........... Buat 1MDB Senyap2, Bila DiKritik Pandai Pula Bising ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Buat 1MDB Senyap2, Bila DiKritik Pandai Pula Bising !

Wednesday, May 20, 201562comments

Actually artikel semalam tu mukadimmah jer, artikel ni menjadi sambungannya ! Adalah dua pengomen yang hampir2 sipi2 miss nak kena .....

Ada persamaannya kenapa rakyat bising tahun lepas bila harga kangkung naik dengan bising tahun ni bila GST dikenakan. Iaitulah BEBAN kepada rakyat. 

Actually, kalau beban kenaikan harga barang itu berlaku secara normal ( contohnya, dek sebab cuaca ) rakyat faham dan tidak akan bising. Sebab hanya barangan tertentu saja yang akan terkesan dan akan ada barangan alternatif lain yang boleh dibeli.

Tapi bila SEMUA barang naik harga serentak dek sebab tindakan kerajaan  ( contohnya bila harga minyak naik walaupun harga minyak dunia rendah ), sudah semestinya rakyat akan bengang ! Kenaikan tak setimpal dengan kenaikan berapa sen sangat harga minyak ...... Salahkan peniaga yang mengambil kesempatan !

Begitu juga bila GST diperkenalkan, kalau mengikut kata promosi kerajaan, tolak 10 campur 6, harga seharusnya turun kalau tidak pun, tidak berubah. Tapi kenapa harga naik ?

Salahkan peniaga yang mengambil kesempatan !

Entahlah ..... saya akui benda ni bukan satu perkara yang mudah hendak dirungkai melalui satu artikel pendek oleh orang yang bukan pakarnya. Point saya cuma, standardlah kalau rakyat bising bila beban kos kehidupan meningkat. 

Soal kenapa bila dapat BR1M rakyat senyap ..... hmmmm .... itu kena tanya orang yang dapat BR1M. Bukan semua orang dapat BR1M tapi bila kos meningkat, ia tak kira orang tu dapat BR1M atau tidak. 

Gaji tetap sama .... Kalaupun kerajaan naikkan gaji penjawat awam, bukan semua orang kerja gomen.

Ramai yang berpendapat, Kalau kerajaan terpaksa AMBIL demi untuk BERI, baik tak payah BERI ...... sebab then kerajaan tak perlu AMBIL !

Bila BERI, bukan semua dapat. Tapi bila AMBIL, semua kena.

Bab kat atas tu saya percaya panjang hujah pro dan con nya..... so saya nak balik pada tajuk artikel.


Apa kurangnya Najib dalam isu yang hangat sekarang ini iaitu 1MDB ? Kali ni saya sebut Najib bukan kerajaan sebab dari apa yang sudah tersingkap setakat ini, hampir semua Menteri dan mereka yang berkhidmat sebagai kerajaan tidak tahu apa2 mengenai 1MDB.

Hanya Najib saja yang tahu apakebendanya 1MDB ni.

Betulkah kabinet atau kerajaan tahu tentang 1MDB ? Kalau tahu kenapa semua nampak BLUR ? Sampai TPM sendiri pun BLUR ....

Bukan kecik anak Najib ooooi...... sekarang hutang dah RM49,000,000,000,000,000 ( ada berapa kosong kalau billion, ek ? )

Bab itu PANDAI PULA NAJIB SENYAP !

Yang merasa billion2 tu berapa orang ? Yang terpaksa merana menanggung beban kesan billion2 tu SELURUH RAKYAT. 

Bila rakyat bising dan bertanya, Najib buat tak layan....... Tapi bila Tun Mahathir bertanya benda yang sama, pandai pula BISING2 marahkan Tun..... bukannya nak jawab tapi habis diungkitnya segala tok nenek perkara yang pernah Tun lakukan semasa zaman beliau jadi PM.

Sekurang2nya kesan peninggalan zaman Tun masih banyak dapat kita lihat dan rasa ketika ini ........ kesan dari hutang RM49 billion 1MDB apa yang dapat kita nikmati ?

Projek RM49 BILLION Kenapa buat senyap2 ? Bila rakyat tanya kenapa senyap juga ? Bila rakyat dah mula marah, baru nak suruh audit siasat .... kerana KONONNYA apa yang didakwa oleh rakyat itu tidak benar dengan kenyataan sebenar. 

Rakyat tuduh 1MDB ada masalah tapi Najib kata tidak ada masalah, makanya kena tunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara dan Pacman. Sebab keduanya antara dakwaan rakyat dan apa yang Najib tahu itu bercanggah.

Semalam Najib melalui kenyataannya yang turut disiarkan oleh TV3 - 

Kita percaya bahawa langkah2 pemulihan boleh kita lakukan untuk mengurangkan jumlah hutang 1MDB dan inilah perkara yang sedang diusahakan oleh pihak kerajaan. Saya yakin MOF boleh bersama2 memastikan pelan pemulihan itu dapat dilaksanakan walaupun kita berdepan dengan begitu banyak kritikan. Lambat laun kita boleh membuktikan bahawa langkah2 menyelamatkan ataupun memulihkan 1MDB boleh mencapai matlamatnya.


bagi rakyat merupakan satu pengakuan bahawa apa yang rakyat duk bising mengenai 1MDB ternyata BENAR !

Jadi sudah SAMA antara rakyat dengan Najib mengenai 1MDB. Jadi ikut logiknya, TIDAK PERLULAH tunggu siasatan Ketua Audit Negara dan PACman jika hanya untuk mendapatkan penjelasan .... kan ?

Najib sendiri mengaku 1MDB perlu diselamatkan. Dan langkah2 menyelamat sedang diusahakan. Kenapa Najib sendiri tidak mahu tunggu hasil audit ? Sebab Najib tahu apa masalahnya ......

So ..... jelaskanlah kepada rakyat APA MASALAHNYA yang Najib tahu yang tidak perlu menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara itu.



Agak2 Najib ni faham ke tidak ?

Share this article :

+ comments + 62 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 8:27 AM

Din, masih ingat perwaja? Zaman siapa pm kes songlap perwaja? Tun tak buat, tapi siapa kwn tun tu? Zaman tun ada tak bank negara rugi berbilion ringgit kerana bodoh melabur, sebijik macam kebodohan pelaburan 1mdb? Pada aku, kalau nak cari silap setiap manusia, pasti akan jumpa. Sementelah menjadi pm selama 22 tahun, ye tak. Cuma, berlapang dadalah. Tak payah cari silap tun, sbb ada silap ada juga kekuatan. Highway, klia, putrajaya semua idea tun. Jadi kerana tun hebat dulu, jangan murahkan harga diri dihujung usia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 8:29 AM

Terbaik bro dingg... Kalu la najik ni saing godong aku...

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2015 at 8:39 AM

@AnonymousApa kaitannya dengan artikel ini ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 8:41 AM

Satu Hari Di Parlimen Malaysia
Di Parlimen kita baru-baru ini, seorang ahli Parlimen UMNO semasa berucap telah bercerita .....
"Ada seorang bapa yang memberikan RM100/ - setiap seorang kepada 3 anak-anaknya dan
meminta mereka membeli barang yang boleh mengisi bilik sepenuhnya.
Anak pertama membeli jerami dengan Rm100/ nya - tetapi tidak boleh mengisi bilik sepenuhnya.
Anak kedua membeli kapas untuk RM100 / nya - tetapi juga tidak boleh mengisi bilik
sepenuhnya.
Anak ketiga membeli lilin untuk RM1 / - dan apabila dinyalakan lilin bilik itu dipenuhi dengan
cahaya sepenuhnya. "
Ahli Parlimen Umno tersebut bangga dengan menyatakan: "Perdana Menteri kami NAJIB adalah
seperti anak ketiga dan semenjak Najib mengambil alih pejabat, negara kita penuh dengan
cahaya yang terang dengan kemakmuran."
Tiba - tiba satu suara dari bangku di bahagian belakang bertanya, "Di manakah baki RM99 / -
??"
sekarang seluruh negara bertanya soalan yang sama !!

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2015 at 9:22 AM

Yg ni best.... i like...
Mesti "org" tu jawab, "rm99 tu dah ada dlm kos beli lilin tu"...
Ada jugak yg percaya tu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 9:26 AM

Kiasan yg terbaik bro....tp sayangnya najibul ttak pernah faham sbb benjo....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 9:31 AM

Nak tanya ngan semua pembaca... Ko orang rasa...
Najib tulus kah dengan kes 1MDB????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 9:31 AM

Bilakah masa bagi manusia duit itu mencukupi? Sebab itu kdg2 manusia buat supplementary budget, lumrah terutamanya bg org2 kurang cerdik dlm displin mentadbir. Money is never enough to the common man. Jadi jgnlah kita bermimpi jika kita kutip 5% atau 10% atau 20% atau lebih lagi cukai, ianya akan cukup. Terutamanya org yg suka berhutang dan tak tahu mentadbir, yg suka berjoli sakan, duit takkan pernah cukup bg mrk. Case in perspective, apa jadi dgn subsidi yg ditarik ? Mana pegi duit tu? ?
Sudahkah "diberikan kembali kepada rakyat"??

Impact transformasi AJG ialah hutang negara meningkat dan rakyat diminta bayar GST akibat dari kegagalan AJG mentadbir ekonomi negara. Tak payah lah nak spin. Itulah hasilnya. Bukan itu sahaja, punasihat2 lantikannya yg kosnya berbillion,hanya menambah hutang..kalau punasihat2 tu semua berbaloi mgp pulak hasilnya mybbkan rakyat kena byr GST skrg??? Jd mmg sah punahsihat2 tersebut hanya satu pembaziran duit rakyat. Tak rasa malu ke kerajaan atau tiada sebarang rasa bersalah akan kegagalan ini?

BRIM ni sememangnya gimik politik ...sbb dgn cukai GST, ianya mengambil balik duit itu dr rakyat secara terselindung, bukan itu shj, org2 miskin dibebani secara pukul rata semuanya setiap hari membeli barang runcit kena bayar GST setiap hari!. Kerajaan yang mengamalkan 'transformasi' seumpama ini tak perlulah mendabik dada dlm pilihanraya akan datang, sebab rakyat berhak tolak kerajaan yg telah gagal dlm menguruskan ekonomi negara sehingga perlu mintak cukai tambahan dr rakyat -setiap
hari-. Tambah lagi kemenangan BN dlm byk kawasan adalah sipi sahaja, jadi mmg "bodoh" kalau parti pembangkang tak ambil peluang akan "kebodohan" BN ini, dengan mencadangkan alternatif cukai lain. BN bukan menang besar pun, undi popular pun dekat hampir sama dgn pembangkang

Lg satu yg pelik ialah benda Hantu Alantuya....kes ini mmg dah lama..mcm langau yg terbang mengiang2 di negara Malaysia... cuma ianya jadi kecoh bila Sirul dok pi lari Australia..jd org dok bising tanya apsal atau apa motif Sirul bunuh Alantuya sebenar2nya, kerana dia telah dihukum mati. Yg musykilnya, kenapa pulak AJG defensif sgt ttg perkara ini sampai dok tanya balik knp TDM .. apsal sibuk2 lah ni? Dulu tak sibuk katanya. Kalau AJG betul2 transparent, knp perlu take it personally??? Mgp AJG perlu "bertaichi" seolah2 spt dia takut akan bayang2 sendiri? Sampai TDM pun kena personal attack. Kan senang dan transparent lantik shj badan yg independent utk siasat motif? This can put the case to rest. Tapi inisiatif penting ini tidak mahu diambil, bahkan dia tanya pulak knp TDM nak tahu? AJG tak faham kah, bukan TDM shj nak tahu, malah rakyat Malaysia musykil motif pembunuhan termasuklah pembangkang. Ini kes org yg kena hukuman mati, jadi mesti perlu dijelaskan. Tidak adil satu negara "di-sembelitkan" dgn jawaban atau tindakbalas yg idak masuk akal AJG. Malaysia deserve better than this "ayam4u" PM

Sama jg dgn kes 1MDB, kalau ianya betul2 beroperasi sah, knp susah sgt nak lantik badan yg independent utk buat audit forensik? Berdosakah lantik independent body to do forensic accounting? Sampai tergeliat sini sana dan memarahi pulak org yg bertanya soalan2 sah akan kesahihan hutang dan transaksi 1MDB???. Inikah ketelusan yg dilaung2kan ? Ini menunjukkan AJG dan pemimpin2 UMNO yg menyokongnya mmg tidak jujur dan tidak mahu bersifat telus. Rakyat Malaysia tentunya tidak akan langsung lagi mahu melantik parti/pemerintah seumpama ini, yg tidak mahu mengambil tindakan betul dgn segera apabila perlu, demi melindungi kepentingan negara dan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 9:31 AM

Aku rasa kesian pula tengok najib sorang je kena jawab hal ini....apakata tv3 1/3 interview pula rosmah dan anaknya pula berkaitan masalah ini!!!!kes altantuya tu apakata suruh rosmah sumpah laknat live sewaktu berita utama!!!!!Ada bran??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 9:33 AM

Wahai Najib ( xda panggilan hormat lagi dah )...sbb pm mcm ni x layak dihormati....abg din turtle dah gunakan bahasa paling mudah untuk dibuat perbandingan...xpa najib...kau x faham xpa...tapi biarlah menteri2 yg lain ni faham...inilah petanda akhir zaman....rakyat ditindas dgn cara halus melalui kuasa cash is king....apa perlunya 1mdb....dah bertahun ttp hasilnya x nmpk pun...mcm TIA dulu juga langsung x nmpk hasilnya. JAHANAMLAH sesuatu kerajaan yg sebegini rupa....mana ada lg suara malaysia di persada asean dan antarabangsa...wahai TUN M....kami perlukan pemimpin seperti anda....tapi sayang...MSIA makin diperkotak katikkan oleh JHO LOW DAN RAKAN RAKANNYA...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 9:34 AM

re: Semalam Najib melalui kenyataannya yang turut disiarkan oleh TV3 -

Kita percaya bahawa langkah2 pemulihan boleh kita lakukan untuk mengurangkan jumlah hutang 1MDB dan inilah perkara yang sedang diusahakan oleh pihak kerajaan. Saya yakin MOF boleh bersama2 memastikan pelan pemulihan itu dapat dilaksanakan walaupun kita berdepan dengan begitu banyak kritikan. Lambat laun kita boleh membuktikan bahawa langkah2 menyelamatkan ataupun memulihkan 1MDB boleh mencapai matlamatnya.

Kalau mengikut kefahaman biasa pada penjelasan diatas, memang ada udang disebalik batu. Kalau tidak ada masalah kenapa nak dipulihkan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 9:35 AM

alamak din, lagi mau tanya ka? kalau najib, hal utama yg jadi isu lemah dan lembab sudah tentulah 1mdb, gst, 1 malaysia bla bla bla idea punahsihat pm kita. yang aku cuba nukilkan pulak ialah zaman tun bukanlah zaman malaysia tak ada keluhan rakyat. aku sebut isu perwaja steel, rugi sikit ke rugi banyak hasil seleweng kabinet mahathir? juga isu duit bank negara lesap berbilion kerana pertimbangan salah tentang pelaburan. dari segi nilai, 10 bilion ketika itu sama dengan 40 bilion sekarang din! masih tak nampak kaitan komen aku dengan artikel ko?
rekod hebat mahathir sebagai pm masih ada terdapat tompok2 hitam dan lembaran buruk sepanjang menjadi pm selama 22 tahun. jadinya jika asyik mencari salah silap, kemudian desak letak jawatan adakah itu peranan seorang negarawan? pemikiran hebat tun mahathir hanya mampu digunakan untuk mencatur siapa layak jadi pm, mencari dan mengumpul kesilapan orang yang tidak disukai kemudian buat roadshow supaya pm diundurkan. itukah selayaknya taraf negarawan dan pemikir hebat seperti tun? pada akulah din, pemikiran hebat tun bukan pada taraf ini, sepatutnya jauh lebih tinggi melangkaui apa yang mampu difikirkan oleh orang kebanyakan macam kita. soal membazir, salah tadbir urus, bini kaki shopping dan yang kita sering baca dalam media hanya layak dibincangkan di kafe dan kedai kopi tepi jalan. tak payah pakai pemikiran hebat tun. aku kesal kerana tun letakkan tahap kehebatan berfikir sama seperti aku, ko dan si pro dan kontra najib. ingatkan tun boleh beri idea yang wawasan 2020 tetap mampu dicapai walaupun pmnya adalah najib yang bangun pagi terpinga2. itulah baru pemikiran hebat dari manusia hebat tun mahathir mohamad!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 9:44 AM

Bagi aku, GST tu bagus. Cuma, yang tak bagusnya ialah nilai 6% tu terlalu tinggi untuk diserap oleh peniaga2. Rakyat pulak rasa terbeban kerana amaun 6% itu rakyat terpaksa menambah perbelanjaan seharian. Sebagai contoh, dulu air mineral 1500ml boleh dapat RM1 sebotol. Tapi kini dah jadi RM1.20 sebotol. Malah, ada kedai yang dah jual RM1.50 sebotol. Semua peniaga terpaksa mark-up harga semata2 untuk menampung kos GST.

Siapa yang merana kerana GST ? Rakyatlah yang merana. Rakyatlah yang terpaksa menanggung semua bebanan kos. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa setiap bulan rakyat menjadi pokai kerana poket kering-kontang meskipun tak sampai separuh bulan pun. Bajet rakyat menjadi berganda kerana rakyat dipaksa menyerap kos GST dalam perbelanjaan bulanan.

Dulu, kalau orang bertanya berapa gaji yang mencukupi untuk hidup sebulan. Senang2 saya cakap RM5,000 pun dah cukup. Sekarang, jika ada yang bertanya lagi, saya akan jawab gaji minimum yang sepatutnya ialah RM10,000. Apa asasnya ? Ini kerana kita terpaksa menanggung GST meliputi topup, insuran, kenaikan harga barangan keperluan, bil2 utiliti, lain-lain perkhidmatan dan perbelanjaan tetap seperti ansuran rumah, ansuran kereta, petrol, pelaburan, tabungan dan simpanan.

Persoalan saya ialah, kenapa kerajaan memindahkan beban cukai kepada rakyat biasa yang rata2nya berpendapatan rendah ? Nampak sangat kerajaan nak menindas rakyat melalui cukai yang ekstrim. Kalau kerajaan betul2 prihatin kat rakyat, kenapa GST tidak dimulai dengan 1% ? Apa salahnya, kita mulai dengan 1%, 2%, 3%, 4%, 5% dan barulah 6% dengan melihat kepada kadar pendapatan perkapita. Kenapa kerajaan terlalu ghairah nak menyusahkan dan membebankan rakyat di kala rakyat dihimpit dengan kenaikan kos sara hidup ? Kerajaan nak rakyat marah ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2015 at 9:46 AM

Pada penghujung cerita 1MDB ni, MOF dipertanggungjawabkan utk menyelesaikan masalah hutang... MOF korek duit dari mana pulak...? Atau memang RAKYAT kena tanggung bala yang NAJIB buat..? Memang betulah ini cerita bukan pasal nak menolong rakyat..lagi menyusahkan ada...Najib mana faham Bro... dia cuma faham cakap orang putih aje...

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2015 at 9:47 AM

@Anonymous1- jadi isu 1mdb tak boleh ditanya dan tak perlu dijawab ?
2- siapa pula yang boleh bertanya isu 1mdb dan mendapat perhatian najib untuk jawab ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 9:52 AM

pandai betul berpura pura konon tunggu siasatan AG,padahal dah tahu apa masaalahnya.rakyat bukan bodoh macam org dulu dulu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 9:52 AM

1MDB tu dah ada lembaga pengarahnya untuk buat apa yg telah dirancangkan. Syarikat lain pun begitu juga. Mana ada sykt buat apa2 projek bising2. 1MDB x bising. Yg bising yg bangang yg x tahu apa pun tu. Walaupun 1MDB ada hutang, dia ada aset yg boleh dijual balik. Boleh gak cover hutang. Aku nak tanya kau Din, kalau kau nak beli rumah ambil pinjaman bank kau canang 1 Malaysi ke?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 9:54 AM

Pd aku, UMNO nak kekal merintah, DSN kena turun. Tp DSR setuju ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2015 at 9:58 AM

@Anonymouslaaaa.... kalau pinjaman tu saya yang kena tanggung sendiri buat apa saya canangkan.... kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 9:58 AM

@Anonymous

come on lah brader .. zaman TUN dah lepas. Tun pun kata kalau ada waktu dulu dia ada buat salah sila lah siasat.

mmg betul zaman tun tak perfect juga.. tapi itu tak menjadikan satu sebab untuk mendiamkan apa apa kesalah PM sekarang buat.

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2015 at 10:03 AM

Elok buat sketsa lps tu tayang kat youtube...maklumlah tv3 problem sikit,payment tinggi ...
Ramai yg tak faham keadaan 1mdb, yg mereka tahu cuma ada hilang duit..
Kiasan ni terbaik gambarkan keadaan,klu sarkasm ni pun tak blh fhm tak dapek menolongnya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 10:26 AM

Baki RM99 tu kena tunggu laporan audit.

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2015 at 10:26 AM

1mdb...pelik juga bila enrst & young syarikat audit terkenal tak dapat jumpa apa2 kesalahan dalam urusan 1mdb.

Tun M menegur ke memaksa? ?....dulu tun M disuruh Almarhum Tunku letak jawatan...dia ikut ke?

Gst....mmm bukan ke itu menggantikan sst? Kalau harga sebuah kereta yg mempunyai rantaian supply chain yg banyak dan mahal boleh turun....kenapa barangan lain tak boleh turun? ?..kenapa yea? Top up....dulu cukai perkhidmatan 5% telco boleh serap...kenapa kenaikkan cuma 1% tak boleh serap? Ish..ish...ish....pelik ni.

Islam vs islam....siapa pemenangnya? Melayu vs melayu....siapa pemenangnya?

Ntah la abg din. Saya ni peminat blog abg din. Hari2 dok baca. Sila bagi pencerahan skit.....

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2015 at 10:27 AM

Masaalahnya, Najib sebagai Menteri Kewangan cum PM, berhutang bagi pihak Rakyat dan yang menanggung hutang itu adalah Rakyat. Tidak sama dengan hutang beli rumah persendirian. Kalau guna tanah sendiri sebagai cagaran berhutang untuk beli rumah sendiri, siapa pun tak akan bising.
Sebagai PM, amalkan dasar 'Money is King'. Tabur WANG untuk dapat sokongan dan meraih undi. Bila WANG Rakyat kekeringan, laksanakan GST untuk kutip WANG dari Rakyat untuk ditaburkan kembali kepada rakyat. Tak ke bangang punya kerja?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 10:30 AM

Standard la jawapan diorg abg din.. Jawapan utk soalan ' najib ni paham ke tidak?' ialah ' tun dulu pun buat silap, jadi jgn kritik najib.'

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 10:31 AM

Perwaja kita tahu tun mahathir punya gagasan iaitu mahu membina kilang keluli terbesar dan menjadi pengeluar senjata api ... rakyat nampak kilang perwaja dan dapat bekerja di sana ... cumanya penyelewangan oleh orang yang diamanahkan ... berbanding dengan 1mdb ... apakah pelaburannya ... tiada siapa yang tahu ... sedar2 1mdb mengalami masalah bayar balik. Rakyat tidak kisah jika 1mdb itu lingkup pun asalkan akibat kelingkupan itu tidak ditanggung oleh mereka, contohnya terpaksa membayar gst untuk tampung kos 1mdb ataupun hasil minyak negara juga digunakan untuk membayar hutang 1mdb ataupun pendapatan glc digunakan untuk membayar hutang 1mdb.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 10:36 AM

Jadi cadangan saudara adalah biar aje najib buat sesuka hati supaya tun tetap nampak baik? Tu la beza pemimpin dengan org biasa. Tun sanggup ambil risiko dihina untuk selamatkan tanahair kita. Saya rasa tun dan family tak terkesan sangat pun dengan masalah negara, tapi tun tahu ramai rakyat yang akan susah disebabkan masalah najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 10:40 AM

Tak tau nak komen apa kat ko ni bro... Satu soalan je, 1MDB tu sapa punya? Kalo tu syarikat persendirian mmg la x yah canang kat org.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 10:44 AM

setakat apa idea hebat najib? krim? brim? rasionalisasi subsidi? gst? ayam for you? pemandu? konsultan 7bilion?

langsung takde yang boleh dibanggakan!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 11:00 AM

@Anonymous Astaghfirullah....geleng kepala aku tengok kebebalan pengikut cina celup aka panglima Bugis Ah Jib Gor ni!!!!!

Syarikat lain buat pinjaman, sendiri tanggung, 1MDB buat pinjaman, rakyat yang kena tanggung! Habis ko nak tanya tak payah bising????

Syarikat lain ada Modal 1 Juta; paling kuat boleh pinjam 100 Juta...Syarikat 1MDB ada modal 1 juta tapi boleh pinjam 42 Billion! Pasal apa? Pasal yang akhirnya bukan 1MDB yang bayar...kerajaan aka Rakyat yang kena bayar!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 11:02 AM

@Anonymous

Ya aku masih ingat segala kes zaman Mahathir...Perwaja dan sebagainya...bahkan aku lah antara orang yang bising mengenainya...Ko ada bising? ke ko buat senyap je?

Sekarang ni aku nak bising pulak mengenai 1MDB....

Apa Kaitan?

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2015 at 11:09 AM

@KERIS BERAYONyalah.... saya pun hairan juga.... EnY dan delloitte kata ok tapi alih2 Najib sendiri kata 1mdb hutang terlalu besar dan perlu diselamatkan.... tu yang nak tanya Najib tu apa masalahnya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 11:20 AM

Dari kenyataan Najib, memang sah 1MDB bermasalah dan perlukan masa untuk diselesaikan.

Rakyat nak tahu apa masalahnya, apa puncanya, siapa yang bertanggungjawab dan banyak lagi.

Satu pun Najib tak jawab, jadi kalau Najib sendiri tak boleh nak jawab, jangan harap Kabinet boleh jawab.

Yang sokong sangat Najib ni faham dan boleh jawab ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 11:22 AM

APEDA BANGANG PUNYA KOMEN..

kalau duit ko sendiri, ko dok canang suka hati ngko la.

tapi duit 1mdb tu duit mak bapak bod ke?
kan ke setiap tahun kena audit dan repost hantar ke ssm? itu pun tak tahu ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 11:23 AM

Salam Sdr DT,

1. Dengan pengakuan terbarunya (akhirnya?), DSN telah memberi keadilan terhadap Tun dengan jelasnya. .

2. Justeru itu, bolehkah kita kini MEMOHON kepada PM / MK / Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk menyenaraikan semua hutang-hutang lain yang kita rakyat dikehendaki untuk membantu beliau membayar bagi pihaknya ? Seperti saya yang makan gaji, saya perlu bajet untuknya sebab pendapatan semasa saya adalah hampir tidak cukup untuk keperluan keluarga dan saya.

3. Oleh itu , sebelum saya mati, saya gembira kerana saya telah melakukan sesuatu untuk negara saya. Tiada siapa yang boleh bertanya kepada saya kemudian hari apa yang telah saya lakukan untuk negara saya; kerana saya telah membantunya membayar segala hutang-hutangnya (walaupun hutang-hutang tersebut tidak diperlukan!)

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2015 at 11:27 AM

Sudah terang lagi bersuluh..yang 1MDB memang bermasalah.. selaku penasih dan menteri kewangan dan pencetus 1MDB najib harus bertanggungjawab

ada terbaca dlm artikel jika keadaan hutang 1MDB berterusan kita mungkin ke kancah yg sama seperti Greece..jika tidak mampu membayar aset negara boleh jatuh ke tgn asing.

Dari najib terus menafikan dan bertindak menghentam tun baik najib duduk semeja dgn tun untuk cari cara pulihkan keadaan.

jgn terlalu ego..takut nanti rakyat akan ludah dan kencing atas kubur najib dan keluarga nya nanti..

masa tu tak guna dah ada beribu apple polish cybertroper bangang ,tv tv yg kaki ampu..penasihat PMO yg tolol dan ketua2 bahagian yg busuk mcm tahi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 11:41 AM

kecewanyalah bila orang xfaham faham 1MDB tu bwh MOF. Dah tu pula si najib tu menteri kewangan. dh tu dia juga perdana menteri. Apa yg kerajaan nk buat xperlu pm dan menteri kewangan bgtau? ni baru kes 1mdb. ttg kes altantunya rakyat kna ambil kisah sbb ada menyatakan data immigresen xde myatakn altantunya ni masuk Malaysia. kes mh370 pn ada kes libatkn betapa immigration negara malaysia ni sgt longgar. if xde arahan org plg tinggi dlm kerajaan masakan data hilang dlm immigration. kes 1mdb ni sgt membebankn sebab libatkn tadbir urus nilai ringgit. ringgit jatuh, ekonomi jatuh. Menteri kewangan xtau buat kerja. PM xtau buat kerja jg menyebabkn Menteri kewangan xbuat kerja. Dh pm jg menteri kewangan...mmg terang-terang najib xtau buat kerja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 11:41 AM

PM paling haprak dalam sejarah Malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 11:47 AM

marahkan kan rakyat...tun yang di salahkan..hahahahah lawak punya PM yang bangang giler ..bongok punya FM...A$$#013 punya PM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 11:48 AM

@dinturtlesiapa nak tanya dan siapa nak jawab? apa la ko ni din. kan dah berbuih mulut beribu2 orang yang bertanya pasal tu. aku tanya, ko tanya dan orang2 yg kecewa dengan najib juga bertanya. najib juga ada jawab juga sikit2, walaupun kebanyakannya 'fail'. rasanya sebab benda ni dah viral lebih awal, tak payah la tun mahathir saja2 tumpang sekaki nak jadi ahli 'memviralkan' isu ni. bukan level tun mahathir tu. apa makna negarawan jika isunya hanya tumpang sekaki? tak payah belit lagi din, akupun suka tun mahathir, sebab dia tegas jenis tak kasi muka, ciri2 seorang pemimpin utama. bukan lembik macam anak didik dia en najib. tapi aku 'frust' sebab tun hanya tumpang isu... harap ko dah faham din.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 11:50 AM

Perkara paling mulia yang aku mintak pm najib buat adalah mengundur diri secepat mungkin, jasamu akan disanjungi rakyat negara ini siang dan malam dengan menanggung hutang dari tanganmu yang bakal diwariskan kepada generasi kami berikutnya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 11:52 AM

lepas ni agak2nya akan ada inisiatif baru.. 1Bangang2U..or 1Blur2U or 1MSonglap$2U....hahah .. Maharaja Lawak Terbaik Malaysia = AhJibGor AKA PM yang blurrr giler...

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2015 at 12:04 PM

@AnonymousTun tumpang isu ? ?

Laaa, tak baca ke chedet ? Berulangkali Tun sebut yang Tun menyuarakan masalah dan luahan rakyat.

Mungkin pada saudara itu namanya tumpang isu tapi kami yang ramai melihat Tun mewakili suara rakyat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 12:28 PM

@Nazri MohdBukanlahhh... RM99.00 tu ada dalam cahaya lilin tu...
Siapa tak nampak, dia anak LN he he he!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 12:35 PM

@Abdul Jalaini Abdul Jalilya lah, aku takut kata2 MOF boleh tolong settle tu bermakna MOF kena bagi duit utk selesaikan, kambus hutang 1MDB... yang dia nak mintak settle tu pun kat menteri MOF... dialah jugak!!! dah terang2lah lulus...
akhirnya rakyat yg melopong, kena GST untuk bayar balik hutang 1MDB... eh... PM setuju ke kalau menteri MOF belanja duit untuk selamatkan 1MDB? lagi pulak bos 1MDB kena dimaklumkan jugak ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu kampung
May 20, 2015 at 12:48 PM

Red alert!!!! Red alert!!!!!!!!!!!

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-akhirnya-mengaku-tiada-wang-1mdb-disimpan-dalam-bank-singapura

Najib..... oh Najib...........................

....................
Reply To This Comment ...................
Small Green Fish
May 20, 2015 at 1:13 PM

Perwaja: Tun Mahathir bukan Pengerusi Perwaja
Bank Negara Forex: Tun Mahathir bukan Pengerusi Bank Negara
1MDB: Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB
adalah orang yang sama

....................
Reply To This Comment ...................
Small Green Fish
May 20, 2015 at 1:25 PM

Jawaban yang dicadangkan untuk menerangkan baki RM99 adalah seperti berikut: Malaysia adalah sebuah negara pesat membangun dengan pertumbuhan makro sebanyak 7.80 disokong oleh NKRA 5.3 dengan nilai FDI sebanyak 40 bilion hasil program Transformasi dan kutipan GST bersandarkan GDP. Pertumbuhan sebanyak 4% dengan sokongan penuh berdasarkan sistem demokrasi dengan kadar perletakan jawatan sebanyak 0.00000 %. Baki RM99 itu terletak pada harga Lilin yang naik setiap tahun. Pada tahun pertama, harga lilin akan menjadi RM50.Pada tahun kedua harga lilin akan menjadi RM100. Pada tahun ketiga, harga lilin sudah mencecah RM50 bilion, sekali gus menyelesaikan semua masalah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 1:27 PM

Lerr... bangang benor budak blongang ni. Dah tak ada idea ler tu? Kalau zaman Tun pun pernah silap berbilion adakah kita mampu berdiri megah sbg harimau asia dan tolak IMF?

Harga diri Tun semakin mahal sekarang kerana di hujung usia pun masih berusaha selamatkan negara.

Sejarah Tun biarpun ada silap, telah berlalu dgn gemilang. Sejarah yg bakal Najib ukir ialah bawa negara tenggelam dlm hutang, hak bumi semua hilang dgn disokong oleh blongang! Agak2 mak bapak korang bangga ke dgn 'perjuangan' demi Najib Rosmah dan Jho Low ni?

Udahler tu tak yah la spin lagi. Terimalah hakikat kamu tu bangang. Kalau kamu tak bangang tak der ler kamu cari makan dgn jadi blongang, ye idak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 1:31 PM

Tiada manusia yg sempurna, termasuk Mahathir, zaman dia ada silpanya, tapi kebanyakkan rakyat tak terkena tempiasnya. Kjaan masa tu boleh handle.
Sekarang ni kasi BRIM pun ada yg mengeluh..GST, RM jatuh, barang semua naik, kos sara hidup tinggi, 1MDB, hutang negara meningkat, Islam tidak dihormati lagi, 1st lady PM, beli jet, isu keselamatan, di Sabah & sempadan Thai...banyak beb....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 1:46 PM

Malaysia ketika Tun Mahathir berdiri megah sebagai Asian Economic Tiger. Ada faham ka beza dgn Najib?

Nasib baik Tun M tegur Najib kalau tak, sedar2 kita tua esok nak ambik duit pencen, habuk pun tadak, epf pun tadak tabung haji pun tadak.

Kalau dah bangang tu belajarlah diam. Tak ler nampak benor bangangnye.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 1:51 PM

Aiyooo.....bila dah nama kena jual aset tu...bermasalah ler tu. Aset tu harta pemilikan. Kalau ko gadai semua harta mmg confirm la ko ada masalah duit. Sbb apa ada masalah duit? Sbb belian aset utk berniaga tak mampu buat untung dan silap2 tak balik modal pun sedangkan hutang menggunung.

Adoii.... benaknye!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 1:59 PM

Audit biasa hanyalah berdasarkan dokumen yg disediakan pihak syarikat. Contoh: dlm lejer tulis belian rm10 maka auditer akan cek resit. kalau resit ada, ok lah. Jadi katakan RM10 tu sebenarnya masuk poket kerani tapi dia palsukan resit maka kemungkinan besar auditor takkan tahu. Cash yg dibelanja juga boleh direkod abg "miscellaneous" - kalau jumlah berpatutan audior tak tanya lanjut juga. Apatah lagi jika direkod sbg elaun direktor...atau komisen consultant..biarpun amaun tak munasabah tapi rekodnya ada maka bg pihak audit semuanya 'in order' tak ada masalah.

Sebab tu kita desak Najib buat Forensic Audit iaitu audit yg membolehkan auditor siasat dan soal transaction di sebalik dokumen2 tersebut.

Ok?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 2:27 PM

@Anonymousmasalah nya skarang.. nko buat loan rumah pi cagar rumah aku pasal apa.. ko tak boleh bayar rumah aku kene kaut dengan bank ada paham?..

....................
Reply To This Comment ...................
Cikgu tabika
May 20, 2015 at 2:49 PM

Din rasanye kau telebih 3 kosong.
1 billion = 1000 juta = 1 000 000 000
Jadi kalau 49 billion = 49 000 000 000

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 2:56 PM

Saya yakin MOF boleh bersama2 memastikan pelan pemulihan itu dapat dilaksanakan walaupun kita berdepan dengan begitu banyak kritikan. PERASAN TAK dia cakap Mof pasal dia tahu kita ni tak tau sapa menteri kew(konon2)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 3:00 PM

@Melayu kampung

Akhirnya sekali lagi kebenaran terserlah...

Bro Din dah tanya banyak kali...kalau betul ada duit disimpan di Singapore, 1MDB dan Najib dengan mudah boleh tunjuk bukti penyata akaun BSI....tak payah tunggu PAC or Audit Negara..

Ada kita dengar apa apa dari Najib or 1MDB? Yilek...

Kemudian SR (Sarawak Report) bongkar dan tuduh yang 1MDB bagi penyata palsu dan sebenarnya tak ada duit dalam BSI....

Ada tak mereka (Najib dan 1MDB) jawab? Sekali lagi....yilek...

Kita kata kalau SR tipu atau fabricate document maka saman saja lah mereka....amat mudah untuk menang sekiranya duit betul ada disimpan di Singapore....

Mereka (Najib dan 1MDB) senyap...

Sekarang kita tahu kenapa mereka senyap dan berulang kali membaca mantera "tunggu Audit Negara dan PAC"...Ini kerana MEMANG TAK ADA DUIT DALAM BSI SINGAPORE!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 3:11 PM

Lerr ... najib kata rakyat semua sokong dia, Tun sorsng ja yg tanya macam2. Blongang mana pulak yg menafikan kata2 bos sendiri ni?

Sudahlah....mmg betul rakyat tanya tapi najib buat pekak badak. Tun M tanya baru dia kerah blongang menyalak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2015 at 4:21 PM

Petikan dari kadirjasin.blogspot
A Hong Kong-based private banker friend of mine noted: “Can’t just hide behind auditors. Many famous frauds and bankruptcies in the world were audited as well and later found out to be fraud like Enron, Lehman Brothers, Worldcom, Satyam, Tyco, Bernie Madoff and Sino Forest. Also the famous Pan Electric (Pan EL) fraud.”

....................
Reply To This Comment ...................
bluk
May 21, 2015 at 2:31 AM

Mohon jgnlah dbuat kiasan2 yg payah2.pm kita susah nk phm.soaln direct pon dy pyh nk hadam apatah lg kiasan mcm ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2015 at 2:33 AM

pm akan datang perak..kata tunM, pm ni suka sangat cakap bohong pada rakyat..
sebaiknya pm tak perlu datang perak sebab cina perak memang tak bagi undi. melayu pun sedang meluat dengan flip flop pm yang tak sudah. yang suka pm hanyalah ketua umno bahagian yang berjawatan adun dan mp saja kerana CASH IS KING..

....................
Reply To This Comment ...................
May 22, 2015 at 2:12 PM

Itulah kelemahan manusia yg tidak tahu bersyukur. Ketika Allah menurunkan hujan, manusia jenis ini akan mengeluh 'alamak hujan pulak, rusak program aku'. Tanpa disedari, Allah SWTpun dicemuh.

Ketahuilah Tun Mahathir juga insan biasa tak sepi dari kekhilafan (bukan perfectionist). Perlukah kita ungkit kekhilafan beliau sedangkan jasa baktinya begitu bermanfaat dan mendalam ertinya bagi ugama, bangsa & negara.

Saya syorkan orang yg masih was-was & tidak tahu bersyukur (jika Muslim) pergilah berjumpa tok guru mengkaji Surah An Nas dan Al Ikhlas. Terutama sekali kajian & kefahaman untuk mengenal pasti kenapa perkataan Ikhlas itu tidak termaktub dalam Surah Al Ikhlas.

Good day & Assalamualaikum.

Post a Comment