........... (Kemaskini dengan artikel terbaru Chedet - Tabunghaji . )Selain Tanah TRX, Rupanya TH Juga Ada Melabur RM1.6 Bil Dalam 1MDB | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

(Kemaskini dengan artikel terbaru Chedet - Tabunghaji . )Selain Tanah TRX, Rupanya TH Juga Ada Melabur RM1.6 Bil Dalam 1MDB

Friday, May 8, 201554comments

Hmmm .... ramai yang masih bercakap mengenai pelaburan Tabung Haji melalui anak syarikatnya TH Properties ...... cepat sekali para bloggers menyebarkan jawapan dari TH. Tahniah dan Terimakasih saya ucapkan di atas respon segera yang diberikan. Semoga kegelisahan hati para pendeposit TH dapat diredakan dengan jawapan tuntas itu.

Tadi saya baca semula dokumen2 yang didedahkan oleh TheBenchmark 2 hari lepas. Bila bos TH sendiri buat laporan polis di atas kebocoran dokumen itu, ia membuktikan bahawa dokumen2 itu adalah asli. So saya layan lah.... walaupun tak berapa nak faham tapi buat2 faham jer la.

Ada dua perkara yang saya temui yang mahu dikongsikan. 

Pertama, anak syarikat 1MDB yang berurusan dalam isu tanah TRX adalah KLIFD. Ada di nyatakan bahawa KLIFD meminta bayaran penuh dilangsaikan oleh TH sebaik saja kedua pihak menandatangani perjanjian jual beli.

Hmmm ..... saya bertanya rakan mengenai perkara ini dan beliau kata, ia satu perkara yang pelik. Biasanya pembeli hanya bayar 10% saja dan bakinya selepas 4-6 bulan, yakni selepas selesai urusan pindah milik. Itu pun ada disebut dalam dokumen TH -


Kenapa 1MDB perlukan bayaran penuh dengan segera ? Macam terdesak nak cari duit jer ? 

Rakan blogger JustMyThoughts ada membuat satu TEKAAN -




Now read this news from Reuters via MT:


extract:

'1MDB has a $1.75 billion bond maturing in 2022 with a coupon rate of 5.99 percent. The next half-yearly payment of around $52 million is due on May 11'

OK now at current exchange rate $52 million = RM (52x3.6) million = RM187.2 million

thus, this meant that on May 11 2015, 1MDB has to make a half yearly payment of RM187.2 million.

So..... is there any connection between Tabung Haji's investment of RM188.5 million to that half yearly payment that 1MDB needs to make to fulfill their financial obligations?



Apakah ada kaitan permintaan bayaran penuh dari 1MDB dengan bayaran faedah bon yang sepatutnya dibayar pada 11 Mei ini ? Amaun dah dekat sangat, tarikh pun ngam2 jer ..... wallahualam...


Hmmmm ..... bila lagi due hutang atau faedah yang perlu dijelaskan oleh 1MDB selepas ini ? Apakah 1MDB terpaksa jual sebarang tanah atau aset semata2 nak jelaskan hutang ?


                                                   *******************************

Satu lagi info menarik saya temui dari dokumen di Benchmark -

Laporan Risk Evaluation ada juga menyebut bahawa keseluruhan projek di tanah yang dibeli itu termasuk bangunan akan menelan kos RM3.2 bil..... takperlah yang itu sebab belum berlaku lagi. Tapi ayat seterusnya yang menarik minat saya -

Jika dicampur dengan pelaburan sediaada TH dalam program sukuk 1MDB Bandar Malaysia yang bernilai RM1.6 bil, jumlah komitmen/pendedahan TH dalam 1MDB akan mencecah RM4.8 bil dan kita beranggapan ia agak besar untuk pelaburan dalam satu entiti.

Tanpa bangunan, nilai tanah campur sukuk saja sudah berjumlah RM2.4 bil dan ia adalah tinggi jika mengambilkira masalah kewangan yang sedang dihadapi oleh 1MDB

Apapun, sekiranya projek 1MDB terbengkalai, TH masih boleh jual tanah itu atau membangunkannya sendiri.



Oooooooh ..... rupa2nya Tabung Haji sudahpun melabur sebanyak RM1.6 billion dalam sukuk yang diterbitkan oleh 1MDB yang bersandarkan tanah Bandar Malaysia !

Yang ini saya tak risau sangat, sebab kemungkinan besar ia dijamin oleh kerajaan. 

Oya, satu lagi, peringatan sudahpun diberi oleh perunding kepada TH berkaitan risiko persepsi negatif sekiranya TH menjual unit2 bangunan selepas siap kelak kepada bukan Bumi atau bukan Islam, sebab bila kos pembinaannya tinggi pasti harga jualannya juga tinggi.


Ia sekadar peringatan saja ..... dan pengurusan TH ternyata berani mengambil risiko itu. Mungkin TH sudah ada pembeli Melayu Islam dalam senarai yang menanti untuk membeli unit2 berkenaan. TAHNIAH !

PS - eeeeeh.... lupa nak tulis, sebenarnya saya nak tanya Tabung Haji - Betul ke TH ada beli sukuk RM1.6 bil dari 1MDB ? 

                           ************************

KEMASKINI ARTIKEL TERBARU CHEDET - TABUNG HAJI

1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.

2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.


3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.

5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.

6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.

7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.

8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.

9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.

10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!!

Jika tidak dapat diam sajalah.

Share this article :

+ comments + 54 comments

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 8, 2015 at 5:25 PM

Assalammualaikum wmt,
Tidak mustahilkah semua ini telah diketahui dan difahami oleh Tun M?
Mungkin kerana inilah Tun tak mampu lagi mendiamkan isu skandal senyap 1MDB itu.
Dan tak mustahil juga akan ada lebih banyak lagi pendedahan demi pendedahan serupa ini akan tersembul keluar di media sosial.
Aduhhhhhh! Parahhhhhhhhhhhhh!




Apa yg Tun M tahu tentu lebih banyak lagi. Sumber Tun M tentu lebih hebat dari apa yg kita semua dapat baca melalui pendedahan media sosial seperti ini.
Sama-samalah kita tunggu dan lihat perkembangannya dari masa ke semasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 6:08 PM

Isu 1mdb ni cuma nak tau..kemana wang pinjaman dibelanjakan selain membeli aset2.....Takkan kos operasi sehingga puluhan billion....Hutang 42b tolak kos belian asset....so yg dipertikaikan baki cash pinjaman tersebut.....dimana baki wang dibelanjakan.....Yg ni najib xdpt nak jawab..sbb berlakunya penyelewengan atau salah guna dana.......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 6:13 PM

Boleh tak penyimpan buat lapuran polis salahguna kuasa pentadbir th kpd penabung..tolonglah....saya berpekinpekin ikat perot menabong dgn harapan dpt h haji...kalo pelaburan tuk kebaikan muslims dan islam atao nolong sesama insan malang tadak hal..nolong najib mmg panas tahap neraka tujoh...stresssss.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 6:28 PM

Sokong Tun M. Batal kan saja pembelian. Klu dh nmpk 1MDB ada masalah. Knapa nk labur jgk. Kenapa nak risiko kan duit pakcik makcik kt kampung yg dok banting tulang nk pg haji. Selama ni xde labur dlm 1MDB pun TH boleh berjaya. Boleh bagi dividen. Boleh bg subsidi. Boleh tampung kos operasi. Kenapa nak libat kan diri dalam syarikat yg bermasalah. Mana Ketua Bahagian? Mana Ketua Wanita? Mana Ketua Pemuda. Br dgr suara Pemuda UMNO Johor saja. Selama UMNO ditubuh pada 1946 selama tu UMNO menjadi juara pembela melayu islam. Takkan isu mcm ni xda suara2 yg nk mohon penjelasan. Kita sokong pelaburan TH yg menguntungkan. Cuma pada masa sekarang isu 1MDB sangat sensitif pada hati dan mata rakyat. Kenapa perlu TH libatkan diri. Nak sgt pengundi Melayu Islam tolak kerajaan UMNO/BN ke? PRU13 UMNO/BN menang kerana sokongan pengundi Melayu kuat di belakang kerajaan. Jangan sampai sokongan ni beralih arah. Kami rakyat meluahkan perasaan dan isi hati bukan bermakna kami tak sokong kerajaan.Tapi kerana kami syg pada negara Malaysia. Malaysia Tanahairku!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Najib oh najib kenapa kau bodoh
May 8, 2015 at 6:50 PM

Gila la pasal bayar interest tu. nampak sngt 1mdb tu bangang. Kalau ye pun, tibai lah lebih sikit bagi tak nampak sngt. Habis la..orang melayu, agama dia jangan buat main2. Cuba ckp pasal melayu makan babi ke apa, alamat kena tibai. Ini main duit haji orang plak..ni ke penghujung jibANGANG?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 7:01 PM

Bro Din

Ko sedar tak yang CEO dan 2 lagi orang kanan TH merupakan juga ahli lembaga pengarah 1MDB....

Aku rasa ni bukan kebetulan...tetapi mereka mereka ni memang sengaja diletakkan disitu sebagai "lembu" cucuk hidung oleh Ah Jib Gor supaya mudah dia nak manipulasi aliran wang yang banyak yang dikawal oleh organisasi organisasi semacam ni....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 7:15 PM

Saya dah tahan tahap ekstrem benci dgn najib. Dia akan melenyapkan kuasa org melayu di tanah melayu. Nampak sgt kecintaan dia kepada cina. Ramai cina yang melakukan kesalahan dia diam je. Bila ada org melayu buat silap, terus sibuk dia nak mencelah kata dah buat jenayah besar. Tak boleh ke dia diam juga srpertimana dia dia diam bila cina buat onar? Saya tak nampak melayu akan lebih ke depan di bawah pemerintahan dia. Cina yes akan lebih makmor dan akan take over. Thanks to ahjib gor. Tolonglah umno kick him out.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 7:26 PM

Gini ler,marilah doa ramai-ramai,....dibukakan kebenaran samada pada yang dituduh dan pada yang menuduh.Juga balasan keatas yang dituduh dan keatas juga yang menuduh kerana ini sudah melibatkan harga diri dan maruah seseorang.Mintak bersabar kerana tak rugi sabar sedikit daripada terlibat dengan dosa fitnah.

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2015 at 7:43 PM

APA ? PM dah letak jawatan ? Bila ? Alhamdulillah.....makbul doa tuan2.......
Lapang rasa dada....
Tu sembang advance namanya tu.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 8:00 PM

Nampak permainan terdesak diorg ni..
1) kwsp.. gagal ,rakyat marah keluaran umur sampai 60
2) socso.. gagal tidak setuju bila caruman dicadang perluas dan ditambah
3) gst... tak dpt dihalang
4) tabung haji.. senyap2 keluar
Semua selepas 1mdb diperingkat nak diselamatkan... klu TH pun dpt disentuh,tak mustahil yg lain pun akan atau mungkin telah pun dirompak... yg bestnya pembelian secara tunai sekaligus ni selari dgn pembiayaan faedah pinjaman 1mdb ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 8:58 PM

Bro Din, TSMY dah bersuara.. dia sendiri pun kritik cara najib handle skandal 1mdb ni..

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 8, 2015 at 9:38 PM

Saya masih tidak ada soalan lain selain...

Kenapa Muhyiddin dan orang2 kuat UMNO masih tidak mahu bertindak ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 9:46 PM

Kekuatan yang ada pada najib adalah pandai menjaga orang2nya....TSMY mungkin ramai penyokong dikalangan akar umbi tapi tidak pada ahli berjawatan tinggi dalam umno!!!jika bertindak ibarat bunuh diri!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 9:51 PM

PNB dah kena ke belum? Kan dividen tahun lalu antara terendah dlm sejarah ASB? Ada kaitan ke?

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2015 at 9:53 PM

Alhamdulillah......
Akhirnya TSMY bersuara........saat ni lah saya tunggu2. Sesungguhnya dia kalian makin jelas d makbulkan Allah.
Ingat lah jangan sesekali menzalimi sesama makluk...Allah Maha Berkuasa.....

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2015 at 10:22 PM

muahahahahaha..
Patot la senang2 buat urusan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 10:41 PM

Tu baru che det bersuara.. Aku dok tunggu gak org2 yg terlibat dgn penubuhan TH bersuara. Lebih2 lg yg terlibat dlm penyediaan akta Lembaga Tabung Haji. Mmg xsalah LTH acquire hartanah tp mengapa pd kadar tersebut sdgkan LTH blh dptkan tanah tu pd kadar premium dr kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 11:58 PM

Ketua2 bahagian UMNO yang berbaju merah dulu yang menyatakan sokongan tidak berbelah bagi pada Ah Jib tak nak komen ke?...,mungkin mereka semua termasuk pengikut2 mereka tak simpan duit dlm TH kot

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 1:19 AM

Ni bukan kes pecah tabung ayam, tabung haji kot. Hmmmm...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 1:41 AM

makin ramai yg dh bersuara.. TSMY, KJ, Pemuda Umno PP,Perak,Johor, Perkasa..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 4:27 AM

Tabung Haji telah dimasukkan ke dalam tabung uji sebagai eksperimen!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 4:28 AM

Kaut jangan tak kaut........PRU 14 nanti belum tentu menang. Ha ha ha

....................
Reply To This Comment ...................
May 9, 2015 at 6:31 AM

Harga 1mdb lbh kurang 5 juta... tapi TH beli dkt 200juta... ni pembelian bijak. Sekarang fungsi penubuhan 1mdb adalah bayar hutang bersama interest.. cara paling baik adalah guna duit rakyat dari simpanan mereka.. mungkin kwsp pun ada beli,malah asb juga.. TH boleh beli senyap2..lepas tu keluar fatwa menghalal pembelian.. bukan 2 tapi 1,pembelian bijaklah, dpt diskaun lah,dpt greenlight board la(pengerusi xtau) dan mcm2 lg.. isnin najib nk jwb. Pakai skrip ke melencong? Menteri bn tak ada satu ke yg nk bantah?. Klu lah klu kes hilang billion dlm 1mdb tunggu audit,kenapa dlm kes TH semua senyap? Mmg tak salah TH melabur, tapi urusan dgn 1mdb nampak serba salah. Nampak penggunaan duit rakyat yg lain utk cover duit rakyat yg tlh dipinjam oleh 1mdb. Klu TH pun berani disentuh, adakah jaminan tabungan rakyat yg lain tak disentuh..?
Patutnya kali ni kalau ada perhimpunan bantah 1mdb,tun M boleh ketuai.. sbbnya penyokong pembangkang dgn penyokong kerajaan yg tak puashati akan turut serta.. baru najib tahu yg mana akarumbi yg mana penjilat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 7:00 AM

Tabung haji Dah jadi Tabung Azeez

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 9, 2015 at 7:29 AM

@Anonymous
Assalammualaikum wmt,
Selain dua orang dari TH siapa lagi yg jadi pengarah 1MDB?
CEO KWSP ada ke?
Siapa yg tahu dgn sah tolong dedahkan untuk tatapan umum supaya rakyat benar-benar faham asal-usul kewujudan 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
May 9, 2015 at 8:35 AM

Bahagian yang paling aku nak tahu tentang dokumen yang dibocorkan dalam blog Benchmark tu ialah "Approving Authority". Ikut dokumen mesti di tahap menteri. Siapa menterinya dan dari kementerian mana (JPM dan MOF ada wakil dalam lembaga pengarah TH). TH WAJIB kena dedahkan perkara ini. Menteri tersebut mesti tampil buat penjelasan.

Dalam PRK lepas, golongan muda majoritinya tolak UMNO. Sekarang, golongan veteran @ penabung terbesar TH dan pengundi tegar UMNO pulak kena cuit. Nampak sangat Najib tak ambil peduli nasib dan masa depan UMNO. Aku nak tengok juga macam mana TV3 nak spin kes TH ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 9:04 AM

Sumber yg datang pd Tun bukanlah hebat.. tapi IKHLAS...
Ikhlas bongkarkan salahlaku dan pecah amanah yg keterlaluan teramat sgt !!

Apa jenis manusia di sebalik 1MDB ini ? Mcm beruk dpt bunga. Pegang ja kuasa dh hilang pertimbangan !


Mat Umno Pendang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 9:39 AM

salam,
penyokong ahjibgor akan terus bela pm kita tu. kalu 10k ahli pas tak sokong pkr masa prk permatang pauh dan sokongan cina dah balik ke bn kata mca, maka mana jijah dapat undi tu. boleh ke kita katakan bahawa ahjibgor dah dapat sokongan ahli umno dan bn. tak perlu orang yang beri sokongan kepada dap, pas dan pkr, bn masih kuat lagi la dan sokongan yang pasti untuk terus berkuasa. ni cerita th dan 1mdb keluar selepas prk. kalu keluar sebelum prk apa cer ye ? agaknya dapat tak undi 20k tu yer. ramai dah menyampah dan tak mau dengar dah kerana macam cakap dengan tunggul jer kerana tak ada perubahan pun. mungkin perasaan menyampah tu meningkat sehingga 3 tahun akan datang. menang sorak ahjibgor masa tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 11:36 AM

Padan muka...orang malay senang2 je kena tipu...bukan singgit dua...billion trillion tu...ini 2015....2030 nnt lg teruk....jho low dah senang lenang disana....org2 kat tabung haji tu nak kena rejam kot....hahahaha....

PENYIMPAN TABUNG HAJI..

INFO TERBARU...DUIT PETRONAS DAN WANG IHSAN GANU KELATE PUN HABIS KENA GOMOL...

....................
Reply To This Comment ...................
May 9, 2015 at 11:38 AM

Salaam tuan2 yg budiman.

Masa utk bercerita telah TAMAT. Skrng adalah masa utk melaksana dan bertindak demi rakyat....mana yg salah bertanggungjawab lah. Mana kesilapan d perbetulkan....dlm segala hal d negara kita bertuah ini.....RAKYAT adalah keutamaan. Kerana d sini lah tumpah nya darah KITA.
Selagi undang2 ciptaan jika tidak baik, buangkan ganti dgn yg lebih baik. Hanya HUKUM ALLAH yg tidak boleh d ubah.
Dunia mmg mcm ni lah....sedarlah wahai bangsa MELAYU....BANGSA BERDAULAT.

Sekian.

....................
Reply To This Comment ...................
May 9, 2015 at 11:55 AM

NAJIB AKAN BERTINDAK SALAH LAKU KES TH -1MDB SELEPAS PERJUMPAAN TERTUTUP ..... malaysian consider.
Berapa banyak perjumpaan tertutup ni ? Kau ingat kau org ke punya malaya ni ?
Kau ingat kau ada kuasa suka hati kau org lah ?
Tindakan bacul seorg pemimpin......tlg beritau RAKYAT.....bukan puak kaorg je....
Sekarang saya tahu mengapa org selalu komen dan sebut perkataan BODOH atau BANGANG......mmg anda begitu hina sekali rupanya......bangsat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 12:15 PM

Refer Akta Tabung Haji. Sbb LTH bukan syarikat mcm 1MDB. Sepatutnya LTH blh dpt harga rendah dr kerajaan. Tu yg sekarang ada spin yg THP, anak syarikat LTH yg beli. Tp pc dan police report oleh Timbalan KPE mentioned TH yg invest dan THP as developer.

....................
Reply To This Comment ...................
May 9, 2015 at 12:37 PM

Mcm mana boleh SALAH......sedangkan tu semua bawah kem. Kewangan...1mdb bawah pengerusinya...yg mana.... org yg sama. Habis tu nak cari salah siapa ? Hebat ingatan mentadbir negara......agak2 nak cari salah sapa ya ? Salah rakyat la kot pasal sibuk tanya........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 1:08 PM

Tak sqnggup rasanya nak menerima pendedahan dahsyat seterusnya dari tdm atu pihak lain.... rasanya sekumpulan melayu yang bertanggung jawab, berani dan telus patut memulakan langkah tertentu bagi menyekat kedajalan ini...

....................
Reply To This Comment ...................
May 9, 2015 at 1:34 PM

Salaam.
Pengerusi TH dari tak tahu dah banyak pulak yg tahu........Mana mungkin memisahkan soal kerja jika kita terlibat dlm kedua2 tempat. BOLEH KE ?
Pelik kan ? Mcm najib nak cari sapa yg bersalah dlm semua hal kalut ni....sedang beliau PM...men.Kewangan....Pengerusi 1mdb....alih2 cakap tak tahu.Terfikir jugak....betul ke dia tak tahu akan satu2 keputusan penting.....mmg betul lah komen tuan2...dia mmg......?
Jho lo pun dia tak tahu. Agaknya diri dia pun dia tak kenal kot...... MEMANG dia tak KENAL.....sbb jika dia kenal DIRI......dia tak buat kerja biul ni.... Takde rasa bersalah ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 2:06 PM

Pening jugak TV3 nak serang mana satu dah tak tau nih. Semua dah bersuara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 2:11 PM

Jib oh jib, muhyidin dh warning sebelom ni, jgn guna dana rakyat tp hati kau keras jib. Silap la cari pasal dgn muhyiddin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 2:25 PM

Menyampah aku bila menteri CGPA 3.85 start bukak mulut. Dan khabar terbaru betul Kerr tanah yg dibeli oleh TH nak dijual. Kalu betul mmg management TH yg ada sekarang ni xblh pakai. Lain yg rakyat suarakan lain tindakan yg dibuat. Blh confirmkan x berita ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 3:09 PM

Soalan kau ni boleh buat aku jd budak tadika balik sbb itu bukan persoalannya. Adoi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 3:18 PM

Tabung Haji tak buat apa2 kesalahan pun dlm membeli tanah tu. Kalo nk pertikaikan...adalah bgmana gomen jual tanah kpd 1mdb dgn harga terlalu murah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 3:33 PM

Bg lah link nya. Kalo xde aku pun boleh ckp J.lo ajak aku kawin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 3:40 PM

nak jual balik sebab kononnya PM arahkan.

Ya Allah..model bisnes dan pelaburan apakah ini? dengan jual balik tu dapat harga jualan yang sama atau ada untung? TH tu kepunyaan peribadi PM ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 5:19 PM

Klu tak slh,apsal nk jual?
Apsal bli tuan pengerusi pun xtau?
Knp ada 3 TH mastermind ada jwtn dlm 1mdb?
Mmg xslh bli tanah,tapi bila cara dan bila secara langsung kait hubung dgn 1mdb tu yg jadi serba salah..

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 9, 2015 at 5:25 PM

@Melayu Kampung
Assalammualaikum wmt,
Mungkin itulah antara sebabnya Tun M sangat yakin bahawa jika DSNajib terus memimpin negara, UMNO dan BN, maka pada PRU14, UMNO/BN akan tumbang.
Sekali terlepas kuasa, sangat payah untuk diambil kembali.
PRK Pmtg Pauh adalah buktinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 5:36 PM

Sapa pulak jadi puppet masuk tv3 menghalal perbuatan ni...
Ni nama untung atas angin... tanah kerajaan, kerajaan jual murah pd satu company...tak brapa lama company tu jual ke company lain buat developement dgn harga puluh kali ganda... modus operandi sama mcm kerajaan penang buat.. memang susah cari link siapa yg buat untung banyak.. tp dlm hal hal 1MDB nampak dipermudahkan culprit sebaliknya

....................
Reply To This Comment ...................
Anony
May 9, 2015 at 6:57 PM

@AnonymousJaga-jaga wang zakat, anda sedang dalam perhatian Pihak tertentu!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 8:29 PM

Cadangan jer tak salah kalau minggu ni kita pakat keluarkan duit kat th dan pindah ke lain bank sehingga pihak yang terlibat terasa kesannya dan minta letak jawatan

....................
Reply To This Comment ...................
May 9, 2015 at 9:12 PM

Bahagian 1

Saudara Din Turtle

Terima kaseh diatas kesunguhan dan usaha-usaha tuan yang berterusan untuk menelanjangkan aktiviti 1MDB, yang kini telah jelas membahayakan bukan sahaja negara Malaysia, malah juga kesejahteraan umat-umat Melayu yang menjadi pendeposit LTH.

Saya juga amat berterima kaseh dan menghargai usaha whistle blower dan juga ampunya blog The Benchmark. Hasil dari usaha dan inisiatif mereka, kita dapat tahu secara jelas dan muktamat, bahawasanya LTH telah secara diam-diam membeli RM1.6 billion BOND SUKUK keluaran 1MDB.

Marilah kita cari jalan-jalan supaya kita menzahirkan penghargaan kita, termasuklah juga memberi sokongan moral dan material, untuk melindingi mereka-mereka ini.

Saya ingin mengacukan beberapa persoalan khusus kepada Tuan dan jugs pembaca blog ini, tentang Bond Sukuk keluaran 1MDB yang telah dibeli oleh LTH. Diantaranya ialah,

1. Apakah jenis bond sukuk 1MDB yang LTH telah beli?

2. Adakah bond sukuk ini bercagarkan tanah TRX?

3. Apakah jenis income/pendapatan yang LTH dapat dari bond sukuk tersebut?

4. Adakah income/pendapatan tersebut betul-betul HALAL?

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 9, 2015 at 9:13 PM

@Anonymous

Anon May 8, 2015 at 9:46 PM

Saya nak perbetulkan persepsi ahli2 UMNO semua. Kalau bertindak takut sangat hilang jawatan. Apalah sangat jawatan itu dibandingkan dengan AMANAH rakyat ?

Lagipun apa hendak ditakutkan kapal yang dinaiki dibawa oleh nakhoda untuk dijunamkan di air terjun paling tinggi di dunia!

Satu lagi, Ah Jib tu seorang saja. Kamu tu ramai! Kenapa penakut sangat ? Ini saya tujukan kepada Muhyiddin dan orang2 kuat UMNO yang lain...bertindaklah...

Kita tak mahu minta tolong wakil rakyat pembangkang sebab mereka teramat lemah hinggakan satu kerja pun tak buat! Harap duit gaji saja besar.

....................
Reply To This Comment ...................
May 9, 2015 at 9:13 PM

Bahagian 2

Sepanjang yang umum tahu, 1MDB belum membuat apa2 projek diatas tanah TRX, dan oleh itu 1MDB belum lagi menjana apa-apa income dari TRX.

Sepanjang yang kita tahu juga, 1MDB belum melancarkan apa-apa projek di atas tanah TRX. Apa-apa projek yang dilancarkan akan secara jelas dapat menentukan tarikh bermulanya projek-projek hartanah ini akan menjana income/pendapatan. Oleh kerana 1MDB belum berbuat demikian, maka LTH juga tidak akan dapat membuat sebarang perancagnag tentang aliran tunai dari bond sukuk 1MDB yang dibelinya!

Adakah ini bermakna LTH tidak mendapat apa-apa income/pendapatan semasa (current income) dari bond sukuk tersebut? Kalau ini benar, maka adakah ini adil kepada pendeposit LTH?

Dan jika LTH mendapat apa-apa income dari belian RM1.6 billion bond sukuk 1MDB ini, maka ini bukan dari sumber atau didalam bentuk income jualan/keuntungan dari aset (tanah) itu. Maka adakah income ini HALAL?

....................
Reply To This Comment ...................
May 9, 2015 at 9:14 PM

Bahagian 3

Untuk sama-sama kita fikirkan perkara ini dan membuat taarifan kita sendiri, sila baca maklumat yang saya petik dari Wikipedia mengenai BOND SUKUK.

Sukuk (Arabic: plural of Sakk, "legal instrument, deed, check") is the Arabic name for financial certificates, but commonly refers to the Islamic equivalent of bonds.

Since fixed-income, interest-bearing bonds are not permissible in Islam, Sukuk securities are structured to comply with the Islamic law and its investment principles, which prohibit the charging of and/or paying interest.

This is generally done by involving a tangible asset in the investment. For example, giving partial ownership of a property built by the investment company to the bond owner accomplishes this purpose, since the bond owner is then able to collect his profit as a rent, which is allowed under Islamic law.

Sukuk can be structured alongside different techniques. While a conventional bond is a promise to repay a loan, Sukuk constitute partial ownership in,

• a debt (Sukuk Murabaha),
• an asset (Sukuk Al Ijara),
• a project (Sukuk Al Istisna),
• a business (Sukuk Al Musharaka),
• or investment (Sukuk Al Istithmar).

As Shari’ah considers money to be a measuring tool for value and not an asset in itself, it requires that one should not receive income from money (or anything that has the genus of money) alone.

This generation of money from money (simplistically, interest) is "Riba", and is forbidden. The implication for Islamic financial institutions is that the trading and selling of debts, receivables (for anything other than par), conventional loan lending, and credit cards are not permissible.

Kalau kita teliti dua para terakhir diatas, maka sekiranya BOND SUKUK yang dibeli oleh LTH bercagarkan tanah TRX, ini akan menimbulkan isu tentang haram-halal jika LTH telah menerima apa-apa income dari Bond Sukuk tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
May 9, 2015 at 9:15 PM

Bahagian 4

Seperti yang kita sedia maklum, aset 1MDB iaitu tanah TRX kini belum menjana apa-apa revenue dan keuntungan dari jualan apa-apa projek-projek hartanah. Maka jika LTH menerima apa-apa income dari bond 1MDB, maka ini adalah income from money. Sudah tentu ini menimbul syak tentang status halalnya income tersebut!

Jika BOND SUKUK yang tetah dibeli oleh LTH bercagarkan aset-aset 1MDB yang lain, termasuklan loji-loji penjana kuasa letrik, maka soalah yang sama akan timbul. Adakah income yang bibayar oleh 1MDB kepada LTH dari keuntungan operasi loji-loji tersebut?

Umum telah tahu bahawa 1MDB sedang menhgadapi aliran tunai yang negatif atau pun defisit. Ini telah membantut keupayaan 1MDB untuk membayar faedah-faedah bond kepada pembeli-pembelinya, pada tarikh-tarikh yang telah dijanjikannya.

Ini menunjukkan, diantara faktor-faktor lain, bahawa pelaburannya 1MDB didalam loji-loji penjana kuasa letrik tidak dapat menjana keuntungan yang mencukupi untuk membayar faedah kepada pemegang-pemegang bond.

Jika amdaian diatas benar, maka oleh sebab itu 1MDB perlu mencari sumber-sumber baru untuk menambahkan aliran tunainya, iaitu melalui hutang-hutang yang baru.

Sekiranya LTH menerima income dari sumber ini (hutang-hutang 1MDB yang baru) maka akan timbul isu haram/halah kerana LTH telah menerima income bukan dari hasil jualan atau keuntungan aset BOND SUKUK.

Soalan-soalan diatas perlu dijelaskan SEGERA oleh pihak pengurusan tertinggi LTH kerana sudah pasti semua pendeposit LTH mahu tahu perkara haram/halal ini, kerana ini akan menjejaskan status haram-halalnya dividen yang meraka terima dari LTH.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 10:19 PM

Itu yg musykilnya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 12:59 PM

Yang ini saya tak risau sangat, sebab kemungkinan besar ia dijamin oleh kerajaan... bagaimana jika GR14 OPPOSITION WIN? Jaminan laku lagi ke atau akan jagi cam kes Langat, Kidex Selangor?

Post a Comment