........... Jawapan Najib - Lain Kita Cakap Lain Najib Jawab ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jawapan Najib - Lain Kita Cakap Lain Najib Jawab !

Monday, May 18, 201535comments

Sebab dah dibangkitkan isu Speaker oleh pengomen di artikel sebelum ini, maka saya mulakan dengan benda ni. Ini jawapan susulan Tun kepada penafian Speaker terhadap dakwaan asal Tun yang mengatakan beliau mahu meletak jawatan Speaker -

Tun Dr Mahathir Mohamad bertegas bahawa speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memang menyatakan hasratnya untuk berundur ketika mereka berdua bertemu.

“Beliau mengaku (ketika) dia jumpa saya. Saya tak suruh. Dia jumpa saya dia kata tak puas hati dengan kerajaan.

“Dia kata nanti nak bersidang dia akan beritahu PM nak letak jawatan,” katanya.

Justeru, kata Mahthir, penafian Pandikar kemudiannya tentang perkara itu telah memalukan dirinya kerana beliau seolah-olah berbohong.

"Dia memalukan saya dengan kata dia tak letak jawatan. Sedangkan dia jumpa saya. Saya tak suruh dia datang jumpa pun.

"Dia kata dah bagi surat pada Najib. Saya cuma ulang apa dia kata. Dia kata saya ni macam bohong. Malulah saya,"
- Mkini.


Bagi saya isu speaker ini asasnya adalah - Siapa yang anda lebih percaya - Tun Mahathir atau Pandikar Amin ?

Sebab yang berbincang cuma mereka berdua saja. Hanya mereka dan Allah saja yang tahu. Tun ada sebut yang Pandikar MUNGKIN berubah pendirian setelah pejabatnya dibuat ubahsuai seperti kehendaknya. ( Themalaymailonline ) Sebelum anda perlekehkan alasan ini, adalah lebih baik anda tanya dulu berapa RM ubahsuai itu ..... sebab ada yang akan buat andaian ubahsuai itu macam rakyat biasa buat renovation !

Lagipun dalam keadaan sekarang, cuba nyatakan siapa yang sedang dalam jawatan yang berani menyatakan pandangan terbuka menyokong Tun Mahathir ? Dari KP Cawangan hinggalah Timbalan Presiden semua pun goyang .... apa bezanya Speaker !

Sebab tidak ada bukti selain dari pengakuan, maka buang masa nak terus bincang isu Speaker ini..... BERBEZA dengan isu Najib dan 1MDB. Jadi adalah lebih baik kita tumpu pada isu itu yanglebih menarik untuk didebat.


Mkini

Tidak ada siapapun yang terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir di atas. Gempak awal seperti yang dihebahkan oleh blogger Najib konon Najib dah jawab segala persoalan menerusi artikel blognya ternyata dah semakin dingin. 

Semakin kita kaji jawapan2 Najib semakin nampak akan keBLURan beliau. Takut nanti rakyat akan mula bertanya samada Najib ni faham atau tidak apa masalah yang rakyat duk bising ?  Macam budak sekolah yang tak faham soalan peperiksaan.... bukan tidak pandai tapi BLUR.


"Najib (kanan) tak jawab apa-apa pun. Saya buat sekarang ini sebab saya tahu dia akan kalah pada pilihan raya,"


Ayat di atas buat saya teringat salah satu jawapan yang kononnya ditulis oleh Najib dalam blognya -



Najib dakwa prestasinya sebagai Presiden Umno adalah LEBIH BAIK berbanding Paklah. Alasan yang sering digunakan oleh penyokong Najib - Umno menang lebih banyak kerusi PRU13 berbanding PRU12.

YA, memang BETUL apa yang Najib cakap. Buktinya jelas dan nyata. Tidak ada siapa yang boleh pertikaikan bukti pilihan rakyat itu. Hentikan fitnah itu !

Hmmm ..... tapi masalahnya kita tak tanya pun prestasi Najib sebagai Presiden Umno tapi kita pertikaikan prestasi Najib sebagai Presiden BN. Kita tak tanya prestasi Umno semasa PRU13 tapi kita persoalkan prestasi BN !

Yang kita risaukan adalah jika Umno BN akan tewas PRU13 jika Najib terus jadi PM. Maknakata, kita persoalkan peluang Umno BN untuk terus jadi kerajaan.

Najib menang 133 kerusi berbanding 140 di bawah  Paklah yang tidur. Dan buat pertamakalinya BN jadi kerajaan yang kalah undi majoriti.

Itu prestasi Najib tanpa banyak isu besar. Apakah anda yakin Najib boleh kekalkan kemenangan PRU14 dengan adanya isu2 besar seperti 1MDB dan GST ?

PRU14 bukan lagi Tsunami Cina tapi Tsunami Rakyat ! Kemarahan rakyat semakin makan dalam terhadap kepimpinan Najib. Dan orang Melayu yang sebelum ini mengundi BN kerana takutkan Dap sudah mula merasakan tidak ada bezanya Umno pun.... antara mati cepat dengan mati lambat jer.

Ramai pengundi Melayu memilih untuk beri peluang kepada Najib untuk membuktikan kepimpinannya. Tapi setelah apa yang berlaku pasca PRU13, saya percaya ramai yang kecewa.

Sila KLiK untuk baca surat terbuka saya kepada Najib sebaik saja usai PRU13. ( ia juga membuktikan bahawa saya konsisten dalam pendirian saya, bukan sekadar terikut buta menyokong Tun Mahathir )

Pastinya sekali lagi penyokong Najib akan tanya siapa pengganti yang lebih baik, seperti yang saya selalu tulis - Jalan yang kabur adalah lebih baik dari jalan yang pasti menuju kehancuran. 

PS - Oya, PRU13 Najib berjaya menangi semula Kedah ya ..... Tahniah Najib, kredit tetap diberikan. Hmmmm .... siapa Ketua Umno Selangor , ek ?

Baca juga JMD - The Prime Minister Answered A Question Nobody Asked

Share this article :

+ comments + 35 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 18, 2015 at 11:45 PM

kalau ikut Din turttle,apa yg Najib boleh buat utk kekal jadi PM ialah mandi bunga,berjauhan dgn rosmah dll. :D

Dalam demokrasi,pihak yg berjaya menimbulkan ketakutan pada pengundi akan menang.Contohnya takut pada penyakit,huru-hara,dosa pahala,ekonomi dll.

Pada pandangan saya,Najib boleh menang dengan menggunakan isu keselamatan negara.

Contohnya modified kapal terbang yg nak di lucut tauliah tu jadi drone.Pastu,dekat2 pru-14,guna drone tu langgar klcc atau kl tower.Pastu buat press conference ckp tu semua keje terroris.Kerajaan BN dah terbukti berjaya mengekalkan keamanan negara dari dulu. :D

*satu2nya negara yg berjaya menentang komunis dalam dunia ialah Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu kampung
May 19, 2015 at 12:00 AM

a.) 2013 - Berbekalkan undi sebanyak 46.5% (5,327,699 dari 11,257,147 undi), BN menang 133 kerusi parlimen.

b.) 2018 - Andainya undi BN jatuh 1 percentage point kepada 45.5%, berapa banyak kerusi parlimen yang BN boleh menang?

c.) Yakinkah Najib dengan jawapan (?????) yang diberikan, BN dapat menambah peratusan jumlah undi berbanding 2013?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 12:03 AM

Keadaan takkan berubah. Sbb Pemimpin UMNO setia kepada Presiden parti. Jd sy cadangkan bro Din teruskan la usaha sedaya yg mampu. Kepada Tun M pun teruskan lah usaha murni demi negara. Tapi yg pasti kemarahan rakyat sudah tak boleh dikawal. Keadaan selepas PRU14 pasti berubah. Saya yakin UMNO akan disimpan di Muzium PWTC untuk tatapan generasi akan datang bahawa satu masa dahulu pernah menjadi parti tunjang negara. Kepada Ketua Bahagian/Pemuda/Wanita dan Puteri, kemahuan rakyat tidak anda penuhi. Permintaan rakyat untuk jawapan isu 1MDB tidak diperjelaskan oleh pemimpin2 UMNO. Pengundi2 atas pagar tidak lagi menyokong UMNO/BN. Kepada bloggang2 UMNO, teruskan lah tindakan anda yang tidak memberi maklumat tepat kepada rakyat. Tetapi rakyat kini semakin bijak menilai. Semasa PRU13 sedang berlangsung. Semua blonggang2 laporkan keadaan sebaliknya. Kononnya byk calon2 BN sedang mendahului pengiraan undi. Tp blogger yg jujur melaporkan dengan tepat keadaan sebenar. Adakah sekarang blonggang2 masih lg nk laporkan sokongan rakyat. Sedangkan rakyat semakin menjauhkan diri dari UMNO/BN? Jujur la demi agama, bangsa dan negara anda. Laporkan keadaan sebenar biar pun pahit kebenaran. Kerana dalam pahit itu kadang2 memberi penawar kepada masalah negara. Laporkan yang benar supaya pemimpin negara sedar kekurangan yg perlu mereka atasi. Bukan pujian melambung dan laporan palsu yang mana akan menghilangkan sokongan rakyat kepada UMNO/BN. SEDARLAH TINDAKAN ANDA TIDAK MEMBANTU MALAH MENJADI PUNCA KEMARAHAN RAKYAT. Renung2 kan lah.

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2015 at 12:36 AM

kedah menang sebab mukriz. kalu orang lain hancur dah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 3:51 AM

JhoLow dan Najib Razak cuba kaut untung segera USD500 juta dgn menjual pemilikan saham RHB 25% menerusi Abu Dhabi Commercial Bank kpd Aabar Investment sewaktu plan pengabungan CIMB/Maybank. Mereka membeli dgn harga RM10.03 sesaham. Membelakangkan undang2 menerusi "insider information". Dengan menganjingkan ADCB dan kedua2 bank Malaysia yg sepatutnya membeli 25% saham RHB itu dgn harga RM10.80. Mereka menggunakan Goldman Sach sbg “syndication agent”buat urusan ini.

Kesemua kelulusan BNM dan kerajaan M’sia telahpun diperolehi, bagaimanapun menjelang 2015,krisis keyakinan ekonomi Malaysia dan kemelut 1MDB telah membantutkan usaha tersebut. CIMB menerusi Nazir Razak telah menunjukkan JARI TENGAH kpd Aabr dan ADCB. Sehingga kini, anjing2 JhoLow masih mahukan RM11-12.00 sesaham sbg penebusan balik saham RHB yg mereka miliki. Kemungkinan sebahagian drpd RM27 billion duit 1MDB tersekat dlm proses ini. Audit AG dan PAC tak cukup. Mesti ada forensik audit dan RCI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 4:07 AM

Hanya org yg waras shj akan brkata "malu la saya" ...yg tak waras jgnkan nak kata dia malu, lagi nakmengelak..Cuba salahkan org lain pulak....malunya dpt PM cam skrg ni...tak malu kat rakyat ke? Buat buat bodoh atau mmg bodoh. Playsafe la sgt. Syabas DT terus berjuang utk kami...mekasihh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 4:13 AM

I ada duit berbillion billion..suka hati lah i nak beli sapa pun..money buy everything.Jgn lupa tu.Setakat Tun ckp apapun,i blh kasi pusing la..Kan dah malu kena Game.kah3...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 6:18 AM

Kan aku dah kata...pandikar xjadi resign selepas jumpa najib seperti yg ditweet oleh raman dalan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 6:21 AM

Menambah undi? Dlm keluarga kami ada 9 pengundi berdaftar yang undi bn dlm 2013. Tp 2018 akan refrain from voting. Itu blm masuk jiran2 yg turut sama fed up dgn geng2 clueless tu

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 19, 2015 at 6:26 AM

@Mohammad Salbi

Assalammualaikum wmt,
Betul dan tepat. Kalau tak percaya tanyalah orang Kedah.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 19, 2015 at 6:41 AM

Assalammualaikum wmt,
Nampaknya, dalam ramai penyokong 'Najib cash is king' (NajibCIK) yg ada, hanya Pandikar saja yang benar-benar hebat dan berani. Dia lebih berani dari NajibCIK. Dia benar-benar mahu buktikan kpd bossnya dia adalah pendekar sebenar.

Dgn gagah berani dia pergi jumpa Tun M mengadu mengenai masalah negara. Dia beritahu Tun dia mahu berhenti jadi Speaker, malah telah pun hantar surat letak jawatan kpd NajibCIK. Tun M pun percaya kerana bukan Tun suruh dia datang dan bukan Tun yg suruh dia berhenti. Dia sendiri yg lahirkan hasratnya.
Tup-tup, bila Tun M beritahu speaker dah berhenti, Pandikar menafikannya dan berjaya menampakkan Tun M berbohong.
Tun M dah kena main dgn Pandikar. Tun telah berjaya dimalukan. Tentulah bersorak gembira para penyokong NajibCIK.
Bergembiralah kalian dgn permainan Pandikar itu.

Justeru, rakyat tak akan hairan lagi kalau 'penipuan' jadi senjata politik NajibCIK dan penyokongnya untuk kekalkan kuasa sehingga PRU-14.

Hebat! Pandikar memang pendekar yg hebat!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 6:52 AM

Depa serang orang. Tanya berpuluh soalan. Tuduh macam-macam. Bila diam kata takut. Bila jawab kata tak jawab. Dulu orang ingat depa betul. Bila dah keterlaluan sangat, jadi tak waras. Last-last terkantoi menipu. Malu sendiri ja. Depa boleh tuduh orang macam-macam. Bila orang balas, marah pulak. Yang depa dok tuduh orang macam-macam, depa ingat orang lain kayu. Tak ada perasaan. Sekarang ni, orang dah mula menyampah dan malas nak dengar. Yang seronok dengar hanya puak-puak yang dulunya kata kat dia mahazalim, mahafiraun, toghut dan segala gelaran yang malu kita nak sebut. Jangan sampai hilang hormat orang sudah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 7:22 AM

Kalau pilihanraya diadakan sekarang, boleh bungkus BN dibuatnya, isu GST, kos sara hidup tinggi, RM jatuh, 1MDB, perangai 1st lady, dll......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 7:25 AM

aku paling menyampah bila Jibgor meninggikan suara apabila berucap macam mengada2..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 7:26 AM

Depa tu sapa? Cuba cek fb Najib berapa ramai yg maki? Cek fb proTun berapa ramai yg sokong?

Depa yg mana u talking about?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 7:29 AM

zaman Mahathir tak ada banyak penasihat2 hanya ada EPU, tapi sekarang, ada penasihat omputeh dan dibayar gaji yg lumayan..apa fungsi EPU sekarang ni, jadi patung je lah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 7:44 AM

Anon 6:52am; hang bangang ke buta? Sehari sebelum tu, 1malaysia tunjuk YDP Agong naik kapalterbang baru, konon org pertama naik, sebelum tu Flight Radar 24 dah trak 32 penerbangan Airbus bisnes jet tu sampai ke Almaty. 1dunia pusing sebelum Agong naik. Sape guna? Pandikar semua org tau kaki jilat Najib, Tun baru balik umrah, dada lapang, senang2 kena belit. Org yg dah Tun tengok 22 tahun dlm kerajaan pun bila diberi kuasa jadi psychophant, inikan pula Pendek akar yg Tun tak berapa kenal. Mcm tu org Sabah, pariah, lebih teruk drpd Rohingya.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 19, 2015 at 7:44 AM

@Anonymous
Assalammualaikum wmt,
Apakah ini satu lagi pendedahan kepincangan yg dilakukan melalui peantara Jho Lo?
Apakah akan ada lagi yg didedahkan seperti ini?
Nyatalah semuanya kerana prinsip Najib bersama para penasihatnya adalah 'Cash is King'.

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2015 at 7:45 AM

Bila pemimpin tak mampu menjawab soalan yg d bawah tanggungjawab nya....apakah kita akan setuju dan gembira ? Soal tadbir negara dan urus negara bukan perkara mudah. Tanggungjawab berat. Bagi saya mmg najib tak mampu pikul. Jika urusan tadbir r/tangga pun jadi bualan.....anda GAGAL.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 7:46 AM

Hati perut orang siapa yang dapat telah. TDM telah terbukti berkali2 hanyalah sebagai manusia biasa mcm kita juga iaitu tak dapat nak baca hati orang. Tetapi damage yang teruk tentulah terpalit kpd Pandikar Amin, ada kredibiliti lagikah dia?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 7:48 AM

Juga dr aku dan keluarga..
X ada lg undi utk Parlimen..
Untuk DUN, klu Mukhriz kekal jd MB....



Mat Umno Pendang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 7:50 AM

Standard la org yg ada pangkat dlm UMNO... 2 x 5 dgn Ketua Bahagian... stkt jd Barua Bajib ja tu

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
May 19, 2015 at 8:25 AM

Salam Sdr Din.
Pada hemat saya yang tak seberapa ni, Najib dah mula gentar dengan serangan Ayahanda Tun. Dalam dunia politik serangan peribadi merupakan satu senjata yang amat efektif untuk memusnahkan kredibiliti lawan.
Jadi jika kita tengok konteks cerita Tun, saya berasa TIDAK mustahil sekiranya Pandikar diarahkan utk berjumpa dengan Tun dan mengeluarkan kenyataan sedemikian. Kemudiannya apabila ditanya, Pandikar menafikan.
Dengan cara ini, kredibiliti Tun akan tercalar.
Jika dilihat, pelbagai usaha untuk mensabotaj majlis Tun telah pun dilakukan jadi tidak mustahil ini juga merupakan muslihat jahat utk discredit Tun.

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2015 at 8:38 AM

@Malaysian Cybertrooperterlalu besar kredit kepada Najib tuh ! Hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 9:12 AM

ORG YG SUKA DI 'ampu' memang cakap style mcm tu ada half boiled bapuk
aku lama nyampah
TUN UNTUK CERITA KEBENARAN PADA MEREKA YG SUDAH CUKUP KENYANG MEMANG SUKAR
TUN MEMENG SELALU MENENTANG ''ARUS'' DLM USHA MEMBANGUKAN NEGARA-TERUSKAN
Pasal najib MEMANG PATUT TUN BERSUARA SBB KRNA TUN Najib jadi pm juga dgn izin ALLAH dan usha TUN UNTUK MENYURUH NAJIB TURUN secara terhormat dan dihormat wajar
sbb sebelum TUN BERUSHA UTK NAIKKAN Dia pasti ada syarat dgn najib utk kepentingan NEGARA Bukan utk peribadi
bila najib ikut ''jalan'' lain kita pasti tegur kerana jalan yg di'ikuti'' najib bnyak laluan berbahaya dan jurang
NAJIB JIKA YOU OTAK BODOH NI SIMPLE MATHS YOU BUKAN MEMANDU BAS BWA 40 PENUMPANG TAPI U MEMANDU NEGARA YG BWA PULUHAN JUTA UMAT MELAYU DAN LAIN BANGSA TERJUN KELAUTAN HINDI MACM mas,,,,,,,,,,
you dah gila,,,,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 9:23 AM

haha harga ubahsuai pejabat. murahnya harga org melayu sekarang. x perlu lah nenek moyang kita bermati matian berjuang utk anak cucu. mereka yg di atas seolah2 meludah pada yg terdahulu. bertambah jijik saya dgn mereka yg di atas. siapa mereka yg di atas yg kita pilih ? kenapa sampai begitu teruk dan hina sekali perlakuan derang ni ? melayu jenis apa mereka ni ?

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 9:47 AM

Najib..najib...mmg betul blur dia ni. Tun M lagi cekap walaupun dah 90 tahun...lol

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 10:00 AM

Kedah menang sebab ada pengaruh Tun melalui Mukhriz. Kalaulah yang dicadangkan sbg bakal MB Kedah masa tu Ahmad Bashah..Kedah menang tak hari tu? hehehe..

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor sblm PRU13 adalah DS Najib. Tahniah kepimpinan hebatnya telah menyebabkan BN kehilangan 8 kerusi dari 20 kepada 12. Sayangi Selangor..Yakini BN... lalalala

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 10:05 AM

Jom menilai track record Ah Jib Gor dalam membela hak melayu dan bumiputera

Pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat - akibatnya bangsa kiasu sudah berani "menjolok sarang tebuan" secara terbuka kerana tidak lagi perlu khuatir diambil tindakan.

Pemansuhan DEB dan MECD - akibatnya orang melayu tidak mendapat sokongan dan bantuan dalam meneruskan survival perniagaan yang dimonopoli oleh bangsa kiasu.

GST - Ianya dirasai oleh semua peringkat masyarakat. Akibatnya semua orang tak kira orang miskin, pelajar, OKU dan orang kampung semuanya terpaksa menyerap kos GST dalam perbelanjaan harian. Ini mengakibatkan yang susah akan menjadi semakin susah.

BR1M - hanyalah satu penyelesaian jangka pendek dan bukannya penyelesaian jangka panjang. Sampai bila kerajaan nak orang melayu jadi pengemis di tanah air sendiri ? Bukankah kerajaan sepatutnya telah ada pelan tindakan untuk menjadikan orang melayu mampu berdikari dan tidak perlu lagi bergantung kepada kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu kampung
May 19, 2015 at 10:35 AM

Betul ke Najib cakap benda ni Din?
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/najib-yakin-kerajaan-mampu-pulih-1mdb-60264

1MDB sakit ke sampai Najib nak pulihkan pulak ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Cik Deet Siing
May 19, 2015 at 11:16 AM

KIta semua dimomokan dengan kisah perjuangan Perahu Bugis, oleh pandikar Demang Najib bugishah. Sedarlah wahai PM / Presiden Umno yang dipilih dengan telus oleh perwakilan. Memanglah YAB PM telah menang pertandingan Kerusi Presiden. Perlu diingat ianya tidak ada dibuat pertandingan pun. dengan alasan bimbang perpecahan parti. Najib ni kelihatan makin desperate, hari2 cakap bohong bak kata Tun Mahathir dia banyak buat bohong dan skandal sebijik macam si Mata Lebam dulu iaitu Nuar Jubory. Memanglah ahli Umno undi you pada benda yang tidak ada pertandingan pun. Tak semestinya Presiden Umno tu maksum tak leh disuruh meletak jawatan. Jika dah sampai masanya segala permasalahan Negara yang disorok di bawah karpet makin menggunung sampai tidak boleh disimpan hatta dengan bantuan ramaai pengampu dan penjilat. Ahli Umno dan sekalian rakyat dah mengerti tentang sikap seorang PM yang tidak bertanggung jawab dan amanah kepada jawatannya untuk mempertahankan Negara dan sekalian umat Islam Melayu. Elok Najib buat umrah ke, solat Istiqarah ke atau apa jua yang bersesuaian untuk mendapat ilham bila dia perlu turun dari tahta yang dia suami isteri berada sekarang.

Cik Deet Siing.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 12:38 PM

Gua rasa bukan saja isu 1MDB yg Mahathir hentam Najib habis-habisan, tapi agenda utk orang melayu & islam nampaknya nya tidak di bela secukupnya. Kita tengok akhir2 ni orang bukan Islam begitu kurang ajar & tiada tindakan konkrit di buat oleh kjaan, ISA pun sudah tiada.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 1:55 PM

helllloo
di sini bukan tun M yg menipu
tp pandikar amin mulia yang membohongi tun M sebab nak dpt point dr ahjibgor
speaker yg amin dan mulia konon
kesian kat makbapak dia bg nama baik tp perangai anak mcm gitu. dah tua pulak tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 1:59 PM

dari segi psikologi, org yg baik akan beranggapan org lain juga baik.
begitu juga tun M...dia sangka pandikar amin mulia tu mulia la sgt...sayang hanya pd nama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 10:19 PM

Orang2 bukan Islam di Malaysia kini semakin melampau2 memperlekehkan kaum melayu...apalagi menghina2 agama Islam...apakah tindakan kita?...adakah membiarkan saja?...lihat DAP, semakin kurang ajar...sebab mereka tahu ada jugak orang2 melayu bodoh x berakal yang menyokong mereka...lihatlah PAS...sentiasa rela menjadi bola tendangan komunis DAP... dan PKR...sentiasa rela menjadi badut, pak sanggup pada DAP...lihatlah betapa bodoh dan hinanya orang2 melayu dari kacamata cina DAP...itu pun kaum melayu masih belum sedar...

Post a Comment