........... Isu 1MDB Tunai Ke Aset Ke Unit - MOF Kata Najib Tak Tahu Apa2 ? / Laporan Polis Datuk Khairuddin | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu 1MDB Tunai Ke Aset Ke Unit - MOF Kata Najib Tak Tahu Apa2 ? / Laporan Polis Datuk Khairuddin

Monday, May 25, 201527comments




Mula2 kita layan kenyataan dari Kementerian Kewangan mengenai Kluk Klek Najib dalam isu Tunai-Aset-Unit 1MDB.

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan bahawa jawapan bertulis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disediakan oleh pegawai kementerian berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari Ahad, ia menjelaskan dokumen mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank BSI Singapura itu ditulis dan disemak oleh pegawai Kementerian Kewangan berdasarkan maklumat daripada syarikat berkenaan.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Kewangan meminda jawapan asal yang dibuat pada 10 Mac lepas supaya tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan Parlimen.

"Tindakan Kementerian Kewangan meminda jawapan asal adalah bukti ia tidak berniat sama sekali hendak berbohong mengenai perkara itu," katanya.

Sehubungan itu, ia menyifatkan sebagai tidak wajar dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Najib, yang juga Menteri Kewangan, telah berbohong.

"Lazimnya jawapan bertulis di Dewan Rakyat dibuat atas nama beliau berdasarkan maklumat yang diberi oleh agensi berkenaan yang kemudiannya disemak dan diedarkan oleh para pegawai.

"Kementerian Kewangan telah pun mengambil tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berulang," kata kenyataan itu.
.


 Apa point penting nya :

- Jawapan pertama salah
- Jawapan kedua yang betul
- Jawapan diberikan oleh 1MDB
- Kemudian disemak dan diedar para pegawai menggunakan nama Menteri Kewangan
- Menteri Kewangan tidak terlibat langsung dalam hal ini. Hanya namanya saja digunakan


Masih tidak lengkap jawapan itu kerana beberapa persoalan kita boleh tanya balik -

1 - Adakah 1MDB yang berikan jawapan pertama, yang disemak dan diedarkan oleh para pegawai yang menggunakan nama Menteri Kewangan ?

2 - Adakah 1MDB juga yang berikan jawapan kedua, yang disemak dan diedarkan oleh para pegawai yang menggunakan nama Menteri Kewangan ?

3 - Apakah maksud diSEMAK ? Apakah semakan terhadap ketulinan maklumat dibuat ?

3 -  Penjelasan kenapa jawapan kedua tidak sama dengan jawapan pertama ? Adakah  Kementerian Kewangan tidak berminat hendak tahu dan/atau merasakan rakyat tidak perlu tahu kenapa ?

4 - Tidakkah perbezaan itu boleh ditafsir sebagai satu PEMBOHONGAN ? Atau ianya dianggap sekadar satu KESILAPAN ?

5 - Apakah maksud kenyataan di atas - Semuanya salah 1MDB, Kementerian Kewangan cuma semak je dan edar ? Menteri pula tak tahu apa2 ?

6 - Terdapat jarak masa selama 2 Bulan antara kedua jawapan itu. Jika jawapan yang pertama silap, kenapa pihak 1MDB tidak buat pembetulan secepat mungkin supaya pembetulan boleh dilakukan dalam sidang yang sama ? ( Keesokan harinya ke ? )

7 - Atau diberitahu melalui media kalau kesilapan itu tidak dikesan semasa Parlimen masih bersidang walaupun ia heboh dibincangkan dalam media ?

8 - 1MDB dan Kementerian Kewangan mempunyai masa dan ruang yang cukup banyak untuk membuat pembetulan akan kesilapan itu, contohnya melalui program Soal Jawab TV3 sebulan selepas itu, di mana PM yang juga Menteri Kewangan menjadi tetamu utamanya..... kenapa tidak dibuat pembetulan ketika itu ?

9 - Atau kesilapan itu hanya dikesan baru2 ini saja ? Bermaksud bermula dari dana sebanyak USD1.103 bil itu dimasukkan dalam akaun setelah ditebus sepenuhnya dari akaun Cauman, sehinggalah baru2 ini, pihak 1MDB beranggapan ianya dalam bentuk wang tunai ? Ini sesuai dengan kenyataan Arul Kanda pada 7 Februari -

- “Wang tunai itu ada di dalam akaun kami dan dalam matawang AS. Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya,” -


10 - APA yang dilihat oleh Arul Kanda ketika itu ? Apakah Arul Kanda juga tersilap lihat ketika itu ?



11 - Apakah penyata bank yang diterima sekarang yang menjadi asas kepada maklumat ini merujuk kepada aset yang SAMA dan dari bank yang SAMA ?

12 - Najib selaku Menteri Kewangan tidak tahu apa2 dan hanya mengikut saja apa yang sudah diberikan oleh 1MDB setelah disemak oleh pegawai Kementerian Kewangan ? Dan selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, beliau juga tidak tahu apa2 ? Dan selaku PM beliau juga tidak tahu apa2 ? 

13 - Bermakna kalau diletakkan patung menggantikan tempat beliau pun, perkara sama juga akan berlaku ?

Banyak lagi yang boleh dipersoalkan tapi cukuplah setakat yang ada. Bukan TIPU tapi SILAP ? 

KeSILAPan yang berlanjutan selama berapa bulan baru dikesan ? Ini hanya menguatkan tuntutan rakyat supaya kesemua ahli lembaga Pengarah 1MDB dilucutkan jawatan kerana terbukti mereka telah lalai dalam tugas ! Bukan saja lembaga pengarah tapi juga sesiapa saja di 1MDB yang terlibat dalam transaksi ini kerana boleh tersilap dalam satu perkara sebesar ini !

Begitu juga para pegawai Kementerian Kewangan yang langsung tidak mahu meminta bukti dalam proses semakan maklumat yang mereka terima. Bayangkan betapa banyaknya maklumat yang sudah terlepas melalui tangan mereka yang kini boleh diragui kesahihannya.



Menteri Kewangan pula ? Anda rasa ?

Bernama

                                        ***************************************

TERBARU ! Melalui artikel terbaru blog Datuk Khairuddin ( KLiK ) -

LAPORAN POLIS KEATAS DS NAJIB, DS HUSNI HANADZLAH, TS ZETTY, TS LODIN, ARUL KANDA & LEMBAGA PENGARAH 1MDB



Wooooooh ...... Rajin mamat ni pergi Balai Polis , ek... tapi itu hak dia dan hak sesiapa pun rakyat negara kita. Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, tindakan beliau seharusnya dipuji.

Kalau dulu ketika Khairuddin minta Polis menyiasat pengurusan 1MDB beliau dikutuk oleh seluruh kepimpinan Umno tapi kini ramai pula yang minta perkara yang sama. 

Apakah nanti ramai juga akan ikut jejak yang sama ..... meminta disiasat mereka yang disebut di atas ?



Saya ingin membuat laporan polis terhadap YAB Dato Sri Najib Tun Razak ( Menteri Kewangan Malaysia ), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin ( Pengerusi 1MDB ) , Arul kanda ( Presiden 1MDB ) serta semua ahli2 lembaga Pengarah 1MDB  yang telah bertanggungjawab menipu dengan mengatakan sebahagian daripada wang yang ditebus dari Kepulauan Cayman telah dibawa pulang dan disimpan dalam bentuk tunai USD1,103 billion ( RM3.6 billion ) tidak ujud. 

Bank BSI di Singapura telah menafikan kewujudan wang tunai dalam akaun mereka. 

YAB Dato Seri Najib Tun Razak juga telah menipu Parlimen dalam jawapan bertulisnya pada bulan March 2015 mengenai perkara yang sama. 

Saya juga ingin pihak PDRM menyiasat perbuatan menyembunyi kesalahan dalam urusan kerajaan yang salah dari segi peruntukan dalam Malaysia Penal Code ( Undang-undang Jenayah Malaysia ) Section 218.

Hmmm ... mungkin perlu dibuat sedikit ubahsuai dalam lapuran itu agar lebih tepat maklumatnya ... tapi apapun, isinya difahami. Harap pihak berkuasa dapat melakukan siasatan dengan kadar segera memandangkan perkara ini berkaitan kepentingan umum dan tengah panas diperkatakan rakyat.


Rujuk juga Astroawani .



PS - Apakah langsung tidak ada AKAUNTABILITI dipihak 1MDB dan kerajaan ?

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 25, 2015 at 9:23 AM

Untuk kepastian buat saja apa yang patut. Boleh juga PAC dan Audit Negara mendapatkan maklumat yang tepat membantu ketelusan laporan forensik mereka kelak.

DT, slow down sikit... he.. he...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2015 at 9:34 AM

Kita tunggulah jawapan dari Ketua Polis Negara pula, laporan polis dah dibuat, kita lihatlah apakah Ketua Polis Negara jujur atau bersekongkol dengan suspek jenayah penipuan ini.

Nak harapkan Speaker Parlimen, memang tak boleh diharap, dah dapat tandas baharu, dah dapat perabot baharu, dapat buat ubah suai di pejabatnya, maka dia pun sayangkan sangat dengan jawatannya hingga tidak mempedulikan lagi tanggungjawabnya sebagai Speaker Parlimen lagi. Hingga kini tak ada kenyataan dari Speaker Parlimen berhubung perkara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
May 25, 2015 at 9:52 AM

Siapa dan pihak mana yang masih ada integriti di Malaysia untuk rakyat letakan harapan yang tinggi untuk menegakan kebenaran (?)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2015 at 9:55 AM

Pasal apa boleh berlaku 'kesilapan' boleh berlaku atau 'kesilapan' itu disengajakan dengan harapan tak akan terbongkar.

Tetapi bila makin banyak Najib kelentong, bila makin banyak para Abu Jahal Tukang Jawab Najib merapu itu dan ini, akhirnya makin banyak dah terdedah.

Kalau betul kesilapan, mengapakah dalam tempoh sebulan lebih ini, pendedahan dari macam-macam sumber termasuk pendedahan oleh Sarawak Report, dari Tun Dr. Mahathir mengenai sebenarnya yang disimpan di BSI Singapore Limited itu bukannya wang tunai USD 1.103 bilion, tetapi paper asset yang tak diketahui jumlahnya, mengapakah ketika itu pihak Kementerian Kewangan terutama Menteri Kewangan mengambil berat dan membetulkan apa yang dikatakan 'kesilapan' tadi?

Tindakan mendiamkan diri dalam tempoh sebulan lebih ini oleh Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan adalah boleh dianggap cubaan untuk menipu sidang dewan dan menipu kerajaan Malaysia bagi tujuan tertentu yang boleh memudaratkan kepentingan Malaysia dan Kerajaan Malaysia.

Najib dan orang-orang berkaitan di Kementerian Kewangan perlu ditangkap dan disiasat dan didakwa di mahkamah, kerana bukti penyelewengan dan jenayah yang mereka lakukan itu adalah sangat jelas.

Pihak berkuasa perlu bersikap telus di mana ketika ini kepercayaan rakyat terhadap Najib sangatlah rendah, kepercayaan kepada kerajaan juga adalah rendah walaupun tidaklah serendah kepercayaan rakyat terhadap Najib, jangan sampai agensi kerajaan juga tidak dipercayai oleh rakyat kelak.

Tindakan tegas perlu diambil kerana apa yang dilakukan itu sangatlah menjejaskan maruah serta merugikan kerajaan dan negara serta rakyat. USD 1.103 bilion itu adalah wang hutang 1MDB yang dijamin oleh kerajaan, jika 1MDB gagal membayarnya maka kerajaan yang kena bayar, gunakan wang perbendaharaan negara yang sepatutnya digunakan untuk buat sekolah, buat hospital, buat jalan raya, buat jambatan, serta pembangunan lain untuk rakyat. USD 1.103 bilion itu jika ditukarkan ke nilai RM mencecah lebih kurang RM 4 bilion, jadi ini melibatkan kepentingan negara, kerajaan, dan rakyat, oleh itu, tindakan tegas perlu diambil dengan kadar yang segera yang boleh.

....................
Reply To This Comment ...................
May 25, 2015 at 9:55 AM

Semak samun.... Penuh lalang lalang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2015 at 10:28 AM

dh bayar berbilion2 dan tambah bermcm2 jawatan, menyedari kepentingan isu 1mbd, adakah masalah kesilapan pegawai boleh diterima ?

sekiranya maklumat di parlimen pn x dpt diguna oleh tun m maklumat dr mana lagi boleh kita guna? adakah kes serupa pernah berlaku di parlimen/dewan rakyat?

yang berjawatn kini ambil mudah etika kerja dan tanggungjwb. senang saja ckp silap.

kalau team kerja dia sudah x berfungsi pulangkan saja duit 7 billion utk penasihat dia pada rakyat balik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2015 at 10:50 AM

salam,
betul la apa yang tsmy cakap, pecat jer bod tu. tapi mamat yang sokong pertahankan bod tu. dah la bagi maklumat palsu kat mof sehingga pm berbohong di parlimen. kena tunggu audit ker baru jawapan betul di parlimen. nampak sangat la penyokong ahjibgor ni jenis sumbat berfikir. mana yang betul 1mdb beri maklumat palsu, dan pegawai kat mof semak maklumat palsu dan sahkan bahawa dia tidak tepat untuk beri jawapan kat parlimen. ahjibgor yang jawab atau pegawai kat mof yang jawab soalan di parlimen. selalunya menteri dapat maklumat daripada pegawai. pegawai tersebut akan kumpul maklumat dan analisa maklumat. jika ada pertanyaan, maklumat tesebut digunakan untuk jawab. dah sah la pegawai disekeliling ahjibgor blur bersama pm. memang kaki auta berlaka pegawai pm sebab pm blur habis. kita tunggu penyokong ahjibgor putar lagi, putar lagi, fitnah besar untuk tdm, putar lagi, ah! kena kat ahjibgor lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2015 at 10:54 AM

UMNO is like a cornered lamb while DAP is the hyena whom has started to garner its pact. Its a matter of time for them to pounce.

Wahai ahli MT UMNO bangun lah sebelum sumpah melayu mengatasi sumpah bugis yang semakin celaru.

Ingatlah celik mata saja PRU14 akan sampai dan kemarahan rakyat akan lebih buruk dari tsunami cinabeng akan tetapi itu lah yang kaum pendatang impikan!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2015 at 10:56 AM

Jelas orang2 di PMO di 'bela'atau jaga oleh JHLow utk update si Ah Jib Gor the LIAR,news yang enak di dengar even-though its a lie!

Jelas si Ah Jib Gor is NOT a 'hands-on' person but merely a 'spokeperson' to all the consultant he employs. KIta might as well pilih aje one of his many consultants to become our PM!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2015 at 11:31 AM

Akhirnya, orang di MOF, orang di PMO dan punaisihat jugak yang dipersalahkan...
PM kita? lalalalalalalalala!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2015 at 11:33 AM

Dari dulu lagi memang najib bukanlah seorang leader. Dia hanyalah follower. Dengan bahasa mudahnya seorang macai. A follower definitely cannot lead sbb sampai bila2 pon dia akan ikut cakap orang disekelilingnya.
Tiada mana2 individu pon yg sanggup gelar diri sendiri pahlawan. Mat kilau x kata dia pahlawan. Ia semacam anugerah. Kalau pakcik najib anggap dirinya pahlawan, saya setuju ianya sbg pahlawan tahi kucing. Tapi gelaran yg lebih tepat adalah pembohong tegar. Segala yg keluar dr mulutnya adalah bohong semata mata.
Saman peribadi terhadap tony pua dan rafizi hilang macam bau kentut saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu kampung
May 25, 2015 at 11:42 AM

"Kementerian Kewangan telah pun mengambil tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berulang"

Arul Kanda dah kena tindakan jugak ke?

Kita putar lagi...........

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu kampung
May 25, 2015 at 11:47 AM

Seperkara lagi....

'Kesilapan' yang sebegini ketara (memahami erti tunai dan aset atau unit) tak boleh ditangani, inikan pula nak uruskan duit puluhan bilion ringgit. Ingat tak LGE dengan excel spreadsheet nya hari tu? Najib nak guna alasan sama jugak ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2015 at 12:10 PM

errrrrr ........., ahjibgor tak mau bersumpah ke? bersumpah tak tahu langsung akan hal ehwal 1mdb. tiada kaitan dengan jhlow, anak tiri dapat duit hasil usaha sendiri. kalu bersumpah, memang ahli umno lagi ligat sokong 1mdb.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2015 at 12:18 PM

Najib sudah banyak kali kena checkmate dgn Mahathir. Oh ya siapa ye..Menteri Kewangan Malaysia? Siapa penasihat2 Najib..apa nama penasihat omputeh tu....kah..kah..kah....

....................
Reply To This Comment ...................
May 25, 2015 at 12:26 PM

Bro, yang sama salah adalah wakil rakyat yang tidak membawa PM ke jawatankuasa disiplin kerana menipu dewan. Kembalikan maruah dewan rakyat !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2015 at 12:47 PM

sepandai pandai tupai melompat, kene tembak jatuhlah juga..

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 25, 2015 at 1:30 PM

Assalammualaikum wmt,
Kementerian Kewangan Malaysia mengaku memberi penjelasan silap kpd Menteri Kewangan. Sebab silap kerana percaya 100% kpd apa yg dimaklumatkan oleh pengurusan 1MDB.

Siapa auta siapa?
Menteri Kewangan, DSNajib.
Penasihat 1MDB, DSNajib.
Yg memberi keterangan di Parlimen, DSNajib.

Maknanya, selama ini apa yg disuarakan DSNajib, samada selaku PM atau selaku apa saja, adalah atas laporan atau atas kerjalaku orang lain. Najib tak tahu apa-apa. Dia hanya 'tukang baca' laporan.

Kalau begitu, patutlah dia tak boleh jawab apa yg Tun M tanya mengenai 1MDB. Dia tak tahu. Malah Tun M lebih tahu dari Najib apa yg berlaku dlm kerajaan, dlm kabinet dan dalam 1MDB.

Itulah Perdana Menteri rakyat Malaysia yg akan tetap mempertahankan jawatannya kerana dia mendapat sokongan ahli UMNO dan rakyat.
Tidak mustahilkah segala laporan mengenai sokongan ahli UMNO dan sokongan rakyat yg diterimanya juga adalah salah dan silap?
Adakah kemungkinan Najib akan tarik balik atau betulkan maksud sokongan ahli UMNO dan rakyat terhadapnya apabila diberitahu bahawa laporan mengenainya adalah silap?

Asyik dok silap jer, apehal?
Sebagai rakyat marhaen saya malu dapat PM seperti itu.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2015 at 3:01 PM

Semua nya ada kepentingan masing2 tak kan lah nak meruntuhkan pemberi laba kepada mereka semua..persetan dengan pengundi masing2 udah depa kaya apa peduli?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2015 at 3:09 PM

Perlantikan Lin Kok Wing sebagai "con"sultant image utk Najib tu menggunakan duit sapa? Mesti la berjuta juta ringgit (opps maksud saya units)..pastilah duit Rakyat juga..mmg la orang malaysia laksana kerbau di cucuk hidung..menurut sajalah hingga ke tempat penyembelihan..salah siapa? Sendiri Tanya laaa.

....................
Reply To This Comment ...................
aman
May 25, 2015 at 3:53 PM

Sebenarnya Najib kalau nak letak jawatan dia kena bagi alasan yg tidak akan membesarkan 'kemaluan' dia, tak mungkin alasan kerana kegagalan 1MDB atau yg tengah panas sekarang ni. Dia kena bagi alasan lain haha..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2015 at 5:13 PM

@AnonymousSetuju dgn saudara... habis mulai sekarang nama apa yang kita nak panggil kpd Peem kita ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2015 at 5:28 PM

Penipuan terancang & profesional... Kerugiann billion a.k.a ribu juta...Yingluck msia...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2015 at 8:22 PM

Teruknya PM kita...
Apa nasib kita ?
Nasib agama kita ?
Nasib bangsa kita ?
Nasib anak cucuk kita

CELAKALAH KAMU NAJIB
JUGA ORG2 KAMU....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2015 at 9:14 AM

Ada beberapa Petanda yg ask an berlaku:
1. Najib gagal sebagai CEO Malaysia. Depa ingat ini syarikat 1000 ringgit? Ini negara yg Mendokong jutaan rakyat dan Maruah bangsa melayu.
2.UMNO memang dah hilang akal, depa nak rasa mcmna bila kalah kot. Depa ingat boleh Berkuasa semula kalaubtakn Kalah. Mesti mau ingat, bukan PR shj yg kita sdg hadapi tp musuh luar spt Zionist dan agennya juga mahu lihat kuasa melayu ranap. Depa dah cuba beratus tahun sejak British menjajajah lg.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2015 at 9:53 AM

Kepada Kita Rakyat Malaysia yang dah kena TIPU dengan Penipu Malaysia (PM)....

Jom RAMAI RAMAI buat repot polis mcm Datuk Khairuddin...ke atas najib, arul, lodin, adn BOD 1MDB (Malaysia Dah Bangang)...

Kita tengok Polis ni berani ke tak ambil tindakan utk siasat? kalau betul si khalid tu ada intergriti, dia akan bertindak atas nama undang undang.. bukan buat muda dia macam udang...

Sama2 kita lihat wahai rakyat. Kalau setiap negeri kita sama2 buat lapuran polis... dah ada 14 reports. Dan polis harus ambil inisiatif utk bertindak atas lapuran polis tersebut tanpa apa2 prejudis.. ATAS NAMA PENEGAK UNDANG UNDANG...

....................
Reply To This Comment ...................
July 15, 2015 at 4:04 AM

Salam mullah qadammullah kita tunggu pru 14 nanti adakah rakyat bersama najib...sepertimana yang diluangkan oleh najib bahawasanya rakyat menyokong beliau....

Post a Comment