak Report lagi la sakit hati, betapa senangnya duit kluar, tgk gmbr2 Jho Lo berparti.....enjoy giler yg merana rakyat Msia...Najib mesti x berani nak saman Serawak Report.......Semoga Allah tunjukan kebenaran di dunia lagi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2015 at 7:37 PM

Rasanya Ni dah kategori jenayah kolar putih tahap tertinggi negara, cukup menjengkelkan kalau benar ada penyalahgunaan kuasa mcm ni. Secanggih mana pun sistem internal control bagai, kalau ketua tak jujur n amanah, hancur jugak.

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2015 at 8:07 PM

@Anonymoushati2 bab menuduh sesiapa kalau tidak disertakan sumber berita dan/atau gossip.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2015 at 8:42 PM

Nampak gaya, makin panjanglah drama tun M vs najib. Kini najib dh mula gunakan media umno utk serang peribadi tun. Tv3, utusan dan blog najib dh mula meningkatkan serangan. Apa sahaja yg berkaitan tun akan diserang. Proton contohnya, walaupun kesan buruknya besar kepada negara. Jika tiada yg mengalah antara mantan pm dan pahlawan bugis, aku agak, ekonomi malaysia akan terus kuncup dan pelabur takut melabur. Tolonglah najib, tolonglah tun M, carilah jalan terbaik agar perbalahan anda berdua tidak mensengsarakan rakyat. Cukuplah rakyat beri rm6 bilion sebulan, jangan seksa rakyat lagi. Andai perbalahan ini hanya melibatkan tun M dan najib sahaja tanpa melibatkan nasib rakyat, lantak pi lah. Tapi kini sebenarnya rakyat yg menjadi mangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2015 at 9:07 PM

Salam...
Saya rasa orang yang pertikaikan soalan2 TDM tu pun bukannya tau apa2 pasal 1MDB..
Kalau mereka tau, sepatutnya awal2 lagi mereka dah jawab/sanggah isu ni sewaktu dimainkan oleh pembangkang...
Sebab tak tau tulah, maka dicaci, dimaki & dicopnya mereka2 yang bertanyakan soalan yang sama sebagai penjilat TDM...
Sebenarnya mereka pun blurrr...

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2015 at 9:52 PM

Jgn diharap menjawab soalan2 ni..
Najib tgh pikir nak korek duit utk buat bandar malaysia sm trx.. kita tgk kat mana dia nak korek. Ini la lifeline dia utk 1mdb dpt untung segera.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2015 at 10:26 PM

Sekarang dah tukar strategi. Bila tdm buat ulasan 1mdb, kata serang ahjibgor. Bila jawab, belasah fitnah tdm dan spin cerita. Soalan berdasarkan fakta separuh masak yang benar tak jawab. Maklumat yang kurang tepat, tak diberikan dan dibiarkan terus tak tepat. Andaian yang separa benar tak dibenarkan keseleruhannya. Jika yakin akan menang kenapa spin fakta bila menjawab. Yg spin dan beri maklumat kurang tepat selalunya ahli politik. Bukan semua rakyat ahli politik dan faham cara ahli politik bertindak. Tapi selagi maklumat tak berilmiah dan mampu memadamkan keraguan, maka akan ada yg terus bertanya. Tdm bukan serang ahjibgor, yg perasan begitu ajer selalu spin termasuk rockybru. Mungkinkah rockybru antara yang berada dlm penulisan dlm blog ahjibgor.com dlm menjawab dan menyerang tdm?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2015 at 11:25 PM

Tak ada kena mengena najib bergaduh dengan Tun ekonomi mengucup. Kan Najib dah cakap prestasi dia baguih . Hari tu dah bentang pencapaian NKRA. Semua naik termasuk hutang pun naik.

Kalau Tun tak persoal pun rakyat dah jadi mangsa. Tanak kerajaan depa beli murah, jual mahai.Lepas tu seduit pun tak bagi balik kat kerajaan. Depa pinjam lagi duit kerajaan. Jangan la Najib ni pembela rakyat. Menyusahkan lagi ada.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2015 at 11:31 PM

Din,

Tadi aku pi tengok blog Najib. Aku dok tengok ramai geng pro Najib dok ambik apa yg ditulis diblog tu.

Orang guna blog hentam dia, dia pun guna blog utk hentam Tun , aku nak post sikit komen tapi cari tempat nak post komen tak jumpa. Kalau la betui tak blh post komen tok sah la nsk berblog. memang tak ada teloq.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 1:02 AM

sy terpanggil untk mengomen dlm blog ni.sy bknnye tidak beri ruang kpd pengomen didlm blog sy,ttp atas nasihat mbr sy yg jg org ptg negara mengatakan atas faktor keselamatan maka sy tdk membenarkan pengomen untuk mengomen di blog sy.tuan2 bknnye tdk tahu kebolehan telor sy yg sekejap hilang sekejap ada.komen didlm pesbook sy pon sy tak bace demi menjaga telor sy.ckupla sekadar likers yg sy dpt untuk menunjukkan betapa rakyat ramai menyukai sy..berkenaan 1mdb yg dibwkkan oleh tun telah sy terangkan bnyk kali yg rakyat dn kabinet ttp sokong sy walaupon ada ckp2 kurg enak dibelakang sy.sy tak mau ckp ape kt dorg.yg sy boleh ckp,klau berani ckp dpnla...
lg 1 klu telor ssy hilang disebabkan oleh pengomen dlm blog sy yg mengomen secara tegar maka masaklah sy...ape sy nk ckp dgn datin sri RM bile die tanya:
telor mana telor..

B/p PM Najib

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
June 13, 2015 at 7:51 AM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Tun M dan Najib boleh didamaikan kalau semua rakyat terima kerugian yg ditanggung 1MDB itu dan membenarkan Najib gunakan duit kerajaan untuk bayar semua hutang 1MDB. Rakyat tak bising, tak banyak soal dan biarkan saja apa yg telah terjadi. Biarkan saja PM dgn para penasihat asingnya itu buat sesuka hati waima biarkan agama Islam dikebelakangkan dan kepentingan Melayu dikesampingkan. Yg penting 'cash is king'. Semua rakyat bermati-matian menambah duit dgn apa cara sekalipun. membujur lalu, melintang patah. Halal. haram tolak belakang. Yg penting rakyat dapat banyak duit. Negara, bangsa dan agama nak lingkup tak kisah. Yg penting biarkan Najib dan konconya terus memimpin negara semahu-mahunya.
Akibatnya nanti, janganlah rakyat bising-bising bila ada GST, nilai ringgit turun, indeks bursa saham merudum, pelabur lari dan infelasi memuncak. Terima saja. Dan semua rakyat berkata: 'Kami sokong Najib apa yg dia nak buat.... Najib besattt!' biarkan...biarkan....biarkannnnn....
Kalau semua rakyat bangun menyokong Najib sebagaimana orang Melayu menentang Malayan Unio dulu, InsyaAllah Tun M akan terdiam.
Boleh ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 10:05 AM

Inilah masalahnya. Tdm dan ahjibgor bukan bergaduh untuk didamaikan. Masih lagi yg tak faham. Kalu nak ikut, kira ahjibgor bergaduh dgn sebahagian kecil rakyatnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 10:43 AM

Hilang akal klu kita buat mcm tu.. harap nnt rombakan kabinet yg nk dibuat najib dibuang dulu menteri kaki jilat dan sebagai presiden umno ,dia harus buang individu yg pegang jawatan PM tu. Langsung sekupang tak membantu rakyat. Cepat sikit ye, nnt tol dah naik lg tu. Lagilah marah level omega rakyat pd PM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 11:29 AM

Tun M pun dah kena tipu....lol
Sabar jer lah Tun...zaman Tun dulu pun mcm2 citer dgr.
Peopla can easily create stories....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2015 at 1:03 PM

terimakaseh pd b/p pm najib..ilanh ckit streesss aku...

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
June 14, 2015 at 9:31 PM

"21....Why is 1MDB so stupid." This should be read as "Why is Najib so stupid ?
----------------

1. Laporan polis sudah dibuat oleh Datuk Khairuddin. Sepatutnya sudah ada siasatan dilakukan oleh pihak polis. Apa sudah jadi ?

2. Selagi Najib tidak letak jawatan maka siasatan yang telus tidak dapat dijalankan kerana beliau adalah antara yang individu yang terlibat.

3. Apa gunanya audit PAC dalam kes 1MDB bila mana laporan polis sudah pun dibuat ?

4. Siapakah Jho Low ? Kenapa penglibatan dia dalam kes 1MDB tidak disiasat langsung ?

(baca dari bawah ke atas....kesimpulannya ada orang bodoh yang sedang memimpin negara ini.....)

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2015 at 10:46 PM

bukan sja tertinggi d negara malah antara yg tertinggi d dunia

Post a Comment