........... Shahrir - Jika Tak Puas Hati Dengan Jawapan PM, Boleh Tanya Menteri Kewangan Pula ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Shahrir - Jika Tak Puas Hati Dengan Jawapan PM, Boleh Tanya Menteri Kewangan Pula !

Wednesday, May 27, 201534comments

Secara prinsipnya saya setuju dengan pandangan Pengerusi Kelab Penyokong BN,  Shahrir Samad ini -


"Prinsip Kabinet, prinsip tanggungjawab bersama dan keputusan yang diambil adalah keputusan kolektif dan tanggungjawab bersama.


"Pilihan kan ada, tiada siapa pun paksa jadi menteri... itu tak jadi masalah, kalau ada menteri yang kata tak faham tapi keputusan telah dibuat, boleh keluar lah (Kabinet),"
- Sinar.


Mungkin benar sebelum ini kabinet tidak tahu menahu tentang 1MDB di mana keputusan yang melibatkan komitmen berbillion2 ringgit dibuat tanpa pengetahuan mereka tapi kini bila isu sudah meletup dan satu Malaysia dah tertanya2 apakah benar Najib telah mempertaruhkan wang rakyat di tangan Jho Low, seharusnya kabinet bersuara.

Jika ditakdirkan 1MDB kantoi bersama Najib, seluruh kabinet harus dipertanggungjawabkan bersama jika mereka gagal untuk bersuara sekarang.

Ahli Kabinet mesti mengambil pendirian secara kolektif. Yang tidak bersetuju mesti bersuara dan keputusan akhir tetap mengikat mereka selaku kabinet Najib. Diam tanda setuju, dan jika terus bersama tanda satu kepala. 

Keputusan yang menggunakan nama KABINET mengikat ahli kabinet kecuali mereka yang bersuara menyatakan pendirian yang berlainan .... dan seterusnya meletak jawatan supaya tidak dianggap sebagai bersekongkol sama.

Dan ini termasuklah dalam isu Wang Tunai jadi Aset jadi Unit !

Keputusan yang jelas memperbodohkan Menteri Kewangan ( mewakili Kabinet ) akan turut menjadikan keseluruhan kabinet tampak bodoh jika semuanya akur tanpa protes.

Jikalau ragu2, mereka punya ruang luas untuk bertanya .... dan bertanya .... terus bertanya lagi sampai puas hati.  Setiap ahli kabinet mesti faham setiap keputusan yang dibuat dan mampu menjawab sebarang persoalan berkaitan dengannya.

Seperti kata Shahrir lagi -

Kita diberi peluang untuk berbincang dan bertanya sampai kita puas hati. Kalau tak puas hati boleh pergi lagi sekali jumpa Perdana Menteri tanya lagi dan tanya Menteri Kewangan.

Nah....  jumpa dan bertanya PM jika tak faham, dan jika masih tak faham, pergilah berjumpa dan tanya Menteri Kewangan pula. Kalau itu pun masih tak boleh masuk dalam kepala, pergi berjumpa Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB sendiri. Dia mesti tahu, kalau tidak, takde maknanya dia di situ !

Kalau masih tak faham juga selepas berjumpa dengan ketiga2 orang itu, sebaiknya anda letak jawatan supaya rakyat tidak melihat anda turut bersekongkol.

Itu pentingnya sebuah organisasi yang melibatkan wang rakyat yang begitu besar mempunyai beberapa orang sebagai pembuat keputusan. Jika semuanya diatas satu kepala, habislah ! Tidak ada apa yang dipanggil check and balance

Bayangkan jika orang yang sama pegang jawatan2 itu ..... pastinya kabinet tidak akan tahu apa2 sebab setiap proses saringan diketuai oleh orang yang sama ! Gila ah .....

Kabinet boleh minta rakyat TUNGGU AUDIT! jika banyak sangat bertanya tapi jika ahli kabinet pun kena Tunggu Audit untuk dapatkan jawapan, lebih baik bersara.

Kerana dalam waktu rakyat TUNGGU AUDIT!, kabinet masih membuat keputusan2 besar berkaitan 1MDB..... apakah anda mahu rakyat mempunyai pemikiran yang keputusan2 1MDB dibuat oleh kabinet yang tidak faham mengenai isu 1MDB ?

Tolong fahami maksud AKAUNTABILITI.



PS - Konsep KOLEKTIF dan AKAUNTABILITI ini juga terpakai untuk ahli2 Parlimen yang bernaung di bawah nama parti. Cuma mungkin tidak perlulah letak jawatan, tapi KENA BERSUARA !

Share this article :

+ comments + 34 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 9:45 AM

Dan paling penting untuk nereka bersuara ialah keyakinan rakyat pada MP mereka masih boleh dipertahankan,Kalau pun tidak pada kerajaan.Tapi kalau mereka bersikap macam tikus dalam lubang ,rakyat akan melihat MP mereka turut bersekongkol dgn Najib dan gang gang kaki sauk nya.So mereka akan mula beralih arah pada PRU akan datang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 9:51 AM

Kalau tak faham lagi tanya Ahli Parlimen Pekan.

Speaker Parlimen, bila nak heret Najib ke Lembaga Disiplin Parlimen kerana memberi keterangan palsu di dalam sidang parlimen?

Mungkin kerana dah dapat tandas baharu, dapat perabot baharu, dapat buat ubahsuai dalam pejabat speaker, maka dah lupa daratan, lupa tanggungjawab untuk menghadapkan pemberi keterangan palsu dalam sidang parlimen ke lembaga disiplin, kerana dah jadi pecacai setia Najib, parlimen pun dah telus, makin terhakislah kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara dan institusi parlimen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 9:54 AM

en din penyu..kebanyakan mt nim sebenaqqnya hanya nak imbuhan tp kerja malas amanah dan intergriti tolak tepi..tu yg jadik 1mdb...semua pemimpin politik (ada brapa kerat yg amanah jujur kuat keja) hanya nak kaut harta mcm boleh bawak masuk kuboq bkn nk majukan dan jaga Negara pon...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 10:15 AM

Malam tadi dalam Buletin Utama, semasa Gabenor Bank Negara terangkan mengenai isu USD 1.103 bilion berdasarkan maklumat dari Penguasa Kewangan Singapura, tiba-tiba muncul iklan yang menutup sarikata bahasa Melayu untuk menterjemahkan kata-kata Gabenor Bank Negara, sebab Gabenor Bank Negara cakap dalam bahasa Inggeris, kemudian bila dah habis Gabenor Bank Negara cakap, maka iklan pun hilang.

Ini adalah salah satu taktik pihak Najib untuk menyekat rakyat mengetahui mengenai isu USD 1.103 bilion itu terutama orang-orang kampung supaya mudah Najib menipu mereka lagi selepas ini.

Pihak polis mesti menangkap Najib dengan segera kerana dia memang dah dahsyat.

Pihak berkuasa perlu bertindak segera kerana kemarahan rakyat makin hari makin meluap-luap, kita tidak mahu Arab Spring terjadi di Malaysia disebabkan pihak polis tidak mengambil tindakan dan bersubahat dengan suspek jenayah seperti Najib itu.

Kepada Najib, sudah-sudahlah tamakkan jawatan, kau tak malu ke menjadi punca kehancuran Barisan Nasional dan kerosakkan negara ini?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 10:24 AM

Bro Din,

Article on Zeti's remark has every bit of suspense but you haven't question hard enough. Cuba tanya tentang Clause 117 (TIA prior to 1MDB) dimana segala perincian untuk diluluskan mesti dari official letter-of-approval from the PM!

Apa pasal tak ada follow-up tentang apa yang Mat Said umumkan tempoh hari??? Perkara kelulusan dari PM secara terus nih punya impact yang cukup besar!

Najib, if called upon to face-up with PAC, with the right question/s will be skinned alive.

Kepada MT UMNO, time is running dead out, if no action now (even after Najib's revelation of Pahang's Royalty support), then it seem malay-muslim will be doomed in GE14, period.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 10:28 AM

Seperti kata Sarawak Report, 1MDB yalah "heist of the century".. jadinya 2-man show. Orang lain involve bila nak coverup.. cacing bila dah kepanasan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 11:08 AM

ada yang kata...semua perihal kewangan 1mdb sama ada wang masuk atau keluar mesti melalui MENTERI KEWANGAN terlebih dahulu..

hmmmm...jika benar, MENTERI KEWANGAN mesti dipertanggungjawabkan..

eh? bukan ke menteri kewangan itu = pengerusi = pee em?

patut pun zetty tak berani pecah rahsia...hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2015 at 11:11 AM

1 undi utk BN.... confirm hilang next election

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 11:45 AM

Kalau macam ni..jangan cakap PAS, DAP atau PKR, kayu mati pun kalau bertanding PRU14 pun aku akan pangkah, janji bukan parti najib.

Memang betullah Najib x sayangkan UMNO. Masih lagi terhegeh2 duk kat situ berlagak macam.orang sokong dia dibantu oleh para penjilat macam rocky bru.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 12:34 PM

rakyat akan bersara dari mengundi BN apabila rakyat mula sedar bahawa perbelanjaan semakin bertambah, kemudahan kewangan semakin menguncup, bisnes semakin kurang, kuasa ringgit tidak meyakinkan, bencana dan musibah semakin bertambah, wakil rakyat semakin sibuk dengan hal politik, media maya lebih banyak berita dari media rasmi, kuasa kerajaan terhadap industri semakin berkurangan disebabkan sibuk nak cari duit melalui GST, kualiti perkhidmatan tidak meningkat walaupun rakyat telah bayar cukai GST, tawaran rumah mampu milik bertambah sejajar dengan jawatan kosong yang hanya mampu bayar rumah jer, jawatan2 kosong berkurangan kerana sumber2 kewangan kerajaan dari agensi2 pelaksana telah diganti dengan sumber dari GST, kerajaan semakin membawa negara menuju kearah negara maju secara kapitalis.... habis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 12:36 PM

Shahrir Samad ni hanya sesuai jadi orang politik sahajalah, hanya tau merapu yang bukan-bukan. Masa dia jadi Menteri Kepenggunaan dulu, masa zaman Pak Lah, harga petrol naik sampai RM 2.78, lihatlah, mana ada si Shahrir ni pandai jadi menteri, hanya tau membodek Najib sahajalah.

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2015 at 12:54 PM

Sah......BN hilang 5 undi bagi Parlimen Rasah & DUN Labu pada PRU ke14.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 12:58 PM

@Anonymous

saya bersetuju dengan kamu, "tidak ada follow-up". dalam hal najib/1MDB, kalaulah SEMUA blogger pengkritik BERSATU dan "follow-up" issue secara konsisten, rasanya blogger BANGANG pro najib meloponglah. justeru mungkin akan memberikan kesan yang lebih parah. berikan support dan "follow-up" pada setiap komen Tun/Datuk AKJ secara berterusan dan tunjukkan dan pamerkan kepada rakyat/pembaca betapa buruknya pentadbiran najib (dengan bukti dan rujukan)

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2015 at 1:05 PM

http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/leaked-documents-show-pms-approval-required-for-all-1mdb-deals

KUALA LUMPUR, May 26 — The PRIME MINISTER has the final say over any “financial commitment” undertaken by 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), according to the Memorandum and Articles of Association agreement for the firm’s precursor Terengganu Investment Authority (TIA).

"The clause states that for any avoidance of doubt, none of three things can be executed “without the written prior approval of the PRIME MINISTER. "

"This includes “any financial commitment (including investment), restructuring or any other matter which is likely to affect the guarantee given by the Federal Government of Malaysia for the benefit of the company, national interest, national security or any policy of the Federal Government of Malaysia”.

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2015 at 1:07 PM

Kalau p tanya Ahli Parlimen Pekan pun tak puas hati jugak dgn jwpan...p tanya Ketua Bahagian Pekan. Klau tak puashati jugak...ulg p tanya PM, lpastu Menteri Kewangan...lpastu Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB...seterusnya Ahli Parlimen Pekan dan seterusnya Ketua Bahagian Pekan...ulang lagi sampai kiamat tak pyh letak jawatan....p mai p mai dok tang tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 1:22 PM

Aku nak tgk menteri kabinet kita berani ker tak. xkan sorang pun tak tahu langsung pasal 1MDB. x blh explain langsung pasal syarikat tu. jgn kita nanti menang sorak kampung tergadai. I LOVE PM. atau Tunggu Audit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 1:40 PM

Sepatutnya kita direct terus kemukakan masalah ini pada PM... tak perlu lagi melalui Menteri Kewangan ataupun Penasihat 1MDB... eh... tapi orang yang sama plak... sorry...

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 27, 2015 at 1:53 PM

Assalammualaikum wmt,
Siapa dan menteri mana yg Shahril maksudkan?
Setahu kita tak ada pun menteri yg kata dia tak faham fasal 1MDB, kecuali Menteri Pelajaran/TPM yg minta PM singkirkan BOD 1MDB dan seret mereka ke muka pengadilan kalau ada penyelewengan.

Apakah gesaan tertutup Muhyiddin itu boleh dinggap sebagai menteri yg 'masih tak faham'?

Fikir-fikirkanlah apa yg Shahril maksudkan.....
Apa nawaitunya jangan tanya. Itu hanya dia dan Allah swt saja yg tahu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 2:07 PM

Maksud yg tersirat di sebalik yg tersurat,
kalau DSN tak letak jawatan, semua menteri menteri kena letak jawatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 2:15 PM

sekarang semua org dah faham. dia je yang tak paham-paham. masih nak tunggu laporan sana-sini.

org dah faham 1MDB tu pelaburan yg tak strategik. rakyat malaysia dah semakin kurang yakin dgn kerajaan. kalau dia tak faham dia lah yg kena bersara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 2:32 PM

@hasnul rahman

Mamat Shahril ni nak kenakan TPM. Macam Puat Zakar Shi* juga.

Tapi Shshril ni ada berlapik la sikit. Mamat Puat tu hentam macam gangster aje.

Kalau Shahril ni tak ada tahi sebalik lembu, dan dah tahu Menteri dan ahli2 kabinet yang masih keliru, jemputlah Najib buat mesyuarat kabinet khas untuk terangkan 1MDB kepada kekawan kabinetnya.

Berilah peluang kepada Najib secara hati-ke-hati terangkan satu persatu, ulang dan ulang lagi supaya semua menteri, sampai menteri ayam pun betul-betul faham.

Itu kan lebih baik. Kalau Shahril jadi menteri, sudah tentu dia pun tak mahu berhenti dari jadi menteri sebab tak tahu.

Kalau menteri berhenti kerana tak tahu - Najib pun dah lama berghenti.
Bukankah dia pernah berkata "the days Government knows all is over"

Kerajaan hari ni tak tahu bukan semua tak tahu tapi tak semua yang Gomen tahu.

Sharil apa la hang ni??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 2:36 PM

Kita desak supaya PM memecat kedua-dua orang ini sekaligus iaitu Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. Kedua-dua orang ini yang menyebabkan nama PM busuk sejak akhir-akhir ini. Errr, habis tu siapa pulak yang nak pecat PM ? Yang itu kita serahkan bulat-bulat pada rakyat dalam PRU-14 nanti. Masa tu barulah PM tau siapa sebenarnya king. Cash is king konon.

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2015 at 2:39 PM

Apa yg saya perhatikan,blog2 pro-najib dah diamkan isu 1MDB ni n start attack PAS.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 2:45 PM

Sdra Din,

1. Who is sharil?
2. Race?
3. Sex?
4. Age?
5. From which state?
6. Does he know about what is 1MDB?
7. Does he get a "D" for maths? You need to know how to count.
8. If he comes to sarawak and if he can not answer then he should resign as MP and steps down ad bnbbc's leader. Pi......rrah. masa u jadi menteri kepenggunaan, brapa harga minyak, bro. U shud resign then because u do not know a thing.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 3:48 PM

Does shahril read what arul said about najib? HE is the sole approver in all transactions undertaken by 1mdb.

Naper blog pro najib dah senyap sikit? Coz Zeti dah lihat surat dari MAS dan TELAH AGIHKAN kepada agensi terbabit.....SPRM, POLIS, AG etc......?

hayatilah quotations du bawah,

EXPLAINING AWAY THE TRUTH

It is no good at all
to conjure all sorts of reasons
to explain away truth:

One could subscribe to truth
only when one has self-respect in the first place;

When a man tells untruths,
he has no respect for himself
and little would he do better for others
except for his own gain;

And when a man tells lies,
he has a tendency to forget:

With one lie after the other,
eventually he would be caught
in his own tangled web:

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 4:18 PM

rakan2 sekalian,..

takdenya menteri2 tu nak letak jawatan. baru je naik gaji dan elaun. tak sempat nak merasa puas2..jika depa letak jawatan, sape nak tolong depa bayar GST kan? hehe

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2015 at 5:13 PM

Nasib baik dia tak cakap ,"kalau rakyat tak setuju dgn 1mdb,rakyat blh letak jawatan"
Maklum la rakyat marhaen ni taraf rendah berbanding pemimpin dia

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2015 at 5:26 PM

so keluarlah, letak jawatan. barulah org tengok ada wibawa. ni nak jawatan, keje tak nak buat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 5:58 PM

@Anonymous
kekadang kita melontarkan idea atau cadangan memang TERKELUAR dari kerangka logik (macam akal orang mamai). ayat 'pihak polis kena menangkap najib....' adalah salah satunya. sebelum ada tangkapan mestilah ada ADUAN berkaitan kesalahan yang dilakukan oleh orang yang akan ditangkap. ada sesiapa yang sudah buat laporan polis? bila sudah ada aduan, maka polis akan menjalankan siasatan. jika ada unsur2 jenayah barulah proses tangkapan boleh dijalankan.
dalam isu 1MDB, tuduhan salah laku kepada najib bukan sedikit, malah kini dijuarai oleh mantan pm tun mahathir. tun mahathir sedang berhempas pulas menyelongkar apa2 sahaja yang berkaitan dengan 1MDB agar bukti salahlaku dan salahguna oleh najib dapat dibuktikan. kini tun mahathir sedang buat roadtour menceritakan kesalahan2 najib kepada seberapa ramai rakyat agar ianya boleh memaksa najib mengundur diri dari kerusi pm. soalnya, kenapa tun mahathir buat begitu dan apa yang tun mahathir mahu? jika sudah ada bukti kukuh dan sahih bahawasanya najib telah melakukan salah laku dan salahguna kuasa ketika menjalankan tugas selaku pm dan menteri kewangan, lapor sahaja kepada pihak yang berkenaan. polis, sprm atau mana2 agensi yang berkelayakan. jangan jadikan isu 1MDB sebagai isu politik untuk memaksa najib turun sahaja, sambil melepaskan tanggungjawab (jika ada) kepada pengganti! kekadang tak masuk akal usaha menurunkan najib dari jawatan pm oleh mantan pm dilaksanakan di pentas politik. jika ada salahlaku berkaitan 1MDB, ianya bukan politik, tapi JENAYAH! adakah jenayah boleh selesai di pentas ceramah? tak perlulah kita paksa tun mahathir menyatakan apa yang terkandung dalam isi hatinya untuk menurunkan takhta najib. biarlah ia menjadi rahsia dirinya dan keluarganya sehingga beliau meninggal. isunya, rahsia isi hatinya itu merosakkan kesepaduan dalam parti UMNO, parti yang kononnya amat disayangi oleh tun mahathir! tun sedang mengumpul seberapa ramai ahli umno menyokongnya, sementara najib juga sedang buat roadtour untuk agenda yang sama. makanya UMNO terbahagi dua! hah! seronoklah parti2 anti umno kerana orang umno sendiri yang menjahanamkan umno dari dalam. (ambil bau krisis dalaman pas kot!) menang jadi abu, kalah jadi arang.
aku mohon, jika sudah terkumpul bukti jelas kesalahan2 najib dalam menggalas amanah sebagai pemimpin negara, buatlah LAPORAN POLIS. jangan gunakan pentas ceramah untuk menunjukkan najib salah itu dan ini sedangkan tiada apa tindakan penguatkuasaan undang2. tun mahathir bukan BODOH untuk mengetahui apa yang patut dan tak patut dilakukan, sudah 22 tahun menjadi pm! namun jika tun berterusan menggunakan pentas dan blognya untuk menceritakan kesalahan2 najib, aku akan paksa otakku berfikir bahawa TUN MAHATHIR SUDAH TERLALU TUA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 8:01 PM

Bro,

Red Alert!

Jangan ketinggalan baca jawaban terbaru dari Ah Jib Gor di https://najibrazak.com

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 9:56 PM

@kiasfansuri

Eh Hang cakap kat Najib ker? Memang sebijik tepat untuk Najib: "keluarlah, letak jawatan. barulah org tengok ada wibawa. ni nak jawatan, keje tak nak buat."

hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 10:09 PM

beliau sdh tua tapi tidak bangang macam najeeb kesayangan ko!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 10:25 PM

Kalau tak faham tanya PM,kalau masih tak faham tanya Menteri Kewangan, satu nasihat bodoh. Bukan kah PM dan Menteri Kewangan adalah orang yang sama.Jawaban tetap sama dan tidak belainan. Akhirnya orang yang bertanya tetap tak faham sampai bila2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 6:00 PM

@Anonymous
@Anonymous

Kau kot yang mamai, aduan telah dibuat, malahan dah dua kali aduan dibuat, pertama mengenai penyelewengan yang disyaki berlaku di dalam pengurusan 1MDB, nama Najib adalah antara yang dinyatakan dalam laporan polis, tapi ada pernah polis ambil tindakan memanggil Najib ke balai atau ke IPD atau ke Bukit Aman untuk dapatkan keterangan kalau pun tak mau sumbat Najib dalam lokap, ada perkara ini dibuat? Tak ada pun.

Kedua, mengenai laporan polis terhadap penipuan Najib di dalam parlimen pada bulan Mac yang lalu, laporan polis telah dibuat, dan polis sendiri rasanya dah ada prima facie mengenai hal ini, malahan boleh minta hansard dari Speaker Parlimen yang dah dapat perabot, tandas dan ubah suai pejabat yang baharu untuk menyiasat mengenai pembohongan tersebut, tapi apakah ini dibuat? Tak ada dibuat pun.

Kemudian Speaker Parlimen, bila sudah ada salah laku dalam parlimen, patutnya dia perlu merujuk orang itu ke Lembaga Disiplin Parlimen, itu tugas dan tanggungjawab Speaker Parlimen untuk melindungi kehormatan institusi parlimen, tapi apakah yang dibuat, Speaker Parlimen menjual maruah Parlimen Malaysia dengan hanya habuan tandas baharu, perabot baharu, ubah suai pejabatnya, murah sangat harga maruah parlimen Malaysia, setaraf tandas sahajalah yang dibuat oleh Speaker Parlimen Malaysia.

Kamu bila nak menuduh tu, sila lihat fakta, masalah para Abu Jahal Tukang Jawab Najib adalah mereka bengong tak tau nak analisis fakta, lepas tu meracau macam orang tak siuman menuduh yang bukan-bukan pula.

Post a Comment