........... Ahli Politik Jangan Angkuh Dan Sombong - Tunku Ismail | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ahli Politik Jangan Angkuh Dan Sombong - Tunku Ismail

Monday, June 15, 201566comments

TERKINI - Perhimpunan menjunjung kasih ke bawah duli yang teramat mulia Kesultanan Johor akan di adakan pada hari SELASA 16 Jun 2015 pada pukul 4.00 petang di pintu masuk Mahkota Istana Bukit Seren

Anjuran Gabungan NGO Melayu Johor.
.

MESEJ UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.

Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.

Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.

Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.

Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.

Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.

-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.



MESSAGE FOR MALAYSIANS

Of late, I just voiced out my opinion and a reminder that people who has been entrusted with the responsibility to not blame the people for losing trust and confidence in them, but think of why the people no longer have the confidence and trust in them. Apparently my gentle reminder has been met with a rather hostile response from a minister. If I got such a reply, then what chances does the rest of the rakyat have?

You are a minister, not a God from the heavens who lord above everybody. Do not think the people of this country exist to provide you with position and wealth, but the position exists for you to serve the people. When I voice out, I do it as the leader of my rakyat, on behalf of Johoreans and Malaysians. All I did is to remind the leaders of the country that they have a responsibility to serve the people, and for this, I am attacked.

In the new world order, I envision a future that every person has a right to voice their opinions. However, that is not the case in Malaysia today, where ministers think they are untouchable. I am willing to be cursed for standing up for what is right, rather than be loved for defending what is wrong.

I am not a politician. I am only answerable to Allah, my Sultan and the people of Johor. I do not do the bidding of some puppet-master who pulls the strings. Johor only has place for those who want to serve the people, not for those who want to garner votes for their own interests.

There will come a time, when the Johorean people must decide what is best for us and our future generations. Decide and unite we will, as Bangsa Johor, to forge our future. United we stand strong, divided we fall. I stand for my rakyat, not to joust for power, not to topple the government, but to ensure the well-being of my people.

I never told anybody to step down or resign, only to remind politicians of their roles and responsibilities. If you cannot deal with that, it just shows your arrogance to the people. 

Alhamdulillah, I have been blessed with a comfortable life, and I can just live my own life and be oblivious to the worries of my people, but here I am, standing firm by their side. So for those wanting to tarnish my image and make me public enemy number one, the people are smarter than that, and they can think for themselves.

Do not use me to divert the attention from national issues. This country needs politicians who are clean and transparent, who carry out their duties with sincerity and integrity.

-HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor.

Copy dari FB Johor Southern Tigers 


Ni respon dari Nazri bila Polis kata nak siasat kenyataan biadabnya -
astroawani
“Semua orang perlu tahu yang kerabat diraja lebih tinggi daripada politik dan tidak boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.

“Apabila Tunku Mahkota Johor serang Najib, tiada apa boleh dilakukan terhadapnya kerana beliau dilindungi Akta Hasutan.

"Tetapi apabila saya pertahankan Najib, saya pula kena panggil. Sekarang kita tahulah, padangnya tidak sama rata,”


PS - Niat menghalalkan cara ?

Share this article :

+ comments + 66 comments

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2015 at 4:52 PM

Agreed 100%
Now our beloved PM and his gang rule because of their own interest.
Sebab itu lah Najib dikelilingi Menteri yg dianggap bodoh, paling bodoh,samseng dan tak beradab. Saya dpt bayang kemana Diorg ni berada bila hayat pemerintahan mereka berakhir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 5:05 PM

belajar tinggi-tinggi, tetapi intelektual rendah. nazri mungkin berjaya dalam pelajaran tetapi tidak pada kitaran hidupan

-orang umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 5:06 PM

Padang memang tak sama rata pun.
Hari tu baru je Nazri cakap Tun Dr Mahathir tak layak debat Najib sebab sekarang dah jadi rakyat biasa.
Kena kat batang hidung sendiri la kau.

Nak pertahankan Najib bukan dengan cara menyerang semua yang mengkritik dia.
Kalau Nazri tak tau nak jelaskan 1MDB untuk pertahankan Najib baik dia sendiri tanya Najib terus pasal 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2015 at 5:09 PM

Bangsa Cina India yang mengutuk raja2 dan sultan melayu tiada pulak TMJ nk ambil tindakan..agama islam dihina pun dia diam jugak..apa citer

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 5:23 PM

sepatutnya kerabat raja janganlah campuri politik negara, ini negara demokrasi, dari cara mesej yang disampaikan beliau itu orang dah sangat faham. janganlah salah gunakan page fb sukan untuk agenda tertentu. kami sebagai rakyat tahu bagaimana nak uruskan najib, kami akan gunakan saluran demokrasi sebagai memilih hala tuju kami rakyat yang bebas. kami rakyat malaysia akan bersatu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 5:32 PM

Yalah tu nak pertahan Ah Jib Gor dengan melarang rakyat dan suppress mereka dari tanya soal mana pergi duit 1MDB! Democracy apa ni!!!!

Dah lah tu interim report 1MDB di rahsia kan dari rakyat!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
aku
June 15, 2015 at 5:41 PM

lawak la kau gabenor Johor..orang Johor ke atau dari seberang...gila nak ada jawatan gabenor kot macam gabenor bank negara..setakat kritik orang lain tapi sumbangan kau, ZERO..mampu guna data plan/unifi/streamyx je kot..he.he.he..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 5:42 PM

Nasihat utk Nazri Aziz - Jangan bela sesiapa yang belum terbukti BENAR dan TELUS.
Jika kau bela najib sebab dia PM maka pandangan rakyat adalah kau ni pengampu besar.

Kami sokong TDM dan TMJ. Lagipun beliau lebih HANDSOME drp tok botak ekkk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 5:45 PM

@gabenor johor

Setakat mengutuk drp rakyat biasa tidaklah begitu berat masaalah.

Tapi jika kerajaan curi duit rakyat bernilai 42 bilion ringgit - ini mengancam kehidupan SEMUA rakyat Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2015 at 5:47 PM

Apa sibotak ni baru sedar ke yang padang tu tak sama rata, patutlah sampai boleh "bodek tahap melampau" sampai lupa diri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 5:48 PM

Daulat Tuanku!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 6:15 PM

PADAN MUKA KO NAZRI AZIZ. Anda juga dibawah undang undang yang sama, termasuk najib.. apa yang jadi kalau rakyat hasut tumbangkan kerajaan ? sapa yang kena charge akta hasutan, rakyat ke nazri aziz ?

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2015 at 6:28 PM

Aku ingin sangat Melayu itu berani semula. Bukan mengampu dan menjahanamkan bangsa dan menggadai maruah.

Anak2 muda ikut contoh TMJ ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 6:41 PM

Aku tak mau campur hal Nazri ngan TMJ...

Aku cuma tak boleh lupa bila Nazri pernah biadap ngan Tun M...
Aku jugak tak boleh lupa bila Nazri memberi layanan istimewa kat Namewee semasa di Parlimen...

Nazri adalah antara menteri kabinet yang patut meletakkan jawatan bersama-sama ngan Ah Jib Gor...

Tu jer aku nak kasitau...

P/S : Pemimpin UMNO yang panggil Nazri sebagai "Chief Nazri" pon patut meletakkan jawatan!

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2015 at 7:23 PM

TMJ tegur dgn baek..tapi Nazri balas seperti Motherfucker. So yg salah siapa Pepatah Inggris kata ' Dont rock the boat atau Dont wake up a sleeping tiger '. Selama ini Nazri pikir dia la Tiger utk Najib / UMNO/ BN. Nazri..you are wrong. There are many tigers outside there that can eat you too.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 7:27 PM

Dia taklah sampai gertak nak 'whack' gitu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 7:37 PM

Padan muka Nazri,sombong tak bertempat..........Daulat Tuanku.Love you Tun M.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 7:45 PM

Kalau gomen langsung x nak dengar rakyat, sape nak diadukan? Rakyat semua bernaung bawah Duli Tuanku!!!

Daulat Tuanku!!! Kami rakyat mohon kebijaksanaan Tuanku.

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2015 at 7:47 PM

TMJ tidak mencampuri politik. Ini adalah kes pecah amanah yang mana rakyat mahu tahu hal sebenar. Tapi kata nazri rakyat biasa tak setaraf ahli politik dan PM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 7:58 PM

Org umno pun dh mula meluat dgn nazri pro sosial berat ni. Hnya kaum umno ngok (umngok) sj yg hari2 kerjanya mengampu najib botak dgn menteri sekutunya yg berotak ngok. Ngok sb masih takbleh trima kenyataan bahawa org dh meluat. Ngok sb masih buta mata buta hati dgn ketamakkan. Ngok sb masih sangka rakyat bodoh senang ditipu dan ngok sb masih seronok dgn mimpi2 indah dlm kesenangan hidup. Tunggu pru14 bakal menjelang. Umngok akan dikorban oleh bangsa sndiri. Sudah tiada cara lain unt menyedarkan si umngok sial ini. Lumpuhkan dulu mereka, kerana dgn cara itu sj melayu akan terhantuk, melayu akan sedar dan berbagai usaha dibuat unt bangkit semula. Melayu, selagi tak merempat, tiada makna akan kesedaran. Melayu selagi tidak tersakiti maka tiada maknanye mereka hendak bersatu. Terukir sejarah najib botak ini pengganas melayu, barulah melayu bangkit..itupun kalau masih berpeluang unt bangkit..kalau dap dapat putrajaya mmmm alamat melayu mampus
bravo org johor. Hnya tinggal melayu johor yg menyanggah. Melayu melaka? Melayu kelantan, terengganu? Kemana mereka? Bangkitlah melayuku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 7:58 PM

Sokong 100%.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 8:05 PM

salam din, TMJ perlu initiate gerakan rakyat untuk mencari kebenaran tentang isu ini. Johor tempat bermulanya UMNO, maka disitu perlu ada naungan raja sepertimana pertubuhan UMNO yang ditubuhkan di istana johor semasa gerakan anti Malayan Union.

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2015 at 8:48 PM

Baru kau tahu langit tinggi rendah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 8:55 PM

@Anonymous Betul tu bang...
"Gabenor Johor" tu tak reti nak bezakan yg mana betul dan perlu dipertikaikan dengan yg tidak ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 8:57 PM

Aku dah lupa,dah lama dahhh.... Menteri mana dulu yang cakap Tun bermulut celupar?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 9:14 PM

1.najib 1mdb
2.nazri al capon
3.husni angguk
4.mat gst
5.hasan kpdnkk
6.zahid robocop

klu ada rombakan kabinet nama ni wajar ditiadakan dlm jemaah menteri

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2015 at 9:21 PM

Nazri botak ni merendahkan kita rakyat biasa. Tapi bila nak undi celaka mcm ni lah yg turun merayu pd rakyat bg meraih undi. Tolong senaraikan apa jasa si celaka ni selama menjadi menteri. Padang Rengas pun tidak ada yg boleh dibanggakan. Maaf kerana menggunakan perkataan celaka. Tp itu selayaknya bg dia.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
June 15, 2015 at 9:32 PM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Pada fahaman saya, 1MDB bukannya badan politik atau urusan politik. Ianya adalah sebuah syarikat milik kerajaan Malaysia yg diurus bawah pengawasan Kementerian Kewangan.
Pinjam duit sampai RM42 bil untuk syarikat kjn berniaga bukan juga isu atau urusan politik.
Kalaulah ianya milik parti politik UMNO, kenapa bila kantoi terpaksa guna duit kerajaan untuk tolong?
Adakah semua rakyat negara ini adalah orang UMNO? Dan apakah kerajaan Malaysia sejak dulu hingga kini adalah kerajaan UMNO?
Apa yg diisukan ialah soal sokongan rakyat kpd pemimpin gara-gara salahlaku pengurusan syarikat milik kerajaan. Bukan masalah politik dan bukan juga isu politik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 9:39 PM

Tengok kronologi dulu..klu tak tahu jgn komen..tmj seakan menghina pm bukan menegur..polis yg beri arahan batal event nothibg2hide tu sbb pencerobohan tm yg tak diundang yg akan mengundang bahaya..najib lebih terbuka..mana ada pm samggup jumpa ngo utk jawab soalan negara..tapi kehadiran tm memang bukan nak bertanya..lebih menghentam dan menghina dgn agenda suruh letak jawatan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 9:42 PM

Anonymous 523...
Betul cakap u...pehak istana tidak boleh masuk campur dlm urusan politik.Itu berlaku sekiranya segala bentuk urus tadbir negara berada dilandasan yg betul dan teratur.Tapi suasana sekarang sudah terurus dan tersusun lagi yg memerlukan semua pehak termasuk istana menegur dan memberi peringatan..Apakah itu tak boleh?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 9:53 PM

Hahaha tv3 bwa lgi issue taxi...kali ni exora....wahai drebar2 teksi BAHALOL yg duk kecoh2 kata tak selesa lah, byk masalah lah dll lgi....BELI LER MERCEDES!!! Bangang tul ler korang ni...Aku pun bwa teksi gak dan skrg ada pilihan utk bli proton/toyota/naza/merc dll lagi...takkan nak compare proton ngan mercedes...kalau TV takkan nak compare Sony ngan Pensonic, klu handphone takkan nak compare samsung ngan brand china...
KEPADA PEMANDU YG BYK SONGEH....G BELI MERCEDES LAA...X PUN BERENTI BAWA TEKSI...BAWA BAS PLAK KE, LORI KE, KERETAPI KE, KETA KEBAL KE....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 9:56 PM

jikalau begitu, mengapa najib menjawab samar-samar berkaitan 1mdb ? . sebabnya najib menteri kewangan dan najib juga perdana menteri . serta mengapa najib membatu tidak mahu bersemuka dengan tun dr mahathir? . siapa yang pertama sekali bikin projek 1mdb ini? .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 9:59 PM

Nazri-jangan ingat kita tak tau jenayah yang anak samseng kau lakukan di Sri Hartamas beberapa tahun lepas dan kes ini di kawtim supaya anak samseng kau boleh bebas. Bapak borek anak rintik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 10:03 PM

PUTAR BELIT betullah si mamat-liberal-amat-BONGKAK ni! Si mamat SAMSENG-Islam/Melayu-LIBERAL mcm. ni patut masuk DAPBANGKAI – apalagikan dia ni kan asyik-GALAK-PELUK-gong eng! Lihat bagaimana si SAMSENG ni MENGHINA sampai begitu sekali Kesultanan Islam/Melayu kita di mana DYMM YDPA kita adalah KETUA AGAMA; KETUA NEGARA dan KETUA ATM mengukut undg-undg. Perlembagaan (patutlah si puak PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM makin naik muka MENGHINA Keusltanan Islam/Melayu kita kalau ada si pemimpin Islam/Melayu-mcm-ni)!

Kalau tak setuju dgn. pandangan. DYMM Kesultanan Islam/Melayu kita pun, buat apa sampai nak MENYALAK mcm. si BANGANG-SAMSENG-mcm-dlm-filem-Bollywood, MENGHINA Kesultanan Islam/Melayu kita sampai begitu sekali – kerana yg.paling penting, Kesultanan Islam/Melayu kita adalah PENJAGA agama ISLAM/umatnya; apalgi Islam/umatnya makin diSERANG bertubi-tubi walau di NEGARA ISLAM ini, dan juga seluruh dunia!

Lihat di -
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/06/nazri-aziz-minta-tmj-jangan-campur.html, Nazri Aziz Minta TMJ jangan campur politik kalau tak mahu ‘dibelasah’ , Saturday, June 13, 2015:

The Star Online melaporkan yang Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya "jangan masuk campur politik” jika tidak, akan “dibelasah".


Nazri yang berucap pada sidang media selepas program di Universiti Malaya hari ini, merujuk kepada tulisan Tunku Ismail di laman Facebook Johor Southern Tigers di mana beliau mengatakan: “Macam mana boleh adakan dialog dipanggil Nothing2Hide yang menampilkan seorang yang banyak perlu disembunyikan? Memanglah dia tak akan muncul.”

Nazri hari ini berkata, “Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia,” menurut The Star Online.

“Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang (justeru tidak sepatutnya campur tangan dalam politik). Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

"Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)... kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah." Nazri dilaporkan berkata......

Nek Tempoyak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 10:03 PM

Mcm manalah si mamat BONGKAK-tak-sedaq-diri ni ni boleh jadi Menteri Pelancongan/Kebudayaan/Warisan pun aku tak paham!Kerana itu jugalah Kementerian Kesenian, Budaya dan Warisan patut diTUBUHkan kembali untuk berdiri sendiri, supaya dpt MEMBELA kembali warisan/budaya serta hak kita dgn. amat TEGAS - bukan diKUASAI sewenangnya di bawah Kem. Pelancongan ni!

Dan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg.membuktikan tentang Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di bawah kuasa DYMM YDPA/Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri/K’jaan Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan pun! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari semasa PENJAJAHAN British-ZIONIS pun; hingga semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

Bahkan KUASA EKSEKUTIF Kesultanan ISLAM/Melayu, yg. mendaulatkan PELANSUNGAN turun temurun, PEMERINTAHAN ISLAM di Tanah Melayu ISLAM ini, juga adalah ASAS undg-undg Perlembagaan, tak kira siapa pun menjadi K’jaan Persekutuan mahupun K‘jaan negeri; di - www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/melayu-islam-beraja-mib.html , 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU!

Nek Tempoyak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 10:16 PM

Nazri Aziz ada niat mahu TMJ tidak dilindungi di bawah Akta Hasutan? Sungguh bongkak dan sombong Menteri Melancong ini. Mungkin telah mendapat restu Najib untuk menjadi biadab? Rekod terbukti, tiada apa yang boleh diharapkan agar Najib dan Menteri-Menteri penjilatnya untuk membela nasib Agama, Bangsa, Negara dan Institusi Raja...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 10:16 PM

200% setuju dengan ucapan TMJ itu.jenis yang bertapak terlalu lama dalam kabinet rasa kepala sudah besar,tidak boleh ditegur .Ingatlah tiap-tiap teguran itu untuk menghindarkan mala petaka yang bertimpa-timpa.Habis gempa bumi,hilang pula sebuah kapal yang tak dapat dikesan,apa corak pertahanaan yang Malaysia ada?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 10:20 PM

padang tak sama rata kepala hotak nya!. Yang Ahjibgor jaja satu malaya sultan pahang sokong dia boleh pulak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 10:21 PM

@gabenor johor
gabenor johor ini askar upahan Lim Kok Wing ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 10:25 PM

"tapi kehadiran tm memang bukan nak bertanya..lebih menghentam dan menghina dgn agenda suruh letak jawatan.."
Anon 9:39...agaknya hang ni sewel kot? Kenapa hang assume? N2h pun x jadi so camna hang blh kata bgitu? Hang tau ka pa nak jadi time tu? Hang tuhan ka?

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
June 15, 2015 at 10:28 PM

Sampai hari ni saya masih keliru. 1MDB ni milik siapa ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 11:27 PM

kalau tak rasa mcm mana perasaan org biasa lagik lepas kena ngan anak raja nih mmg lah nazri tak reti basa ati itam legam ngalahkan arang..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 11:54 PM

Cina india mengutuk raja raja melayu/islam di hina...sape yg.gatal hapuskan ISA, ..melayu. islam, raja raja begitu galak dikutuk ni zaman pentadbiran pahlawan najib?..ape dia buat? ..gi jer jalan??..gabenor.lu sembang kencang larr

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2015 at 11:58 PM

Terbaik, Sokong 100%.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 3:42 AM

Ini lah kesan dari penjajah yang memutar belitkan pemerintahan kuasa kuasa Raja Melayu sehinggakan Melayu sendiri sudah lupa pada yang asal. Pun begitu, tidak ada salah nya pada sebarang teguran samada datang dari siapa saja. Adat timur itu sendiri penuh dengan kelembutan budaya.
Rakyat sendiri tidak mahu memiliki menteri menteri yang pendek akhlaknya. Soal Parti adalah soal yang lain. Malu bagi sang rakyat melihat kelibat dan kelakuan cara para pemimpin beraksi di Parlimen. Berbahas seolah olah Parlimen itu sendiri adalah pentas perbalahan politik masing masing. Akhirnya rakyat mula meluat dengan sikap kebudakan dan kesombongan.
Isu-isu rakyat yang dibentang, tidak lagi dikisahkan dari mana mana pihak. Asalnya berjuang untuk rakyat, betul kah?
Sikap celupar sudah dibawa sehingga di luar Parlimen, Sudah hilang rasa rendah diri dan hormat sebagai pemimpin, Persoalannya UNDI nak ditaburkan di mana...
Dilema seorang rakyat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 4:05 AM

Harap Najib dan Nazri Aziz Di audit...he2...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 4:16 AM

Ďato bro Nazri..jgn lah nak kutuk2 TMJ,sbb dlm politik dan kpi menteri2,Dato bro adalah menteri yg xde kelas dan menteri yg amat slow dari segi memajukan kebudayaan dan juga pelancongan negara.Lebih popular lagi anak dato bro Nadim tu dgn Nora Danish.Nak minta peruntukan untk kebudayaan negeri pun mcm minta sedekah.Saya harap Dato bro jgn la nak ampu2 Dsn.Dan dato Bro ingat !! Jgn ingat blh beli org dgn duit tau..Hrp faham maksud saya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 6:30 AM

Nazri kata padang tak sama rata...dia ni mmg baghal ke ha?

Habis..selama rakyat biasa yg bersuara..even mantan PM pyn dah bersuara...ada si nazri tu peduli? Padang tak sama rata la..dia kat atas atas..jadi yg kat bawah dia xpeduli..

Ha..skrg br dia tahu langit tinggi ke rendah..tahu pulak kata padang tak rata..baghal punya org!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 8:59 AM

Kabinet pun dh jadi ejen...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 9:36 AM

tu dia rakyat biasa tak boleh soal kerabat diraja tegur pun tak boleh
ultimate power

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 9:39 AM

kat Tim ade article500 mil lagi ke?ke yg lama punya? kalau baru aku tabik spring
u r d best pm ever.arghh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 10:01 AM

Can anyone in this blog enlighten me WHAT IS A KNOWN CONTRIBUTION IN MALAYSIA MADE BY NAZRI?

I have tried to look into records since he joined the cabinet but could not find one....sorry.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 10:03 AM

Patik sebagai rakyat Johor menjunjung kasih titah tuanku. Saya berharap rakyat Johor di seluruh jajahan takluk Negeri Johor yang berkelapangan hadir beramai-ramai di Istana Serene bagi menunjukkan kesetiaan terhadap Kesultanan Johor.

Perangai biadap si botak yang "mahu membelasah Tunku Mahkota Johor" menunjukkan langsung tiada rasa hormat kepada Kesultanan Johor khasnya dan rakyat negeri Johor amnya. Institusi diraja adalah payung dan pelindung kepada rakyat. Pemimpin dan isteri pemimpin UMNO sekarang berlagak seperti Maharaja melebihi Sultan sendiri.

Johor tempat lahirnya UMNO. Tidak mustahil Johor juga tempat berkuburnya UMNO. Orang Johor dikenali sebagai penyokong kuat UMNO sejak Dato Onn Jaafar mengasaskan UMNO. Tidak mustahil Johor akan menjadi tempat bermulanya penolakan besar-besaran orang Melayu terhadap UMNO.

Ironi kerana zaman sebelum merdeka orang Melayu bersatu menentang Malayan Union yang membawa kepada penubuhan UMNO. Zaman kini, orang Melayu bersatu menolak UMNO pula.

Raja dan rakyat berpisah tiada. Daulat Tuanku!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 1:01 PM

Bro Din,

Lucky that TMJ "support" Tun M. So many people will sebulu dengan dia.

One question, what if he support Najib? Will people still stick with him or he getting whack untill his nose are bleeding.

And Pakatoon seems SENYAP sahaja. Selalunya kalau ada campur tangan pihak istana, diorang yang akan hentam dulu. Bullshit Pakatoon. Hipokrit.

Cheers

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 3:55 PM

Anak nazri pon kaki pukul gek..tahun dulu dia pukul pak guard pakistan kat kondo Clearwater. Tapi maklumlah padang tak samer rata kes ni senyap jer.
Harap dia tak antau anak dia pukul TMJ lak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 3:57 PM

Malaysians Must Know the TRUTH: Security guard alleges assault by Nazri's son http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2012/03/security-guard-alleges-assault-by.html?m=1 (Share from CM Browser)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 4:26 PM

Baguslah kalau dah faham pasal padang yg x sama rata. Padang Jawa x kan sama dengan Padang Rengas, x kan sama dengan Padang Kota.
Begitulah hukum dunia kalo kita x faham. Hidup nih mcm roda, x selama2 nya kita duduk kat atas. Org. len pn nak duduk kat juga....

....................
Reply To This Comment ...................
June 16, 2015 at 6:34 PM

Yes, the royalty should be above politics by not showing preference of which parties especially during election time so not as to influence the commoner whom they will choose to be their modern day nobles. However, this new event is not about politics at all.

http://keyboard0warrior.blogspot.com/2015/06/the-magna-carta.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2015 at 11:58 PM

Sapa yg bgtau tun m dtg utk menghina Dsn? Kenapa Dsn x boleh hina tun m balik? Lgpn kalau tun m nk hina dsn, itu dah satu point utk Dsn n his tv3 suku utk bgtahu ttg 'kebiadabn' tun m. Nak takut apa.... Takut kantoi la tu....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 12:00 AM

Najib tu jgn katakn telus....
Telur pn xder... Telus kebende...
Hahahahah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 12:09 AM

Legasi tun m diperkotak katikkan oleh tv3 suku... Lepas ni bangunan petronas twin towers tidak selamat utk digunakn kerana mjd sasaran mudah utk pengganas. Putrajaya harus dikosongkn kerana mjd sasaran pembangkang... Hahahaa bodoh laa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2015 at 12:10 AM

Nazriak ni menteri kebudayaan. Tp budaya samseng la... Hahahaa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2015 at 2:56 PM

Sampai masa RAJA menerajui Malaysia. Tahniah Tuanku... Daulat Tuanku 3X

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2015 at 5:17 PM

nama saya najib... botak dan bodoh... tengok la balaci sy tuh... haha kerana sy die pon tampak bodo dan dipanggil polis... hahaha... bagus2...
tahun ni baju raya saya 4juta... mama rosmah punye of course lg hebat... hahahah... ooo kamu semua kutuk sy ye? Nanti sy bankrapkan kamu baru tau...

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2015 at 11:28 PM

Sudah beberapa hari kenyataan biadap si bapak Samseng ni keluarkan malah telah menambah 2 lagi kenyataan samseng tapi Ketua Twitter Negara buat bodo aje. Kalau pembangkang, awal2 subuh dah kena tangkap siap dengan FRU,RELA, TNB,Bomba dsb.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 5:57 PM

Salam,sy dh x sanggup lg nk jd pembaca je.maafkn sy kalau terslh komen.dh betul sgt dgn teguran tdm tu.nape plak ada lg nk tunjuk biadap.tdm siasat dh sblm dia nk ckp sesuatu pkre.bknlah dia main lps ckp je macam org yg nk lpskn mrh dkt tdm,ckp berbelit2 tp satu apa pun x bley pakai.x cukup hentam tdm depa nk biadap pd tmj plk.najib d tegur oleh org yg sememangnya layak sgt2.tdm srh najib jwb soalan yg d ty oleh tdm untuk rakyat malaysia.bkn untuk kepentingan diri tdm.klau depa tu suka d tipu,duduk diam2 tggu ada org lain plak yg tipu depa smpai ke anak cucu.jgn sampai anak cucu depa dpt lynan macam...?

Post a Comment