........... Benarkah Unit di BSI Yang DiJadikan Cagaran Pinjaman USD975 Juta ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Benarkah Unit di BSI Yang DiJadikan Cagaran Pinjaman USD975 Juta ?

Tuesday, June 9, 201523comments

Semalam saya sekadar menterjemah saja artikel Matthias Chang, kali ini saya beri komen sedikit. Pertamanya mengenai isu wang Cayman yang bertukar jadi Unit yang dijadikan cagaran untuk pinjaman USD975 Juta dari konsortium Deutsch Bank.

Ramai yang dah bincang perkara ini dengan yang terbaru adalah dari JMD -   IPIC – The RM3.6 billion payment for 1MDB dummies
  .
Saya cuma nak sentuh dari segi TIMING kerana ia bakal menambahkan lagi keserabutan kepala anda !

Rujuk artikel terjemahan itu ( KLiK ) no 14 - 21.

Dikatakan apa yang ada dalam akaun itu dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Ramai yang beranggapan konsortium bank itu bising bila mendapat tahu dalam akaun itu tidak ada wang sebaliknya hanya Unit.

Di pihak 1MDB pula jadi kelam kabut hingga terpaksa minta tolong pihak AbuDhabi untuk sediakan wang membayar balik hutang itu sebelum bank bertindak.

Yang menghairankan saya adalah, semasa meluluskan pinjaman itu, apa yang dilihat oleh pihak bank sehingga mereka yakin ? Kalau dari awal mereka tahu yang ada dalam akaun itu adalah Unit, kenapa nak bising baru2 ni ? 

Takkan 1MDB tunjuk penyata yang palsu ? Itu dah kira kesalahan besar tu !

Saya sebut TIMING sebab pinjaman itu dapat bulan September 2014  tapi berita mengenai pindahan dana USD1.103 dari Cayman ke BSI itu hanya diumumkan oleh 1MDB pada  13 Januari 2015 ( KLiK ). 

"Following a commitment made by the Chairman of the Board of Directors in a statement dated 23 December 2014, 1MDB can confirm that it has now redeemed in full the US$2.318 billion invested by the company in a Cayman Islands registered fund.

Kenyataan Arul yang mengesahkan wang tunai setelah melihat penyatanya bertarikh 7 Februari 2015.

Tapi pinjaman dari konsortium Deutsch Bank itu bulan September ......  ? ? Jadi apa yang dipersembahkan kepada Deutsch Bank sebagai cagaran untuk pinjaman USD975 juta pada bulan September kalau dana itu BELUM lagi ditebus dan didepositkan di BSI Singapura ?

Kan dah tambah pening dibuatnya ....... TUNGGU AUDIT! la .....


Sekarang Unit itu dikatakan akan diserah kepada Abudhabi tapi itu tidak  melepaskan tanggungjawab Najib, Arul dan 1MDB untuk menjelaskan  percanggahan maklumat yang berlaku ( tunai-aset-unit ) dan keperluan mereka untuk menunjukkan bukti tentang dana Cayman itu.

Dan boleh tambah satu lagi soalan yang perlu dijawab - Apa yang dijadikan cagaran untuk pinjaman USD975 juta pada bulan September 2014 ?

Ada something ni ....... kalau tidak kenapa Deutsch bising dan pihak MAS pula komplen pada BNM dan BNM pula dah mula siasat 1MDB...

Satu perkara yang bagus dengan sistem kewangan mana pun negara, semua transaksi ada dokumen. Nak keluar masuk duit, nak transfer masuk keluar, nak tebus pelaburan bagai ... semua ada dokumen yang boleh ditunjukkan sebagai pengesahan.

Contohnya, kalau nak melabur ..... kena ada dokumen yang perlukan tandatangan mereka yang punya kuasa ke atas dana, begitu juga bila nak tebus, sudah dinyatakan siapa yang harus tandatangan. Macam keluar masuk wang dalam akaun kita lah.. bukan boleh sewenang2nya ditebus keluar.

Dan dokumen itu semua ada tarikh.

OKlah, yang itu kita Tunggu Audit! Nanti ada yang marah2 kata takkan nak tunjuk semua resit baucer bla bla bla pulak ....

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2015 at 12:22 AM

bro din tolong siasat sikit apa yg dicagar oleh ajib. apa citer dengan tanah ktm di singapork..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2015 at 12:36 AM

Tujuan audit ialah menyemak,menyelaras,memperbaiki dn memberi jalan serta teguran penambahbaikan. BUKAN mencari kesalahan dn menanbah buruk kan keadaan,sy pun juru audit juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2015 at 1:05 AM

Bn dan Umno nak lingkup dah.Kami rakyat dah bosan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2015 at 2:25 AM

Tunggu punya tunggu punya tunggu...najib...arul...jho low...dll yg terlibat ni mesti relax je....hanya kroni kroni je lah yg merasa habuan demi habuan...memang dah berbelit brader din...cerita ni mmg dah biasa dlm drama hong kong tiap tiap petang dulu kala...cara nak lingkupkan kompani...songlap duit...labur sana labur sini...dlm drama bestlah sbb akhirnya yg jahat masuk dlm or ditimpacelaka...tp zaman la...di malaysia ni....kami sokong najibul ghunnah....!!!!!!$$$$$$

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2015 at 4:24 AM

Need to recall back Abdul Murad Khalid (Asst Gov BNM) case being the fall guy for someone now on holiday at Sungai Buloh?

This time a Bugis-Pariah could well end up with the same fate, don't you think? Not now perhaps in 10 years time?

Beberapa lama nak kelentong rakyat andai takdir Allah, jatuh jugak si Bugis-degil nih....

Aku dah bilang bootlickers-blogger-bugis-bogel semua tak tentu makan tak boleh berak siang malam mencari helah!

....................
Reply To This Comment ...................
June 10, 2015 at 8:29 AM

Banyaknye terima duit.
Dulu ada org bg pinjam 2b..
Lps tu krajaan bg lbh kurang 1b
Skrng arab bg 3b..
Agaknya semua ni free ke ada "bunga"?
Campur sekali yg 42b tu?
Ooh.. sekarang najib dah canang seluruh negara tun M penyebab penipuan ini..
Najib pun satu... ckp nk tunggu audit.. tunggu la audit baru ckp mcm2..
Dari masih hormat tun M kepada darah bugis.lps tu drh pahlawan, masuk pula nothing2hide. Dan skrg ckp tun M menipu..
Sekadar bgth, najib menipu klu rakyat majoriti menyokongnya, skrg dia tngu masa kena tendang dr kerusi empuk PM dlm masa terdekat dan jika tak berlaku juga pru14 jadi penghabisan utk umno juga

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2015 at 8:42 AM

TIPU...juru audit lhdn takde camtu pun. depa siap bagi penalti lagi.

resit 5 tahun lalu depa cari. kalau company besar ok la. mungkin ada sistem filing sendiri. tapi rakyat biasa yang berpindah tugas camne?

dan yang paling lawak..staf2 depa sendiri tak simpan resit sampai 7 tahun.

....................
Reply To This Comment ...................
June 10, 2015 at 9:06 AM

Jangan poning la DT. 1MDB kono baya GST 6% dari 42 b. Wow banyak tu ! Kato Tun M akaun 1MDB ado catat kono baya tax laie... jadi GST pun mesti kono baya !

Kato Otoriti Kastam 10% syarikat dari tigo gatuih ghibu lobih bodafta, laghi cukai - takdo akaun cukai !!! Waaah..kayo bobona lahabau tuu selamo ni yo ? Kit Siang api apo kaba ? Guan Eng lagak bosa bona ? Lupo ko ?

Pas Hadi bilo nak jadi Islam bona ? Tak habih2 kelentong 360 darjah... gabung yo dongan Umno, gerenti jadi montoghi bosa ! Tuan Man plak, ateh Hadi ko atau kek bawah ? Sumo nak tunjuk lagak ! he..he.. melayu siam..

Apo-apo pun, PM Najib kono jago baby (1MDB) dio. Arul Kanda kono makan nasi beghiani selalu, supayo lobih beghani ! Tun M dah cop dio jugo penipu godang... alahaaai...ayam den lapeh.. Tok Rais kono seloka kit...

Tapi... boto lah kato Sir Wenget Khairy - kalut punyo kalut, hak-hak Melayu gak togadai..TRX, Bandar Malaysia, Tanah di P.Pnang, Pulau Indah, gogar gompo 3.0 skala richter.. niiih. Baghu2 ni, donga lak nak gadai IPPs pado San Miguel Filipina. Singapugho pun tongah intai-intai. Camno ni ? Sir Wenger, boli lah !

Itu lah. Ekonomi Melayu itu mesti ado sistem sendighi. Dogae bobona, pikae lah cagho bagaimano. Pakar ghamai. Kok sekadar ceghito, komen, kutuk, komplen apo ko jadah ae !!! Samo yo tahap longkang !

Dalam kalut FGV tokolua senaghai Bursa lak. Yo lah, banjir bosa kek Kelantan, tapi niago totap niago ! Apo plan kontingensi lain supayo IPO totap betahan ? Takdo ? Laaah haiiii...niago apo ? Poie pagi balik potang yo?tak yah pikae lua kotak ? Niago apo tak yah pikae lua kotak ? Oghang pasa malam pun tahu jua aiae ludah !

Laaa... dah lobih 60 tahun. Sampai bilo Umno nak jadi tompek besanda oghang-oghang bosa an poghut ? Abih, den ni makan kayu yo ? Hampeh oghang boto !!!

Nota : kepada yang tidak faham cakap NSembilan, tanya lah kepada DS Rosmah. Tapi, kok dio ingat aka umbi laie... yolah, oghang kata dia macam-macam. Aku tidak campur, dosa besar fitnah orang - betul atau tidak, hanya dia dan orang yang kenal rapat yang tahu.

Orang Melayu bila mabuk cakap oghang putih. Aku bila mengamuk, cakao N.Sembilan. sebab ramai tidak faham.

Tak faham? Itu lah kekalutan yang di timbulkan PM Najib dan Tun M. Dalam masa mereka lempang melempang sekarang ! Lempang betul-betul ke ? Kata nak bagi gegar jer ? Tapi dah jadi lain ni. Kampung kita kali ini betul-betul terbakar ! Hendak duduk mana ini ?

Fikir lah ke hadapan. Bugis ke, mamak ke, semua kategori Melayu Malaysia berdaftar, ber MyKad..

He.he.. aku ni daghah Minang, Melayu Asli Tanah Melayu ! Melampau bona nanti, den tanduk yo nanti !!! Tebughai poghut... den lak jadi PM !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2015 at 11:26 AM

ikut logik la...

arul kekanda ada kata dah bayar tax 0.4 billion. tax hanya dibayar jika ada keuntungan (profit). akan tetapi, 1 mbd tak pernah declare profit pun. pinjam sini sana adalah. kalau rugi, tak apakah yang kena dibayar? jadi tax apakah yang dibayar sebanyak 0.4 billion tu? itu arul kekanda atau ajib kena perincikanlah..

....................
Reply To This Comment ...................
June 10, 2015 at 11:27 AM

1MDB ni dah jadi isu yg mcm x selesai sampai ade org boleh buat game ---> https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=y5LBdW1byr4

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2015 at 3:58 PM

Quote: "...Ada something ni ....... kalau tidak kenapa Deutsch bising dan ..."

Yup...mungkin ada something yg kita tak tahu, tapi ada sorang tu tahu kot. Datuk yusof annuar yaacob (YAY), dari nov 2010 hingga feb 2014 adalah pengerusi corp finance goldman sachs malaysia (GSM). GSM telah mendapat fees/comms etc lebihkurang US$500 million kerana arrange beberapa bon/pinjaman untuk 1MDB masa itu. Selepas feb 2014 beliau berpindah ke deutsch bank (DBS) sebagai country manager. DBS telah bertindak sebagai lead banker dalam konsortium yg memberi pinjaman US$975 million kepada 1MDB pada september 2014. DBS n konsortium itu lah yg kemudiannya buat bising tuntut bayaran awal pinjaman tersebut. YAY mesti tahu apa yg dicagarkan (kalau adalah). PAC kena panggil dan tanya dia juga.

....................
Reply To This Comment ...................
June 10, 2015 at 6:19 PM

@maaepoie pokan, naik basika.... tongah hari, tongah paneh....

....................
Reply To This Comment ...................
June 10, 2015 at 6:20 PM

@Anonymouskecil je dunia 1mdb ni ek

....................
Reply To This Comment ...................
Sir Wenger
June 10, 2015 at 6:33 PM

Terbaik.. apa apa pun hang jgn stress. Soru tak hilang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2015 at 7:20 PM

Nampak tuan blogger betul2 buat research ni.

Tentang deutsche recalling loan early, saya ada bca komen orang yg sokong 1mdb ni. Dia kata ni bank buat early call sebab ramai sangat kat msia bising2. Jdi bank tu panic.
Aduhai. Takkan bank gah mcm tu ambil tindakan berdasarkan kritikan orang awam atau pun yg di lapor oleh blog picisan.
It wd be interesting indeed to see why the bank made the early call dan, saperti tuan tulis, apa lah benda yg di tunjuk utk mendapat loan in the first place.
Kena sabo lah......

....................
Reply To This Comment ...................
June 10, 2015 at 10:43 PM

sapa kata pinjaman (facility = kemudahan) bank kena ada cagaran? credit kad ada cagaran tak? ada yes & ada 'clean'. dalam kes ni, aku agak cagaran jadi syarat pinjaman, tapi cagaran boleh ditunda (deferred), ini bank punya business decision & mungkin janji cash tapi jadi unit. cash & unit tak sama nilai.

....................
Reply To This Comment ...................
June 10, 2015 at 11:30 PM

Kerana 1mdb, jho low, unit dan pinjaman... najib sudah mulakan fasa musnahkan legasi dr M... target pertama adalah proton.. 2 malam berturut2 tv3 kondem kereta proton..
target kedua? Kita tunggu saja lah

....................
Reply To This Comment ...................
June 11, 2015 at 12:11 AM

@Nazri MohdMemang desperate sangatlah najib ..... sampai sanggup mencemar salah satu kebanggaan negara demi survival politik nya !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2015 at 12:35 AM

@dinturtle

Bad strategy.
Saya lihat najib and co really missing the point. I think he's personalising the issue, like it's about mahathir. It is not. People really really want to know.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2015 at 9:31 AM

salam DT, entri matthias chang terbaru memetik bagaimana siasatan BNM dilakukan mengikut seksyen 216 kerana seksyen tersebut memerlukan siasatan diluluskan oleh menteri kewangan.

bagaimana nak siasat orang yang meluluskan siasatan tersebut. betul ke ada kelulusan dari menteri sebelum siasatan di buat? kena minta BNM keluarkan press statement berkaitan isu ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2015 at 10:44 AM

@Nazri Mohd

Legacy? What legacy....tun m just couldn't care less!

....................
Reply To This Comment ...................
June 11, 2015 at 12:47 PM

Ya, youre right... if proton are tun m legacy and najib is tun m legacy too.. and tun m care more to najib because najib is his broken legacy now.
tun m just want try to fix this broken one

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2015 at 10:50 PM

At least Tun ada banyak legasi. Najib cuma ada satu legasi aje-Imelda Rosmah Marcos...

Post a Comment