........... Subhanallah .... 1MDB Hampir Nak Cagarkan Minyak Terengganu !! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Subhanallah .... 1MDB Hampir Nak Cagarkan Minyak Terengganu !! ?

Tuesday, May 12, 201555comments

GEMPAK bila mantan MB Terengganu MatSaid buat comeback setelah lama menyepi. Bercakap disidang DUN Terengganu tadi -

Syarikat di bawah Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB) didakwa pernah hendak mencagarkan minyak dan gas di laut Terengganu.

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, urus niaga pelaburan itu hendak dilaksanakan ketika 1MDB mempunyai hubung kait dengan Terengganu Investment Authority (TIA) semasa penubuhannya pada awal 2008.

Bagaimanapun, Ahmad mendakwa, pelaburan itu terpaksa ditarik balik berikutan pelbagai masalah yang timbul.

“..... ini salah satu sebab saya dimarahi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), termasuk kes-kes lain sehingga akhirnya kita menarik diri. - SINAR.

OK, perkara tidak berlaku .... Syukur  Alhamdulillah ! TAHNIAH kepada MatSaid kerana berani menolak cadangan 1MDB dulu dan kini berani mendedahkan satu cubaan KHIANAT oleh 1MDB satu ketika dulu.

Mulanya saya nak mencarut memaki 1MDB terutamanya orang yang tergamak berani mahu memperjudikan khazanah bumi Malaysia demi memuaskan nafsu serakah peribadi ! Tak kiralah siapapun orang itu ..... tapi sempat saya mengingatkan diri supaya sabar, takut admin tak lepaskan artikel ini. ( eh, sayalah admin ! )

Tapi memang menyirap darah baca ........ BALDI  HELL !

Bayangkan jika tuntutan gila itu dituruti dulu ...... saja2 je minyak disedut keluar dari bumi kita untuk entah berapa puluh tahun dan kita sebagai rakyat hanya melopong .... sebab semuanya terpaksa digunakan buat bayar hutang !

Gila !

Sebab minyak tak dapat, maka 1MDB rela meminjam dengan faedah yang tinggi ? Dan kerajaan pula rela bagi tanah dikawasan utama KL dengan harga yang ciput ....  dan sekarang tanah itu terpaksa dijual sedikit demi sedikit sebab nak bayar hutang  ... 

Apalah agaknya rupa cadangan cagaran minyak Terengganu itu  ? Jangan lupa, waktu awal 1MDB ni, Jho Low dikatakan aktif .... walaupun dinafikan penglibatannya oleh 1MDB dan Najib.

Apakah kerajaan ( sebab kerajaan merupakan pemilik penuh 1MDB ) setuju dengan cadangan seperti ini ?

Patutlah semuanya main SENYAP-SENYAP .... Kabinet tahu tak ? Najib tahu tak ? Eh, mestilah Najib tahu sebab  “..... ini salah satu sebab saya dimarahi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), termasuk kes-kes lain sehingga akhirnya kita menarik diri."

Apalagi KES-KES LAIN yang disebut oleh Matsaid di atas ?

Subhanallah ...... apa nak jadi dengan Najib dan 1MDB ni ? 

PS - Mohon Matsaid dapat berikan penjelasan yang lebih lanjut. Rakyat berhak tahu cerita sepenuhnya. Jangan risau, blogger2 pro Umno takkan serang Matsaid. Mereka sokong kuat Matsaid ... kan ?

Share this article :

+ comments + 55 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 11:41 PM

What the fish najib????are you kidding me??

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 11:44 PM

Sebab minyak tak dapat, maka 1MDB rela meminjam dengan faedah yang tinggi ? Dan kerajaan pula rela bagi tanah dikawasan utama KL dengan harga yang ciput .... dan sekarang tanah itu terpaksa dijual sedikit demi sedikit sebab nak bayar hutang ....

Itu baru bayar bunga hutang .....
Hutang pokoknya dok masih lg tegantung.. Tekangkang........!!!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 11:59 PM

My god...this is atomic bomb..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 12:11 AM

"..Tak apalah. Zaman madey dulu dia pun banyak skandal, jual roti canai tapi bila makan rasa nasi lemak.. bla bla bla...."

Ikut style komando Pak Jibby apabila mulakan berbicara saat boss mereka dihentam oleh segenap manusia yang waras.

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2015 at 12:14 AM

1mdb dan gst dah jd cancer pada umno.Sultan pun dah bersuara.Bekas Mb pun dah pecah lobang.Lps ni apa pulak.Udah2 la Dsn..Undur je lah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 12:18 AM

Tunggu...nnt najib n rosmah akan saman mat said....apakah kerana kecewa dan melihat sinar di hujung terowong maka mat said baru nak buka cerita lama ni....tapi...baguslah mat said sbb berani....

najib dah jawab pasal 1mdb hr tu dlm tv3 kan....dan yg terbaru lepas meeting mt...najib minta bg masa kami selesaikan satu satu....jgn dipanjangkan isu tbung hajjah tu lagi....kami ada cara sendiri setel masalah 1mdb ini....kami anak bugis...berani....takkan berundur....

pada firasatku...najib akan tetap jadi pm hingga pru14....ingat pru14....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 12:29 AM

Patutlah dia nak sangat orang lain ganti mat said,sebab mat said bukan jenis lembu cucuk hidung.....m.b baru ni camne ye????cuba check telaga minyak tu masih terengganu lagi punya ke atau milik orang lain????one word.... I love pm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 12:30 AM

Tahniah PM Najib, satu lagi kejayaan menaikkan nama 1MDB. KWAP, TNB dah hampir kena lagi, MARA, Rafizi ada keris pendek disimpannya. Sempena UMNO 69 tahun, sekali lagi tahniah kerana melahirkan PM yg TERBAEK dan TERBIJAN seantaro Nusantara. lol.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 12:33 AM

GST atau 1MDB hanyalah senjata..kalau najib salah dia mesti pebetulkan jgn lepas tangan dgn letak jawatan, jelaskan dan selesaikan seblum PRU14 ..kalau mati pun mata pejam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 12:50 AM

Kan PM dah cakap. Dia dapat sokongan penuh MT UMNO. Apsal dia nk lepaskan jawatan? Hilang akal ke apa org yg disokong MT UMNO nk resign. Yg tak sokong rakyat marhain jeeee... tgu le PRU 14. Tapi tabik spring la mat said berani ckp mcm tu masa pembukaan dewan undangan negeri. Ini baru la hero hindustan. Kalah dulu serang kemudian... hehehee.. teruskan usaha dato mat said.. rakyat berhak tahu kebenaran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 12:56 AM

Jeng...jeng...jeng....makin panassss!!!!!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 1:05 AM

Hmm. Dalam gua dok trending pasal 1MDB ni memang banyak kisah asal-usul 1MDB menyebut, si Jho Low tu memang approach Sultan Mizan dahulu. Lepas tak dapat jerat tuanku baru dia cari geng bas sekolah lama masa kat UK, iaitulah si anaknya First Lady. Jadi sekarang kita tau cerita tu benar dan detailsnya agak interesting rupanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 3:05 AM

1mdb ni memang cel@k@!!

Jika bukan sebab 1mdb..kita tak kena gst skrg ni!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 5:12 AM

Eheeemmm bkn minat pd pm..tapi dah jadi gini punya harubiru baru nak ckp...sama jer...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 6:29 AM

The Pandora Box is opened! One after the other....rasa nya sauh bugis nih karam juga akhir nya apabila segala macam cacing dah terkeluar! Harapan rakyat (walau MT & Ahli UMNO tak hiraukan)..., nak tenggelam tuh biar lah nakhoda nya bersama pelambung (tukang lambung Najib bukan pelampung k). Jangan diheret rakyat jelata yang tak rela dan tak redha, period!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 7:11 AM

Rafizi kata PNB pun ada beli bond sukuk dgn 1mdb...patutlah dividen tahun lalu antara terendah dlm sejarah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 7:17 AM

Tepat sekali.Tidak akan ada gst sekiranya 1MDB tidak ada scandal.Jibby Jibby kau kalah judi rupanya.Kesian kesian.

....................
Reply To This Comment ...................

Apa pun yg berlaku,interest yg billion2 tu tetap kene bayar.

tumpang tanya kat Din Turttle,sape yg kaya sangat n berani bg pinjam sampai 42billion kat 1mdb ni?

Apa cagaran 1mdb?kalau macam jaminan kerajaan macam umum sangat statement ni.

Rasanya Tun M tahu lagi banyak perkara yang masih di rahsiakan kat dalam poket dia pasal 1mdb ni.Maybe Tun M x nak dedah semuanya lagi buat masa sekarang sbb takut pembangkang ambil kesempatan.

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2015 at 7:45 AM

Orang / ahli atau mantan Umno ini satu aku benci sangat DT. Bila tidak puas hati, mereka luahkan kepada portal pembangkang ! Apa untung ? Bukan kah menaikkan saham pembangkang ?

Isu-isu besar seperti ini bakal membakar Umno kelak. Cuma hendak tanya, bolehkah Selangor dan P.Pinang balik ke pangkuan BN semula kerana pentadbiran Kerajaan Pusat makin bercelaru dengan hal tidak berjawab ? Rakyat menjadi keluh kesah.

Kenapa tidak luahkan secara "berparti"(bukan party time)? Apa gunajadah saluran NGOs ? Bukan kah lebih berhemah, cari fakta dan bukti ? Kemudian di ikuti susulan tindakan secara perundangan. Tidak semesti nya seorang PM itu hilang akal...

Kini satu lagi meletup pendedahan mantan MB Terengganu pula. Akbar Sinar pula. Apa lagi kisah nya akan datang ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 8:26 AM

That why Najib must fight to remain PM, if he outsted, and the NEW PM start to launch full investigation or like what DR M said when BN lose GE14 and PR take over you know what will happen. Only thing Cabinet Minister seems not sure what to do and best part aint they aware what going on. They are elected representive of the RAKYAT to safe guard RAKYAT interest here RAKYAT is MALAYSIA. TRX sell at so low rate and aint that tell us Goverment loose money. Its taht a good business deal and CABINET not aware of it or they just 'RUBBER STAMP" borowing Najib word. Many TALENTED NEW LEADERS in PR compared to BN especialy UMNO. So you know where the wind will be blowing.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 8:30 AM

All the PM actions. Is PM paving the way for AI to takeover???

....................
Reply To This Comment ...................
Tunku aziz the dumbest malay
May 13, 2015 at 8:31 AM

Smalam "the towering malay" jadi hitman atau soldadu upahan serang Dr Mahathir. Alahai si aziz tu. nak je tanya kat dia apa jasa dia pada negara. Jawapan dia habuk pun takde. Stakat becakap je lah pastu bagi innuendo innuendo misteri. Dah la dia kata buku Malaysian Maverick tu fakta. Dia buat mcm gospel. Embarassing la. Dah la 5 minit kuar tv. 200k ke team ah jib ngok bayar kat media prima nak dpt airtime? Pastu hari ni mat said plak kluar tibai balik. Problem mat said ni tv3 takan highlight apatah lg rtm. Jadi kita doa orang kampung semua tak melatah sebab pada mata derang pun bukan kenal sapa "the towering malay"

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2015 at 8:34 AM

Lama mana Najib boleh cuba nak tutup bangkai. Ini bangkai bukan sebarang bangkai tapi bangkai ikan paus...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 8:47 AM

Demi 1MDB ape pon boleh..ops..lupa..zaman mantan MB ni pon GLC kerajaan negeri pon ade nk lingkup..selamatkn Ldg Rakyat Trengganu dari pengurusan org luar

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2015 at 8:59 AM

@Anonymousjangan ambil kesempatan nak promote pembangkang ok. Ini pun kira lari topik juga ni !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 9:19 AM

Assalam Din
Jgn ucap Subhanallah..tapi masya Allah dlm perkara begini..

Terus terang cakap..Mat Said amat di senangi rata rata org terengganu. Aku org shah alam tapi berniaga di kerteh..sejak zaman mat said..banyak perubahan berlaku di sana..masa tahun 2008..PM adalah pak lah..ingat tak monsoon cup? Bukan ke masa tu patrick lim dan kamaluddin anak lelaki paklah pun terlibat?

TIA kalau tak silap ada involvemennt drp mereka mereka ini..mana pergi ecer? Koridor timur konon..siasat jgk lah si kitul dlm umno..iaitu KJ..sepanjang pengetahuan aku..KJ dan Jho Low adalah arkab..siasat jgk Omar Ong dlm Petronas.

Pak Lah tak akan bagi Najib jadi PM kalau tak ada imbuhan..kenapa dulu Najib berkeras tak nak bagi KJ jadi menteri? Sekarang bagi menteri penuh?

Aku rasa Tun Mahathir baru tahu dia silap percaturan letak Najib..
Cara dia hentak najib mmg lain mcm..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 9:28 AM

Din, cer ko intebiu MatSaid utk dapatkan cerita sebenar....cerita sekerat2 ni tak bestla Din...mesti ada lagi yang MatSaid sorokkan yang belum didedahkan kepada umum...

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2015 at 9:47 AM

Din,
Orang macam Md Said ni boleh ke percaya. Dia masa jadi MB pun susah nak lepaskan jawatan tu. Pada aku kata2 orang yg kecewa ni tak guna satu sen pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 10:00 AM

gajah lawan gajah, pelanduk mati tersepit. pelanduk tu rakyat lah.
hairan...kenapa dok announce to the whole world. news ni semua bukan accessable locally but to the whole world. buat malu jer..to those umno members from top to bottom, sudah2lah memalukan parti.
baru nak tarik anak dan keluarga join umno, camne nak cover up benda2 ni semua. at least bincang la secara tertutup. rakyat pon muak dengar macam2. mb la, pm la, ex-pm, ex-ministers semua gaduh openly or kat media sosial. ini ke nak diwariskan kpd anak cucu cicit. pleazzzee!
fasal hal umno enterprises at all levels pon blm sempat nak jawab???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 10:36 AM

@Anonymous

jangan lupa...selamatkan kohilal,selamatkan tabung derma memali yang lesap ditelan perut jahiliyah pas,selamatkan ladang rakyat kelantan,selamatkan stadium islamik yang tiang pun tak nampak,dinar kelantan,highway kelantan...eh.....banyak benar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 10:38 AM

Exactly what I'm thinking that PM and PR have a deal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 10:48 AM

Baru ahjib nak tarik nafas lega sebab MT UMNO menyokong penuh kepimpinan dia.. tup tup mat said pulak berbunyi.. Pendedahan mat said ni macam thermonuclear warhead.. sampai ke tulang terbakar..

Kalau silap handle isu ni, kemungkinan besar negeri Bro Din balik semula ke tangan PAS..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 11:34 AM

Be objektifla... ini history dah...mv fwd!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 11:39 AM

Tabik spring kt mat said@'robbin hood'. Payah nak cari pemimpin mcm beliau skrg nie. Yg ada lebih kpd angguk2 jea sbb nak jaga periok nasi. Syabas!! Dato memang anak jantan!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 12:18 PM

kononnya bank2 singapore nak 1mdb bayar hutang lebih awal..jika tidak akan kena saman.

bersedialah rakyat malaysia, sekarang agensi2 kerajaan dalam mode full gear untuk cekau sebanyak mungkin wang kamu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 12:19 PM

@Anonymous

Many new young leaders in pembangkang pun nak buat apa? All of them chauvinistic with tyrannical tendencies, using liberal values while at the same time not practicising them. Buang karan berpindah rumah yang dikontrol oleh orang yang membenci kita, dan rumahnya pun bukanlah ada beza pun. Masih berat dengan kornisme, nepotisme, censorship tendencies, etc etc juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 12:35 PM

salam,
ada terbaca penyokong ahjibgor cuba kaitkan sultan mizan dan jlow yang dikatakan mahir dalam bidang pelaburan. mungkinkah ini berlaku ketika idris jusoh mb ganu sebelum sultan tolak selepas pru 12 dan gantikan mat said sebagai mb. minta bro din keluarkan kembali artikel lama dulu bab ahjibgor kata dah dapat bawa masuk berbillion pelaburan ke malaysia. masa ahjibgor cakap belum masuk lagi pelaburan tu tapi akan masuk. mungkinkah dah masuk atau hanya air liur ajer. kalu penyokong ahjibgor dapatkan maklumat tersebut lagi bagus. baru boleh angkat dan julang ahjibgor lagi tinggi sampai cucur atap. sekarang dah tak dengar jumlah RM pelaburan yang akan masuk. cuma kata pelabur akan melabur jer. dari negara china ada juga kat kuantan, tapi universiti china kot. tapi bab utc dan rtc aku puji, memang bagus. yang lain tu kena fikir dulu sebab senarai tak bagus tu lebih menonjol.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 13, 2015 at 1:00 PM

Assalammualaikum wmt,
Itu kisah yg disuarakan bekas MB Terengganu.
Bekas MB Johor macam mana?
Tak ada kisah macam Mat Said ke?
Kalau tak seberani Mat Said, hulurlah kpd pihak lain.....
Itupun kalau ada.... kalau tak ada takpe lerrrrr.....
Ini bukan fitnah, bukan tohmahan dan bukan hasutan.
Saja nak tanya.... kalau kalauuuu.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 1:09 PM

http://www.suara.tv/2015/05/13/syarikat-pemaju-indonesia-beli-tapak-tanah-trx-rm665-juta/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 1:24 PM

Ini bukan ambil kesempatan promote PAMBANGKANG MR DIN. This is fact. You think I sokong pembangkan ka??
1MDB can be the fall for BN if not handle properly just like what is happening now. SO this is a WAKE UP CALL .!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 1:49 PM

sudah masanya, Parti > individu. tak ada pemimpin yg tak diduga, cuma sebagai balas jasa, beri la peluang untuk dia jawab dulu pertuduhan, soalan2 ni. kalau masih lagi berkeras. tak perlu PR. Org UMNO sendiri yg akan jatuhkan

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2015 at 2:27 PM

Habis tu orang macam Najib tu boleh percaya ke? Pada aku org yang tak mahu jawab soalan buat bodoh ni tak guna 27 bilion pun.

....................
Reply To This Comment ...................
pemerhati
May 13, 2015 at 3:19 PM

gila apa jibb oii..lps ni ko nk gdai m'sia plak? Celaka btul. Sy sbnarnya dh lama rs lain mcm dgn dia ni..mula2 ms kt tiwi dgn megahnya dia kata obama sokong dia skali...whatdehelll...x mati kempunan pun nak dpt sokongan bapak setan tu...lps tu dia pegi main golf plak...dh pikir apa mslhnya org tua ni tp x sangka la dia blh buat sejauh ni. Haram J btl.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 13, 2015 at 4:04 PM

@Anonymous

Tuan Din, ini contoh RBA...english tunggang-langgang ;)

Jangan layan!

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 13, 2015 at 4:05 PM

@maae

Tuan Maae,

Dia jawab soalan di sidang DUN lah! Baca betul2..

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 13, 2015 at 4:14 PM

Apa yang MT UMNO nak tunggu lagi pun entahlah... Ini sudah kes berat!

Nak tunggu apabila Malaysia jadi macam Greece baru nak bertindak ? Sudah terlambat...

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2015 at 10:31 PM

Is this still the tip of the iceberg?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 8:39 AM

ini bukti sultan dan mb terengganu tak mudah kena tipu sebab mereka bukan clueless.

yang very clueless macam pee em senang2 je kena tipu.

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2015 at 10:21 AM

Din,
Cakap Md Said ni tak boleh percaya langsung. Mana ada bank dalam dunia ni yg boleh terima cagar minyak dalam laut. Dia ingat kita ni bodoh ke. Minyak tu pulak hak kerajaan persekutuan bukan hak Trengganu. Kalau default payment macam mana bank nak ambil minyak tu. All this cakap kartun. Kalau ada bank yg terima aku pun nak cagarkan minyak dibawah rumah aku. Ada 1 bilion barel tersimpan bawah rumah aku. Yang problemnya masih ada org yg percaya cakap2 macam ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 11:54 AM

Kecewa bertempat....
Kecewa sbb x dpt nak jaga bangsa dia.. agama dia
Kecewa x dpt halang Penyamun Dr Putrajaya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 11:57 AM

MT UMNO dan lembu tambatan... tiada bezanya
Beza.. lembu makan rumput MT makan nasi.. itu jaaaa
Yg lain.. sama !!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 11:58 AM

Clueless.. Stupid...
Hamba Bini.. sama jer tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 3:22 PM

Anon 10:36 kao salah masuk pintu kot.... jngn melalut le....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2015 at 9:50 AM

Sebelum sesebuah kawasan minyak itu digali atau diteroka, institusi kewangan antarabangsa yang membentuk NYMEX dan ICE menjadi pelabur untuk kawasan-kawasan tersebut. Untuk mengembalikan keuntungan pelaburan, mereka dagangkan tempat yang belum diteroka atau digali ini sebagai stok untuk masa hadapan. Konsep ini dipanggil sebagai "FUTURE CONTRACTS"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2015 at 3:18 AM

Pada zaman tu ada jugak kita tahu duit tu pegi mana. La ni hilang berbilion billion tak tahu pegi mana. Kot bomoh tarik duit punya kerja kot.?

Post a Comment