........... Debat Tun Mahathir-Najib, Kalau Beginilah Cara Najib Jawab, Memang Najib Tak Akan Berani !!! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Debat Tun Mahathir-Najib, Kalau Beginilah Cara Najib Jawab, Memang Najib Tak Akan Berani !!!

Monday, May 18, 201536comments

Semalam riuh blogger ahjibgor meluahkan perasaan bangga yang tidak terkira mereka kerana ahjibgor DAH JAWAB setiap persoalan yang ditanya oleh Tun Mahathir melalui blog Najibrazak.com  . ( Mulanya saya ingat dah ditarik balik artikel itu, rupanya linknya sudah ditukar dari najibrazak.com/tun-m-faq/  kepada najibrazak/faq-2/ )

Tak cukup lagi ke ? ? tanya sesetengah mereka .... OK jom kita baca JAWAPAN ahjibgor mengenai 1MDB -

  1. It is unfair for certain politicians to convict the government in the court of public opinion way before the actual facts are laid down by lawful authorities, namely the Auditor-General and the bi-partisan Public Accounts Committee (PAC).
  2. When concerns began to be raised, I wanted a detailed explanation, so I ordered the Auditor General and PAC to investigate 1MDB’s books. Anyone found guilty of embezzlement or misappropriation will be brought to justice.
  3. We are expecting the release of the preliminary report by Auditor General very soon. In the mean time, please do not speculate and form conclusions without the information that will be laid out by the Auditor General, who will provide a detailed report into 1MDB’s finances.
  4. We all want detailed answers but it is only proper to let the auditors do their job and tell us clearly what the situation really is. If we pre-empt it, we would be undermining them, as many others have done. This is not the proper procedure. If we are sincere in finding out the truth behind those allegations, we need to get the information from legitimate sources (like the Auditor General) and not third-party news portals or online blogs that might have hidden agendas. 
Tunggu laporan Ketua Audit Negara dan PAC ...... laaaa..... Banyak sangatlah jawapan ahjibgor ...



Dari Bernama - Apabila kebimbangan (mengenai 1MDB) dibangkitkan, saya mahukan penjelasan yang terperinci dan telah mengarahkan Ketua Audit Negara dan PAC menyiasat 1MDB.

Hmmmm ....sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, Najib pun terpaksa tunggu hasil siasatan audit ?

OKlah ... bagi isu2 yang membabitkan ketelusan transaksi kita tunggu audit tapi ada persoalan2 yang 1MDB sendiri boleh jawab sekarang. 

Contohnya, akaun 1MDB di BSI Singapura, kan Najib boleh jawab terus - Ya, saya sahkan duit itu ada. Saya dah lihat penyatanya. Saya dah sahkan dengan BSI sendiri. Nah, lihat sendiri ...! Sebab beliau juga yang berikan jawapan bertulis di Parlimen dulu yang duit itu ada. Kenapa sekarang dah tak boleh nak jawab begitu ?

Logikkan .... kenapa nak tunggu audit dan biarkan persepsi berleluasa padahal jawapan boleh diberi sekarang ? Audit akan lihat penyata yang sama juga .... kan ? 

Ada satu artikel TMI dua hari lepas yang menarik untuk saya sebut di sini (KLiK) - 


"The RM42 billion is not lost. There, the 70 acres TRX and 500 acres Bandar Malaysia lands," said Najib, in front of hundreds of Umno Selangor members in Klang today.

"If I am a rich man, I would buy a land at the prime area because I know the value (of the land) in 20 years," he added.



RM42 Billion itu tidak lesap .... tu di sana .... 70 ekar tanah TRX  dan 500 ekar tanah Bandar Malaysia.

Betul ke Najib ada sebut begitu ? Lawak la kalau betul ! Samada Najib cuba memperbodohkan hadirin yang terdiri dari ahli Umno di Klang atau Najib sendiri memang blur.

Contoh mudah - Bijan diberi 10k, Bijan beli tanah bernilai 10k dengan harga murah giler di mana Bijan hanya bayar 1k saja. Bila ditanya apa yang dibeli dengan 10k itu, Bijan jawab - tu.... tanah 10k tu ...

Tapi Bijan cuma bayar 1k, mana perginya 9 k lagi ? Itu yang rakyat nak tahu. Kita nak tahu KOS bukan nilai semasa. Sebab KOS akan menjelaskan ke mana duit dibelanjakan. Oya, hutang bukan lagi RM42 bil tapi dah RM49 bil.

Kerja2 infra yang kononnya telah dibelanjakan atas tanah TRX pula adakah mencecah 27 billion ?

Soal IPP, kenapa dibeli dengan harga mahal dan kenapa tidak tunggu kontrak IPP tamat .... itu tak dijawab dalam blog Najib. Saya tak pasti apakah audit akan tanya 1MDB soalan sebegitu...

Kenapa kos Goldman Sach terlalu tinggi sehingga 10% ? Itupun tak dijawab. Harap audit jangan tak tanya...

Dari artikel TMI itu Najib juga berkata  Kalau saya hartawan, saya beli, sebab saya tahu nilai 20 tahun datang...  

Kalau dah tahu nilainya akan naik berkali ganda, kenapa 1MDB jual ? Takde duit nak majukan ?

Kalau takde duit nak majukan, kenapa tidak pulangkan saja kepada kerajaan .... demi menjaga Hak Bumiputera ke atas tanah itu ? Kerajaan pula kalau dah tahu 1MDB tak mampu nak majukan, kenapa tak ambil balik ?

Tak perlu nak bising2 kenapa syarikat luar beli, kenapa kita bising TH nak beli bla bla bla .... jika benar nak jaga hak Bumi, kenapa 1MDB jual ? Kenapa kerajaan tidak campurtangan waktu 1MDB nak jual kepada syarikat luar ?

Sebab itu semakin ramai yang bertanya soal kewangan 1MDB sebab pada penglihatan kita, 1MDB macam dah terdesak takde duit nak bayar pinjaman hingga terpaksa jual tanah. Sebab itulah rakyat bertanya kemana perginya duit hutang berbillion2 melalui pinjaman yang dibuat oleh 1MDB ?

Kalau ada duit rm4 bil di Singapura, kenapa perlu jual tanah ?

Saya sokong pertanyaan yang dibuat oleh hadirin kepada Tun Mahathir semasa program Bicara Rakyat di Ipoh, apakah Tun bersedia untuk berdebat dengan Najib ?

Bagi Tun, no problem .....  Bagi Najib pula ? Kan Najib sibuk berceramah bertemu ahli Umno memberi penjelasan, kenapa tidak bertemu dengan Tun Mahathir dan berikan penjelasan yang sama, sambil disaksikan seluruh rakyat Malaysia ! ?

Tapi kalau begitulah cara Najib jawab , duit 42 bil ada di tanah TRX dan Bandar Malaysia, memang patutlah Najib mengelak dari berdebat atau berforum dengan Tun ...... memang cari kemaluan yang besar !

Share this article :

+ comments + 36 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 12:52 PM

nyanyuk dah? bawak-bawaklah bertobat Din ko tak cukup makan telur dan pulut kuning ker?

....................
Reply To This Comment ...................
May 18, 2015 at 1:00 PM

@Anonymouscontoh komen yang biasanya saya padamkan. Tak berbaloi nak disiarkan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 1:01 PM

ahjibgor harus mengadakan LELONG sekarang!

lelong penthouse riza
lelong filem riza
lelong beg berkin
lelong baju saiz xxxx
lelong cincin batu intan berlian
lelong hiasan emas
lelong kasut saiz xxxx

jangan kacau LTH atau Petronas atau minyak terengganu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 1:01 PM

Najib doesnt even know what he's talking about. Forget debate, he cant even handle a casual talk. While his blongang. .. can only call people names, thats all they are good at. Must be thats all their mother ever teach them.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 1:13 PM

@Anonymous

Segala salah-laku akan terbongkar, dan semua yang telah makan duit haram akan diheret ke muka pengadilan. Hari pembalasan semakin dekat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 1:16 PM

Para penulis yang menyokong PM tengah berhempas pulas untuk cover kesilapan demi kesilapan PM. Tapi sampai bila untuk berbuat begitu. aku sebagai rakyat biasa dan pengundi akan tetap memerhatikan drama yang sedang bersiaran. sekarang ini. Perlu di ingat walaupun pembangkang mendahului BN dengan satu undi sekalipun Pembangkang akan tetap menjadi pemerintah. Fikir-fikirkanlah dalam negara berdemokrasi. Samada sayangkan individu atau sayangkan parti yang telah lama berjasa..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 1:36 PM

En DinTurtle...

Jawapan yang ditulis Najib 'cash is king' semalam tu tal lebih dari melepas batul ditangga.

Najib cash is king dah seriau nak masuk dewan rakyat tanpa sentuh langsung pasal segala yang mrmbelengu pentadbirannya sekarang.

Konon dah jawab...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 1:39 PM

sejak ada hypp tv lebih baik tgk tv series dr tgk belutin utama.

najib yg forever dependant pada consultant nk debate ? xyahlah, karang dia xleh control naik angin keluar bangang awkward la plak.

jwpn najib sape2 baca pn tau just nk delay je. so tugas kita sentiasa highlight dan tekan. dia x penah plak kejan auditor suruh cpt. seolah2 lagi lama lagi bagus.

lagipn

boleh caye ke auditor kita yang secara x langsung akan diinfluence oleh PM ?!

lagi ke depan selepas ni kalau najib turun pn, bknkah pelapis org yg sebulat suara katanya menyokong PM mesyuarat MKT lepas ? boleh percaya ke kita pada muhidin lagi?

saya rasa mcm kita just serang PM tanpa hala tuju jelas. kalau turunkan najib kesannya sama x payahlah. buang masa dan kudrat. lebih baik guna masa belajar lagi elok.

parti harapan org melayu pn x ada. apa kita mahu buat ? PRU depan mcm mana nasib org melayu ?

bro din harap ajukan soalan saya pada tun m bila ade peluang. apakah umno masih harapan org melayu ? harap tun m buang rasa syg dia pada parti dan jwb soalan ini dgn jujur. masih boleh diharapkah umno? sedangkan cuma tun M saja yg melawan najib kini?

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 1:43 PM

Ayat standard blongang..dah boleh baca SOP diaorg..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 1:53 PM

aku juga terfikir najib tidak akan berdebat dengan Tun. percakapan dan ucapanya selalunya disediakan skripnya. untuk berdebat dengan Tun, dia kena gunakan hotak kepada dia. aku tak fikir hotak kepada dia ada isi kecuali untuk menghelah.

bagaimana pun aku sangat sokong kiranya debat diadakan live di TV3 agar semua rakyat Malaysia dapat menyaksikan serta buat penilaian. hosnya pulak usahlah jj, carilah orang lain yang lebih neutral.

Datuk A Kadir Jasin, menurut APANAMA sudah pun hantar SMS kepada pehak yang bertanggungjawab untuk diadakan debat terbuka, tapi nampaknya sia sia. berbangga dengan darah bugis, tapi bacul dan penakut.

....................
Reply To This Comment ...................
cell
May 18, 2015 at 2:27 PM

Din, jawapan najb kuar tajuk. X menepati soalan. Gagal spm kalau soalan BM mudah pon leh terkucil. Keseluruhannya.. Jawapan yg dangkal dan tiada nilai..
Kesimpulannya.. Najib dah mula gelabah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 2:28 PM

KJ dah jawab. PM tak payah debat sbb PM dah jawab di blog dia. Tp aku rasa KJ ni mcm lalang la. Baik letak ja jawatan Ketua Pemuda kalau asyik nk pertahan bos. Ketua Pemuda patut neutral utk jd check n balance dlm parti. Baru dpt bantu hala tuju parti agar tak lari dari prinsip perjuangan. Baru orang muda akan sokong KJ dan Pemuda UMNO. Klu setakat mcm ni. Sampai bila pun org muda tak sokong. Akhir kata, ikut suka UMNO la nk buat mcm mna kt Presiden depa. Rakyat confirm 80% ke 85% dah mmg tak sokong UMNO/BN. Terpulang la kt UMNO sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 3:05 PM

Najib percaya sangat penasihatnya. Penasihat dan pakar pakar dia perabis wang rakyat lepas tu nak cover hutang korek simpanan rakyat bila kantoi bagi alasan serupa kangkong. Kalau mcm ini punya PM alamat tergadailah negara.

....................
Reply To This Comment ...................
May 18, 2015 at 3:09 PM

Tun M pernah mention dah banyak kali dia tegur Najib.Maybe dah berlaku private debate dan hanya diorang berdua jer tau apa keputusannya.Boleh Din Turttle ulas sikit pasal statement Tun M yg cakap Tan Sri Pandikar letak jawatan?

....................
Reply To This Comment ...................
May 18, 2015 at 3:14 PM

Sejak menantu tun dolah pegang pemuda....orang muda semakin meluat tak percaya..PRK .Per.Pauh yg lalu ..tengok buka mata seluas padang bola.Ada kah meningkat?????

....................
Reply To This Comment ...................
May 18, 2015 at 3:29 PM

Hello Din,

Saya tertanya adakah Najib paham soalan rakyat atau saja ubah topik.

....................
Reply To This Comment ...................
kampong man
May 18, 2015 at 4:12 PM

Usah percaya Tun kata Pandikar Amin dalam idu perletakan beliau.Hanya PM yang berhak membuat pengumuman.Tun lebih baik berehat dan cukuplah dengan apa yang terjafi pada Tengku Abful Rahman,Tun Hussein Onn Pak Lah dan kini Najib pulak with all due respect.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 4:23 PM

Sdra strategi perang gila 2..ar 3.09

Jangan cepat menuduh tdm menipu.

1. Pandikar mangaku berjumpa tdm

2. Pandikar mengaku meluahkan perasaan tidak puas hati kepada tdm

3. Masaalahnya mengenai perletakkan jawatan, hanya pandikar, tdm dan ALLAH sahaja yang mengetahui.

PERSOALAN BESAR, KENAPA PANDIKAR SANGAT SELESA MELUAHKAN PERASAAN TIDAK PUASHATI KEPADA TDM...TAK PADA NAJIB......

ISU TDM PENIPU ATAU PANDIKAR BUAT U..TURN SEBENARNYA A MATTER OF INDIVIDUAL PERCEPTION.

Wallahauaklam - See more at: http://pahang-ku.blogspot.com/2015/05/tidak-ada-u-turn-yang-ada-hanya.html#sthash.9avSggaM.dpuf

....................
Reply To This Comment ...................
May 18, 2015 at 4:32 PM

Isu speaker letak jawatan bagi cuma satu isu sampingan yg timbul bila ada penonton yg mencelah danTun komen secara spontan.hanya beberapa saat dari sejam lebih Tun bercakap

....................
Reply To This Comment ...................
May 18, 2015 at 6:07 PM

Dah agak dah.... pro ahjibgor memang menunggu disebut isu speaker untuk alih tumpuan. Saya tak layan untuk artikel ni. Nantilah saya tulis artikel hal speaker, layanlah kat sana ok .... kipidap !

....................
Reply To This Comment ...................
Simpati
May 18, 2015 at 6:16 PM

Sedih dan kesian pun ada nengok najib ni. Dah la tu. kalau ada yg memang boleh bagi briefing kat dia hari-hari, terus teranglah ngan dia. Aku dah tak sanggup nengok.

Najib..chow je la bang. Pegi je sudah la tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 7:14 PM

Sorong RM tarik RM
Rakyat tolak buat tak tahu
Suruh jadi PM Najib jadi PM
Suruh berhenti Najib tak mahu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 7:14 PM

Jawapan yang masih lagi samar2...

Isu 1MDB - tiada penerangan yang jelas pasal kerugian atau kehilangan berbilion ringgit (isu ketirisan dalam menguruskan wang rakyat)

Isu Tuya - bersalah kerana membunuh tapi tak tau membunuh kerana apa (tiada motif meskipun telah disabitkan sebagai bersalah)

BR1M - satu pemberian yang bagus. Tapi apakah usaha yang telah dilakukan untuk mengurangkan bilangan penerima BR1M yang semakin bertambah tahun demi tahun ? Bukankah memberi joran adalah lebih baik daripada memberi ikan ?

Jambatan bengkok - apa susahnya, kita buat jambatan kat wilayah kita jer. Tak babitkan Singapore pon. Cakap jerlah yang Singapore takut takde kapal nak singgah kat pelabuhan diaorang jika Selat Tebrau dibuka sepenuhnya.

PEMANDU - sehingga sekarang, masih tak nampak relevennya agensi ni pada negara. Fungsi PEMANDU pun masih kurang jelas kerana masih ada agensi kerajaan yang mampu melaksanakan tugas yang sama.

Dasar Afirmatif - memang jelas sekali dasar ini dimansuhkan apabila MECD dan DEB dibubarkan. Meritokrasi adalah pembunuh masa depan melayu sama ada dalam sektor pendidikan atau perniagaan.

1Malaysia - amat jelas sekali bahawa 1Malaysia adalah mendokong liberalisme samarata dan samarasa. Kononnya, semua bangsa mesti dilayan secara adil dan saksama.

# Apa yang pasti ialah kita cuma mempunyai tempoh selama 2 tahun sahaja sebelum PRU-14 bagi melantik seorang PM baru.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 7:46 PM

KJ tu lalang. Ckp dia satu pun jgn percaya... takkan dah lupa dia punya onar tak berapa lama dulu. Dia kan suka publisiti. Ada chance mula la menempek.

....................
Reply To This Comment ...................
May 18, 2015 at 8:06 PM

@dinturtle

Saya tanya bukan sebab pro-Najib.Nampak artikel berat sebelah kalau x mention pasal speaker resign.

Dah ade 2 blog kupas pasal isu ni.Pandikar memang ada jumpa Tun M dan ada hantar surat kat Najib.

Entah2 ada batu api yang nak lagakan Tun M dengan Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 8:39 PM

Kita hanya mampu mengharapkan petunjuk dari yang Maha Esa atas kemelut yang sedang berlaku hari ini. Sangat sedih yang teramat setiap kali membaca tajuk tajuk berita dari blogger pro najib. Tidak sedikit pun terasa dilubuk hati mereka akan adab dan adat bangsa saperti yang diluahkan. Sudah hilang rasa hormat dan sopan apabila melabelkan Tun dengan pelbagai panggilan. Mereka menganggap Tun saperti tiada harga diri walaupun disuatu masa dulu saya yakin Tun amat disanjungi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 9:05 PM

Bro Din,

Just what i said in previous comments. Even if Najib give his answer, people will still whack him. Thats why i said, Najib should keep his mouth shut.

Even Najib gives 1000pages of answer, people will not want to know. All they want to know (Tun M included) is when Najib can step down. That one, satu baris jawapan terus semua sorak sakan.

Its not about Umno losing PRU. Its not about Mongolian women. Its not about 1MDB. Its just about Tun M dont like Najib anymore. Its only about politics.

Umno will still be corrupt and gila kuasa even if Najib step down. And the same script will repeat it self for the next PM. Why Tun M just say like this: i assure you all citizen, Muhyiddin will failed differently from Najib.

Next PM, heads up.

Cheers

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 9:08 PM

tak bagi penjelasan susah.....dah bagi penjelasan pun susah.......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 9:27 PM

Anon 7:14pm

Satu ulasan yang padat dan baik .

Tapi aku tetap melihat...

Najib is the Trojan
Anwar is a Decoy

Tun M probably see 10 years ahead of time looking at the high potential of the Melayu-muslim-bumiputera will be reduced to be Gypsies lost in their own land!

The rusty-copper hair, pure black Aborigines of Australia and the Inuit and First Nation of Canada, the Red Indians-apache of the USA, have all seen the devastation over their land, livelihood, culture, possession, and finally history.

Mustahil orang melayu tidak nampak kejadian sebesar nih!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 9:33 PM

Ah jib Gor boleh je balas surat Tun terangkan RM14B-20B tu ngan bukti2 sekali kalu x nak public tau tapi...nmpk sgt ada yg x kena...Dia & First Lady tu dh x bole tdur lena dah...terperangkap & desperado...checkmate.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 10:26 PM

@Anonymous

wow and u would think tht we all go through all this againts all odds just for umno, which is corupt and gila kuasa ?

do not liken us to those umno guys. we will never be happy until najib go, yes. but let it be clear its because of agama bangsa and negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2015 at 11:07 PM

Najib sedarlah...jawatan PM BUKAN HAK INDIVIDU. U are screwed big time. Malaysian can judge clearly from your weak and vague respond to this issue.

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2015 at 1:45 AM

Ramai sangat komen anonymous ni pehal?

DS Najib, sila letak jawatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2015 at 9:39 PM

Najib lebih percayakan cakap Rosmah Mansur...dikhuatiri jugak pru nanti BN akan kalah...sebab rakyat hilang sudah kepercayaan pada kerajaan...ini semua gara2 Najib 'menghadiahkan GST' pada rakyat...sekarang sekecil2 barang pun dah kena GST...betapa susahnya hidup kini...rasanya eloklah Najib meletak jawatan...dan GST ditarik balik...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 6:46 AM

Kenapa kerajaan jual , dah tahu harga nk naik?

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2015 at 12:38 PM

terimakasih banyak, sangat menarik sekali...

Post a Comment