........... Wang Tunai Ke Unit - Anda Percaya ? Jom Klik Survey ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Wang Tunai Ke Unit - Anda Percaya ? Jom Klik Survey !

Friday, May 22, 201533comments

Semalam Najib sudah tukar status dana Cayman di BSI Singapura dari Wang Tunai kepada Aset -

“1MDB telah menjelaskan bahawa baki pelaburan yang telah ditebus oleh 1MDB adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang USD di sebuah bank di Singapura bertujuan untuk mengimbangi liabiliti USD syarikat."


Selain itu, katanya jawapan tersebut merupakan pindaan kepada jawapan kerajaan sebelum bertarikh 10 Mac 2015, bahawa baki dana pelaburan 1MDB ditebus dalam dalam bentuk wang tunai.
.

Kali ni tidak disebut pula nama bank itu. Dan sesenang itu juga pindaan telah dibuat kepada jawapan bertulis Najib pada 10 Mac lalu.

Hari ini Menteri Kewangan 2 Ahmad Husni telah berikan penjelasan lanjut -

"Saya rasa ini satu kesilapan, kesilapan dalam erti kata tafsiran apabila mereka (1MDB) mengatakan sudah menebus dan menyimpannya di sebuah bank di Singapura.

"Ia sebenarnya simpanan, ia dalam bentuk unit, ia disokong oleh dana kekayaan berdaulat.

"Jadi, kami harap untuk membawanya pulang secepat mungkin," 

Juga tidak menyatakan dengan jelas yang pastinya mengundang pertanya dan spekulasi - bank mana dan unit apakebendanya ? Nilainya juga tidak dinyatakan.

Blog pro Najib ada yang cuba back-up giler dengan memberi contoh paper money seperti saham ASB ....... KONONNYA 1MDB telah beli saham atau bon dan apa yang disimpan adalah sijil2nya. 

Jujur ya, alasan itu kelakar lah ! Saya tak tahu berapa ramai yang terima dan percaya ianya satu kesilapan. 

Contoh ya - berapa ramai yang boleh silap dalam menafsir kenyataan Arul Kanda ini -

- “Wang tunai itu ada di dalam akaun kami dan dalam matawang AS. Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya,” - Arul Kanda 7 Februari 2015


Ini pula saya prinskrin dari lamanweb 1MDB sendiri -



"The cash is in our accounts and in US dollars. I can assure you (about that) . . . I have seen the statements," said Mr Arul

Oooooooooooooooo...... rupanya Arul maksudkan UNIT ! Saya percaya bukan saja Menteri Kewangan dan seluruh jentera kerajaan boleh tersilap,  1Malaysia pun tersilap kerana menyangkakan ianya dalam bentuk wang tunai ....... Unit rupanya ....

Oya, BILA yang Menteri Kewangan tersedar akan kesilapan ini ? 

Dan kenapa pihak 1MDB tidak membetulkan fakta sebaik saja mendengar/membaca kesilapan jawapan bertulis di Parlimen oleh Menteri Kewangan pada 10 Mac lalu ?

Artikel ni sebenarnya nak rakamkan episod ini supaya senang untuk dirujuk kembali .... manalah tahu UNIT itu bakal bertukar jadi benda lain pula.

Oya, kali ini saya terpanggil nak buat SURVEY.  Mungkin.... mungkin saya sorang jer yang ketawa dalam isu ini sedangkan orang lain menerimanya dengan serius, dan percaya bulat2. Jadi saya terpanggil nak buat kajiselidik berapa peratuskah respons pembaca yang percaya / tidak percaya dan 3 kategori lain. Anda boleh pilih lebih dari satu jawapan.


Poll/survey hanya untuk tiga hari saja dan tamat pada hari Ahad pukul 3 petang. 

Sekiranya anda baca pakai hp, anda kena set kan kepada web version atau versi web / penuh, baru boleh lihat kedudukan poll ini disebelah penjuru kanan atas.

Ingat, anda boleh klik lebih dari satu jawapan !

Berdebar rasa menunggu keputusan !

PS - OKla, soalan poll itu pun macam menyindir.... tapi nak buat macamana, sekarang ni pun saya ketawa hahahaha ......tapi walaupun boleh klik lebih dari satu jawapan, apa yang penting adalah berapa peratuskah yang klik percaya.

TMI

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 1:42 AM

Brader din...mmg aku vote believe....kenapa...sbb nak bg najib happy sikit sbb muka dia makin cengkung dah aku tengok...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 1:45 AM

saya putar lagi bro din, wang besar...wang besar...wang besar...owh,muflis.

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2015 at 2:04 AM

Ada jugak.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 2:04 AM

Seluruh jentera kerajaan Ah Jib Gor the bugis warrior sekarang seems to be spinning and LYING for him. The problem with lying is once you START you cannot STOP. You NEED to create another lie to cover the first lie.

The fact Ah Jib Gor the Bugis warrior tak sack the key personnel of 1MDB is SIMPLE,mereka tahu RAHSIA and the real TRUTH behind the FIASCO ini.

So its a trade off between him and the Board of Directors ,because an entity of this size to chalk up hutang berBILLION BILLION can only be approve by someone of very high level of authority OR someone CLOSELY LINK of PM's authority.

The position of these BOD is simple,kalau mereka di buat 'scapegoat'' ,mereka akan BOCOR rahsia on who actual was instrumental in pushing the proposal and approving it.

Saya fikir Ah Jib Gor the Bugis warrior LEBIH takut kepada kakitangan 1MDB dari SELURUH rakyat Malaysia kerana these staff can proof that his stepson thru his proxy JHLow with the assistance of the late JJ and Rosmah was the key FORCE behind this fiasco!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 2:05 AM

Duit bertukor rupe ni tak mustahil. Ade jugak kesah mistik dimana duit bertukor jd daun sebab langgar pantang. Seram weh.. Malas nak crite lebih2 mlm jumaat ni.

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2015 at 2:15 AM

Survey bukan tanya apakah ada unit itu di singapura.... saya yakin bila husni sebut ada unit maka adalah unit itu.tapi survey bertanya apakah anda percaya alasan KESILAPAN dlm menafsir apa yg 1mdb beritahu Menteri Kewangan.

samada anda percaya atau tidak wujud KESILAPAN itu..... 2 pilihan akhir itu bagi menguatkan pilihan tidak percaya... sebab ada yg rasa tidak cukup sekadar jawap tidak percaya saja !

Bilangan pengundi tidak berubah walaupun ada yg pilih lebih satu jawapan. Contoh kalau anda klik 3 ruangan, anda tetap dikira sebagai satu pengundi.
dan satu IP hanya boleh undi satu kali saja

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 2:29 AM

Bro Din,saya notice satu lagi gejala baru yang telah wujud dlm UMNO kebelakangan ini. Pro Ah Jib Gor punya supporters dlm UMNO sanggup mengaib kan mana mana ahli UMNO yang TAK SOKONG Ah Jib Gor.

The culture now in UMNO is ' Dog eat dog world' punya prinsip sekarang. The sad part is kerana SEORANG dlm UMNO,kesemua keburukkan ahli UMNO yg tak sokong si Bugis ini,their linen will be washed in public by penyokong Ah Jib Gor. Budaya mcm ini is unhealthy and will lead to NO respect and support in the next PRU14.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 7:22 AM

Aku x vote din sebab xde jwapan tulis I love p.m dengan 1m4u...minta maaf!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 7:42 AM

. I have seen the statements," said Mr Arul

Din Dia tak kata nampak duit dalam TUNAI dia kata STATEMENT and boleh jadi Bank Statement or Bon Statement or James Bon Setanment dll. Malaysia macam macam ADA..

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2015 at 7:58 AM

Penipuan menutup menipuan... sekarang unit2 ini akan jadi igauan najib dlm masa terdekat... yg akan menjadi persoalan apakah yg dimaksudkan unit ini? Dan berapa nilai semasa unit ini?
Dari cayman ke dollar ,dari BSI ke aset, dari aset lebur ke unit.... adakah dari unit bertukar menjadi spender ? Kita tunggu saja

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2015 at 8:06 AM

Bro, habis tu yang tipu kata tidak dibawa balik sebab birokrasi Bank Negara macam mana pula? Tak kan nak bawa balik sekeping dua kertas unit Bank Negara perlu luluskan? Pelik jugak negara ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
May 22, 2015 at 8:13 AM

Apa yang susah sangat ni?
Sebagai contoh:
Kesilapan tu kalau duit ada RM100.00 tapi taip kenyataan tulis RM1000.00 (Terlebih satu "0"). Boleh la kita anggap sebagai typo. Malah kalau di tulis RM10,000.00 pun masih kita boleh bagi benefit of the doubt bahawa ianya kesilapan yang tak disengajakan dan terlepas pandang.

Tapi kalau duit yang ada cuma RM100.00 tapi kenyataan ditulis RM1,000,000,000.00 boleh di terima sebagai typo ke??? Boleh terlepas pandang lagi ke? Kalau masih kata kesilapan dan terlepas pandang maka cepat-cepat la taip surat resign.

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2015 at 8:14 AM

Macam ini lah DT. Lihat dari segi perekonomiann1MDB.. he..he..

1. Bila berniaga, hendak memiliki aset (sepatut nya di perolehi dengan harga murah di sebabkan kepentingan kerajaan sebahagian atau sepenuh nya ) dalam kes keistimewaan 1MDB di pengerusikan PM, secara tidak professional telah melibatkan hutang mendadak 42 bilion bersandarkan sukuk.

2. Sekarang kita kaji, aset-aset tersebut di perolehi dari pinjaman wang dan di bayar tunai kepada pemilik yang sudah tersedia keistimewaan melampaui batas berurus dengan kerajaan sebelum nya. Mereka memperolehi untung berlipat ganda dari kemudahan kerajaan sediakan sendiri memudahkan urusan mereka.

3. Kita kaji nilai semasa syarikat dan perolehan dari nya berbanding hutang luar biasa yang di pinjam untuk memiliki aset tersebut. Adakah 1MDB mendapat keuntungan jangka pendek dan terus melestarikan untuk jangka panjang ? Perlu di ingat seperempat dari hutang besar - sebagai komisen urusan ejen / konsultan, di tanggung sepenuh nya 1MDB ! Nilai ini di terjermah dalam bentuk bunga / riba yang mesti di servis mengikut tarikh perjanjian sehingga di lunaskan sepenuh nya. Beban nyata 1MDB tanggung. Mungkin sukuk matang 30 tahun...

4. Sekarang kita lihat, semua urusan 1MDB itu BERHUTANG. Wujud tidak aliran tunai dan perincian akaun urusan semasa ? Umpama akaun peribadi kita kosong di bank, mungkinkah ada rekod aliran keluar masuk tunai? Ada kah kita miliki kertas unit saham yang juga kita sudah cagarkan ? Atau hartanah / rumah kita dalam bentuk fasilti "overdraft?" yang telah di gunakan ke tahap maksima ? Bila kita hendak mencairkan aset kita yang telah di cagarkan, nilai semasa tidak pula boleh menampung pinjaman sedia ada. Malah tidak boleh pula di jual kerana beberapa kekangan undang-undang dan perjanjian. Apa pilihan ? Setiap urusan seterus nya melibatkan kos yang mesti di tanggung. Kita sudah tidak berduit.

Kesimpulan nya :- Apa sahaja alasan masih memiliki tunai, atau hampir tunai, itu semua liabiliti syarikat yang sebenar nya sudah statik kecairan. Cuma lebih tepat dari segi gaji / elaun dan sebagai nya untuk staf dan keperluan 1MDB, datang dari mana pula ? 1MDB belum lagi mendapat pulangan pelaburan. Itu yang di maklumkan kepada kita.

Sebenar nya urusan 1MDB sepatut nya "money making entity" dalam situasi teristimewa urusan eksistensi nya. Kenapa berbelok-belok sehingga melibatkan yang tidak sepatut nya, sehingga boleh "menggadaikan" semua nya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 9:36 AM

Tu la smlm saya ingat duit tu dlm bentuk kertas yg tertulis "ini RM20 billiun la, siapa x nampak anak haram", hari ini sudah tukar plak....adus

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 10:22 AM

Bila najib nk turun ni..makin lama makin besar peluang pr nk rampas ptjaya..dilihat pada mood rakan2 sekeliling semuanya bencikn najib..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 11:00 AM

baguslah jugak kalau pr menang....biar tun dan kuncunya meraban...biar najib berputih mata ..biar muhyidin juga berputih....biar orang melayu terkesima dan jatuh terduduk...biarlah....

alang-alang jatuh-menjatuh...biarlah jatuh semuanya...baru puas hati.....bangsa yang tak bersyukur dgn nikmat hari,tentunya takkan bersyukur akan nikmat hari esuk.

tgk iraq...nikmat masa saddam walaupun sedikt tak disyukuri...jadinya kemusnahan pada hari ini...jadi abu dan arang kesemuanya....puas hati rakyat iraq tambah lagi dgn is...berbaloi sungguh!!!
parti umnopun begitu...dahlah melayu yg sokong...ironinya melayu dan separuh melayu jugak yg hendak meruntuhkannya....inikah parti keramat??...keramat untuk ahli dan negara atau keramat untuk geng sahaja??

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2015 at 11:04 AM

@Anonymoussaudara anggap Bugis tu separuh Melayu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 11:17 AM

Kalau crita lain dr 1mangkung dan org x kecoh blh le nak kata salah tafsir. Klu yg dok dlm fm tu memang x tau baca blh ar kata salah tafsir. Klu pm dtg dr golongan "high" blh le kata salah tafsir...

Smua yg terlibat dlm kes ni dan masih nak cover patut di sumbat ke dlm psl nipu atau. Kesemuanya dibuang keje psl bodoh x tau baca dan x tau buat keje...

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2015 at 11:19 AM

Nampak terang dan nyata PM kita ni sedang membawa negara kita dlm kehancuran.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
May 22, 2015 at 11:26 AM

Undi. Jangan tak undi!!

Character assassination telah bermula. Najib tetap nak pegang kuasa. KP JASA @barang reject Batu Pahat dah mulakan serangan. Dah terjawab persoalan siapa orang yang kumpul bekas penganut PR untuk hentam Tun M dalam berita TV3.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 11:27 AM

@Anonymous

hahaha, kelakar la engkau ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 11:28 AM

saya pun setuju aku akan sokong dap harap parti islam asyik potong potong je kata tun. harap pkr ugama dan bangsa dah dijual nya harap umno asyik rasuah je. elok aku sokong dap semua boleh, tak payah ikut ugama, nak tongang nak tungeng tak de masalah masa itu jaip, maip ke tak boleh buat ape ape. mase tu siapa rajin siapa berani akan maju konsep malaysian malaysia. baru adil ikut meritokrasi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 12:08 PM

Najib: Husni hang pi cakapla apa yg patut.aku dh xtau nk kelentong dh.
Husni: Ok boss.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 12:55 PM

Bnyk no Corn sultan, sampaikan dia pun dah tahu apa yg terjadi, tu yg benda dah dlm bank pun boleh berubah ubah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 1:06 PM

satu Malaysia dijual borong...sian kat aq...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 3:10 PM

Salam...

Yang saya heran tu kenapa berhutang sampai RM42B kalau aset yang nak beli nak dibeli "baru berharga RM15B..?

Katalah campur tolak kos penggajian & operasi, kita tambah lagi RM5B (banyak tu RM5B, tapi kita tutup mata jelah kat sini), jumlah baru RM20B..

Jadi, mana peginya RM22B lagi..? [(hutang, RM42B) - (aset+operasi RM20B)]

Mereka cakap dalam bentuk aset/Unit ke Paper ke, mungkin bond dsb...tapi kena jugak keluarkan duit untuk invest beli aset2 tu kan..?

Yang rakyat tanya, adalah mana perginya duit baki dari hutang 1MDB, selepas pembelian aset2 tu..?

Simple, senang, mudah, kacang je kalau nak jawab...tu dia bola tanggung yang TDM dok bagi kat PM, tapi tak nak di menafaatkan usaha TDM. Sebaliknya, seperti dalam MyKMU, TDM plak yang kena kutuk. Penyokong2 bengong tak berujung!!

....Wallahualam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 3:22 PM

@Anonymous

Hang terlupa baca perenggan yang atas kut...ni ha full statement:

“Wang tunai itu ada di dalam akaun kami dan dalam matawang AS. Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya,” - Arul Kanda 7 Februari 2015"

Kalau orang/wartawan salah lapor...kenapa dia tak betulkan awal awal...kenapa ambik masa bulan bulan baru nak declara bukan "Tunai"?

Yang ni satu.....tu yang lanun bugis aka cina celup: Ah Jib Gor punya statement pulak macam mana???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 3:29 PM

@Anonymous

Apa yang ko merepek ni?

Nak bersyukur macam mana tu? dengan menutup mata dan mendiamkan segala penyelewengan yang di lakukan oleh Lanun Bugis?

Ini bukan bersyukur namanya ...Ini tak bersyukur dan Allah murka.

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2015 at 4:53 PM

kesian gak aku tengok pak nib...makin menggelabah !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 4:57 PM

en din turtle... saya baru lepas vote dan undi saya adalah bukan rahsia...

1-saya vote tak percaya...sbb secara realistiknya rakyat yg waras seperti saya xkan percaya dgn statement yg ketara peliknya.

2. saya vote...hahahahah lawak siot.... sbb geli hati plak cara jawapan yg diberikan... hanya budak pra skolah abad ke-17 je mampu di bohongi sedemikian... utk rakyat yg dah berpendidikan...malah ada yg mendapat CGPA 3.85... statement yg di berikan sngt kelakar & x munasabah.

3. saya vote ....saya putar lagi... hahahaha.... sbb nak tengok episod terbaru ...apa pulak lg lawak yg nak dibuat lepas ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 7:03 PM

Ajaib sungguh nu..simpan wang tunai boleh jadi asset dalam mata wang USD plak tu......aku pun nak simpan duit kat sana kot-kot tukaq jadi jongkong mas...dalam mata wang pound.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 11:40 AM

@Anonymous
Ha ha. Gelak sorang kt opis aku bace comment ko nih.
Orang johor ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 8:08 AM

Ini bukan apa, key dengar gurus di longitude ayer dalam tempahan dibawah lagi
Aleh belum hujan rahsia telah bocor
Kalau sempat hujan segala gala akan beres
Kira kurang nasib baik atau Bodoh
Sekarang terimalah akibat nya

Post a Comment