........... Flip Flop Najib Dana 1MDB Di Singapura - Kesilapan Atau Penipuan ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Flip Flop Najib Dana 1MDB Di Singapura - Kesilapan Atau Penipuan ?

Wednesday, May 20, 201537comments


Ramai yang dah tahu FLIP FLOP Najib dalam isu wang 1MDB di Singapura. Sekali lagi kita baca -

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, baki pelaburan tersebut ditebus dalam bentuk aset mata wang US$ di BSI Bank Limited Singapore (BSI) Singapura

“1MDB telah menjelaskan bahawa baki pelaburan yang telah ditebus oleh 1MDB adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang USD di sebuah bank di Singapura bertujuan untuk mengimbangi liabiliti USD syarikat."

Selain itu, katanya jawapan tersebut merupakan pindaan kepada jawapan kerajaan sebelum bertarikh 10 Mac 2015, bahawa baki dana pelaburan 1MDB ditebus dalam dalam bentuk wang tunai. - Astroawani.

Ada ke sesiapa yang percaya dan boleh terima begitu saja kesilapan sebegitu besar ? Najib dah tengok penyata bank atau agreement antara 1MDB dengan bank itu ? 

Sebagai Menteri Kewangan, amat kelakar kalau Najib boleh keliru atau tidak pandai baca penyata bank untuk membezakan antara tunai dengan paper aset. Baik letak je jawatan Menteri Kewangan kalau benda sebegitu pun boleh keliru !

Bagaimana pula dengan 1MDB ? Adakah 1MDB juga keliru ? Ini lagi la kelakar kalau 1MDB yang buat transaksi pun boleh keliru. Cuba baca apa kata Arul Kanda sebelum ini -

- “Wang tunai itu ada di dalam akaun kami dan dalam matawang AS. Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya,” - Arul Kanda 7 Februari 2015

BNBBC
Nah ..... adakah itu kenyataan dari seorang yang keliru antara tunai dengan paper aset ? Punyalah tinggi kenyakinan Arul sehingga dia boleh yakinkan kita bahawa penyata itu menyatakan TUNAI.

Jadi macamana penyata yang dilihat oleh Arul Kanda yang dengan jelas menunjuk wang tunai dalam matawang AS boleh bertukar jadi paper aset ?

Ini bukan keliru atau kesilapan tapi PENIPUAN. Siapa yang tipu siapa ?

Kita sering bertanyakan soalan kenapa tidak digunakan wang itu untuk membayar hutang IPP sebanyak RM2 bil, dan kenapa terpaksa jual tanah TRX dalam keadaan terdesak kalau masih punya wang di SIngapura ..... nah, jawapannya sudah diberikan. 

Sebab tidak ada wang tunai di Singapura.

Jadi .... adakah Arul Kanda telah menipu satu Malaysia pada 7 Februari lalu ? Dan Najib pula .... adakah beliau juga menipu atau begitu mudah ditipu semasa berikan jawapan bertulis Parlimen pada 10 Mac lalu ?

Kalau Menteri Kewangan menipu Parlimen maka sewajarnya beliau meletak jawatan. Dan kalau Menteri Kewangan begitu mudah ditipu, beliau juga tidak layak untuk terus pegang jawatan itu.

Bayangkan Menteri Kewangan yang begitu mudah ditipu mewakili negara untuk berbincang dengan negara luar... contohnya dalam isu TPPA.... alamat hancurlah negara !


Bukannya payah pun, sekadar melihat penyata bank saja sudah cukup untuk kita tahu apakah ia dalam bentuk tunai atau paper aset. Kalau kita terima kenyataan terakhir Najib ini, bermakna beliau langsung tidak melihat penyata itu dan hanya bergantung kepada cakap orang !

Sungguh tidak bertanggungjawab jika benar Najib hanya bergantung kepada cakap orang. Sebab selama beberapa bulan ini isu wang di akaun Singapura merupakan antara isu terbesar yang sering menjadi perdebatan. Malah Tun Mahathir pun turut dihina dan dicerca kerana antara lain sering meminta bukti wang itu wujud.

Kenapa fakta ini tidak didedahkan dari awal ? Kenapa penyokong2 Najib dikencing .... errr..... mereka tak kisah kot sebab mereka tetap akan sokong apapun Najib buat waima flip flop sekalipun.... kan ?

Najib kena minta maaf secara terbuka kepada Tun Mahathir dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan ini. 

Lain2 tindakan juga boleh dikenakan seperti Usul Undi Tidak Percaya seperti yang disarankan oleh Datuk Khairuddin - KLiK. Terserah pada pihak tertentu menilai tahap kesalahan yang dilakukan oleh Najib.... mungkin ramai yang langsung tidak melihatnya sebagai satu kesalahan pun !

Oya, bagaimana dengan kenyataan Arul Kanda pada 7 Februari lalu ? Adakah itu satu perkara kecil yang tidak perlu diberi perhatian ?

Adakah semua ini satu Kesilapan atau satu Penipuan ? Atau satu AUTA bagi menutup perkara yang lebih besar ?





PS - Oya, Najib kena maklumkan kali ini paper aset itu dalam bentuk apa dan apakah nilainya sama dengan USD1.103 bil ...... jangan pula kata kena tunggu audit !

Share this article :

+ comments + 37 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2015 at 9:47 PM

Rasanya bila pilihan dah makin sempit,DS Najib akan debate dengan Tun M.Parody pun dah keluar. :D

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=2RR3Q9AacIk

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 10:08 PM

Bagi isu sebesar ini, takkan seorang perdana menteri boleh tersilap membuat kenyataan.

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2015 at 10:11 PM

lagi banyak yang hendak disembunyikan,lagi banyak kesilapan yang akan dilakukan.

penipuan dibuat untuk menutup satu penipuan.

berat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 10:14 PM

lepas ni nk tgok apa barua2 najib nk spin...udah udah la minum ayaq kencing najib dan penasihat nya..

selaku MOF dan PM najib kena teliti dlm hal yg berkaitan ...ni bg kenyataan pun blur mcm ni senang je mat saleh nk tipu dan musnahkan negara kita mcm Greece yg dah muflis

undur la najib sebelum rakyat kencing atas kubur keturunan kamu nanti...

elok la dok satu sel ngn abg non

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
May 20, 2015 at 10:30 PM

Ada timbul pasal AMLA pulak dah. Jumlah sebenar "aset" tak dapat di nyatakan. Najib menyorok celah kain Zeti.

Hari ni blog pro Najib buat-buat alim. Semua cerita pasal PAS, DAP, PKR. Tengah bengang agaknya. Tak pasal-pasal benjol dahi kena tujah dengan Najib sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 10:31 PM

Najib telah berbohong di dlm parlimen. Beliau mesti di hadapkan ke lembaga disiplin. Camne PM ni,asyik nak kencing rakyat je.

....................
Reply To This Comment ...................
anak p.e raja
May 20, 2015 at 10:32 PM

dah tak tahu apa nak komen cuma kalau di negara matahari terbit JAPAN - PM dia dah kata sayonara atau. ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 10:41 PM

ahli parlimen pembangkang masa mula-mula dedahkn tentang pelaburan 1mdb yang meragukan di dewan rakyat telah pun usulkn apa kata jawatan menteri kewangan diserahkan kepada orang lain? xde response dari semua. Jika wakil rakyat dlm dewan pn buat xtau je tentang cadangan letak jawatan menteri kewangan ..macam mana cadangan kita rakyat ni nk didengari?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 10:48 PM

Sengaja Tun M tak dedahkan rahsia besar Ah Jib Gor yang beliau sembunyikan demi menjaga air muka Ah Jib. Ada sesuatu pada Tun M yang jika terdedah kepada umum, Ah Jib Gor pasti akan malu. Apa yang telah didedahkan setakat ini masih mampu membuat Ah Jib Gor tersenyum. Agaknya Ah Jib Gor nak tunggu Tun M meletupkan bom nuklear dulu. Pastu barulah beliau nak meletakkan jawatan.

P/S : Orang kata kalau kita berbohong sekali. Kita pasti akan berbohong sebanyak 2 kali. Ini kerana, kita terpaksa berbohong sekali lagi semata2 untuk cover bohong yang pertama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 10:59 PM

Patutla muyiddin pun kata dia keliru dgn 1mdb..

Mungkin dia dah tahu mmg berat sgt 1mdb ni tp ajib tetap nak kelentong rakyat jugak..

tengoklah..muyiddin pun boleh kata dia keliru...yg peliknya blongang2 dan para penjilat ajib pulak lebih2 mcm tahu lebih byk..siap mencerca tun m lg..nah skrg terbukti depa semua mmg bangang..hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 11:11 PM

Nixon kena impeach sebab Watergate scandal yang mula didedahkan oleh whistleblower macam Sarawak report. Apakah nasib Najib? Sebelum impeachment, mulalah bawa usul menipu parlimen mcm BN bawa usul dan AI kena gantung dulu......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 11:22 PM

Nk suruh org intrigiti ...najib lagi tak ada intigriti...unju kpi...nkra...prmandu....pemudah la...apa kejadah srmua tu klu diri srndiri x ade intigriti

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 11:28 PM

BN tak de pilihan selain bawa usul undi x percaya si najib penipu ni.

Jangan sampai pembangkang buat dulu. Rakyat akan hilang keyakinan kat BN sampai bila2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 11:45 PM

pro najib nampak senyap jer dalam isu nih. Mungkin belum terima arahan untuk spin kot. Tengokkan nanti, bila satu blog mula maka ramai lah yg ikut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 11:50 PM

Alahhhhai...Din oh Din...sebenarnye duit tu sudah...
Tak perlulah saya katakan terus terang. Just connect the dots. Dia kan kata dia Presiden UMNO paling kuat...cash is king...semua pewakilan UMNO sokong dia...semua terima wahyu Jib...semua mengiya 1MDBanggang takde masalah, akaun sihat, aset lebih liabiliti...hilang 27beliyon...semua dah masuk kocek jemuan, pelesit, bloggang etc.

Jadi siapa yang kuat sokong, tu la yang banyak terima habuan dari kehilangan 27 beliyon tu. Jadi mereka yang kuat sokong tu, korang sama-sama mengkhianati rakyat marhaen. Pergi umrah, naik haji pon tak bersih diri korang tu. Ingat tak cam mane JJ mati? Renungkan je la

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 11:54 PM

Sape yg tipu skrg?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 12:06 AM

Ah Jib Gor the Bugis warrior TELAH :-
* tipu kita dengan misleading kita yang orang Cina sokong dia dengan menyuruh mereka memegang banner ' I love PM

* tipu kita dengan manisfesto dia di sukai orang rakyat sebelum PRU13'

*tipu kita dengan BR1M konon nya untuk tolong orang miskin tapi sebenar utk menrasuah orang Cina sebab dia pikir duit dia tabur will make him ''KING''

*tipu kita dengan kata duit 1MDB sudah ada di Singapore tapi tak bank in di Maybank Singapore branch.

*tipu kita dengan berkata yang BNM tak bagi duit tu masuk Malaysia sebab lebih dari RM50 juta

*tipu kita kerana RM50 juta tu hanya ' paper security'' bukan CASH

*tipu kita dengan appointment Azeez Putra Chairman TH sebagai seorang yang jujur tapi BOHONG kepada rakyat yang TH tak beli tanah 1MDB dalam twitter dia

*tipu kita bila Lahat Datu di cerobohi,dia kata undercontrol tapi banyak rakyat Malaysia mati

*tipu kita dengan mengata KEKAYAAN dia dan Rosmah,Reza dari old family wealth

*tipu kita dengan mengata 1MDB is not in trouble tapi sekarang cerita pulak over time 'problem'boleh selesai sebab nilai tanah 1MDB akan meningkat.

This Bugis warrior is more of a pathological 'LIAR' rather a flip flop man!

Tapi kalau dia mengaku ini SEMUA ada lah kesilapan than he is GROSSLY INCOMPETENT to leadlead US and the COUNTRY!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 12:48 AM

Sampai thp ni pun klw masih percaya najib x tau ler.... Disebabkn najib pumya angkara org melayu kena ubah dr survival melayu kpd survival malaysia. negara ni bleh jd mcm greece.... nk jd pm 22thn???? Makn kangkong lh jwbnyer tiap2 hari....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 1:09 AM

najib oh najib..x ku sangka ko seorang penipu...ohh my najib sob sob sob

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 1:22 AM

Mengenali Tun M, beliau adalah pemimpin negara yang tak pernah dengan sesiapapun. Beliau berani mengkritik kuasa besar dunia seperti US dan Israel tanpa rasa gentar sedikitpun. Siapa sahaja yang cuba menentangnya pasti akan kalah.

Pilihanraya tahun 1999, Anwar Ibrahim telah menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkan Tun. Termasuklah meraih simpati ngan mata lebam dan mengerah sokongan pengikutnya melalui reformasi besar-besaran. Tapi semuanya tak menjadi kerana Tun masih mampu menubuhkan kerajaan selepas pru selesai. Imej warak, kemahiran berpidato dan pengaruh Anwar Ibrahim, masih belum mampu untuk menewaskan Tun M.

Inikan pulak, Ah Jib Gor yang dibantu oleh cyber troopers dan penyokong2nya rasa2nya belum cukup mampu untuk menewaskan negarawan sehebat itu. Nak lawan Tun M ? Mimpi jerlah. Pasal Tun M tu mahaguru politik yang terulung dan terhebat.

Kalau setakat cercaan dan makian kat tv, Tun M tak heran pon. Sebab Tun ada strategi dan cara tersendiri dalam menyerang lawan politik beliau. Bagaimana teknik yang Tun gunakan untuk menewaskan musuhnya ? Cara Tun ialah dengan melemparkan kail yang dibubuh umpan ke sungai. Apabila ikan telah terjerat pada mata kail. Biarkan sahaja ikan itu menggelepur sendirian untuk melepaskan diri. Lama-kelamaan ikan itu akan lemah dan longlai kerana tidak berdaya. Ketika itulah kail tadi akan ditarik perlahan2 kerana ikan sudah tidak berdaya lagi untuk melawan. Tak perlu guna kederat ataupun tenaga. Cuma guna otak jer. Inilah cara Tun M dalam mendepani musuh politiknya.

P/S : Dalam PRU 1999, berapakah agaknya undi majoriti yang diterima oleh Ah Jib Gor ? Mungkin lebih daripada Tun M kot....hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 4:53 AM

Isu najib flip flop ini interesting. Dulu apabila tdm cakap benar dan pandikar cakap benar, bloggers pro najib like semut hitam, dr mim, mykmu.net, jfk dan lain spin yang tdm pembohong...tiap2 sejam ada saje yang di spin kutuk tdm

Nah......apabila najib berbohong dalam parlimen dan bermacam pembohongan, blog mereka senyap membisu kecuali blog mykmu.net ada sedikit keberanian malangnya menyerlahkan kurangnya daya pemikiran mereka...aduh....tuh sakit disini.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 7:02 AM

Kesilapan Najib paling besar ialah terlalu mempercayai penasihat2 disekelilingnya.. Penasihat yg tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mengkayakan diri mereka sendiri selagi Najib dengar nasihat mereka.. sebab mereka tahu, Najib lemah & terlalu mudah diperdaya dengan janji kosong..

....................
Reply To This Comment ...................
May 21, 2015 at 7:06 AM

Aset tu dlm bentuk tin sardin dlm jumlah usd 1b something.. klu bwk masuk malaysia dah boleh untung usd 60million sbb gst (rm200juta lbh).. perghh... untung senang tu.. patutlah bank negara susah nak terima,sekarang aset pun boleh simpan dkt bank..bunyi mcm kena cagar je..
Ohh satu lagi,mula2 diorang ingat nak simpan aset ni dlm bentuk udang kara,tapi takut rugi sbb takde gst.. lps tu cepat pulak matinya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 7:31 AM

1MDB (MegaDeceptionBerhad) adalah satu syarikat yang ditubuhkan semata2 untuk pernipuan mega dan mangsanya adalah rakyat Malaysia.

setelah sekian lama masih tidak ada jawapan yang PALING PENTING ia itu kemana perginya baki 27 billion dari pinjaman 42 billion.
(setelah beli aset dengan 15 billion)

sekarang kita telah mula dengar ada cara permulihan yang akan memulihkan 1mdb setela sekian lam mengatakan 1mdb memang kukuh.

soalan paling besar adakah dengan skim permulihan, lanun2 yang songlapkan 27 billion akan terlepas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 7:36 AM

@izad12
Tuhan nak tunjukkan kesalahan dia....tipu rakyat, salah guna kuasa...rasalah. Itu baru kat dunia..
Ahjib patut resign dgn cara terhormat sbb dia tu yang berhormat. Sudah2lah buat lawak ahjib oi...saya dah jemu(an) tengok dan baca skrip drama ahjib ni.
Bagus ahjib pi IKM ambil sijil dandan rambut ada juga faedahnya..😇

....................
Reply To This Comment ...................
May 21, 2015 at 7:47 AM

Salaam din.

Terlalu ramai yg berani mengatakan betapa BODOH nya pm msia.......dan saya bersetuju utk itu. D samping kelemahan yg beliau tonjolkan menampakkan beliau tidak layak menjadi pemimpin. Cuma layak bergaya pemimpin !
Seterusnya kpd yg selalu mengatakan beliau bodoh....apakah tindakan kalian ? Adakah kalian tidak pula berani pula mendesak supaya PM kita ini berundur dgn kadar segera , supaya siasatan menyeluruh d lakukan terhadap mereka. Umum mengetahui bagaimana banyaknya duit riza , koleksi mewah serta citarasa mewah rosmah dan berlaku penyelewengan d sini........
Apakah kalian hanya gah d sini saja ? Suara2 ini pasti mampu mengubah segalanya. Sedih bila ada antaranya menulis terpaksa hidup susah angkara tindakan pemimpin ini......dgn pelbagai benda yg menyesak kan. Sedangkan mereka d ulit jutaan rm!
Marilah kita BERSATU utk mengheret mereka2 ini ke pengadilan yg kita tuntut. Kita telah d ZALIMI. Kita telah d TIPU. Kita telah d PERBODOHKAN oleh isu2 pelaburan negara.....kononnya ADA.

BERANI KERANA BENAR
NEGARA KITA HAK KITA
SUARA KITA MARUAH KITA.
Demi perjuangan yg belum selesai.......BERJUANGLAH !

SEKIAN.
DEMI ALLAH....DEMI RASUL....
DEMI AGAMA.....DEMI BANGSA
DEMI NEGARA.....
TANAH TUMPAHNYA DARAH KU.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 8:45 AM

Perdana Menteri dah memberikan keterangan palsu di dalam sidang parlimen, sekejap kata wang tunai USD 1.103 bilion disimpan di BSI Singapore Limited, walaupun orang ramai heboh mengenai sebenarnya yang disimpan di BSI Singapore Limited itu bukanlah wang tunai, tetapi paper asset, yang mungkin entah ada nilai lagi atau tidak. Sekarang barulah Najib terhegeh-hegeh beri jawapan baru pula, mengaku bahawa yang disimpan dalam BSI Singapura itu adalah paper asset dan bukannya wang tunai pun.

Patutnya Najib ini dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parlimen kerana memberi keterangan palsu, undi tidak percaya kepada Najib perlu dibuat kerana beliau secara curang menipu ahli parlimen, menipu rakyat, malahan menipu negara dengan maklumat palsu.

Tapi para ahli parlimen Barisan Nasional akan terus menyokong membuta tuli Najib dengan harapan mereka akan dicalonkan lagi dalam PRU 14.

Manakalah di pihak pembangkang pula, mereka akan biarkan perkara ini kerana mereka sedang mengumpul segala bom jangka untuk meletupkan Barisan Nasional hingga hancur dalam PRU 14 kelak.

Kepada ahli UMNO dan Barisan Nasional sekalian, jika perkara ini berterusan, maka sedarlah bahawa parti kita akan hancur akibat pemimpin yang khianat seperti Najib sertai pemimpin lain yang juga khianat serta tamak seperti ketua bahagian, ketua sayap, ketua parti komponen, ahli parlimen dan adun-adun yang hanya setia kepada habuan, tetapi mengkhianati parti.

Kita perlu pulihkan segera Barisan Nasional, Najib perlu ditumbangkan, malahan ketua-ketua bahagian penipu dan pengkhianat itu perlu disingkirkan dalam pemilihan tahuan hadapan.

Selamatkan Malaysia, Selamatkan Barisan Nasional, Selamatkan UMNO, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

....................
Reply To This Comment ...................
May 21, 2015 at 8:49 AM

Din rasa rasa aku Najib ni betul betul tunggul kayu mati, dia sebenarnya apa pun tak tahu dan bergantung sepenuhnya kepada para punahsihat disekeliling pinggang. Apa punahsihat kata dia ulang saja sebagai contoh kita tengok gambar upacara penyampaian chek (15 ribu atau 50 ribu) baru baru ni - Najib sendiri pun tak peduli nak tengok dia ambil bagi aje. Memang lebih elok sekiranya Najib letak jawatan secepat mungkin dan belajar berniaga secara kecil kecilan dulu dan mungkin dia dengan Rosmah boleh start dengan jual "sotong kangkong"....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 10:20 AM

Selamat bersara ah jib.Goh..

....................
Reply To This Comment ...................
May 21, 2015 at 10:32 AM

Lepas ni, satu sen pun Rakyat tak akan percaya apa yang keluar dari mulut Najib.
Letak Jawatan serta-merta sajalah. Itu lah saja harapan yang masih tiggal untuk Rakyat yang sayangkan UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
May 21, 2015 at 11:18 AM

@anak p.e raja harakiri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 11:29 AM

Najib kata ada tunai..tak kan lah nak tunjuk hardcash..Jadi dia tunjukla paper cash...duit cina (sorry) mati...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 2:10 PM

@Anonymous

Rasanya pembangkang tidak akan sokong undi tidak percaya jika dibawa ke parlimen. Sebab mereka tahu, jika najib terus jadi pm, maka peluang utk pembangkang menang pada pru akan datang semakin cerah.

....................
Reply To This Comment ...................
May 21, 2015 at 11:05 PM

Mai ramai-ramai berpakat minta PM benggong ni TURUN........................MEMALUKAN....Kata ambik mat saleh sebai TUAN PENASIHAT....mana depa tu P. orang yang cekang-cekang ramai tapi dia tak percaya....Hah ambik habuan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 11:29 PM

siakap senohong gelama ikan duri
cakap bohong lama2 jadi pencuri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 2:02 AM

ucapan rmk11 aku tak ambik kisah pun.tali hayat dah sampai penghujung.ah jib gor the bugis warlord must step down.no excuse.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2015 at 5:53 AM

Do like what Thailand. Remove the corrupted Thaksin and gang!

Jason Hing

Post a Comment