........... Mohon 1MDB Belajar Dari Isu Kos Kahwin Anak PM - Berterus teranglah ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mohon 1MDB Belajar Dari Isu Kos Kahwin Anak PM - Berterus teranglah !

Saturday, May 2, 201540comments


Demi keadilan, saya terpanggil untuk nukilkan kenyataan pegawai Rosmah, Rizal Mansur mengenai isu kos perkahwinan Nooryana Najwa - Daniyar Kessibayev yang banyak menjadi bahan gossip rakyat sejak akhir2 ini. Semoga kita semua tidak lagi mengutuk atau memerli Najib Rosmah dengan tuduhan tidak berwassitiyah dalam mengurus perkahwinan anak mereka.

Majlis Perkahwinan di KLCC -

“KLCC itu adalah majlis yang diminta oleh pihak lelaki, untuk tetamu meraikan sahabat-sahabat dia (keluarga Daniyar Kessibayev dari Kazakhstan)

“Walaupun dihos oleh keluarga perdana menteri tetapi diminta oleh keluarga lelaki. Tidak hanya minta tetapi ditanggung oleh keluarga pihak keluarga lelaki,”

Kalau (hendak) bermegah-megah, kita buat live (langsung) di TV, kita panggil media untuk buat liputan. Kerana kita tak mahu tunjuk dekat oranglah kita buat tertutup,” - Mkini.


Majlis Perkahwinan di Kazakhstan -

Orang tanya siapa yang bawa, kami pergi atas jemputan keluarga lelaki. Saya pun rapat dengan keluarga lelaki sebab itu dijemput. Sebahagian tetamu diterbangkan ke Kazakhstan oleh keluarga lelaki (Daniyar Kessibayev).

“Untuk level macam saya yang bukan korporat ni tentu disediakan dari keluarga sana yang jemput, sebahagian lagi yang atas kos mereka sendiri, tidak timbul satu sen pun duit kerajaan di sini,” - Mkini.

Nah... terjawab sudah teka teki mengenai siapa yang menanggung kos majlis dan kos penerbangan ke Kazakhstan seramai 250 orang itu ( bukan 300 tau )

Kan senang begitu ........ Apa yang susah sangat nak berterus terang ? Kenapa nak tunggu rakyat dah bergossip baru nak cerita ? 

Kalau dibaca kenyataan mamat tu, takde apa2 yang sensitifnya kalau disiarkan lebih awal, contohnya sebelum majlis berlangsung sekalipun. Dan tidak perlu nak halang media dari merakamkan detik bersejarah pasangan bahagia itu sebab semua orang tahu perbelanjaan bukan dari poket Rosmah.

Dan tak perlu nak pergi senyap2 ke Kazakhstan sebab orang dah tahu bukan Rosmah yang bayar pun.... 

Itu masalahnya - Kenapa bertindak macam orang bersalah ? ! Tak pernah dibuat dek orang lah buat majlis besar2, jemput segala orang kenamaan dalam dan luar, kemudian minta dirahsiakan dari media.

Takkan tak belajar lagi - BERTERUS-TERANGlah. 

Benda yang sama juga boleh dipraktiskan dalam isu 1MDB. Berterusteranglah ! Bila bertindak seperti orang bersalah, jangan salahkan orang lain yang memandang serong. Tampil dan perjelaskan persoalan2 yang bermain di minda rakyat.

Rakyat sebenarnya very the understanding. 

Contohnya dalam isu kahwin di atas..... kalau rakyat tahu Rosmah takde duit nak buat majlis, saya percaya rakyat sanggup menderma ! 

Sekarang mungkin ramai yang dah mula risau pula dengan kebajikan pasangan PM kita ..... makan tak malam ni ?  Baju raya dah tempah ke belum ? 

Mohon sesiapa pastikan nama Rosmah tersenarai dalam penerima BR1M ok. 


Mulai hari ini sebahagian besar rakyat Malaysia harus memohon maaf dan bersimpati dengan Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. Kekayaan yang selama ini digembar-gemburkan kononnya dimiliki oleh mereka ternyata tidak benar, palsu dan fitnah belaka.


Ringkasnya, Najib dan Rosmah bukan sekadar hidup biasa-biasa, malah mungkin lebih susah daripada kebanyakan penerima BR1M sekali pun. Ini kerana Najib dan Rosmah sebenarnya bukan setakat tidak mampu berbelanja mewah, malah mengadakan kenduri menerima menantu pun tidak berkeupayaan.


Seterusnya .... KLiK.

Share this article :

+ comments + 40 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 6:36 PM

Lagi chantek kasi tunjuk tiket n sapa bayar. Lagi trlopong mulut.Takat ckp je camni kat kedai kopi xde GST boleh la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 6:56 PM

Chartered flight tak payah tiket

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 6:59 PM

Fuhhh tajam berbisa... namun amat ampuh untuk merawat penyakit blurrr....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 7:08 PM

Lepas ni biar rakyat di negara pengantin lelaki pulak bertanya kpd pihak lelaki...betul atau tidak depa yg sponsor...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 7:12 PM

Apa masaalah ko ni din...
Tak habis2 lagi nak jadi batu api.
Ko ingat jika Najib jatuh....Mahathir. bleh jadi PM.
Dulu aku mmng respect Tun ...
Tapi bila dah melampau-lampau cam ni..
Ia nmpk spt Tun dan pembangkang duduk dlm satu team.
Tiada apa2 faedah buat UMNO jk kita dok bercakaran pwsal.
Dok dengki dan khianat
Siapa lebih kaya dari siapa....
Ada banyak majlis perkahwinan yg lebih grand dari.
majlis perkahwinan anak Najib.....nape x nak buat isu.
Buruk sangka betul ko ngan puak2 Tun...
Apa Tun kompang...ko follow jer...
G mampus dgn pendapat ko ngan Tun..nak hasad dengki.
dan buruk sangka kat Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
May 2, 2015 at 7:16 PM

@Anonymous??? huh ??? kan saya TERIMA penjelasan pegawai Rosmah tu ...malah saya minta 1MDB pun ikut sama cara yang ditunjukkan oleh beliau.

oya, ada sesiapa ke yang paksa saudara klik dan baca blog ini ... siap komen lagi ?

....................
Reply To This Comment ...................
May 2, 2015 at 7:17 PM

Dari awal hingga akhir cerita perkahwinan glamor ni bukan duit sahaja yg banyak habis hingga 6 nyawa melayang kerana mengikut kehendak nafsu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 7:23 PM

Betul Din..hihihi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 7:34 PM

Banyak lah spin sana sini! Macam macam alasan.

Kenapa senyap senyap ekkk??

Macam ada yg nak dirahsiakan

....................
Reply To This Comment ...................
May 2, 2015 at 7:39 PM

@Razak Yusoff Yusoff 6 nyawa ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 7:48 PM

Modus operandi macai2 najib sebijik macam red bean army,bertebaran setiap blog membela najib Dan rosmah dan sanggup memaki hamun orang yang inginkan kebenaran.....!!!!mengalahkan abu jahal....!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 8:28 PM

Apabila seseorang yang bekerja di organisasi bukan miliknya (terutama yang berkhidmat dengan kerajaan) tentu sekali adatnya orang bawahannya teringin nak tahu dari mana bosnya dapat wang yang banyak untuk beli kereta mewah,rumah besar,kenduri anak besar.....

....................
Reply To This Comment ...................
May 2, 2015 at 8:32 PM

Dulu kau respect Tun.....sekrg diri kau sendiri pun kau tak respect.....cendol!
Otak simpan kat lutut ke !
Gua sampai bila2 tetap hormat kat Tun.....bukan mcm kau.....sumbing!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 8:34 PM

Asal tak ngam dgn ajib..tuduh kitorang pembangkang...asal tak setuju dgn ajib...tuduh kitorang hasad dengki..buruk sangka kononnya nak hancurkan melayu...apa punya mentaliti daaa...

Aku nak tanya ko...apa hebatnya ajib? Tolong buktikan!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 8:50 PM

Kalau ikut logic aku tak Percaya perkahwinan di malaysia dan di kgazajstan di.sponsor oleh besan najib..Kerana dah banyak isu2 yg timbul sebelum Ini banyak di cover dengan jawapan yg bodoh...Terutama jawapan dibuat adalah bagi pihak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 9:24 PM

Apakah najib berfikir tahap pemikiran rakyat Malaysia setaraf Hasan Malik atau setinggi Ahmad Maslan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 9:28 PM

insiden heli yang terhempas ru la

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 9:36 PM

Betul... batuapi la ko din... biarlah najib ada ratus juta billion pun... klu dia nk kenakn cukai ke blur ke rugikan duit negara ke susahkan rakyat ke apa ko peduli din.... tui la anonymous ni...!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 10:05 PM

Ish.. apa ckp mcm tu?..ahmad ngan hasan paling pandai tu.. rakyat malaysia lain tapak kaki diorg je.. (rasa menyirap pulak sebut nama diorg)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 10:15 PM

Rilek arr bro. Taula ko terkesima dengan pencerahan bro Din ni kan. Kesian kat Pe Em kita, mintak 'sponsorship' nak kawenkan anak. Siap bawak beratus orang Mesia nak pegi joget twist kan sana. Kesian kan???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 10:26 PM

Ini semua 'after thought' untuk buat 'damage' control untuk Ah Jib Gor. Image dan reputasi dia sudah meredum. Now is the time macai macai dia tunjuk kepada boss mereka 'how high mereka sanggup jump utk Ah Jib Gor and fabricate lies utk mereka. Kita sudah tengok Tun Fuad dan sekarang si Rizal.

TAK MASUK AKAL bagi pihak pengantin lelaki membayar cost kahwin di Msia yang begitu grand dan sangat mewah jika di bandingkan dengan di negara mereka. Dari photo2 yg tersebar dlm social media tentang perkahwinan ini, majlis di Malaysia lagi lebih MEWAH dan GRAND dari majlis si pembayar di negeri mereka sendiri.

Ini lah masaalah Ah Jib Gor dan Rosmah,bila mereka mula berbohong isu tentang 1MDB,isu Reza ,isu duit di Singapore,isu tak boleh bawa duit ke Msia sebab BNM, isu carpet seller Deepak,ia akan menjadi KEBIASAAN bagi mereka berbohong SELALU setiap kali isu kontravesi timbul. Kalau ia di bayar oleh pihak pengantin lelaki MENGAPA para jemputan di minta BERAHSIA tentang wedding ini. Mengapa mereka di minta jgn ambil gambar dan menunjuk kpd orang awam!!!! Mengapa tidak di khabar kpd rakyat awal awal lagi?

Jika nasihat arwah JJ kepada Ah Jib Gor untuk mentakbir negara ini ala America , then kita rakyat Malaysia patut juga ikut cara Amerika dengan memulakan process 'IMPEACHMENT' terhadap Ah Jib Gor dan Rosmah. Richard Nixon pun berjaya di 'impeach' untuk RESIGN, so we must follow suit too!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Najibang_ANG
May 2, 2015 at 10:32 PM

Ada orang pecaya ke..buat handler handler..cita benarla pada ros dan jibby. Takdesapa pecaya dan suma orang dah menyampah. Kalau korang kira ikut dari blog pun, dah cukup sample satu malaysia rata2 suma orang dah tolak najib. Dia menang 48% je undi..bukan majority pun ingat tu. menang teknikaliti shj.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 10:37 PM

Dalam hal2 saperti ini, penganjur jadi seba salah....
...Buat kenduri kechil2 lan salah...buat kenduri besar2 an ..pun salah.
Beritahu berita awal2 ..salah....beritahu berita kemudian nya pun salah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 11:11 PM

Anon 10.37pm Kenapa muhayiddin buat kenduri kahwin anaknya tak ada yg mendapat... Cuba fikir2 kan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 11:28 PM

Kan zahrain dah ckp PM kaya raya.... biasalah dia bermewah2 buat majlis. Ini citer org bayarkan pulak. Sebenarnya PM kaye ke tidak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 11:31 PM

Mewah pun salah, harta pusaka pun salah, naik jet pun salah, duit hilang pun salah, tidak keseorangan pun salah..ish2 kenapa ye asyik semua serba salah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 11:49 PM

Apakah sokong najib itu sokong melayu. Tak sokong najib ertinya tak sokong kepimpinan melayu..? Alahai singkatnya otak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 3, 2015 at 1:08 AM

Sebenarnya rakyat dah terlalu bosan dgn pm lebih2 lagi flom lamaaa dahhh. Paling tak boleh tahan slps pru 13...melihat cara pm yg 'lemah gemalai' dlm menangani isu2. Akta ISA yg dah terbukti baik dimansuhkan, geng punahsihat...yg terbaru 1mdb dan gst..lagi btmbah mendidih hati rakyat termasuk jugak aku yg selama ini memang pro Kjaan.

Rasanya walau macamana pun usaha pm melalui penggilap2 epal menjwb segala tohmahan....rasanya sukar utk mengembalikan keyakinan rakyat. Pemimpin yg disanjung adalah yg sederhana, telus dan yg utama BERANI...yg tidak perlu membeli sokongan rakyat dgn taburan wang ringgit....

....................
Reply To This Comment ...................
May 3, 2015 at 1:52 AM

Selama 446 tahun kita dijajah selepas kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada 1511. Nikmat kemerdekaan & harga diri Melayu sayang sekali mula terhakis sejak pengunduran TDM sebagai PM.

Hari ini negara, pemerintahan & ekonomi kita dijajah semula bila Ah Jib Ghor tidak berupaya berdikari dan berkiblatkan barat & USA atas nasihat puak Liberal Umno & Pemandul. Bertambah dayus lagi bila dia di bawah telunjuk (queen control) jelmaan Imelda Marcos II. Dia sudah hilang jati diri sebagai Melayu bilamana mengambil penasihat2 Inggeris dalam urus tadbir negara, menerima pakai nasihat PAP Spura, dan paling bahaya akur dgn kehendak USA-Yahudi (perjanjian TPPA).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 3, 2015 at 1:59 AM

Anak muhyiddin ok jer.apa barang awak nak backing najib sangat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 3, 2015 at 8:19 AM

he he heeee...tabik spring en.penyu...org beler tadeknyew paham sindir sindir nim...kasik ayat betoi pon beler..beler kene kat dia kaaaaan...

....................
Reply To This Comment ...................
hjahmadkamal
May 3, 2015 at 12:17 PM

Din si Daniyar dan ibunya Maira kan sedang berhadapan dengan kes saman menipu du US ? Cuba google dan baca cerita2 mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 3, 2015 at 12:18 PM

Salam
kesian kat ahjibgor. Selalu dengar cakap orang keliling. Bila orang keliling buka mulut, baru kita tahu tahap intelek mereka yang tinggi tu. Ahjibgor cakap dia buat keputusan. Tapi yg cari semua benda untuk ahjibgor buat keputusan orang keliling dia juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 3, 2015 at 6:15 PM

Din....yg komen kat atas tu otak berjendul.....benjo punya olang....kita dah tulus pun di kata berniat lain....mmg betullah tu ros dan jibi x cukup duit smpi pihak lelaki kena sponsored smua....kita mesti tolong jibi danros utk dptkan brim 2016 sbb masa tu mrk dok makan duit pencen bekas pm ajeeee....

....................
Reply To This Comment ...................
May 3, 2015 at 10:45 PM

Berbeza dgn self-unreliable Ah Jib Ghor, TDM is indeed a special gift bestowed by the Almighty to Malays and Islam. He is not only a true statesman but also the global spokesman for 3rd world and Islamic countries that have guts to pin-point against the evil doings of Zionist Jews and American imperialism. I trust the plight of the country & rakyat would not taken place if he is still our PM. This grand old statesman is man of visions and incredibly brilliant. He gives me chills coming to the realization of his intellectual brilliance and wisdom without relying on foreign Talent Corpse/Mayat and roti Jala PEMANDUL and of course, puak songsang Melayu Liberals.

Thus. Ah Jib Ghor is not a true Bugis but rather a weak-easily manipulated specie by Spore govt/Temasek Holdings picked at their Bugis Street backyard.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 4, 2015 at 10:15 AM

klu mngkuk ni pnya cover, x pyh bg Tun jwb... kwn pun boleh jwb... INI MELAYU LOOOW CLAAASSSS.... 1 je nk tnya, mngkuk ni selalu guna highway PLUS x? penah naik flight kat KLIA x?... pernah pergi KLCC x?...sndri mau jwb, sapa pnya idea bangunkn semua tu... betul mangkuk pnya org laa dia nii... org tnya mana duit 1MDB pun x jwb lg.. duit tu, duit rakyat, tmasuk duit mak bpak kau pnyaa... ADA FHM KA?

....................
Reply To This Comment ...................
May 4, 2015 at 4:50 PM

Korang ni knapa bising bising aaa. ..Biarlah najib nak buat majlis kahwin brapa mewah pun. Itu kan dia punya duit. Rosmah dari kecil dah mula menabung untuk buat majlis mewah begini la. Sehari rosmah simpan sejuta. Kalau setahun dah 365 juta. Enam tahun najib jadi pm dah dua ribu juta. Jadi takkanlah tak boleh berbelanja mewah sikit. Bagi peluang untuk najib laki bini membanggakan Malaysia untuk sekian kalinya. Biarpun kita negara membangun tapi pm kita antara orang terkaya di dunia! korang tak rasa bangga? Bangga sebangga bangganyalah kita rakyat malaysia atas pimpinan datuk seri mohd najib laki bini. Tak banyak negara dalam dunia yang dapat pemimpin hebat begini. Bersyukurlah kita rakyat semua atas kurniaan bakat kepimpinan yang ada pada beliau. Akhir kata, semoga Datuk seri Najib laki bini dipanjangkan usia hingga beratus tahun agar negara kita terus makmur aman sentosa kaya raya terkenal saentero dunia hatta ke bulan bintang planet zargus sekalipun! ! P/s :kalau ada blogger bangang Najib terbaca komen ni jangan lupa bagitau Datuk seri yea ,tak dapat elaun bulanan pun takpe janji dapat selfie dengan mak badak yang datuk seri pelihara pun jadilah. ..peace no war. ..Hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 4, 2015 at 9:33 PM

silap tuuu... bkn dgr ckp org keliling... tapi sbb, DAH LEBIH KENA KANGKANG.... alaaa mcm dlm 1 filem melayu tuuu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 4, 2015 at 10:17 PM

Ringgit Malaysia pun dah tak laku di Thailand dan Singapor. Itulah kehebatan Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 2:04 AM

Kalau tak suka sekalipun jgn menghina keterlaluan takut nanti keturunan kita lebih hina..gunakan akal bila berbicara..

Post a Comment