........... Rayuan Najibrazak.com ... ( Benarkah aset 1MDB 51bil berbanding Hutang RM42 bil ? ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rayuan Najibrazak.com ... ( Benarkah aset 1MDB 51bil berbanding Hutang RM42 bil ? )

Wednesday, May 27, 201531comments

Sedih pun ada masa baca rayuan Najib dalam entri terbaru blognya ( KLiK ) .. Jelas yang Najib TIDAK FAHAM kenapa Tun Mahathir mahu beliau meletak jawatan. ( Atau mungkin Najib faham tapi tidak boleh nak mengaku ? )

Malaysia is a democracy. I was elected by UMNO, and by the people of this country, to lead them. Therefore, I have their mandate and I am answerable to the party and the people, not to any one individual. At the next general election and party election, the party and the rakyat can exercise their democratic rights through the ballot box. 

Sebenarnya ITULAH yang Tun Mahathir mahu elakkan dari berlaku ! Jika dibenarkan Najib terus memimpin BN ke PRU dan rakyat diberi pilihan ikut demokrasi, gerenti BN akan tewas !

Tun tidak mahu Najib pimpin lagi BN semasa PRU demi mahu mengekalkan kuasa BN. Tun mahu orang lain yang pimpin BN supaya peluang untuk menang itu ada. Berbanding jika Najib terus pimpin di mana peluang itu kosong.


OK, harapan tinggi bila dapat tahu Najib ada entri baru menjawab Tun, mungkin ada info baru mengenai 1MDB. Ternyata hampeh ....... bukan saja tidak ada info baru, malah saya terpanggil untuk buat sedikit pembetulan angka yang disebut Najib.

Tun has used the financial challenges facing 1MDB as an excuse to attack me. It is true that 1MDB is facing challenges, but not at the level being alleged. 
Jika masalah 1MDB tidak seteruk yang Tun sebut, maka beritahulah takat yang sebenarnya kat mana ? Tunggu Audit ? Kenapa tidak jelaskan apakah maksudnya bila Najib sendiri baru ni mengaku hutang 1MDB terlalu besar dan kerajaan akan buat bail out ?

Indeed, some of the allegations that have been made have no grounding in reality, for instance Tun’s claim that I am responsible for a loss of RM42 billon on 1MDB’s balance sheet. This appears to be a deliberate twisting of the facts as 1MDB has not made a loss of this amount. This is the amount of its total debt; debt that is far exceeded by the company’s assets of RM51 billion, as audited and confirmed by Deloitte. Most large companies around the world have high levels of debt, there is nothing unusual about this.


Najib sebut aset 1MDB RM51 bil adalah jauh melebihi jumlah hutang sebanyak RM42 bil.

Mungkin betullah penyata 1MDB berakhir 31 Mac 2014 yang saya copy bulan lepas dari blog The Unspinners seperti di bawah. Komen saya bersandarkan pandangan seorang rakan yang merupakan seorang akauntan. Saya ringkaskan semudah mungkin -




Betul tertera angka Jumlah Aset sebagai RM51.4 bil


Tapi jumlah itu termasuk apa yang disebut sebagai Intangible Aset atau Goodwill sebanyak RM8.5 bil. Ia adalah LEBIHAN harga belian daripada nilai sebenar aset yang dibeli. Kalau nak dijual aset itu, kenalah ikut harga pasaran atau nilai patut ( fair value ).

Maknanya jumlah aset sebenar harus ditolak Goodwill, yakni 51.4 - 8.5 = RM42.9 bil

Hutang RM42 bil yang disebut oleh Najib adalah hutang tahun lepas. Jika Najib gunakan angka aset terbaru, sewajarnya Najib juga gunakan angka hutang terbaru.



Jumlah liabiliti 1MDB yang terbaru adalah RM48.9 bil dan berbeza dengan aset yang termasuk Goodwill, hutang adalah 100% hutang, takde tolak2 dah. 

Angka sebenar 1MDB adalah Jumlah Aset Sebenar ( tolak Goodwill ) RM42.9 bil dan jumlah liabiliti adalah RM48.9 bil  !

Ternyata jumlah liabiliti pula yang melebihi jumlah aset ( err .... mungkin silap kot .... err... sesiapa tolong cek )

Satu lagi, jumlah aset itu pula bukan semuanya boleh dijual contohnya Prepayment. DAN, belum tentu juga mana2 yang boleh dijual itu bakal mencapai harga seperti yang tertera. Jualan dalam keadaan terdesak pastinya harga semakin jatuh.

Jika benarlah yang diatas itu merupakan penyata kewangan 1MDB yang berakhir Mac 2014, kita tidak lagi boleh terima hujah jumlah aset melebihi liabiliti ! Liabiliti pula lebih RM6 bil berbanding aset !!

He also claimed that I do not answer issues surrounding 1MDB, but I have gone beyond that – and instructed the Auditor General to conduct an audit of 1MDB, the results of which will be presented to the bipartisan Public Accounts Committee. This should ensure that the process is transparent, and all questions that have been asked of the company are independently answered by legitimate bodies rather than politically motivated sources.

.

Actually ah, Najib tak perlu go beyond that sebab bila Najib go beyond that, rakyat dah tak boleh dapat jawapan dengan segera. Terpaksa tunggu hasil siasatan audit dan Pac yang entah bila akan siap. Kenapa tidak JAWAB DULU dan jika masih tidak puas hati, barulah minta audit dan Pac siasat.

Sekarang ramai yang melihat tindakan Najib meminta akaun 1MDB disiasat audit dan PAC adalah lebih kepada buying time / beli masa. Masa untuk dilakukan bail out !

PS - Kalau Najib merujuk kepada jumlah HUTANG ( loan  pinjaman ) saja sebagai RM42 bil, maknanya ia adalah sama dengan jumlah sebenar aset iaitu RM42.9 bil ! Takdelah juga seperti yang disebut Najib sebagai ' aset jauh melebihi liabiliti'

Share this article :

+ comments + 31 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2015 at 11:42 PM

Salam abg din. Saya nak betulkan pasal tanggapan intangible assets dan goodwill tu. Maaf ye abg din, kali ni abg din salah. Saya paste kan maksud sebenar intangible assets dan goodwill.....

DEFINITION of 'Intangible Asset'

An asset that is not physical in nature. Corporate intellectual property (items such as patents, trademarks, copyrights, business methodologies), goodwill and brand recognition are all common intangible assets in today's marketplace. An intangible asset can be classified as either indefinite or definite depending on the specifics of that asset. A company brand name is considered to be an indefinite asset, as it stays with the company as long as the company continues operations. However, if a company enters a legal agreement to operate under another company's patent, with no plans of extending the agreement, it would have a limited life and would be classified as a definite asset.



Read more: http://www.investopedia.com/terms/i/intangibleasset.asp#ixzz3bM0HEVfW 
Follow us: @Investopedia on Twitter

INVESTOPEDIA EXPLAINS 'Intangible Asset'

While intangible assets don't have the obvious physical value of a factory or equipment, they can prove very valuable for a firm and can be critical to its long-term success or failure. For example, a company such as Coca-Cola wouldn't be nearly as successful were it not for the high value obtained through its brand-name recognition. Although brand recognition is not a physical asset you can see or touch, its positive effects on bottom-line profits can prove extremely valuable to firms such as Coca-Cola, whose brand strength drives global sales year after year.



Read more: http://www.investopedia.com/terms/i/intangibleasset.asp#ixzz3bM0Kw800 
Follow us: @Investopedia on Twitter

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 11:52 PM

nak putar belit org kampong bolehlah..itu pun aku rasa tak boleh 100%

....................
Reply To This Comment ...................
May 28, 2015 at 12:04 AM

@KERIS BERAYONItu merujuk kepada intangible asset secara umum ( saya dah cek sebelum tulis artikel )

Dalam konteks 1MDB, aset dibeli LEBIH MAHAL dari nilai pasaran sebenar aset.

Contoh umum yang diberi adalah Coca Cola .... hehehehe .... banyaklah Goodwill 1MDB nak disamakan dengan coca cola !

Baru ura2 dikaitkan dengan 1MDB jer, saham TNB dah jatuh !

....................
Reply To This Comment ...................
May 28, 2015 at 12:10 AM

Apa jadah 1MDB ada IP atau Patent? So, intangible asset yg direkodkan tu semestinya revaluation tanah TRX. Ye la beli RM60 hengget jer. Lapor kat akaun harga RM2,000 hengget lebih. So dengan cash yg berbaki, kalau tak revalue asset mmg tak balance la acc. Itu sebab depa guna klasifikasi Intangible Assets. Kalau guna Historical Cost, pasti meletup acc depa liability lebih dari asset. Walau bagaimanapun ia dibenarkan walau pada zahirnya cacat. Hmmmm intangible asset tu juga sering dan boleh digunakan bagi nak balance akaun duit yang dah hilang atau unaccounted.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 12:17 AM

@KERIS BERAYONbolehkah keris berayon tunjukkan intangible assets 1MDB selain daripada goodwill ? Sila berikan detailsnya seperti patent dll dan berapa nilainya ?

Kalau kita ada knowledge kita gunakan dan jelaskan dalam konteks 1MDB bukan hanya google dan copypaste tanpa kefahaman yang jitu yang boleh digunakan supaya pembaca boleh faham maksudnya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 12:21 AM

Ksian najib. Tapi mungkin inilah masa paling baik. Mintak2 kalau jatuh dia nnt, administration baru tangkap sumbat dalam kasi bilik sebelah anwar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 12:33 AM

@i-souqaLebihan penilaian semula tanah adalah dikira sebagai untung dan dimasukkan ke dalam penyata pendapatan. 1MDB menamakannya sebagai "change in fair value of investment property ". 1MDB merekodkan 0.9bil untuk tahun 2014.

Positif goodwill atau negatif goodwill hanya digunakan keatas pembelian asset saja

....................
Reply To This Comment ...................
May 28, 2015 at 12:34 AM

Dalam bahasa mudahnya intengible aset ini dikira berdasarkan beberapa faktor. Kiraan mesti berlandaskan pada harga semasa atau pun baki2 kontrak yg ada. Dari segi perakunan antarabangsa, nilai ini tak boleh ditokok tambah atau diadakan sewenang2nya.

Begitu juga goodwill. Nilai sesuatu intengible assets dan goodwill juga mesti berdasarkan peraturan negara dimana syarikat itu ditubuhkan dan beroperasi.

Kalau diambil kira dengan pembelian beberapa ipp dalam dan luar negara serta beberapa bantuan kerajaan dari segi kontrak dan juga aset, tak mustahil juga untuk nilai itu bertambah dimasa depan. Andaikata 1mdb berhasrat melupuskan harta2nya, nilai ini juga wajib diambil kira.

Untuk pengetahuan lebih lanjut, sila ke sini...http://www.accountingtools.com/definition-intangible-asset.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 12:40 AM

"for instance Tun’s claim that I am responsible for a loss of RM42 billon on 1MDB’s balance sheet."

Bila pulak Tun cakap dia hilangkan RM42 billion?? Ni pusing cakap namanya..
Tun tanya..mana pi balance lepas shopping spree beli tanah beli kilang..mana balance duit hilang begitu saje..??!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 1:19 AM

is ds najib really2 that stupid? basic acc pun boleh detect acc problem..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 1:25 AM

@KERIS BERAYON1MDB masukkan goodwill kedalam jumlah aset. Apa yang perlu dibuat adalah cari nilai sebenar aset tanpa goodwill. goodwill tak boleh dijual.

tapi kalau ada patent lain cerita. patent boleh dijual.

there is no value in goodwill. you pay more than the value of the assets. this is the issue at 1mdb.

whether 1mdb has any patent, you need to see the subsidiaries' accounts as well . but i doubt.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 1:26 AM

Answerable..? Ok, nak tanya yang berikut... Betul tak PM kesayangan aku ni takut bini..? Ni saja yg nak tanya saya sebagai seorang rakyat malaysia..

....................
Reply To This Comment ...................
May 28, 2015 at 1:39 AM

Blogger JMD turut komen artikel Najib, https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/05/28/the-prime-minister-is-misleading-the-people-with-his-faq/

Isu yang dari dulu rakyat bising langsung tidak dijawab malah Najib cuba spin pula. Tak perlulah pusing2, hanya jawab persoalan UTAMA ini -

Pinjaman dibuat sebanyak RM42 bil, jika belanja beli aset yang dapat dikesan cuma RM15 bil, kemana perginya baki RM27 bil ?

Senaraikan semua aset yang dibeli dengan tanda harga KOS BELIAN .... itu saja, payah ? Kena TUNGGU AUDIT ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 2:08 AM

Teringin nk tengok income statement dia, pendapatan dia banyak mana, aktiviti meniaga apa, untung banyak mana. Reserve dia tu mcm mana dtg dari mana, kena forensic kaw2 ni, beli murah dari gomen tu isu besar tu, authorization sapa beli harga tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 3:23 AM

Baru saja DSN jawab mcm tu, ni dah mari pulak dah....

http://www.sarawakreport.org/2015/05/why-did-usd1-16-billion-of-1mdbs-money-go-into-an-account-controlled-by-jho-low/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 3:23 AM

Another good article Bro DT and I agree with your assessment along with JMD's article. please let me copy paste JMD's Valid and Solid Questions which has clear substance reflecting the rakyats' sentiments.


1- Surely the Prime Minister must not think that Tun and the rest of fellow Malaysians are too stupid to discern between the words ‘loss’, and ‘unaccounted money lost’?

2- Nobody ever said that 1MDB is suffering a P&L loss of RM42 billion. People were asking, if the assets bought was RM15 billion at cost, while the loans taken was RM42 billion, then where is the balance of RM27 billion?

3- It does not matter if 1MDB has assets worth RM52 billion. The truth is in the pudding. If 1MDB is having a really strong balance sheet, then why the need to borrow from MOF, nearly RM1 billion in standby credit last March and RM2 billion from a billionaire last February just to pay off its loan interests?

4- What happened to the often repeated mantra – ‘there is nothing wrong with 1MDB, they have billions of cash and a lot of assets’?

5- Why are we, the questioning people, being treated like an idiot by this Prime Minister?

6- Why did 1MDB enter into a JV agreement with Petro Saudi and its contracts signed just within 3 days without any due diligence done before accepting the dubious ‘oil exploration rights’ in exchange for USD1.5 billion in equity?

7- And who are these legitimate bodies independently answering questions about 1MDB?

8- Please don’t tell us, it is all those dubious Facebook accounts set up just to defend it?

9- What credibility do they have?

10- Are they the staff of 1MDB?

11- Are they getting paid by the Prime Minister?

12- And on top of it all, obviously the RM42 billion loans can be seen in 1MDB’s accounts. It is there for all to see in the balance sheet. It’s called historical accounting. But the money is vanished, obviously used up by unknown people (unknown at this point of time). How can we make ourselves clearer to this clueless PM?

However, a clearer picture would be to read JMD's assertion.

Note : I am not propagating for JMD nor promoting, it is pure fair questions from the rakyat too. (I do not know JMD for that matter)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 4:03 AM

Abih utang 42b tu tak kira faedah? Kena la kira smua skali...bila negara nak telungkup boleh ke semua asset/pelaburan naik value? Hartanah melungkup, forex melungkup dll lgi....so klu utang federal da dkt 600b + lgi 42b + interest utk kedua2 nya...tak jahanam negara?

Jibgor, rimau kat zoo tu da lama kelaparan...hang juluq la kepala hang ke dlm kandang tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 4:48 AM

Ding, problem nazak mereka adalah cashflow, no money to pusing, mcm mana nak sustain, nak bayar hutang, income ciput, hutang gergasi. Cuba najib mai kasi tengok cash flow 1MDB. Problem yang sama mcm Renong/Halim Saad dan MAS/Tajuddin, so kesimpulannya gomen bailout lah, mcm tak biasa, biz orang melayu. Well since najib dah bagi que, umno boleh tukarkan dia masa umno election tak payah tunggu pru14, buat lah, tak yah kecoh.

cheers

....................
Reply To This Comment ...................
May 28, 2015 at 6:43 AM

tak betul tu...... bini PM yang tak takut dengan PM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 7:05 AM

Aset? atas nama apa sekalipun..jika sukar dicairkan dan tidak memberi pulangan...itu bukan aset namanya...itu liabiliti.

buktinya beli 'aset' dgn hutang..kena byr interest tp pulangan takde.

last2 implement GST supaya rakyat tolong byr hutang. Aset apekebenda tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 7:08 AM

Intangible assets biasanya digunakan untuk kasi balance akaun. Klu duit hilang entah ke mana pun boleh je klasifikasikan sbg intangible assets...alaaa macam miscellaneous spending gitu...hihi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 8:41 AM

Basic akaun ialah +1-1 = 0;

Katakan kita ada terimaan pendapatan = RM20 , Bayaran yang telah dibuat = RM10;

Maka, kiraan ialah RM20 - (RM10 - X) = 0;

Di sini kita melihat X = bayaran yang tidak dapat dikenalpasti atau amaun yang hilang.;

Maka, kita letaklah nilai X = RM20 - RM10 = RM10;

Maka, akaun pun imbanglah, RM20 - RM10 - RM10 = 0;

#Kesimpulannya, jika terjumpa mana-mana amaun yang tidak dapat dikenalpasti atau hilang, adjust ajerlah asalkan akaun menjadi balance.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 9:13 AM

@dinturtle

Lupakan saja Debt to Asset itu. Kalau kita buat pinjaman kat bank sebanyak RM1 Juta. Kita ada harta pusaka yang kita cagarkan bernilai RM1.2 juta. Tapi kita makan gaji, bulan-bulan dapat RM10,000. Mampuke bayar hutang RM1 juta tu?

Jadi 1MDB ada asset RM50 billion. Asset dia generate income berbillion juga ke untuk bayar balik hutang? Atau kalau tak mampu bayar balik nanti semua tergadai? DT patut cek debt service coverage, yang menilai upaya seseorang untuk membayar balik hutang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 11:03 AM

Amboi.. kalu yang kena putar belit je org kampung.. pandai sungguh org bandar ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 11:06 AM

Salam Din,

Nak tambah sket aje. Kenapa Intangible Asset/ Goodwill duduk bawah sekali dalam penyata kewangan. Sebab ianya yg paling sukar ditukar kepada tunai. Susunan yang diguna pakai adalah yang paling atas menunjukkan tahap kecairan yang paling mudah dan yang paling dibawah menunjukkan yang sebaliknya. So berbalik kepada kes 1MDB, rasa rasanya boleh dapat balik ke?

-EPOOL-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 12:04 PM

1MDB = 1Malaysia Di Bodohkan...x kira la ko org bandar ke kampung...org kg pun cerdik la ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2015 at 6:29 PM

bab akaun tak tahu dan tak faham, tapi blogger prepaid, postpaid jawab ikut bahasa sastera, kita faham bahawa fakta tak ada. masih tak menjawab soalan walaupun ahjibgor jawab. jawapan ahjibgor tidak menepati soalan atau terkeluar tajuk. ok, boleh putar lagi, putar lagi biar sampai rakyat muntah hijau dengan putaran jawapan dari ahjibgor, jawapan pusing.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2015 at 10:50 PM

Aku tgk akaun 1MDB xdak goodwill pun.. Yg ada anak2 syarikat, 1MDB cam cengkerang kosong.. So kalu PAC nak buat keja kena tgk individual account every subsidiary/ anak syarikat 1MDB... Fokus pd anak syarikat yg byk buat investment dan byk goodwill.. Dan yg paling byk dpt injection dr holding/ parent company. Tp kalu takat audit holding co.jer... Mmg sampai bila pun Tunggu Audit. Bkn takat CEO 1MDB jer panggil sekali dgn BOD anak2 syarikat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2015 at 10:59 PM

Sori nak tambah sikit.. Nak remind.. Utk tgk prestasi 1MDB sahaja kita tgk column 'company'. Utk tgk prestasi 1MDB dan anak-anak syarikat/ subsidiari kita tgk column 'group'.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2015 at 11:08 PM

Tertanya gak ni kenapa 1MDB berhutang kpd anak syarikat lg byk drpd 1MDB beri hutang pd anak syarikat dlm tahun 2014.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2015 at 11:33 PM

Yer btul.. Intangible asset/ gdwill akan ada kecairan time nak merge.. jual syarikat... Mana la tahu kot2 lepas ni 1MDB nak jual anĂ k syarikat pulak..

Post a Comment