........... Kena GST Bising, Dapat BR1M Senyap - Ini Tidak Adil ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kena GST Bising, Dapat BR1M Senyap - Ini Tidak Adil !

Wednesday, May 20, 201527comments

Agak kelakar juga tajuk artikel Mkini ni -




“Kita harus memahami bukan hasrat kerajaan mahu susahkan rakyat, kita perkenalkan GST dengan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak RM300, malangnya bila dah dapat duit banyak yang senyap.

“Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan. Kita dah sedar ada sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M, pengurangan cukai pendapatan satu hingga tiga peratus, pengurangan cukai korporat dan sebagainya,”
- Mkini.


Hmmmm .... kali ni saya komen ringkas jer. Memanglah frust Najib bila benda yang padanya baik yang dibuat oleh kerajaan pimpinannya tidak mendapat reaksi sehangat bilamana kerajaan dikritik.

Apalagi bila pegangan nya adalah Cash IS King. Kenapa rakyat tak pandai nak ucap terimakasih bila diberi cash ? Ini Tidak Adil ! .... mungkin itu yang bermain di fikiran Najib.

Oya, ayat Najib di atas mengingatkan saya akan satu peristiwa yang menzahirkan sentimen yang sama dipihak Najib .... iaitu bilamana Najib rasa kecewa bila merasakan rakyat tak pandai nak hargai usaha kerajaan pimpinannya. 


Ini Tidak Adil !





Sama kan sentimen nya ?

Rasanya macam ada perkara yang saya boleh komen mengenai Najib sebagai seorang pemimpin yang mempunyai sentimen sebegitu .... tapi lupa pulak.

Apapun, kesian juga kat Najib, kan ...... 

PS - Sambungan artikel ini - klik Buat 1MDB Senyap2, Bila DiKritik Pandai Pula Bising !

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 12:44 AM

Mmg la rakyat bising. Bg brim bukan semua dapat. Rakyat yg pertengahan pun xdpt brim. Tp barang naik. Semua rakyat rasa. Mcm mna rakyat tak marah. Dh la barang naik. Hutang 1MDB kerajaan kena tanggung. GST rakyat kena bayar. Habis tu mcm mna rakyat tak marah. Yg pandai2 pg hutang byk2 buat apa. Klu takda 1MDB tu pun xde nya rakyat nk kebulur. Skrg tak pasal2 kerajaan kena tanggung hutang. Bila kerajaan tanggung hutang. Confirm peruntukan kerajaan kena agih jugak utk bayar hutang. Semua kutipan GST tak boleh salur ke rakyat. Cb ckp mcm mna rakyat tak marah?? Bila banjir tahun lps pun semua peruntukan kementerian pun kena tarik sikit. Ini lg la hutang 1MDB berbilion2. Confirm duit kerajaan kena agih utk bantu byr hutang. Ringgit pun jatuh. Harga barang naik. Ingat orang2 kaya tak marah kt kerajaan. Diaorg business byk urusan libatkan currency. Ringgit susut bg kesan kepada business. Rakyat marhaein pun marah. Sbb kena GST. Harga barang naik. BRIM boleh bantu apa sgt? Kesimpulannya miskin kaya semua marah. Pemimpin dlm UMNO nk sokong ikut suka hampa. Esok2 parti hampa jahanam padan muka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 1:06 AM

Simple je.. Setiap sen najib dapat itu adalah hasil dari rakyat, dia bukan wali keramat pun bila pegang daun jadi duit, pegang batu jadi emas. Kalau betul ikhlas, cer sebulan tak usik duit bersumberkan rakyat..? Mau pengsan kak mah..

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2015 at 1:20 AM

ya, mungkin niat kerajaan tidak mahu susahkan rakyat tapi kenyataannya ? On the ground ?
Najib patut cermin diri dan kaji kenapa jadi begitu .... bukan terus menerus nak salahkan rakyat konon tidak memahami hasrat kerajaan.

Apakah kerajaan tahu berapa ramai dari golongan pertengahan yang tersepit antara yang layak dengan tak layak ?

Mereka ini paling kecewa....

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2015 at 1:44 AM

Najib adalah pemimpin contoh yang tidak mahu belajar dari sejarah. Malah walau dah tau formula Paklah tu gagal, Najib masih lagi meneruskan semua yang Paklah buat. Adalah sedikit twist..

1. Islam Hadari jadi Islam moderate dengan konsep wasatiyahnya.
2. Landasan keretapi, jambatan bengkok masih lagi tak buat.
3. Memperlekeh negarawan berjasa Najib lagi hebat dari Paklah.
4. Budak tingkat 4 makin hebat sampai rosmah pun ada pejabat. Cuma masa paklah tak de penasihat british tapi la ni dah ada pulak.

Sayangnya formula yang berjaya langsung diketepikan. Patutnya sambung je kalau tak nak copy sebijik2 pun cara Tun.

Itupun masih lagi tak nampak.

Sekarang ni tak pasal2 brainchild 1mdb, ayam for u, dan sebagainya dah makan diri.

Perlu ke nak kesian dgn orang camni..

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2015 at 2:00 AM

Rakyat dapat BRIM diam, kena GST bising..

Najib Rosmah naik jet diam-diam, kena kritik sikit dah bising.

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2015 at 2:22 AM

Ular mati tinggalkan bisa.
Mahathir berbakti tinggalkan jasa.
Harimau mati tinggalkan belang.
Najib mati tinggalkan hutang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 3:38 AM

Aiiieeee!!! Penutup kata kat atas tu kesian kat najib, tapi ......... macamana pun saya tak kesian langsung kat najib. Padan muka dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 3:57 AM

cakap sama najib..
Masa nak bagi brim pukul canang bising sampai seluruh dunia tau, bagi berpilih pilih pulak.
Tetapi masa kenakan gst pada semua rakyat yang bernapas dan tanggug barang naik, najib tak pulak bising..kecut ada la..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 5:45 AM

Nape bg brim..lbh baik krajan bg dlm bentuk insuran hidup/nyawa/kesihatan yg hanya utk kemalangan kritikal pada setiap warganegara...setuju dok pok ding? MUO

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 6:15 AM

rakyat ke suruh bagi BR1M ??? TAK !!! rakyat suruh kurangkan kos hidup. Ko yang pandai pandai janji. sapa suruh. kang kata bangang kang marah.

dah lah GST naikan kos hidup pastu ngunkit pasal BR1M, mmg tak lama lagi najib ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 6:23 AM

Bagi dengan tangan kanan tapi pada masa yang sama ambil dengan tangan kiri....hi..hi..buruk siku..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 6:51 AM

Betul tu abg Din.. Yg terasa penangan perangai najib ni golongan pertengahan. Mau tak nya kos sara hidup meningkat dan banyak dari golongan ini tinggal di dalam atau pinggir bandar. Semua perlukan duit utk urusan seharian. Takda tanah nak bercucuk tanam atau boleh kayuh basikal kemana2

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
May 20, 2015 at 7:04 AM

wahai mr.pm..

Saya bukan penerima brim...saya tidak pernah marah melihat orang lain dapat brim..dah itu rezeki depa.

tetapi... mengapa saya dikenakan GST? Anda telah mengacau poket dan bajet saya...sebab itu saya marah!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 7:19 AM

cuba bayangkan pegawai kerajaan duduk dibandar pun mengeluh mengenai kos sara hidup apatah lagi yang peringkat bawahan....seperti kerani atau par!!kalau nak senaraikan permasalahan kerajaan,tak cukup ruang disini......tapi melihat kehidupan najib,rosmah and sons yang zuhud(ala2 umar abdul aziz gitu!!) membuat kami semua melupakan permasalahan kami!!!kami terima seadanya!!!!I love p.m!!!!1m4u!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 20, 2015 at 7:29 AM

Assalammualaikum wmt,
Aduhaiiiiiiiii! Malangnya maruah rakyat negara bertuah ini apabila dapat PM yg sering kecewa dgn apa yg dirancangnya. Bila Najib mengeluh atau merungut bagaikan mengungkit apa yg dibuatnya, maka ternyatalah PM kita itu tak berkemampuan mentadbir negara. Segala apa yg dilakukannya dirancang tanpa berfikiran jauh. Dia sangka semua orang sama macam hati dia - cash is king.

Apabila Najib merungut rakyat tak membalas budinya yg melaksanakan BRIM, maka terserlahlah apa yg dikatakan Tun M bahawa BRIM tak akan mampu menambat hati rakyat untuk menyokong BN. Kata Tun, "Duit mereka ambil, sokongan mereka tak akan berikan."

Lebih malang lagi, falsafah kepimpinan Najib yg berteraskan 'cash is king' ternyata gagal dan apa yg disuarakan Tun M adalah benar belaka. Tun banyak pengalaman. Tun tak cakap kosong. Tun adalah insan yg ada vision. Pandangannya jauh kedepan menjangkau masa.

Siapa yg menasihatkan Najib dgn falsafah itu hanya dia saja yg tahu.
Yg jelas, falsafah itu menggambarkan bahawa pelaksananya adalah meterialistik. Mereka menjangkakan semua orang boleh dibeli dgn duit sepertimana diri dan keluarga mereka.
Insaflah bahawa duit bukan segalanya. Duit sekadar alat semata-mata.

Sebagai alat, duit hanya akan memberi manfaat kalau ianya digunakan dgn betul dan bersandarkan hakikat kerana Allah swt. Bukan kerana lain. Bila ianya dilaburkan untuk dapatkan sokongan politik, maka itulah akibatnya. Tersasar dari matlamat kerana nawaitu yg songsang. Dan kesongsangan itu terzahir berdasarkan iman seseorang terhadap Allah swt. Jangan sekadar tahu Allah tetapi tanpa mengenaliNya.

Sesungguhnya Allah swt Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 7:43 AM

So dia suruh rakyat dengar dan akur dgn idea dan kerja bangang dia. Dia anggap dia diktator cam kim-jong-un, xboleh kritik apa dia buat. Banyak cantik, ni negara demokrasi, tunggu lah.

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
May 20, 2015 at 8:09 AM

Salam Sdr Din,
Saya rasa Najib ni memang terlalu BODOH .
Memang la dari segi pendapatan negara GST ini bagus sebab itu ianya dilaksanakan di banyak negara luar. Tetapi keBangangan Najib terserlah apabila dia juga tidak membuat perbandingan sewajarnya dengan kos sara hidup dinegara luar.
Di UK, dimana pendapatan rakyatnya dengan kita hampir sama iaitu 1:1. Jika seorang kerani di Malaysia berpendapatan RM1000 maka di UK juga seorang kerani akan menerima £1000.
Tetapi sedarkah Najib bahawa di UK yang mengamalkan VAT (nama lain bagi GST) rakyatnya boleh membeli sebuku roti dengan 50p atau bersamaan RM0.50. Sedarkah juga punahsehat-punahsehat beliau bahawa di UK rakyatnya mampu membeli susu segar 5 liter dibawah £2.00 sedangkan kita di Malaysia ni dengan RM2.00 baru mampu minum Nescafe tarik secawan??
Jadi kalau Najib terlalu bodoh untuk memahami ini semua, jangan la bising nak cerita seolah-olah rakyat Malaysia ni lebih bodoh dari dia.
BR1M yang diberi cuma leboh kurang RM300 setiap 4 bulan. Pada kadar purata kita akan habiskan keseluruhan RM300 itu keatas GST semula. Bukannya kita dapat kuasa membeli yang lebih pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 8:09 AM

Apa kata najib resign dulu untuk memberikan laluan siasatan bersih, telus dan adil. Boleh? Kata dapat jawatan presiden atas sokongan ramai. Nanti dah sudah siasatan cubalah ambil jawatan tu balik.. kan.. kan.. incik najib?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 8:10 AM

Hinanya penerima Brim di mata bangsawan heh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 8:20 AM

Tun kata betul pa.....Najib percaya "cash is king"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 8:33 AM

Brim stahun sekali gst hari2.. ada pikir tak..tak beban rakyat menda.. kau ade tanya ke org keje kilang bape gji dia kite masih ade golongan bawah lagi..bukan takde .. yg org marah banyak.. bole ke ko jawab sorg2 rakyat tanya bole.. sebb bukan sorg yg tak puas hati 1 malaysia ..ko punya menteri pun mcm menteri pasola semua..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 8:47 AM

Najib masih tidak faham dan tidak mendengar denyut hati nuraini Rakyat. Masih terkial-kial mengikut rentak pembangkang dan Pak Lah yang semuanya menjerumus kepada kemusnahan negara.

Najib amat jauh bezanya dengan Tun Razak bagai langit dan bumi. Tun Razak dekat dengan Rakyat dan berpandangan jauh, manakala Najib luka blur dan tidak ada vision.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 9:02 AM

Jelas psikologi dan permikiran PM kita macam budak mentah ataupun "spoilt brat".

Kasihan DSN rakyat tak menghargai jasa baik beliau menghadiahkan wang emas BRIM, kami hanya tahu merungut tentang GST and barang naik dll.

Rakyat kangkung sudahlah hidup susah sekarang menghadapi tekanan kos sara hidup meninggi. Ampunkan kami kerana dlm kesengsaraan kami terlupa mengenang budi dan jasa2 baik PM aka Bapa BRIM.

Wahai DSN org putih bilang, Just Grow Up!



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 2:05 PM

sejarah penentangan tok janggut thdp inggeris bermula dgn x puas hati thdp cukai, cukai pokok kelapa bagai, sendiri mau ingat beb! Tarik subsidi minyak, serap brim, gst cover dgn brim, itu brim Ini brim, aku yg x dpt brim ni nak serap dgn menatang apa? Org dah x sokong gomen cuma tengah biol pikir Kalo DAP pegang , so incik PM tolong lah beri laluan kt tsmy.

....................
Reply To This Comment ...................
Weak Malinja BBU
May 20, 2015 at 3:50 PM

Says pun sedih jugak.
Dah DAPAT BRIM kena BAYAR GST .
MACAM buruk siku.
DAH BERI MINTA BALIK..... MACAM KENA TIPU PUN YA....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 5:39 PM

ahjibgor, kata brim buat bayar hutang hasil daripada respon di beri penerima brim. bayar hutang sekali, gst setiap hari. camna nak guna duit brim untuk bayar subsidi dan gst. punya nak tunjuk beri kepada orang yang layak dan yang tak layak tak perlu dapat kononnya. alih-alih semua kena gst tak kira peringkat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 7:12 PM

Dah memang perangai Najib macam tu...dulu bila undi tak berpehak kat dia ...dia marah "Apa Cina Mau"..la ni marah rakyat la pulak...Dapat BRIM senyap..kena GST ...Bising....nanti kalau pilihanraya 14..kalah..katala pulak..."Apa yang Hangpa mau"..

Post a Comment