........... Chedet 1707 - PM Harus DiTukar Cepat Untuk Proses Pemulihan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Chedet 1707 - PM Harus DiTukar Cepat Untuk Proses Pemulihan

Tuesday, May 12, 201544comments

Artikel terbaru CheDet no 1707 - Pilihanraya Kecil lebih merupakan satu luahan peribadi Tun Mahathir bagi menerangkan sekali lagi kenapa beliau bertindak seperti mana yang dapat kita saksikan sejak akhir2 ini.

Perenggan awal mengenai PRK Rompin dan Permatang Pauh, saya percaya mewakili pendirian ramai orang Melayu. Kita sokong Umno BN tapi kita tidak mahu melihat Najib bersikap opportunis dengan mengambil kredit yang tak sepatutnya. 

Di telan mati emak, diluah mati bapa.

5. Saya berada dalam keadaan serba salah. Sebagai ahli UMNO saya hendak BN menang. Tetapi kemenangan akan mengekalkan kepimpinan Najib dalam PRU 14. Dan saya yakin BN pimpinan Najib akan kalah PRU 14.

Kita dah boleh bayangkan skrip kemenangan yang sudah siap tersedia, menunggu saat diumumkan kemenangan besar calon BN .... Nah, bukti betapa rakyat menyokong Najib dan segala dasar2 yang dibuat Najib !


Dan jika kalah teruk, Tun Mahathir akan dipersalahkan .....

Kuasa Allah lebih besar. Status quo dikekalkan tanpa memberi sebarang modal buat Najib untuk mengambil kesempatan.

Rompin menang tapi ia bukan satu kemenangan yang boleh dibanggakan .....
Permatang Pauh kalah walaupun pembangkang berpecah .... ia memusnahkan harapan Najib untuk jual minyak. Skrip terpaksa dibakulsampahkan.

6. Keputusan PRK di kedua-dua kawasan menunjuk sangkaan penyokong Najib bahawa dakwaan saya yang Najib tidak dapat sokongan ramai lebih tepat dari harapan mereka.

Seterusnya Tun mengingatkan kembali kita kepada sikap Najib yang suka perasan ..... umpama Raja Bogel yang perasan tubuhnya dilitupi pakaian cantik bling bling padahal beliau telanjang bulat !

 .....  Ia yakin caranya, pemberian wang olehnya akan memikat hati orang ramai. Dia percaya benar bahawa rakyat begitu sayang dengannya. Dia percaya walaupun UMNO dan BN tidak popular tetapi ia begitu disukai ramai dan ia akan jadikan dirinya sebagai idola dan ikon UMNO dan BN. Ia percaya perhimpunan-perhimpunan besar yang diadakan, dengan sepanduk I love PM membuktikan betapa rakyat suka kepadanya.

Dan selebihnya Tun  mengimbas kembali isu 1MDB yang menjadi punca utama beliau menarik balik sokongan terhadap PM Najib.

39. Jika kepimpinan UMNO dan BN hendak ditukar, ia harus dibuat sebelum masa untuk pemulihan terlalu singkat sebelum PRU 14.

40. Akhirnya saya terpaksa dedah kesalahan Najib dalam 1MDB. Duit berbillion Ringgit sudah hilang dan tidak mungkin didapati balik. Secara langsung atau tidak langsung Najib bertanggungjawab terhadap kehilangan yang besar ini.

41. Kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini Najib tidak lagi layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Yang paling menarik adalah ini -

20. Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli UMNO tetapi juga orang Cina. Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia Perdana Menteri.

Sebab ayat itu mengingatkan saya akan artikel terbaru dari Sarawak Report -

Making Millions Overnight….. Is It Proper And Is It True?


di mana SR mendakwa mendapat maklumat dari pihak bank sendiri akan transaksi keluar masuk dari akaun peribadi Najib dan Rosmah bernilai juta2 ! Bab Najib tu mungkin penyokongnya boleh berputar lidah tapi bab Rosmah ni ....... macamana nak jelaskan ?

Apakah SR punya bukti transaksi2 itu ? Apakah tindakan Najib Rosmah dengan dakwaan ini ?

Hmmm ..... yang ini kena bincang artikel lain selepas ini. Panazzzzz...

Apapun, apa yang saya lihat pada situasi sekarang, semakin jelas akan kemunculan apa yang dinamakan sebagai Kuasa Ketiga atau Third Force yang bakal menentukan keputusan PRU14 kelak. 



PILIHANRAYA KECIL


1. Apabila pilihanraya kecil bermula di Rompin dan Permatang Pauh, saya diberitahu oleh penyokong Najib bahawa PRK ini akan membuktikan sokongan kuat kepada Dato Sri. Dakwaan saya yang Najib tidak popular akan meleset.

2. BN akan menang besar di Rompin kerana ini kubu UMNO dan JJ amat popular. Lagipun calon PAS lemah dan PAS mempunyai masalah dalaman.

3. Di Permatang Pauh pula parti lawan berpecah kerana hudud PAS. PAS tidak akan sokong PKR. Azmin Ali pula berhasrat mengalahkan Wan Azizah. Ada kemungkinan BN boleh menang pun.

4. Kejayaan UMNO dan BN dalam kedua-dua PRK akan menunjuk bahawa dakwaan saya Najib tidak disukai ramai adalah salah. Dan Najib boleh dapat kemenangan dalam PRU 14.

5. Saya berada dalam keadaan serba salah. Sebagai ahli UMNO saya hendak BN menang. Tetapi kemenangan akan mengekalkan kepimpinan Najib dalam PRU 14. Dan saya yakin BN pimpinan Najib akan kalah PRU 14.

6. Keputusan PRK di kedua-dua kawasan menunjuk sangkaan penyokong Najib bahawa dakwaan saya yang Najib tidak dapat sokongan ramai lebih tepat dari harapan mereka.

7. Sesungguhnya saya menghadapi dilema sejurus selepas Dato Sri Najib mengambilalih tampuk Kerajaan dari Tun Abdullah. Harapan saya bahawa Najib akan betulkan kesalahan Abdullah tidak menjadi kenyataan.

8. Sebaliknya ia mengekalkan dasar dan tindakan Abdullah. Bukan sahaja jambatan dan landasan berkembar keretapi tidak dilaksana, ia mendokong kononnya liberalisme Abdullah.

9. Dasar luar negara juga ditukar dengan mengutamakan persahabatan dengan kuasa besar seperti AS dan Eropah.

10. Secara tersembunyi ia mengambil penasihat British dan mengguna pakar runding (consultant) luar.

11. Ia gemar mengadakan perhimpunan rakyat upahan yang menatang sepanduk kecil yang dibekal kepada mereka dengan tulisan “I love PM” dan menyanyi lagu “IM4U”. Mereka ini datang kerana dibawa dengan bas dari jauh, diberi makan dan upahan.


12. Untuk mendapat sokongan orang Cina, Najib membelakangkan DEB, mengurangkan tempat dan biasiswa bagi penuntut bumiputra di universiti, dan melayan segala tuntutan parti pembangkang. Dipercayai bahawa dengan slogan “Ah Jib Gor” abang Ajib, orang Cina akan sokongnya.

13. Najib juga percaya bahawa wang tunai adalah raja (cash is king). Jika wang diberi maka rakyat akan sokong dirinya. Maka diperkenalkan BR1M, wang percuma untuk rakyat.

14. Sebelum PRU 13 diarah supaya dikumpul 70,000 orang Cina di Kelang untuk mendengar kempennya. Tak sampai 15,000 yang datang. Mereka tidak hirau ucapan Najib. Najib kalah teruk di sini pada PRU 13.

15. Saya tidak percaya semua ini akan memulihkan sokongan kepada BN. Tetapi sangkaan saya ialah prestasinya dalam PRU 13 akan menjadi lebih baik dari Abdullah.

16. Harapan saya tidak menjadi kenyataan. Prestasi Najib lebih buruk dari Abdullah.

17. Saya harap Najib akan ambil iktibar dari PRU 13. Tetapi tidak. Ia meneruskan dengan pemberian wang. Ia masih mengekalkan penasihat Britishnya. Tingkat 4 diperbesarkan. Pejabat PM dipenuhi dengan ramai anggota yang diberi tugas-tugas ciptaan. Gaji yang diberi tidak mengikut system gaji pegawai Kerajaan.

18. Jawatan-jawatan bertaraf menteri diwujud untuk memberi tempat kepada yang bersara. Ditubuhkan badan bebas yang mengambilalih kerja dan tugas jabatan-jabatan Kerajaan seperti EPU. Mereka ini dibayar gaji yang tinggi, yang menyebabkan pegawai Kerajaan berasa kecewa.

19. Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Dato Sri Najib. Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya.

20. Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli UMNO tetapi juga orang Cina. Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia Perdana Menteri.


21. Menerima desakan dari mereka ini saya cuba nasihat dan tegur Dato Sri. Tetapi tidak berkesan. Ia yakin caranya, pemberian wang olehnya akan memikat hati orang ramai. Dia percaya benar bahawa rakyat begitu sayang dengannya. Dia percaya walaupun UMNO dan BN tidak popular tetapi ia begitu disukai ramai dan ia akan jadikan dirinya sebagai idola dan ikon UMNO dan BN. Ia percaya perhimpunan-perhimpunan besar yang diadakan, dengan sepanduk I love PM membuktikan betapa rakyat suka kepadanya.

22. Desakan supaya saya membuat sesuatu untuk menyedarkan Najib akan kemerosotan sokongan kepadanya, dan kebencian kepada tindak-tanduknya serta cara hidup mewah isterinya datang bertalu-talu kepada saya.

23. Buatlah sesuatu, kata mereka. Saya jawab saya sudah buat tetapi tidak berkesan.

24. Tetapi, apabila saya mula mendengar berkenaan 1MDB, saya berasa keadaan sudah menjadi amat serius. Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.

25. Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya. Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri.

26. Saya terima lebih banyak maklumat berkenaan 1MDB. Saya terkejut dengan jumlah hutang yang begitu tinggi. Kerajaan sendiri tidak pernah hutang begitu banyak. Hutang ini pula dibuat secara off-budget, iaitu tanpa mendapat kelulusan Kabinet atau Dewan Rakyat.

27. Saya tidak dapat terima pembelian stesen janakuasa dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran. Ini bukan soal satu dua juta atau sepuluh duapuluh juta. Kelebihan harga mencecah ribuan juta sedang lesen operasi kilang sudah hampir tamat dan nilainya akan jatuh kepada ratusan ribu ringgit sahaja. Kenapa tidak tunggu sehingga tamat lesen.

28. Bila ditanya Najib berkata apabila nilai naik, kilang-kilang boleh dijual untuk mendapat untung. Ini bukan kerja Kerajaan – jual beli syarikat.

29. Saya tidak percaya 1MDB akan dapat untung dari penjualan kilang yang dibeli dengan harga begitu tinggi. Hari ini kita tahu yang syarikat kilang elektrik 1MDB tidak pun dapat disenarai di bursa.

30. Saya dapati penarikan sokongan saya kepada Najib tidak berkesan. Sementara itu masalah 1MDB semakin meruncing. 1MDB tidak dapat bayar faedah keatas hutang 42 billionRinggit. Wang yang kononnya dilabur di Cayman Islands tidak dapat dibawa balik.

31. Pelaburan dan JV dengan Petro Saudi kabur dan wang pelaburan tidak begitu jelas di mana berada.

32. Apabila lapuran polis dibuat berkenaan Jho Low dengan 1MDB, rumah pihak yang melapur dirampas dan dianya diisytihar muflis.

33. Pemberita yang melapur bahawa Majlis Raja-Raja tidak bersetuju dengan hudud PAS telah ditangkap kerana kononnya menyalahi undang-undang hasutan. Kemudian hakim melepas mereka kerana ia bukan hasutan.

34. Tindakan ke atas pemberita disyaki untuk menakutkan orang ramai dari membuat apa-apa kenyataan anti-Kerajaan.

35. Saya berasa terdapat salahguna kuasa oleh Kerajaan. Agensi-agensi Kerajaan diguna untuk ugutan. Rakyat semakin tidak suka kepada Kerajaan. Saya lebih berkeyakinan BN akan kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib.

36. Saya tidak dapat terima negara diperintah oleh Pakatan. Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.

37. Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita.

38. Saya sedar jika saya tidak sokong Najib parti lawan akan ambil kesempatan. Sebaliknya jika Najib pimpin BN dalam PRU 14, BN akan kalah. Luah mati mak, telan mati bapak.

39. Jika kepimpinan UMNO dan BN hendak ditukar, ia harus dibuat sebelum masa untuk pemulihan terlalu singkat sebelum PRU 14.

40. Akhirnya saya terpaksa dedah kesalahan Najib dalam 1MDB. Duit berbillion Ringgit sudah hilang dan tidak mungkin didapati balik. Secara langsung atau tidak langsung Najib bertanggungjawab terhadap kehilangan yang besar ini.

41. Kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini Najib tidak lagi layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Share this article :

+ comments + 44 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 1:01 AM

selamat tinggal BN.undi aku untuk parti yg reti jaga rakyat/jaga poket rakyat bkn poket rosmah.PRU 14...satu family aku akn boikot BN.sekian...demi bangsa dan agama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 1:41 AM

Susah la bro din. Penat letih rakyat takda pemimpin UMNO nak amik kisah. Kita nk PM baru pun MT UMNO tak layan tuntutan rakyat. MT UMNO xtau berapa ramai rakyat yg jd pengundi atas pagar dah tak nak big boss diaorg. Rasa2 nya mungkin betul teori RAHMAN. Keadaan skrg jadi lagi teruk dr tahun 2007-2008. Masa tu saya ingat lagi. Pg makan tomyam kt sg petani. Tukang masak sambil masak dok kutuk Tun Abdullah. Semua yg lapar tgu dia masak semua dgr dia kutuk sambil komplen pasal kerajaan. Dtg PRU 12 mmg terkejut tgok results. Rasanya PRU14 nanti keadaan mungkin lagi teruk. Sbb skrg bukan tukang masak tomyam ja komplen psl PM. Penjawat awam pun pakat komplen. Org ramai sembang di kedai kopi pun komplen pasal PM. Semua rakyat tak puas hati. Tersangat2 marah pd PM. Rasanya UMNO memang tak kisah parti depa tumbang PRU14. Klu ada yg menang, bukan sbb parti. Tp sebab kekuatan individu tu sendiri. Sbb imej UMNO dimata rakyat nmpk sgt teruk. Org cakap parti hak milik sorang2. Xda org boleh tegur atau boleh nasihat. Semua pakat simpan dendam dlm hati. Sbb rakyat tak boleh buat tunjuk perasaan. Nti kena tangkap. Jd semua tgu masa PRU14. Rakyat cakap pemimpin UMNO tak sambut. Takda perubahan. Jumpa PM ja semua sokong. Kali ni nmpak mmg UMNO akan bungkus. Maklumbalas dari kwn2 bila kita sembang masa mnum pg. Makan tghri. Semua tak puas hati. Semua marah isu 1MDB. Kesan 1MDB buat semua org ingat duit GST untuk bayar hutang kerajaan dan 1MDB. Tapi MT UMNO masih lagi sokong dan rapatkan barisan tanpa ambik kira hati rakyat. Lps ni jangan disalahkan rakyat untuk tidak memangkah UMNO masa PRU14. Orang berbudi. Kita berbahasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 2:14 AM

dulu tun m kata kalau orang tak suka dia bagaimana dia boleh memerintah 22 tahun, najib kata dulu ada team A dan team B, bila 50% suruh tun m letak jawatan tun m kata dia akan memerintah walaupun dia menang 1 undi. sekarang 100% ahli umno sokong najib adekah dia kena letak jawatan. jangan ade double standard. orang desak najib pasal 1mdb aku lihat najib berani tak lari pun kalau ade penyelewengan mesti dia lari. tapi duduk kat situ gak. aku ingat kalau kj mesti lari malam. list salah laku tun m tu amat panjang tapi siapa nak jawab aku rasa baik pak din je lah yang jawab sal dia rapit dengan tun m.

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 2:44 AM

@Anonymousnajib dah jawab ke soalan 1mdb ?
Duit ada tak dlm akaun singapura ? Jho low ?
apakata kita settle dulu yg sekarang sebab yg sekarang ni masih beri impak pada negara dan kita masih mampu buat sesuatu. Yang lama2 tu kita kiv dulu ... boleh ?

Makin lama saya lihat najib ni macam TAKUT nak lepaskan jawatan. Kenapa ek ?

oya, pro Najib boleh start pecah kepala fikirkan macamana nak tolong jawab isu Rosmah diatas

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 2:58 AM

Klu lari hbislah terbuka,simple!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 3:00 AM

najib pun dah malas nak jawab pak din ooooooiiii. itu sal dia suruh pac jawab. dia kata A hangpa kata B. Dia kata C hangpa kata D. baik duduk diam pak din oooooiiiiii 42 billion bukan skit. kalau najib songlap 42 billion dia boleh jadi antara orang terkaya di dunia. terus dapat nombor 7 ke 8 cam tu lah rasa nya. kalau dia salah terus gari masuk penjara. jadi pm pertama masuk penjara. kalau tolak harta 1mdb macam tun m kata ade lebih kurang 27 billion aku agak di malaysia dia dapat nombor 1 atau nombor 2. kalau dia agih dengan pengarah pengarah 1mdb sorang lebih kurang 4 billion kita dapat tambah lebih kurang 5 atau 6 orang billionaire dalam list terbaru billionaire di malaysia. pakcik bukhary pun kalah terkeluar. anak tun m pun jatuh lagi jauh dalam senarai. itu penangan 1mdb

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 3:17 AM

@Anonymousmana ada najib jawab ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 3:58 AM

@dinturtle

Bukan saja takut. Part dia cakap, "Bagi masa, semua boleh setel" tu, agak mengangkatkan kening.

Aku orang atas pagar yang selama ni pro gomen. Tapi nak tak nak, PRU akan datang, kalau Najib dan Isteri masih ada kat atas, aku akan Feldarompin-kan Umno.

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 4:55 AM

Enough is Enough....TM.
Enough is Enough....TM.
Enough is Enough....TM.
Thats why during DSAI time... he call you dictator.....is it true?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 5:24 AM

TH hanya 10% dari keseluruhan masalah dalam 1mdb...bila terbongkar( terjawab) kes TH maka kelam kabut dan terhegeh hrgeh menteri..ceo dll mrnjawab...bila terbongkar lagi krs 1mdb mula la trrpekik terlolong buat cover up...dana 7 billion untuk penisehat ekonomi warga asing di tkt 4 masih x terjawab..kehilangan 42 billion najib x jawab..pembangkang tak kuat cuma najib lemah dan bodoh..org menyampah najib sebab rosmah..isu EXIM bank tunggu masa untuk meletup..kita nnti kan apa pula reaksi EXIM bank....rupa2nya cawangan world bank dah dibuka di malaysia...pasti ada tujuan untuk berhutang..dan tujuan lain..masa untuk rakyat bertindak....

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 5:37 AM

tak jawab jugak kan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 6:27 AM

Soalnya Najib tak dapat jawap...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 6:48 AM

Apa punya turrr la...klu najib lari...habislah terbuka segala2nya. Selagi ada power...kena jaga supaya ada peluang cari jalan cari duit dgn byk dan cepat...contohnya gst dan jual aset.

Aku nak tanya hang...sape naik jet kerajaan sedangkan ajib ada kat malaysia. Naik pesawat komersial pulak tu....jawab...jawab...jgn jadi munafik!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 6:52 AM

Saya mengaku zaman Tun dulu pun memang pernah berlaku masalah seperti Perwaja Steel. Tapi kesilapan sebegitu bolehlah diibaratkan bagaikan seketul taik cicak yang jatuh ke dalam kolam renang yang besar. Tak terjejas sedikitpun kredibiliti Tun. Lagipun, Tun tak menyusahkan rakyat walau sedikitpun. Tun tak mansuhkan subsidi minyak melalui rasionalisasi subsidi. Tun tak mengenakan cukai yang ekstrim seperti GST. Walaupun Tun tak hulur BR1M, rakyat masih boleh hidup dengan selesa dengan pendapatan yang diterima kerana tiada kenaikan mendadak kos sara hidup. Nilai RM10 di zaman Tun, boleh beli banyak barang berbanding di zaman Najib. Rakyat tidak dapat menikmati gaji yang diterima pada hari ini kerana nilai duit lebih kecil dan masih tidak mampu untuk menampung kehidupan. Sebab itu penjawat awam marah apabila mereka mintak naik elaun tak dilayan. Bayangkanlah dengan gaji RM2,000 dan hidup di kota raya dengan pelbagai kos yang terpaksa diserap setiap bulan.

Semua ini tidak berlaku di zaman Tun. Pada zaman Tun, semua orang hepi walaupun tak naik gaji. Ini kerana, gaji yang diterima adalah mencukupi sehingga mampu untuk membuat saving. Zaman Najib ? Korang jawablah sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 6:59 AM

Anon 2.14,

Parti UMNO ni syok sendiri je. Nama dah busuk pun masih perasan lagi.

Aku sokong Anon 1.41 kat atas tu. Kalau rapatkan barisan macam style skang ni, Umno akan bungkus. Sentimen kat luar lagi penting. Dalam pilihanraya, Umno tak leh menang kalau harap ahli parti je. Apa lagi nak dapat 2/3. Jangan mimpilah.

Akupun dan seluruh keluarga aku boikot pru14. Tu je boleh buat sebab x sampai hati nak pangkah pembangkang.

Pasal salah laku Tun yang korang baca kat blog2 upahan tu..hanya yang buta hati je percaya. Tun teliti buat keje..Kalau tak takkan Malaysia jadi tiger Asia masa pemerintahan Tun. Patutnya koranv berterima kasih kat Tun sebab jadi pemimpin yang bersih, cekap dan amanah.

Pasal Ajib tak lari tu..Kalau lari mampus la dia..salah laku banyak. Jawablaa mana duit lesap RM27B 1mdb?

Yang aku paling kelakar, setiap kali orang tanya pasal 1mdb, Ajib cari umno. Ibarat anak manja.

Masa dia memandai2 memboros berhutang tuk 1mdb tak de lak cari umno.

Bila dia berkurang ajar dengan orang tua yang menanya, aku dah nekad tolak umno. Tak mengenang budi!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 7:02 AM

Ni lagi satu hujah macam budak tadika.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 7:12 AM

19 Mei rupanya baru prosiding PAC nak mula

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 7:28 AM

Najib jawab ler teww... dia jawab biarlah dia nak buat harta kerajaan mcm harta pusaka bapak dia sbb bapak dia dulu PM jadi ini semua ada harta peninggalan bapak dia utk dia!! Suka hati lah dia nak bagi nafkah kat bini dia berapa billion pun! Jangan tanya2 nanti dia suruh budak2 Akmar perhati dan screenshot fb kita semua baru tau takut...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 7:31 AM

Nih bukan soal Najib. Nih soal ummah-melayu-muslim-bumiputera nak kena bungkus jadi dagang merempat bukan macam dagang Pak Malau! Point No. 12 antara yang clear signal anak muda, anak bangsa yang terlepas peluang dan tidak mendapat peluang seadil nya akibat meritocracy Najib lah!

Ambil pot satu anak bangsa hilang peluang, merintih kepada ibubapa, dibawa cerita kepada adik-beradik dan seterusnya sanak-saudara....Najib nih bodoh sangat ke tak nampak effect-multiply dari 1 pengundi menjadi 3, merebak ke 5 (atau lebih dalam sesebuah keluarga) melibat kan boleh jadi 10-50 (sanak saudara). Dihebah nya satu kampung tak jadi orang semakin meluat dengan sikap kerajaan melayu yang terlalu membodek cinabeng tersangat! Apa macam kalau 5,000 (dengan effect-multiply jumlah anggaran mengerunkan kan?) anak bangsa terlepas peluang akibat 'Tranformasi lah sangat', 'liberal lah konon', 'meritocracy otak udang' maka GE14 UMNO ditibai cukup baru nak sedar?

Najib tak kan heran sebab dia boleh angkat kaki jalan, Obama nya contact dah ada dan line clear to connect should need arises, tak gitu? Negara hancus tak ada hal, melayu nafsi-nafsi je lah kais sendiri makan tak boleh bagi-bagi sebab cukup untuk diri je.

UMNO dan semua ahli kena bangun atau mimpi buruk nih jadi kenyataan!

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 7:45 AM

@din
Salaam.
hidup ni cukup mudah....
kalau org suka kita takkan org caci dan mintak kita undur.....kan ?
Pasal apa nak belit2 jawab....
FAKTANYA ?
KITA TANYA JAWAB JE LA.....MANA DUIT TU ?
TU PUN SUSAH ?
SBB.....ADA MAKNA TU !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 8:02 AM

Kau ni Din, banyak jawapan yg telah diberi awak x pun baca atau x mahu nak baca. Aku orng biasa ni pun dah baca fasal banyaknya aset 1MDB tu, fasal sumbangannya pada orang pergi haji dn lain2 lagi. Sebaiknya kau tulis supaya org Melayu bersatu bersama PM supaya hidup kita aman damai. Ini tak kau momok2kan org Melayu lebih2 supaya berpecah belah. Tindakan kau ni x selaras ngan Islamlah Din. Kes 1MDB ni boleh selesai sebab ada aset yg boleh dicairkan utk bayar balik hutang. 1MDB ambil hutang utk beli aset dan dengan aset tu yg kini harga pasaranya dah naik boleh dijual utk cover loan.

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 8:05 AM

1. Apa yang di luahkan Tun M sememang nya selari keinginan kita mahukan penjelasan dari PM Najib.

2. Ulang tahun Umno ke 69 menyaksikan parti keramat Melayu ini sudah wujud lama, bertahan dari berbagai dugaan dan kejayaan sudah di tempuh. Sedih nya sehingga kini masih di belenggu kemelut pemimpin-pemimpin sombong yang selalu sahaja tidak mendengar permasaalahan, jauh dari pergolakan semasa, masih selesa bermadah dan sebahagian masih terbelenggu berfikiran dangkal.

3. Wajib nya Pemimpin Utama mesti di sokong. Wajib nya juga segala kemungkaran akibat dari nya mesti di imbangi dengan syariah Islam, Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Parti. Jika tidak di mana Aspirasi Negara yang di canang bakal bertahan ? Bagaimana Melayu khas nya dan rakyat lain nya am nya dapat berpadu ? Di situasi lain mereka bercakap satu hal, manakala dalam situasi berikut nya mereka masih berpura-pura ? Apa yang mereka lakukan tiada beza nya dengan cara bagaimana pembangkang lakukan. Politik persepsi, mitos itu kebenaran!

4. Memang PM Najib belum menjawab secara TOTAL. Cara beliau masih berlegar kepada persepsi sokongan MT dan Akar Umbi. Benarkah secara persidangan / perjumpaan / majlis begini mereka semua nya bersatu hati ? Atau luncai bakal terjun dengan labu nya ? Apa yang kita nampak kevokalan sebahagian barisan menteri, memohon penjelasan Najib, tegar berpura-pura ? Shafie Afdal menerjakan umrah. Tun M juga. Di mana kebenaran nya? Mereka protes sebenar nya. TPM ? KJ apa khabar ? Zahid masih cerita unifom rela ?

5. Konon konspirasi Milan. Suara siapa ? Memang kita tidak ingin percaya pun, tiada kredebiliti. Jauh dari fitrah Melayu. Cuma selari nya, fitrah Umno itu sendiri tidak pernah berbayar ! Leka. Itu kenapa sentiasa kemelut.

Umno TIDAK WUJUD dari KHABAR ANGIN. Ia wujud MENATANG realiti ! Kenapa berkonspirasi ? Kenapa bersangka berperi ? Tidak kah Islam itu berkembang melalui perdagangan ? Perdagangan itu 99 dari rezeki NYA dan AMANAH paling di tuntut ! KEIKHLASAN itu ilmu NYA !

6. Ok lah. PAC sudah bersuara berkomited. Rungkai lah dengan amanah dan telus. Jho Low mesti di ambil keluar dengan "penafian" beliau, malah menyalahkan kelemahan beberapa dominan Umno 1MDB. Kes berat. Wahai PAC mula lah dari sini. Bukan dari bawah seperti di rancang. Dapatkan kuasa kerana PM Najib sudah beri JAMINAN. Amanah beliau, memudahkan kerja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 8:44 AM

memang tulang belakang beliau adalah tak lain dan tak bukan DS rosmah. kalau diikutkan, najib tidaklah begitu jahat orangnya. tetapi, beliau kahwin dengan orang yang salah.

begini lah kami jika mahu berjumpa dengan DSNR di pekan, bila2 mana yang beliau pulang melawat kawasan. DSRM mesti 'menghalau'. macam2 alasan yang diberi, najib sibuklah, takde masa lah... tetapi, jika sesiapa yang mengenali secara dekat dengan beliau, DSNR adalah orang yang agak 'modest' sebenarnya. beliau lebih kurang seperti arwah tun razak juga.

INILAH AKIBATNYA KAHWIN DENGAN ROSMAH MANSOR YANG MERUPAKAN ORANG NEGERI SEMBILAN. SEKALI GENGGAM MEMANG TAKKAN LEPAS PUNYA. KAPUR DUIT HABIS-HABISAN.

TOLONGLAH DATO' SERI, JANGAN SAMPAI KAMI MENYUMPAH KE LIANG LAHAD !!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 8:45 AM

salam pak din oooooooiiiiiiiiii. najib dah kata tak de penyelewengan. dia dah kata 42 billion tu kita ade janakuasa janakuasa berapa mega watt aku pun lupe. dia kata beli ipp sekarang 1mdb adalah company terbesar di malaysia jana elektrik selepas malakoff. beli trx yang nak jualpada tabung haji. dia nak buat macam macam. kan masa pengumuman etp dan gtp dia jawab lagi skit. masa dia melawat sabah dia pun jawab lagi. masa perhimpunan kakitangan putrajaya dia jawab lagi. mesyuarat tertinggi umno malam tadi pun die jawab kan. dia kata tunggu laporan audit negara dan pac. pac ade 5 anggota pembangkang tak kan leh tipu kot. itulah jawab nya. kalau dia jawab tak de fakta nanti hangpa kata dia tipu. itu dia kata bila siap audit nanti dia present kat rakyat. dia kata bagi masa. ade satu tajuk cerita kat astro 'bila hati sudah hitam' faham kan maksud nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 8:49 AM

my comment at gerakan anti pkr
i copy and paste for you guys to read

Anonymous12 May 2015 at 08:38
talking and dreaming fantasy but no capability , refer to pru13 shit
najid honestly you're good for nothing
we knew you since your first election -
he never realize the difficulties faced by tun m for him to replace pk lah
pity tun ....we be with you ,,,never change but my vote might changed!!! pru14 and together with all my
family members , relatives and friends ..umno we loved but some of the leaders we hated most
shafie afdal future pm ,,,,,,ha ha,,,tun promote him ,,,no joke
but i like the voice of ziana zain...................

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 9:04 AM

Din,

Sy yang selama ini menjadi silent majority menyokong UMNO dan BN berasa amat kecewa dan letih dgn perangai Najib yg bongkak dan MT UMNO yg semacam tidak ada pendirian tetap. Selama bertahun2 saya tidak turun mengundi dlm PRU (minta maaf lah) disebabkan kepercayaan bahawa org politik ni sama je perangainye bila duduk sbg kerajaan....tapi kini...melihat bgmana bongkaknye Najib dgn cubaan memperbodohkan rakyat dalam siang maka insyaallah.....PRU 14 saya akan berusaha utk turun mengundi Pakatan Rakyat....biar padan muka semua pembodek2 'bangang' Najib and may Allah save the Malays and Malaysia selepas itu.....

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 9:16 AM

Ya Allah, selamatkan lah Malaysia ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 9:28 AM

Tobat lahom aku takkan pangkah BN dlm PRU 14 nnt. PAS yakni PARTI AJAKAN SETAN, DAP yakni PARTI KOMUNIS, PKR yakni PARTI UNTUK BEBASKAN KOTE ANWAR haram sekali bagi ku. Biarlah aku tak keluar mengundi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 9:35 AM

Selagi bolih PUTAR .. PUTAR LAH ..AH JIB.. APA 2 PUN KENA TANYA KAK MOH DULU ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 9:59 AM

Najib tak jawab soalan. Jadi dia dah failed. Ulang lagi, mana duit 1MDB, Jho Low n Rosmah ada kaitan apa? Mana anak Rosmah dapat duit buat filem n beli apt super mewah di luar negara? Mana ketelusan? GST membebankan rakyat. Dulu Tun M ambil cukai dari bisnes2 n buat infrastruktur untuk kembangkan ekonomi. Bukan ambil dari rakyat. Najib tak pandai n digunakan oleh consultan luar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 10:03 AM

Memang betul apa yang tuan cakapkan ini

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 10:33 AM

Haha.... Ada tak DS Najib jawap soalan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 10:43 AM

sesapa yg ada statement najib jawab soalan mahathir tolong tulis kat sini,

tolongla, tolongla,

saya nak baca, saya nak baca,

tolongla, tolongla,

ada ker???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 10:45 AM

Aku rasa BN akan bungkuih PRU 14 nanti kalau jibby masih jadi President UMNO.
Pengomen-pengomen Tun dlm blog ni yg berumur 35 tahun keatas tak yah jadi hipokrit dan munafik lah. Kalau tak da policy pentadbiran zaman Tun yg baguih hangpa semua dok main teloq sajalah kat beranda rumah tu...
Dah senang sikit cakap pandai la..

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 10:54 AM

Kenapa Tun Mahathir sentiasa tidak puas hati dengan kepemimpinan Datuk seri Najib?
Cuba Tanya soalan ini:
Siapa yang melahirkan dan membiarkan kepimpinan anwar jadi pemimpin homo sehingga si pejahat Umno ini menjadi pembelut Umno dan mencetuskan banyak penjahat menentang Umno? Bukankah Tun Mahathir sendiri?
Inilah kesalahan besar oleh Tun Mahathir semasa kepemimpinan mantan PM Malaysia pada sebelum Abdullah Badawi.
Banyak lagi sebab Tun Mahathir gagal mencapai kemajuan besar jika dibandingkan dengan pemerintahan LKY Singapura sebelum 1990.
1. Tun Mahathir sendiri terdapat kekurangan kewarasan pemikiran yang mendalam kerana keritikan beliau tidak dihiraukan sendiri yang mengakibatkan Umno akan lemah akhirnya.
2. Tun Mahathir bertanggung jawab jika ini berlaku, jangan salahkan PM Najib dan pasukan kabinet serta akar umbi Umno yang sentiasa bersusah payah menguatkan kuasa parti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 12:53 PM

Sekarang ni budak pun pandai buat lawak. 1MDB = 1 Malaysia Dia Bohong

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 1:34 PM

Bro Din,

From my observation/my point of view; from the last 2 month, people asking Najib all sort of questions. I agreed, some of the answer given are quite annoying. Its look like he is the Mr. Clueless (borrowed from Tuan Syed).

Lets me put it this way, is it we really want Najib want to answer all those question or is it just because the people hate him and when he cannot answer the questions, he should step down. This tactic is the same like the infamous kajang move.

After they kick out Tan Sri Khalid, all those tuduhan terus senyap and sunyi sepi. Trust me, if Najib step down, semua tuduhan ke atas Najib akan hilang dan tak dapat di buktikan. Jadi tuduhan tinggal tuduhan.

Malaysia pelik, orang yang kene tuduh yang perlu bagi bukti. Sepatutnya orang menuduh tu la kemukan bukti. Lawak.

Like i said, Tun M words are just allegations. And when its Tun M words, you dont need proof untuk buktikan kenyataan beliau itu benar.

Cheers

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 1:38 PM

Bro Din,

Semalam seperti yang saya jangka, "pemberontakan" dalaman UMNO tidak berlaku seperti diharapkan kita semua.

Hari ini Rafizi mendedahkan PNB pula terlibat dalam pembelian bon sukuk 1MDB. Setakat yang kita tahu, dua GLC iaitu LTH dan PNB terlibat dalam pembelian "hutang" 1MDB berjumlah kira-kira RM1 bilion.

Saya berpendapat pembelian tanah TRX yang bocor ke pengetahuan umum ini hanya "tip of the iceberg". Banyak lagi yang rakyat masih tak tahu.

Kita bimbang arahan daripada Najib boleh melangkaui keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah seperti dalam kes LTH. Satu persatu GLC yang mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh bakal mengikut jejak LTH membantu 1MDB menyelesaikan hutangnya.

Pengundi BN PRU13

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 2:12 PM

@Anonymous1MDB has to be answered whether Najib still PM or not. it's an ongoing thing and too much at stake. Even if its dismantled,all those bonds and loans have to be settled.

Tuduhan sudah pun disertai bukti @ Sarawak Report.

Dalam soalan baki wang di akaun BSI, atas 1MDB untuk tunjukkan bukti. Bukan susah pun ...

Bukannya kita minta akaun urusniaga biasa 1MDB tapi akaun dana cayman di parking.

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 2:13 PM

@Mak BedahTun M punya keresahan tu biar dia sendiri jawab.
Tapi hal 1MDB, Najib dan 1MDB kena jawab

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 12, 2015 at 2:26 PM

Assalammualaikum wmt,
Rakyat dan ahli UMNO harus sedar bahawa DSNajib tak akan undur selagi Rosmah tak kata 'undur'. DSNajib tak akan berani undur kalau Rosmah kata jangan.

Ingatkah rakyat Malaysia viral dimedia sosial mengenai bagaimana Rosmah 'tembi' atau 'sikukan' DSNajib semasa mejlis angkat sumpah Presiden Indonesia di Jakarta dulu?
Bayangkan bagaimana sikap isterinya itu.
Kalau depan jutaan kamera pun dia berani 'tembi' lakinya, inikan pulak dirumah.
Wallahhu'alam.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 2:29 PM

Dari reaksi rakyat. Kita dapat lihat sebenarnya rakyat marahkan Presiden UMNO lebih dari marahkan UMNO. Tp lps smlm rasanya tindakan MT UMNO masih menyokong Presiden akan meningkatkan kemarahan rakyat pada parti UMNO. Rakyat merasa terbeban dgn kos kehidupan yg meningkat dan ditambah dengan GST. Kemudian rakyat nmpk perbelanjaan kerajaan bg membeli jet. Sediakan stanby kredit 1MDB. Tapi pada masa yg sama peruntukkan bg setiap kementerian ditarik bg menampung banjir. Ini menimbulkan kemarahan rakyat. Ditambah jgk isu pembelian tanah oleh TH. Kerajaan dilihat tidak telus dan berbelanja seimbang. Wujud 1MDB bukan membantu. Tp menambah beban kerajaan yang rakyat jugak terasa kesannya. Ditambah lg dengan sikap MT UMNO yg seolah2 tidak peduli tuntutan rakyat. Maka seterusnya akan hilang la kepercayaan rakyat pada parti UMNO seperti mana rakyat hilang kepercayaan pada Presiden UMNO. Dan kesan akhirnya akan dirasai pada PRU14 sebagai pengakhiran kepada pemerintahan BN/UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 3:14 PM

http://msomelayu.blogspot.com/2015/05/dr-mahathir-masih-simpan-peluru-akhir.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 3:21 PM

Maka x perlulah kita simpan harapan pada umno lagi.

Sudah terang lagi bersuluh. Muhidin x brrkata apa semalam khairy pn x berkata apa semalam.najib dgn bangga berkata mereka yg mahukan najib pergi semalam kecewa. Najib mng betul semalam saya betul2 hampa.

Umno bkn lagi parti keramat apabila suara org melayu todak lagi diendahkan.

Tamat sudah kesabaran kita bkn? Xkan nk bagi peluang lagi?

Pakat2 lah kita naikkan isma. saya dh katakan ni dr dulu lagi sejak tahun lepas. Sekiranya kita serius org melayu sudah ada headstart satu tahun utk bersedia menjelang pru. Semuanya masih mahu menunggu umno.

Sekarang? Apakah kita masih mahu buang masa. Tuan2 wajib fikir nasib org melayu selepas ini. Bn sudah pasti akan gagal bersama najib pru nnt.

Jadi apa tindakan kita sekarang?

Post a Comment