........... Najib Mengaku 1MDB Ada Masalah ! ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Mengaku 1MDB Ada Masalah ! ? ?

Monday, May 11, 201566comments


Banyak Najib bercakap semalam di Tawau Sabah ... Reaksi pertama saya adalah - Takut rupanya Najib kat Tun Mahathir ! Hahaha ..... 

Disebalik kegarangan Najib terserlah ketakutan dan kerisauan beliau akan tekanan yang semakin kuat terasa dek suara rakyat yang semakin vokal mempersoalkan tindakan2 beliau. Begitu juga suara dari pemimpin2 Umno dan Pemuda sendiri yang mula menuntut penjelasan tentang 1MDB.

Najib sudah goyang !

Saya nak sentuh 2 perkara yang disebut Najib. Pertama komen mengenai 1MDB -

Najib berkata kenyataan Dr Mahathir berhubung 1MDB kebelakangan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.

Beliau menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh
.- Mkini @ Bernama.


Hmmmm ....kerajaan ada cara tersendiri untuk selesaikan ISU 1MDB ..... betul ke apa yang Bernama tulis tu ?  

Kebetulan saya ada rakam dari berita TV3 sedutan ucapan Najib tadi. Ayat yang Najib sebut adalah - 

Kalau bagi tempoh, kita boleh selesaikan perkara ini. Kita ada cara.

Lebihkurang samalah dengan apa yang Bernama tulis kan .... cuba anda baca balik ayat Najib tu .... tidakkah bunyinya seperti satu pengakuan bahawa 1MDB ini ADA MASALAH yang perlu diselesaikan ! ?

Ini pertamakali Najib seolah mengaku 1MDB ada masalah ! Kalau tidak ada masalah seperti mana lagak Najib selama ini, seharusnya tidak ada apa2 perkara yang perlu diselesaikan, kan ? Tapi apa kata Najib -

....kita boleh selesaikan perkara ini. Kita ada cara.


So.... Najib, APA MASALAHNYA DENGAN 1MDB ? Apa yang rakyat boleh nampak, TIDAK ADA sorang pun pemimpin kabinet baik Menteri, Timbalan Menteri, atau mana2 pemimpin dari Umno yang tahu tentang 1MDB ! Semua BLUR.

Kalau tidak, masakan mereka pun bertanyakan tentang Jho Low baru2 ini ? Dan ramai juga yang menuntut Najib tampil beri penjelasan.  Padahal mereka semua sebelum ini menyatakan semuanya OK, tapi sekarang ?

Ahmad Maslan pun dah lama senyap tentang 1MDB ni .......


Bagaimana sebuah syarikat milik penuh rakyat melalui kerajaan yang berhutang hampir RM49 billion setakat ini boleh menjadi rahsia daripada kabinet sendiri ? GILA KE APA sampai kabinet pun tak tahu apa2 ! ? ? 

Tapi duit pinjaman billion2 tetap juga kerajaan hulur kepada 1MDB ...... APA NI ? ? 

Kalau kerajaan pandai minta rakyat tunggu siasatan selesai, maka janganlah BAIL OUT sehingga siasatan juga selesai. Apakah tempoh yang Najib sebut di atas merujuk kepada 'siasatan Ketua Audit ' ? 

Yalah, sejak Najib sebut nak siasat, apasaja persoalan tentang 1MDB akan dijawab dengan alasan - Tunggulah siasatan selesai .... 

Siasatan itu seolah sudah menjadi satu alasan untuk menutup mulut pengkritik. Buying time.

Takkan persoalan yang memerlukan satu jawapan mudah, yang boleh dijawab segera oleh 1MDB  tanpa sebarang kos, pun memerlukan siasatan Ketua Audit Negara dan PAC ?

Saya maksudkan bukti yang menunjukkan akaun 1MDB di BSI Singapura  ada wang USD1.103 billion ( atau RM4 billion ) sebagaimana jawapan bertulis Najib di Parlimen.

Rakyat tertanya2 sebab banyak perkara berkaitan yang menimbulkan keraguan kewujudan wang itu. Antaranya -

- Kenapa sampai tertunggak beberapa kali hutang RM2 bil sehingga memalukan nama negara dimata dunia bila berita tentangnya turut tersebar luas ? Padahal ada RM4 bil di Singapura ....

- 1MDB terpaksa meminjam pula untuk bayar hutang tersebut ! Padahal ada RM4 bil di Singapura...

- Waktu sama, kerajaan beri pula pinjaman hampir RM1 bil kepada 1MDB .... Padahal ada RM4 bil di Singapura...

- 1MDB macam terdesak menuntut bayaran penuh tak sampai RM200 juta pun dengan segera sebaik saja selesai perjanjian jualbeli tanah TRX kepada Tabung Haji ( SOP biasanya 10% dulu sehingga selesai urusan tukarmilik ) ..... Padahal ada RM4 bil di Singapura ....

- Timbul dakwaan dari Sarawak Report yang mendakwa bank BSI sendiri mengakui akaun itu tidak berduit dan 1MDB telah dengan sedar menunjukkan dokumen palsu bagi menunjukkan wang itu ada dan Najib selaku Menteri Kewangan telah memberi jawapan bertulis yang tidak benar di Parlimen ! 


Salahkah rakyat menuntut bukti wang itu wujud ? Perkara sesenang itu pun tidak mampu Najib dan 1MDB jawab ? ? ?  Itu pun nak kena tunggu siasatan audit selesai ?

Oya, dah alang2 saya nak tanya juga, pinjaman standby credit itu masih ada baki berapa ringgit ?

Jadi bila Najib berkata yang kerajaan ada cara tersendiri untuk selesaikan ISU 1MDB,  adakah itu bermaksud yang rakyat tidak berhak tanya ?

Bukankah Najib juga yang berkata ketika mula dilantik menjadi Presiden Umno dan secara otomatis menjadi PM dulu, bahawa era kerajaan lebih tahu sudah berlalu .....

Bunyi tak selari maksud kedua ayat itu.

Hmmm ... panjanglah pulak. Point2 lain saya akan sambung di artikel lain...

Share this article :

+ comments + 66 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 4:09 AM

Apa niiiiiiii....... sekejap ada,sekejap tak ada. Kalau ada kata lah ada dan tunjuk lah bukti. Kalau tak ada katalah tak ada dan memamang tak payah tunjuk bukti pun..... pasal tak ada!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 4:20 AM

Zaman Madey xpnh ada mslh ke?
Perfect ke?
Telus ke?
Isu bail out MISC, skandal Mirzan pu satu masalah zaman PM waktu itu.. jadi kenapa bila Najib maklumkan ada penyelesaian, putar belit pula Din Tuurtle kata Najib akui 1mdb ada masalah.. semua serba serbi tak penuhi selera?
korang ni nk apa sbnrnya?
makin nampak tak ikhlas.. berdosa tau reka fitnah..tak taati ulul amri.. mati nanti siksa sakaratulmaut..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 4:28 AM

Kita tgu esok apa PM nk cakap kt Ketua Bahagian. Tak habis2 nk jelaskan kt ketua Bahagian. Kata rakyat didahulukan. Patut jelaskan pada rakyat dulu. Lg satu harap PM tak cr kesalahan Tun M. Sbb dengan cari kesalahan Tun M selama 22 tahun. Rasanya xde kesan dengan jasa Tun M yg rakyat rasa selama Tun M jd PM. Sebaliknya rakyat akan lebih marah kepada PM. 1MDB perlu dijelaskan segera. Isu ini menjadi barah yg makin merebak. Setiap rakyat semakin hari semakin hilang sabar. PM patut sedar keadaan ini. Berapa byk masa lg perlu diberi kepada PM. Sudah 6 tahun 1MDB berjalan dengan bantuan penuh kerajaan. Dengan pembelian tanah murah. Dengan sokongan kewangan. Segala yg diperlukan 1MDB telah disediakan. Hanya tinggal untuk jayakan. Tp masih lg 1MDB berdepan masalah. Jd salahkah setiap rakyat Malaysia menuntut penjelasan yang tepat dan terperinci. Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan bukan slogan dari rakyat. Tapi dr PM sendiri. Jd salahkah rakyat mohon penjelasan yg jelas. Rakyat makin menjauhkan diri dari parti keramat UMNO. Ini adalah hakikat yg setiap pemimpin dan ahli UMNO perlu sedar. Sokongan ahli UMNO kepada pemimpin mereka tidak akan menjanjikan kemenangan PRU14 kepada UMNO tanpa sokongan rakyat. Terpulang kepada ahli UMNO sendiri untuk menentukan kesinambungan UMNO. HIDUP UMNO! HIDUP UMNO! HIDUP UMNO!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 5:56 AM

Assalam abg brader DinTurtle.
Betul spt kata2 abg brader dt tu.soalan yg abg brader tanya tu sama mcm soalan yg sy nk tanya,dan sy rasa ramai rakyat pon nk tanya soalan yg sama..perdana menteri kita dah makin blur.pusing sana die kene,pusing sini pon die kene.aduyai..semoga Allah s.w.t memberi hidayah kpd beliau dan konco2nye.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 6:08 AM

Artikel ni dan kejadian semalam.di Tawau buat saya menyirap darah.

Dah senada blogger upahan jawapan Najib. Sah2 dia tak baca blog Tun. Siapa yang cakap berbelit sekarang ni.? Duit lesap RM27B mana pi?

Macam ni punya PM memang nak bakar jambatan la dengan rakyat. Jangan sampai kena sumpah seranah la Najib. Kuarang ajar ko ye..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 7:03 AM

Sejak PEMANDU diwujudkan, mcm2 karenah timbul. Idea2 merapu PEMANDU seperti BR1M, GST dan lain2 yang menyusahkan rakyat. Sehingga mengakibatkan kos sara hidup rakyat meningkat secara mendadak, harga rumah menjadi semakin mahal dan kejatuhan nilai ringgit. Ekonomi negara menjadi tidak stabil. Tak habis2 kerajaan nak kacau poket rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 7:10 AM

Bro.yang berkumpul ramai2 di sini kelmarin tu bukan pengundi tawau pun. Ramai yang diimport. Bas2 yang disewa banyak yang pergi balik ambil orang2 kampung dan felda yang duduk jauh dari bandar. Pendatang asing yang sekadar ingin melihat pun ramai. Maklumlah tiada pemeriksaan dokumen dilakukan seperti biasa sebab polis sibuk.

Pasang khemah besar dan bendera umno sepanjang jalan..itu sahaja sdh berapa kosnya?

Dan yang paling jelas dan ketara...TIADA KELIBAT RAKYAT MALAYSIA BERMATA SEPET.

Yang berkumpul kononnya sokong najib kelmarin tu pun agak2 pengundi saluran 1 dan 2. Pengundi saluran 345 macam kami tiada yang peduli pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 7:21 AM

Mahathir sudah tentu buat homework dulu sebelum mempersoalkan 1MDB, RM42billion bukan berbelit-belit. Mulanya di persoal kemana RM42 billion. Hingga sekarang tak ada jawapan walapun kemudian Mahathir akan beritahu kemana sebahagian wang itu & selebih tidak diketahui kemana duit itu. Juga Najib tidak respon hingga sekarang. Jelas sekali diatas Najib kata.."kerajaan ada cara tersendiri untuk selesaikan ISU 1MDB .." betul tu blogger diatas kata makna nya 1MDB ada masalah.

Ia nya bukan semata isu 1MDB, mahathir persoalka isu BRIM, GST,strategei politik, ekonomi, penasihat disekelilingnya, boros & bininya..

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 11, 2015 at 7:43 AM

Assalammualaikum wmt,
Kerajaan ada cara selesaikan masalah 1MDB atau DSNajib dan para penasihatnya yg ada cara nak selesaikan?
Mungkinkah cara yg dimaksudkan ialah sepertimana yg dilakukan dlm isu jual tanah pada TH yg hangat diperkatakan? Atau pinjam duit dari mana-mana individu seperti Ananda?

DSNajib juga minta masa untuk selesaikan masalah? Sampai bila? Dan adakah kerana dia perlukan masa, maka isu 1MDB tak boleh lagi dipersoal.
Kerajaan ada cara.... kita ada cara.....
Caranya? Tak boleh beri tahu.....
Rahsiaaaaaaaaaaaaaaa!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 7:47 AM

Gasak jangan tak gasak
Gasak jangan tak gasak
Gasak sampai telinga dia keluar asap...

Asak jangan tak asak
Asak jangan tak asak
Asak sampai telinga dia naik bengkak

OK ikut tempo lagu GOSOK dari Tam Spider!

Najib sudah lantang panggil 40,000 bugis sini mari
Dia Hentan Tun M macam tak da esok hari
Melalak sukup kuat Jawab masih tak lagi

Kata nya selagi rakyat menyokong dan ahli UMNO semua nya on-side...bila yang dia tanya ekk?

Errrr kat mana yang dia nih tak paham dan nak terus buat pekak-badak eh? Tun M tidak akan terkesan kerana dia tidak rugi sesen pun tapi dia sedih untuk rakyat yang jadi mangsa!

So Najib boleh perceived rakyat bodoh tapi kalau dia tidak boleh nampak the ground-swell yang jadi bodoh tuh....paham paham je lah siapa!

Kalau nak tenggelam si kapal bugis
Biar saja bersama nakhoda
Jangan sampai rakyat menangis
7 keturunan sumpah tidak setimpal aniaya nya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 7:48 AM

"Kita ada cara" :
Cara 1. sakau semua dana simpanan rakyat utk bail out 1mdb.
Cara 2. gadai semua asset pd sesiapa jua yg berminat

Kedua2 cara kita rugi. Tanah utk pembangunan bumiputera dah tergadai dgn harga murah pd 1mdb.

Cara terbaik ialah rampas semua yg terlibat dgn 1mdb utk bayar hutang dan kembalikan tanah kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 7:49 AM

Dengar kata hari ni ada acara mengutuk Tun dan memgungkit semua cerita sepanjang 22 tahun beliau memerintah. Mungkin ini juga "cara" Najib menangani masalah 1mdb.

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2015 at 7:53 AM

Pulang kan semula tanah pada kerajaan JKPTG atau kerajaan Buat pengambilan semula belandas pada nilai yg di beli olh 1MDB,,, serta bayar sedikit faedah kpd 1MDB,,
Contoh klu jumlah keseluruhan yg di beli olh 1mdb 17b,,, kerajaan bayar semula mungkin dgn Nilai 18 atau 19b,,,
Hutang 1MDB biar 1MDB tanggung,,, JKPTG tak perlu Tanggun,,,
1mdb cuba lari isu hutang dan alih cerita pd tabung haji,, kemudian tabung haji akan alih cerita pd sykt lain dan lain,, lama lama 1MDB akan di lupakan,,
Perpatah melayu menyatakan klu nak tangkap ular harus tangkap dari kepala pengang kepala,,,, sekarang mula nampak rakyat pengang ekor salah salah kena patuk di ular,, contoh tahu depang tabung haji katandividen kurang atau sedikit krn tak dapat untung dari tanah yg menjadi isu,,,
Fikir kan ada banyak lagi sykt bumiputra yg berdaya saing yg bermodal berbayar rm1juta,, tetapi tidak mendapat perluang krn tiada perluang serta ada kala tekanan dari pegawai kerajaan dan org politik,,,
Kerajaan harus melihat sykt sykt yg sedh berusia lebih dari 15tahun yg tidak ada masaalah dan masih mempunyai lembaga pengarah yg asal atau lebih dari 10tahun,, bantu sykt ini,, insyaallah akan berjaya dan akan memberi pulangan pd negara,,
Dan tak perlu melabur hingga keluar negara dan ini akan merancak kan pusingan ekonomi negara,,
1MDB klu dan rasa nak Kaput biar lah kaput

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2015 at 8:00 AM

Kita tak perlu layan cerita cerita 1MDB,, nanti raknyat akan jadi toyol yg memungut kacang hijau atau toyol yg bermain ketam,,,
Fikir kan,, klu rakyat layan cerita ini semua bermakna rakyat memberi masa pd 1mdb bernafas dan menerus kan gerakan gerakan mrk,,, org tengah letih kita hetam jgn beri dia bernafas,,, org putih kata klu nak rasa teh yg hebat kita didir kan air secukupnya ,, nanti kita akan dapat rasa nikmat serta warna asli teh,,, sekarang warna 1mdb telah mula keluar,, jgn heti kan api dan suhu kepanasan ,, didih dan terus didihkan,, nanti kita tengok warna apa yg keluar silap silap kita akan lihat mengkarung dan biawak yg bersembunyi di dalam teh juga keluar selain dari semut semut gila yg cuba cari gula,,, fikir kan

....................
Reply To This Comment ...................
Malindo
May 11, 2015 at 8:13 AM

Salam Pak Din.Saya yg duk diseberang(Jakarta)bosan juga baca cerita2 yg tak berkesudahan.Nak minta DSN mundur dari jabatan PM secara terhormat,beliau tak mau(saperti ucapan beliau di Sabah),ada teman2 dari Petinggi UMNO dtg sini(Jakarta)cerita macam2 pada saya,saya tanya apa tindakan?,tak ada jawapan juga.Kalau dinasihat beliau tak mau mundur.Teringat Soeharto,dan trajedi TriSakti.Tapi kita tak mahu Malaysia jadi begitu,tapi ada waktu itu yg terbaik.entahlah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 8:14 AM

jawab najib..jgn tunggu lama2..PRU14 dah makin dekat ni.
bg aku hentikanlah BR1M tu..byk duit terbuang disitu je..kerajaan tak dapat apa2..bg pd yg betul2 susah je..

....................
Reply To This Comment ...................
Ghafur stupeed
May 11, 2015 at 8:17 AM

Hati2 din. Mangkuk bernama najib ni dah kena corner. Dia dah jadi mcm tak siuman. Stakat kumpul orang sendiri dtg pastu tejerit jerit pastu kata dia dpt sokongan 40k pastu plak nak banding dengan sorang, Dr Mahathir. Apa benda la mamat ni. Dah mcm meroyan pun ada. Pastu si tua ghafur tu..amboi bukan main tejerit jerit. Kena strok baru tau. Makin mengarut la si mangkuk ni. Berenti dan berlayar je la najib, makin hari orang makin tngk dan tau benda tak betul. Memalukan,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 8:30 AM

najib kata xkan satu suara saja dia berundur.

makin mual dgn moron ni (pinjam outsyed). x sedar diri dan langsung tidak peka dgn nadi rakyat. semua org sudah mula menolak dia. itupn dia x sedar. syok sendiri dan bermuka tebal lagi.

sesuatu akan berlaku itu fikiran saya bila KJ keluarkan kenyataan menuntut penjelasan IMBD. utk org opportunist membuat kenyataan begitu sudah pasti dia yakin akan berlaku sesuatu dan dia sudah memilih utk menyokong pihak mana.

selebihnya yg menjadi isu utama sebenarnya di mana lagi 27 billion itu ? kepada siapa diberikan 27 billion itu ? syarikat mana ? under nama siapa ? tabung haji mmg sewajarnya menjadi tipping point kemarahan org melayu dan islam. kalau tidak masakan kelam kabut najib menyuruh tabung haji menjual semula. ok sorry azeez, "menasihat". kini tabung haji yg kene cuci taik IMBD.

najib seperti biasa menyerang tun m tanpa menjwb segala persoalan. seriously itu hanya menampakkan lagi kebodohan dia. rakyat bkn bodoh sekarang ni info boleh dpt kt mana2. awal2 tgk belutin semalam dh mual dgn ucapan najib.

nampaknya dia x kisah nasib org melayu sekiranya BN kalah disebabkan dia. bagi dia kalau dia jatuh BN mesti jatuh sekali. wah hebat pm kita ni. " saya lebih penting dr bangsa agama dan negara" x kurang hebat hulubalang umno yg menyokong dia.

saya akan tunggu dan lihat. sekiranya muhidin dan shafie gagal dek org2 dlm umno yg lain, maka bkn lah lagi parti keramat umno ini.

biarlah isma tampil sebagai parti baru. masa semakin suntuk. pru semakin dekat. kita tidak ada masa melayan org gila bayang mcm najib n family. nasib agama bangsa dan negara jauh lagi penting. maka utk mereka yg masih cuba menyelamatkan umno. jgn lah ambil ur own sweet time. anda juga punya timeline. nk rally suara org melayu bknlah perkara mudah dan ambil masa. damage yg dilakukan najib juga perlu masa utk mengembalikan kenyakinan rakyat.

sekiranya tidak tunggulah tsunami org melayu yg semakin meluat dan mual dgn najib.

saya semakin jemu dgn peralihan kuasa yg x sudah2 kerana org2 yg x competent. harapan saya muhidin org yg boleh diharap dan naikkanlah mukhriz buang segera org2 yg x berguna dlm umno. tlg lah. berapa byk kali lagi kami terpaksa follow skirpt arahan drama yg sama. x sudah2, membuang masa dan merugikan bangsa dan negara.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 8:33 AM

Lucu nya najib garang hanya di tawau..cuba buat ucapan yg sama, isi yg sama di bukit bintang,kota bharu, putrajaya,bangi di mana2 di semenanjung dpn rakyat bukan keturunan bugis!
Kalo x silap sy lah, rakyat mesia lg 99.5% bukan bugis...kalo salah betulkan saya...

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2015 at 8:49 AM

Salaam din.

Hari ni ramai menteri2 cakap utk memulihkan umno dan kembalikan keyakinan rakyat. Susah ke ? Tak....senang je. Beritau secara direct...PM berhentilah...cukuplah kerosakkan yg telah anda buat. CUKUP. Tu sahaja yg rakyat mahu...tukar kepemimpinan. Baru ada harga ucapan kalian. Pusing2 mcm round about apa pasal ?
PRU 14 jadi taruhan....tak ke berat tu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 9:32 AM

point jelas najib nak amek masa utk selesaikan ISU,

apa itu definisi ISU

isu ini adalah bukan benda yg konkrit, berlegar disekitar kita melalui mulut dan telinga and mata. So nak selesaikan perkara yg sekadar dlm bentuk persepsi sajakah din?

bukannya nak kaji perlaksanaan perjalanan 1mdb, wang berbilion2, mcmana nak settlekan, itu baru panggil tindakan yg betul, soalan2 yg ditimbulkan jawablah dgn konkrit, bukti dah jelas, kalu tak betul jelaskan, kalu betul bagai diisukan, tunjukkan tindakannya.

Wang bukan isu tapi realiti samada ada atau tiada. So bertindaklah dan jelaskan dgn terang. Pemikiran najib ni tiada langsung kronologi thinking, atau memang dia tak fikir apapun sekadar meluahkan apa yg penasihat suruh cakap.

Aduui, dan denial syndrome berterusan tanpa menghayati apa yg dikatakan, macam tak tahu apa jer najib ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 9:56 AM

Good questions!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 10:13 AM

PM Najib akan terus menjadi PM dan Presiden UMNO 10 tahun lagi......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 10:48 AM

Pakcik Din Penyu,
1MDB tak seiring dengan GST sebab tu Najib lost tracks. Cuba study workflow kedua-dua benda alah ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 10:57 AM

Ayam yang hampir mati disembeleh kelupurnya bertambah kencang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 10:58 AM

Dia nak ungkit TUNM , Memang ada gagal tapi lihat apa TM buat ??HASILNYA
Apa najib buat ?
Pertama kali bila TM jadi pm dia cepatkan ''waktu'' supaya rakyat wakeup
Aku ni rakyat ''macai'' je tapi bila aku ke BAHRAIN tampa CALL VISA sepatutnya takdapt masuk tahun 90'an tapi sebut dari m'sia imigrasion terus sebut 'mahathir' ok no problem... munkin org lain ada pengalaman ini...sampai skrg terutama africa t.tengah m'sia pasti 'mahathir'' dia tak ckp najib,,,, TM jarang bercuti najib kerap , TM tak ada wang berbillion lesap , juta2 lesap memang ada sbb org lain tak seamanah TUN. Dia tak bari anak2nya guna jet kerajaan , bermewah . kamitau sbb kami taklah bodoh

....................
Reply To This Comment ...................
krenggge
May 11, 2015 at 11:28 AM

Hendak tahu kita diterima majoriti rakyat = PRU 14 dicepatkan.
ADA BRANI DATO SERI'...?
Cakap banyak pun x guna kan.... samada belah pihak Najib @ pihak sebelah lagi.
Buktikan kpd musuh politik anda + RAKYAT = ANDA YANG BENAR.
kekekekeke....

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2015 at 11:35 AM

Semua itu berpunca daripada kita tidak memilih pemimpin yang bertakwa.

“Sabda Rasulullah SAW, apabila disandarkan amanah kepada bukan ahlinya maka tunggulah kebinasaan,” katanya.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 11, 2015 at 12:29 PM

@Anonymous
Assalammualaikum wmt,
Beranikah dia?
Nanti orang londehkan kisah dia macam mana?
Ada rahsia dibalik rahsia...

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2015 at 12:30 PM

Konklusinya, jgn undi bn pru akan datang.. trend nya sudah nmpk penolakan dr zaman pak lah lagi... smpi najib paling teruk,dgn masa yg singkat sblm pru akan datang tak ada apa yg blh dilakukan oleh najib.. kudis dah jadi barah.. malah sikap syg jawatan oleh tpm atau org bwh malah yes man najib hanya pelengkap buat tamatnya perkhidmatan bn utk malaysia.. dan rakyat akan terus tersepit di antara perompak yg tamak dgn perompak yg lapar..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 12:32 PM

Apa perlu 1mdb diwujudkan kalau setakat nak jual balik semua aset utk bayar hutang sampai kerajaan rugi jual tanah murah? Untuk bagi Jho Low enjoy?

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 11, 2015 at 12:38 PM

Assalammualaikum wmt,
Titah Sultan Nazrin semasa istiadat pertabalan baginda sebagai Sultan Perak ke-35 baru-baru ini patut diambil iktibar oleh PM DSNajib. Lebih-lebih lagi PM dan isteri turut sama dlm majlis berkenaan.
Lebih patut diambil perhatian oleh PM kita ialah maksud ayat al-Quran yg dikumandangkan sebelum acara pertabalan itu. Dalm maknanya dan sangat berguna buiat DSNajib.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 12:48 PM

Makin merepek dah pm sorang ni.. semalam terjerit-jerit bagitau tak akan letak jawatan selagi ahli parti dan rakyat sokong.. nak tau banyak mana rakyat sokong dia ah jib boleh buat:

1. Pungutan suara. Hanya bagi satu soalan mudah untuk rakyat "Adakah saya masih layak menjadi Perdana Menteri". Jawapan A. Ya B. Tidak layak.
2. Bubar parlimen. Buat PRU14 yang mana ah jib takde telor nak buat

Hari ni melalut pasal kebaikan GST. 1MDB dengan GST dua cerita yang berbeza. Citer satu2 datuk. Takut lidah terbelit sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 1:00 PM

4.20

Tak baik tau pemimpin, penahsihat , ahli keluarga mereka hidup bermewah mewah rakyat pula di cengkam GST

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 1:11 PM

en hasnul rahman. memang tak dinafikan tun ada buat homework tentang apa yang dia perkatakan. itu cara dia. cuma agak kurang 'flashback' bagaimana tun (pm, belum tun masa itu) menjual tanah kepada ananda krisnan dengan amat murah. selepas itu ananda jual semula kepada petronas dengan harga yang amat mahal. adakah skil pemaksaan kepada petronas pada masa itu halal, sedangkan apa yang dilakukan oleh najib adalah haram? najib adalah bekas anak didik tun mahathir. bagaimana guru, begitulah muridnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 2:00 PM

aduii... lagi tindakan yang aku kira cukup tak bijaksana. yg pi serang balas orang tua TunM lagu tu pasal per. TunM xde kepentingan pun. nak kaya dia dah kaya. dia otak business. nak pangkat dia merasa. Jawatan PM jugak. 22 tahun beb... Kepentingan dia cuma nak jaga parti dan hak bumiputera. Tu pun susah nak faham ker. Kalu berani explain ler pasal 1MDB tu. pasal strategi PEMANDU tu. pasal GST. pasal TRANSFORMASI. ni tak masuk lagi bab2 TPPA. beri penerangan kat rakyat. bagi rakyat faham. kalau xbuat silap kenapa 'melatah' bila ditanya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 2:34 PM

Bro Din,

Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah. Interesting person. Mohon bro halakan lampu suluh kat sorang ni.. PAC nak panggil dia tak lama lagi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 2:36 PM

Makin hari, makin seronok bangsa cina laknat, bangsa penumpang di dedahan ranum pokok namanya Melayu (Malaysia). Kita saling bertelagah hingga terlupa, asal segala masalah adalah duit. Najib berusaha nak pertahan dan pertambah pegangan ekuiti bumiputra dan Melayu di Negara ini. Beliau terpaksa menggunakan berbagai agensi yang ada untuk mengadun kesaksamaan yang tidak mungkin tercapai akibat rakusnya bangsa cina bersama taikun2 barua DAP yang kini bersatu hati nak merampas kuasa memerintah Malaysia hingga menjadi sebuah republic. Punca segala punca ialah wang... Malangnya majority wang bukan di tangan Melayu Islam.. BAngsa Cina penyapu ini berjanji ingin bersama membangun Negara "we love PM" jadi bahan gurauan buat mereka. Mereka telah mendivert dana yang sepatutnya dilabur dalam membantu 1MDB. Untung Mahathir di kala beliau memerlukan dana para taikun ini masih wala kepada pemimpin Negara Malaysia ini. Wahai semua saudara2ku tidak kira dari fahaman politik yang bagaimana, kita wajib terus mempertahankan kerajaan Umno BN yang masih bersisa ini, segala kekurangan, salak laku juga ketirisan wajib kita segera perbetulkan. Rapatkanlah ukwah sesama Islam... Bermunajat kepada Allah untuk ke jalan yang lebih baik lagi diberkati, usul hudud wajib kita perjuangkan hingga jaya bertahta sebagai pegangan hidup umat Islam sekalian. Semua ini adalah ujian Allah buat kita untuk mencari jalan perdamaian dan juga ke arah pembangunan jiwa dan Negara yang berteras Islam sebenar-benarnya.. Hidupku, matiku, kerana Allah s.w.t. semata-mata.


Cik deet Singh

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
May 11, 2015 at 3:22 PM

Semalam Najib dah ajak berperang. Siap quote PAU 1987. Jawapan aku bagi secara express sekarang. Tak perlu tunggu PRU (PAU aku tak layak sebab dah tinggalkan UMNO).

Dengan ini, secara rasminya saya menyahut cabaran perang Najib dan dengan cara terbuka, menyatakan bahawa saya MENENTANG Najib.

Sekian, terima kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 4:06 PM

Rasanya kalau Tun memerintah hari ni jangan harap bloger bloger boleh berblog sesuka hati, Tun ada sikit sikap diktator macam Lee Kuan Yew...kebebasan bersuara rasanya full stop..masih tertanya tanya kenapa dia berhenti tetiba..dulu minat dan sanjung Tun sekarang kurang sikit sebab dia banyak bercakap tapi bukti tiada..sekadar lepas dengar..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 4:40 PM

Aku nak jawapan yang mudah...aku x belajar matematik ...zaman aku cuma belajar kira-kira kemudian ilmu hisab...kalau kau pakai duit aku RM10 untuk berniaga...kau dah guna RM6...aku cuma nak tau mana baki RM4...pasal GST..dulu cukai 10%..skrg 6%...ikut kira-kira 10-6=4...jadi barang patut murah 4% bukan tambah 6%...faham ke...

Tak payah nak cakap berbelit...bangga sangat pahlawan bugis...ingat dalam sejarah Melayu ada Jebat...Jebat pun setia mcm Tuah...tapi napa Jebat derhaka....raja alim raja ku sembah..raja zalim raja ku sanggah...ada faham.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 4:49 PM

Setuju tuan..saya berada di Jepun selama 6 di bawah program dasar pandang ke timur..ramai org Jepun tak tau di mana Malaysia...tp bila disebut Mahathir San semua org tau..tp PM sekarang satu dunia kenal atas sebab apa erkkk


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 5:31 PM

Besar mana pun kesalahan Tun dulu, tapi bila beliau kata pimpinan najib ada chance nak kalah kali ni, xda sapa pun yg berani nak lawan. Sebabnya semua org umno x nampak jalan cara nak menang pun.
Pembangunan ekonomi yang kukuh spt yg diwarwarkan oleh najib nampak kat dia sorang jer.
Semua wakil2 rakyat x berani nak tunjuk muka kat kawasan masing2 pun. Sebab xsanggup nak perbodohkan rakyat sama mcm yg dia kena.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 6:15 PM

Bro,
Bila 1MDB jual tanah kat TH , kita mempersoal urusan tersebut ,pemimpin UMNO kata jangan salahkan TH kalau tanah terlepas kepada bukan Melayu. Aku jadi bengang sebab masa kerajaan bagi tanah kat 1MDB tak ada cerita pun pasai Melayu. pemimpin UMNO sekarang dah jual Melayu ,lepas tu marah kat orang Melayu. Bagi aku pi mati la pemimpin macam tu.

Aku sebenarnya dok tunggu sapa nak beli tanah, bukan la cerdik tapi kalau dok tengok2 rasanya tanah yang TH beli tu tak ada immediate buyer sebab belum pernah aku dengar dengar full payment masa sign S&P agreement. lagi pun kalau ada buyer takkan depa nak jual kat TH. Din hang cuba tanya kat Pengerusi TH , siapa potential buyer yang boleh bayar full payment masa sign S&P.

Najib dan Pengerusi TH ingat semua orang tak boleh pikir dengan logik. Dia suruh TH jual tanah tu , kenapa tak batalkan S&P dengan TH, bagi balik duit TH. Tanah tu jadi milik 1MDB balik, lepas tu cari la buyer baru. Tak kisah kalau Melayu ka , Cina ka ,lagi pun projek 1MDB tak pernah cerita pasai Bumiputra pun. Ada pembeli ka? Ada berani ka?

Blogger pro Najib bantai pendeposit TH, kalau tak percaya pi semak buku akaun. Lepas tu suruh penyimpan buat keluar duit kalau tak percaya. Amboi ayat bunyi sama macam Najib hentam Tun M di Tawau. Cuba TH pulangkan duit pendeposit serta merta, ada cukup cash ka? Aku tambah bengang sebab kita kena pi Mekah melalui TH. Kuota haji ada ditangan kerajaan ,kerajaan tak bagi kuota tu kat orang lain. Orang tak ada pilihan. Ayat mempertahankan Najib pun berbentuk salah guna kuasa,dah mula menekan orang yang cuma bertanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 6:22 PM

http://msomelayu.blogspot.com/2015/05/najib-sang-kelinci-putih-telah-termasuk.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 6:35 PM

bukti tiada? buta sampai lagu tu? tun tangkap blogger? shahnon pun tak kena tangkap.

Komen atas angin ka?

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2015 at 8:48 PM

Atas sebab " bangang buat blogger " haramjadah buat peneroka " jemuan buat yang tak sudi sekongkol " maka terkenal seantero dunia pm sekarang tokoh laju lidah dari otak! ! Hihihi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 8:51 PM

1. cerita pasal tanah KLCC tu dah ada orang cerita panjang lebar kat sini
http://azlishukri.blogspot.com/2015/05/giliran-mahathir-pula-untuk-menjawab.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+AzliShukriToday+%28AZLI+SHUKRI+TODAY%29
baca komen encik abu bakar

2. tun tangkap blogger? 1998 ... apa macai anuar tak kata kat tun? korang baca novel shahnon? berapa ramai kena tangkap?

budak budak najib ni malas membaca .. tapi nak buat rekasaya ... kaji dulu cerita dan sejarah ... baru tak menampakkan kebodohan tu.

bila tengok najib meroyan kat tawau ni ... teringat wawancara najib kat tv. moderator dia charon mokhzani tu ... bukan calang calang.

tapi aku tengok ... apa barang soalan moderator ni? takkan bagi soalan kelas budak tadika kot. jawapan najib lagi sedih ... asyik saya pm .. saya pm ... orang tau la kau tu pm sebab tu orang suruh kau jawab ... bukan najib razak yang dok menoreh getah kat felda new zealand.

tapi bila dia komen pasal ... sekarang ni zaman social media ... persepsi sangat penting ... aku gelak guling guling ... terus tukar channel.

dol betul la najib ni .... sebab persepsi penting la tun suruh kau explain ... bila kau tak leh explain ... lagi la orang kata samada kau bodoh atau kau jahat.

kedua ... dalam social media universe ... follower chedet.cc dan kelab che det ... real people ... lagi ramai dari follower facebook najib ... yang aku bet at least 60% tu bots ... bukan orang pun.

and you talk about social media?

aku ingat anwar ibrahim je mabuk ketum

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 9:12 PM

Betul. Saya terkejut pasal brim ni dan mmg tak setuju dari mula. Ist huge mistake.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 9:14 PM

Kenapa menganggap TDM sebagai musuh?
Dia nak jadi Presiden UMNO kah?
Atau dia nak jadi PM kah?
Dia mengemukakan soalan yang kerajaan sendiri gagal memberi jawapan yang memuaskan. Munasabahkah kerana kegagalan itu mereka khasnya pemimpin-pemimpin UMNO menganggap beliau sebagai musuh?

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 11, 2015 at 9:18 PM

1) Kalau biar Ah Jib selesai kes 1MDB ikut cara dia alamat tergadailah negara ini.

2) Setakat ni penyelesaian Ah Jib ialah menjual segala aset yang ada pada harga tak masuk akal dan korek segala wang yang kerajaan ada melalui rakyat serta meminjam dari kerajaan lagi. Ini semua bukan penyelesaian tetapi adalah MASALAH!

3) Ah Jib bukan seorang yang mendengar kata atau akan mengaku kesilapannya.

4) Penyelesaian kepada segala masalah ini ialah Muhyiddin dan lain2 orang kuat UMNO bersatu padu meminta Ah Jib meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan PM. Jika tidak mahu anda semua dalam sejarah Malaysia akan dicatatkan sebagai pemimpin2 paling TIDAK bertanggungjawab kerana membiarkan perosak bangsa memusnahkan negara.

5) Mengutuk Tun Dr Mahathir tidak akan menyelamatkan negara ini.

6) Masa sedang berjalan....



....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2015 at 9:23 PM

@Anonymouskalau saudara perasanlah, mana ada komen yang menghina nama atau bangsa orang lain di sini. contohnya madey, mamak dll. Jadi saya harap pengomen jaga bahasa anda... kalau tidak penat je menaip, komen tidak disiarkan.

Melainkan nama panggilan itu direstui oleh tuanpunya badan seperti ahjibgor.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 11, 2015 at 9:36 PM

@Anonymous

Tuan Din Turtle,

Saya rasa saudara Abu Bakar dalam blog Azli Shukri menjelaskan dengan baik isu2 yang ditimbulkan "penentang" Mahathir.

Mohon jika dijadikan rujukan dalam blog ini kerana pada pendapat saya blog Tuan diikuti oleh ramai "penentang" Mahathir kerana di sini berkumpulnya ramai "penyokong" Mahathir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 9:45 PM

Bro Din,

Honestly i am not Najib supporter and i am also not Tun M supporter.

But from my reading from the news and the blogs; what can i conclude is - if Najib tak berkata-kata/ tak beri jawapan dia kene hentam. If Najib berkata-kata/ beri jawapan pun dia kene hentam.

This is due to some people just dont want him anymore as a prime minister etc. If he give an honest answer he still get whack. But if he give you the elegance silent people will still whack him.

Orang dah tak suka najib, jadi apa dia buat orang nampak yang buruk.

For me its not fair. But this is politic introduce by our Tun M. If we change the PM, the same script will happen to the next PM. We must change the warlord and the old man in Umno. Then we can move on.

Thats my humble opinion.

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 10:03 PM

Saya pun baru baca jawapan2 saudara Abu Bakar tu..terima kasih pada anon 8.51 tu bagitau.

Tapi hal2 Tun M ni yg dorang cuba nak ungkit sepanjang pemerintahannya dulu mmg sia2lah sebab ada je org yg akan jawab macam Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2015 at 10:04 PM

@PakKadukYa, menarik komen2 beliau. InsyaAllah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 10:57 PM

Saya rasa hairan juga, ada ka 47% yang menyokong BN itu lebih dari 53% yang tidak menyokong.

Jadi jika jawapanya tidak, jadi pm terpaksa letak jawatan kerana rakyat yang tidal sokong pm adalah lebih banyak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 7:03 AM

Mr reading man...

That is exactly why ajibgor should step down asap.

This is not about a single person..a prime minister..this is about the survival of agama bangsa negara.

What do you think he has done for our agama bangsa negara all the while? He even hitting the drum and changing his name to ajibgor!

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 12, 2015 at 10:11 AM

@Anonymous

Anon May 11, 2015 at 10:03 PM,

Baguslah ada orang tolong jawab dengan berfakta kerana perkara ini benar dan tidak perlu takut. Malah akan memberi maklumat kepada yang tidak pernah ambil tahu atau mahu mencari maklumat.

Jika tidak berjawab maka jadilah ia seperti kes Najib dan 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 1:03 PM

Anon 7.03;

If we change the current PM to a new PM, the same problem will coming back to hunt the new PM.

Its people behind the scene that should we be focus more. The person that pull the string should be kick out. And by doing that, i will stop all of these nonsense.

Let not forget, Pak Lah and Najib both had been chosen by Tun M. But both failed according to Tun M. Its because Tun M wanted them to failed.

Dont ask najib what he has done to the country and agama. But ask our self, what have we contribute to tje nation and whatnot.

Cheers

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 12, 2015 at 1:24 PM

@Anonymous
Assalammualaikum wmt,
Bila pulak tanah tu milik kerajaan. Tanah tu milik Kelab Lumba Kuda Selangor sejak zaman penjajah British lagi.
Cuba selidik dulu sebelum terjah....

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 9:10 PM

Bro Din, media asyik asak Tun M cakap belit-belit. Sekejap cakap 42 B hilang, sekejap pinjaman. Hilang dan pinjaman tu pada aku sama je. Duit Malaysia hilang dan kita sebagai rakyat kena ganti. Poyo la .
Lagi satu, zaman Tun M berhutang, nampak hasilnya, Cyberjaya dan Putrajaya. Hutang yg ni mana bendanya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 7:11 PM

Najib rasa Pru14 ni dia boleh menang kot.Pm yang paling bermasalah dalam sejarah Malaysia.Elok sangat letak jawatan segera , orang kat bawah ni kerja keras untuk negara tapi dia senang sangat bagi rakyat benci pada kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2015 at 6:10 PM

Reading Man dear...

Listen me now & listen me good.
Stop bickering like a sinile dude.
Its not once and its not twice.
The old statesman has given his advice.
So stubborn and recalcitrant he is.
Najib is facing his ultimate demise.
Oh tweedle dee oh tweedle dum.
Najib's days are over with the sound of drum.
Humpty dumty sat on the wall.
The son of Bugis shall have a fatal fall.

....................
Reply To This Comment ...................
May 16, 2015 at 4:46 AM

Tindakan bail out MISC dibuat dgn pengetahuan serta kelulusan jemaah menteri atas sebab ianya syarikat kerajaan dan isu ini tidak diselindung & disembunyikan. Berbeza dgn 1MDB, isu kali ini pd awalnya penuh dgn misteri tanpa pengetahuan umum termasuk jemaah menteri. Hanya setelah keadaan blown out of proportion, barulah Najib membuka mulut. Siapa Jho Low & Reza Aziz....siapa melantik mereka...siapa meluluskan belanja sakan mereka?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 30, 2015 at 1:40 AM

Aku rse najib ni ahli freemason.. mmg die ditugaskan binasakan malaysia.. biar org cine jdi pemimpin.. biar lgi hancur malaysia.. korang tgkla skrang.. brape byk negara yg da start berpecah belah.. xlme lgi, akan tercetusnye perang amageddon..bersedialah semua.. persiapkan diri kte dgn amalan2 yg mmpu bantu kte di akhirat esok.. ckp2 la bgi najib n bini die pahala.. sia2 je kte kmpul pahala pnat2 pastu bgi die.. esok2, kte tgk die msk syurga, kte msk neraka sbb tanggung dosa die.. sedarla semua.. dajal x lme lgi akan tunjukkan dirinya.. hafal la 10 ayat terawal n terakhir surah al kahfi.. in shaaAllah terlindung dri fitnah dajjal..

Post a Comment