........... Arul Tak Jelaskan Yang Ini - Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya,” | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Arul Tak Jelaskan Yang Ini - Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya,”

Wednesday, June 10, 201523comments



Arul Kanda sudah mengaku bertanggungjawab atas Flip Flop Menteri Kewangan dalam isu Tunai-Aset-Unit.

Mengakui adanya kekeliruan berkenaan hal dana di Kepulauan Caymen, Arul Kanda berkata dia mengambil tanggungjawab penuh dalam masalah itu.

“Sebagai Presiden, salah faham ini merupakan tanggungjawab saya dan saya akan cuba memastikan adanya komunikasi yang lebih baik dengan pemegang saham.

"Tambahan pula, seperti yang dijelaskan oleh MOF, langkah-langkah yang bersesuaian telah dilaksanakan untuk mengelakkan perkara ini berulang pada masa akan datang," katanya
. - astroawani.


Di bawah pula jawapan Arul di laman 1MDB -

Tun Mahathir stated in his blog that a Parliamentary response submitted by the Ministry of Finance was subsequently amended. This has been previously acknowledged by the Ministry of Finance, and occurred due to confusion around some information provided by 1MDB. As the President of the company, I take full responsibility for this misunderstanding, and will ensure better communication with all stakeholders. Furthermore, as clarified by the MOF, appropriate steps have already been implemented to prevent this happening again in the future.




Hmmmm .... Arul nak sebut kesilapan itu pun malu ! Katanya kesilapan itu berpunca dari salah faham akan maklumat yang diberi oleh 1MDB.

Kenapa saya terasa seperti satu kesukaran di pihak Arul untuk mengakui salah ?  Pertama - Arul tidak sebut langsung tentang kenyataan kepada media 1Malaysia baik media perdana maupun media sosial yang beliau menyebut pada 7 Februari lalu -

“Wang tunai itu ada di dalam akaun kami dan dalam matawang AS. Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya,”

atau dalam omputih sepertimana tertera di laman 1MDB -

"The cash is in our accounts and in US dollars. I can assure you (about that) . . . I have seen the statements,"


Kenapa yang ini tidak Arul perjelaskan ? Tidak semudah itu untuk tarik balik kenyataan dan ubah ikut suka hati. 

Cuba baca balik apa Arul kata di atas, beliau begitu YAKIN dan mahu MENYAKINKAN rakyat 1Malaysia bahawa dalam akaun BSI itu adalah wang tunai kerana SAYA BOLEH YAKINKAN ANDA KERANA SAYA TELAH MELIHAT PENYATANYA.

Mohon Arul jelaskan ayat di atas !

Sebagai seorang career banker yang berjaya ke peringkat antarabangsa hingga ke ABUDHABI dan kemudian bertanggungjawab ke atas harta rakyat Malaysia bernilai berbillion2 ringgit, bagaimana mungkin Arul boleh tersilap lihat dan tersilap baca penyata bank !?

Penyata apa yang Arul lihat itu ? Adakah Arul tersalah lihat penyata ( satu alasan paling bangang ) atau adakah Arul tersalah baca penyata akaun syarikat lain ( juga alasan paling bangang ) atau Arul sememangnya ..... xxxx ( entah, tak reti nak tulis apa )

Dan kenapa Arul mengambil masa 4 bulan untuk membuat pengakuan silap ? Eh, Arul tidak mengaku silap buat kenyataan itu, Arul cuma menjelaskan kesilapan di pihak Najib sebagai  due to confusion around some information provided by 1MDB .

Itu pun satu lagi ayat yang boleh kita pertikaikan ...... confusion / salah faham ?

Samada maklumat yang diberikan oleh 1MDB itu yang SALAH atau pegawai2 Kementerian Kewangan yang bodoh atau Menteri Kewangan yang BLUR atau kesemuanya sekali ?

Salah maklumat - ya, mungkin.....  maksud saya 1MDB yang hantar salah maklumat kemudian pegawai Kementerian Kewangan tanpa sebarang usul periksa terus copy dan guna nama serta tandatangan Menteri kemudian hantar ke Parlimen

Salah faham ? - Tak masuk akal ! Hanya mereka yang buta mata hati dan sanggup telan apasaja yang diberi oleh Najib/1MDB saja yang boleh terima. Rakyat yang berfikiran waras akan berfikir dua kali.

Satu lagi, kenapa KESILAPAN itu tidak diperbetulkan sebaik saja kenyataan bertulis Parlimen itu disiarkan pada bulan Mac ?

Oya juga Kenapa KESILAPAN kenyataan Arul pada bulan Februari tidak diperbetulkan sebaik saja di sebarkan oleh seluruh media 1Malaysia ?

Jadi saya harap Arul dapat menjelaskan perkara ini. Lebih baik kalau Arul dapat tunjukkan kepada kita apakah Penyata yang beliau lihat pada bulan Februari dan penyata yang sebenar yang menunjukkan aset itu adalah Unit yang bernilai USD1.103 bil. You owe that to the rakyat to regain your credibility !


Tak semudah itu untuk mengaburi fikiran rakyat ..... seperti yang saya katakan sebelum ini, ada beberapa peringkat yang perlu dilalui untuk dana itu ditransfer masuk ke akaun BSI dan setiap peringkat memerlukan dokumen serta tandatangan.

Sebagai Presiden, Arul pasti telah meneliti dan  membuat pengesahan ..... jadi amatlah tidak masuk akal untuk Arul nyatakan dengan penuh yakin dan sombong -

“Wang tunai itu ada di dalam akaun kami dan dalam matawang AS. Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya,”

PS - Oya, semua di atas tidak juga menjelaskan kenyataan Najib yang kata peraturan Bank Negara Malaysia menyusahkan  ! Yang ini apa ? Najib sengaja memandai2 tokok tambah ?


 

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2015 at 12:13 AM

ding,

bukan ARU ni habaq “I was initially appointed to conduct a strategic review of the company, and am now leading the implementation of a rationalisation plan for the business, as presented to Cabinet on May 29, 2015,”, maknanya dia dah lama start involve dengan 1MDB even sebelum jadi President/CEO, dah buat strategic review sebelum ni? mak ai! so tak kan boleh conpius antara cash atau asset atau unit? apa punya professional? company apa dia ni kerja dulu, kalau kerja ngan MNC dah lama kena buang, kerja ngan ceti apa sebelum ni? LOL

./mkh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2015 at 12:17 AM

satu lagi ding, [pelik lah polis malaysia, tak yah tengok salah lain2 lagi, kelentong pasal cash jadi asset jadi unit pun dah cukup untuk pihak polis nak siasat dan tangkap mamat ARU ni for CBT. tapi kalau ni pun tak ada siapa amik pot, habis lah malaysia .....

./mkh

....................
Reply To This Comment ...................
June 11, 2015 at 1:16 AM

Najib kata "Sebagai seorang Perdana Menteri, memang tidak wajar untuk debat seperti ini diadakan secara terbuka di khalayak ramai dengan bekas Perdana Menteri, dan dari parti politik yang sama. Ianya tidak membawa sebarang kebaikan kepada Umno dan Barisan Nasional. Saya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, bertanggungjawab untuk menjaga nama baik Kerajaan dan parti." .
Ini bermakna bukan lah isu keselamatan. KPN saja2 buat alasan untuk selamatkan Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2015 at 2:28 AM

Kalau hari ni mengaku 1 dunia kata "saya langsung x tau menahu hal sykt penyonglap ni" dan besok kluar bukti bertulis memo of association yg jelas kata segala keputusan akhir mesti dipersetujui dan diluluskan oleh si penipu...adakah ini bukan penipuan?
Di parlimen bg tau 1 malaysia ada tunai pastu lps dkt 3 bulan kata "oops tersilap...bukan tunai tapi asset pastu jdi unit plak" pun bukan tipu? Tlg jgn kata SILAP pasal ni bukan kes biasa...ni kes profil tinggi dan da lama 1 malaysia nak tau...si penipu nasi kandar pun kluar statement tunai...jgn nak kata staff dia yg wat silap sedangkan dia pee emm dan smua yg nak dibacanye sudah di proof read kan oleh ramai org termasuk dia sendiri. Kalau dia x tau apa yg dia baca maknanya dia BODOH... dan kalau dia seorang BODOH, dia memang TAK LAYAK JADI PEE EM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2015 at 7:46 AM

Arul.kanda bagi statement nampak cash tu sebab motif nak mengaburi rakyat yang banyak bertanya.

Tapi yang lebih penting dari tu ialah nak yakinkan sindiket bank2 german tu supaya bank2 tu tak perasan 1mdb ni menipu masa buat loan dulu.

Nampaknya bank2 german tu tetap tak percaya dengan Arul kanda.

Yang pelik, jemuan najib ni leh telan je sebjik2 apa yang najib kelentong tu.

Pelik tapi benar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2015 at 7:49 AM

mula-mula pee emm cakap dia hire blogger bangang.... lepas ni nak tunggu bila pee emm nak cakap dia hire banker bangang pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2015 at 8:17 AM

arul adalah penipu. dia sememangnya berniat nk menipu. tun m pn ckp dia menipu. dlm dia mahu mengesahkan wang itu ada atau tidak xkan la dia boleh tersilap kertas. xkan la x betul2 pastikan.

dlm dunia sekarang org masih boleh menipu dan act mcm x buat salah walaupn dh terbukti tertangkap depan mata.

org kata sekarang ni dunia dajjal

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2015 at 8:22 AM

Cuba bayangkan kalau menteri kewangan membentangkan bajet tahunan dan fakta diperoleh daripada pegawai-pegawainya. Bayangkan jika berlakunya kesilapan fakta, mungkin boleh menjejaskan pelaburan dari luar, harga saham mungkin boleh jatuh dan boleh berlakunya ketidaktentuan pasaran. Kesilapan fakta tidak patut dimaafkan jika kita mahukan kerajaan telus dan berintegriti dalam aspek pengurusan kewangan negara.

Jika rakyat biasa yang melakukan kesilapan seperti mengemukakan penyata kewangan palsu, pasti akan diambil tindakan. Makanya atas dasar keadilan, menteri kewangan pun patut dikenakan tindakan. Ini kerana, dalam kerajaan, jika berlaku pelanggaran etika pengurusan kewangan, ketua jabatanlah yang akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Dalam konteks kes sebegini, ketua jabatan adalah menteri kewangan sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
June 11, 2015 at 8:25 AM

Tak faham la unit ni apa..
Unit dlm dollar ke dlm rupiah.. tak pun unit rumah atau pangsapuri.. ke unit tin sardin..
Atau beberapa unit kenderaan..
Argh... pening..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2015 at 9:32 AM

Kelentong kelentong jele. Saya penyokong umno sedih kecewa kerana YB YB kabinet umno perasan ada pengundi nak undi mereka pada pru akan datang. Pegi kebawah bust kajian penyokong at as pagar yang undi umno dulu. Tanya 100 orang . 10 je yang tinggal. ITU sabenarnya. Dalam hati sudah kecewa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2015 at 9:40 AM

salam,
antara presiden dan pm sapa yang lebih tinggi pangkatnya? so, ikut cakap saya semua itu salah tdm, kami cakap hanya nak kasi tahu rakyat malaysia yang bodo. yang tdm buat havoc buat apa tah. orang kampung yang sokong bn dah cukup maklumat dengan penjelasan bahawa 1mdb berada dijalan yang betul dan pemangkim ekonomi di masa hadapan. tapi tdm buat kecoh la pulak pasal ramai penyokong bn dengar dan faham cakap tdm. kalu pembangkang, kita buat tak tahu jer pasal mereka memang tak sokong kita. oleh itu 1mdb ini merupakan kesalahan tdm kerana buat havoc. itu pandangan mkt umno kot.

....................
Reply To This Comment ...................
June 11, 2015 at 9:52 AM

Arul ini maseh baru di 1MDB. Harus seret mereka yg jd pengasas pada mula syarikat ini di tubuh dan menjlnkn operasi. Then the rakyat will get a better picture where their money has gone to

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2015 at 10:04 AM

malam tadi din penyu aku baru bersembang dengan ipar aku pasal isu isu terkini melibatkan najib. baru aku faham mengapa tun m beriya iya sangat ingin menjatuhkan najib, dan penyalak penyalak telah digunakan supaya najib akan turun lebih awal. yang menarik nya kata ipar aku satu shake hand telah dibuat tanda persetujuan najib akan meletak jawatan dan segala permasalahan ini akan selesai. perletakan jawatan dijangka dalam masa terdekat pada tahun ini. bila aku fikir ade juge kebenarannya. pertama kita lihat entah darimana satu bayaran yang besar telah dilakukan oleh sebuah syarikat dari arab untuk membayar semua hutang IMDB dengan bank asing. mana mungkin satu bayaran tanpa mendapat imbuhan boleh dilakukan oleh syarikat luar. sebenar nya pengaruh tun m terhadap negara ini amat besar. kroni tun m telah menguasai negara ini dan bila najib membeli IPP dan tidak membina jambatan bengkok kerugian besar telah dialami oleh kroni tun m yang telah melabur berbillion ringgit didalam projek berkenaan dan pendapatan tetap didalam projek ini tidak lagi dapat dirasakan. kebenaran nya amat jelas dan segala cara telah digunakan supaya najib berundur. kini aku sedar bahawa sesiapa yang dikehendaki oleh BN, atau tun m atau pakatan yang pastinya sebagai rakyat biasa kehidupan aku akan sentiasa susah oleh permainan politik mereka yang berkepentingan didalam negara ini. hanya aku harapkan jangan lah sampai kita mengadai ugama dan bangsa serta masa depan anak cucu kita dek kerana terlalu mengejar keduniaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2015 at 11:35 AM

Itulah gamaknya bila suka menipu. Cerita semua bolak balik. Lepas tu salahkan orang lain. Bangkai gajah tak boleh ditutup dengan nyiru Arul oooi.... tell that to your boss. Suruh dia resign cepat sikit. You too should resign. Both of you are an embarrassment to Malaysia!!

....................
Reply To This Comment ...................
June 11, 2015 at 11:58 AM

@Anonymousipar saudara Lim Kok Wing ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
June 11, 2015 at 12:23 PM

Banyak kenal org dlm tu..
Saya kenal anak tok ketua je

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2015 at 12:41 PM

Hang ni byk dengar/baca crita dongeng dan pastu nak cuba goreng kat sini...
Kalau tun tu betul hebat, berkuasa, berpengaruh di negara lain dan di malaysia, tak payah dia susah2 cerita sana sini supaya najib berenti, siasatan jenayah dilakukan & disebagainya...
Kalau da tun yg suruh buat forensik dan segala macam siasatan tak terkena pada tun balik ke klu btul dia yg uruskan?
Kalau nak MENIPU g blajar kat afrika nun...
Hang dengan ipar2 hang memang dasar BANGSAT PENIPU @ SAMA SPECIES DGN PALAWAN BUGIS PONDAN TU...Hang ingat org smua takde otak ke..??

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
June 11, 2015 at 12:49 PM

Statement bodoh Arul bukan dituju kepada pengkritik Najib dan 1MDB. Ianya dijuruskan hanya kepada pro-Najib supaya kumpulan ini terus kekal menyokong Najib. Najib terlampau percaya dia sudah ada bilangan penyokong yang cukup untuk terus berkuasa.

Pembelaan pro-Najib dengan krisis 1MDB hanyalah dengan menyerang Tun M tanpa menjawab segala persoalan yang timbul mengenai 1MDB. Dah dekat 2 minggu pro-Najib tak guna alasan menunggu keputusan audit dan siasatan PAC. Mereka dah sedar bahawa alasan tersebut langsung tak boleh dipakai.

Muhyiddin? Lupakan saja pada manusia ini. Terlampau berkira tentang masa depan sendiri dari berjuang untuk kepentingan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2015 at 12:53 PM

Gelak sampai ulu hati bila DT tanya ipar si dogol tuh Lim Kok Wing ke? Article nih tanya apa sal Arul tidak buat pembetulan jauh sekali mohon maaf - dari kata kata dia ke atau kekeliruan yang dia cakap antara 1MDB ngan Finance Ministry yang membuat PM-bugis tuh juga menipu di parliament kemudian pinda jawapan! Kalau orang biasa lu tipu buat statement (lebih lagi tentang kewangan) alamat boleh kena penjara, PM-Pahlawan siap boleh pinda-pinda lagi.

Sebab tuh Arul tengok kalau PM boleh dia pun boleh lah! Yang Arul tak boleh tahan bila Tun M sudah gasak sama dia kata dia penipu, tuh yang dia PANAS!!!!

Lu orang baca lah blog 1MDB sendiri, bulan Jan, Feb 2015 banyak keluar kenyataan. Masuk March satu je, April, May, Jun yilek! Tun M kasi sebiji, terus keluar statement boleh baca kat The Star online Tun M itu ini lah. JMD ulas cukup padat siap bagi tahniah lagi Arul di tabalkan sebagai Politikus!

Dalam bab bab Professional yang di agungkan Arul bila menyanggah Tun M nih aku nak sampuk sikit.

Professional Gambler pun professional bila mana odds main judi 4 of every 5 wins.
Professional Thief pun ada their heist are mostly high-value!
Professional LIAR, Najib and Arul di antara yang terbaru...boleh tipu di parliament, tipu di media-conference-interview kemudian pinda atau buat bodoh je.... professional lah tu!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2015 at 1:02 PM

Dia tgk tu acc statement najib kot....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2015 at 1:27 PM

Lupakan muhyidin?..klu muhyidin patut diketepikan, umno juga begitu.. tiada siapa dpt kita harap dari umno. PR? Jauh sekali. Jadi sesiapa yg jadi calon bebas saja kita sokong. Selagi manusia skrg menguasai umno,kita ttp rugi. Menang jadi arang kalah jadi abu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2015 at 3:58 PM

Nk like lah statmnt brader ataih ni...haha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2015 at 5:16 AM

Ko dgn ipar ko keje apa? Klu takde hand on info..xpayahla cerita. Buat malu je

Post a Comment