........... Bos TH Buat Repot Polis ! Masa Beli Senyap2, Bila Meletup Baru Gelabah .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bos TH Buat Repot Polis ! Masa Beli Senyap2, Bila Meletup Baru Gelabah ....

Thursday, May 7, 201546comments

Kelihatan Datuk Johan bergerak ke Balai Polis Dang Wangi dari bangunan TH Jalan Tun Razak.
Tu dia....... bos Tabung Haji sedang bergerak ke Balai Polis Dang Wangi ..... dan di bawah laporan polis yang dibuat oleh beliau terhadap blog TheBenchmark.



Klik imej untuk besarkan...


Di bawah pula mesej Twitter dari Datuk Azeez selepas penjelasan dari Tabung Haji -



Artikel sebelum ini ada saya copypaste jawapan TH- KLiK.

Point artikel ini ?

Kenapa sebelum ni buat SENYAP2 ? Biasanya akan diadakan majlis menandatangani kontrek bagai, apatah lagi jika urusniaga menjanjikan pulangan yang lumayan kepada TH. 

Tapi dalam kes ini .... SENYAP ? Kenapa, taknak dapat pujian dari pendeposit ke ?

Hanya selepas isu meletup semalam ekoran pendedahan Thebenchmark,  barulah kelamkabut nak buat penjelasan, kemudian nak marah2 sebab apa yang didedahkan itu cuma separuh jer benar, diikuti dengan repot Polis mengadu difitnah ....... satu jer saya nak tanya - Kalau tak didedahkan semalam, bila agaknya rakyat terutamanya pendeposit Tabung Haji akan tahu benda ni ?

Apakah umat Islam yang menabung sekian lama dengan Tabung Haji dan menaruh harapan menggunung menanti giliran untuk ke Tanah Suci, tidak berhak untuk tahu apa yang pihak pengurusan Tabung Haji lakukan dengan duit mereka ?

Cuba kalau Tabung Haji war2kan berita pelaburan ini dari awal ..... apakah akan muncul artikel Benchmark semalam ? 

Itu masalahnya ..... kenapa sekarang semua yang berkaitan dengan 1MDB disenyapkan ? Kalau tidak ada masalah, kenapa nak sorok ? Macam kes majlis perkahwinan anak Rosmah baru ni hingga berbalah pegawai Rosmah dengan KadirJasin ...... kalau dihebahkan dari awal, takde lah rakyat berspekulasi. 

Bila tuduh yang bukan2, tahu pula nak marah ! 

Jadi untuk elakkan sebarang perkara yang tidak diingini, dan untuk mengelakkan rakyat dari membuat spekulasi liar, nasihat saya kepada mereka yang berurusan dalam isu yang mempunyai minat kepada umum, janganlah main sorok2.

PS - Macam rakan saya tulis dalam wassup , masa tanah dibeli dengan harga murah 1MDB pi cari Petrosaudi ( atau syarikat dari Abudhabi )..... bila dah mahal baru nak cari Tabung Haji ! Kenapa tidak dari awal cari Tabung Haji ..... atau PNB ..... atau Khazanah ?

Para pendeposit TH sepatutnya berterimakasih kepada TheBenchmark kerana hasil pendedahan semalam lah maka kita dapat tahu tentang pelaburan yang bakal mendatangkan hasil lumayan oleh TH ini..... kan ?

Share this article :

+ comments + 46 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 6:48 PM

Th patut saman sampai bangkrap penyebar berita. Din penyu juga....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 6:49 PM

Cubalah bersangka baik!.Dapatkan kepastian dulu dari TH sendiri.Betul ke harga dia lebih dari sepatutnya atau dibandingkan dengan harga yg dibayar oleh MRCB utk tanah kedutaan German?.Ingatlah memfitnah lebih besar dosanya dari membunuh.Takkanlah xde langsung kegentaran kepada amaran Allah atas pemfitnah!


anakjati sgway

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 6:52 PM

Separuh benar bermakna fitnah la juga.....

....................
Reply To This Comment ...................
Malindo
May 7, 2015 at 7:00 PM

Pak Din.tahun kemarin Kementerian agama yg uruskan jemaah haji Indonesia terdapat yg tidak kena.Dari menteri hinggalah pegawai kanan di periksa oleh KPK(komisi pemberantasan korupsi Indonesia)akhir pegawai tinggi masuk penjara dan bapak menteri dicopot jabatan.Kalau ketahuan oleh masyarakat penyelewengan di kementerian2 Indonesia dan didiamkan aja,maka rakyat akan protes/demo?,mau tak mau yg buat kerja tak betul turun jabatan.Walau ramai yg kata Indonesia kuat korupsi dan seleweng,ianya sama saja kuat KPK(komisi pemberantasan korupsi)menangkap mereka yg tak betul,dari menteri,org kanan Presiden,ketua polis habis di tangkap dulu,kemudian baru dibuat kes sepenuhnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 7:04 PM

Standard la bro din. 1 MDB dlm masalah. Klu dedahkan mesti jd isu. Tp lbh baik dedahkan awal2. Br nmpk telus. Rakyat sgt concern duit tabung haji. Tanah tu mmg bernilai dan berbaloi dibeli tabung haji. Cuma isu knpa dulu kerajaan tak terus jual ke TH je. Kerajaan dpt untung. TH pun untung. Org pun tak marah klu TH beli sekaki rm3000. Tp skrg tak psl2 1MDB dpt untung atas angin. Klu untung msuk company utk jana negara bagus. Ini utk byr hutang. Mmg la rakyat marah. Org Islam lg marah. Kena pastikan projek tu jalan lancar la. Alang2 dah beli. Nanti jgn sbb masalah 1MDB projek tu sangkut pulak. Benda mcm ni buat kerajaan nampak hilang kredibiliti. Sampai skrg isu duit 1MDB takda jawapan dan penjelasan munasabah. Mufti Perlis pun dah bersuara. Makin lama. Makin ramai bersuara. Entah la apa nk jadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 7:05 PM

Alahai Din oiii aku agak kau ni bukan lah seorang ahli perniagaan,atau kalau berniaga pun sudah tentu tak boleh kemana.MRCB beli tanah kedutaan German RM 3188psf,TH beli tanah dgn diskaun pada RM2800psf.lebih RM300 dah untung.Cer beri pada tokey Cina dia mahu ke tidak?.Orang Melayu kalau nak beli hartanah,cukup takut,tapi beli kereta sampai sanggup hutang 100%.Kalau pandang keliling,berapa ramai orang Cina yg jadi jutawan hanya dgn beli hartanah di tempat strategik.Kalau beli hartanah,harganya meningkat sambil pemiliknya tidur lena,tak perlu susah kepala.Cer senariakan mana-mana pihak yg mengalami kerugian besar kerana beli tanah di Bandaraya KL,biar berapa pun harga beliannya.

....................
Reply To This Comment ...................
May 7, 2015 at 7:12 PM

Fitnah benda yang baik dan bagus ? Hehehehe ..... bukankah 1MDB itu bagus ? Kenapa bila TH dikaitkan dengan 1MDB ramai yang nak marah ?

Adakah mereka yang marah2 itu sebenarnya turut sama menganggap 1MDB itu umpama penyakit kusta yang harus dijauhi ?

Sepatutnya berbangga lah bila dikaitkan dengan 1MDB dalam satu projek besar !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 7:22 PM

Pa dia mamat sekoq ni citer untung rugi? TH beli hartanah nak kasi untung melayu ka? Kalau besok depa buat kondo ka opis ka. Sapa yg lagi ramai pi beli? akai buh mana? Akai duk takuk lama lagi. Jenis nak utg cepat lepaih tu nak senang keja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 7:34 PM

@Anonymous
Uiks....

bila sampai kat TH pandai pulak korang para jemuan jemuan Najib pasal konsep "ahli perniagaan" tapi bila sampai kat 1MDB tak ada pulak bising pasal konsep "ahli perniagaan"...mula lah keluar nak tolong orang Melayu la...nak buat rumah mampu milik untuk orang Melayu itu la ini la dan sebab itu la kerajaan tanah ini dengan harga murah!!!!

Persoalannya adalah pada harga dasar tanah tersebut dibeli dan pada siapa ia dibeli (iaitu pada syarikate "debt ridden" 1MDB...itu yang membuatkan pembelian TH dipertikai oleh org ramai....Tanah dibeli oleh 1MDB dengan harga RM60 - 90 per square feet....sekarand di jual pada harge RM 280per square feet? Siapa rugi siapa yang untung dapat cover bayar hutang?

....................
Reply To This Comment ...................
May 7, 2015 at 7:45 PM

Errr...I beg to differ en din,

Mana ada tuduh yang bukan2 dalam kes ni..tuduhan benchmark tu berasas. Even untuk property yg tak jadi beli tu..suma ada dokumennye..bukan fitnah

TH cuma x jadi beli je. Itupun selepas rahsia terbongkar..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 7:56 PM

Urusan bawah meja ni bila didedahkan sebelum dimeterai, depa pun cancel lah tengah jalan. Lepas tu pusing ke arah kita dan jerit "FITNAH!" Sama la macam kes hartanah Detroit tu.

Kalau si peniup-wisel dedahkan lepas duit dah kena kebas, depa boleh pulak kata "ini investment bagus". Habis, kalau bagus sangat, kenapa tak proceed sahaja dengan pembelian blok kedua? Ada berani? Kenapa tiba-tiba tak jadi? Bila dah terdedah, takut pulak nak bagi duit free kepada IMDB pakai duit haji!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 8:05 PM

Yg penting najib undur....pembangkang tak kuat lansung...cuma najib lemah...rosmah undur...bila pemimpin dipimpin bini.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 8:08 PM

Baru bangun tido rupanya geng ah jib... meriah ckit blog DT ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 8:11 PM

dan kalau satu lot sahaja tu berapa? 1 juta pn masih duit org menabung mahu pergi haji. bkn utk bail 1mbd

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 8:25 PM

Bagus juga TH buat saman. Kita boleh tahu cerita sebenar TH dan 1MDB. Biar terburai semua . Kalau Din penyu menceritakan hal yang sebenarnya, jadi hero dia nanti!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 8:28 PM

In Shaa Allah kita dapat singkirkan Najib dari kerusi PM!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 8:31 PM

Bila nak saman Sarawak Report?????

....................
Reply To This Comment ...................
May 7, 2015 at 8:35 PM

Makin paneh niiih.. di panehkan lagi Tun M kata tak payar bersandar hadis termasuk buek undang-undang..he.. he buek yo lah undang-undang sendiri, macam PR hendak tuu. .

SPRM stand by ok ! Jika benar, TH sepatut beli 20% lebih harga 1MDB... he..he.. lagi pun TH milik pendeposit Melayu Islam. Ada sampai umur bersara, keluarkan semua duit, simpan dalam tabung haji, tau ? Berjuta-juta tuu.. hendakan dividen lebih 10% tau ? eeik sonang yo 1MDB nak pulun ! Sonyap-sonyap yo pulak tuu..

Lopeh ini pastikan pendeposit dapek 20% dividen lak, ok TH ?

KOJO sapo ni ? Ado oghang maghah kau, DT...

Transformasi ngan reformasi cam samo yo....gawat niih !


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 9:18 PM

Tun M ckp jangan letak hadith lebih tinggi dari Quran. Jangan tolak Quran kerana ikut hadith. Itu pun nak confuse? Asal masuk bab agama jer mesti tak payah fikir terus melatah dan hukum orang sbb rasa lebih terror, tak gitu? Cubalah baca dan fikir betul2 apa Tun cakap sebelum menyerbu...

....................
Reply To This Comment ...................
May 7, 2015 at 9:23 PM

Hahaha maae.....meriah nye..buat senyap2 dah bunting tunjuk kat org
Lepas tu tak ngaku pulak....mcm2 weh !
Suruh diaorg belit lagi.......tapi FAKTA kan mana buleh tipu...
Hahaha . Mana menteri yg kecoh2 tu hari....hilang dah ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 9:51 PM

kalau saudi turunkan kuota kepada 15000 jemaah saja yg boleh pegi Mekah..bos TH lagi suka beb....duit semakin melambak...boleh putih biji mata...kih...kih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 9:58 PM

Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan.
Denyut nadi rakyat perlu dirasai................HANYA TINGGAL SLOGAN !
GST salah satu punca kekalahan ,masyarakat terbeban.GST hanya indah diatas kertas,indah dalam ucapan.hakikatnya perlaksanaan amat mendukacitakan.
Soal HUDUD,percakaran pakatan hanya dimulut dan dimedia.UNDI pakatan tetap dihati mereka.IMDB menjadi persoalan! Isyarat jelas buat BN. Hidup Ayahanda Tun! Hidup Ayahanda Tun! Hidup Ayahanda Tun!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 10:13 PM

bro din ulas pertemuan psl ketua2 bahagian isnin ni....nak tgk ada goyang x nnti najib jawab berita terbaru ni...2 prk terbaru gagal...panas weyh ngan najib sekarang...buat taik lebih byk dari pm sebelumnya...tgh berapi kepala ngan najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2015 at 10:47 PM

Saya tak ada masalah TH Properties nak beli hartanah kat mana pun asalkan dilakukan secara telus dan amanah dan selari dengan matlamat TH.

Masalahnya sekarang, TH membuat pembelian ini, kalau ikut kata orang putihlah, "from the wrong (seller), at the wrong time."

Cadangan saya pada TH berilah penjelasan secara ikhlas, jujur dan tunjukkan yang pembelian ini akan membawa kebaikan secara langsung kepada TH dan semua pendeposit. Don't treat the depositors and the Malays in particular condescendingly. Don't treat us like idiots. Tak payahlah nak saman, nak repot polis, macam kucing nak mengawan je kecohnya. Take the high road lah. Buat media conference, hantar surat penerangan pada pendeposit. Habis cerita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 1:05 AM

Banyak yang tak betul bila Azeez ni diletakkan disitu. Otak gred Hassan Malek dia ni. Bila baru pegang jawatan, orang 1mdb dan yang mendapat faedah dihantar buat haji. Tan Sri2 dan anak menantu pun terus dapat kouta. Berapa ramai makcik pakcik dikampung kumpul duit seumur hidup yang tak dapat menunaikan hajat ke Mekah. Jawablah esok di akhirat nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2015 at 1:12 AM

Kalau saya beli sebiji gula2 dgn harga 5sen then saya jual balik dgn harga 50 kali ganda dari harga yg saya beli..ada ke yang nak beli?

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2015 at 3:07 AM

Bukan kah si Azeez tu Putera kuat UMNO....? So, no wonder right....dah bila ayahanda Ajib dlm kesusahan, bukan ke ini lah masa sesuai klu sang putera nak memain peranan membalas jasa....tp kene buat senyap2 lah....duit Tabung Haji tu brader...

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2015 at 11:23 AM

Din,
Inilah penyakit orang Melayu yang susah hendak diperbetulkan. Saya lihat pembelian Tabung Haji ni adalah satu opportunity untuk Tabung Haji di satu kawasan strategik. Adakah kita mahu 1MDB jual tanah tu kat Tok_Tok Arab yg kemudiannya memajukan tanah tersebut dan kemudiannya menjual kpd rakyat tempatan dengan keuntungan besar.

Atau kita suka 1MDB jual tanah tu kat Mah Seng ke, Sunway ke atau Eco World ke baru orang Melayu puas hati. Syarikat2 ni menunggu masa aja merebut peluang melabur di TRX dan Bandar Malaysia (Sungai Besi Airport). Saya tengok orang Melayu cepat aja melenting bila dengar TH nak beli tanah 1MDB. Adakah kita sudah berpuas hati mendapat dividen TH 5-6 percent saja setiap tahun. Saya harap org Melayu bukalah minda. Kita dah d abad ke 21 tapi fikiran masih d abad ke 20.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 11:44 AM

Agree.. Rakyat Malaysia terutama pendeposit TH nak tahu gak duit yg disimpan tu labur kat mana. Bersandarkan syariah ker pelaburan tu. Kalu takat sejuta dua tu blh ler belasah jer. Ni ratus juta. Beli pulak dari glc tgh ada isu panas, mmg kena getah ler. Tu nasib ada hamba Allah yg berani publishkan. Kalu x lg hanyut apa duit tu. Org simpan kat TH dgn niat nak pi buat haji bkn utk joli katak. Bagi jer penjelasan lanjut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 12:13 PM

Nampak banyak pro Ah Jib Goh yang nak menjernihkan air yang keroh di sini. I personally like to Thank The Benchmark for highlighting. In the 1st place ,saya TAK tahu langsung pasal even the 1st parcel of purchase. Senyup2 TH beli tanpa public announce ,kebiasaan kemudian mereka akan buat 'supplementary agreement' mengguna approval for the 1st purchase. Siapa yang kenal si Azizputra akan tahu cara dia 'operate'!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2015 at 12:24 PM

Rakyat di era Transparency & IT kini tidak lagi boleh dimanipulasi, apatah lagi diperolok-olokkan oleh pemimpin. Isu 1MDB kini hangat diperbualkan di setiap pelusuk oleh semua lapisan masyarakat.

Dari input yg terluah di blog ini & juga blog2 lain, initial finding jelas menunjukkan kes 1MDB adalah :-

1 - Satu
M - Malaysia
D - Dah
B - Bengang. .......!!!

Without Fear or Favour.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 1:01 PM

Esa adam tak nyimpan kt th n hartawan jutawan butawan..tindas jew la org miskin sampai kiamat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 1:22 PM

Kalu dr blog2 yg aku baca, 1MDB beli untung lebih kurang 180 juta dlm berapa tahun ntah? TH beli bg THP sdn. bhd develop, dlm masa 3 tahun untung lebih kurang 180 juta. Pastu hartanah tu THP jual ker sewakan? Dah ada ker senarai buyer tu. Pastu pulak dr proposal tu mmg ada urusniaga cuma bkn semua yg dicadangkan tu diteruskan. Jd kenapa nak kelam kabut pi report polis bagai. Kalu pelaburan tu betul2 menguntungkan selepas dah buat decision and both parties setuju announce jer la.. Rasanya tak susah pun. Lebih baik drpd org mula syak mcm-mcm.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 1:48 PM

Kalau dah bagus, kenapa 1mdb jual dan tak develop sendiri? So...confirmlah yg 1mdb is a mega mistake dan TH tolong bantu bayar hutang.

TH tak patut venture into such a high risk investment kerana ia melibatkan simpanan rakyat nak pi haji bukannya simpan utk pelaburan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 2:31 PM

Tahu tak kenapa TH jadi sampai mcm ni...Semuanya kerana dari niat yg tak betul. Bacalah sejarah penubuhan TH sendiri.. Nak lagi detail tanyalah kepada Prof. Ungku Aziz iaitu individu penting disebalik penubuhan TH..
Bila terlalu bnyk org pandai yg mengendalikan TH, inilah hasilnya. Tabungan umat islam utk mengerjakan haji diguna utk perniagaan... Keuntungan yg melimpahruah hanya seciput dipulangkan kepada penabung... Maka balasan allah telah diperlihatkan sedikit demi sedikit kepada kita.. Telahan Pak Ungku memang benar..satu masa nanti TH akan huqu haqa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 2:42 PM

Citer dia senang jer.

1. Kalau belian tanah tu dari kerajaan dihujahkan oleh 1mdb sebagai strategik dan bagus konon utk tingkat ekonomi tolong melayu bla..bla..bla..kenapa 1mdb jual pula? Kenapa tak develop sendiri?

2. Sapa untung sapa rugi bila 1mdb beli dari kerajaan murah dan jual pd TH berpuluh kali ganda? Bukankah lebih baik 1mdb TIDAK DIWUJUDKAN LANGSUNG dan TH beli tanah tu dari kerajaan saja?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 4:07 PM

Yaaa... Ramainya cybertrooper ajib gor...

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2015 at 4:55 PM

Kalau TH tak melabur utk menambah modal kos pergi haji akan meningkat bukan pada kadar yang sekarang. Tidak salah TH berniaga tapi mesti berlandaskan amanah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 5:31 PM

setuju 101%......
dah makin gamai yang pandai PA ... nilah jadinya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 6:20 PM

takat kos p haji apadahal nak kami tambah.tara halnyew..tu pasai kami menabung di th..hal hidup kami taolah kami cari jalanperbaik..najib n gang mengong tonggong tadak hak guna duit penabung th...

....................
Reply To This Comment ...................
May 9, 2015 at 1:12 PM

Inilah kualatnya bila Najib derhaka terhadap perjuangan ayahandanya Tun Razak... DEB & ISA dimansuhkan. Gagasan PAP Spura 'Malaysian Malaysia' dijelmakan dgn konsep Liberal songsang 1Malaysia. Dari situ, kerja gila mula mengganas dgn wujudnya 1MDB yg meratah habis kekayaan negara.

Tidakkah kita terfikir sejak pemerintahan negara diambil alih oleh Dollah Badawi & Najib negara ditimpa berbagai musibah dek mengikut telunjuk fahaman Liberalisme.....
- kehilangan 2/3 majoriti
- kehilangan saham telekom Msia
- kehilangan saham media prima
- kehilangan pulau batu putih
- kehilangan tanah KTM di Spura
- kehilangan 3 negeri kpd pbangkang
- kehilangan maruah bangsa/agama
- kehilangan 2 pesawat MAS
- kejatuhan sebuah helicopter
- kejatuhan saham di KSLE
- kejatuhan nilai Ringgit

Sendiri kena fikirlah.....!!

....................
Reply To This Comment ...................
May 9, 2015 at 4:29 PM

kalau duit penyimpan tak boleh diusik saya sarankan penyimpan simpan aja dibawah bantal. TH perlu mengurus duit tu. kalau tak siapa yg nak bayar gaji pegawai yg mengurus.urusan haji. perlu ada pelaburan yg boleh menguntungkan utk menampung urusan pentadbiran. ini penabung mesti faham.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2015 at 4:55 PM

tahun 2016 bonus pendeposit TH mesti 25%. pa x ckup ke....?

....................
Reply To This Comment ...................
May 9, 2015 at 11:16 PM

Mahal 6% pun org dah bising ni kan kan beratus ratus peratus kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Mujahid
May 10, 2015 at 12:26 AM

@Esa Adam

Encik Esa,

duit pencarum Tabung Haji, kalau letak saja sebagai fixed deposit mana-mana bank Islam, boleh menjana pulangan sendiri. Tak perlu pegawai dan bangunan tinggi mencakar langit. Cuma dulu tak dilakukan begitu sebab tak ada sistem perbankan yang menurut syari'e.

Asalnya penabungan Tabung Haji ialah untuk tujuan mengerjakan haji. Sebenarnya boleh saja ikut sistem insurans -- penabungan oleh 10 juta pencarum bukan semua 10 juta akan dapat pergi naik haji setiap tahun. Jadi wang pencarum diguna seperti duit kutu, untuk membiaya jemaah setiap tahun.

Jadi alasan perniagaan TH tak boleh disokong, sebenarnya. Ungku Aziz sendiri pernah meluahkan rasa kecewa dengan halatuju TH yang sudah terpesong.

Hari ini TH melibatkan diri dalam pelbagai sektor. Dan bila dah berniaga tu, maka adalah risiko kerugian. Dan boleh pulak keuntungan berniaga, diberi kepada pekerja TH sebagai bonus tahunan.

In the end, TH exists to satisfy itself. Benefit kepada pencarum sekadar "by the way".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 1:58 PM

Persoalannya kalau perkara tu betul, kenapa buat senyap2 mcm pencuri masuk rumah utk mencuri. Bila kantoi mulalah salah kan semua org

Post a Comment