........... Pecat Lembaga Pengarah 1MDB - Rakyat Malaysia Sokong Saranan Muhyiddin ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pecat Lembaga Pengarah 1MDB - Rakyat Malaysia Sokong Saranan Muhyiddin !

Friday, May 22, 201515comments


Tak sangka video Muhyiddin semalam jadi viral ! Tak sangka pulak video itu dirakam dalam majlis tertutup .... dah jadi kes lain pulak. Difahamkan Datuk Zahid sendiri sedang menjalankan siasatan dari sudut penyebaran rakaman majlis tertutup.

Itu masalah dalaman Umno .... biarlah mereka selesaikan. Tapi sekadar nak menyibuk sikit, komen saya - Ya, salah memang salah tapi ...... Eleh, bukannya besar pun kesalahan atau impak video itu. Muhyiddin sendiri kata, apa yang dipaparkan itu bukannya sesuatu yang baru. 

Kalau Deepak yang kantoi bayar hutang juta2 pada Bank Rakyat pun boleh dikaotim, apalah sangat kesalahan siperakam video itu. 

Lagipun jika dilihat dari satu sudut, video itu sekurang2nya telah memberi satu kesan positif kepada Umno di mata rakyat. Ramai yang melihat video itu merasa sedikit kelegaan kerana sekurang2nya ada juga pemimpin Umno yang berani bersuara demi kebenaran ! 

Apa yang disuarakan oleh Muhyiddin seharusnya disambut oleh kepimpinan Umno. Muhyiddin tidak kritik pun Najib, beliau hanya komen 1MDB. Saya percaya apa yang disebut oleh Muhyiddin tentang 1MDB dikongsi oleh ramai rakyat termasuk ahli Umno sendiri.

Dengan mengambil tindakan memecat Lembaga Pengarah dan mereka yang terlibat dalam membuat keputusan dalam 1MDB serta membuat laporan Polis, rakyat akan melihat Umno sebagai satu entiti yang berasingan dari 1MDB. Umno akan dilihat tidak berkompromi dengan sebarang salah laku, kronisma, rasuah, pecah amanah yang banyak dikaitkan dengan 1MDB.


Kerana SEKARANG, di mata rakyat semua benda negatif itu terpalit pada Umno dek keterujaan kepimpinan yang menyokong buta apa saja tindakan Presiden Umno yang kelihatannya begitu mempertahankan 1MDB.

Umno kena jarakkan diri dari 1MDB ...... bagi saya itu antara point utama ucapan Muhyiddin. Dan seterusnya, selesaikan masalah 1MDB  -

“Pandangan kita tentang isu tidak penting. Yang penting kita nak tentukan penyelesaian tentang perkara tersebut,”




Rakyat Malaysia menyokong saranan Muhyiddin ! 

Dan kalau boleh, bukan saja ahli lembaga Pengarah malah dengan ahli Lembaga Penasihat juga di pecat sama !  Kerana sebagai badan penasihat, mereka juga GAGAL memberi nasihat yang berkesan dalam memastikan perjalanan 1MDB tidak tersasar.



Gesaan Muhyiddin itu disokong oleh Syed Ali Cheras - KLiK dan juga Datuk Khairuddin -KLiK.

KLiK
Tidak timbul persoalan kononnya ada usaha mahu melagakan Najib dengan Muhyiddin melalui penyebaran video itu. Mana ada Muhyiddin kritik Najib ? Melainkan mereka yang sebut itu sendiri yang mahu menimbulkan persepsi negatif dan melagakan kedua pemimpin itu ! 

Orang tak terfikir pun perkara itu tapi mereka pula yang sengaja sumbat persepsi itu ke dalam minda rakyat.


Apapun, terpulang kepada kepimpinan Umno samada mahu mengambil kesempatan yang telah dibuka oleh Muhyiddin melalui penyebaran video itu untuk kembali bersama rakyat dalam isu 1MDB atau mahu terus dilihat sebagai bersekongkol dengan 1MDB.


PS - Jangan lupa sertai survey / poll yang saya lakukan untuk meninjau pandangan pembaca apakah anda Percaya atau Tidak Percaya kepada alasan Kesilapan yang diberikan dalam isu penukaran status dana Cayman yang disimpan di Singapura, yang dulunya dikatakan sebagai wang tunai tapi kini telah ditukar menjadi aset dalam bentuk Unit. KLiK.

Ada di penjuru atas kanan blog ini tapi harus menggunakan versi web. ( web version )

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 3:48 PM

Sdra Din,

Saya dari malaysia timur dan walaupun saya apolitical, saya adalah staunch supporter of BN, both at state and federal level.

Baru sekarang saya memahami politik umno di semenanjung. Petang semalam saya sempat dinner dengan "orang kuat umno" wilayah persekutuan di Eden Village. Kalau kita dengar statement dari umno spokesman yang menyatakan semua kbus dan atau mkt "sebulat suara" bersetuju....take it with a pinch of salt. Sebab sebenarnya ada yang tak bersetuju.

Dalam kes video muhyiddin, certain kbus and even vps are with muhyiddin but dare not appear at forefront for fear of reprimand. so they thought the guy who took the video and had it viralled must have gone one step ahead than others to prove a point to umno grassroot supporters and umno sympathisers. Whilst he was legally wrong based on umno's ruling, but i feel that he was morally correct
and the masses forgive him.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 3:52 PM

Bagi pendapat aku sebagai rakyat biasa yang perihatin yang sayang akan negara dan perjuang orang-orang melayu merasa yakin sebenarnya YAB Perdana menteri tahu akan segala masallah yang telah berlaku dalam 1MDB ini. Tetai beliau tidak berani untuk memcat meraka yang terlibat dalam masallah 1MDB ini adalah disebabkan jika mereka yang terlibat dipecat mungkin meraka akan ditawarkan dan di beli masuk pembangkang yang mana segala nanah kudis yang melibatkan YAB PM dalam 1MDB akan keluar melelah mebusuk yang akhirnya akan memendekan jangka hayat beliau dalam arena politik dan mungkin Parti keramat UMNO juga akan terkubur dalam PRU 14 akan datang. Mahu tidak mahu walaupun pahit bercampur nanah kudis sekalipun akan ditelan juga demi menyelamatkan masa depat politik belau

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 4:42 PM

sebenarnya isu dah habis.. bila TSMY jawab secara live. hehehe. jadi tak perlu dipanjangkan cerita. kecuali ada pro najib yang nak TSMY letak jawatan

terbaik & tq TSMY sebab tak jadi macam padirka? amin mulia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 4:47 PM

Jawapan yang akan diberikan oleh najib dan keyboard warrior beliau ialah mereka akan dipecat dan diambil tindakan selepas pengoditan selesai. Najib tak akan berkompromi dengan salahlaku mereka yang terlibat. Bukan kah ayat tuh yang selalu dimainkan?

Saya melihatnya dari sudut kebaikan. Rakaman itu telah memberikan sedikit keceriaan kepada pengundi khasnya Melayu. Dalam tekanan perasaan untuk mencari pembelaan kepada agama, bangsa dan negara, muncul pula seorang pemimpin yang sanggup dan berani bediri atas kebenaran.

Perkara yang baik rasanya tak usahlah disorokkan. Lagi pun KEBENARAN telap akan muncul untuk menghapuskan segala KEBACULAN. Hanya masa sahaja yang menentukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 4:50 PM

Kalau kita lihat PM didalam menangani isu 1MDB ini dia biasa je tidak terlihat rasa takut dan bimbang menghadapi isu ini malah boleh membentangkan RMK11. selalu nya didalam keadaan ini ada dua kemungkinan je. satu disamping dia rasa rasa dia di pihak yang benar dan sedang melihat dan menegnali siapa kawan dan siapa musuh dalam selimut supaya mudah dibuat perhitungan atau kedua untuk melindungi mereka yang lebih penting dari diri beliau. tidak mungkin ahli keluarga nya kerana dia berkata sesiapa yang membuat penyelewengan didalam 1MDB akan diambil tindakan. selepas isu ini selesai rasanya ramai menteri yang akan diminta meletak jawatan atau difreeze kan. seperti TPM, KJ, nazri, hishamuddin rasanya perkara ini jugalah berlaku semasa UMNO pecah team A dan team B. tetapi yang menjadi kerunsingan rakyat kerana isu telah drag terlalu lama. tapi sekurang kurang nya rakyat tak bercerita pun isu GST dan kenaikan kos hidup harian kerana sibuk berpolitik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 4:59 PM

Bro Din

Cuba kau baca spin Mykmu ni:

"Maka itu tidak ada apa yang nak dihairankan dengan pandangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar semua ahli lembaga pengarah 1MDB dipecat dalam satu majlis UMNO, seperti tersebar semalam.

Penulis hairan kenapa ada yang menganggap cadangan seperti itu bermakna Muhyiddin dan Datuk Seri Najib Tun Razak berbeza pendapat dalam isu berkenaan, walhal ada beza pandangan yang dibuat secara terbuka dan pandangan yang dibuat secara tertutup."

Orang yang IQ below average pun boleh nampak jelas yang Muhyiddin dgn Najib berbeza pandangan.......

Muhyiddin gesa semua Pengarah 1MDB dipecat dan polis dipanggil untuk siasat…Ada Najib cakap macam tu???? Najib pertahan 1MDB….dia kata apa tu ASET lebih liabiliti so takde hal la….ok je 1MDB ni!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2015 at 5:49 PM

Terlebih dulu sebelom memecat mereka..siapa yg melantikkn mereka. Atas kualifikasi apa yg mereka di lantik. Yg melantik mereka juga harus be accountable dan jgn hanya memecat lembaga pengarah aja.

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2015 at 6:07 PM

Anggap "test market" jer... jangan cepat melatah.. tanya warlord Umno..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 7:10 PM

@Anonymous

sepatutnya jika sayangkan parti mereka patut bersuara. bila dikatakan mereka bermakna ramai. pabila ini berlaku barulah najib sedar bahawa sekian lama dia perasan bahawa dia mendapat sokongan padu. disebabkan ketakutan mereka itu bersuara, parti sudah kelihatan menjadi lemah manakala bangsa Melayu khususnya sudah berpindah arah. sia yang akan rugi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 7:15 PM

@Anonymous

agak agak kamu dapat tak dia bertahan? rasanya imej dan masa depan politiknya akan bertahan kiranya mereka mereka itu di pecat. tetapi, kalau berkemungkinan ada sesuatu yang mengikatkan mereka tak tau pulak. rasanya kalau najib nakkan imejnya tidak tercalar banyak, undurlah. dialah yang menjadi punca segalanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 7:17 PM

@Daniel Noor

yang melantik mereka tak dapat nak dipecat melainkan ahli dan perwakilan UMNO saja yang boleh melakukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 9:00 PM

Saya sgt setuju dgn sdra Din bahawa UMNO harus menjauhkan diri dgn 1MDB dan mmg seharusnya begitu. Isu 1MDB adalah isu KERAJAAN MALAYSIA dan bukan masalah UMNO. Tetapi, oleh kerana kerajaan Malaysia diperintah oleh BN yg paksinya itu adalah UMNO, dan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yg juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB adalah Presiden UMNO, mau tidak mau parti itu juga ikut terpalit, walaupun secara dasarnya saya kurang bersetuju kalau kita berpandangan begitu. Jelasnya, isu 1MDB seharusnya diselesaikan melalui cara dan peraturan yg ada dlm kerajaan dan bukan UMNO. Samada itu melalui audit, siasatan polis atau lainnya haruslah dgn cara dan peruntukan yg ada dlm kerajaan. Kedudukan PM juga haruslah ditentukan oleh kerajaan, dlm hal ini parlimen. Ahli2 parlimen berhak mengadakan undi tidak percaya di parlimen sekiranya PM dipandang tidak layak lagi menerajui negara ini dgn timbulnya kes 1MDB ini. Pada pandangan saya, UMNO tidak bersalah apa2 dlm kes 1MDB ini. Yg bersalah (kalau dikatakan bersalah) adalah org2 UMNO yg berkuasa dan berkepentingan dlm kerajaan dan berkait dgn 1MDB.

Sekiranya penyelesaian melalui kerajaan telah dibuat dan org2 UMNO yg berkepentingan dlm UMNO itu telah di pancung samada dr 1MDB hatta dr kerajaan sekalipun, barulah jatuh ke bahu UMNO untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka. Bentuk tindakan itu adalah masalah dalaman UMNO tanpa ada kaitan dgn kerajaan lagi....

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2015 at 10:07 PM

Bukan setakat sokong malahan dgn najib pun harus berhenti dan d siasat. Apa ni ? Beliau tu terlalu bagus ke ? Terang dah rakyat tak mahu apa tunggu lagi. Tak de maruah ke ?
Sumpah seranah dan mcm lagi....tak jugak paham.
BERAMBUS LA....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 11:44 PM

Kedegilan Najib semakin terserlah dengan,

- Melantik Lim Kok Wing didalam senarai-tambah penasihat di JPM, tang nih nak kata tak dibayar ke...???

Keberanian Zahid pula terserlah dengan,

- Dalang Lahad Datu akan dibawa kemuka pengadilan dikalangan orang yang kita dah kenal.....bla bla bla

- Kata ada maklumat Gred A Mat Sabu Syiah (setelah di istiharkan Syiah sesat)...bla bla bla

- Kes PPS gertak LGE macam anjing, rupa rupa nya lebih tikus dari kucing LGE selamba badak je dengan KDN bla bla bla

Juta juta ahli UMNO nih tau ke tidak yang satu kapal dengan nahkoda bugis dah sarat dan nak karam!!! Kalau nak tenggelam pun rakyat jangan dipaksa bersama.

....................
Reply To This Comment ...................
May 23, 2015 at 12:51 AM

Betul ke ahli umno berjuta ? Kena tipu pun satu suara je yg sampai....suara tdm. Yg lain mana ? Cuba berjuta ni bersatu......agak2 apa jadi ? BERSATU LA WAHAI BANGSA KU
TENTANG KEMUNGKARAN YG BERLELUASA INI DGN CARA YG BERHEMAH.

Post a Comment