........... Tunggu Audit ! Tunggu Audit ! Alasan Yang Semakin Lemau dan Basi ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tunggu Audit ! Tunggu Audit ! Alasan Yang Semakin Lemau dan Basi ...

Friday, May 22, 201553comments

Artikel kali ini saya nak sentuh tentang satu ayat yang paling kerap kita dengar dari pro Najib sejak akhir2 ini, iaitu - TUNGGU AUDIT. 

Asal sentuh je 1MDB, pasti akan dijawab dengan Tunggu Audit! Bila audit siap ? Bulan depan dikatakan baru laporan awal audit siap, laporan akhir pula entah bila nak siap. Sehingga itu, kita akan terus didendangkan dengan alasan Tunggu Audit! setiapkali kita pertikaikan tindakan TERBARU apasaja berkaitan 1MDB.

Jom kita lihat kembali saat2 kelahiran Tunggu Audit!...

28 Feb - Sarawak Report keluarkan beberapa artikel panas mengenai 1MDB dan Jho Low @ Heist of the Century. Waktu ini juga heboh dengan isu harta pusaka yang menjadi sumber kekayaan keluarga Najib dan anak tirinya.

4 Mac - Najib keluarkan arahan supaya Ketua Audit Negara siasat 1MDB.

Secara efektifnya arahan itu telah dijadikan alasan untuk menutup mulut para pengkritik di mana semua pertanyaan dibalas dengan -Tunggu Audit. Waktu sama kabinet pula keluarkan kenyataan 1MDB OK. 

Arahan audit ini juga dikeluarkan beberapa hari sebelum Parlimen bersidang.

8 Mac - Selang beberapa hari selepas itu, Najib bersama Ketua Bahagian bersolidariti

10 Mac - Kementerian Kewangan jawab beberapa soalan mengenai 1MDB termasuk jawapan bertulis Najib tentang wang tunai 1MDB dalam akaun Singapura, tentang pinjaman RM2 bil untuk bayar hutang tertunggak, tentang standby kredit hampir RM 1 bil


Sejak itu sebarang pertanyaan mengenai 1MDB akan dijawab dengan - TUNGGU SIASATAN AUDIT.

Mulanya kita termakan jugalah dengan alasan audit ni. Tapi bila mula timbul cerita 1MDB jual tanah TRX, ramai yang dah mula tertanya2 ...... kenapa tak tunggu siasatan audit ?

Kemudian terbaru Najib pula buat pengakuan 1MDB bermasalah hutang terlalu besar dan mahu Kementerian Kewangan ( yang secara kebetulan dia juga jadi Menterinya ) bantu selesaikan ..... rakyat dah mula gelisah. Kenapa tak tunggu audit ?

Terbaru Najib buat kluk klek dengan meminda Kenyataan Bertulis Parlimennya dari wang tunai kepada Aset kepada Unit, kononnya tersilap tafsir. Tu dia ..... tak perlu tunggu Audit, Najib sendiri dah tukar fakta !

Yang paling terbaru, terdengar ura2 TNB akan beli aset IPP milik 1MDB ( KLiK Syed OSTB ) ..... woooi ! Tak mahu tunggu siasatan audit dulu ke ? ? ?

Nampak gayanya alasan Tunggu Audit ini hanya laku sebelah pihak jer yakni kepada rakyat. Rakyat diminta bersabar sehingga Ketua Audit Negara dan PAC selesai siasat, jangan banyak tanya, jangan buat spekulasi, jangan kritik  ...... tapi 1MDB bebas berurusan seperti biasa. 

Ini termasuk langkah2 ala BAIL OUT oleh kerajaan ? MANA ACI macam ni ......

Ramai yang dah mula lihat arahan Najib supaya audit siasat itu lebih berupa satu gag order atau alasan tutup mulut, atau alasan untuk beli masa bagi melakukan usaha menyelamat 1MDB.

Hingga gesaan TPM supaya ahli lembaga pengarah 1MDB dilucutkan jawatan pun dibalas dengan Tunggu Audit !


Apakah ada larangan dari segi undang2 yang menghalang 1MDB atau Menteri Kewangan dari perlu menjawab persoalan rakyat ?

Apakah sekiranya 1MDB dan Najib jawab, jawapan2 itu akan berlainan dengan hasil siasatan audit kelak ? Ya, kemungkinan besar rakyat tidak akan puas hati dengan jawapan yang bakal diberi sebab memang standard Najib tidak pernah nak beri jawapan yang tepat dan jelas ... tapi rakyat berhak untuk tanya dan untuk dapatkan jawapan..... Apatah lagi dengan segala perkembangan yang berlaku akhir2 ini.

Paling tidak, Najib boleh jawab apa yang beliau tahu dan atas dasar apa beberapa keputusan dibuat. Contohnya, bila Najib kata 1MDB mempunyai masalah hutang yang terlalu besar - Apa maksudnya ?

Dan bila Kementerian Kewangan diminta bail out, Najib harus bertanggungjawab untuk beri penjelasan.

PENDEK KATA - Alasan Tunggu Audit dah tak boleh pakai kalau ia hanya untuk sebelah pihak sedangkan pihak 1MDB dan kerajaan makin menambahkan kerja buat pihak audit dengan pelbagai transaksi yang meragukan.

Ini bukan bermakna kita tidak hormat kepada Ketua Audit Negara dan PAC tapi bila 1MDB dan kerajaan sendiri tidak hormat,  rakyat terpaksalah ikut sama !

PS - Jangan lupa mengundi samada anda Percaya atau Tak Percaya dalam Poll yang saya buat mengenai Kesilapan Tafsiran oleh Menteri Kewangan dalam isu dana 1MDB di Singapura ....dari Wang Tunai kepada Aset kepada Unit. Poll ada di penjuru atas kanan blog ( web version )

Share this article :

+ comments + 53 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2015 at 11:56 PM

Yg pelik d negara kita ni......KESALAHAN yg d lakukan bukan lagi MARUAH yg perlu d tebus....Atau siasatan perlu d jln kan dgn kadar segera. URGENT. Apa lagi ? Rupanya nak buat salah ni kena kira bulu jugak la. Apa.yg special sangat najib ni ? Takde apa pun....mati bawak kain kapan je....selain dosa2 beliau tu dia punya pasal la....
Mana badan2 berwajib ? Kuasa anda telah MATI.....anda tidak lagi d hormati....yg d buru pesalah2 trafik.....pesalah penipu tu tak pe pulak....buy time ni banyak la yg boleh d pinda....d reka...sedar lah anda..keyakinan rakyat sudah terhakis.sama sekali.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 12:23 AM

Kalau PM dan MK dah sampai tahap berbohong dlm parlimen...wakil2 rakyat dlm parlimen tak boleh buat ape2 ke? Ke nak main sandiwara perang media je? Bunyinye skrg wakil2 rakyat BN pon dah tak tahan sangat dah.... kenapa tak buat undi tak percaya je? Tak boleh ka....tada berani ka? Ujung2 rakyat jugak yg kena dulu....wakil2 rakyat pon asyik tunggu audit je...

Memang betul lah.....apa2 pon...rakyat di dahulukan...

....................
Reply To This Comment ...................
May 23, 2015 at 12:43 AM

Perseolan ditimbulkan oleh AKJ ada relevannya.....
http://kadirjasin.blogspot.com/2015/05/the-final-script-in-1mdbs-saga_22.html?m=1

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 1:04 AM

Alasan tunggu audit memang kelakar. Selain dari tunggu audit..satu lagi reaksi najib ialah..solidariti. Setiap kali chedet tanya soalan cepu cemas, mulalah cari umno utk dapatkan solidariti.

Sementara tu, 1MDB tetap beroperasi secara luar biasa.😠

Aku cadangkan kita rajin2lah tweet @najibrazak mintak dia letak jawatan. Memang banyak je orang yang tweet macam ni. Lagi keras pun ada. Tapi lagi banyak yang tweet lagi bagus. Biar dia lemas.



....................
Reply To This Comment ...................
May 23, 2015 at 1:16 AM

Tunggu Audit Negara dan PAC? Persoalannya...adakah kedua2 badan ini akan menjalankan AUDIT FORENSIK seperti saranan Tun M? Adakah ianya boleh diyakini tidak akan tunduk kepada kuasa Executive? Cuba lihat entry terbaru A.Kadir Jasin yg mempersoalkan adakah benar usaha dari dalam sedang dijalankan utk sabotaj siasatan PAC? Adakah ianya bakal digunakan semata2 utk 'membersihkan' 1MDB dan menutup mulut pengkritik atau ianya benar2 ingin mencari kebenaran?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 1:34 AM

Kalau kat opis wat statement palsu pasti kena..silap2 kna buang keje dan mak ke dlm...camne la org nak percaya pihak brkuasa lgi....yg terang2 bagi statement palsu dan terang2 declare maklumat palsu dan menipu seluruh rakyat malaysia blh trus idup tanpa rasa salah/malu....

Betul nya siallah jadi rakyat malaysia klu camni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 1:54 AM

Betul tu...tak tau malu betul PM camni. ..ada batu dalam kepala..rasa denyut nadi rakyat kononnn...retorik je lebih..

Kat mana2 sekarang ni orang asik bercerita je pasal Flom aka merilyn monroe (tergelak pulak tadi terdengar kat restoren) pasal raja bugis gila kuasa, lebih2 lagi pasal brainchild genius mendahulukan duit rakyat 1mdb.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
May 23, 2015 at 2:21 AM

1MDB beli IPP mahal-mahal tapi tak mendatangkan keuntungan. Mengapa pula TNB nak ambil alih bisness yang tak menguntungkan yang dikhabarkan bernilai 16 bilion dari 1MDB?

1MDB beli mahal - jual pada TNB harga lagi mahal = tarif letrik turun? Hebat matematik Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
May 23, 2015 at 3:03 AM

Masa audit... kompeni kn tutup ke? Mmg trus xleh mniaga ke?pkerja kn amik cuti xde gaji ke? Kalut betul, ?? Korang xde amik loan beli tu beli ni ke? Korang loan ratus2 ribu beli rumah dgn kereta , korg dh nk bangkrup ke?xde pulak nk pegi siasat LGE perabis duit buat kajian tunnel,rafizi pon xberani suruh siasat...ish3

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 3:19 AM

ketua audit dan pac pun patut diaudit sekali oleh sprm..
mamat mamat tu bukan boleh pakai sangat..pelingkup mungkin

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 23, 2015 at 6:34 AM

Assalammualaikum wmt,
Untuk selesai masalah hutang 1MDB, Najib terpaksa gunakan mana-mana syarikat GLC yg untung banyak. Lepas satu, satu syarikat berkenaan diguna untuk beli apa yg boleh dijual oleh 1MDB. Pemimpin UMNO masih diamkan diri. Para menteri tak berani bersuara pun. Rakyat semakin mudah jadi bengang. Yg buat salah najib 'and the gang', yg akan terima padah UMNO/BN.
Bila BN kalah nanti, tak mustahil akan huru-haralah negara ini.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 6:43 AM

nama pun melayu kampong mane reti bisnes berbillion billion. jual goreng pisang dan apam balik tau lah. jelas sekali pengomen pengomen bebal dan dungu. IPP ni tau tak siapa punye, taukeh YTL, Bukhary, Ananda ASTRO, itu yang najib beli. siapa yang buat IPP ni tuuuu orang tua nyanyuk. setiap tahun kerajaan bayar kat IPP atauTNB berbillion itu yang najib suruh 1MDB beli. Pak din betui tak sekali sekali tolong cerita yang benar. Tunggu lah sat berniaga kena ambil masa skit. aku dengar budget tahun ni BRIM najib bagi RM 1500 orang bujang RM 500, budak sekolah RM 200 baucer buku RM 350. best nye GST ni. tahun depan mestilah lebat tu sal pendapatan rakyat menjelang 2020 RM 5000 setiap isi rumah. pengomen2 anti najib mesti gigit jari depa bukan mau duit haram duit cukai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 7:05 AM

@Anonymous bukan dia baca pun. lagi tweet lagi dia kata bil rakyat sokong bertambah. dia tengok bil tweet jer tu

....................
Reply To This Comment ...................
May 23, 2015 at 7:24 AM

@arabmeniaga mcm biasalah tanpa perlu jual aset jual tanah jual ipp bagai..... kata 1mdb ok ?

Kalau tak ok, mengakulah dan ceritalah kenapa tak ok.

Ini mulut kata ok tapi belakang buat benda mcm tak ok. Itu yang rakyat marah sebab rakyat yg tanggung bukan harta pusaka najib

....................
Reply To This Comment ...................
May 23, 2015 at 7:31 AM

@Anonymousjanganlah menghina pengomen lain...

ya, milik penama2 itu tapi kenapa tak serah je pada tnb dari awal ? Kenapa beli mahal ? Kenapa tak tunggu je kontrak habis ? Bila kontrek habis, semua ipp jadi milik tnb free jer.

kalau tahu nak jadi begini, lebih baik takde 1mdb !

Rakyat lebih suka status quo lama dari negara terpaksa berhutang billion2 dan tanah tergadai.... tak gitu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 7:39 AM

anon 6;43...tabik spring..awak kaya awak awak kaya tu sbb awak tak kesah ntah brapa keturunan awak bayaq utang najib sbb 1 Malaysia dijual borong...ytl bukhary semua buat yg najib gediksz beli ngan rega mahal terlampao hape kes..kata md2 1 Malaysia dijual borong semua bijak2 blaka..bijak nipu keeee...

....................
Reply To This Comment ...................
May 23, 2015 at 7:52 AM

Najib arahkan audit dibuat sebab apa ? Sebab berlaku percanggahan pandangan ..... rakyat duk tanya mcm2 dan tuduh 1mdb ada masalah tapi najib dan 1mdb kata tidak ada masalah.... jadi nak selesaikan, Najib suruh audit. Betul kan?

Jadi sementara tunggu audit siap, janganlah najib buat mcm 1mdb sebenarnya bermasalah. Jika kedua pihak sekarang sudah bersetuju yg 1mdb bermasalah, tidak perlulah audit ! Cuma jawab jerlah semua persoalan rakyat

....................
Reply To This Comment ...................
May 23, 2015 at 8:19 AM

Saya org kg....tapi tak perlu mendabik dada dgn angkuh mengaibkan org dgn fakta spt anda. Tak PERLU PUN. Mak bapak anda atau nenek anda bukan org kg ? Jgn menghina sbb sebenarnya anda menghina diri sendiri...menghina kejadian Allah. Anda ni hebat sangat kah ? Mati Nnt bawak kain putih je....tanam pun org tlg.
Ramai lagi yg jual goreng pisang apam balik roti canai kuih muih yg berhati lebih mulia dari anda. Berusaha...Tak perlu brim pun.....mungkin anda perlu kan sedekah utk hidup d bandar.
TLG JAGA BAHASA ANDA.
ANDA MISKIN MINDA.

....................
Reply To This Comment ...................
May 23, 2015 at 9:08 AM

Sekarang najib tak tunggu audit lagi...
Dia tunggu dr M salah langkah..
Dia tunggu TsMy komplen lagi..
Dia tunggu penyebar video TsMy ditangkap
Dia tunggu rakyat lupa 1mdb
Bunyi mcm dia lawan umno sama rakyat
Bukannya dia lawan Pembangkang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 9:37 AM

Kutuk2 IPP..antaranya mikik Ananda..tapi duit ananda 2b gak ditagih utk servis loan..beli IPP dah mahal..tentu jual pd TNB lg mahal..camner nak turun tarif letrik...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 9:46 AM

Baru2 nie PM Korea Selatan telah dan sanggup letak jawatan sbb isu rasuah usd27,600....lebihkurang rm99,000 duit kita. Isshhh...Ishhh...byk tu jea pun dah letak jawatan...apa ker bengap smpai nak letak jawatan...kan dah rugi!!!

Apa2pun memang tak boleh challenge laa...owang kt Malaysia nie....berbilion2 RM dah kena songla. ..dia boleh buat derkkk jea...itulah manusia 'terhebat' abad ini!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 9:48 AM

Perasan tak

1. Mantan Presiden dan PM TDM mulakan
2. Timb Presiden dan DPM Muhyiddin dah bersuara.....kecoh dibuatnya
3. VP Shafiee Afdal pernah beri pandangan dan kerisauannya
4. KBU Syed Ali Cheras dah berani buka mulut
5. KP Khairy juga buka mulut malah minta jho low disoalsiasat
6. Timb KP Anwarrudin dah minta polis siasat
7. Speaker indirectly not happy with PM on unrelated issues
8. Who's next please??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 10:06 AM

Sebeb itu eloklah semua yang terlibat itu dipecat atau digantung tugas. Agar mereka tidak boleh mengganggu penyiasatan. Kalau tidak akan terus berlakulah pindaan demi pindaan ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 10:11 AM

Anon, you pun ambil cerita Ani Arop. Sebenarnya you blh check berapa jumlah pembelian tenaga dari IPP dlm income statemant TNB. Kalau kos pembelian tenaga kurang 19b maka mcmana kerajaan blh rugi 19b? Cuba check P&L IPP dan campur kesemua net profit u blh dpt 19b. kalau tak dpt itu cuma auta Ani Arop.
You tau tak Ani Arof tu tak blh kira keperluan tenaga letrik pd 1992,sbb tu berlaku national blackout. Nasib TNB tak kena saman ganti rugi berbillion dari pihak swasta akibat gangguan letrik. Kalau harap kat Ani Arop mungkin kita dah hadapi krisis tenaga.U tau ka apa yg dimaksudkan krisis tenaga.
You marah Tun M adakan IPP pasai apa lani kerajaan tak suruh saja TNB buat loji tenaga, kenapa Suruhanjaya Tenaga bagi 1MDB Mitsui buat loji kat Jimah NS. Bukan ka depa tiru Tun M.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 10:34 AM

@dinturtle Odit sirim kat tempat aku 1 hari jer boleh siap, macam macam sop, wi ..preventive mtnc..corrective mtnc .dll kena periksa. ini odit jer berbulan silap silap makan tahun. kalau odit bila dah 6 bulan dah setel semua dah jawab semua dengan tindakan sekali...1mdb ni odit apa? heheh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 12:22 PM

Productive borrowings...hmmm...why not?

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
May 23, 2015 at 12:52 PM

TQ sebab defend aku. Aku tak mahu hijack topik asal artikel. Ramai yang dah kehadapan bercerita tentang IPP ni.

"Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan"
Berapa bulan Najib tak laungkan benda ni? Dah lupa ke? Sila baca statement MOF (Najib dan Ahmad Husni) mengenai pelan pemulihan hutang 1MDB. Cuba cari perkataan 'RAKYAT' dalam statement tersebut. Kalau tak jumpa, teruskan mencari. Jangan berputus asa.

Bilakah rakyat akan didahulukan? TUNGGU AUDIT SELESAI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 1:01 PM

@Anonymous

Aku dari dulu agi tak sokong segala jerung IPP yang dapat "lopsided" agreement ni...ini diantara aspek yang aku tak sokong Tun M.

Tapi....yang aku peliknya kenapa kerajaan Lanun Bugis ni pegi beli pulak IPP IPP yang dah nak tamat tempoh ni dengan harga yang berbilion lagi mahal dari pasaran?

Kata nak tolong TNB? nak jimat duit kerajaan? nak turun harga elektrik?

Ke nak tolong IPP yang nak tamat tempoh? Ah Jib Gor Nak join Tun M mengkayakan lagi IPP IPP ? yang lepas ni dah tak dapat buat apa apa sebab lesen / kontrak dah nak tamat????

Hairan aku!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 1:24 PM

Propaganda kerajaan Ah Jib Gor the Bugis liar pandai,under the pretext nak jimat a few dollars untuk rakyat ,berBILLION BILLION di belakang kita.

President Richard Nixon masa di tangkap 'red handed' semasa scandal 'Watergate' kenyataan yang pertama di keluar nya ia lah "I am not a crook". Si Ah Jib Gor the Bugis LIAR have been issuing a few similar remarks in that content toady,waspada wahai rakyat Malaysia!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 1:47 PM

salam,
rasa dah malas nak bincang bab 1mdb ni. tapi itulah yg dikehendaki oleh penyokong ahjibgor, tutup mulut dan tunggu audit. ambil masa. jual ipp, tak perlu buang pengarah, ceo sebab kena tunggu audit. jual hartanah tak perlu tunggu audit, terus jual kerana 1mdb kena teruskan perniagaan. bila dah dapat audit, semua benda dah jual. sekarang paksa tnb beli ipp dengan harga mahal. tapi kata itu harga yang berpatutan. kalu dah beli kenapa jual. bila jual mesti ada sebab. sekarang jual, duit hilang tak tau ke mana. jual-jual. duit pi mana? semua ambil mudah jer, tunggu audit, tunggu audit, baru betul caranya. kalu pecat salah dan silap, nampak kejam. habis tu yang buat pinjaman tak kejam kepada negara dan melibatkan rakyat secara tidak langsung. dalam fikiran buruk saya, 1mdb ni lebih kepada bank orang yang nak membersihkan wang tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 2:28 PM

@Melayu Kampung

Janji dichapati.

Rakyat dibahulukan. Penchapatian diutamakan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 3:07 PM

selain dari isu 1MDB yang Tun tekankan ada satu lagi isu yang besar atau lebih besar dari 1MDB. Isunya adalah adakah nyawa politik umno dan BN. saya rasa najib tetap kena letak jawatan walau PAC menyatakan tiada masalah dengan 1MDB (walaupun dah terang terang ada masalah seperti yang diakui oleh najib).

sama Najib undur sekarang esok atau selepas PRU nanti. keputsannya sama saja beliau akan lepaskan jawatannya sama ada dipaksa atau terpaksa atau wajib .. hehehe.

Namun jika Najib berundur sekarang mungkin UMNO masih boleh diselamatkan. PILIHAN adalah ditangan anda

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 3:11 PM

bayar tarif naik...rakyat didahulukan
rasionalisasi subsidi...rakyat didahulukan
GST..rakyat didahulukan
gaji dan elaun naik mencanak...wakil rakyat didahulukan

banyak cantek!!!

....................
Reply To This Comment ...................
May 23, 2015 at 3:48 PM

Salam. Nak tanya kepada semua.....sesebuah syarikat yg sedang di audit, perlukah menutup operasinya?

Bila bertanya tentang rakyat didahulukan....apakah yg sebaik2nya kerajaan perlu buat?

Jika pun najib letak jawatan dan selesainya isu 1mdb ni.....adakah akan selesai semua masalah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 4:51 PM

Bro.

Here is an excerpt of interview with Nur Jazlan (PAC) taken from:http://www.malaysia-today.net/lower-auditing-standards-seem-to-have-been-applied/ :

“As a trained accountant, are you surprised by what you see in the accounts?

Personally, and not as the PAC chairman, I am very surprised at the lax leeway given and the stretching of the auditing standards. Then, there is the special treatment given to 1MDB compared with other commercial enterprises and GLCs.

When you look at the accounts, should there have been a uniform application of standards?

The standards are there. The question is whether you want to apply them to the highest or the least degree. In this case, it was applied to the least.

It’s not like these firms are not reputable international companies. They have been auditing other listed companies. They should actually observe a higher standard.”

And that is only the beginning or on the surface!!!! I wonder what will they find when they go deeper!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anony
May 23, 2015 at 5:47 PM

Duit 1mdb tak hilang. Cuma kita cari tak jumpa. Kalau Tanya bomoh permaidani terbang pasti dia boleh selesaikan tekateki ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 6:19 PM

@KERIS BERAYON

Bro

Soalan sama...Orang dah jawab kat atas tu..pi baca balik...

Kalau Najib letak jawatan bukan semua masalah boleh selesai...

Tapi ini dinamakan "accountability"....punca masalah aka Najib mesti letak jawatan!

Lagi satu masalah masalah serupa ini di masa hadapan insyallah dapat dielakkan dengan tiada nya Najib!

....................
Reply To This Comment ...................
May 23, 2015 at 9:30 PM

Memandangkan beliau lemah bagaimana harus beliau menjawab ? Skrg menagih sokongan utk terus berkuasa. Utk apa lagi ?
Saya pun dah jelak isu najib ni....cuma saya bermunajat agar Allah tunjukkan kebenaran agar yg salah tetap d hukum. Ingat...penipu akan d potong lidah jib......ustaz saya kata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 10:08 PM

Perdana Menteri.... Najib.
Menteri Kewangan..... Najib
Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB....Najib

Jadi sebenarnya....

CEO 1MDB report pada Najib
Lembaga Pengarah 1MDB report pada Najib
Auditor 1MDB report pada CEO report pada Najib

Ketua Audit Negara report pada Menteri Kewangan....Najib

Menteri Kewangan report pada Perdana Menteri.....Najib.

Pusing ikut mana pun, semua sekali akhirnya report pada Najib. Jadi kalau auditor syarikat dan Ketua Audit Negara jumpa masalah pun, rasa2 mereka nak lapor ada masalah ke tidak, memandangkan semuanya berakhir dengan Najib.

Auditor di bayar oleh syarikat, mestilah report akan mengikut kehendak syarikat. Ketua Audit Negara pun gaji dibayar oleh Najib, mestilah laporan akan mengikut kehendak pembayar.

Lupakan saja lah pasal audit ni. Sebab itu Tun Mahathir bertegas Najib yang patut jawab semua ni.

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2015 at 12:20 AM

@Anonymous
Kalau kerana accoutability, kenapa tak desak lim kit siang atau kak jijah atau lim guan eng letak jawatan juga? Kenapa yea?

Masalah takkan selesai kalau pun najib letak jawatan kerana pihak pr sentiasa akan cari salah dan silap kerajaan bn. Masih ingat kes altantuya?Najib beesumpah dalam masjid tak kenal altantuya. Masih ingat kes kapal selam scorpene yg dikatakan tak boleh meyelam? Elok je menyelam. Siap bawa lge ikut.

Masalahnya korang ni berfikiran ikut hati. Bukan akal. Inilah jadinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Small Green Fish
May 24, 2015 at 1:23 AM

Jawaban
Soalan 1 - Jika syarikat itu terlibat dalam penipuan ( seperti yang berlaku di dalam parlimen baru-baru ini di mana US Dollar tiba-tiba sahaja bertukar menjadi "units. Just units") maka syarikat itu patut diberhentikan operasinya tanpa perlu audit pun. Banyak syarikat yang menjalankan skim yang menipu duit rakyat diberhentikan daripada beroperasi dan ditutup serta-merta tanpa perlu audit pun
Soalan 2 - Kerajaan perlu mengambil tindakan berikut:
(1) Perdana Menteri dan Menteri Kewangan perlu meletakkan jawatan kerana bertanggung jawab menubuhkan 1MDB dan terlibat secara langsung dalam menguruskan 1MDB menerusi Lembaga Penasihat ( memetik kata-kata bekas Perdana Menteri Tun Mahathir "Nasihat Perdana Menteri adalah arahan")
(2) Operasi 1MDB perlu diberhentikan serta-merta kerana menipu Parlimen dan rakyat Malaysia. Semua dana awam (public funds) dan syarikat GLC perlu dilarang melakukan urusniaga dengan 1MDB dengan serta-merta.
(3) Siasatan yang telus dan terperinci perlu dijalankan oleh pihak yang bebas (independent) dan tindakan undang-undang diambil
(4)GST perlu dihapuskan kerana terbukti zalim dan menindas rakyat serta sangat dibenci rakyat. Rakyat menganggapnya sebagai satu pengkhianatan oleh kerajaan yang sepatutnya membela mereka. Ini ditambah pula dengan penghapusan pelbagai subsidi (yang sudah pun banyak menguntungkan kerajaan) Pengurusan kewangan yang boros di peringkat tertinggi kerajaan sangat menghiris perasaan rakyat. Kerajaan dilihat sebagai tamak, gelojoh serta rakus
Soalan 3 - Masalah akan sentiasa ada kerana demikianlah lumrah kehidupan. Itu tidak bererti Perdana Menteri dan Menteri Kewangan boleh terlepas daripada meletakkan jawatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 2:53 AM

Bro,

Gua bukan pr la....gua sokong umno....

Aku setuju yang lim guan eng dgn jijah letak jawatan.....

Ko macam mana? Setuju tak dgn ah jib gor letak jawatan macam aku cakap tu....

Ini lah masalahnya bila tengok umno vs pr tapi tak nak tengok betul vs salah....

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2015 at 3:02 AM

Laaaa..... cytro umno kan ada beratus2.... diorg lengkap dgn info bagai dan tersusun .... diorglah pi hentak lge semua tu. Saya solo .... kalau saya pun layan lge, rafizi dll, siapa nak main isu 1mdb ?

Saudara mungkin baru disini dan tak pernah baca artikel2 lama saya terutama sebelum pru. Lagipun bagi saya, pru 14 lambat lagi. Masa ni lah kalau nak perbetulkan diri.

Dan paling penting, saya bebas nak tulis topik apapun. Tak terikat pada sapa2 . Dan mood saya sekarang adalah Najib dan 1mdb.

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2015 at 3:06 AM

Oya.. tolong beritahu saya kalau ada sesiapa yg paksa saudara klik baca blog ini ya :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 5:27 AM

Najib cakap jangan keritik Peminpin nanti parti lemah. Padahal sememangnya parti lemah sejak Najib jadi Peminpin.

Dah la najib, undurlah secara terhormat

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2015 at 7:54 AM

@dinturtle.
salaam
Hahaha kena sebijik. Takde sapa paksa suruh baca atau komen pun ! Saya setuju din. Tinggal lagi mcm saya ni sealiran.....dan apa yg din tulis saya setuju. Yg penting tau isu dan tajuk. BRAVO DIN!.....Pada yg buta akal biar la din.......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 9:04 AM

@AnonymousAhli parlimen pembangkang sekarang dah kurang mengutuk dan komplen Najib... PM kita telah menjadi buah hati diaorang... kalaulah PM Najib kita turun, alamat meloponglah mereka tak merasa untuk mendiami Putrajaya.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 9:19 AM

@KERIS BERAYONtapi semua kes yang keris sebut tu tak dipertikai oleh TDM... TDM tak ambil pot pun isu bodoh oleh puak PR tu....
Tapi kes 1MDB yang membolehkan negara muflis... itu yang TDM ambil perhatian...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 9:20 AM

walaupun lge dan azizah memang tak boleh harap, tapi depa tidak menyebabkan negara berhutang begitu banyak. depa juga bukan orang yang implement GST.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 9:35 AM

hahahahahaaaa...jgn layan org yg mikir duit duit duit rm rm rm rm rm.....mimpi pon duit rm..semua dipandang duit rm....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 12:18 PM

tunggu PAC.. tunggu PAC... sebagai Pengerusi Lembaga Punahsihat 1MDB, PM boleh advise apa suh bekukan dulu transaksi yang tidak jelas terutama penjualan dan pembelian aset. Nak-nak yg jual pakai CASH.. beli CREDIT. supaya tidak timbul syak dikalangan rakyat. Kalu mmg transaksi jual beli, billiong billiong betul2 menguntungkan, tubuh jawatankuasa bukan approve takat 1MDB jer. kita pun tau, investor bukan nak tunggu masa, every second is money bagi yang berniaga. apapun selesaikan dengan bijak dan berhemah jgn sampai rakyat naik bebal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 1:45 PM

Bugis bangang ni takkan letak jawatan selagi ada mak minang tu.. Dia sakan sangat dengan kuasa dan beraja kan duit . Sampai kiamat tak kan dia nak letak jawatan. Siapa lak nanti nak tampung kos pengurusan rambut depa ni.. Yang sorang dah tak da rambut nak kan rambut.. Sorang lagi memang ada rambut tapi nak rambut yg berbakul2.. Umangai nasib lah Msia dapat bala dia org ni. Rasa nya kali ni memang susah berbanding dgn time Paklah didesak letak jawatan. Isteri Paklah tak mempengaruhi sangat urusan PM dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 9:36 PM

Bro Din,

This 1MDB issue also semakin lemau dan basi. I dont know until when they will play this issue. Until Raya maybe?

Not much to comment. All articles are the same as i read. The issue. The content.

But i agree on your article to sack 1MDB board.

Cheers.

The Reading Man

Post a Comment