........... Pakcik Tak Faham 1MDB ? Meh Saya Jelaskan .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pakcik Tak Faham 1MDB ? Meh Saya Jelaskan ....

Sunday, May 31, 201537comments

Pakcik ni faham ke tidak hal 1MDB ? Duk angguk2 tapi bila orang tanya soalan, pakcik tak boleh nak jawab. Macam tahu tapi tak tahu ...

Gini pakcik..... bayangkan pakcik ni Pengerusi Koperasi Kampung. Walaupun pakcik berjawatan Pengerusi, pakcik tetap kena bawa berbincang dengan ahli lembaga pengarah koperasi yang lain sebelum buat sebarang keputusan. Sebab koperasi tu bukan milik pakcik dan bukan harta pusaka pakcik.

Koperasi tu milik semua ahli yang berupa penduduk kampung ni, kan ..... pakcik dan ahli lembaga pengarah sekadar memikul tangungjawab menjaga koperasi bagi pihak ahli. Pakcik tak boleh memandai2 buat keputusan sendiri.

Koperasi kena ada Bendahari kan ? Selalunya yang sain cek kena dua orang, Pengerusi dan Bendahari. Selepas dapat persetujuan dari ahli untuk sebarang projek semasa Mesyuarat Agung, Pakcik dan ahli lembaga pengarah bolehlah bincang dan buat rencana bagaimana nak buat projek tu. Pakcik tak boleh memandai2 buat sendiri !

Kemudian sebab tak nak orang lain tahu, Pakcik lantik diri sendiri jadi Bendahari pulak... supaya orang lain tak tahu berapa yang keluar masuk akaun dan apa perjanjian yang sudah ditandatangani. Boleh ke macam tu ? 

Lainlah kalau Pakcik ni gila kuasa dan punya niat tak betul dengan semua projek2 yang nak dibuat atas nama koperasi .... eeeeh, bukan... saya tak kata pakcik begitu. Saya kata KALAU orang lain buat begitu, mesti pakcik pun tuduh orang tu begitu kan ...... 

OK, sekarang bayangkan pakcik ni Pengerusi yang juga menjawat jawatan Bendahari Koperasi ..... dan pakcik nak beli mesin bajak sawah atas nama koperasi. Konon nak tolong orang kampung supaya semua boleh guna mesin tu.

Adalah taukeh yang duk sewa mesin tu kat hujung kampung ..... pakcik gi jumpa dia dan bincang harga. Mesin harga Rm10 ribu tapi koperasi takde duit. Bank kata boleh bagi pinjaman tapi koperasi kena ada penjamin.

Jadi pakcik pun minta taukeh mesin tu yang jadi penjamin. Tauke tu setuju sebab mesin tu dah lama dan dah mula berkarat. Lagi 2-3 tahun rosaklah. Waktu tu cuma boleh jual sebagai besi buruk je. RM10 ribu memang tinggi sebab boleh beli mesin baru !

Pakcik pun berpakatlah dengan taukeh mesin tu .... taukeh tu jadi penjamin dan bank pun luluslah pinjaman RM4 ribu dan bayar kepada taukeh tu. Mesin bajak tu pun pakcik letak kat rumah .... ahli lembaga pengarah ngan ahli koperasi lain tak tahu ni !

Lagi RM6 ribu ? Yang itu pakcik bagi cash. Sebelum tu pakcik ada buat pinjama dengan bank lain tapi yang ini saya cerita kemudian...

Lepas setahun bank pun hantar surat sebab koperasi tak bayar ansuran. Bank kata nak saman. Bank tak nak rampas mesin tu sebab bank pun tahu orang bodoh je yang nak beli mesin yang dah karat ! Pakcik pun mulalah menggelabah sebab surat tu bank pi hantar kat pejabat koperasi dan kerani koperasi dah sebar cerita.

Mana koperasi nak cari duit bayar bank ? Pakcik pun jumpa bincang sekali lagi dengan taukeh mesin tu ..... sebab dia jadi penjamin dulu. Taukeh tu setuju nak pinjamkan duit buat bayar bank sebab taukeh tu dah agak akan jadi benda ni, dia pun memang simpan duit yang bank bayar buat beli mesin hari tu.

Duit yang sama taukeh tu bagi balik kat bank.... kira settle la hutang koperasi dengan bank tapi koperasi hutang pula dengan taukeh mesin !

Orang kampung yang juga ahli koperasi mula bising dan bertanya macam2 soalan kepada pakcik dan ahli lembaga pengarah yang lain. 

Kenapa bodoh sangat beli mesin yang dah berkarat dengan harga mahal ? Siapa suruh beli ? Dalam mesyuarat takde siapa pun suruh beli mesin bajak ? 

Pakcik sebagai Pengerusi Koperasi nak jawab apa ?

eeehhhhh, nanti dulu, tak payah jawab lagi sebab ada projek lain yang waktu sama pakcik buat atas nama koperasi juga. Kalau setakat mesin tu jer, takdelah orang kampung marah sampai nak bakar rumah pakcik !

Dulu..... koperasi ada buat pinjaman dengan kerajaan dan kerajaan pun bagilah koperasi pinjaman jangkapanjang RM10 ribu dengan tanah 70 ekar buat projek supaya koperasi boleh bergerak.

Pakcik atas nama Pengerusi Koperasi telah pergi buat pelaburan dengan duit tu. Panjanglah ceritanya pulak tapi pakcik kata ada untung 5 ribu dan semuanya RM15 ribu pakcik dah labur dengan Pakman Telo yang ada pejabat kat Pulau Kambing. Pejabat dia jer kat Pulau Kambing, duit dia labur kat lain.

Orang kampung pun dah mula tanya mana pergi duit yang kerajaan bagi tu ...... jadi pakcik pun katalah, dah labur di Pulau Kambing. Jangan takut ..... dah buat untung pun !

Orang kampung nak tengok duit tu sekali ngan untung. Yalah, duit koperasi dan orang kampung adalah ahli koperasi jadi mereka ada hak nak tengok benarkah koperasi masih ada duit tu atau dah lesap.

Pakcik kata duit tu adaaaaa........ setengah dah pakcik tebus buat bayar hutang ( sabaaaaar, pakck, tu cerita lain pulak ! Lepas habis yang ini, saya ceritakan yang itu pulak ), setengah lagi pakcik dah simpan kat bank. Tapi bukan bank koperasi, pakcik simpan kat bank lain. 

Sebabnya ? Sebab pakcik kata staf bank koperasi tak comel ..... bank satu lagi tu staf dia comel ! Tak kisahlah comel ke hodoh ke, orang kampung nak tengok juga bukti yang duit itu ada. Pakcik kata duit tu adaaaaaa.... pakcik dah tengok pun penyata bank. Cash money!  Kenapa, korang tak percaya pakcik ke ?

Bila tanya soalan tu, orang kampung jadi serbasalah. Malu pun ada sebab bini pakcik duk berdiri kat belakang dengan mata tercegil keluar perhati orang kampung, nak tengok siapa yang berani kata tak percaya.

Laaa.... pakcik faham tak cerita ni ? Ok, ok.... saya sambung ya....

Lepas dua bulan pakcik dengar cerita bank lain yang pakcik ada buat pinjaman atas nama koperasi sebab nak bayar hutang orang lain ....errr.... tu pun cerita lain juga, sabarlah, nanti saya ceritakan satu persatu ...... pakcik ok ? ok ... saya sambung ya ....

Rupanya pakcik buat pinjaman lain dengan mencagarkan duit yang pakcik kata dah tengok penyata itu. Bank lain tu bising sebab diorang kata dalam bank tu takde duit ! 

Orang kampung dah bising balik..... kata ada cash money, habis tu kenapa bank lain kata tipu ? Yang pergi cagarkan duit tu buat apa ? Kenapa tak guna jer duit tu buat bayar pinjaman beli mesin bajak ?

Pakcik pun jawab, sabarlah ..... sebenarnya dalam bank itu bukan cash money tapi Unit. Tak payah nak terloponglah, korang apa tahu benda2 bank ni. Unit la, Unit ! 

Orang kampung pun angguk la kepala... kami tak kisahlah, Unit pun Unitla, kami nak tengok juga. Kami nak tahu masih adakah lagi duit RM10 ribu yang kerajaan bagi ari tu.

Pakcik tak jawab tapinya....pakcik masuk dalam rumah dan bini pakcik pulak keluar. Orang kampung semua senyap dan beredar pergi. Punyalah kuat aura bini pakcik !

Laaa..... tu cerita jer. Bukan betul2 pun. Relaks la pakcik. saya sambung ya.... Pakcik nak faham tak pasal 1MDB ni ? Haaaa... dengar lagi...

Sebelum pakcik beli mesin bajak ngan melabur di Pulau Kambing tu, pakcik pun ada buat pinjaman lain dengan bank lain juga. Bank banyak pakcik, selagi ada ..... semuanya guna nama koperasi.

Dengan bank yang ini, pakcik buat pinjaman RM20 ribu. Pakcik pakai penjamin juga sebab bank tak percaya pada koperasi. Apa dia pakcik, banyaknya pinjam ? Laaa.... itu pakcik sebagai Pengerusi Koperasi lah yang kena jawab. Itu soalan orang kampung yang tanya. 

Balik pada cerita tadi, pakcik pakat dengan koperasi lain supaya jadi penjamin. Kita namakan Koperasi alDhab ..... haaa macam nama cicak gurun tu. Koperasi alDhab takkan nak jamin bodoh jer, diorang mesti nak sesuatu balik kan. 

Jadi alDhab bagi syarat ...... nak jamin boleh, tapi alDhab nak simpan 40% sebagai jaminan takut koperasi pakcik tak bayar.  Maknanya pakcik cuma boleh pakai RM12 ribu jer. Lagi RM8 ribu kena bagi deposit kat alDhab.

Bank pulak kenakan faedah 10% ! Kalau tolak 10%, pakcik cuma dapat RM18 ribu, tolak deposit RM8 ribu alDhab, pakcik cuma dapat RM10 ribu jer dari pinjaman sebanyak RM20 ribu.

Giler ? Laaa.... itu soalan dari orang kampung kepada pakcik selaku Pengerusi Koperasi. Pakcik tak boleh lah tanya. Orang kampung yang tanya, pakcik yang kena jawab.  Saya sambung ya ...

Ada satu lagi syarat ..... ingat tak mesin bajak sawah yang pakcik nak beli awal tadi ? Haaaa..... duit RM6 ribu tu datang dari sinilah. Nampak ? 

alDhab kata kalau nak jadi penjamin, dia nak beli setengah dari saham projek mesin tu. Tapi terserah kat dia lah bila dia nak beli. Dalam masa 10 tahun, alDhab boleh beli share itu dan koperasi pakcik tak boleh tolak. Itu hak alDhab.

Pakcik kata OK. Kepada alDhab pakcik kata OK, kepada bank yang nak kenakan charge 10% tu pun pakcik kata OK. Janji dapat duit. 

Ehhhhh.... pakcik tak boleh kata tak nak. Memanglah gila syarat2 tu, pakcik pun tak percaya kan ? Orang kampung semua tanya, kenapa yang terdesak sangat sampai syarat gila macam tu pun boleh terima ? 

Masalahnya pakcik sebagai Pengerusi Koperasi dah terima ! 

Laaaa..... kata nak faham soal 1MDB, kenapa orang bising2 ..... pakcik kena dengarlah. Adalagi ni ..... ingat ya, anggap yang pakcik ni Pengerusi Koperasi yang buat semua tu ...

Ingat tak bank yang bising kata dalam cagaran hasil pelaburan PakMan Telo tu semua tipu, takde duit dalam bank tu ?

Haaaa..... pakcik buat pinjaman dengan diorang sebab nak tebus hak alDhab keatas saham projek mesin bajak tu. Nak tebus kena bayar duit ! Deposit diorang tetap pegang, tebus tetap kena bayar duit juga.

Sekarang koperasi dah takde duit ..... jadi macam kes pakcik minta tolong tauke mesin tu yang bayarkan hutang, macam tu lah juga kali ni. Pakcik gi bincang ngan alDhab minta diorang tolong bayarkan.

alDhab setuju tolong. alDhab hanya pakai balik duit tebusan hak tadi buat bayar hutang bank. Satu sen tak keluar. Takkan takde apa2 kot, mestilah ada pulangannya kepada alDhab bila dia tolong.

alDhab kaya ? Entahlah ..... kaya kot sebab tu boleh jadi penjamin. Tapi kena ingat, duit yang dia tolong ni hasilnya dari pakcik juga. 

Satu lagi, alDhab ada RM8 ribu deposit pakcik yang dia pegang. Ya, duit pakcik... eh salah, duit koperasi pakcik tapi selagi bernama deposit, terpulanglah pada alDhab nak gunakan untuk apa pun. Bila tiba masanya nanti yang entah bila, alDhab kena pulangkan. Sementara itu alDhab bolehlah melabur dengan duit deposit tu waima melabur dalam koperasi pakcik !

Sekarang alDhab offer nak tolong pakcik dengan duit yang asalnya deposit tu ! Syarat pakcik kena bagi saham koperasi kepada alDhab. Kira alDhab jadi pemegang saham koperasi.

Laaa..... mana boleh pakcik tak nak berlakon dah, Memanglah giler, pakcik pun tahu kan. Tapi sebagai Pengerusi Koperasi, pakcik kenalah jelaskan kepada orang kampung.

Pakcik ? Pakcik ? Laaa..... masuk ke dalam pulak... tak habis lagi ni. Tak nak faham ke cerita 1MDB ? Siapa nak jelaskan kat orang kampung ni ?

Ehhh. Makcik pula keluar . Errr.....  cantik Makcik. errr ... makcik faham hal 1MDB ?  Tak faham tapi buat2 macam faham ? Meh saya jelaskan .... 

PS - Saya tak larat nak baca balik dan edit... pening ! Sekadar hiburan hari minggu hehehe ...

Share this article :

+ comments + 37 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 3:02 PM

Tengok lah macam mana berbelit nya isu 1MDB ni...kita nak buat anologi yang mudah pun jadi berbelit belit.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 3:17 PM

Kahkahkahkah
credit to din..cerita di atas mmg sebijik kena atas kepala separa botak ajib gor!
Last cerita tu, rakyat dh meluat! Tros masuk dlm rumah..
Terbaek kau punya citer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 4:05 PM

ajib dan 1mdb buat taik senyap2...pastu bila kantoi, penjilat pulak dengan yakinnya kata kerajaan boleh tolong selesaikan

jika bukan kerana kebangangan ajib dan para penjilatnya, aku yakin sampai ke hari ni kerajaan akan terus tangguh GST.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 5:30 PM

Ni sambungannya...

Penduduk kampung merangkap ahli koperasi yang berpendapatan rendah kita kasi sedikit sumbangan setiap tahun. Cukuplah sekadar nak beli barang2 dapur. Tapi ngan syarat kena beli barang kat kedai koperasi jugak.

Lupa pulak nak kasitau, sebagai pengerusi koperasi saya dah putuskan untuk naikkan sikit harga barang2 kat kedai koperasi. Jangan risaulah. Kita berniat baik. Ianya dilaksanakan demi menambahkan pendapatan koperasi. Kita dah tetapkan wawasan sebagai koperasi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Kita dah bagi duit dapur tu, maknanya tak perlu risau ngan kenaikan harga barang di kedai koperasi. Bila ahli koperasi berbelanja, koperasi jugak yang untung kan ? Cuba bayangkan bila koperasi dah untung. Macam2 faedah akan dinikmati oleh ahli koperasi. Antaranya bantuan persekolahan, bantuan rumah dan bermacam2 bantuan lagi.

Lagi satu, saya sebagai pengerusi koperasi mintak sangat2 kat ahli tolonglah jangan dengar kata2 daripada pengerusi yang dah pencen tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 5:58 PM

Terima kaseh!.. Pak cik kini dah faham dengan cerita ini.Dah tergadai atau dekat-dekat nak tergadai?.

....................
Reply To This Comment ...................
Rakyat prihatin
May 31, 2015 at 6:37 PM

giler pening nak tangkap putar belit, poooosingh jual beli, buat utang bayar utang, korek lubang tutup lubang...silap2 yg terlibatpun dah lupa mcm mana onar ni dibuat mula-mula dulu.....:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 6:47 PM

woooo susah pakcik nk paham, belit2. Takpa2 pakcik baca lagi 12kali kasi paham, pastu pakcik nk expelain kt org2 kg pakcik suh rehat undi BN pru 14 ni, kalo si bugges tu tak turun. Cter tukullazis pun nk tau gak, pehal gigih dok hentam chedet hari2, dia ni turun Dari mana dgn accent geli geleman tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 6:48 PM

Tak payah susah pikir. Kita dengar penjelasan Menteri Kewangan Kedua 3hb Jun RTM1 pukul 9 mlm. Pasal apa Menteri Kewangan 2? Sebab Menteri Kewangan 1 tak ada masa nak keluar kat tv. Dia sibuk pergi jelajah satu Malaysia jumpa pakcik-makcik untuk terangkan "in person", selaku Perdana Menteri. Sokong?Jangan lupa sepanduk "I <3 PM!"

....................
Reply To This Comment ...................
May 31, 2015 at 7:22 PM

............Tiba2 pakcik yg masuk tadi keluar semula. Anak muda !....kata beliau. Pachik bukan tak faham....sebenarnya pakcik memerhatikan kan dari jauh lakonan bodoh yg d panggil pemimpin. Mereka cuba menipu bangsa sendiri dgn perlekeh kan undang2 negara. Sampai kawan pachik bagitau polis boleh siasat tanpa perlu report kes itu ! Pachik sebenarnya bukan org kampung yg d anggap bodoh oleh pemimpin....dulu pakcik pun kerja kat kl juga....dgn kompeni besar......pangkat pun besar...cuma pakchik suka low profile.....
Pachik nak bagitau anak muda sekali lagi ye....pachik bukan bodoh wahai org muda....bekas pengerusi yg anak muda sebut tadi tu kawan baik pachik....dan dia d iktiraf oleh dunia antara pemimpin yg jauh pandangan..... nak !
Aduh....tak larat nak citer....panjang lagi ni !
Biarlah Pachik nak solat dulu nak....Pachik pun bukan muda lagi ! Entah esok entah lusa kembali mengadap Allah.....maafkan pachik....nak !
TU LAH....PACHIK TU SEBENARNYA TAHU YG PEMIMPIN TU MMG BODOH....TAPI DIA SAJA TENGOK LAKONAN DUNIA KONONNYA DIA TU HEBAT SANGAT.....

....................
Reply To This Comment ...................
May 31, 2015 at 7:41 PM

Pakcik tu mesti bersyukur Tabung Haji dah mula nak jual tanah trx tu. Tabung Haji beli tanah tu sebab nak bailout 1mdb. Tu baru satu dah terbuka depan mata. Tak payah tunggu audit pun. Kihkihkih......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 9:25 PM

Ada satu lagi Pak Cik pulak ada soalan sikit....errr nak tanya, ada dengar khabar koperasi nak dibubarkan dipecah tiga entity, betul ke???

Gaya macam telor dah jadi telor-tembelang, tapi apa yang nampak koperasi cakap macam boleh dijadi telor-asin! Tapi kan tetap dah jadi busuk tuh!

Dah di buka satu demi satu telor memang tidak boleh dijadikan telor-asin maka bubar je lah agar busuk koperasi tidak dilihat dengan jelas. Kesatuan orang kampung yang dilantik untuk melihat masaalah koperasi juga akan dibubarkan, mungkin!

Apa apa pun pak cik nih dari kampung jauh nun di America tapi semangat pak cik masih utuh di tanah-tumpah darah, apa lagi kampung halaman. Pak Cik tetap menyumbang kepada kampung dan tanah ayer secara peribadi sendiri (tang nih tak payah heboh lah apa Pak Cik buat). Jadi walau apa pun pak cik tetap memantau sebab dalam beratus (mungkin ribu kut) kerabat pak cik masih dikampung, tang tuh pak cik risaukan adik-beradik sedara-mara dan kawan jiran-sekampung semua sebab pak cik tak ingin melihat dorang merempat di negara sendiri bila segala nya hilang di kampung dan tanah ayer! Malah blog-blog yang pak cik baca (Pak Cik baca report report arus perdana juga ya local dan global) macam ada rasa connection sampai tahap pak cik rasa mungkin kita sedara dekat kut!

Maklum lah, sauh Pak Cik tidak sehebat sauh bugis, terbang sana terbang sini tapi, Pak Cik tetap dapat menjelajah beberapa benua besar keliling dunia. Cuma satu Pak Cik nak khabar, 30 tahun Pak Cik mencari rezeki di luar Tanah Ayer nama Tun Mahathir juga yang dikenang, diingat, disanjung, ini bukan cerita dongeng ia ada lah kebenaran! Omputih Europe, Australia, UK, America-Canada, dan Pak Arab, Pak India, Pak Pakistan, Pak Bangla semua rata rata cukup bangga bila tahu Pak Cik dari Malaysia! Tapi ini bukan cerita Pak Cik, masaalah Tanah Ayer begitu meruncing bila kemungkinan Pak Cik tak tahu sama ada boleh berbuat seperti Orang India, Orang Cina yang rata rata mengatakan mahu terus pencen di negara sendiri, apa nanti masih ada Tanah Melayu selepas GE14?

Pak Cik rasa, beribu anak-melayu dirantauan memantau juga, Pak Cik diantara mereka lah. Semoga Allah lindungi kampung dan Tanah Ayer agar selamat untuk Agama-Islam dan Bangsa.

Terima Kasih kepada Brother DT kerana article hiburan lagi padat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 10:33 PM

Dgar citer minyak naek malam ni..
pedihhh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 10:34 PM

Kah kah kah...part makcik tu memang tak boleh blah. Semua geli geleman kat makcik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 11:02 PM

Hebat...jebat...lebat...idea yg masuk akal....melayu tipu melayu...cina tipu melayu...melayu tipu cina...melayu tipu arab anu dhabi....arab abu dhabi tipu melayu....arul kanda tipu melayu...melayu tipu arul kanda....hehhhhh...pening pakcik....banyak no penipu dalam penipu ni....kita pakat tunggu dan lihat yo lah...

petrol pun dah naik ni...rm2.05 sen woiiiii....bestnya...yeh yeh...petrol naik...harga barang semua naik...yeh..yeh...

i lovehate pm....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2015 at 1:38 AM

koperasi o koperasi..pak cik pun dh pening nak tarik keahlian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2015 at 1:50 AM

nk komen sikit je..
"Bank tak nak rampas mesin tu sebab bank pun tahu orang bodoh je yang nak beli mesin yang dah karat"
bank mana ni yg bodoh sangat ni yg kasi pinjam utk mesin yg dh karat!!!!!
hang kalau nk kasi contoh, kasi la yg logik skit. takkan hang pun nk memperbodohkan org!!

....................
Reply To This Comment ...................
June 1, 2015 at 2:30 AM

@Anonymousramai juga pro najib yang baca hehehe...... bisnes bank adalah nak dapatkan faedah. Kalau dah ada penjamin, banyak kekurangan boleh dilepaskan :)
Oya, kenapa bank lain bagi pinjaman juga tanpa mesin berkarat ? Sebab ada penjamin alDhob !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2015 at 8:27 AM

bro din, najib dh kasi kata dua siapa x bersama dia dlm 1mbd letak jawatan.

siapa dlm kabinet najib yg kata x bersma najib? tiada sorang pn. mana muhidin? mana shafie afdal?

sedangkan 1mbd membawa bermcm2 musibah pada rakyat. pemimpin umno hanya tutup mata?

kenapa kita masih perlu menyokong mereka? saya x faham kenapa kita masih setia memberikan undi pada umno

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2015 at 9:00 AM

kalau si lanun yang buat taik..kenapa orang lain yang kena letak jawatan.....nampak sangat keangkuhan si lanun bibir merah semakin menyerlah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2015 at 9:14 AM

ajib suruh menteri yang tak setuju 1mdb supaya letak jawatan.

masalahnya, menteri2 lain tu takde kaitan dengan 1 mdb pun. yang betul2 berkait ialah ajib.

jadi dialah sepatutnya letak jawatan dulu. baru diikuti oleh yang lain2. tapi dia kecut. kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
June 1, 2015 at 11:53 AM

Tu dulu....lepas ni kita tak bagi undi kat sapa2 pun! Ada bran......?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2015 at 2:12 PM

Ayuh...marilah kita bersama sama mantapkan dan menyokong kepimpinan ds najib....brader din...tolonglah...jgn dedahkan apa2 isu pasal najib lagi...bagilah peluang kpd ds najib menguruskan khazanah negara dengan cemerlang dan gemilang lagi terbilang...saya percaya ds najib seorang yang baik dan maksum....haji hadi pun menyokong pemerintahan najib...marilah kita bersatu demi islam dan melayu...

....................
Reply To This Comment ...................
June 1, 2015 at 4:27 PM

Sbb BR1M tu berhantu... makan je BR1M terus kena mcm ilmu pukau, terus gelap hati.. terus I LOVE PM..

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
June 1, 2015 at 4:46 PM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Kalau 2/3 para menteri letak jawatan bagaimana?
Persoalannya, beranikah mereka (para menteri) yg ada tu letak jawatan beramai-ramai....
Zahid dan Hishamuddin kita dah tahu tak akan ikut serta. Yg lain bagaimana? Tak boleh bersatu ke? Inilah masanya untuk bersatu. Bukan bersatu untuk kaburukan tapi untuk kemantapan negara bangsa yg semakin bercelaru kerana salahlaku pemimpin nombor satu.

....................
Reply To This Comment ...................
June 1, 2015 at 4:46 PM

Yg tinggal last2 Keretapi Tanah Melayu. Tanah KTM di Spura dah habis licin Najib jual kpd Little Israel. Satu persatu pesaka Melayu dilelong oleh Najib. Kini ada ura-ura nama KTM pun nak ditukar ganti. Patut pun rang cina kata Malaysia itu 'Malai-sia'.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
June 1, 2015 at 7:32 PM

@Othaman AhmadAssalammualaikum wmt,
Kalau Singapura banyak dapat untung, apa kurangnya kaum mereka yg ada disini?
Walaupun mereka tak berjaya dgn konsep 'Malaysian Malaysia' yg diilhamkan mendiang Lee Kuan Yew, kini PM kita dah gantikan dgn '1Malaysia'.
Bunyinya ajer yg lain tapi maksudnya sama. Sebab itu DAP tak serang PM macam mana mereka serang Hadi Awang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2015 at 10:38 PM

Din turtle, you tulis atas kebenaran atau bukti??
Atau atas dasr benci kepada Najib??

Siap boleh bagi tahu kat org kampung yagn tak faham...

Apa lu ingat yu faham sangat ke???

You tahu ke apa yg sebenarnya berlaku???

Kalau you nampak org masuk kedai arak, terus kata org tu minum arak?? betul ke??

Sebenarnya paa yg kita nampak tidak mencerminkan 100 % apa yg berlaku.

Sebab tu perlu penyiasatan dari segala sudut.

Tunggulah hasil siasatan ketua audit negara dan PAC...

Apa masalah kau sebenarnya???? Tak sabar sabar nak menyalahkan orang.

Tulah , bila hati tu dah dendam kesumat atau marah tak tentu pasal, apa apa ajer info yg masuk yg senada dengan kemarahan kamu, akan mudah kamu percayaii...

Itulah cara yahudi.....mula mula dia timbulkan kebencian. Lepas tu dia akan masukkkan info palsu yg memang mereka akan percaya bila kita dah benci..


....................
Reply To This Comment ...................
June 2, 2015 at 12:04 AM

@AnonymousMaknakata- Tunggu Audit ! hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2015 at 5:44 AM

Anon penjilat najib 10.38pm

Sebab ko dah menjilat kuat sangat..yang nampak 100% pun ko masih nak spin? Confirm bangang.

Ok la..nak tanya je..mana wang itu? Eh..mana unit itu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2015 at 8:36 AM

Anon 10:38 pm

Masaalah nya 1MDB

-Kejap kata tak ada masaalah
-Kemudian memang bermasaalah

-Kejap kata TUNAI
-Kemudian UNIT

-Kejap kata tunggu audit
-Kemudian nak bubar da

Tuh belum lagi Si bugis cakap dia tidak terlibat langsung tapi Clause 117 apa ek?

Si bugis kata Jho Lo tidak ada kena peranan
Tapi apasal cinabeng tu boleh keluar statement UMNO kaki spin?

Lu bodoh sangat ke nak paham rakyat boleh tanam UMNO hidup hidup GE14! Tu yang melayu-muslim majority dok risau.

Bodoh boleh belajar
Degil makan dia nak kena sekel....

....................
Reply To This Comment ...................
June 2, 2015 at 8:40 AM

MARAH ? Ada kebenaran tak ? Kecekapan urus tadbir negara amat penting bro....bukan cakap pusing2.
Kebencian tak timbul dlm isu ini cuma kita perlu pemimpin yg ber kredibiliti berani tegas AMANAH serta berkata BENAR.
Susah ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2015 at 12:52 PM

sebelum ni kmati2 kata x bermasalah lani lps kantoi mengaku bermasalah plak. xmalu ke? xmalu ke sokong kaki spin? benda terang2 kut.. sokong xmalu ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2015 at 6:48 PM

Bangkai...mana bleh tutup dgn nyiru je..
tambah plak dicampur dgn "amalan" yg wanita nom satu sdg gunakan skrg ni..jap lagi terbuka jgk hijab.
bkn doa ni..ni kerja Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
June 2, 2015 at 8:39 PM

Wa Alaikumsalam sdra Hanul.

Jelas sekali Najib dah khianat & derhaka kpd bangsa, agama, tanah air, Tun Razak & Run Mahathir sebab...
1. Menjadi tali barut zionis yahudi.
2. Tunduk pd USA, UK & Spore.
3. Hapuskan ISA.
4. Meminggirkan DEB/NEP.
5. 1Malaysia ala Malaysian Malaysia.
6. Beban hutang 1MDB yg menguntungkan hanya puak Najib, Jho low & yahudi Goldman Sach ... tapi negara & rakyat menanggung kesengsaraan dek belenggu hutang & riba yg tinggi.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
June 3, 2015 at 6:54 AM

@Othaman AhmadAssalammualaikum wmt,
Saya setuju sangat dgn apa yg tuan katakan. Maknanya. PM kita sekarang tidak ambil peduli dgn apa yg tuan sebutkan itu. Dia asyik dok cari duit untuk negara (kononnya) kerana pada dia 'cash is king'.
Selain dari cari duit, dia juga asyik mementingkan imejnya sebagai pemimpin nombor satu Malaysia. Justeru dia terpaksa melantik beberapa penasihat khas sebagai 'perunding imej'.
Antara hasil nasihat perunding imej beliau ialah 'I love PM dan I am 4 you'. Dua slogan itu menampakkan yg jadi penasihat imej beliau itu bukannya Melayu berdasarkan bahasa yg digunakan.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2015 at 9:44 AM

Kenapalahhh..... anon 10:38 nih....?
dari cakap2 dia ni nampak sangatlah cerdiknya.
katalah dizaman hitler dulu, ada orang yg simpati dengan berkata, kita bagilah peluang kat dia(hitler) membetulkan keadaan, tentu masa kini seluruh eropah dibawah naungan hitler yg ganas dan zalim tu masih berleluasa lagi....
apa komen anon 10:38

....................
Reply To This Comment ...................
June 3, 2015 at 1:44 PM

Dah terang lagi bersuluh yg Najib jadi talibarut Zionis Yahudi (Apco & Goldman Sach), apa hal pulak si Anon 10:38 pm menuduh sdra Din kita tanam kebencian & tabur fitnah ala Yahudi.

Cakap dia macam orang terencat akal dek dilahirkan tak cukup bulan.

Teruskan perjuangan... Najib has to go.!.

Post a Comment