........... MOF Hantar Surat Penangguhan Kepada PAC Bagi Pihak 1MDB Lepas Kena Kencing Ngan 1MDB .... Pelik ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MOF Hantar Surat Penangguhan Kepada PAC Bagi Pihak 1MDB Lepas Kena Kencing Ngan 1MDB .... Pelik !

Tuesday, May 26, 201520comments

Terkejut juga 10 sen bila baca benda ni -

Dalam pada itu, PAC turut memaklumkan telah menerima surat makluman daripada Kementerian Kewangan pada Jumaat lepas bahawa prosiding 1MDB pada esok hari terpaksa ditangguhkan berikutan Arul Kanda dan Shahrul tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan di luar negara pada hari berkenaan. - Astroawani.


Huh ? Kementerian Kewangan yang hantar surat minta penangguhan bagi pihak Arul dan Shahrul ? ? Pelik nih ........ 1MDB dah habis kertas letterhead ke ? 

Bukan ke selepas episod kencing ini -

Lazimnya jawapan bertulis di Dewan Rakyat dibuat atas nama beliau berdasarkan maklumat yang diberi oleh agensi berkenaan yang kemudiannya disemak dan diedarkan oleh para pegawai.


Kementerian Kewangan sepatutnya MARAH pada 1MDB ? Bukannya tolong applykan penangguhan bagi pihak orang yang baru kencing mereka !

MOF tak nak minta 1MDB perjelaskan kenapa mereka kencing MOF ? 

MOF tak nak hukum 1MDB ke kerana bukan saja memalukan MOF tapi juga telah memalukan nama Najib selaku Menteri Kewangan ?

Ada dengar sesiapa dari mana-mana Jabatan Kerajaan dan /atau pemimpin Umno yang marah, kritik dan minta penjelasan dari 1MDB ? Takde kan ......... heran....

Hello pro Najib, korang tak marah ke kat 1MDB sebab kencing Najib ????

- “Wang tunai itu ada di dalam akaun kami dan dalam matawang AS. Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya,” -
.
Takde sesiapa ke yang nak persoalkan kenyataan dari Arul Kanda bulan Februari lalu - - “Wang tunai itu ada di dalam akaun kami dan dalam matawang AS. Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya,” -


Setakat nak beri penjelasan mengenai kes penipuan/salah maklumat ini saya rasa tidak perlu Tunggu Audit! ...... ia tidak ada kaitan dengan akaun. Sepertikata MOF, ia berlaku kerana salah faham kononnya ..... yakni kesilapan manusia. Ketua Audit Negara atau Delloitte pun tak boleh nak jawab benda ni. 

1MDB kata TUNAI, MOF kata UNIT ....... MOF kata maklumat itu diberi oleh 1MDB .... tapi bos 1MDB kata TUNAI. 

Pencerahan isu ini boleh diberikan oleh Arul selaku Presiden 1MDB dengan segera. Tak perlu ditanya PAC pun. Boleh pakai twitter ke, sms ke, wassup ke, instagram ke atau atas kertas biasa ( kalau letterhead dah habis ) dan cop 1MDB secara resmi kemudian hantar ke media.

Itu pun payah juga nak buat ...... Kalau tanya JASA atau mereka yang pro 1MDB mesti dijawab - Tunggu Audit Tunggu Audit Tunggu Audit !

Tapi soalan di atas tu memang saya pelik ..... Kenapa MOF yang baru kena kencing ngan 1MDB boleh tolong hantar surat minta penangguhan bagi pihak 1MDB ?

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2015 at 10:30 AM

semua bende ni adalah preview. PAC hanya akan menjadi a farce. selepas ni penangguhan dan segala perkara pelik akan berlaku. kita akan dipaksa menelan semua hasil siasatan pac yg meragukan sebbagai kebenaran. najib akan mendabik dada walaupn byk keganjilan berlaku dlm siasatan pac bahawa semuanya dijlnkan dgn telus dan dia tidak menyembunyikan apa2.

perlahan2 kita sedang dibrainwash bahawa hasil siasatan pac sudah pasti akan menunjukkan kebenaran. tp benarkah? wajibkah kita terima hasil siasatan pac ? tiada tempering berlaku mcm penangguhan di atas? kenapa tidak diambil saranan outsyed the box. mcm mana pn arul kanda dan shahrul seharusnya menjadi saksi pertama yg dipanggil kemudian baru saksi2 lain. mereka harus dilayan sebagai suspect. kalau boleh rampas saja passport.

kenapa ada dua set undang2 di malaysia. sekiranya suspect curi kes biasa mereka ditahan di soal siasat. bila vip dituduh mencuri boleh berlenggang ke luar negara malah boleh menyuruh mof menghantar surat bagi pihak mereka.

kenapa wujud pac utk menyiasat 1mbd? bknkah kita mahu siasat possibility jenayah berlaku maka siapa arul kanda dan shahrul di mata undang2 kini?

jadi soalan sebenarnya kita patut jwb adalah sekiranya pac berkata tiada apa2 ganjil dlm operasi 1mbd adakah kita sbg rakyat msia akan menerima bulat2?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2015 at 10:40 AM

selagi najib pembo'ong pm, maka wayang tinggi tahap 42 bilyun akan sentiasa putar lagi putar lagi duit besaq duit besaq putar lagiiiii.....I Malaysia dijul borong mof pac ag semua penipuan pembo'ongan blaka...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2015 at 10:44 AM

Di Malaysia,undang2 kalau berkait dengan orang politik semua boleh!!!!dah mcm negara cowboy!!!!....untuk makluman anda semua komen ini dibuat dari planet marikh!!!sekian terima kasih

....................
Reply To This Comment ...................
May 26, 2015 at 10:59 AM

Pelik ler...Kenapa MOF yg keluarkan surat pengangguhan,, Ni slah guna kuasa....Sepatutnya surat dari pejabat 1mdb atau dari tuan punya diri....PRU14 tumbang.......Najib akan didakwa atas salah guna kuasa dan penyelewengan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2015 at 11:03 AM

Patut lah si Ah Jib Gor the Bugis Liar kata tunggu keputusan audit sebab dia tahu IT will take forever to complete. Kita jangan lupa si pembangkang Anwar Ibrahim dengan team lawyer nya pun berjaya tangguh bertahun tahun dan lebih dari 74 kali kes liwat dia.

Si Ah Jib Gor ini pulak ada SATU kabinet kerajaan dan 100% sokongan solidarity UMNO untuk tolong cari alasan útk cover 'fiasco'1MDB ni.

Saya juga hairan mengapa sebuah organization yang BESAR dan yang BERNILAI $50 BILLION tidak mempunyai UPDATE information dan data to keep track of financial status and cashflow. I think dengan mereka punya status they should be able to have a sophisticate M.I.S computer system with internet connectivity . Tapi JANGAN hairan nanti lah kalau segala info mereka yang di simpan dalam LAPTOP computer sudah ÇRASH .

Lagi pun MOF tu bukan kah bahawa portfolio Ah Jib Gor the bugis Liar,pandai dia berwayang kulit,depan kita dia kata ''No stone will be left unturn' and the public will hear of the truth TAPI belakang kita dia bagi surat yang mengata Arul dan Shahrol SIBUK dan tak ada masa to attend.

I think the WHOLE country is being TAKEN for a ride.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2015 at 11:05 AM

Sdra Din,

1. Memang pelik tapi benar. Orang yang memalukan MOF tersangatlah baik hati mereka

2. Saya deviate sikit.....apakah ada kaitan 1MDB, pembelian GOBI coal di mongolia (USD60 juta) menerusi SRC dan kes pembunuhan altantuya???

Wallhuaklam










....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2015 at 11:06 AM

habis jahanam dah kerajaan Malaysia!

Rakyat kampong tahu tak masalah ni? atau mereka bakal mengundi umno/bn lagi pada pru14 nanti? kerana kita semua tahu najib ada stategi. apakah strategi najib ini Berjaya juga membuat rakyat lupa?
Nampak gaya gst pun rakyat sudah tak berkokok riuh lagi sekarang.
berita Tv 123456789 10 tak sudah2 siarkan najib baik.
Akhbar berita, utusex dan lain lain, muka depan mesti cerita najib baik.
Blogers upahan tak ketinggalan..

Nampak gayanya, najib jugak yang menang.
boring!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2015 at 11:45 AM

dah tak cakap apa .. semua dah jelas. najib letak sila letak jawatan, semua yang berkait dengan pengurusan 1mdb ni dipecat disiasat oleh polis dan dihumban dalam penjara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2015 at 11:55 AM

Ini menunjukkan MOF dan 1MDB adalah rakan sejenayah (accomplish). Full stop !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2015 at 12:40 PM

Pusing2 ikut mana pun akan balik pada org sama. Menteri kewangan, perdana menteri dan pengerusi 1mdb kan sama? Najib jawab bagi pihak ah jib berdasarkan maklumat dari suami Kak Ros...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2015 at 12:49 PM

@FZL Resources

adakah mof menghantar surat pada pac dilihat seperti memberi tekanan pada pac supaya membiarkan shahrul dan arul terlepas dr disoal terlebih dahalu?

ini adalah salah guna kuasa dr pihak mof sedangkan mof jga turut disiasat.

apa yg telus? dh nampak campur tgn mof. kalau pm sebagai menteri kewangan maka ini adalah campur tgn pm dlm siasatan.

maka apa kredibiliti siasatan pac kalau semua menurut kemahuan pm? maka pm akan keluar bersih walaupn ekor bergelumang dgn tahi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2015 at 12:53 PM

Berapa billion 1mdb nak? Nak bayar hutang? Cakap aje... Saya boleh tandatangan....PM Najib

Tetapi;

Saya tidak tahu apa2 tentang pengurusan, perancangan....itu saya serahkan kepada 1mdb...PM Najib (cuci tangan)

Rakyat pula bertanya?

Huhhh?

....................
Reply To This Comment ...................
May 26, 2015 at 1:08 PM

Diorg tgh bincang storyline tu.. sbb tu mof tangguh.. klu dh sepakat baru pergi. Pergi kosong mmg cari kena bodoh dgn pac.
Najib diorg panggil tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2015 at 1:21 PM

kertas kat 1MDB dah habis sbb simpan dalam bank. tu yg MOF hantar surat dulu minta tangguh sbb 2 orang pegawai atas 1MDB pi cari kertas untuk menjawab soalan. kertas soalan, kertas jawapan, duit kertas... Tunggu Audit.. Tunggu Audit..

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 26, 2015 at 1:26 PM

Assalammualaikum wmt,
Bila Kementerian Kewangan yg memberikan jawapan bagi pihak 1MDB, tentulah ianya dibuat atas arahan. Arahan siapa lagi kalau bukan arahan Menteri Kewangan? Siapa yg jadi Menteri Kewangan Malaysia?
Pi mai, pi mai, tang jugak.
Pusing kot mana pun segalanya adalah urusan PM Najib.
Semua yg bersangkut-paut dgn urusan PAC tunggu Najib kembali dari Jepun.
Di Jepun tak mustahil Najib minta bantuan Doremon gunakan 'bag ajaib'nya untuk wujudkan ringgit atau USD yg dipertikaikan - sekejap wang tunai, sekejap aset.....
Semakin hari semakin terserlah kongkalikong pihak terbabit 1MDB.

Sesungguhnya apa yg terjadi ini sangat memalukan rakyat negara bernama Malaysia. Setelah sekian lama nama baik negara ini harum semerbak seantero dunia, tetiba kerana 1MDB ianya jadi busuk, hanyir dan hapak.

Apakah semua ini terjadi kerana nasihat para 'penasihat luar' (kaum kuffar) yg diimport khas untuk menyemarakkan imej PM Najib dimata dunia dan dimata rakyat?
Itulah akibatnya apabila tak mampu tadbir negara dgn idea dan usaha sendiri. Yg Najib dan keluarganya tahu hanyalah 'cash is king'.

....................
Reply To This Comment ...................
Pok jib ngok
May 26, 2015 at 1:31 PM

Arahan dari atas: buat tak tau sampai suma orang lupa. Cth: banyak sngt cth. Tapi kalau perasan, yang lekat paling kuat satu je. KANGKUNG. lain suma mcm daun keladi. Najib buat dono je isu kena main 2-3 minggu pastu hilang sbb dia buat benda bodoh baru. Sadis

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2015 at 1:52 PM

sudah terang lagi bersuluh ...abg din

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2015 at 1:55 PM

kenapa nak kecoh sangat pasal mof hantar surat bagi pihak 1mdb. benda kecil jer tu. tu semua nak burukkan pm kita. 1mdb kan anak buah mof, pengerusinya menteri kewangan, jika anak buah tak boleh datang, big boss la kena bagi tau pac. pengerusi pac mesti kecut telur bila tengok mof yang tanda tangan surat tu. jadi pengerusi pac pun sebab pm yang lantik. bab kencing ni pun perkara kecil. pengerusi 1mdb kencing kat menteri kewangan. kira ek eleh. pac terima surat tak hadir pengarah 1mdb, kira ok juga. tapi macam ku li cakap, timbalan perdana menteri cakap pun tak laku, apa cer? timbalan cakap pecat, tapi ada mangkuk bawah lutut cakap tak perlu, apa cer? timbalan cakap kat pm, pecat bod 1mdb, pm kata tunggu audit, tunggu aje la. timbalan pun tarak apa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2015 at 6:30 PM

Senang citer ikut flow dari 1 hingga 4...


1 : PM salahkan Menteri Kewangan
2 : Menteri Kewangan salahkan Pengerusi 1MDB
3 : Pengerusi 1MDB salahkan PM
4 : Balik semula ke No.1

Pusing-pusing 1 - 4 sehinggalah ke PRU-14....
Semasa PRU, rakyat pulak yang pecat PM, BN dan UMNO sekaligus...habis cerita....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2015 at 7:01 AM

Rakyat tunggu arahan Muhyidin utk turunkan Najib

Post a Comment