........... Pelaburan Tabung Haji Dalam TRX - Pengerusi Dah Nafikan ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pelaburan Tabung Haji Dalam TRX - Pengerusi Dah Nafikan ?

Thursday, May 7, 201520comments


Di atas jawapan segera penafian dari Pengerusi Tabung Haji Datuk Azeez Rahim semalam. Di bawah pula arahan dari Azeez supaya pengurusan TH segera keluarkan kenyataan -

"Saya dah suruh pihak pengurusan Tabung Haji mengeluarkan kenyataan sebentar lagi. Mereka akan jawab nanti... biar mereka selesaikan dahulu,".


astroawani
Hmmmm ..... semalam bersungguh nafi, hari ni macam playsafe pula.... 

Sebagai Pengerusi, Azeez Rahim kena jawab. Segala transaksi perniagaan Tabung Haji mesti dimaklumkan serta mendapat kelulusan dari lembaga pengarah Tabung Haji yang mana beliau adalah pengerusi.

Apakah Azeez Rahim ingin memberitahu rakyat bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai transaksi tersebut?! Kalau Azeez Rahim tak tahu menahu mengenai urusniaga ini beliau tidak layak jadi pengerusi Tabung Haji. Ianya juga bermakna beliau hanya makan gaji buta serta tidak bertanggungjawab!!!



yang atas ni bukan saya tulis ok, tapi dari blog baru yang dipercayai milik Datuk Khairuddin - KLiK. Genggam Bara Api  ? .... peeeergh .... ganazzzz....

Apapun kita tunggu kenyataan pihak pengurusan Tabung Haji pula......

TERKINI - Ini kenyataan dari Tabung Haji 


KUALA LUMPUR, 7 Mei - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi penjelasan mengenai pelaburannya dalam pembangunan hartanah bagi pembangunan menara kediaman (“hartanah”) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah berkata, langkah ini adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik. Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.

"Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional.

"Cadangan pembangunan kediaman tersebut akan dibangunkan oleh anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd yang dijangka akan memberi  pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.


Beliau bagaimanapun menegaskan, TH menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2) oleh Kumpulan TH sepertimana yang dilaporkan di dalam blog-blog tertentu. Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut.

Katanya, TH akan terus meneroka peluang-peluang pelaburan yang seumpamanya di dalam pasaran domestik seperti yang digaris dalam rangkakerja Alokasi Aset Strategik.


sumber - rakyatnews 

PS - Hmmmm ..... kenapa trend sekarang semuanya main SENYAP2 , ek ? Nak kena terdedah dulu baru nak beri penjelasan ?

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 2:05 PM

Demi kepentingan umat Islam dalam pelaburan ekuiti dan hartanah adalah baik bagi TH mengembangkan pelaburan dalam hartanah dan bangunan, x kiralah beli dari 1MDB ke dari pihak lain ke yg penting ia bakal menguntungkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 2:18 PM

Kalau beli terus dr kerajaan lg untung...ini beli dari 1mdb harga dah naik 40%. Consultant rasmi dan tak rasmi serta pengurusan 1mdb jugak yg untung. Bukan boleh rolling dan bayar hutang pun. Bangang!

....................
Reply To This Comment ...................
May 7, 2015 at 2:20 PM

Ada 2 pusingan lagi. Satu dari TPM dan mutlak nya dari PM. Kita tunggu apa kemelut mereka. Satu nafas, satu suara ? Atau masih bernafas busuk ?

Ok DT. Sentimen dan kemelut Umno memang banyak mempengaruhi Rompin dan Permatang Pauh. Majoriti berkurang atau merudum semua nya bergantung kepada pengundi atas pagar. Jenis pengundi ini memang jenis berhati-hati dan dekat dengan maklumat. Tegar BN dan tegar pembangkang, semua ini boleh di saksikan dalam kempen-kempen mereka.

Jadi tegar TH, urusan siapa ?



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 2:31 PM

Walaubagaimanapun, citer asal mengenai harga pembelian tak betul...... Mana dapat angka 772 juta tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 2:32 PM

ello...Azeez Rahim...amacam sekarang? Lu apa bikin dok kat atas tu? Berhentila jadi pengerusi kalau benda ni pun hang tak ambik pot. Turun sekarang!!! Dasar jemuan.

-EPOOL_

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 2:57 PM

cuba bagi penjelasan detail sikit lagi. lembaga tabung haji (TH) adalah perbadanan yg ditubuhkan di bawah aktanya sendiri. nama TH xdak bhd tau sdn. bhd. sbb bukan ditubuhkan di bawah akta syarikat 1965. Sapa yg luluskan pembelian tu? Takat board jer ka? Pak Menteri ka? urusniaga tu TH buat direct dengan 1MDB tau anak cucu cicit 1MDB (subsidiari tau related company)? kenapa urusniaga tu bukan anak syarikat TH yg buat direct? ada apa-apa sekatan x hartanah tu? aku kalu urusniaga tu anak syarikat TH yg buat, xdak ler nak question. Tp kalu TH sendiri yg beli so sebagai salah seorang pendeposit kat TH aku nak gak ler tahu detail sikit. jgn bagi rakyat gusar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 3:12 PM

@Anonymoushmmm jawapan politik dari seorang penjilat ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 4:22 PM

Kalau macam ni la gayanya, memang nak bagi orang Melayu mengamuk next PRU. Orang kampung simpan dari muda sampai umur 70 tahun ada rezeki dapat pergi haji. Dapat kat depa, lebur licin atas nama "pelaburan'.

1MDB ni memang musibah pada negara. Yang asaskan 1MDB lagi musibat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 4:33 PM

1 Main Duit Berhad. Aduhai Najib, kau memang tak layak jadi pm.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 4:38 PM

@Anonymous

Sama ada saudara ni kurang pintar ataupun pandai berpura-pura, tahniah saya ucapkan kerana berjaya menaikkan tekanan darah saya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 5:15 PM

cerita sebenar yg kita nak jelaskan ialah, 1mdb beli tanah murah bangat, kerajaan tak untung pun, malahan rugi. ( kerajaan tu siapa yer, hilang berjuta tuh). dan 1mdb yang banyak hutang tu dah jual tanah yang diamanahkan dengan harga murah untuk dibangunkan. tapi pi jual. dengan harga murah, harapnya dapatlah kaum bumi beli separuh hartanah kat situ. tapi bila dah orang lain beli dan harga pulak mahal, maknanya end user mahal gila hartanah tu. tsmy dah kata jangan jual tanah tu untuk bayar hutang. sekarang duit dari soft loan kerajaan dah dirembat, jua pulak tanah trx dan untung buta beratus juta, kerajaan dapat 6 juta jer. kita bukannya kisah tabung haji beli tu. baik kerajaan jual kat tabung haji, dapat duit beratus juta daripada jual kat 1mdb. kenapa st#%*$ bangat orang kat keenterian kewangan. tapi bila baca penasihat ahjibgor cakap, memang tahap rendah la. sekarang kita dah jual apa kat singapura tak tahu la sebab pm kata hubungan semakin baik dan kukuh.

....................
Reply To This Comment ...................
May 7, 2015 at 5:20 PM

Setiap tahun pergi Mekah tipu juga

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 6:05 PM

Aku pendeposit tabung haji. Walaupun belum sampai tahap marah, tapi tetap tak puas hati jika berita ini benar. Say no to 'main sorok2'. Jaga amanah para pendeposit, jangan berbuat suka2, nanti boleh tercampak masuk dalam penjara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 6:05 PM

Tuan din, dada saya sakit sbb duit rumah yg saya sudah jual simpan d TH. Hati aku sakit.

....................
Reply To This Comment ...................
May 7, 2015 at 6:29 PM

Hahahahaha.
Lepas ni 1MDB nak kebas tabung maner pulak.
Nak kaber duit yg xda kat simpanan bank s'pose tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 7:02 PM

@Man Zand

Kita tunggu berita tentang tabung-tabung PNB pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
May 7, 2015 at 7:11 PM

KWSP plak....senyap-senyap....

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2015 at 1:06 AM

Aha...sama2 kita nantikn next episod.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 4:55 PM

lepas KWSP nak korek tabung mana lak...?
nampak gayanya melayu ni x abih-abih diperbodo oleh puak-puak ni....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 1:00 AM

@Anonymous

Kau tu yang bodo. Melayu tak bodo la sebab tu Melayu cepat mengamuk sebaik saja isu ni pecah. Kalau dah tak tau macamana nak buat bising. Bodo punya komen.

Post a Comment