........... 45 Soalan Yang Wajar Rakyat Tanya Mengenai Kenyataan RM42 Bil 1MDB | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

45 Soalan Yang Wajar Rakyat Tanya Mengenai Kenyataan RM42 Bil 1MDB

Monday, June 8, 201529comments

Ramai yang meminta saya terjemahkan artikel Matthias Chang ( KLiK ) yang mengulas kenyataan Arul mengenai ke mana perginya hutang RM42 bil 1MDB... 45 soalan dari rakyat ..... panjang tuh ! Takperlah, saya terjemahkan secara mudah apa yang saya fahami. Maaf jika ada sebarang kesilapan ketika menterjemah.

Sebelum itu suka saya berikan satu analogi berkaitan dengan kos IPP dan Inherited Debt mengikut apa yang ramai fahami.

Bayangkan anda membeli sebuah kereta second hand berharga pasaran RM20k. Pemilik asal masih berhutang bank RM10k. Bila orang tanya berapa anda bayar kepada pemilik asal untuk kereta itu, anda jawab RM20k + RM10k hutang bank pemilik asal.

Harga pasaran masih RM20k, tapi anda telah bayar RM30k !

Itulah pemahaman ramai orang bila melihat jadual dari Arul Kanda ini -


Kecuali Arul dapat berikan penjelasan mengenai apa yang disebut sebagai Inherited Debt RM6 bil itu, kita akan menerima sebagai 1MDB telah bayar RM18 b untuk IPP yang harganya RM12 b !

Kos IPP RM18 bil

1 - Kenyataannya 1MDB telah membayar RM18 bil untuk membeli IPP ! Kenapa terlalu mahal ?

2 - Tidakkah itu nilai yang terlampau lebih dari nilai pasaran ?

3 - Malah kalau dikatakan harga pasaran kesemua IPP adalah RM12 b sekalipun, apakah itu harga sebenar pasaran (Fair Value) ?

4 - Hutang Pusaka itu apakah untuk satu atau dua atau ketiga2 IPP itu ?

5 - Bagaimana IPP yang sudah lama beroperasi dan menghampiri akhir hayat kontrek masih mempunyai hutang sebegitu banyak - RM6 bil ?

6 - IPP itu milik persendirian sebelum dibeli oleh 1MDB, jadi siapakah yang memberi hutang RM6 bil itu ? Hutang itu dibeli/diambilalih oleh 1MDB jadi rakyat berhak tahu 1MDB berhutang kepada siapa pula RM6 bil itu ? Bank luar atau bank tempatan ?

7 - Bila 1MDB mengambilalih hutang besar itu, tidakkah itu seperti satu bail-out untuk IPP terbabit ? Ia seperti meletakkan tanggungan bail-out itu ke atas bahu rakyat pula.

8 - Kita nak tahu juga apakah terma2 berkaitan hutang RM6 bil itu - tempoh, faedah dll. Bagaimana cara pembayarannya ?

9 - Adalah jelas bahawa aliran tunai IPP yang berhutang RM6 bil itu tidak akan mampu bayar hutang sebesar itu. Ia seharusnya menjadi satu amaran untuk mempertikaikan harga pasaran IPP terbabit.

Pengarah2 dan pegawai2 1MDB merupakan mereka yang berpengalaman dalam bidang kewangan dan di bawah pengawasan PM yang juga Menteri Kewangan .... jadi mohon beri penjelasan bagaimana skandal ini boleh berlaku ?

10 - Dikatakan para Menteri telah menghadiri mesyuarat khas 1MDB pada Selasa lepas, adakah tidak ada seorang pun yang bertanyakan soalan2 di atas ? Jika ada, apakah jawapan yang diberi oleh Menteri Kewangan 2 ?

Total Investment Costs - RM15.4 Bil

Pecahan yang diberi adalah -

- RM6.1 bil Brazen Sky
- RM4.2 bil Aabar
- RM5.1 bil GIL Funds

Kesemuanya dilabel sebagai Pelaburan dan amaun yang disebut adalah kos yang telah ditanggung oleh 1MDB.

11 -Adakah pelaburan RM6.1 b itu merujuk kepada pelaburan di Cayman atau pelaburan di wilayah lain ? Jika iya, di mana ?

12 - Brazen Sky adalah anak syarikat 1MDB, berapakah modal saham syarikat ini dan siapakah pengarah2nya ?

13 - Berapa banyakkah pelaburan RM6.1 bil ini yang telah ditebus dan jika iya, berapa banyak yang telah digunakan, untuk tujuan apa dan bila ?

14 - Rakyat diberitahu oleh Arul Kanda bahawa Brazen Sky mempunyai akaun di BSI Singapura dan beliau dengan sombongnya telah mengumumkan amaun sebanyak USD 1.103 bil tunai telah ditebus dari Cayman dan beliau telah melihat sendiri penyata yang menunjukkan ia di transfer ke dalam akaun BSI. Dokumen apakah yang beliau lihat itu ?

PM Najib telah mengesahkan pada bulan Mac sebanyak USD1.103 telah dideposit ke dalam BSI Singapura. Kita nak tahu atas asas apakah PM buat pengesahan itu ?

Rakyat juga nak tahu bilamana PM meminda jawapan bertulis Mac itu, adakah kerana penafian yang dibuat oleh BSI Singapura bahawa tidak ada wang tunai yang didepositkan ?

15 - Apakah dokumen yang mereka lihat sebagai asas kenyataan itu berupa 'Redemption Form' seperti yang disebut dalam perjanjian ? ( setiap perjanjian pelaburan akan tercatat borang2 yang perlu ditandatangani untuk dana itu ditebus dan siapa yang harus menandatanganinya ) Apakah ada telegrafik atau wire transfer dari Cayman ke BSI ? Apakah ada penyata bank yang menunjukkan USD1.103 bil telah didepositkan ?

16 - Jika semua dokumen2 penting itu bukan seperti yang disebut oleh Arul, dokumen apakah yang Arul maksudkan bila menyebut telah melihat wang itu ada di BSI ?

17 - Apakah akaun yang kononnya ada wang tunai USD1.103 bil itu telah dijadikan cagaran untuk pinjaman USD975 juta dari konsortium bank yang diketuai oleh Deutsche Bank ?

Bolehkan sesiapa dari 1MDB atau Kementerian Kewangan nyatakan dengan jelas bentuk dokumentasi cagaran itu - dalam bentuk Akujanji, Kemudahan Kewangan, Debenture atau dalam bentuk Assignment ?

18 - Dalam jawapan bertulis Parlimen Mei lalu, PM menyatakan dana yang dideposit ke dalam BSI bukan dalam bentuk wang tunai tapi dalam bentuk paper aset selepas BSI menafikan sebarang wang telah didepositkan. Ini diikuti dengan kenyataan Menteri Kewangan 2 bahawa paper aset itu adalah dalam bentuk Unit tanpa menjelaskan apakah Unit itu dan nilai sebenarnya.

Rakyat mahu tahu apakah cara pemindahan dalam bentuk Unit itu termasuk dalam terma Pelaburan dan apakah syarikat pelaburan itu boleh memindahkan Unit sebagai pembayaran ?

Tidakkah pembayaran melalui Unit menunjukkan dana itu tidak cair atau unit itu sukar dijual ? Adakah Unit itu yang telah dijadikan cagaran untuk pinjaman USD975 juta Deutsche Bank ?

19 - Bolehkah Arul kanda atau PM tunjukkan dokumen yang menunjukkan pindahan Unit itu ke dalam akaun BSI ?

20 - Apakah nilai dalam USD atau RM Unit itu ? Siapa yang berkuasa memindahkan Unit itu ?

21 - Kenapa Unit itu tidak dicairkan supaya wang tunai itu boleh digunakan untuk membayar hutang tanpa perlu meminjam dari pak Arab ?

22 - Arul menyatakan terdapat perjanjian antara 1MDB dan IPIC dan Aabar untuk mendahulukan bayaran USD1 bil untuk dibayar hutang Deutsche Bank dan USD1 bil itu bukan hutang atau bail-out. Apakah bentuk transaksi itu ?

Apakah USD975 juta yang digunakan buat bayar Option yang telah diberikan kepada pak Arab itu merupakan sebahagian dari hutang RM42 bil 1MDB ?

23 - Apakah terma dan syarat perjanjian antara pak Arab dan 1MDB untuk transaksi yang bukan pinjaman atau bail-out itu ?

24 - Apakah ada sebarang prasyarat sebelum USD1 bil itu diberikan ?

25 - Dikatakan Unit itu akan termasuk dalam perjanjian dengan pak Arab. Mohon dijelaskan apakah Unit itu akan dijual kepada pak Arab atau digunakan sebagai cagaran ?

26 - Merujuk kepada deposit RM4.2 bil di Aabar, apakah terma dan syaratnya ? Apakah terma dan syarat untuk deposit itu ditebus ?  Adakah deposit itu menjana sebarang faedah dan jika iya, siapa yang dapat ?

Jika ia bukan deposit yang menjana sebarang pendapatan faedah, kenapa disimpan begitu saja tanpa memberi sebarang keuntungan kepada 1MDB ?

27 - Sementara ditebus oleh 1MDB, bolehkan pihak Aabar menggunakan deposit itu seperti membiayai aktiviti kewangan Aabar atau dijadikan cagaran pula oleh Aabar untuk hutang mereka ?

28 - Apakah keadaan yang membolehkan 1MDB kehilangan deposit itu ? Apakah terdapat dalam kontrek yang memungkinkan Aabar merampas deposit itu ?

29 - Merujuk kepada pelaburan RM5.1 bil dalam GIL Funds, apakah maksudnya ? Adakah ia satu pelaburan terus oleh 1MDB atau pelaburan melalui anak syarikatnya ?

30 - Apakah terma dan syarat pelaburan GIL ini ? Adakah sama dan berlainan dengan pelaburan Cayman ?

31 - Apakah keadaan semasa pelaburan itu dan nilai bakinya ?

32 - Apakah terma dan syarat untuk menebus pelaburan ini ?

33 - Siapa yang berkuasa dalam meluluskan kesemua pelaburan di atas ? Adakah PM sendiri ?

34 - Adakah sudah mendapat persetujuan Bank Negara untuk kesemua pelaburan itu ?

Tan Sri Zeti, Gabenor Bank Negara ada menyatakan, setiap entiti residen termasuk 1MDB, yang membuat pelaburan atau membuat pinjaman luar di bawah Seksyen 214 dibawah Financial Services Act 2013 dan di bawah Exchange Control Act 1953 yang berkuatkuasa sebelum 2013, perlu mendapat persetujuan/pengesahan dari Bank Negara.

Begitu juga, semua pelaburan yang melebihi RM50 juta dalam satu tahun kalendar dan sebarang pinjaman luar yang melebihi RM100 juta oleh entiti residen perlu mendapat pengesahan Bank Negara.

35 - Dengan itu, rakyat mahu tahu apakah 1MDB atau anak syarikatnya memenuhi sepenuhnya syarat2 Bank Negara ? Mengambilira kenyataan PM yang USD1.103 juta disimpan di Singapura bagi mengelak dari perlu meminta persetujuan Bank Negara bagi setiap pindahan wang oleh Brazen Sky, bolehkah Bank Negara nyatakan apakah tindakan 1MDB dan PM itu telah melanggar sebarang peruntukan undang2 ?

36 - Jika ada kesalahan, apakah tindakan yang boleh diambil terhadap mereka dan hukuman yang boleh dikenakan ?

37 - Tan Sri Zeti berkata Bank Negara sudah memulakan siasatan ke atas 1MDB. Beliau juga turut berkata bahawa mengikut peruntukan, ada 3 keadaan yang membolehkan BNM memulakan siasatan - bila wang yang persetujuan telah diberikan tidak digunakan mengikut apa yang dinyatakan, bila maklumat palsu diberikan, dan kegagalan untuk mematuhi syarat persetujuan.

Memandangkan siasatan BNM sudahpun bermula, pasti BNM ada bukti di antara salah satu keadaan yang disebut itu ! Kalau tidak ada, bagaimana mungkin dimulakan siasatan ?

Hukuman jika disabit kesalahan adalah denda RM50 juta atau penjara 10 tahun atau kedua2nya ... itu adalah satu siasatan yang ternyata serius. Apakah pihak Gabenor tidak mahu menyarankan ahli lembaga pengarah  1MDB digantung tugas dan begitu juga PM sehingga siasatan selesai bagi memastikan tidak ada sebarang campurtangan politik ?

38 - Memandangkan keseriusan skandal kewangan ini, bolehkah Parlimen memanggil satu sesi khas bagi membincangkan musibah ini yang telah dicipta oleh PM dan dibantu oleh kabinet dan Majlis Tertinggi Umno ?

39 - Jika perkara seperti ini berlaku pada korporat, badan kerajaan atau NGO, sudah pasti mereka yang disyaki terlibat akan digantung tugas sehingga siasatan selesai. Contohnya pernah berlaku di Sime Darby ...... kenapa perkara sama tidak dilakukan kepada 1MDB ?

Bukankah sepatutnya PM merangkap Menteri Kewangan juga Pengerusi Badan Penasihat 1MDB digantung tugas dan serah sementara tanggungjawab dan tugas kerajaan kepada timbalannya supaya skandal kewangan 1MDB ini tidak memusnahkan credit standing dan integriti negara ?


Kos Kewangan RM5.8 bil

Pecahan yang diberi adalah -

- RM4.5 bil kos kewangan dan working capital
- RM0.9 bil forex cost
- RM0.4 bil cukai

40 - Bagaimana kos operasi sebanyak RM4.5 bil ditanggung pada peringkat pusat ( peringkat 1MDB ) sedangkan anak2 syarikat semua punya kos operasi mereka sendiri ? Angka2 yang diberikan Arul adalah diperingkat pusat (1MDB) dan ia cuma sebuah syarikat pelaburan yang punya operasi minima berbeza dengan anak syarikat yang dibeli seperti IPP yang sudah pun beroperasi sepenuhnya.

41 - Tidak ada penjelasan diberikan kenapa kerugian tukaran wang asing (forex) begitu tinggi


Total Land Cost RM1.7 bil

Pecahannya adalah -

- RM0.2 bil untuk TRX
- RM0.4 bil Bandar Malaysia
- RM1.1 Air Itam Penang

42 - Kenapa harga begitu murah diberikan kepada 1MDB untuk membeli  tanah2 TRX dan Bandar Malaysia ?

43 - Tabung haji selaku milik penuh umat Islam bagi tujuan menunaikan Hajim kenapa tidak ditawarkan harga semurah itu sedangkan TH hanya membeli sebidang kecil tanah TRX ? Kenapa harga yang dibayar TH hampir menyamai jumlah harga yang dibayar oleh 1MDB untuk membeli keseluruhan TRX ?

Apakah rasionalnya untuk 1MDB membuat keuntungan sebegitu besar dari TH ?

44 -Memandangkan kedua tanah TRX dan Bandar Malaysia akan dimonetisedkan bagi membayar hutang RM42 bil, apa lagi yang tinggal untuk rakyat dari 1MDB yang kononnya diwujudkan untuk menjana keuntungan buat negara.

1MDB juga perlu mewujudkan sokongan infra yang besar untuk projek itu, dari mana dan bagaimana 1MDB mahu mencari wang bagi membiayai tanggungan besar itu ?

Bolehkah 1MDB beri jaminan selepas kedua tanah itu dijual, hasil jualan cukup untuk bayar kesemua hutang RM42 bil ?

45 - RM1.1 bil untuk beli tanah di Penang yang pada waktu ini didiami oleh setinggan dan penyewa. Berapakah jumlah sebenar kos memiliki tanah yang kosong untuk dimulakan sebarang projek pembangunan ? Berapa kos untuk pemindahan dan/gantirugi mereka yang mendiami tanah itu ? Apakah 1MDB yakin akan mendapat kerjasama kerajaan PR Penang untuk mengosongkan tanah itu ?


PENUTUP

PM dan kuncu2nya dalam kabinet  telah menunggu sekian lama untuk keluarkan angka2 di atas kononnya untuk memberi pukulan maut kepada Tun Mahathir dan pengkritik 1MDB dan waktu sama mengaburi mata rakyat tapi malangnya segala usaha mereka telah memakan diri.

Mereka telah menggali lubang yang lebih besar dari mana semakin sukar untuk mereka keluar.

Melalui tindakan mereka sendiri, kini pihak Bank Negara sudah pun memulakan siasatan jenayah  dan jika disabit, mereka boleh dihukum denda RM50 juta atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua2nya sekali !

Hakikatnya, siasatan oleh Bank Negara itu sendiri sudah mencemar integriti kerajaan BN, Umno dan kepimpinan PM Najib.

Selaku Menteri Kewangan, Najib begitu bodoh sombong untuk menyatakan beliau akan bypass/mengelak peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara bila mengarahkan dana Cayman yang telah ditebus itu disimpan di BSI Singapura.

Najib sudah melanggar peraturan yang ditetapkan  oleh Finacial Services Act 2013 dan di bawah Exchange Control Act 1953 yang berkuatkuasa sebelum 2013.

Jika mereka cuba mempengaruhi/campurtangan (subvert) siasatan oleh BNM, negara akan jadi bahan ketawa dunia.

Jika ahli2 Majlis Tertinggi Umno dan keseluruhan ahli Umno tidak punya keberanian untuk menuntut Presiden dan PM supaya bercuti melepaskan sementara jawatan sehingga siasatan selesai, maka Umno sudah tidak layak untuk terus memimpin negara.

Kegagalan untuk bertindak itu akan memberi persepsi  negatif bahawa Umno dan kepimpinannya sanggup bertolak ansur dengan perbuatan rakus merompak harta negara dan melanggar undang2 negara !

Terjemahan mudah dari  1MDB Financial Magic – More Grand Illusions - Is This The Beginning Of The End Of UMNO? - By Matthias Chang (4/6/15)

Share this article :

+ comments + 29 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2015 at 10:06 PM

Fuhh...Ni bleh forwardkan kat semua menteri kabinet........atau buat video dan viralkan kat ...sbb media perdana memg takkan kuar persoalan mcm ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2015 at 10:16 PM

Thank you sesangat din....

1MDB ni or saya gelar MANGKUK...memang dah berbelit belit...tapi aku hairan mcm mana najib boleh calm dan pi umrah dgn bik mama selamba je muka mrk....sikit pun xda perasaan gusar....buatlah apa rencana pun...forum..dialog...dll...MANGKUK masih mcm tu juga...arul pagi masuk ofis punch card mcm biasa...hebat permainan depa ni....rakyat pun relax je kita tengok...mcm xda apa2 pun..ya lah...sbb bukan mel8batkan duit rakyat pun agaknya....yg tanggung nnt siapa...sbbnya sblum2 ni dah banyak kes...tapi semuanya setel dan lepas bila bawa ke court....this is investment....biasalah ada untung rugi kata najib nnt kat mahkamah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2015 at 10:31 PM

munkin ada ''markup' kot , bil-out ' cuma satu alasan ''nak ngalabu mata'' ?apapun sendiri tau
kebenaran pati ''timbul''

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2015 at 10:53 PM

Ni la masalah kalau xde English education....

Tq tuan penyu!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2015 at 11:35 PM

Din keep it up. Terus bagi penerangan agar orang yang tidak biasa dengan soal kewangan lebih faham tentang isu 1MDB.

Artikel ini sangat jelas untuk rakyat fahami bahawa kritikan Tun M bukan soal politik atau peribadi atau soal cara hidup keluarga Najib. Isu 1MDB adalah soal salahlaku dlm pengurusan kewangan negara.

Walaupun tiada penyelewangan, cara pengurusan kewangan negara adalah salah. MK2 sendiri membuat pengakuan bahawa masalah 1MDB akan memberi kesan kepada negara. Haruskah rakyat terus beri peluang kepada Najib untuk mentadbir negara.Layak kah beliau menjadi PM?

Satu lagi harap Din terus bangkitkan soal 950m yg diberi sebagai standby kredit. Bilakah standby kredit akan dibayar oleh 1MDB. Begitu megah cerita 1MDB bayar hutang luar, hutang kepada kerajaan bila pula hendak dibayar. Sekiranya pelaburan diluar begitu bernilai ,kenapa tidak standby credit dibayar terlebih dulu.

Pendapatan kerajaan kurang akibat kejatuhan harga minyak. peruntukan kementerian yang menjaga kesejahteraan rakyat seperti Kementerian Kesihatan dipotong tetapi 1MDB diberi tambahan dana. Rakyat didahulukan adalah penipuan semata mata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2015 at 11:49 PM

Dah kata dah. Zoom pd anak syarikat sama. Kalu ada associate co. ker jv co. tgk2 jgk.

....................
Reply To This Comment ...................
wara
June 8, 2015 at 11:55 PM

rujuk pada soalan nombor 10. menteri2 kita mana ada otak nak kupas ini semua! zahid hamidi cakap pun gagap. hishammudin tukang angguk. si afdal takut hilang jawatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2015 at 12:56 AM

rakyat malaysia malas berfikir. i love gst xde masa nak berfikir.agak2 ada x yg pro 1mdb, pro najib, menteri2 di luar sana yg boleh jwb soalan d ats?jwb soalan ye bkm spin sana sini or jwb soalan dgn soalan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2015 at 2:08 AM

Pantang nenek moyang aku jika ada org mempertikaikan keputusan2 pahlawan Bugis.Pm ku ada darah bugis yg tggi nilainya.Bugis bkn se brg Bugis,Ini Bugis Pekan mari...tau...Kalau X sapu rezki terhidang...ini bukan nama nya Bugis la..I love u Dsn..Pahlawanku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2015 at 9:49 AM

Dalam kes altantuya, najib dengan berani buat sumpah mubahalah untuk berkata benar. Saya percayai beliau.

Apakata najib sekali lagi berani buat sumpah mubahalah untuk berkata benar dalam kes 1MDB?

Din, we need bloggers like you, apanama, jmd, dato akj n perhaps zam to continuously apply the heat to get najib to tell the truth.....he resigns or otherwise, does not matter.

I only place my hope on PAC n Bank Negara. I do not trust Auditor General. Past experiences have shown he is ineffective

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2015 at 9:52 AM

Also do not forget to enlist outsyed the box's assistance.....

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
June 9, 2015 at 10:31 AM

Assalammualaikum wmt,
Kepada fahaman saya, pengurusan 1MDB telah mengheret PM melanggar Undang-undang Negara yg dipertanggungjawabkan kpd Bank Negara.
Huhhh! PM langgar peraturan dan Undang-undang negaranya sendiri?

Selain itu, entri ini jelas mencabar ahli UMNO, anggota Kabinet dan ahli Majlis Tertinggi Umno. Malunyaaaaaaaaaaa!
Kalau semua ini benar, wajarlah BN akan tinggal nama atau akan jadi pembangkang selepas PRU-14 nanti. Ketika itu jangan salahkan rakyat yg menerima BRIM dan jangan salahkan orang Melayu yg mengenepikan UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2015 at 10:45 AM

mengapa tidak tanya tun m berapa sebulan TNB bayar pada IPP yang ditubuhkan nya yang mengakibatkan TNB terpaksa membelanjakan sebahagian untung nya untuk bayar IPP. Benarkah najib telah beli semua IPP ini melalui 1MDB. dan berapakah inherited debt IPP ini yang terpaksa ditanggung najib. sekiranya berterusan menggunakan khidmat IPP berapakah yang terpaksa kerajaan tanggung setiap tahun untuk memuaskan kroni tun m ini. itu tak nak tanya pulak. cukup cukup lah din penyu tuan berbohong ceritakan lah yang sebenarnya.

....................
Reply To This Comment ...................
June 9, 2015 at 11:00 AM

@Anonymoussaudara baca tak artikel ? Kita menanyakan soalan berdasarkan fakta yg diberi oleh Arul. Fakta yg sebenar adalah ipp yang dibeli 1mdb dah nak kena jual, tanah HADIAH dari kerajaan pun setengah dah jual dan akhirnya akan kerugian berbillion RM yang bakal ditanggung rakyat.
itu bukan retorik tapi kenyataan. Dan satu lagi kenyataan, Najib telah melanggar undang2 bnm dan menipu rakyat !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2015 at 11:30 AM

Sdra anon 10.45

1. Bendera malaysia warna kuning biru merah dan putih.....anda apabila di tanya anda jawab apasal kita tak tanya bendera jepun warna apa? Itu menunjukkan apa?

2. Orang bercakap pasal past present and future 1MDB......you cakap pasal perang dunia 1 dan 2....susah sangatkah hendak faham?

Sdra Din,

Orang sebegini patut dalam lembaga 1MDB.....orang cakap tunai dia kata unit....ngamlah orang sama najib dan arul

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
June 9, 2015 at 12:03 PM

@dinturtleAssalammualaikum wmt,
Kesian!
Satupun 45 soalan yg ditanya tak siapa yg berani jawab atau sanggah, tapi perkara lain pulak yg diungkitkan. Apa maksudnya tu? Terkedu, tercabar atau tergigit getah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2015 at 12:31 PM

Scandal 1MDB ni memang dah tak boleh nak spin sebab jumlah yang terlibat terlalu besar. Kalau sejuta dua tu senanglah nak kata rounding error ke apa but bila dah berbillion-billion.. nobody can hide the corruption anymore.

Tak payahlah Najib nak waste money to spin and attack Tun M. Takkan berjaya punya. Kami rakyat tengah tunggu masa Najib (dan yg berkenaan) kena tindakan undang2. Boleh lah jadi jailmate Anwar!

....................
Reply To This Comment ...................
Sir Wenger Khairy
June 9, 2015 at 12:54 PM

1MDB will cost the Malays the loss of valuable TRX land. Bacalah pendedahan Sir Wenger

....................
Reply To This Comment ...................
June 9, 2015 at 12:57 PM

Sumpah tu bukan makan diri balik ker? Setiap tahun ada jer bala dtg

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2015 at 1:08 PM

yang sebenarnya, duit tu semua dah lesap masuk kocek rosmah n jho low. yg lain2 tu semua kambing. bila 1mdb dah betul2 terangkat, yg kena sumbat board ceo n boss 1mdb. player utama iaitu rosmah n jho low senyum je. yg lain2 tu semua puppet..yg mana segala beban diletak atas bahu mereka. najib sudah kena kencing dgn bini dia sendiri. tu jer yg sebenarnya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2015 at 1:15 PM

Sape suruh beli? Sape suruh tanggung utang? Sape pee em skrg? Sape berkuasa? Kalau betul sijibgor beli dan tanggung beban tu maknanya jibgor seorang yg BODOH BAHLOL betul? Jadi kami rakyat malaysia x mau pemimpin bodoh bahlol cam dia...
Hang pusing2 cerita pun terkena balik diri sendiri...hahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2015 at 1:18 PM

jeng3 pendekar bugis yg tak berapa berani kluar article baru. dr m kaki spin? we hv a joker

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2015 at 1:20 PM

Saya tak percaya 1 haramjadah sijibgor ni...dia da terbukti MENIPU...Jibgor seorang PENIPU...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2015 at 1:24 PM

Biasalah! Jawab soalan dengan soalan until mengaburkan mata dan konfiuskan rakyat!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2015 at 2:00 PM

Jangan la dok bangkit isu ini. Jangan kata kita nak melindungi Tun .jawapan saya kepada saudara sangat simple. IPP yang dikatakan kroni Tun dah jadi milik 1MDB. Kenapa tidak buka saja perjanjian tersebut. Lagi senang nak hentam Tun. Sama juga soal petronas beli syarikat anak Tun. Akaun Petronas ada , Najib boleh buat pendedahan. Kenapa tunggu?

Kesian dekat Tun? takut orang tua tu masuk penjara? Yang dok hentam la ni tak apa pula.

Saya amat kasihan orang seperti anda kerana mempercayai maklumat yang kabur.

Seorang penulis Cina cuba mempertahankan 1MDB konon bayaran lebih bila beli IPP sebab goodwill berlandaskan profit and cashflow projection. Nak dapatkan profit lebih lebih hanya ada 2 cara:-

1. Increase your sales
Nak increase sales ada dua angkubah i. Increase price per unit or ii. increase production

2. Cut your production and operating cost

Fact : IPP dah 20 tahun so bolehkah you go for
Higher production and to cut operational cost thru efficiency. Jawapannya. almost impossible.
Operational cost jatuh cuma berharapkan harga raw material jatuh seperti minyak dan arang batu jatuh. That why tariff letrik tak naik.

so you go for 2nd option which is higher price. Kalau higher price mesti continue to ask TNB to purchase electricity higher than current price . So what is the logic 1MDB beli IPP to reduce electricity price kepada pengguna?

Saya bukan pandai sangat soal kewangan tapi that is my logic.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2015 at 2:45 PM

so tak kisah la kita berPMkan seorang penipu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2015 at 7:35 PM

Most blatant points needs to be highlighted;-
1) Arul Kanda now the most powerful figure in the 1MDB who could shed light on the RM 42B fiasco NEVER turn up for the PAC meetin despite the fact saying he got nothing to hide,
2) Ah Jib Gor the most powerful figure in the cabinet and goverment NEVER turn up for the opportunity to clear the issues NEVER turn up at the PWTC session despite the fact saying he got nothing to hide!!!!

They must think we peasants are STUPID!!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2015 at 8:09 PM

Tnb dapat untung tu hasil dari tenaga yg dijana oleh ipp tu juga...klau tak de ipp tu tnb nak dapat tenaga dari mana.bila tak cukup tenaga mana nak untung..pekilang pun tak nak dtg buka kilang..dulu harapkan temengor je tak cukup utk malaysia...sebab tu tun m buka ipp tu...tnb bila dah kaya lupa plak sapo yg tlg beri keuntongan pada dia masa miskin dulu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2015 at 10:55 PM

LANJUTAN siasatan terhadap 1MDB .......

Apabila AG, BNM, SPRM dan PDRM yg dilaporkan telah membekukan akaun2 yang terlibat .. maka apakah makna semua ini ? 4 pihak authority ini bukan calang2. Persoalannya .. 4 pihak ini bertindak atas sebab apa ? Atas sebab 2 pihak media yg straight forward terus mendakwa PM Najib bertanggung jawab dan berkait dengan isue 1MDB ?

Secara tidak langsung .. admin kena akur bahawa bukti-bukti yang dikemukakan kepada AG (minggu lepas) adalah asas utama kenapa pembekuan ini dikuatkuasakan.

Namun persoalannya fokus kepada dua elements yg terlibat ..

1). Nama2 akaun yg dibekukan dan

2) Adakah wujud akaun PM Najib yang dibekukan (antara 6 akaun2 tersebut).

Jika tindakan ini dibenarkan (4 pihak diatas), maka pada dasarnya ia membuktikan PM Najib tidak terlibat !! - Mana mungkin 4 pihak diatas akan dedahkan akaun PM Najib kalau kita ambil kira akaun PM Najib mmg wujud diantara 6 akaun yg dibekukan. Mana mungkin 4 pihak ini akan bertindak demikian keatas "BOSS" mereka sendiri. Perlu diingat bahawa jawatan mereka ini perlu recommendation PM Malaysia sebelum mendapat perkenaan YDP Agong Malaysia.

Sekali lagi ia seolah-olah ini mungkin satu DRAMA yang telah tersedia segala skrip-skrip dan olahan ceritanya. Kenapa saya beranggapan demikian ? Lain tidak ... kerana jika pihak ini (andaian logik saya) telah kutip segala dokumen (spt yg mereka dakwa) ... siapa yg akan menjadi saksi-saksi terhadap bukti bukti dokumen tersebut @ keselamatan dokumen yg dirampas oleh 4 pihak ini ... !!!!

Saya mempunyai HAK untuk merasa SANGSI ... kerana 4 pihak ini (sekali lagi saya nyatakan logik) adalah ber "BOSS" kan .. yang disyaki.

Akhirnya - kita menyaksikan satu episod yang pernah dibangkitkan oleh pihak pembangkang sebelum ini .. kredibiliti pihak berkuasa yang terlibat boleh dipersoalkan.

Post a Comment