........... Tun Mahathir Tak Malu .... Dulu Pi Lancar Buku Rosmah, La Ni .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Tak Malu .... Dulu Pi Lancar Buku Rosmah, La Ni ....

Sunday, May 31, 201525comments

Kalau melihatkan kesungguhan Najib menjelajah seluruh negara akhir2 ini, kita mungkin beranggapan negara sedang berdepan PRU ! Berkempen sakan Najib tapi bukan mempromosikan BN tapi mempromosikan dirinya sendiri selaku anak Bugis yang tidak semudah itu mahu mengaku kalah bila dicabar meletak jawatan oleh seorang tua pencen berumur 90 tahun.

Macam blogger pula gayanya bila dengan megah mencanangkan sekian2 ribu hadir untuk menyambutnya di setiap negeri yang dia singgah. Lain kali sebut lah juga berapa banyak BAS yang turut sama menyambut beliau -

Bas2 Menyambut Najib Di Perlis
Najib kelihatan lebih seperti anak Bugis yang menggelabah ketakutan daripada seorang pahlawan yang berani berdepan musuh !

Sebut tentang berdepan dengan musuh ...... rasanya Tun Mahathir dah berikan persetujuannya untuk berdepan dengan Najib dalam mana2 majlis debat/forum terbuka, lagi baik kalau boleh disiarkan secara langsung biar semua rakyat dapat lihat.

Anak bugis macamana ? Nak sambut tak ? Atau Najib rasa lebih selamat dengan cara sekarang, komunikasi SATU HALA di mana beliau di atas pentas bercakap tanpa diberi peluang kepada sesiapapun untuk menanya balas ?

Oya, dalam setiap siri jelajah nya, apakah ada sesi sidang akhbar di mana Najib berdepan dengan soalan spontan dari wartawan ?

Najib tak kan berani nya ..... kan , kan ..... walaupun setelah mendapat sokongan ratusan ribu rakyat dalam siri jelajahnya, Najib masih tidak konfiden. Berbeza dengan blogger2 Najib yang konfiden giler dengan 1MDB .... biarpun 1MDB terpaksa bergolok bergadai nak bayar hutang.

Sebab antara soalan pertama yang akan ditanya oleh baik wartawan atau rakyat adalah kluk klek beliau dalam isu Tunai-Aset-Unit dana Cayman yang disimpan di BSI Singapura.




Kenapa Najib selaku Menteri Kewangan masih tidak menjelaskan perkara ini kepada rakyat ? Orang duk tertanya2 dan hairan bagaimana dalam isu sebesar RM4 billion pun SELURUH pegawai Kementerian Kewangan termasuk Menterinya dan juga 1MDB sendiri boleh membiarkan kesilapan itu selama lebih 2 bulan tanpa dibuat pembetulan ? Padahal hampir setiap hari media membicarakan hal itu ... apakah itu pun kena TUNGGU AUDIT! ?

Sekarang sekali lagi 1MDB terpaksa diselamatkan dari kemelut hutang. Kali ini melalui sentuhan Pak Arab.  Apa nih ? Jumlah Aset jauh melebihi Liabiliti ? 1MDB tidak ada masalah nak bayar hutang

Kemudian dikatakan 1MDB akan dipecahkan ? Hallo, tak nak TUNGGU AUDIT! dulu ke ? Agak2nyalah, bila PAC dah selesai dengan auditnya, masih wujud lagikah 1MDB ni ?

Baca juga - JMD - 1MDB is confirmed to be in bad shape; will be dismantled by MOF

                            *********************
Sehari dua ini rancak blogger Najib memainkan semula kemunculan Tun Mahathir semasa pelancaran buku Biografi Rosmah lebih 2 tahun lalu. Hahahahaha ..... adoyai, sakit perut gelak beb ! Bukan apa, sebab mereka mengingatkan kembali apa komen Tun Mahathir mengenai buku itu -

Oya, Tun Mahathir turut menyokong usaha Rosmah menulis Biografi ni. Ia boleh jadi sebahagian penulisan sejarah untuk merekodkan iklim keadaan yang berlaku pada ketika itu. Juga sebagai rujukan masa depan dan untuk memberi pandangan dari sudut seseorang pemimpin itu mengenai sesuatu isu dan pengalaman.

Justeru, katanya, penulisan sedemikian juga dapat memberi peluang kepada pembaca untuk mengetahui penjelasan dari sudut pandangan orang yang menjadi sasar, dan kemudiannya membuat keputusan secara adil mengenai sesuatu isu itu.

"Ini adalah buku yang baik dan akan menjadi panduan kepada generasi akan datang 100 hingga 200 tahun dari sekarang,"   ( ada saya komen ketika itu - KLiK )

Baru 2 tahun blogger Najib Rosmah dah rujuk, tunggulah lagi 98 tahun ! Hahahahahaha .......


Hmmm .... tunda lagi nak komen tentang Abu Dhabi Connection dalam 1MDB. Nantilah, pagi hari Ahad cuti sekolah pulak tu, jadi kita santai2 je ..

Baca juga  - Tukang Duk Peghati -  HUTANG 1MDB RM42 BILION boleh 'SETTLE' apabila PM selesai LAKUkan 'JELAJAH pohon SIMPATI' seluruh NEGARA?

Share this article :

+ comments + 25 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 31, 2015 at 9:53 AM

Perasan dah bila najib muncul kat tv ,buat solid dgn ketua bahagian, buat solid di sabah dan pekan, karang simpati di blog sendiri dan skrg dialog sembunyi tapi tiada apa dgn 1500 NGo.. outcome nya? Mesti buat perasan je.. yg pendam perasaan?luahkan pada pru akan datang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 10:20 AM

Nampak sangat Najib dan Rosmah ni perangai selebriti bukan perangai pemimpin. Dua dua gila glamor dan terdesak mintak sanjungan.

Hidup mewah ketika rakyat dibeban GST. Pergi main golf pergi shopping ketika rakyat dilanda banjir "paras ni".

Ada juga yg masih sokong star karat berdua ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 10:22 AM

@Nazri Mohd

Saya rasa yang pendam perasaan, sementara menunggu PRU14, boleh luahkan disini atau blog blog yang lain yang satu halatuju perjuangan.

Najib tu perasan lebih, bangga diri, sombong dan bongkak. Mungkin akan senasib dengan Pak Kadok, ayamnya menang kampung tergadai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 10:26 AM

Saya akan luahkan pada PRU14 nanti dengan tidak memangkah BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 10:31 AM

ini kata2 dari rakyat bawahan..

BN confirm akan tersungkur PRU akan datang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 10:56 AM

Point die ialah "...untuk dijadikan sebagai pedoman generasi akan datang.". Hanya yang benar2 kenal Tun jer, yang faham maksud tersirat yang Tun cuba sampaikan.

....................
Reply To This Comment ...................
May 31, 2015 at 11:05 AM

Jgn sombong dan angkuh d muka bumi Allah ini......kelak kalian akan menerima azab yg amat pedih d akhirat nnt...UNDUR LAH wahai DESPERADO d BUGISO....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 11:35 AM

Kalau macam tu dia bawak perangai dia ayam kalah kampong tergadai bro.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 11:39 AM

BN menang pru 13 dulu kerana undi orang melayu. UNDI ORANG MELAYU. Bukan undi ahli umno.
Dari komen2 orang melayu yg mengundi bn dulu jelas sekarang sgt menyambpah dan rasa terkilan.
Pru 14 macamana ?

....................
Reply To This Comment ...................
May 31, 2015 at 11:43 AM

Confirm.... BN kerugian 5 undi dari keluarga saya bagi parlimen P130 Rasah dan DUN Labu pada PRU ke14

....................
Reply To This Comment ...................
May 31, 2015 at 11:47 AM

Yes tekaan aku betul yang bas tu memang betul sangat2 sebab aku sendiri pernah tengok banyaknya bas bawak turun orang ramai dalam program2 Ah jib gor...wakaka

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 12:05 PM

Aku org johor...Walaupun bekerja di kedah aku akan balik mengundi di johor...conform PRU14 nanti aku akan kekalkan adun utk BN manakala Parlimen utk PAS....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 12:17 PM

Kenapa la libatkan bas-bas yg tak berkenaan dgn politik. Kenapa la takut sgt kat orang-orang ramai yg menyambut Najib.....
kenapa la takut dgn bayabg-bayang sendiri.... tunggu la PRU14 nanti.... rasanya Najib terus jadi PM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 12:40 PM

ni depa nak bg reward rm1juta pd sesiapa yg blh fwd maklumat pasal harta Tun.M....komen sikit

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 31, 2015 at 12:59 PM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Didunia ini telah ada banyak kisah seperti ini yg jadi sejarah. Masih ingatkah anda dgn kisah Imelda Marcos di Filipina?
Nampak macam ada persamaan.....
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 1:16 PM

Jargan kerana nyamok Sekor nak di bakaq kelambu. Menyesal nanti. Kita cuba halal nyamok sekoq tu.Relax la bro.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 1:37 PM

Dah x dak sapa nk undi bn pon, selagi bugis poyo syiok sendiri tu x turun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 3:24 PM

Pasal nyamuk sekor ni la 1 famili kena denggi...bunuh je nyamuk ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 4:08 PM

sebab nyamuk bangang tu la rakyat terkena tempiasnya.

nak menyesal apanye? sejak nyamuk jadi raja nyamuk, dia tak peduli pun kat rakyat dia yang setia. yang nak mengkhianat tu juga yang dia jaga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 6:48 PM

Ni lah masalah orang biasa @ rakyat bila nak menyatakan/meluahkan rasa tak puas hati pada kerajaan.
Kita tak ada cara yang berkesan untuk menunjukkan bilangan sebenar.

Kalau takat komen dalam blog, maksimum pun cecah ratus je.
Kalau nak buat demo, takat puluh ribu daripada berjuta rakyat Malaysia.
Kalau ada demo pun, tak nak aku buang masa pegi sesak2 macam tu walaupun aku setuju dgn niat demo tu. Baik aku spend masa dgn family atau buat kerja cari duit.

Nak tunggu pilhanraya, lama tu... by the time, mungkin dah terlambat.

Ni aku ada satu cadangan yang mudah untuk tunjukkan pada kerajaan terutama Najib rasa tak puas hati kita.
Mulai hari ni, kita kibar Jalur Gemilang kat rumah/kereta, bukan utk menyambut kemerdekaan, tapi bagi memberitahu kerajaan yang:
1. Kita tak puas hati dan tak yakin dengan 1MDB,
2. Najib mesti berundur dari menjadi PM

Dalam sebulan ni, kita cuba sampaikan pada semua rakyat Malaysia tujuan kibaran Jalur Gemilang ni, dan tengok berapa banyak yang berani menyatakan secara terang pendirian masing2 dalam isu ni.

Tak perlu ketua, kita sesama kita je.

Secara tak langsung, kita dapat memupuk kembali semangat cintakan Malaysia (lebih dari cintakan PM) pada orang ramai.
Dan mungkin juga menaikkan semangat menteri2 atau ahli2 parlimen yang juga tak puas hati macam kita.

Mana tahu, Malaysia bakal mencipta sejarah menjadi negara pertama yang dapat mengundurkan PM hanya dengan kibaran bendera.

SELAMATKAN MALAYSIA, KIBAR JALUR GEMILANG

p/s: kalau kerajaan start kempen kibar Jalur Gemilang utk hari kemerdekaan, kenalah kita turunkan Jalur Gemilang, takut nnt diaorg spin cakap yang rakyat sokong kerajaaan @ Najib.

-XVC-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 9:42 PM

Anon 6:48,
Bagus juga cadangan Tuan. Apa kata Tuan masukkan cadangan itu dalam semua posting dan dalam semua blog pro kerajaan dan anti kerajaan. Pro Najib dan Anti Najib.
Anggap ini sebagai inisiatif Rakyat kerdil.
Tuan mulakan.

....................
Reply To This Comment ...................
May 31, 2015 at 10:24 PM

Najib lupa..yg suruh dia turun jadi PM ialah tidak kurang 25 juta Rakyat Malaysia...beda dgn Tun Abdullah. Dia di nasehat kan berundur oleh ahli UMNO jer...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2015 at 6:39 AM

Sebelum pru, nyamuk ni dah berjanji takkan isap darah manusia. Andai dia dipilih, dia sanggup isap madu bunga, ke apa ke asalkan bukan darah manusia. Tapi bila dah menang, nyamuk ni mungkir janji. Dia isap jugak darah manusia. Dia kata, apa salahnya berkorban sikit untuk kesejahteraan negara. Manusia menjadi marah kerana hari2 darahnya diisap oleh nyamuk. Tapi, yang peliknya manusia ni masih belum berani nak menampar nyamuk yang menggigitnya. Malah, dalam setiap perjumpaan ngn nyamuk, pasti ada yang memegang banner I Love Nyamuk; Kami Sayang Nyamuk ; Nyamuk Takkan Gigit Kami....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2015 at 7:10 AM

Anon 6.48
Apa kata kalau bendera tu dikibar setengah tiang lagi bagus

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2015 at 5:42 AM

Anon 3.24

Terbaik...

Bunuh nyamuk bugis nii...dia hisap bkn sbrg darah...darah rakyat

Post a Comment