........... Nazri Aziz Sokong Pemilihan Umno DiAdakan Tahun Depan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nazri Aziz Sokong Pemilihan Umno DiAdakan Tahun Depan !

Thursday, May 14, 201535comments

“Saya tidak tahu berapa banyak sokongan yang Mahathir masih ada, tetapi jika dia ingat dia kuat, dia boleh datang cabar Najib dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Menteri MOTAC Nazri Aziz - Mkini.

Huh ?

Hanya kerana menyenaraikan kesalahan Najib dan meminta Najib letak jawatan bermakna Tun Mahathir nak beradu kekuatan ?

Sebab Tun tulis macam ni -

Kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini Najib tidak lagi layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

.... bermakna Tun Mahathir berasa dirinya lebih berpengaruh dari Najib ?

Tun hanya menyuarakan luahan rakyat yang datang mengadu kepadanya -

19. Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Dato Sri Najib. Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya



Tun konsisten dengan pendirian ini. Perkara yang sama juga Tun luahkan dalam video interview bulan lepas.

Menerima desakan dari mereka ini saya cuba nasihat dan tegur Dato Sri. Tetapi tidak berkesan.....


Dan selepas menerima lebih banyak maklumat negatif mengenai 1MDB  -

24. Tetapi, apabila saya mula mendengar berkenaan 1MDB, saya berasa keadaan sudah menjadi amat serius. Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.

Setelah surat itu tidak di layan dan Najib membiarkan masalah 1MDB semakin meruncing, barulah Tun Mahathir merasa terpanggil untuk mendedahkan perkara ini kepada umum. Dan kerana yakin bahawa Najib bakal membawa kemusnahan kepada Umno dan bangsa  jika terus memimpin Umno ke PRU14, Tun juga menyatakan bahawa Najib sudah tidak layak lagi menjadi PM.

( Ayat2 Tun Mahathir di atas saya petik dari artikel chedet - Pilihanraya Kecil )

Nah, tang mana yang ada menunjukkan Tun merasakan dirinya lebih kuat pengaruh berbanding Najib ?


Suara Tun itu adalah suara ramai lagi rakyat di luar sana ! Tun hanya menjadi mikrofon kepada rakyat. Rakyat dah lama bersuara, namun ada Najib peduli ? 

Rakyat juga sudah menunjukkan ketidakpuasanhati terhadap Najib bila buat pertama kalinya Najib terus berkuasa sebagai PM walaupun tidak mendapat undi majoriti !

Rakyat tidak pilih Najib sebagai PM tapi rakyat memilih BN untuk terus jadi kerajaan menerusi sistem First pass the post yang kita amalkan. 

Umum sudah terima bahawa kempen BN semasa PRU13 adalah berteraskan populariti Najib menerusi kempen I Love PM dan apakah hasilnya ?  Najib kalah majoriti ! 

Namun rakyat masih mahu BN jadi kerajaan menerusi kerusi Parlimen yang lebih banyak. 

Adakah Najib nampak suara rakyat ini ? Saya rasa tidak ......Najib masih perasan rakyat sukakannya dan isterinya .... mereka berdua perasan rakyat memuja mereka.

Najib semasa di Tawau baru ni boleh pulak  nak gunakan ayat Tun Mahathir dulu bahawa walaupun satu undi lebih, dia tetap pertahankan kuasa ....... Halo Najib, PRU13 anda tewas undi majoriti la !! Anda bukan saja kurang satu undi tapi anda kurang 386,285 undi ( 3.43% ) berbanding PR. 


Lainla kalau Najib sebut kalau saya lebih satu kerusi pun, saya tetap pertahankan kuasa ....

Apapun, dari satu sudut saya SOKONG cabaran Nazri Aziz bila beliau mencabar - Nazri juga berkata Mahathir dan pemimpin Umno lain yang menentang Najib juga boleh bertanding jawatan presiden Umno dalam pemilihan tahun depan  ... kerana itu menunjukkan yang Nazri MENYOKONG pertandingan dibuka/diadakan pada Pemilihan Umno tahun depan !

Share this article :

+ comments + 35 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 12:50 PM

As salam..biasa lah menteri bodoh mmg mcm tu.Beri statement pun dah teserlah bangang nya.Sapa ckp Tun nak lwn dlm umno.Rakyat yg akan tentukan Umno tumbang bkn nya mt.Bagi Nazri fokus lah mxm mana nak majukan pelancongan.Dah lah lesu pelancongan malaysia,xde apapun yg menarik.Anak dia lagi glamor dari ayh dia.Poorraah la Nazri..

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 14, 2015 at 1:00 PM

Assalammualaikum wmt,
Kalau ikut persepsi politik, macam-amacm andaian boleh dibuat mengenai kenyataan Nazri itu. Yg pasti dia mahu kedua-dua tokoh berkenaan beradu kekuatan melalui saloran politik.
Kalau berlawan, belum diketahui Nazri disebelah mana.
Walhal apa yg Tun M mahukan ialah Najib berundur supaya orang lain yg jadi PM dan Presiden UMNO. Bukannya Tun mahukan jawatan itu.

Saya setuju dgn ulasan DT yg mengatakan Tun M hanya bersuara mewakili rakyat. Bukan untuk dia dan bukan untuk anak isterinya.
Begitu kira-kira.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 1:06 PM

Dh nk kena gugur. Kena vocal sikit la. Ini la menteri cap ayam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 1:09 PM

Tanding ah tun,ini tak kena,tu tak kena..smua org tak kena,tun je kena..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 1:18 PM

Nazri Aziz???ayah angkat namewee kan!!!!???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 1:20 PM

nazri bongkak ingat dia menang sbb diri sendiri tp yg sebenanyew dia menang sbb melayu sayangkan bn....

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2015 at 1:45 PM

NAZRI ? Siapa dia ni...setahu saya kalau ni la.org yg sama.....kan dia dulu pelahap ap teksi.
saya nak cabar dia.....dia makan rezeki haram tak ? Tibai duit rakyat....dia susah nak ingat saya....tapi saya mmg kenal dia.ni pemimpin melayu ? Lawyer in education.....Nazri kau jgn sibuk.kes kau tak naik kira untung....

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2015 at 2:10 PM

Bukan saja pelahap tapi juga rakus & gelojoh meratah AP teksi satu ketka dulu. Tak sedar diuntung sebab TDM tak ambil tindakan terhadapnya. Dia nie bukan lawyer tapi LOYA yg meloyakan tekak sepanjang zaman.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 2:15 PM

Mahathir sudah berkali2 cakap dia tak akan jadi PM lagi..siapa yg untung & rugi dlm hal ni kalau terus nak hentam Mahathir, betul tu dia mewakili rakyat meluahkan rasa tidak puas hati dgn kerajaan terutama Najib...

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2015 at 2:15 PM

Eh kang panggil bangang kan marah...berapa kali nak kata rakyat datang jumpa tun mengadu masalah umno sekarang ni?? Kalau orang tak mengadu pun tak da masa nak teguq aihh...baik dia dok umah main cucu lagi bagus... Suara tun tun Suara rakyat bawah hang faham x ni?

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2015 at 2:21 PM

Org bijak tak perlu lah jerit2 cakap dia bijak. Komen bodoh mcm nazri ni tak de value langsung. Sbb tun takde apa2 kepentingan langsung....cuma tanya kat bacul tu....Tu.saja. Namun pertandingan terbuka utk presiden saya sokong 100%.......baru kita tahu dan.baru adil.!
Ada bran ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 2:22 PM

aku mmg da lama x suka nazri ni...masih igt x kes anak dia tu...nazri dgn bongkak kata dia orang kaya...hampir sama otak dia ngan pudin yg tewas di temerloh pru lalu...otak liberal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 2:25 PM

Menteri nak cari publisiti. Tun bukan nak jawatan PM atau Presiden Parti. Dia dah lama dah. Ini lah dikatakan Melayu mudah lupa.. Tun dah lama pegang jawatan PM dan preseden parti Yb lupa kah yang umur Tun dah berapa tahun? Saya tertarik dengan sdra Maliq..jangan fitnah Yb . Dia orang baik-baik, kalau tidak macamana boleh jadi menteri....Dan menang setiap pilihan raya. Dan munkin akan bertanding Preseden UMNO

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 2:35 PM

salam pak din penyu. saya rasa minggu depan kot hari penyu sedunia so janganlah lupa menyambut nya, main main je jgn marah. saya nak tanya gak siapa melantik tun m mewakili rakyat untuk bertanya pada najib. saya tak lantik pun. saya tak bagi pun mikropon pada dia. kalau boleh saya hanya nak suruh dia duduk diam dan tiap tahun pegi buat umrah. itu lagi baik. bila hati sudah hitam moga moga boleh dicuci semula. begitu jugalah kes tun m tak naik kira untung. baru bongkar skit skit dah pi buat umrah. ini orang londeh abih sal 1mdb tapi aku tengok najib steady je. rileks lah pak din oooooooiiiiiiiiii tak lama lagi keluarlah laporan audit 1mdb. aku hanya bimbang takut2 tiba tiba ada nama kerabat kerabat yang selalu memfitnah najib dalam laporan tu. fahamlah kan bila ade nama IPP mesti ade gak skit skit .

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2015 at 2:41 PM

Jadi....kan nampak tak tahap mentaliti org2 dlm kabinet najib ? Ni yg kita harap nak jadi pejuang ? Tengok Semlm...mad maslan suruh melayu tiru cina. Bangang sangat ke bangsa saya ni ? Asal nak maju je kena tiru bangsa tu bangsa ni. Kita tak ada acuan sendiri utk berjaya ke atau kita takut nak berjaya dgn cara kita ? Baru kena hanjeng sikit ngan spore dah pucat.....
Tukar la nama korng jadi bangsa duplicate.....ciplak atau apa pun yg sesuai dgn mentaliti kau Org !
Sbb tu rakyat bersuara kau kata suara tdm. Dah la kurang bijak baca plak malas....Tu la tahap mp msia..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 2:57 PM

"baru bongkar skit skit dah pi buat umrah."

aku x pasti yg ko ni melayu beragama islam atau x...

klu x.. susah nk ckp la..

klu yer.. baik ko byk2 beristighfar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 3:00 PM

Anon 2.35,

Saya lantik Tun M untuk wakili saya suarakan isu 1MDB. Najib steady je?

Memang "steady" sebab buat perjumpaan khas jumpa Ketua Bahagian. Memang "steady" buat sesi penerangan dengan Pemuda UMNO sampai kena lambung. "Steady" abis sampai pergi ke Sabah minta sokongan.

Nak tengok jugak sampai mana "steady" ahjib gor ni...

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2015 at 3:00 PM

Maaf DT. Aku harap lain kali jangan promosi lagi tokoh-tokoh rewang yang konon boleh buat apa saja. Mereka ini hanya sekadar hadhir untuk meletakkan diri menjadi jagoan (Najib kata jemuan )

Kita sedar Tun M bersuara bukan atas dasar mencari kuasa. Bukan hendak mengambil alih pimpinan. Ia hanya sekadar 1MDB. Semua kita pun bertanyakan hal yang sama, dan sebagai Tokoh terdahulu, hanya beliau yang mampu membawa suara rakyat bertanyakan PM Najib. Lain petsoalan dari itu timbul kerana "jawapan 1MDB" belum lagi di jawab secara terperinci. Akan sampai masa nya jua.

Jika di adakan pemilihan Umno sekarang pun, Najib tetap boleh bertahan kuasa. Apa guna ? Kadang-kadang kita lupa, rencana Allah SWT itu lebih berhikmah untuk semua. Percaya lah.

Ramai orang tahu siapa ikhlas, siapa tidak. Ramai juga tahu suara-suara keldai. Biarkan sahaja. Tidak berhikmah pun !

Apa yang kita risau, menjual bangsa dan negara kepada puak yang tidak akan menghargai, umpama si kera di beri bunga ! Ini yang mesti di benamkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 3:09 PM

tak payah ckp banyak lah Nazri...aku dan keluarga aku akan pangkah pembangkang dlm PRU14 nnt.....apa2 saje asal bukan BN....masa tu kau tgklah...dtg menyembah lah kau kat rakyat...tapi damage done especially with a corrupted najib still in helm..

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2015 at 3:24 PM

Betul juga tu......org bebaik2 jadi menteri. Maaf la saya terlanjur bahasa sbb kenal sangat mamat ni. Maaf ye. Sama gak ngan boss dia tu..kerabat tu dah bagi dan agree 5mil utk satu deal....sampai time nak award jadi 15 mil......baiknya.....lama dahhhhh....kat kementah lagi..Maaf ya saudara budiman....PIGI DAH !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 3:35 PM

Anon 2:35 PM,

Aku mengaku yang aku lantik Tun M sebagai wakil aku. Malah majoriti rakyat Malaysia bersetuju sebulat suara untuk melantik Tun M sebagai wakil mereka. Ini adalah fakta dan bukan auta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 3:42 PM

aq lantik ayahanda tun bercakap sbb aq streeees streessss tao tak....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 3:51 PM

Nazri & son.......
SPRM x buka kertas siasatan dah besaq rahmat. jangan kacau daun laa.... diam lagi baik...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 4:00 PM

Nazri sebenarnya nak cabar ice bucket tu...., cabar peluk2 lim Guan eng ....biasa lah dia kan politician...jgn main2 dia bijakkkkk....

....................
Reply To This Comment ...................
aku ahli since 1988
May 14, 2015 at 4:12 PM

Aku pun lantik Tun MAHATHIR mewakili aku sebagai ahli UMNO. Kepada ahli2 UMNO pdg rengas pada PRU 14 nanti rosakkan undi anda dan jatuhkan si Nazeri .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 4:43 PM

Nazri Aziz dia peduli apa kalau kerajaan Umno BN jatuh. Dia pinya member ramai dalam PKR. Orang PKR rajin melepak kat ofis dia. Tak caya tanya staf Pelancongan.

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2015 at 5:33 PM

Kalau sampai amal org lain pun nak d bantah mmg buta lah hati kalian....ingat...JANJI ALLAH ITU PASTI....hanya masa yg kita tunggu

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2015 at 5:38 PM

Kita pakat ramai2 buang mereka yg baik2 ni dan yg pa.sai buat kerja apa mcm ? Sebenarnya HAK kita tu....
Saya tetap berjuang utk UMNO/BN dgn syarat ianya mesti d rombak besa2an
.....walau sebaris ayat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 5:54 PM

Tun akan diam lepas laporan jabatan audit negara nanti.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 6:59 PM

rasanya dia nak cakap .. skang ni pegaruh tun dalam UMNO dah tak de dan dia yakin kalau tun masuk bertanding pun mesti bungkus. yalah macam mana tak bungkus pewakilan ada pengaruh baru skang duit lebih berpengaruh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 8:24 PM

Dia tak lekat calon dah kot masa PRU 14.Aku dah hampir terlupa yang dia rupenyeeee masih ada menjawat jawatan dlm kabinet .Dia buat kerja apa haaa dengan potfolio die?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 10:02 PM

kau pnya anak cucu nti merempat disebabkan bangang2 tu semus, baru kau tahuu... bongok jgk melayu sorg ni... ini rakyat cap AYAM..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 11:39 PM

Umno dah nak bungkus..yeh2...Nazri dah lalok yeh2..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2015 at 9:01 AM

Saya juga mewakilkan kepada Tun Dr Mahathir untuk bersuara bagi pihak diri saya dan keluarga. Sahabat-sahabat saya juga mewakilkan kepada Tun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2015 at 5:54 PM

Poorah si mamat Nazri ni...!! Aku dengan geng pernah terkejut berok terjumpa dengan dia dengan beberapa orang kengkawan dia di sebuah hotel di Betong...!!! Kita orang time tu nak gi masaj... Abih yang dia tu buat ape kat situ yaa...???

Post a Comment