........... Nasib Baik BR1M Dapat Tunai Dan Bukannya Unit .... Bolehlah Beli Beraaaaaaaaas...... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nasib Baik BR1M Dapat Tunai Dan Bukannya Unit .... Bolehlah Beli Beraaaaaaaaas......

Sunday, May 24, 201514comments



Rasa nak tolong promote Najib dan BR1M la kali ni.

Rakyat gelisah dengan GST ... kita dah menduga perkara ini. Sebab itu BR1M tahun ini kita tambah 300 ringgit lagi.

Bukanlah tujuan BR1M nak buat orang malas ataupun menagih ...

Rakyat nak pada BR1M kerana apa ? Kerana kalau kita dapat duit BR1M, kita bolehlah beli beraaaaaaaaaaas..... kita boleh belilah susu anak2 kitaaaaaa ..... kita bolehlah beli baju sekolah untuk anak2 kita .... Betul tuan2 ?

Kita boleh bagi orang tua kita ..... Kita tolong orang susah, apa salahnya ?

Kalau kita subsidi minyak banyak, orang kaya lebih untung. Yang untung siapa ? Yang bawa kereta besar untuuuuung ...... Yang bawa kereta Mercedes untung.

Tuan2 bukan ada kereta Mercedes ..... Betul ? ( Betul - jawab hadirin )

Apapun point yang Najib cuba tekankan adalah pemasuhan subsidi pukal vs subsidi tersasar melalui BR1M.




Beri duit cash memanglah akan tolong penerima secara direct. Siapa tak nak duit cash.  Siapa pun dapat duit tunai akan suka. 

CASH ok, bukan UNIT ! Kalau dapat unit, saya pun tak tahu boleh beli apa .....

Memang duit boleh tolong banyak perkara dalam kehidupan seseorang rakyat. Tidak dapat dinafikan.

Najib sendiri konsisten dalam menggariskan apa yang boleh kita buat dengan duit BR1M. 

2013 - "Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.

"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan,"


2014 - "Saya tahu ada orang yang bayar hutang apabila mendapat bantuan BR1M ini, kita tolong orang lunas hutang, besar pahala yang kita dapat,"

.
2015 - .. kita bolehlah beli beraaaaaaaaaaas..... kita boleh belilah susu anak2 kitaaaaaa ..... kita bolehlah beli baju sekolah untuk anak2 kita ...

BETUL ! Memang betul apa yang Najib cakap. Macam2 boleh beli dan buat bila ada duit.

Saya harap pengomen janganlah ulang2 balik debat mengenai baik buruk BR1M. Letih dah layan. Yang suka konsep BR1M akan tetap suka dan yang tak suka juga akan tetap tak suka. 

Artikel ini cuma nak mengabadikan komen Najib ketika memberi BR1M setiap tahun. Tahun depan kalau Najib ada dan beri lagi BR1M, saya pun akan keluarkan sambungan artikel ini.

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 12:05 PM

Pemimpin boneka yg dijajah pemikiran oleh punahsehat kaki mabuk paul stadlen....cash is king....Anwar dan najib sama saja pemimpin boneka. ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 12:05 PM

Macam mana dia nak pusing pasal BR1M, CHEDET dah keluar pun article tentang pembohongan! Aku dah nampak semenjak 1MDB kecoh Najib nih bakal menambah gelap sejarah Tanah Melayu dan Pemimpin melayu dimana...,

1- Bekas TPM didalam kapal-batu (2 kali tau) akibat sodomy case.

2- Kemungkinan 'Bekas PM' juga akan diheret hingga dia melayarkan kapal-batu-bugis dia akibat BERBOHONG.

Minta diselisih rakyat majority (melayu-muslim-bumiputera) dari merempat di bumi sendiri akibat pemimpin-pemimpin yang penting diri!

Aku tak payah ulas korang baca je chedet's latest article.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 12:12 PM

Bro ,

BRIM tu ada kebaikan nya tetapi berikan lah kepada golongan wargatua, berpencen, tidak upaya dalam ertikata yg lain kepada golongan marhaen yg BENAR2 SUSAH.

Persoalan nya golongan mampu dan kaya pun terima, habis di pukul rata pemberian ini.....dan lebih mengaibkan golongan ini juga lah yg sokong pembangkang.

Tidak boleh kah diutamakan kepada golongan kaum bumiputra? Kenapa perlu beri muka kepada lain2 kaum? apa kah khidmat dan bakti yg telah mereka tabur dan berikan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 1:22 PM

BR1M... aku la ni fobia tgk angka 1 ni. mcm Anon 12.12 kata, duit yg lebih tu bagi pada org yg benar2 susah. Balance duit negara tu tambah baik ler service utk kesihatan, public transport, recreational park. Negara kita ni sesak dgn kereta bukan apa.. bkn sbb ramai yg byk duit bleh beli kereta. sorry to say. sbb public transport x improve. kalu nak menghubung kg ke pekan tu.. nak naik bas tunggu berjam. Sbb tu ler bekas PM kita dulu buat dasar pandang ke timur (Japan). Nak rakyat negara kita maju dan berjaya mcm orang Japan. Kemana-mana pergi still guna bahasa Japan. Tempat-tempat pedalaman maju sbb public transport bagus. mcm juga di china.. HSR - high speed railway.. pekan-pekan kecil jadi maju sbb ada public transport yg bagus. Kita kat malaysia LRT.. komuter ada dlm pekan kl jer... keretapi laju sampai skarang tak boleh guna utk public. still dalam 'test session'. bas pun kalu nak naik cari pasai jer.. jenuh berpeluh tunggu baru blh naik.. Japan pakai keretapi laju 50 tahun yg lepas. bkn guna teknologi canggih pun nak reka. guna logik fizik.. kimia... tapi kita malaysia, aku tgk mcm nak terkebelakang balik.. dari gap 50 tahun teruih jadi gap 100 tahun. Mcm kesihatan, kalu pi sesi rawatan ker, check up ker kat spital kerajaan, hurrmm.. tak abis sekerat hari payah nak jumpa. Nak2 kalu ibu mengandung... tunggu kat klinik tu mmg kat separuh hari. kesian kat waktu, bila lambat bos mula bising. kalu byk duit bleh ler pi klinik swasta. ntah ler... mungkin sekarang ni PM nampak rakyat lagi suka BR1M daripada kemajuan pada rakyat. Cash is King.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 2:08 PM

BR1M tu singkatan BRIBE ME.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 2:10 PM

Sebelum BRIM, memang sudah ada in place wang kebajikan kebajikan bulanan kepada warga emas (BOTA) dan orang susah lain termasuk orang tak siuman, anak yatim piatu, orang cacat, ibu tunggal.

BRIM tidak perlu ada dalam sistem ini, dan tak perlu ungkit BRIM untuk justify GST!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 3:40 PM

Untuk yang betul2 susah memang patut diberi ikan. Untuk mereka yang masih mampu mencari rezeki, berikanlah mereka peralatan memancing seperti joran dan umpan supaya mereka boleh keluar dari kepompong kemiskinan. Rakyat bukan marah, Ah Jib Gor nak kasi BR1M. Rakyat marah sebab, Ah Jib Gor cuma kasi BR1M 1%, lagi 99% dikaut daripada GST. GST pulak dikenakan kepada semua peringkat golongan tak kiralah pelajar ke, orang miskin ke, yang berpendapatan rendah ke....semua orang merasa bebannya.

Selagi kita berbelanja, selagi itulah GST dikenakan. Ah Jib Gor cakap dengan BR1M kita boleh beli macam2. Ibarat kau diberi duit 10 sen untuk membeli barangan keperluan yang bernilai RM10.00. Apa yang kau boleh beli ngan nilai 10 sen ? Macam tulah jugak ngan BR1M. Bukankah lebih baik BR1M itu digunakan untuk menampung kenaikan kos barang keperluan supaya semua orang mampu berbelanja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 3:50 PM

salam,
kenapa tak cakap brim untuk bayar gst. kan menteri cgpa kata brim tu bagi bayaran gst dan subsidi. ni la pm cakap lain, menteri cakap lain. buang karan jer

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 4:03 PM

aku tetap dengan pendirian aku sejak dari awal...BR1M ini hanya political tool. suatu idea bodoh, tindakan bodoh dari orang yang bangang. itu je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 5:44 PM

btul tu. BR1M bukan semua dapat. yg dapat seronok. yg tak dpt gigit kuku. pelaksanaan pun masa mula-mula buat fail. skarang pun bagi aku masih fail. sbbnya aku tgk laki bini keja. laki keja eksekutif kat kilang. bini cikgu. anak sorang. dpt. tahun ni pulak member aku kat opis. laki keja kuli kat kilang. bini kuli kat pejabat. anak 2 orang. xdpt. sbbnya dikatakan si suami tahun lepas dpt baucer 2 kali. sedangkan mmg si suami dpt 1 baucer jer. lepas tu kalu nak semak kena call MOF. jenuh si bini call MOF. transfer punya transfer. last-last depa pun fed up. tanya tak buat rayuan ker. dia jawab, tak boleh kena dpt confirmation dr MOF KL sana nu utk sahkan yg husbennya xterima 2 kali baucer tu. so adil ker pemberian BR1M ni kalu pelaksanaannya jadi mcm tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 10:51 PM

Dimalaysia semua jenis orang mesti kena bayar GST 6% kecuali orang mati dan orang hutan sahaja di kecualikan GST 6%. ada faham semua

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2015 at 11:03 PM

Hahaha...artikel terbaik lagi dr bro din....hebat najib ni....cuma satu shj...pernah ke PM PM sebelum ni menari nari atas pentas mcm jibby buat tu....pelik pm najibul ghunnah ni...

....................
Reply To This Comment ...................
May 25, 2015 at 9:35 AM

Bro,

Janganlah hina penerima BR1M. Yang hidup selesa tu bershukorlah. Kerajaan nak bantu yg d bottom 40% tu sudah baik. Mereka2 ni bukan pemalas tapi dengan pelajaran yg sederhana dan bekerja di kilang-kilang yg gajinya setakat rm1000-rm1500. Kalau ada OT bolehlah lebih sikit yg tak da OT itulah take home pay. Kalaulah kami digalak buat dua kerja apa kerja yg ada lagi dengan kelulusan yang ada. Cuba Bro cadangkan. Nak dengar juga dari mulut orang2 yang marah pasal bagi BR1M ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2015 at 10:58 AM

Bro.Esa Adam....

U tertinggal bas laaa...
komen dah mcm2 diatas, U x prasan ke...?

Post a Comment