........... Isma - Kemelut 1MDB, TH Kerana Pemimpin Tiada Takwa | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isma - Kemelut 1MDB, TH Kerana Pemimpin Tiada Takwa

Sunday, May 10, 201531comments



BANGI, 10 Mei – Salah memilih pemimpin antara punca berlakunya pelbagai skandal di negara ini, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Abdullah Zaik Abd Rahman.

Katanya, pelbagai penyelewengan di negara ini berlaku kerana mereka yang dipilih untuk memegang amanah itu tidak peduli mengenai ketakwaan kepada Allah.

“Mereka fikir mereka miliki banyak helah politik dan mereka boleh berjaya tanpa perlu kepada beban ketakwaan kepada Allah.

“Kepemimpinan adalah amanah dan takwa adalah integriti. Tanpa takwa amanah tidak selamat,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang turut mengaitkan Lembaga Tabung Haji (TH) yang dilihat sebagai cuba menyelamatkan syarikat yang sedang nazak itu selepas TH membeli sebidang tanah daripada 1MDB pada harga RM188.5 juta.

Islam kata Abdullah Zaik, menitikberatkan ketakwaan terutama dalam isu politik dan kepemimpinan kerana hanya dengan takwa, salah guna kuasa dan pelbagai skandal dapat dielakkan.

“Akhir-akhir ini masyarakat sibuk membincangkan isu 1MDB dan kemudian penglibatan TH dalam isu yang kusut itu.

“Semua itu berpunca daripada kita tidak memilih pemimpin yang bertakwa.

“Sabda Rasulullah SAW, apabila disandarkan amanah kepada bukan ahlinya maka tunggulah kebinasaan,” katanya.


Sumber - ismaweb


Share this article :

+ comments + 31 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 4:27 PM

Bro Din, apa pilihan lain? PAS,PKR,DAPig, Islam terjemahan sendiri? Maleis are in between hardbreak and Sana'a(Yemen). Mungkin satu revolusi diperlukan utk menukar seluruh enjin kereta yg telah punah. Cry for Malaysia..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 4:39 PM

Mesti macai najib cakap presiden isma dengki dengan beliau!!!!tak boleh tengok melayu kaya!!!!kahkahkah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 5:08 PM

Jangan mudah jump to conclusion sebelum memahami cerita sebenar. Dan jangan cepat menghukum orang tidak amanah dan tidak takwa. Sebagai orang islam kita perlu selidik dan jangan lempar tuduhan sembrono. Sudah cukup dengan ada nya puak politik yang berperangai sedemikian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 5:16 PM

Hbs tu dah tau pemimpin tu tak mampu. Kita nk sokong lg ke? Dah tau pemimpin terpalit kontroversi kita masih nk sokong ke? Esok kita tgok la lps PM jumpa Ketua Bahagian. Lps tu ada lagi ka Ketua Bahagian nk ckp mcm hari tu. Semua ok. Semua sokong. Tp standard la Ketua Bahagian UMNO. Mana ada yg berani tegur lantang. Takwa ke tak diaorg bukan kisah kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 5:20 PM

Kalau Isma rasa mempunyai pemimpin yg bertaqwa, saya cabar daftarlah sbg pertubuhan politik, buktikan pemimpin2 ISMA penuh ketaqwaan dan boleh memimpin dgn baik. Yg pasti, ramai pemimpin dlm PAS yg mendakwa lebih Islamik, tak tara mana pun, malah ada yg lebih teruk! ISMA? Sama je kot.....

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2015 at 5:34 PM

@Anonymoushmmm.... salah ke kata2 Presiden ISMA tu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 5:35 PM

Apa yg orang ramai tak faham ialah kalau daftar sebagai parti politik, hancur lebur lah undi melayu. Sebab tu perkasa takde nak jadi parti politik. Bab politik biar umno je jaga tapi inti umno tu kita kena jaga plak. Tapi ni lg mudah ckp dari buat. Parti melayu dah ada 3 dah umno pas pkr. Kalau tambah lagi satu, habisla undi lg teruk.

....................
Reply To This Comment ...................
tukang telek
May 10, 2015 at 5:39 PM

Jangan sampai seperti perumpamaan pemandu kereta yg memandu mengikibatkan kemalangan, Kereta pula yg dibakar. Peristiwa yg terjadi akhir akhir ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 6:07 PM

Pemandu ni sensitif.

Ada Pemandu kat JPM.

Kemanakah kita semua dipandu?

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2015 at 6:11 PM

Tak salah.. tapi ada ke yang berkelayakan ? Tgk dua belah pihak pun mcm xde...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 6:11 PM

Bro, kebanyakan negara bertukar kerajaan selepas implement GST.

Itulah puaka GST. Sebab menyentuh hati dan sanubari rakyat kelas bawahan setiap hari.

Bila digandingkan pulak dengan penyakit kronik 1MDB dan penglibatan pang sanggup Tabung Haji yang sangat dekat di hati orang Melayu, kira memang carik pasal bro.

Umno patut bersyukur kalau akibat semua ini hanya bertukar PM je!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 7:01 PM

GLC MANA lagi bakal bail out 1mdb....bestnya bisnes di malaysia...sebab tu arul kandar nak jd ceo 1mdb....masyuk....sbb yg jawab smua problemnya ialah org malay....hahaha.....buat apa nak risau2....akhirnya tanda tanda kiamat itu mmg benar apa....relax...jgn emosi....dr isu pak man telo dulu...lama dah....bukan hanya tabung haji saja...lembaga zakat pun sama....mesti ada org2 yg x amanah dlm setiap jabatan....NERAKALAH TMPTNYA....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 7:03 PM

Buktikan taqwa dgn jadi parti politik?

Macam ni punya rakyat, kalau pemimpin bertaqwa pun negara bermasalah juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 7:17 PM

Siapa kita untuk menilai ketakwaan sesorang.dinturtle..adakah yang bekopiah tinggi nilai ketakwaannya....adakah yang bertuduh labuh tinggi nilai ketakwaannya....adakah yang pandai membaca Al Quran tinggi nilai ketaqwaannya...so dinturtle siapa kita disisi Allah hanya Allah yang layak menilai

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2015 at 8:04 PM

Din.
Najib takkan tunduk pada tekanan utk letak jawatan........malaysian insider.....
Mcm mana ? Ada ke rakyat yg masih sokong cara dia ? Habih lah pru 14....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 9:32 PM

Salah satu tanda akhir zaman. Bkn saja taqwa tp sebagai pemimpin hendaklah bijaksana bkn dungu atau bodoh. Byk ilmunya. Bijaksana bkn setakat akal tp tingkah laku juga tutur kata. Kat Malaysia ni aku rasa tokoh-tokoh sebegitu makin pupus. Pupus bkn krn x wujud tp tdk diberikan peluang. Peluang byk diberikan kepada yg pandai berlakon, bergaya dan membodek. Makin lama rakyat akan mula rasa was-was dan hilang kepercayaan, blhkah pemimpin yg dipilih memimpin dgn bijaksana?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 9:46 PM

Salam,
bab takwa ni tak boleh la nak komen sebab tak tahu takwa macam mana dalam minda orang yang bercakap. tapi kalu cakap bab kepimpinan kita nampak la ikut pandangan kita. pandangan orang dari sudut lain pulak. ahjibgor kata sokongan ahli umno ramai kepadanya mana mungkin dengar suara tdm sorang ajer. tdm menang satu undi pun nak terus berkuasa. ahjibgor menang tanpa bertanding, kuat tu. mana boleh turun. kita buat semua tu untuk rakyat, kita dengar rakyat. kita kasi rakyat berbillion duit brim, kita ambil tak banyak, naik jet kerajaan dan pi melancong. banyak mana sangat duit tu berbanding brim yang kita kasi. duit bantuan persekolahan kerajaan bn kasi. sorang seratus, ratus juta tu, kita buat kenduri pun tak sampai beratus juta. pi naik jet ke kazakh pun tak sampai berjuta-juta seperti kita kasi insuran dan tayar untuk teksi. semua tu habis berjuta lebih banyak daripada beg tangan isteri ahjibgor. cuma rakyat kongsi ramai. yang atas kongsi sikit. bab 1mdb ni dah berhutang tak boleh bayar. pandai pulak orang kira berapa hutang. menteri pun cakap tak pandai bisness kerana tak dapat jana duit pusingan kerana banyak sangat hutang. agaknya boleh buat untung ke dalam tempoh 3 tahun jika hutang semakin banyak. ahjibgor kata kalu diberi tempoh, 1mdb boleh diselesaikan masalahnya. 3 tahun lagi boleh selesai ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 9:55 PM

Sama-samalah kita tunggu mereka mendedahkan penyelewengan Mahathir besok.
Khabarnya lebih teruk (dari mereka?).

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
May 10, 2015 at 10:24 PM

Macam mana nak buat sukatan takwa seseorang? Inilah polemik Islam zaman sekarang bila masing-masing berlumba untuk buktikan bahawa dia lebih Islam dari orang sebelahnya. Jangan seret Islam dalam hal ini.

Semua orang ada berbuat salah, baik besar mahu pon kecil. Tapi siapa pula kita hendak menilai ketakwaan seseorang kepada ALLAH. Kalau ISMA kata yang tadbir 1MDB tidak mempunyai kepakaran (disandarkan amanah kepada bukan ahlinya), itu aku setuju. Tak perlu sampai mempersoalkan takwa. Ibadah yang kita lakukan pon kita sendiri tak tahu sama ada diterima atau tidak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 10:27 PM

Din, cuba tanya 1mdb tu...duit TH bayar tu ada lagi ke? Kot2 ada commitment urgent yg perlu dibayar . Kot2 lah
Dari Bg

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 11:13 PM

salam din penyu. 3 parti melayu umno pas dan pkr tidak bertakwa. ambil umno kata rasuah. ambil pas kita tak mau islam, ambil pkr lagi tak tau ape ugama nya, aku rasa aku nak masuk dap boleh hancurkan parti2 melayu. nanti kita duduk sama sama kat tepi jalan trx bersama anak cucu kita dan kata dulu tanah ni melayu lah punya tapi kita dah jual. orang melayu pun memang suka duduk tepi jalan rileks rileks dan tunggu bantuan kerajaan itu pun kalau ade mase tu. memang melayu tak hilang didunia sal jadi pengemis kat negara sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2015 at 11:20 PM

Dah beres beb....! Nasib sempat dateline dah sampai tu.......
Mcm tu la lebih kurang.....tak gitu ?

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2015 at 11:49 PM

Dulu peliwat tua nak bawa Sabah keluar..sekarang Najib pula bawa Sabah keluar Malaysia. .orang Sabah setuju. Minyak Lng melimpah ruah. Najib jadi Sultan/ Presiden..naik pangkat. .. what say you machai2 Mahathir and machai Muhyiddin?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 11:49 PM

Apapun Bn dah nak bungkus dah..ckp apapun cina dah x sokong,org muda pun dah meluat, melayu pecah.Umno pula dok angan2 lagi dan penuh dgn ego,korup,kroni.Bayangkan lah pembangkang lemah pun x blh menang!.majoriti pun kurang.Pm pun amik punahsihat yg amat pandai2.Bini pm pun ada power as playmaker.Tggu aje zaman kejatuhan Bn mcm golkar dan ldp.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 2:11 AM

AJG spent billions dgn konsetan dan punasihatnya, dan bangga dgn KRIM TRIM dan pelbagai istilah IM IM nya, tapi akhirnya "buah" atau pulangannya ialah GST dan hutang negara meningkat ! Bukan itu saja, PRU14 kerusi makin turun, tapi masih lagi syok sendiri dgn "I love PM" punya banner

Peningkatan hutang dan "transformasi"nya menyebabkan rakyat terpaksa byr GST hari2 beli barang runcit, menunjukkan AJG telah GAGAL, tapi masih lagi bercakap sedap mulut hari ini "mendahulukan rakyat"? Yg duit kata kat SG tu pun tak de.. lepas tu syok dakwa TDM cakap berbelit2. Ini menunjukkan AJG dah out of touch with reality

Krisis 1MDB sepatutnya straight forward bagi kerajaan yang telus berbelanja (berhutang) berbillion ringgit. Sepatutnya kalau dah guna wang sebanyak itu, mestilah ada paperwork yg telus, tapi masih berdolak dalik sampai tak habis2, pulak tu masih mendabik dada ttg ketelusan!.

Sy rasa besok kita kite pun boleh ikut style 1MDB punya business strategy. Gunakan kedudukan utk dapatkan "harta harta kerajaan/rakyat" dgn harga murah, sebagai cagaran kepada pinjaman berbillion, lepas tu kata bisnes hutang mrk "utk kebaikan rakyat"; kemudian duit yg dipinjam itu bolehlah alirkan ke luar negara dgn dihantar ke Cayman Island , dan dgn akaunting kelabu asap dan sama waktu dgnnya.... "keuntungan" perniagaan itu tentunya akan "lesap", atau perniagaan itu sendirinya entah ada ke tidak, dan sebaliknya hutang dan bebanan yg dibawa balik, tapi tak apa, bolehlah "dibayar" kembali dgn aset2 unbundling-nya (yg mrk anggap kepunyaan mak bapak mrk sendiri]. Bila ditanya akan hisab hutang piutang bolehlah berlindung dgn "OSA" atau tak mau layan sebab konon nak "fokuskan tugas" (menkelentong lagi)

Kesilapan UMNO selepas AAB meninggalkan kerajaan ialah tidak membuang konsetan2 yg telah memusnahkan kekuatan 2/3 kerajaan BN . Jadi penyakit itu telah menular semakin teruk sehingga berbillion ringgit disonglap oleh kumpulan2 yg sama, yg semakin besar, akibat dari kepimpinan yg tak amanah dan mementingkan kesenangan diri dari kepentingan rakyat.

The writings on the wall. Adakah sudah terlambat bagi BN/UMNO ? Kalau pembangkang menang dlm PRU akan datang, bukan disebabkan mereka baik macam malaikat, tapi adalah disebabkan tapi kerajaan sekarang ini adalah amat teruk dan tenat sekali keadaannya.






....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 10:14 AM

-Agree basic issue is ne of trust and he has failed.
-When we elect people we elect on the basis of trust but if consciousness is not strong or weakened by wealth real or illicit, then their minds are dulled and completely insensitive to any moral reasoning.
-Our governance model allows a lot of freedom which has created its own problems, which is of abuse of power when rich.

....................
Reply To This Comment ...................
Lan
May 11, 2015 at 11:46 AM

@Anonymous

dia nak kabo walaupun byk skandal pemimpin umno tetap superior dari lain especially pembangkang. hihi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 6:25 PM

Aku tak mengata sesiapa melainkan diri sendiri. Aku ni semasa belum ada kuasa akulah LEBAI. Tapi bila aku dapat kuasa, aku lebih teruk TIBAI!

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 11, 2015 at 9:22 PM

TAKWA == integriti.

Susah hendak tahu pemimpin mana yang bertakwa sehinggalah dia memimpin. Kadang2 yang pakai lebai sebakul bila dengan duit, serban pun boleh melayang.

Jadi jika sudah tahu bahawa seorang pemimpin itu tidak bertakwa maka menjadi tanggungjawab kita untuk tidak memilihnya lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 9:35 PM

Ketakwaan seseorang biarlah Allah yg menilai. Kegagalan negara tak semestinya sebab pemimpin tak bertakwa... mungkin sebab juga bumi malaysia ini dah bergelumang dengan fitnah, hina menghina, menghalalkan yg haram, kerelaan kita membiarkan islam di hina dan dipijak2, membela peliwat, budaya suka melabel musuh dengan cara yg tak islamik, kulit islam tetapi tindak tanduk tidak islamik... sehingga mengundang kemurkaanNya... mungkinkah ini tanda2 musuh islam berkuasa bila kita asyik bertelagah? Bila kuasa da xde.. baru kita lihat balik yg tiap2 kita lah yg telah membinasakan diri bangsa sendiri!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 8:07 AM

Abis da truk mcm ni pun masih amanah ker ... jgn la sokong membabi buta ... hang ni x de akai ka ... x bleh pkir da ka .... nak tunggu smpai malaysia da tergadai semua baru nak sedar ... bodohhh

Post a Comment