........... Kerajaan Tak Cukup Duit ? Dakwaan Melampau AKadirJasin ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kerajaan Tak Cukup Duit ? Dakwaan Melampau AKadirJasin !

Tuesday, May 5, 201530comments



Wallahuaklam betul atau tidak, tapi seorang pegawai atasan kepada seorang menteri kanan memberitahu saya semua kementerian, jabatan dan agensi dikenakan potongan bagi tahun 2015 yang berjumlah RM2 bilion “bagi membiayai pemulihan banjir” yang berlaku akhir tahun lalu.


Apabila hal sebegini berlaku, kita tidak dapat lari daripada bertanya apakah Perbendaharaan kekurangan wang atau lebih teruk, kehabisan wang?


Apa yang terjadi dengan peruntukan kecemasan (contigency) atau apakah di bawah Mohd Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan peruntukan seperti itu tidak disediakan?


Atau adakah peruntukan itu sudah habis dibelanjakan untuk tujuan-tujuan lain seperti memberi pinjaman kecemasan RM950 juta kepada 1MDB Mac lalu?


Di atas adalah petikan dari blog AKadirJasin .... Kerajaan tak cukup duit ? MUSTAHIL ! 

Kadir Jasin sendiri seperti dalam konflik percanggahan apabila cuba memberikan gambaran negatif itu sebab di perenggan akhir di atas, beliau memberikan contoh bagaimana kerajaan telah memberikan Standby Credit hampir RM1 billion kepada 1MDB.

Nah, mana mungkin kerajaan tak cukup duit ? ! Kalau tak cukup duit kenapa dengan begitu senang menghulurkan bantuan kepada 1MDB ? Nilai bantuan pula hampir setengah dari apa yang didakwa sebagai jumlah yang mampu dijimatkan ( RM2 billion ) melalui tindakan pemotongan/penjimatan.

Apatah lagi antara Kementerian yang disebut mahu potong bajet itu adalah Kementerian Kesihatan -


Menteri Kesihatan, (Datuk Seri) Dr S. Subramaniam dilaporkan berkata peruntukan kementerian beliau tahun ini dipotong RM300 juta “akibat kejatuhan harga minyak di pasaran dunia”.

Saya tidak percaya ! Tidak mungkin kerajaan begitu bodoh mahu memotong bajet Kementerian Kesihatan sedangkan 1MDB pula dibantu 3 kali ganda nilai potongan itu.

Apakah keperluan 1MDB itu lebih penting dari menjaga 'kesihatan' rakyat ?

Mana ada kerajaan yang begitu kejam di dunia ini ? Melainkan keperluan 1MDB itu lebih mendesak ..... 

Makanya saya harap dakwaan Kadir Jasin itu tidak benar. Sukar hendak dipercayai .

TAPI ..... kalau dibuatnya benar ..... hmmmm .... saya rasa kerajaan kena tampil menjelaskan kenapa 1MDB didahulukan. Rakyat berhak tahu apa yang penting sangat pinjaman sebegitu besar diberikan kepada 1MDB dengan harga sebegitu tinggi ( pemotongan bajet Kementerian2 ).

Kalaupun tidak benar, saya percaya 1MDB masih perlu jelaskan juga kenapa disebalik dakwaan kejayaan syarikat sovereign debt fund itu, kerajaan terpaksa bail out juga hampir rm1 billion baru2 ini.

Takkan penjelasan itu pun nak kena tunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara ? Kalau di pihak 1MDB kena tunggu juga siasatan selesai, pihak kerajaan boleh tolong jawab, kan.... sebab pihak kerajaan tidak disiasat. Yang memohon bantuan adalah 1MDB sementara yang meluluskan bantuan adalah kerajaan. It takes two to tango ...

Apakah kewajarannya di pihak kerajaan untuk meluluskan pinjaman hampir RM1 billion kepada 1MDB baru2 ini ?

Oya, yang sebenar2nyalah, siapa di pihak kerajaan, kabinet atau kepimpinan Umno yang TAHU tentang 1MDB ni ?

Najib ? Saya rasa Najib tak tahu apa2 pun ..... selain mengulangi skrip lama yang sudah tersedia.

Share this article :

+ comments + 30 comments

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 5, 2015 at 1:06 PM

Assalammualaikum wmt,
Memang mana mungkin kerajaan tak cukup duit nak tadbir negara. Duit negara masih banyak dan hasil negara berganda-ganda banyaknya tahun demi tahun.
Kalau tak banyak duit masakan PM selalu umum bantuan sana sini dgn puluhan dan ratusan juta.
Bak kata kawan saya, "Kepimpinan Najib sangat perihatin dgn rakyat yg miskin dan susah. Terutamanya kaum Melayu. Sumbangan PM Najib sangat banyak dan besar. Yg PM kita belum buat lagi ialah naik helikopter dan tabur duit untuk rakyat dikampung-kampung."
Wallahhu'alam.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2015 at 1:27 PM

Ada kebenarannya... turunlah bwh cuba tanya penjawat awam, tentera, polis malahan kontraktor yg selalu mengambil kontrak kerajaan... sekatan, pembatalan, mansuh dan
Penangguhan pemberian elaun malah perlaksanaan kontrak berlaku di negara skrg.. malah telah berlaku sejak 3,4 bulan lepas lagi... hanya golongan tertentu merasainya.. melarat ke rakyat.. kita tunggu saja waktunya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2015 at 1:44 PM

salam din penyu, sebahagian pengkritik tegar kerajaan hari ini adalah bekas bekas kakitangan kerajaan, ahli ahli politik dari parti kerajaan, atau mereka mereka yang tidak mendapat habuan semasa didalam kerajaan atau mereka yang telah menerima habuan besar dari kerajaan. contoh, anwar ibrahim, mat tyson, anak ghafar baba, rafizi kata mat saleh u just name them. kesimpulannya semua mereka ada kaitan dengan parti atau kerajaan. setelah kaya dan hidup mewah dan lupe diri. bila kehilangan kuasa dan harta hairan gak mereka mula menghentam kerajaan dan mengatakan rasuah, nepotisme dan bermacam macam lagi. tiada tujuan lain supaya rakyat yang bangang ni menyokong mereka supaya mereka dapat kembali untuk menjadi lintah semula. semasa mereka memimpin kita rakyat marhaen ini dilupakan. untuk memohon pinjaman pendidikan atau rumah terpaksa mengemis dengan mereka tetapi dengan bongkak kita dihalau. tetapi sekarang mula bercakap pasal ugama, bangsa, kesusahan rakyat. tetapi dulu tidak terlintas langsung untuk membantu, leka dengan mengumpul harta pink form, saham, projek projek kerajaan betul betul macam lintah. setelah kenyang jatuh meninggalkan luka dibetis kite. so din penyu beritahu mereka jangan bercakap pasal rasuah sedangkan mereka yang dahulu lagi teruk rasuah. jangan cakap pasal ugama kerana mereka sendiri awal awal telah menjual ugama. jangan bercakap pasal bangsa kerana mereka sendiri pun telah menjual bangsa. tiada keinsafan lansung semasa didalam kerajaan maupun setelah keluar dari kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
May 5, 2015 at 2:43 PM

..yg PM kita belum buat lagi ialah naik helikopter dan tabur duit untuk rakyat dikampung-kampung...kih2..

"Wallahhu'alam.....

....................
Reply To This Comment ...................
May 5, 2015 at 3:04 PM

Salaam.

Kepincangan akan terus terbuka satu persatu. Menidakkan hanyalah salah satu alasan. Kelemahan jelas......... hingga menjadi senda gurau rakyat. Yg paling utama perkara ni bukan baru berlaku.....umpama barah yg telah merebak.
Kerajaan hari ini tidak lagi d pandang sebagai kukuh memandangkan terpalit dgn pelbagai isu. Hingga kan dari yg kecil hinggalah isu2 yg membuat rakyat tampil meluahkan kemarahan secara terbuka.
Tetapi suara kita tak d dengar,tidak d ambil kisah malahan lebih teruk dari itu.
Kerajaan adalah satu badan yg mentadbir negara. Bila mana terlalu banyak isu yg tak d SELESAIKAN maka semakin bertambah keraguan rakyat.
Hakikatnya kerajaan itu d dokongi oleh seseorg yg d panggil pemimpin. Dan apabila pemimpin ini gagal ,maka hasil yg perolehi jua amat buruk.
Ingatlah.....bukan senang menjadi seorg PEMIMPIN. Terimalah hakikatnya.....anda telah GAGAL ! Jadi sila letak jawatan dan hadapi lah satu persatu perkara yg d tanya oleh rakyat. Ada bran ?

Thanks.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2015 at 3:11 PM

Apabila kerajaan tarik balik peruntukan bagi kementerian. Penjawat awam akan tertekan. Ada claim outstation tak blh byr. Claim kerja lebih masa tak boleh bayar. Langkah penjimatan aircond. Letrik semua kena ttup awal. Suruh penjawat awam kerja tungkus lumus. Ini akan rendah kan moral dan sokongan penjawat awam kepada kerajaan. Kwn2 penjawat awam banyak dah komplen. Peruntukan tahun ni dah di tarik. Dah la peruntukan yg dpt tak cukup. Di tarik balik lg. Harap YAB PM dan Kabinet nampak benda mcm ni. Jgn sampai penjawat awam pun hilang sokongan. Pengambilan baru dibeku. Tambah lg kemarahan penjawat awam apabila kerja bertimbun kena perah. Tp kemudahan makin kurang. Kesian tgok kwn2 kerja gomen.

....................
Reply To This Comment ...................
May 5, 2015 at 3:15 PM

@Anonymousya ke dok mu nih ? Ada sesiapa kerja gomen yg boleh sahkan atau cerita pengalaman sendiri ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2015 at 3:19 PM

@AnonymousSaya menyokong pandangan anon ni... memang betul seperti apa yang disebut tu. tapi dalam memperkatakan 1mdb dan tindakan2 kerajaan yang umopama orang yang bersalah, maka kita berdiri dibelakang TDM untuk mengembalikan ketelusan dan menentang kepimpinan yang ada seribu satu kelemahan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2015 at 3:25 PM

betul tuan blog....kenaikan gaji tahunan untuk bulan Januari 2015 masih belum dibayar dan akan diberikan pada bulan Jun 2015 nanti...sebelum nie tak pernah jadi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2015 at 3:38 PM

kenaikan gaji tahunan yang bermula bulan Januari memang biasanya dibayar pada bulan Julai setiap tahun.....ini adalah perkara biasa....bukan tahun ini sahaja....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2015 at 3:58 PM

Najib ke Singapore. Jangan tergadai lagi sudah....

....................
Reply To This Comment ...................
Malindo
May 5, 2015 at 4:01 PM

Saya melihat dari kejauhan(dari seberang sini,bumi garuda)Tanah air yang keadaan tak menentu,ntah yg mana benar dan yg mana salah.Tapi apa yg saya tahu,macam parah,ada petinggi negara atau parti dtg sini berborak dgn saya macam parah ibu pertiwi dan pemimpin.Kasihan bumi tercinta,kasihan rakyat kecil.Hendak dibiar tak sampai hati.kami diluar negara tak pernah minta dari sesiapa utk cari rezeki,tak perlu pertolongan org kuat malaysia utk dpt projek disini,tak terhutang budi,hanya kami bersyukur pada Allah.Tapi kalau rakyat susah,kami punya cara nak teriak agar didengar atau sekurang kurang sedar para petinggi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2015 at 4:04 PM

Betul la tu bro din. Pg la sembang dgn kwn2 penjawat awam. Berapa ramai yg marah. Dulu puak2 ni la dok backup kerajaan bila kita komplen. Skrg kita tak komplen. Depa sendiri plak yg komplen. Tu blum masuk elaun umah yg diaorg cakap patut panggil elaun bilik. Hehehee

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 5, 2015 at 5:24 PM

@Anonymous
Assalammualaikum wmt,
Mungkin PM nak bawak balik duit yg disimpan di negara pulau tu.
Nanti bila dia tunjukkan duit tu dlm TV terngangalah kekawan yg kutuk PM?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2015 at 5:41 PM

Sarawak report ckp pengambilan baru kakitangan dibekukan.

Pekerja swasta dan org korporat merungut LHDN sibuk korek citer lama suruh cari resit tiga tahun lepas bagai, mcm satu sen pun sgt2 penting skrg.

Tadi pi renew passport dah dipaksa terus buat 5 tahun (RM200), tak boleh lg 2 tahun (RM100).

Keadaan dah parah sangat nampak gayanya... nak sakau kwsp tak dpt. lagi janji macam2 pd Ketua Bahagian dan blongang. Pemandu dan konsultan tak boleh buang... tup2 pi Singapore. Cari duit ke mintak duit? Atau pi settle dgn bank pasal 1mdb?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2015 at 5:44 PM

Mmg betul...bnyk claimed2 yg lmbt bayar dan dipotong hampir 80%......compared to year 2014 below...everything was smooth....but...it is just temporary only...do not worry....our government still have a lot of money....do not worry..i repeat.....new intake govern servant still remain...you can check any govern website or SPA....

Info on you fingernail....read a lot as per ustaz kazim told permatang pauh yesterday dude....$$$$$€€€€££££¥¥¥¥????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2015 at 5:52 PM

Tu belum kira lagi kadar claim myk yg dh berapa lama tak semak. Rasa mcm dah lebih berbelas tahun. Dlm 7 tahun ni ja dh berapa kali harga myk naik. Cuepacs mmg tak fokus kadar claim ni sbb byk kena golongan p&p. Dah la golongan p&p kerja lebih masa tak layak overtime. Golongan p&p ni byk pegawai2 muda. Nk guna keta jabatan kena bg bos dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2015 at 9:32 PM

Ko ni betul betul kakitangan awam ke ni..ke ahmad maslan..main hentam ja..standard la bayar bulan 7..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2015 at 10:40 PM

@dinturtle

pasal claim, letrik, air-con takde pulak kedengaran dicatu skrg ni. Tp tutup lampu n air-cond ni mmg amalan yg dilakukan bertahun lama dah. Kerja mmg tak pernah habis, itu adat. ke kerja swasta rileks, tiada tekanan, happy go lucky sentiasa?

Pruntukan ditarik MMG BETUL 100%. mcm mana kerja nak gerak kalau duit tarak. sakit oooo.

Mana pengambilan baru tak beku, yg lama2 x mau berhenti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2015 at 10:43 PM

@Anonymous
samada kerajaan bantu atau tidak, tek pernah aku dgr cukup. tak kira la yg BN ke berkecuali ke.

penyokong PR jgn cakap la. menguuuutuk memanjang. kerja hampeh, claim cemerlang, ngeteh gemilang, goyang kaki terbilang

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
May 5, 2015 at 10:53 PM

1MDB untung besar kan. So tak betul la kerajaan tak ada duit. Aset je 52 billion. Petronas pon tak untung banyak tu tahun lepas. GST kutip 42 juta 1 hari. Ananda Krishnan pon masih ada. Bila-bila je boleh mintak duit sebilion dua.

Duit untuk bayar kakitangan kerajaan tak ada dalam agenda ETP, GTP dan sebagainya lagi. KPI pon tak ukur tentang bayar claim dan elaun. Jadi perkara ni tak penting. Najib pergi Kazakhstan pon anak menantu yang bayar dan kalau kita top-up harta peninggalan nenek moyangnya, satu sen pon duit kerajaan tak keluar.

Andai kata duit mula susut, Rosmah senang-senang je top-up guna duit rock melon. So, tak betul kalau kata kerajaan dah tak ada duit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 5, 2015 at 11:53 PM

Ckp menteri kesihatan mungkin blh percaya. Member yg keja kat tabung darah spital gomen mula merungut. Kalau standby tau on call x dibayar penuh. Klinik kesihatan IBU dan anak (KKIA) kalau sebelum ni fully subsidi tp mulai April 2015 dah ada caj RM singgit utk baby umur setahun ke atas dan bkn pegawai kerajaan. Bila tanya kaunter kenapa skarang kena bayar, dijawab kerajaan xdak duit kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2015 at 2:29 AM

Pasal tutup aircond tempat kerja I pun kena tutup awal 1 hour.
Maklum lah tarif untuk kilang kan tinggi.
On other matters, if government of the day do not have enough money that will be very scary.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2015 at 5:06 AM

teman risau dengan PM kita ni..dia bukan cerodik sangat sebab semua harapkan punahsihat konsetan. tambah kat singapork..tanah ktm dah lenyap. nanti ada lg yang tergadai sebab glamour punya pasal. PM patut terima kasih pada setiap rakyat yang bernafas di negara ini sebab siang malam kena bayar cukai pada kerajaan..

....................
Reply To This Comment ...................
tukang telek
May 6, 2015 at 1:38 PM

Najib klu tak blh handle serahlah pada yg lain. Pilihan raya semalam merosot setengah undi majoriti, itu kubu kuat bn. Tempat yg mana seribu dua ribu undi majoriti bn pada pru 14 akan datang alamat bungkuslah bn 'at the end'. Masa tu nanti melayu kena halau la dlm hutan. Yg pak menteri lari keluar negara duduk kondo mewah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2015 at 2:56 PM

ternampak banner solidariti Pee em dengan rakyat sabah di tawau nih..

solidariti lah sangat..

hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
May 6, 2015 at 3:57 PM

Dikhabarkan hasil kutipan GST je RM42 juta sehari

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2015 at 9:16 PM

Rompin...majoriti jatuh daripada 15ribu kepada 8ribu. Itu kawasan putih BN tu...

Kalau ajib dan geng umno dia masih perasan hebat...tunggu je tsunami rakyat. Buatlah solidariti byk mana pun..buang duit je

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 11:06 AM

@Anonymous

ya betul. kalau boleh tak mau bayar claim pegawai kerajaan langsung tapi yang menteri, ksn, pm tak abis2 suruh turun padang, turun padang. so mesej yang nak sampai apa? suruh pegawai buat keje turun padang guna duit sendri? pasal air con tak kena catu cuma Celsius dia tetap pada 24 darjah. hari biasa okla tapi sebab Malaysia dah makin panas kadang2 berpeluh jugak buat keje dalam opis. kalau kerajaan bijak skit baik bagi sorang pegawai atau satu area ikut square feet kipas berdiri. kalau tak pasang air cond pun takpe sebab angin mengalir. cuma kena keluar bajet lebih skit mula2 tapi untuk jangka panjang lagi kos efektif.

jentayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 11:09 AM

Assalamualaikum.....
Yang kita cakap pon tak guna.... Mana2 menteri ka wakil rakyat ka apa ka.... Semua macam kita jugaq ..semua pikiaq diri sendiri... Tunggu time nak undi baru nak wat itu ini... Raih undi macam orang miskin mintaq rakyat sokong... Depa semua wakil rakyat ja pon... Yang kuat ni kita rakyat yang ban gang ni.. Gila kuasa la tamaq haluba semua ada... Manusia mana ada yang sempurna... Tipu la kalau saya jadi wakil rakyat akan wat bersama rakyat... Padahal cari lubang harta untuk perot depa ja kot... Dah akhir zaman ni jangan dok kalot dengan dunia... Pikiaq nak wat ibadah untuk akhirat sama...

Akhir sekali... Jangan dok kondem parti... Patutnya kondem wakil rakyat kita yang jadi PEKERJA kita..
Pasai kita yang pilih depa...

Assalamualaikum..

Post a Comment