........... Elok2 Melayu Nak Bangunkan Tanah, 1MDB Pi Sauk .... Sekarang Apa Dah Jadi ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Elok2 Melayu Nak Bangunkan Tanah, 1MDB Pi Sauk .... Sekarang Apa Dah Jadi ?

Saturday, May 30, 201531comments


Ingat tadi nak sambung sikit dari mana saya stop di artikel sebelum ini, bab bantuan USD1 bil yang diterima oleh 1MDB bagi membayar hutang segera ..... tapi terpanggil untuk dahulukan komen artikel dari link yang saya terima melalui emel sebentar tadi. 

Artikel dari Malaysia Property News yang copy dari Business Times, bertarikh 9 Oktober 2010 mengenai pembangunan di tanah KLIFD..... yang sekarang kita kenali sebagai TRX.

Yang buat saya tertarik tu sebab artikel dimulakan dengan perkataan ABU Dhabi ! 

2010 ... Abu Dhabi -1MDB ? ?  Actually, bukan itu yang saya nak tulis kali ini tapi bagus juga kita tahu yang hubungan 1MDB-Abudhabi ini sudah terjalin dari awal penubuhannya lagi. 

Sikit2 Abudhabi .... pusing2 balik Abudhabi juga ... hmmmm kena buat kajian ni. Kita bincang lagi Abudhabi Connection ni lain kali, memang menarik ...

Balik pada artikel tadi -

The collaboration was first scheduled to be announced at an event on May 29 this year, with the attendance of General Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan, the Crown Prince of Abu Dhabi, and Deputy Supreme Commander of the United Arab Emirates Armed Forces.

However, on May 27, invited guests were notified that the event had been postponed. No reasons were given. But checks with the Kuala Lumpur Land and Mines office indicate that a tussle may have occured over the Dataran Perdana land.

One of titles on the land states that Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) (previously Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd) had placed a caveat on the land on May 7 2010, just 22 days prior to the event.
 
Pelancaran majlis nak mengumumkan kerjasama 1MDB-Abudhabi dalam memajukan tanah TRX terpaksa ditunda kerana tanah TRX itu sudah ada caveat ( lebihkurang maksudnya dah dituntut, atau kena minta persetujuan mahkamah dan pihak yang buat caveat itu terlebih dahulu sebelum boleh dilakukan apa2 ke atas tanah itu )

PHB, set up following the tabling of the 2006 Budget, was said as being in the process of buying several prime properties, including Dataran Perdana. It was to issue capital market instruments, such as real estate investment trusts, in future to provide investment opportunities for Bumiputera investors.

Katanya, Pelaburan Hartanah Bumputera sudah merancang nak membangunkan TRX bagi memberi peluang perniagaan/pelaburan kepada Bumiputera. 

PHB, however, withdrew the caveat on September 20 2010, and on Monday, 1MDB itself placed a caveat on the land, indicating that it had been handed over to it for development of the KLIFD project.

Tetiba caveat itu ditarik balik dan sepantas kilat pihak 1MDB pula yang ganti letak caveat di tanah itu. Maknanya, hak ke atas tanah TRX telah diambil dari Bumputera untuk diberikan kepada 1MDB.

Kalau waktu itu kecoh, mungkin alasan yang diberikan adalah untuk beri peluang 1MDB memperjuangkan hak Melayu di TRX ! Sama saja.... beri PHB atau 1MDB sebab hak Melayu tetap terjaga..... kan ? Tak kisahlah kalau dijual mural giler pun .... yang penting, demi bangsa !

5 tahun kemudian ......  apa dah jadi pada pemilikan tanah TRX ? Mereka yang pro 1MDB pula yang bising memuji2 Tabung Haji kerana mempertahankan hak Melayu ke atas tanah TRX seluas 0.63 hektar.

Ya, bagus Tabung Haji, Tahniah ! Kalau tidak, hampir seluruh 30 hektar itu akan bertukar milik ke bangsa asing.

Mereka yang memuji2 TH itu tak nak kata apa2 ke kepada 1MDB ? Masih nak kata yang 1MDB pertahankan hak Melayu ? Tang mana tu cer cerita ....


PS - Sebenarnya bagus dan saya anggap kawan seperjuangan mereka yang memuji tindakan TH beli tanah TRX sebab secara tak langsung mereka juga turut risau dengan 1MDB yang akan gadaikan tanah Melayu di TRX ! TH telah selamatkan sebahagian TRX dari dijual oleh 1MDB kepada bangsa asing ! Kalau diberi balik pada 1MDB, habislah ...... Kan ? kan ?

Share this article :

+ comments + 31 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 4:29 PM

tu ar psl ni,tgh panas ati ni...tanah yg dirancang buat agenda bumiputra...ni sekarang najib buat aset 1mdb buat modal syarikat tu...mmg lahanat tol la

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 5:19 PM

Pusat komersil bumiputera, Memperkasa Ekonomi Bumiputera, semuanya lingkup akibat permainan Najib dan kuncu-kuncunya.

Apa dah jadi dengan pusat komersil bumiputera di TRX dan apa dah jadi dengan Memperkasa Ekonomi Bumiputera yang dilaungkan oleh Najib selama ini? Semuanya lingkup punah ranah semuanya.

Najib, Arul Kanda, Shahrir Samad, Rahman Dahalan, dan lain-lain kuncu mereka dah tak ada jawapan, mereka sendiri terperangkap dengan 'permainan' gila babi mereka ini sendiri.

Paling terainaya, adalah rakyat yang kerugian berbilion ringgit peruntukkan pembangunan akibat penyelewengan transaksi jualan tanah di TRX dan Bandar Malaysia.

Najib, Shahrir Samad, Rahman Dahalan, Arul Kanda, dan kuncu-kuncu mereka tak mampu nak menjawab ini semua, hanya gari dan heret ke mahkamah sahajalah yang boleh menjawab semua ini.

Apa lagi yang ditunggu, penyelewengan dah terang-terangan, ada yang larikan diri dari soal jawab dengan Pemeriksa Kira-Kira Wang Awam Negara, kononnya di luar negara, tetapi boleh pula makan malam dengan Shahrir Samad di restoran keesokkan harinya, kononnya nak terangkan kedudukan 1MDB kepada Shahrir Samad, tapi si Arul Kanda ini takut nak terangkan kedudukan 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara, apa ini semua?

Kegilaan apakah yang melanda negara ini sekarang ini? Speaker dah kena beli dengan habuan perabot baharu, tandas baharu, ubah suai pejabat mengikut kehendak hatinya, terus longlai jadi pecacai Najib hinggakan Najib melanggar peraturan dewan seperti mengemukakan maklumat palsu dalam sidang parlimen pun tak dibawa ke Lembaga Disiplin Parlimen untuk dibicarakan.

Malahan Ketua Polis Negara pun, mungkin menunggu pengumuman pelanjutan kontrak jawatannya untuk dua tahun lagi, sebab itu berharap sangat dan tak ambil tindakan terhadap laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengenai keterangan palsu Najib kepada sidang parlimen serta kepada kerajaan Malaysia mengenai USD 1.103 bilion yang dari tunai berubah ke 'aset', lepas tu bertukar pula ke 'unit'.

Rakyat memerhatikan perkara ini, kalau institusi kerajaan pun sudah tidak dipercayai oleh rakyat, susahlah nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 5:22 PM

Din, still wondering how USD 1B can resolve 42B borrowings. Keep monitoring Din. This country runs by musang berbulu ayam. Takut juga Malaysia ada ibunegara baru iaitu Abu Dhabi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 5:41 PM

Mmg dah kena sauk pun.. Cuba check tgk yg TH beli retu dijual ke mana. Jual kat syarikat mana.

....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2015 at 5:43 PM

Good DT. Keep us informed.

Sekarang hanya Kementerian Kewangan sahaia akan keluarkan berita sahih 1MDB. Sekurang- kurang nya kita ada sumber sahih dan tidak dari pihak yang tiada hujung pangkal.

Jangan ada silap mata lagi sudah lah. Salah tetap salah. Tidak beramanah dan kumpul hartaharam mesti di renjat, bayar balik segala kerja setan yang mereka lakukan. Jika terbukti penyelewengan dari PAC dan AG.

Sesungguh nya pemakan riba, rasuah dan pemakan harta anak2 yatim ( he..he.. melayu lah tu..) penipu, pencuri, pembunuh itu amat hina sekali di sisi Tuhan.

Nota : dengar khabar dari blogger, Jho Low baru sampai, ada di Malaysia, betul ke ?



....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2015 at 6:07 PM

Apa yang rakyat risau adalah khazanah negara di dalam perbendaharaan negara yang menjadi galang gantinya untuk bayar hutang 1MDB, kerana hutang 1MDB dijamin oleh kerajaan. Malahan rakyat juga risau dengan wang GLC serta badan-badan berkanun seperti KWSP, Tabung Haji, BSN, KWAP, Felcra, Felda, dan macam-macam lagi itu yang akan diselewengkan juga dan digunakan untuk bayar hutang 1MDB, ini yang rakyat risaukan.

Dengan jumlah hutang 1MDB lebih kurang RM 49 bilion, lepas tu hutang lagi dan lagi, sekarang ni mungkin dah lebih RM 50 bilion, kita sangat takut jika wang dalam perbendaharaan negara digunakan untuk bayar hutang 1MDB kerana 1MDB tak mampu bayar, maka kerajaan sebagai penjamin perlu membayar kepada pihak bank dan pemiutang lain.

Melihat kepada keadaan 1MDB sekarang ini, kedudukan 1MDB ini adalah seperti negara Greece di mana adalah sesuatu yang di luar kemampuan untuk menyelesaikan hutangnya apabila 1MDB sendiri kerugian berpanjangan, kononnya dapat dividen keuntungan pelaburan dengan Petrosaudi, tapi bila nak bayar faedah bank pun kena hutang lagi, jadi di manakah semua keuntungan pelaburan dengan Petrosaudi yang dicanangkan oleh juak-juak Najib katanya keuntungan adalah lebih USD 1 bilion ringgit. Malahan baru-baru ini dikatakan dapat dividen untung hampir USD 500 juta, jadi pasal apa gunakan dana dari pelaburan Aabar Group hingga USD 975 juta dari USD 1 bilion pelaburan itu? Tinggal lagi USD 25 juta, pembangunan mangkuk apakah yang akan dibuat oleh 1MDB dan Aabar Group ini?

Malahan kita risaukan juga USD 1 bilion ini ditipu lagi, hutang dikatakan sebagai pelaburan pula, kalau pelaburan, takkan digunakan untuk bayar hutang?

Pusing sana sini pun, 1MDB memang adalah sangat sukar untuk menyelesaikan hutang-hutangnya mengikut masa yang ditetapkan kecuali mereka terus berhutang untuk bayar hutang di mana hutang mereka tak akan habis dan bila dah teruk sangat, wang perbendaharaan negara akan jadi mangsa, akhirnya rakyat juga yang mengalami kerugian kerana pembangunan negara akan ditarik balik dan wang untuk pembangunan negara bagi kesejahteraan rakyat akan dirampas dan digunakan untuk bayar hutang 1MDB, ini yang sangat kita risaukan sekarang ini.

Malahan keadaan ini boleh menyebabkan keruntuhan kepada ekonomi negara hingga menyebabkan Malaysia terjerumus ke krisis kewangan yang dahsyat seperti Greece dan menyebabkan rakyat juga yang menderita seperti yang berlaku di Greece sekarang ini.

Krisis di Greece juga bermula dengan keadaan seperti yang berlaku di Malaysia sekarang ini, cuma mereka tak adalah 1MDB, cuma Greece gila berhutang hingga akhirnya tak mampu bayar, nak bayar faedah bank pun tak mampu, keadaan yang sama tak mustahil akan berlaku di Malaysia, dan di saat itu, kita perlu risaukan dengan apa yang akan terjadi kepada kita, berapa ramai yang akan lingkup perniagaan mereka, berapa ramai yang akan kehilang pekerjaan mereka, rakyat akan terjebak dengan inflasi yang teruk serta negara menjadi tak stabil serta akan mudah dicucuk hidung oleh negara-negara pemiutang.

Kalau Najib serta juak-juaknya tidak memikirkan kepentingan rakyat, maka kita rakyat perlu memikiran kepentingan kita yang makin hari makin teruk sekarang ini.

Samalah kita teruskan untuk menumbangkan Najib, samada dia meletak jawatan atau dipecat, itu adalah kemungkinan yang perlu dilakukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 6:13 PM

salam,
saya ingat lagi yang bro tulis berkenaan ahjibgor pada awal tahun pemerintahan 1bugis dan 1minang. pi luar negara dan bila balik umumkan pelaburan berbillion dah masuk, bro ulas bab wang yang akan masuk yang ahjibgor dah kira sudah masuk dalam tabung. memang banyak pelaburan masuk ke dalam malaysia ni sejak ahjibgor jadi pm. itu kalu ikut apa yang pm cakap la. patutnya yang dok sokong ahjibgor ni tak perlu nak kutuk dan menyerang serta memburukkan tdm. tulis jer pelaburan yang berbillion yang ahjibgor dah bawa masuk sejak dia jadi peeeeeemmmmmm. setakat hilang 27 billion tak dapat dikesan berbanding berbillion yang ahjibgor bawa masuk, lekat celah gigi jer 27 billion tu. cer kira dah banyak kali ahjibgor pi negara arab ni sampai flom pun dapat jemputan khas untuk majlis di negara arab. ingat lagi kisah jasa yang tak didendangkan flom yang berjaya membawa pulang pelajar malaysia kerana panggilan khas kepada isteri pemerintah arab. memang hebat pertalian mereka. setakat tdm hanya orang bawah jer iaitu rakyat arab yang bercakap, tapi zaman sekarang, orang atasan arab yang bercakap dan orang biasa tak cakap. so memang ahjibgor lebih berjaya menjalinkan hubungan dengan negara arab kerana kelangsungan ini membolehkan orang atasan arab datang melabur di malaysia melalui syarikat jv 1mdb. banyak masuk tu, berbillion. hilang tak dapat dikesan 27 billion jer. yang masuk berbillion, kenapa tak cakap. patutnya blogger berbayar buat la kerja, cari maklumat yang ahjibgor bawa masuk berbillion tu, jatuhkan intergriti tdm dengan fakta yang hebat dan tepat, bukannya spin cerita.

....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2015 at 6:13 PM

Anon May 30, 2015 at 5:19 PM said:
"......tapi si Arul Kanda ini takut nak terangkan kedudukan 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara, apa ini semua? "

Bro, saya rasa Arul tak takut cakap what transpired, tetapi Najib yang takut Arul "tell all". Tak gitu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 6:16 PM

Melayu kalau bercakap macam politikus hebat tapi in realiti HAMPAS. KALAU BAB NAK MENGHANCORKAN NEGARA DAN PERPADUAN UMMAH MELAYU MEMANG NO WAHID. Tetapi kalau bab nak membangunkan negara cakap pun gagap gagap.

Cukup cukuplah kamu DINTURTLE JADI BARUA MACAM RAJA MENDELIAR DAN SIKITUL dizaman kesultanan Melaka. Kalau awak rasa hebat sangat masok politik sepenoh masa jangN jadi BACOL.

Bloger bloger macam awak ni letak otak kat lutut. Cakapmacam perasan HEBAT. Tapi awak lebih dahsyat dari Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Tony Phua. Orang Melayu adalah satu2nya bangsa yang banyak bertitle Phd (penyakit hasad dengki).

Bukankah Auditor General tengah buat kerja dan siasat 1MDB. Tunggulah dulu dan jangan buat persepsi. Nanti dihujung2 siatan seluruh rakyat Malaysia kata awak tu macam SIAL awak marah. Sabarlah sikit. Saya pun menyampah dengan Najib tapi wahai bro Din pakai akal jangan pakai perasaan.Bengap punya bloger.

Dulu masa Mahathir perintah satu Malaysia kata Mahathir Maha Firaun. Sekarang satu Malaysia kata Mahathir bagus berani kutuk Najib. Tapi seperti Mahathir pernah kata " A person is not guilty until he is found guilty". Adakah adil Mahathir membicarakan dan mengatakan Najib bersalah hanya di Media Maya???? Sabarlah sedangkan siasatan masih berjalan. BAGHAL PUNYA MELAYU.

....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2015 at 6:25 PM

@Anonymouserrr.... tang mana artikel ni yang buat saudara marah,ek ?

Ketua audit Negara dan PAC apatah lagi delloitte tidak akan sentuh bab kenapa tanah yang dah diberi kepada Melayu di ambil untuk dilelong oleh 1MDB.

Juga tak perlu nak tunggu siasatan sebab apa yang sudah berlaku kita boleh cek melalui paper dan apa yang sedang berlaku pun, kita boleh lihat sendiri .....

Satu lagi, kenapa pro Tabung Haji menyokong penuh tindakan TH beli tanah di TRX atas dasar membela hak Melayu ? Sebab mereka pun tak percaya pada 1MDB !!

Saudara tak sokong TH beli tanah TRX ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 7:14 PM

Anon 6:16, hang ni blongang ye? hang tak nampak Najib tu sama mcm Sultan Mahmud yg syok kat Puteri Gunung Ledang. Hancur sejarah kesultanan melayu Melaka. Masa tu juga keluar kata2 Hang Tuah " Tak melayu..hilang di dunia'. Mengambarkan perasaan hasad dengki dan busuk hati kaum melayu. Cuma kali ni bukan orang putih yg akan menakluk tanah melayu tapi fahaman dan falasampah mat salleh akan menghancurkan kusa dan kedaulatan tanah melayu. Kenapa? "Melayu mudah lupa". Benar kata2 Tun. Padan muka aku dan hang sebab kita org melayu diperbodoh dan dibuli pemimpin2 bangsa sendiri yg tamak haloba dan haramjadah.

....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2015 at 8:28 PM

Apa cita ni abg din? Bukan hari tu tulis tabung haji bail out 1mdb? Beli tanah nak cover hutang 1mdb. Habis duit penyimpan 1mdb. Beratus nak kuarkan duit dari tabung haji.

Apa cita sekarang? Sorak la abg din. Allah dah mula tunjuk sifat pak kaduk. Teruskan usaha....suka hatilah nak siar atau tak komen saya ni.

P/s: Kesian aziz rahim.....menggelupur nak jual tanah trx sebab puak2 bangang melalak.

....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2015 at 8:38 PM

@KERIS BERAYONAdik ni berapa umur, ek ? Lurus bendulnya lah ...

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
May 30, 2015 at 10:00 PM

Aku sebenarnya dah cukup meluat dengan Najib dan 1MDB ni. Tu sebab dah lama juga tak komen apa-apa kat sini. Disebabkan terbaca komen pembaca yang dah teramat marah dan menuduh blog ini cuba menghancurkan Melayu, aku nak buat flashback sikit.

Najib pada hari pertama jadi PM, dah kuburkan agenda bumiputera. Dia lahirkan 1Malaysia. Segala tindak tanduknya berpaksi kepada orang cina. Dia lupa pada ketika itu dia adalah presiden UMNO - United MALAYS National Organisation. Perkara ni berterusan sehingga pada hari akhir berkempen untuk PRU 13.

Pada pagi sebaik saja keputusan PRU 13 diketahui, Najib sebut tentang 'national reconciliation'. Melayu tidak belot kepada Najib. Jadi, presiden UMNO mengajak Melayu ketika itu untuk berdamai dengan siapa? Sepatutnya, pembelot yang wajib bercakap tentang 'reconciliation' kerena mereka kalah dan tembelang mereka telah terbongkar. Kenapa Najib terbalikkan keadaan dan mengajak Melayu yang setia untuk berdamai?

Bumiputera hanya terbit dilidah Najib sebelum PAU yang lepas dan sekarang, ketika dia terhimpit dengan pelbagai isu yang mempersoalkan kepimpinannya. Blog ini sangat konsisten dalam mengupas tindak tanduk Najib yang telah lama meninggalkan perjuangan untuk Melayu. Artikel ini juga tepat bila mengatakan Najib (melalui 1MDB) membelakangkan kepentingan Melayu - bangsa yang mengangkat dia menjadi PM.

Kalau nak menunding jari kepada orang yang bertanggungjawab menjatuhkan Melayu, arahkan jari anda ke Seri Perdana, Putrajaya. Penghuninya sampai ke hari ini tidak mengaku dirinya Melayu tetapi mendabik dada dengan darah Bugisnya. Disitu dia sedang bersemayam bersama isterinya sambil diiringi puluhan entourage yang perbelanjaannya ditanggung oleh rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2015 at 10:08 PM

Lurus bendul lagi elok darri bengkang bengkok macam ular. Hari tu cakap lain hari ni cakap lain. Ludah jilat balik. Sendiri mau ingat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 10:34 PM

Keris Berayon ke MANGKUK HAYON kau ni???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 11:11 PM

Bro Din,

Ini bukan saya cakap. Tapi RPK yang kata:

And if the PAC discovers that 1MDB is not as what many say it is there would be many red faces and people eating humble pie while Najib will be smirking away in Putrajaya and staying on as Prime Minister until he goes when he is ready to go and not a day earlier.

So PAC, please do your job untuk buktikan Najib salah. Semoga Umno boleh diselamatkan (sindir).

Cheers

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 12:13 AM

rakyat kene tunggu ag audit...tapi tang depa masa tgh audit bleh plak pegi usha ngan ipic...sapa yg baghal dan kene baghal?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 12:15 AM

1 bangak nyer ngo CAGM duk sebuk ugut nak saman tun kejap 100b pastu 50b...yg pelik statement ugut kuar dlu pastu baru kuar statement 'bounty' rm1juta utk maklumat tun's hidden $$$...lawak bodoh betul Si bangkai mohd zainal abidin ni... dia sendiri blum ada maklumat dah nak ugut2 dlu...berapa bebal la jibgor ambik macai bengap ni...

Minta tolong kkwan smua kasi background check mamat bangang zainal ni...

Simple jer bro mangkuk2 penyoking jibgor dan ssape yg kta tun ni...x yah blajar tinggi pun...
Kalau betul tun rompak dulu2, dia xkan berani buka mulut dah...nak2 bila melawan pm...gila dan bodoh namanya...dan kalu ada plak yg kata mmg tun gila dan bodoh, camne plak korang kata dia blh lesapkan duit byk tu.... kalau kesilapan mengurus yg diberitau kpd kabinet/parlimen secara detail mungkin ada dan kalau 'genuine' kesilapan nya, sya rasa rakyat blh trima bila dibandingkan dgn jasa beliau.

Masalah jibgor, duit lesap, x mau bg tau, tunggu audit, moa terang2 kata semua kuasa mutakhir di pm dan ditambah dgn statement jolo dan nasi kandar, menipu rakyat malaysia di parlimen, mengaku x tau langsung hal ehwal mdb (tipu lgi), jual arta negara macam sale kat sogo dan bukan pd smua glc tetapi hanya 1...iaitu mdb dan banyak lagilah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 12:45 AM

Haha. Keris Berayon ni jenis keris kontot yang orang buat pakai bersanding tu ke? Otak pendek nor bunyinya. Meme le IMDB nak pakai duit TH untuk bayar hutang depa. Sekarang IMDB nak pakai duit pak arob pulak nak bayar utang depa. Syarikat yang banyak buat keuntungan dan modal melebihi aset, tapi bila time nak bayar hutang asyik nak kena jual seluar baju. Lama-lama bogel lettew. Hahaha.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 1:20 AM

jenis2 tun faisal..keris barayon..unspinner ni le... yang di panggil "tak tau, tapi macam tau, padahal, apah pun tak tau...

....................
Reply To This Comment ...................
May 31, 2015 at 3:41 AM

Pembodek Najib makin agresif. http://www.malaysiakini.com/news/300189 .Cuba bro din turttle try bongkar dari mane ngo ni dapat duit utk bayar rm1j pada pemberi maklumat.

....................
Reply To This Comment ...................
May 31, 2015 at 8:48 AM

Bekukan 1MDB...
SuruhanjayaSiasatanDiRaja
Bekukan 1MDB...
NegaraAdaRukunNegara...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 9:01 AM

@Anonymousabis yg geng din beramboi ni lebih tahu dari PAC dan ketua audit negara?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 9:02 AM

@KERIS BERAYON ye ker lurus bendul tu baik? semuanya ikut belaka? sehingga kini, tuan blog hanya menulis apa yang beliau fikir? apa yang ada dalam fikiran tuan blog bukannya semua sama dengan semua orang tetapi kebanyakannya hampir selari dengan apa yang orang baca. sebab tu saya ikut penulisan blog ini. kalu ada yang betul dalam fikiran tuan blog, beliau juga akan memuji tindakan ahjibgor. ini hanya sokongan daripada pembaca blog dinturtle. kecoh juga orang yang baru baca dan gagal memahami gaya tuan blog.

....................
Reply To This Comment ...................
May 31, 2015 at 9:47 AM

Pak kaduk yg menang sorak tapi kampung tergadai tu?.. mcm kena je ayunan kata2 tu.. saat rancang susul yg gagal melalui PHB ,disambung pula oleh 1MDB dgn perkataan mulanya 1malaysia dan di situ sudah berlaku khianat terhadap "kampung" yg dasarnya utk cucu cicit melayu.. menjual harga pada tanda murah untuk pembangunan dgn hutang yg mampu menampung lbh 7,8 kali pemberian br1m.. setelah 5 tahun tiada sebarang hasil diberitahu manfaatnya dlm RMK mahupun BAjet tahunan . Bumiputera yg awal pemilikannya malah rakyat jelata sekalian hanya diberitahu tentang kewujudan "cacat" piutang sahaja dgn faedahnya mampu menebus konsesi beberapa lebuhraya di negara ini.. malang pak kaduk terus dijulang dan berkompang seluruh maya yg dia masih menang sorak.. dan "kampung" ini dlm tenat dirombak dlm jualan yg meminggir seluruh cucu cicit kita.. dan pak kaduk menempel pembelian "bermaruah" TH sekadar isyarat awal konon rakyat diutamakan.. yg bersorak terus memekik, pak kaduk pun bertempik "rakyat diutamakan" disebuah "kampung" milik orang lain..yg asalnya milik kita.. kesian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2015 at 3:22 AM

melayu nak tolong melayu? haha
in your dreams ar..
masih ingat bait2 melayu mudah lupa?
a wisdom word from wise old man yg fhm masalah kaum melayu. yg tepat dulu,kini maybe selamanye.

awat th xbeli pada rega yg imdb beli? knp pd rega berpuluh ganda? th gomen punya gak kan? ke bkn? ok la th kaya nak mati, knp xbeli dr gomen je terus dgn rega puluh2 ganda tue? kan gomen boleh utg lebey.owh lg satu, kalu rega per sq feet 2k plus, harga th nak jual balik pd end cust bape? nak bantu bumiputera ke? ke end cust forigner or org bugis yg loaded santai main golf?

....................
Reply To This Comment ...................
June 1, 2015 at 4:58 PM

Yes...quite agree nobody is guilty till found guilty. But is our judicial system seen to be fair and just? Why corporal Sirul be condemned to death without establishing the motive of the murder? Why so hasty ... or is it to cover somebody.....?????

....................
Reply To This Comment ...................
June 1, 2015 at 10:18 PM

Melayu Kampung....

Excelente aportacion. Un classico, muy buena..muy buena. (Excellent contribution. A classic write-up, very good..very good).

Najib has created the biggest scandal ever in the history of Malaysia with his 1MDB, Liberalism & Pemandu. His 1Malaysia (sama rata sama rasa) comprising of Jho Low, Arul Kandasamy, Reza Aziz & Shahrul has made his 1M vision transformed into Sapu Licin Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
June 2, 2015 at 7:49 PM

Kalau tak silap, ini kali ke 2 Keris Berayon kena hayun soalan cepumas yg sama.

....................
Reply To This Comment ...................
June 2, 2015 at 8:14 PM

There you are again Reading Man with your sarcasm game. For goodness sake, please abstain beating around the bush like George Bush, and also fooling around like Bill Klentong. Be specific who really is that you support to rule this country.

Post a Comment