........... Najib - Saya Juga Boleh Pimpin Negara 22 Tahun ! Hahahahaha ....... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib - Saya Juga Boleh Pimpin Negara 22 Tahun ! Hahahahaha .......

Tuesday, May 19, 201540comments

Saya Juga Boleh Pimpin Negara 22 Tahun


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak membidas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendesaknya meletak jawatan sambil menegaskan beliau adalah Presiden Umno pertama yang dipilih menerusi sistem perlembagaan parti yang baharu.

“Saya presiden yang dipilih secara demokratik terbuka. Kalau dulu 2,600 orang di Kuala Lumpur (pemilihan). Dulu ada undi bonus… lepas itu ganti dengan kuota. Nak cabar presiden kena dapat 63 bahagian. Ingat senang ke nak dapat? Tidak mudah.


Sebab itu dia (Dr Mahathir) boleh kekal 22 tahun…kalau saya nak kekal 22 tahun pun boleh tetapi saya nak dipilih dengan ikhlas… dipilih dengan demokratik. Tapi kenapa ganggu saya?,”


Hampir tertawa kami mendengarnya. Bukan kerana memikirkan bahawa mungkin Najib terlihat begitu terdesak, tapi kerana beliau lagi sekali tidak tahu apa yang diperkatakan oleh para pengkritiknya.

Rakyat mendesak supaya beliau meletak jawatan Perdana Menteri, bukannya jawatan Presiden Umno. Akan tetapi beliau memilih untuk memperkatakan mengenai jawatan Presiden parti kerana itu sajalah modal beliau untuk membidas Tun Dr Mahathir.

Dari pandangan kami golongan rakyat jelata, keinginan Najib untuk menjadi Presiden Umno selama 22 tahun mungkin boleh tercapai. Tetapi untuk menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sambil memenangi 5 pilihanraya umum berturut turut dengan undi melebihi 2/3 amatlah diluar kemampuan tuan punya diri.

Tidak usahlah Perdana Menteri yang sekarang ini membandingkan diri dengan Tun Mahathir, kerana ianya seperti langit dan bumi. Tun Mahathir cuma menghadapi masalah kepimpinan di dalam parti di dalam tahun 1986 – 1988. Dari tahap nasional, Tun Mahathir sepanjang pemerintahannya telah mendapat kepercayaan dan mandat yang kuat dari rakyat dan ini terbukti di dalam setiap pilihanraya, bukan sahaja beliau sering mendapat undi 2/3 di parlimen, beliau juga mendapat undi popular melebihi 50% (ada yang setinggi 65%!).

Lagi pula, Tun Mahathir adalah satu satunya Presiden Umno sejak tahun 1981 yang telah dicabar hingga ke peringkat undian Presiden. Usahlah Najib ingin mendabik dada kerana jawatan Presiden parti Umno pun sebenarnya telah diserahkan kepada beliau secara skim pindah milik dan bukannya secara demokratik.

Dan sekarang beliau bukan sahaja tidak mempunyai mandat yang besar dari rakyat sebagai Perdana Menteri, malah menghadapi krisis kepimpinan yang teruk di kalangan rakyat.

Tolong hentikan dari membuat perbandingan yang hanya akan ditertawakan orang. Kerana jika hendak berkokok berdegar-degar, ekor seharusnya bersih dahulu. Dan buat masa ini, ekor tersebut sedang bergelumang dengan tahi.

Orang ramai pun tahu ini hanyalah taktik Perdana Menteri untuk mewajarkan agar dirinya tidak perlu meletak jawatan. Jika begitulah hendaknya, maka cita cita beliau untuk menjadi Presiden Umno untuk 22 tahun mungkin akan menjadi kenyataan.

Yang bezanya, selepas tahun 2018, beliau cuma Presiden untuk parti Umno yang mungkin sudah jadi parti pembangkang ketika itu.

.......................................

Baca sepenuhnya artikel dari blogger otai Jebatmustdie - KLiK. Adalah suatu yang menggembirakan saya bila blogger JMD yang satu ketika dulu amat disegani kerana penulisan beliau yang mantap, begitu aktif ketika zaman Paklah tapi menyepi 2-3 tahun ini, telah kembali aktif. 

Welcome back bro JMD !  Perjuangan kita belum selesai ...

Share this article :

+ comments + 40 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 12:16 PM

Najib perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parlimen kerana memberi keterangan palsu dalam jawapan bertulisnya dalam sidang parlimen mengenai USD 1.103 bilion yang kononnya dah ditebus dari pelaburan di Cayman Island.

Berdasarkan penjelasan bertulis Najib di dalam sidang parlimen pada hari tersebut, Najib memberi keterangan bahawa wang USD 1.103 bilion telah ditebus dari Cayman Island dan disimpan di BSI Singapore Limited. Sedangkan hakikat sebenarnya adalah tiada wang USD 1.103 bilion itu disimpan di BSI Singapore Limited, yang disimpan di BSI Singapore Limited adalah kertas buruk 'paper asset' yang ada senarai-senarai aset yang entah aset itu masih ada atau tidak malahan entah masihkah ada nilai lagi paper asset itu.

Tindakan Najib ini adalah sangat keterlaluan, memberi keterangan palsu dalam sidang parlimen adalah suatu kesalahan yang serius. Patutnya Najib dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parlimen untuk menjelaskan berhubung perkara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2015 at 12:21 PM

Din kalau hang hendak tertawa mendengar komen Najib tu ,aku betul betul termuntah (nyaris nyaris nak tercekik lagi) pagi tadi bila baca berita ni didada dada akhbar. Apa punya bebal Najib ni...adoi....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 12:28 PM

Gua setuju Din...diperingkat antarabangsa dia buka sejarah main golf dgn Uncle Sam & dlm negara pakai penasihat Omputeh, lepas tu buat 1M4U, 1 LOVE PM...last2 nanti "I KICK U"....kah..kah..kah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 12:35 PM

You kick my leg and i kick ur leg. Inilah yang terjadi dalam UMNO sekarang ini. Bila RM disentuh, habis bangun pencacai najib cyang sedikit masa dulu dikurniakan najib bintang kebesaran BG yang membawa gelaran Blogger Bangang mempertahan dan memutar isu kepada isteri dan keluarga yang menyentuh. Kerana RM mereka telah menjadi buta dalam kecelikan. Mereka telah tidak dapat melihat kilauan emas dan pernata serta gemerlapan intan berlian. Kerana RM mereka sudah menjadi miskin dan muflis akal dan fikiran. Kalau dahulunya penulisan mereka mendapat perhatian tetapi sekarang tak punya kualiti lagi.

Di Malysia sekarang ini yang jelas ialah kekuatan RM. Kerana RM mereka sanggup membohongi diri sendiri. Kerana RM jugalah mereka sanggup korbankan agama, bangsa dan negara. Mereka akan tetap mengatakan mereka berjuang atas dasar kebenaran.

Diharapkan debat antara kedua dua tokoh itu dapat direalisasikan. Biarlah rakyat selaku pengundi yang menghakimkan dan tak payah lagi nak di putarbelitkan isu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 1:19 PM

Kita mula tengok 'desperation' Ah Jib Gor the Bugis warrior.Argument dia adalah BODOH. Dia tak pernah di lantik oleh ahli UMNO. Dia menjadi PM melalui tranfer of power dari Pak Lah kepada dia DAN di kekal kan saja oleh mereka.

Kita sudah mula tengok Ah Jib Gor mengguna spokesmen dan bloggers yang ANTI BN pada masa zaman Dr M untuk membela dia sekarang. This is a SIGN dia pun sudah bersekutu dengan pihak pembangkang secara TERSIRAT. Semenjak dia jadi PM,ISA di hapuskan,hak orang melayu di hapuskan,orang Cina di utamakan,ingin wujud kerajaan perpaduan dgn Anwar Ibrahim. Something tells me that this Ah Jib Gor is a closet pro opposition sympathizer who happens to be UMNO punya President. The fact Awang hadi pun sokong dia says something about him.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2015 at 1:43 PM

pemimpin2 UMNO yg dok dlm xcelik2 mata lagi????

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2015 at 1:54 PM

EL DESPERADO BUGISO !

Tak perlu isu2 lain..jawab je yg ada tu dulu dgn fakta yg tepat berani dan penuh bertanggungjawab. Baru lah layak d panggil pemimpin. Jika tidak jgn harap lah !

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2015 at 2:13 PM

Tak ! Sejarah baru negara ada pemimpin2 yg penakut. Dia takut hilang jawatan....takut hilang pangkat duit dan takut hilang boss ! Yg dia tak takut ialah.....Allah...
Berani kerana benar
Takut kerana salah
Mudah kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2015 at 2:16 PM

Kesian najib.... dah makin banyak percakapan Yg berbaur bongkak.. org yg mcm ni klu kalah pilihanraya kelak hanya jadi pembangkang tempelan kerana org jenis ni x mampu menjawab soalan malah x tahu melontar soalan pun... dan klu pembangkang jadi kerajaan,agak optimis menjadi PM pertama diheret ke mahkamah kerana pembangkang mmg suka cari point utk kekal berkuasa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 2:20 PM

Ketawa lah puas-puas sebelum jadi nyanyuk macam Tun

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2015 at 2:21 PM

Najib dah cuak pasal kedudukan PM.Sebab tu dia defend pasal kedudukan PM.PM yg di pilih secara demokratik x berani debat terbuka dengan bekas PM.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 2:29 PM

Bro,

Berita terkini: http://celahgelegar.blogspot.com/2015/05/sidang-media-terkini-pandikar-mengaku.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Sekarang kebenaran dah terserlah...Pandikar dah pun mengaku memang nak resign dan surat letak jawatan pun dah dihantar (dan diterima) oleh Najib....cuma dia buat U turn je....

Nak buat U turn tu tak salah...terpulang pada masing masing cuma yang Aku terkilan kenapa dia tak bagitahu awal awal pasal benda ni....habis Tun M kena maki hamun,..orang kata Nyanyuk la...penipu la...oleh jemuan jemuan Ah Jib Gor.

Sekarang ni tengok siapa yang Nyanyuk!

Ah Jib Gor pun buat senyap je...patut dia kena bagitahu yang dia dah terima surat tu untuk menjernihkan keadaan!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 2:56 PM

Bro Din...tolong ingatkan Najib yg kita minta dibuat FORENSIC AUDIT bukan Audit biasa. Dan kita juga minta ianya dibuat oleh firma audit antarabangsa. Dah nampak Najib nak belit kat sini dan nak buat audit biasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 3:00 PM

Saya dah lama syak dia mmg pro Anwar sbb dia terlalu pro US.

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2015 at 3:09 PM

@Anonymouskebenaran terserlah akhirnya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 3:17 PM

Galak betol tv3/4 main isu pandikar semlm yek..

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2015 at 3:22 PM

Najib nak bagitau ? Mana ada bran dia......masalah yg ada tak beres2 lagi
ini pulak hal baru.....
tujuan satu je....nak malukan TDM.....itu je !
Hina tak pemimpin kita ? Najib beli dgn duit je....u turn terus
Cash is king.....!
Kingkong
kangkong......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 3:34 PM

Dari Wedding of the century ke Scandal of the century la lepas nie...soalan mcm tu punye senang pun x bole jwb..."Mana RM20B Mah?"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 3:34 PM

Hahahahahahahahahahaha...puas aku ketawa.. x nyanyuk pun.... yg nyanyuk najib.. nyanyuk syok sendri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 3:49 PM

TAK BOLEH...sebab awak clueless!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 3:52 PM

kan aku dah kata, dia tak jadi resign selepas jumpa najib.

jadi siapa yang pembohong dlm isu ni?

yang kekal clueless? ajib lah

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2015 at 4:06 PM

terbaik ds najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
May 19, 2015 at 4:16 PM

Jangan ketawa sangat Din. Nanti Salleh Keruak marah. Bila anak Keruak ni marah, berita TV3 nanti hampir 1/2 jam kena prepare slot khas untuk dia.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 19, 2015 at 4:35 PM

Assalammualaikum wmt,
Pandikar dah mengaku dia 'konar baring'.
Dia mengaku sebab dia konar ialah kerana Najib janji akan buat tanformasi Parlimen.
Kerana janjiiiiiiiiiiiiiiiiiii!
Benarkah kerana janji atau ada sebab lain?
Polisi Najib mentadbir negara berfungsikan falsafah 'cash is king' (wang tunai adalah raja).

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2015 at 4:36 PM

Yes ! Lembaga disiplin......
Tapi sapa nak bawak ? Semua tu penakut beb !
Dah kena cucuk hidung.....Mcm ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 5:09 PM

http://msomelayu.blogspot.com/2015/05/apakah-mahathir-akan-istyharkan-keluar.html
http://msomelayu.blogspot.com/2015/05/reputasi-pendikar-amin-sudah-rosak.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 5:44 PM

Bro Din. Cuba bagi pencerahan sikit beza antara audit forensik dengan audit biasa. Rasanya Ketua Audit Negara hanya buat audit biasa. Lagi satu kenapa tak lantik salah satu big 4 audit firm utk buat audit forensik 1MDB. Setakat Ketua Audit Negara yg audit. Kalau audit dokumen kerajaan mmg la powerful. Tapi nk audit GLC yang transaksi sampai ke Cayman Island rasanya Audit Negara belum ada kemampuan. Kalau tak percaya cuba suruh org gomen bagi komen. Lain kali bila buat audit patut bagi pihak yang kredibiliti kita yakin. Baru tak timbul isu. Patut lantik juga big4 utk buat forensik audit.

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2015 at 6:18 PM

Bukan nyanyuk saja... Tapi juga NYAMUK... Nyamuk Aedes si pembawa wabak yang membinasakan Islam, bangsa & negara kerana menjadi budak suruhan British, Amerika, Little Israel Spore yg bertuhankan Ad Dajal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 6:33 PM

jadinyew..benar lgik sahih najib bogeykonman...22thn jadik pm m'sia lebur jadik abu..boleh ka aq yg ataeih pagaq buat repot pulis aq tak peercayakan najib bogeykonman nim...streeeeees.....tekanan betul nih...

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2015 at 6:34 PM

Sdra Maliq & Anom 12:16 pm....

Pendapat anda berdua adalah tepat 'on the dot'. Bukankah baru2 ini semua gaji & elaun YB2 dah disuap terlebih dahulu dgn kenaikan. Cekap betul Najib.

Setuju tak kalau saya katakan British & USA adalah budak suruhan Zionist Jew, dalang kepada Ad Dajal pembawa fitnah & kemusnahan. Sementara Spore adalah markas bagi mereka di rantau ini yg mendapat jolokan 'Little Israel'. Dari awal lagi saya sudah terhidu penyimpangan Najib bila dia mengguna pakai khidmat sykt yahudi Apco & Sachman Gold yg mendukung gerakan LGBT dan Liberalisme.

Great Britain satu masa dulu adalah the world ruling state (kuasa dunia) & peranan itu kini diambil alih oleh USA.
Kejatuhan peradaban Al Khulifah empayar Islam terakhir pd 1917 di Turki adalah titik mula negara teluk & Arab dijajah oleh kuasa barat British. Semenanjung Arabia bertukar menjadi Saudi Arabia & pihak British telah melantik keluarga Saud sebagai raja baru tapi tetap di bawah pengaruh & kuasa British. Dunia Arab dipecah belahkan hingga timbullah kerajaan baru seperti Kuwait, Qatar, UAE, Abu Dhabi melalui konsep 'Divide and Rule'.
Kemudian pihak British mewujudkan negara Israel dgn merampas bumi hak kepunyaan Palestin. Kuasa dunia kini diambil alih oleh USA atas percaturan zionis & dajal. Oleh yg demikian, saya berpendapat mana2 pihak yg bersekutu dgn British, Amerika dan Little Israel Spore adalah tidak layak menjadi pemimpin tanah air tercinta kita dan sekali gus dianggap musuh.

Malang sekali semua ayam2 tambatan Tun Mahathir seperti Musa Hitam, Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi & Najib Razak gagal menyedari hakikat ini yang awal-awal lagi telah diwahyukan dalam Al Quran & sabda Rasulullah saw dlm hadith2nya berhubung kait dgn ilmu eschatology atau ilmu akhirul zaman.

Waula Hu Alam.

Ex Son of Spura

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 6:43 PM

salam.
Berlagaknya!!.. Agaknya Najib ni lupa kuasa Allah. Dgn ketentuan-Nya sajalah yg membolehkan org tu jadi pm lama ke tak, walau usaha byk mana pun...

Dalam kesemua PM, saya rasa Najib saja yg suka menggelarkan org dgn pelbagai gelaran. Rakyat tak suka....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 6:43 PM

Nak pasang drone untuk memantau sempadan Sabah pon pikir banyak kali. Apalah salahnya berbelanja lebih sikit demi keselamatan negara. Lagi satu, teringin gak nak tau, apakah hadiah istimewa khusus untuk pengundi2 melayu dan bumiputera yang telah menyumbangkan kemenangan terbesar dalam PRU-13 yang lalu ? Takkan setakat BR1M jer kot. BR1M tu untuk semua tanpa mengira bangsa. Yang kita nak tanya ni, special untuk penyumbang terbesar.

Apa yang pasti, orang melayu semakin sakit hati apabila bangsa yang tidak memberikan undi pulak diutamakan. Antaranya peruntukan besar untuk sekolah vernakular, ada majlis makan besar, ada tanglung percuma dan macam2 lagi. Untuk melayu ada tak ? Memang sia-sialah orang melayu kasi undi kerana langsung tidak dihargai.

Orang melayu takdelah nak mintak lebih2. Cukuplah sekadar kerajaan tak kacau poket mereka. Tapi apa yang kerajaan dah buat ? Kerana dasar2 merapu seperti rasionalisasi subsidi, transformasi, liberalisasi, GST dan macam2 lagi dasar hanya menjadikan kos sara hidup semakin meningkat. Rakyat semakin terbeban dengan bermacam2 kos yang tak masuk akal.

Bayangkanlah harga rumah dah menjadi semakin mahal. Lebih2 lagi di kawasan bandar besar. Macamana orang melayu nak memiliki rumah sendiri ? Begitu jugak dengan barangan yang dijual di pasaraya dan kedai-kedai runcit, semuanya naik harga kerana GST. Inikah kerajan yang dikatakan mendengar denyut nadi rakyat ? Bukan menyenangkan rakyat. Menyusahkan rakyat adalah.

BR1M sepatutnya dimansuhkan kerana membabitkan kos yang amat tinggi setiap tahun. Apa gunakan beri BR1M yang hanya boleh cover kos untuk sehari jer. Sedangkan rakyat terpaksa berhempas-pulas setiap hari semata2 nak survive dalam era GST. Bajet rakyat marhean menjadi defisit setiap bulan gara2 GST.

Nak ambik hati rakyat bukan dengan menyuruh rakyat pegang sepanduk "I Love PM". Cukuplah sekadar jaga poket rakyat dan tidak menyusahkan rakyat.Bila rakyat happy, barulah rakyat akan sayang PM secara ikhlas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 6:52 PM

Konsepnya mudah, kau jaga poket rakyat, rakyat akan jaga kau balik. Jangan sesekali menyusahkan rakyat dan jangan membebankan rakyat. Benda yang simple macam ni pon susah nak buat. Sebab itulah rakyat marah. Hakikatnya, rakyat tak kisah pon kau nak berbelanja mewah ke, kau nak berbelanja berbilion ringgit ke, yang penting ekonomi rakyat tidak terkesan atau terjejas walau sedikitpun. Tapi yang pastinya kerajaan dah kacau poket rakyat. Apa yang kerajaan buat sekarang ini, hanyalah menambahkan lagi beban sediada. Bukan mengurangkan, menambahkan adalah. Oleh itu, jangan terperanjat andai sokongan yang diterima dalam pru lepas akan menjadi semakin merosot dalam pru yang akan datang. Duit bukan raja tau. Raja sebenar ialah rakyat yang bakal mengundi nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 8:52 PM

salam,
patut la ahjibgor dok rasa hebat. rupanya nak memerintah sehingga 22 tahun. masuk pru 14 nanti 8 tahun, agaknya sambung lagi 5 tahun ker? dah pasti kerusi mp yang bakal menang dan calon pasti menang? eeemmmm, masa 2018, brim 1500. banyak tu. hutang 1mdb dah tinggal berapa? makin banyak atau berkurang? gst mungkin dah diserap rakyat dan dah lupa. mungkin isu baharu tak timbul kot. sekarang ni mesyuarat pun kat udara. setaraf us, i like. mesti banyak hal yang nak bincang kat udara tu sampai tak sempat nak mesyuarat kat bilik mesyuarat di daratan. mungkin bikin orang marah pulak nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 9:05 PM

patutlah najib selama ni dia diam je.. sebab lagi banyak dia cakap lagi banyak nampak bangangnya .. hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 10:09 PM

Najib adalah klon pada anwar juga. Masing2 degil nak berkuasa. Tun abdullah juga yang gentleman. Najib ni agaknya saja nakkan dap berkuasa kot lepas next pru.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 6:49 AM

Bukan camtu...

Dia cuma pak turut je. Yang berkuasa ialah 'suami' dia dan konsultan dia. Mereka2 itu yg arahkan dia agar tetap jadi pee em.

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
May 20, 2015 at 6:55 AM

Aku berpendapat...salah satu sebab gaji dan elaun speaker dan ahli parlimen dinaikkan mencanak2 bulan lalu ialah isu pendekar letak jawatan...

Bila dah naik gaji dan elaun..maka tak jadilah resign...

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2015 at 10:10 AM

Saya pun seperti Bro Din Turtle, gembira apabila JMD kembali aktif menulis setelah sekian lama mendiamkan diri.
Terima Kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 9:29 PM

Tun Abdullah pasal isteri dia pun advise dia resign.Yg ini 'suami' dia tak beri.

Post a Comment