........... Mereka Yang Pertahankan Najib lah Yang Sekapal Dengan Pembangkang ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mereka Yang Pertahankan Najib lah Yang Sekapal Dengan Pembangkang !

Thursday, May 21, 201534comments



Kita sering baca tajuk2 artikel yang bunyinya ada menyebut " ...Pertelingkahan Tun Mahathir Dan Najib .... " samada artikel yang mengulas kritikan Tun atau artikel mengenai komen orang tertentu yang cuba mahu damaikan kedua pemimpin itu. 

Sehingga hari ini pun ada yang masih menggunakan tajuk seperti itu  ..... 

Saya biasanya tak baca pun artikel itu tulis apa, tak perlu sebab dari tajuk pun kita dah boleh tahu ianya satu usaha halus mahu menanamkan persepsi bahawa kritikan Tun bersifat peribadi.

Begitu juga ayat2 yang menyeru supaya Najib dan Tun berdamai demi penyatuan bangsa, demi penyatuan parti bla bla bla yang banyak kita baca dalam dunia watsup...

Nak berdamai apanya ? ?

Tun Mahathir bersuara bukan mewakili dirinya, Tun bukannya punya niat peribadi disebalik tuntutannya supaya Najib bersara, Tun bukannya kecewa kerana permintaannya tidak dipenuhi. 

Kerana mahu melihat Umno bersatu dan menjadi kuat semula lah maka Tun bersuara....

Kerana mahu mengembalikan perpaduan dan maruah bangsa lah maka Tun bersuara .....

Kerana tidak mahu melihat bangsa Melayu hancur lah maka Tun bersuara ......

Kerana kesiankan Najiblah maka Tun bersuara dan meminta Najib bersara !

Kerana jika dibiarkan Najib dengan caranya sekarang .... alamat BN akan bungkus PRU14 dan semuanya hancur .... 

Najib has to go ! Najib sudah menjadi liabiliti kepada Umno dan bangsa !  Itulah yang sering diluahkan oleh Tun Mahathir sejak akhir2 ini. 

So ..... apa yang mahu di damaikan antara Tun Mahathir dengan Najib ? 

Supaya Tun Mahathir diam dan bersama2 membantu Najib mengukuhkan Umno ? Bukankah Tun dah cakap yang Najib harus bersara jika Umno BN mahu punya peluang menang PRU14 ?

Makanya janganlah kita terpedaya dengan cakap2 manis pro Najib yang kononnya mahu berdamai demi perpaduan, demi kekuatan  bla bla bla.... 

Jawab saja kepada mereka ini - Demi perpaduan dan kekuatan lah makanya Najib harus bersara !

Jika mereka benar mahukan yang baik buat Umno dan Melayu, maka bersatulah dalam usaha meminta Najib supaya bersara.


                                                ***************************

Satu lagi cara licik pro Najib adalah dengan menyamakan usaha Tun Mahathir dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang, terutamanya Rafizi dan Tony Phua. Kebetulan mereka berdua terlebih dahulu memainkan isu 1MDB cuma usaha mereka tidak menarik perhatian rakyat pun sehinggalah Tun Mahathir sendiri bersuara.

Ya, tampak suara pembangkang sama dengan suara Tun Mahathir. Macam sekapal jer ..... tapi ada satu perbezaan besar dipenghujungnya. Iaitu tujuan utama kritikan.

" Kita turunkan kerajaan BN, kerajaan tak boleh dipercayai lagi "


Begitulah laungan Tony Phua di satu ceramah di Serdang mengenai 1MDB yang turut disertai oleh Rafizi semalam.


Laungan itu ternyata berlawanan dengan niat Tun Mahathir yang mahu Pertahankan Kerajaan BN !

Kritikan terhadap 1MDB mungkin sama tapi tujuan utama disebalik kritikan itu yang beza.

Apa yang kita lihat, mereka yang masih mempertahankan Najib lah yang sebenarnya sekapal dengan pembangkang. Kerana sekiranya Najib berjaya dikekalkan sehingga PRU14, bermakna mereka lah yang memastikan Umno BN tewas.

Selagi Najib di atas, selagi itulah Umno dan BN terus lemah... dan terus menjadi bahan ketawa dan sindiran rakyat. Tidak pernah berlaku sebelum ini PM dan isteri menjadi bahan lawak rakyat dengan begitu berleluasa sekali. Dan kita mengharapkan pengundi memilih parti yang pelawak ini ketuai untuk jadi kerajaan ? ?

Saya akui bukan mudah untuk mempengaruhi sesiapa pun kalau sudah punya pendirian sendiri. Ini terpakai baik kepada pro Tun mahupun pro Najib. Sukar untuk dicari satu titik pertemuan. Kedua2 pihak mahukan yang terbaik buat Umno dan Bangsa cuma caranya yang bukan saja berbeza tapi berlawanan.

Makanya adalah perlu ditemukan kedua Tun Mahathir dan Najib di atas satu pentas yang sama. Tujuan bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi demi mencari kebenaran.

Satu lagi, ini bukan lagi isu Umno semata2 tapi isu bangsa dan negara.

Share this article :

+ comments + 34 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 2:19 PM

Memang macam hampeh!, Yang TV3 tak jemu-jemu siar komen pembangkang nak katakan apa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 2:25 PM

Pembangkang lbh suka najib dikekalkan.

....................
Reply To This Comment ...................
May 21, 2015 at 2:28 PM

Semakin banyak persamaan situasi yang berlaku ketika era zaman kejatuhan Pak Lah dan situasi DS Najib sekarang.Watak akhir yang muncul ialah Tan Sri Muhyiddin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 2:36 PM

Mantap !!

Pro Najib sila buka minda korang suma. Kora g dah sebijik jadi macam pembangkang lol..

Sampai dah tak tau mana intan mana kaca.

kalau korang (pro najib + pembangkang) je yang nak tanggung hutang 42beliyon tu tak pe jugak..

So bukak minda ok..jgn main bangsat macam barua inggeris zaman penjajah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 3:10 PM

salam,
sekarang mereka panggil orang yg tak setuju dengan ahjibgor si kitul. yg sebut sikitul tdm dulu. masa tdm tulis surat kat tar, tdm tak ada jawatan pun sehingga dipecat. masa tun lah pun begitu juga, tak ada jawatan dan kepentingan. masa ahjibgor pun tak ada juga kepentingan. kalu ada kepentingan anaknya, tdm buat tak tahu ajer kerana kerjaya politik dan bisness anaknya. kalu ada kepentingan, dah lama gaji pm kita tinggi maka saya setuju dengan bro dt bahawa penyokong ahjibgor lebih kepada pembangkang dan inginkan bn tewas di masa hadapan. mereka lihat individu daripada lihat keseluruhan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 3:17 PM

Najib tak turun PRU 14, aku boikot.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
May 21, 2015 at 3:35 PM

Besar bezanya pro-Najib berbanding pro-UMNO. Pro-UMNO mengutamakan parti dan jutaan ahlinya, mengagongkan Islam, bangsa Melayu dan tanah air.

Pro-Najib, air kencing Najib pon mereka anggap suci.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 3:41 PM

Najib adalah pembangkang sebenarnya sbb tu dia create Pemandu, Talentcorp, NUCC, Moderate movement dan sbgnya yg penuh dengan penyokong pembangkang. Dia juga yg bawa suara Dap mansuh ISA.

Jadi najib tu sebenarnya talibarut pembangkang sama dgn cybertroopernya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 4:03 PM

Sebenarnya ini angkara rosmah....tapi salah najib gak...takut bini...puiiii

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 4:16 PM

Ada betul juga pro m. Elok pm ganti orang lain betulkan apa yang tak puas hati.

....................
Reply To This Comment ...................
May 21, 2015 at 4:38 PM

Saya sokong sepenuh jiwa-raga dengan pendapat Abang Din.

Najib mesti bersara serta-merta untuk memulihkan UMNO dan BN. PM yang baru mesti ganti Menteri Kabinet baru yang 'bersih' dari skandal. Buang semua Punahsihats, lebih-lebih lagi yang Omputih. Mansuhkan Pemandu dan Talent Corpse.

....................
Reply To This Comment ...................
May 21, 2015 at 5:13 PM

He..he..

Kerajaan bayangan Dap dan boleh sahaja jadi realiti ! Undi lah PR ! Kerajaan bayangan PKR dan PAS tidak payah tengok lah... masuk angin keluar asap sahaja ! Setakat ini kita tahu siapa yang berkuasa. Untung lah siapa menyokong mereka...

Maka rugi lah kita DT. Ada PM, beliau tidak percaya kepada kita. Dia sayang Melayu tetapi di suruh duduk barisan belakang ! Walhal dia tahu sangat majoriti Melayu pada kadar 69% sekarang ! Betul atau tidak, aku tiada statistik kependudukan. Jika betul, jadikan terus 85% dengan kawalan ekonomi berwajah ! Ok ke ? Aah jiran kita Indonesia boleh sahaja buat cara 'konsisten.' Mereka kata bom perahu nelayan penceroboh, mereka lakukan. Jokowi kata gantung pengedar dadah, mereka gantung walau satu dunia bantah !

Mana hendak tinggal lepas PRU 14 ini ? He..he.. balik kampung asah parang ke DT ? Anak2 Melayu parang pun mereka tidak kenal. Boleh "survive" ke dalam hutan bila kena hambat nanti?

Pengajaran nya :- Waktu dan ketika ini, masa depan Melayu itu tidak keharuan. Yang jauh tidak di dekatkan. Yang dekat tidak pula di beri kasih sayang (1 juta oghang gomen + 3 juta ahli Umno) Yang jauh hati tetap hilang pedoman tanpa di beri panduan gps jalan pulang. Yang duduk atas pagar? Ontah lah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 5:20 PM

Berdamai demi penyatuan bangsa Melayu??

Bersatu atas apa? Bersatu supaya lanun bugis boleh terus merompak?

Memang merepek la diorang ni....

Cuba kalau korang tengok ada perompak (perompak tu bangsa Melayu or Bugis) tengah merompak atau perogol tengah nak rogol lepas tu korang pun bising nak menghentikan perbuatan merompak or merogol tersebut...kemudian perogol dan perompak tu cakap (or jemuan jemuan mereka) jangan bising bising...jangan kritik....kita berdamai...jangan gaduh gaduh!!!!

@#%^%&*9!!! (ayat censored)

....................
Reply To This Comment ...................
May 21, 2015 at 6:24 PM

Cuba tanya aset apa yg disimpan dkt singapore?... tentu mengejutkan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 6:34 PM

Mereka semuanya lebih pentingkan RM dari segalanya. Mereka peduli apa kalau negara lingkup. Yang penting mereka akan spin kebenaran hingga menampakkan kesalahan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 7:19 PM

Bro din, aku dh buat conclusion, dlm waktu sblm pru14, najib mesti berundur - secara terhormat. Semuanya atas isu kebertanggungjawapan terhdp krisis 1mdb yg semakin meggelegak. Namun dlm keadaan sama, serangan kpd najib perlu difikirkan formula baru sbb ramai juga yg syg kpd najib. Isu 1mdb sebenarnya sedikit sebanyak memecahbelahkan umno. Group tun vs group najib. Utk lebih berhemah demi kebaikan majoriti melayu, umno kena kuat, dgn bertindak secara teratur dan tidak sembrono.

....................
Reply To This Comment ...................
May 21, 2015 at 7:37 PM

Saya sependapat dgn Melayu Kampung kerana negara kita perlu seorang pemimpin yg cekal, berani, berprinsip mengutamakan Islam, Melayu & negara... bukan slogan 1Malaysia yg dicedok dari akidah jahanam PAP/DAP Malaysian Malaysia. Tambah lagi, bagi mereka (khususnya Najib) yg bersekutu dgn budak suruhan Zionis Yahudi/Dajal (USA, UK dan Little Israel Spork), mereka adalah pengkhianat & musuh bangsa kita dan oleh itu tidak layak jadi pemimpin kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 7:50 PM

Bro din,
Satu cara untuk menjatuhkan najib adalah dengan menjadikan kerajaan bertanggungjawab perlu dihadap ke mahkamah. Mungkin tak boleh? Tapi aku pasti kita boleh hadapkan kabinet dan mp bn yang gagal memantau najib dan urus tadbir negara sehingga 1mdb ni berhutang 42beliyon dan dijamin oleh kerajaan hutangnya. Dengan ini mereka perlu jatuhkan najib sebelum mereka sendiri kena. Bolehke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 8:38 PM

kurang tepat, jika betul takan tony dan rafizi masih menbangkitkan isu jet,PFI, SRC. yang mempunyai pinjaman yang banyak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 8:50 PM

bila umno kuat, yang untung orang atasan umno saja.cuba tengok ketua cawangan sudah cukup.hidup mewah, rumah besar,kereta canggih.
orang melayu biasa miskin hidup susah juga

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 8:57 PM

Penyelesaiannya mudah sahaja ... pastikan 1mdb dapat membayar hutang tanpa menjual asetnya kepada mana-mana organisasi atau syarikat sama adalah glc ataupun swasta.
kaedahnya mudah sahaja ... 1mdb mempunyai banyak aset berbentuk hartanah ... majukanlah aset tersebut ... pastikan ianya diusahakan dengan produk berjaya maju.

produk pertanian seperti rock melon mempunyai potensi untuk memberi keuntungan yang lumayan berbanding kang kung yang tiada harga. 1mdb patut usahakan tanah tersebut dengan menanam rock melon. bayangkan tidak sampai 1 ekar rock melon yang di tanam oleh kak ros mampu memberi keuntungan sehingga rm 1 juta ringgit setiap musim tanaman itu dituai. tak percaya ... tanyalah ah jib gong yang dengan bangganya memberi tahu dunia bahawa isterinya kak ros adalah pengusaha rock melon yang berjaya dan telah mendapat pulangan yang lumayan hasil usahanya itu.

persoalannya ... jika kaedah itu begitu mudah mengapa ianya tidak diusahakan ...

lu fikirkanlah sendiri apabila si blurr bercakap semuanya boleh menjadi kelabu ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 9:19 PM

Punyalah bahaya najib ni, lim kit siang pun sanggup nk bdamai asalkan najib jatuh. Tau kenapa? Sebab si najib ni menjahanamkan terus malaysia. Pak lah dulu bodoh2 dia, dia takde sampai mcmni punya dasyat. Najib ni sampai orang yg beruntung kalau dia jatuh nnt pun takut. Sbb bila najib jatuh, malaysia habis jahanam. Duit semua habis dia kejakan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 9:49 PM

Bro Din,

From the comments above and from your article, here is my humble opinion.

From your article, i disagree from what you are saying. Baca tajuk sahaja dah tau isi macam mana. This is to confirm, most Malaysian like to read the headline only. Sebab itu terdapat surat khabar yang letak tajuk yang sangat panas semata2 untuk memanggil pembaca untuk membeli. Tapi bila dibaca, tiadalah isi.

Sama juga bagi saya, if i am looking at your headline only, straight away i will JUMP TO CONCLUSION (which i rarely do) that this article is about Najib bashing and he has to quit (betul ke??).

If you want to comment, read first and know what the content presented.

Then its up to you how you analyse the subject stated. Kita boleh tidak bersetuju dengan article itu, but you dont have to whack people that are not in the same shoe with you (which many Malaysian like to maki hamun if we are not sependapat dengan mereka).

From the comments above, we should not involve Najib family and etc. Kita kritik kelemahan beliau dan masa yang sama kita bagi pendapat dan cadangan untuk membaiki kelemahan itu. Bukannya kritik tak tentu hala macam orang gila (mesti ramai marah saya nanti).

Tak kira pembangkang or Najib (Tun M include), politician will always be politician, you know what i mean.

By the way, next issue, whacking RMK11 maybe?

Cheers

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
May 21, 2015 at 10:08 PM

@AnonymousMan ah, no need to read tajuk la... u see dinturtle u know already its Najib bashing la !

Btw, we gone past the line already. Its decided already Najib has to go.

the family is very much involved unless najib can explain the pusaka part which is so ludicrous

rmk11 ? Not interested.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 11:40 PM

@Anonymous

This is a comment from reading man but not "thinking man".

Everyone in here dah bagi macam macam pendapat nun tiga tahun dulu lagi....ada Najib dengar?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 12:28 AM

DS Najib perlu bertanggungjawab di atas apa yg berlaku. Sungguh menyedihkan dan off course tidak boleh diterima sama sekali. Jalan paling suci jika DS Najib masih lagi mempunyai harga diri adalah dengan cara melepaskan jawatan sbg perdana menteri dan presiden parti. Bagi semua blogger pencacai bn/umno, saya ucapkan takziah kerana kesetiaan membuta tuli anda semua telah berjaya meletakkan diri anda setaraf dengan pak pandir moden....
Hi Hi Bye Bye DS Najib. Mungkin Malaysia akan bertambah makmur tanpa DS sbg Perdana Menteri Malaysia. Amiin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 3:21 AM

Can you see the similarity between Najib and Bill Clinton?

Clinton declared he did not really have SXX with Monica Lewinsky.
He's impeached and all Worms come out and play when the Pandora box is opened!

Najib said the first time around its cash in BSI.
3 Months later tried to correct his LIE saying its not CASH after all!

What is the chances to impeach Najib for lying in parliament. What if the now 'Liquid Assets' on paper is in real term value not as stated upon evaluation?

Then go to parliament and say one more time its ie the Assets being devalued hence, the amount is incorrect.

Harap tidak jadi sejarah HITAM Malaysia bilamana kita sudah ada bekas TPM yang dijel akibat sodomy diikuti dengan bekas PM yang masuk kedalam kerana tidak berkata benar mengakibatkan porak-peranda tahap seious!

Man, this ikan bugis dah terlalu busuk dah untuk diselamatkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 9:10 AM

yang pro najib dah mula membawa penyakit pembangkang ke dalam UMNO. Pembangkang mati mati pun tak percaya Anwar itu agen yahudi dan Amerika, Tak percaya LKS itu rasis komunis, tak percaya LGE itu agen Kristian Evangelist, tak percaya Azmin tu...huhuhu..
Penyakit sama seperti pembangkang yang akan hancurkan kuasa melayu mesti kita lawan juga dan sedarkan mereka. Saudara melayu kita ni kita mesti ingatkan dan sedarkan!

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2015 at 1:10 PM

A Reading Man but unable to absorb & digest what he read (perhaps reading too much of junky stuff made his brain become junky).

Sorry dude... your flip-flop, ambiguity, and haywire mind clearly speak your true self of what kind of specie you belong to. As the proverb says 'Silence is Golden', it goes without saying... SHUT UP....!!!! Got it...??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 7:32 PM

Bro,

Tun nampak ape yang x kite marhain umno x nampak. Pru lepas,perak,teganu,n9,kedah hampir kalah. Pahang dan johor pembangkang dah tembus.

Dengan berbagai2 isu khas pasal pm jer,dapat ker kite retain balik negeri ni. Pengundi atas pagar memang x nampak umno sekarang. Pengundi baru lagi la,tengok muke dan suare pm dan istri terus paling muke.pengundi tua yg dari mude sokong bn banyak dah tiada.

Mase tu setakat duk harap undi penjilat piem pun x cukup

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 23, 2015 at 4:46 PM

Bro Othaman,

Chill. Not need to shout and raising your voice (due to huruf besar). If not, you are same as the orang agama (saya tak sebut Islam, sebab Islam ajar kita debat cara baik). When we are not on the same page with orang agama, then they will shout and call you all sirt of name.

So Bro Othaman, lets be moderate about this. Its the same thing if we kick Najib and appoint Muhyiddin. We should focus on Umno its self. Its full of corrupt people (bukan semua). Me myself thinking Umno is all about money.

You have money, then you can be on top of the hierarchy. Its not i am support Najib or i hate Tun M. But from past drama, we all know what going to happen.

I have previously comment about this. So feel free to find it your self. We are nit the 3rd world anymore. We can debate in a good manner.

Am i right Bro Din? Like i said previously, politician will always be politician, always have their own agenda. Be careful. Mungkin kita nak lari dari harimau, tapi kita masuk mulut buaya pulak.

Cheers

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
May 25, 2015 at 1:38 AM

Reading man..
.
I take big exception over your statement, "politician will always be politician'. Please explain to that.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2015 at 12:54 PM

Othaman,

Bro, dont bluff laa. Come on man. Its not like you know politics like yesterday. I bet you already know how politics works.

If you have money, you will rule over other people. If you want to win vote, tabur janji banyak-banyak. Janji macam kalau parti beliau menang, beliau akan membina jambatan ke bulan (sarkastik sahaja, jangan percaya pulak).

Like what pakatoon did. They promised everything, but how many yang ditunaikan. Once they get your vote, then mereka akan lesap macam lipas.

I remember one pas rep in selangor, he said and promised, if PR win in selangor, they will close down that green kilang arak. But until now, its still there producing arak.

He said just letak rantai and mangga. Simple as that. Shit, if simple why dont he do it.

You cant trust politician (Tun M included). Semua ada agenda. But bukan semua lah kan.

Bro, you are so naive not knowing about politician. Kipidap! And please - DO A LOT OF READING.

Cheers.

The Reading Man

Post a Comment