........... Berapa Billion RM Harta Milik Keluarga Bangsawan Najib Rosmah ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Berapa Billion RM Harta Milik Keluarga Bangsawan Najib Rosmah ?

Friday, May 1, 201545comments

Utusan
Baguslah bila Zahrain sekali lagi memperingatkan kita akan asal usul Najib dari keturunan kelas berdarjat dan bangsawan. Minggu lepas dah keluar kenyataan bangsawan itu sebagai menjawab artikel TEMPO yang mendedahkan gaya hidup mewah keluarga Najib Rosmah, hari ini keluar lagi.

Agaknya Zahrain tidak mahu rakyat lupa akan perkara itu .... ok, jom kita bincang agar tidak mudah lupa akan kebangsawanan Najib.


Pertamanya, benarkah keluarga Najib Rosmah begitu kayaraya ? Yep, yang ini kita tidak boleh pertikaikan lagi sebab telah disahkan oleh PMO dan Zahrain sendiri dan yang paling utama, disahkan sendiri oleh gaya hidup mewah ( lavish lifestyle ) keluarga Najib Rosmah sendiri.


Kaya biasa atau kaya giler ? Sudah tentu KAYA GILER ! Kalau tidak mana mampu anak Rosmah boleh beli kondo mewah di NewYork bernilai RM110 juta dan rumah lebih RM60 juta di Beverly Hills secara tunai !! Belum cerita kemewahan sambutan perkahwinan anak mereka baru2 ini...



Itu baru anak2 Najib Rosmah ....... Rosmah sendiri ?

TAPI seperti kata Zahrain, apa nak diherankan kalau sememangnya keluarga mereka kaya giler... duit mereka, jadi ikut pandailah mereka nak hidup lavish pun...

Hmmmm ..... tertanya juga saya, apakah gaya hidup mewah keluarga Najib Rosmah ini hanya terserlah sejak Najib jadi PM atau memang dari dulu lagi sebelum jadi PM lagi dah nampak ? I mean, kekayaan itu kan di warisi, so tidak ada kaitan dengan jawatan PM. Maknanya sebelum jadi PM lagi keluarga Najib Rosmah sudah kaya giler.... kan ?

Atau sejak berstatus keluarga PM jer baru terserlah keinginan mahu hidup lavish ? Sebelum itu lebih kepada Wasatiyyah atau Kesederhanaan seperti yang sering dilaung2kan oleh Najib ?



Apakah gaya hidup mewah itu menepati konsep Wasatiyyah ? 

Benarkah seluruh keturunan datuk kepada Najib itu hidupnya mewah atau cuma keluarga Najib Rosmah saja ? Saya bertanyakan ini kerana bukankah adik beradik Najib sendiri yang telah protes kepada kenyataan PMO yang mendakwa kekayaan keluarga Najib Rosmah adalah hasil harta pusaka ?

Kalau kaya giler dan jika semua perbelanjaan adalah hasil duit sendiri, saya rasa rakyat tak boleh nak cakap banyaklah kecuali pertikai sikap menunjuk2 kemewahan jer lah .... Wasatiyyah lah konon...

TAPI ..... kalau dah kaya giler, tidak seharusnya timbul cerita2 tentang salahguna harta kerajaan untuk kegunaan peribadi.... haaaa, yang ini rakyat tak suka dengar.

Sebelum ni dah kecoh hal penyalahgunaan jet kerajaan untuk tujuan peribadi.... terbaru rakyat dah mula bertanya siapa yang bayar kos rombongan kahwin ke Kazakhstan ? Adakah keluarga Najib Rosmah yang bayar atau keluarga besan yang tanggung atau penumpang yang bayar sendiri ( hah ! ) ?

Tak perlulah tunggu wakil rakyat bertanya di Parlimen baru nak jawab ..... isu macam ni pejabat PMO atau Najib Rosmah sendiri boleh terus je jawab supaya rakyat tidak terus bergossip.

PASTI ada yang marah dengan artikel ini ! Kenapa ? Rakyat tak boleh tanya ke ? Jadi PM ni macam jadi artis juga .... kehidupan anda dah jadi milik umum, semua orang mahu tahu cerita anda. Standard lah tu .... semua rakyat negara di dunia pun macam tu juga. 

Apatah lagi jika PM itu juga adalah Menteri Kewangan ...... dan juga bertanggungjawab mewujudkan 1MDB ... yang kebetulan berdepan dengan persoalan2 tentang urus kewangan billion2 RM yang masih belum terjawab ..... kes yang ini hanya di Malaysia saja, negara lain di dunia tak ada.

Tak perlu nak marah2 .... jawab saja dan elakkan kontroversi. Kita tak naklah nanti ada rakyat yang mengaitkan kekayaan giler keluarga PM dengan isu 1MDB... kan ?

Yang sebenarnyalah, berapa nilai harta kemewahan yang dimiliki oleh keluarga bangsawan Najib Rosmah ni ? Berapa billion RM yang mereka miliki ? ( i mean, kalau boleh miliki hartanah bernilai RM ratusan juta, pastinya harta mereka mencecah billion, kan ? )




Salahkah kalau rakyat mahu tahu secara lebihkurang jer, nilai kemewahan keluarga PM mereka ? Bila dah tahu PM memiliki sekian2 billion, saya percaya lepas ni takde lah orang nak bersangka buruk lagi setiapkali baca berita akan lavish lifestyle mereka.

Alaaaa.... dia billionair, dia mampu .... apa kisah. 

Jadi demi kebaikan keluarga Najib Rosmah sendiri, mungkin ada baiknya didedahkan lebihkurang nilai kemewahan yang mereka miliki ..... tak gitu ? Demi mengelakkan sangka buruk di kalangan rakyat.

Share this article :

+ comments + 45 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2015 at 11:39 AM

Tok Zaharain, tak payah lah ampu lebih sangat, betul tok nenek dia datang dari golongan bangsawan, cuma cuba semak sejarah berapa ribu ekar kah hartanah yang tok dia ada, berapa kah junlah wang tok dia ada, berapa kah emas bungkah yang tok dia ada, jika lah dinilaikan semua nya dizaman ketika itu nilainya puluhan juta , atau ratusan juta atau hanya cuma ratusan ribu.. jadi jika dikumpulkan dan dinilaikan aset harta tok nenek dia di bayangkan keuntungan berganda untuk zaman sekarang adakah nilai nya berbibilion bilion.. sampaikan nilai nya sama dengan wang 1mdb yang tidak teraudit 27b.. jadi berpada lah mengampu .. nanti orang menyampah dan meluat dan menyumpah kamau sekeluarga 7 keturunan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 11:40 AM

SO..kalau dah terbukti dorang ni hidup macam billionaire...LHDN kena masuk lah tegur sapa sikit. ke buat dono je sebab takut? rakyat je kena audit? sure takde telor punya..

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2015 at 11:47 AM

mesti banyak zakat harta depa bayar kan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 11:47 AM

Salam Din.DS Zahrain(Dubes Di Jakarta) kena backup DS Najib.mungkin juga sebab tempoh waktu beliau sebagai Dubes tinggal beberapa bulan lagi jadi kena back up boss agar Posisi beliau sebagai Dubes di Indonesia disambung lagi.Statement TEMPO tu tak payah dia nak comment sangat,dah jadi kebisaan akbar disini.DS Zahrain ambil kesempat nak jadi hero boss.

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2015 at 11:49 AM

@Anonymouskenyataan bodek yang memakan diri bos ? hehehe...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 11:57 AM

Dulu dia orang kuat Anwar. Tapi sekarang menjadi orang kuat Najib.
Dia hanya menjalankan tanggung jawabnya sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2015 at 11:58 AM

Rujuk senarai org terkaya dr data Forbes n lain2, Xder nyatakan pun. So Xder relevan fakta nk menyokong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 12:02 PM

Harta tak semestinya berapa ekar tanah..Sekarang orang main pelaburan, jadi sleeping business partner, dikalangan tok najib banyak ahli perniagaan dan penasihat tak heran kalau banyak peluang contoh anak tok madir, tok dollah..cuma tak diistihar jd kata duta indon kita tu betul lah..wat apa nak pening kepala cerita pjg lebar bukan Tempo ambil kisah pun..cerita kaya keturunan cukup..kalau setakat nak burukkan pemimpin sendiri tak payah jadi duta..baik buruk kena pertahankan..balik msia esok lusa tibai balik..kalau orang kata mak hang malas mesti hg kata tidak kan..balik umah tengok lah dan nilaikan sendiri..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 12:04 PM

Betul din dan hobby Zahrain disini,suka panggil pers(wartawan)makan makan,katanya dia guna duit sendiri tapi guna duit safe box kedutaan boleh juga kut?tapi banyak hubungan perniagaan antara Malaysia dan Indonesia hanya manis di baca di koran/surat khabar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 12:07 PM

Semuanya atas keberkatan menabong dari kecik. Lagi pun kesederhanaan hidup yang mereka amalkan telah mendatangan hasil yang baik. Segalanya bermula dari rumah dan ini dapat kita terima baik, sebab mereka makan sayur kangkong yang berkhasiat tinggi tapi harganya murah. Kata orang berdikit dikit lama lama jadi bukit. Nasih teringat lagi ada blogger mengatakan Rosmah menggunakan talipon murah. Kalau dilihat dari cara hidup mereka, maka tak heranlah kalau hari ni mereka boleh bergaya. Gaji PM tak pakai pun dan mungkin Rosmah ada elaun khas bila membuat lawatan dan perasmian beberapa majlis. Kesian Rismah, beliau begitu sebok membantu suami dia memajukan negara ada pulak orang yang tak puas hati dan mempertikaikanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 12:58 PM

DS Rosmah adalah usahawantani yg berjaya hasil dari jualan rock melon yg diusahakannya. berbudi pada tanah, dapatlah haslnya. hasil dari tanah jika diniagakan, maka berlipat kali gandalah pendapatannya. Uang itulah yg digunakan utk menampung sebahagian keperluan hidup keluarga PM Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2015 at 1:00 PM

Kan dah ada yg panas.... duk ungkit pula harta keluarga Tun Mahathir .... cuba baca artikel diatas ..... ada saya sebut nama Tun ? Apa kaitannya ?
Artikel ini tanya berapa nilai harta kekayaan Najib sebab duta kita yg bercakap bagi pihak kerajaan sendiri kata yang Najib sememangnya kaya. PMO juga tak nafikan. Jadi kita nak tanya pula soalan susulan biasa- berapa kaya ?

mengambilkira hartanah dan cara hidup mewah keluarga Najib, tidak salah kalau kita letakkan sebagai Billionair.

itu bukan mengutuk malah seharusnya dibanggakan ! Namun untuk mengelak dari orang berfikiran negatif tiap kali keluar cerita keluarga Najib berbelanja mewah, bukankah lebih baik diwar2kan berapa nilai kekayaan mereka.?

jadi komen yang cuba alih topik dengan mempertikaikan kekayaan orang lain pula tidak akan dilayan sebab tidak ada kaitan dengan artikel.

cuba baca balik artikel dan tunjukkan tang mana yg dikatakan cuba mengaibkan keluarga Najib ....... tolong jangan berfikiran negatif.

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2015 at 1:09 PM

@Anonymoustidak dinafikan jutaan RM yang mampu dijana melalui penanaman rock melon di belakang rumah Seri Perdana seperti dilaporkan paper dulu tapi bukankah semuanya didermakan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 1:27 PM

Haaaa...mungkinkah inilah sebabnya sukar dan sulit sangat wakil2 rakyat nak isytihar harta masing2 kan?

Macam isu gst...menteri salahkan peniaga. Tapi dia lupakah bahawa amat ramai wakil rakyat juga berniaga..jadi sampai bila2 pun kepentingan peniaga akan terjaga. Rakyat? Pandai2lah nak hidup...kebulur ke..hutang keliling pinggang ke...ada diorang peduli? Buktinya..rakyat kena gst, gaji dan elaun wakil rakyat naik mencanak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 1:33 PM

Betul tu bro din...

Ananda krishnan dan lain2 billionaire di malaysia jika berbelanja mewah..takde pun org kisah sebab kita semua tahu depa memang kaya raya.

masalahnya..org2 tertentu kononnya dikatakan sgt kaya...tapi dok guna harta kerajaan untuk kepentingan peribadi...apehal? Lebih menarik..adik beradik sendiri pula mengatakan keluarga depa taklah sekaya mana...bukan ke pelik tu?

Jadi jangan salahkan rakyat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 1:44 PM

Dia memang kuat.....KUAT BODEK.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 1:55 PM

pm m'sia lebih mewah dr sultan brunei yg Negara tu dia punya...waaaaaaa...bangganyew...tu baru 2 org anak yg di tunjuk..yg lelain cenggana....waaaaaa pm m'sia maltipel bilinear....yeeeeeey.....bangganyewwwwww...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 2:38 PM

Sabarr.....dan cantikkan kesabaranmu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 2:38 PM

Setengah orang kaya suka menunju kekayaannya. Setengahnya tak suka berbuat demikian.
Daim juga dikatakan kaya tetapi lebih selesa berselipar sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 3:02 PM

Yang aku tahu tun razak langsung tak tinggal apa2 harta kepada keluarganya....mungkin najib dgn rosmah jumpa harta tinggalan qarun ditambah melahirkan anak bernama reza@ Ahmad albab kot???najib dan rosmah sudah menyahut konsep berwasatiyah Dalam kehidupan,rakyat bila lagi???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 3:19 PM

Cakap dengan Zaharin muka kembang tu, tak payah cakap banyaklah; suruh dia bagitau big boss dia, jawab dulu soalan-soalan berkaitan 1MDB tu. Itu isu pokoknya. Dan jelaskan juga tentang Jho Low. Apa hal yang asyik dok mengelak?

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2015 at 4:00 PM

@sesejuk mata memandang

Orang yang menuduh perlu membuktikan!

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2015 at 4:54 PM

he..he.. ada yang tegur aku di blog apanama. Kata nya aku jumud, tak tahu apa terjadi. Jenis pukul rata.

Cuma aku luahkan cara tersirat, Tun M kekalkan status Negarawan nya, agar tidak tecemar, menyerang peribadi. Bila menyerang peribadi, selalu nya orang yang menyerang kita itu, lebih hina lagi !

Kita tahu sangat wassatiyyah Najib dan Rosmah itu berbentuk "lavish". Seorang isteri PM melebihi kuasa suami nya sebagai PM. Nyata nya memang tidak baik dari perpektif Islam itu sendiri. Sekarang kita tanya. 1st Lady Amerika, atas kapasiti peribadi, berhak tidak beliau menggunakan Airforce 1 ? Jawapan nya sudah tentu tidak boleh, bukan ? Jika Airforce 1 bergerak, seluruh Amerika ikut bergerak !1st Lady My, di istilahkan rakyat, berkuasa penuh ! Sehingga majlis perkahwinan anak, bekalan bunga sahaja di bayar tiga juta ! Kemewahan anak di NY, boleh sahaja tersenarai orang terkaya. Ok, cukup.

Soalan DT : Moderate kah ? Wassatiyyah kah ? Bangsawan kah ? Triollinaire / Triloner kah ?

Memang hak rakyat boleh bertanya. Hak DT sebagai blogger politik boleh bertanya. Orang seperti saya memerhati, menilai dan duduk di antara dongeng dan fakta. Sesudah terbukti, itu lah kuasa pilihan kita sebagai rakyat biasa. Masing-masing punya tugas dan tanggung jawab bukan ? Itu HAK kita.

Tapi, bukan hak Tun M ok ? Jika Tun M bertanya sebegini, jatuh maruah ! Macam pembangkang ! Tun M sepatut nya bertanya dengan segala bukti sahih di tangan ! Pertanyaan kemudian nya di dedah dengan bukti-bukti, mesti di jawab Najib sebagai PM yang ada kontrovesi (saya tidak sebut 'skandal' kerana persepsi ini timbul dari Sarawak Report sendiri yang kita tahu entri nya menyebelahi pihak mana) Ini darjat sebagai Pemimpin.

Memang kita semua mahu Najib menjawab setiap persoalan 1MDB. Tun M mendengar dan membantu kita semua. Perkara pokok ia melibatkan Umno dan masa depan Melayu. Perjuangan kita tetap kekal dari semangat perjuangan dan sejarah penubuhan Umno. Umno sudah membentuk Melayu dan membangunkan Negara untuk sama-sama di nikmati rakyat bukan Melayu. Itu kenapa kita tidak mahu nama Umno di tukar rasmi menjadi Semangat 46 kerana pertelagahan dalam keluarga tetap merugikan kerana pertindihan sejarah baru pertubuhan baru.

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2015 at 5:09 PM

Kalau perasan la...Najib punya style...semua orang2 bekas pkr bila puji sikit Najib ni semua dapat jawatan...bodoh tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 5:21 PM

Kuat sgt ker ?
Kuat jilat adalah...
He's nobody....
Just... nobody

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 5:21 PM

Dah tipu.. mana nak mai faktanya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 5:33 PM

@maae

Aku tak faham macam mana pula kaitan menjadi "negarawan" dengan "tak boleh pertikai" peribadi Najib dan Rosmah???.

Tun M ada hak untuk bertanya atau mempertikai gaya hidup "wasatiyyah" Dato Najib. Ianya tak akan sikit pun menjatuhkan status "negarawan" yang org lain berikan pada beliau.

Najib adalah seorang perdana menteri Malaysia. Bila mana terdapat rakyat di bawah jagaan beliau yang miskin papa...kebanyakan org nak beli rumah apartment pun hutang berpuluh tahun...kemudian dia (Najib dan Rosmah) hidup dengan gaya mewah...dengan beg birkin sahaja pun dah boleh beli sebiji rumah untuk org miskin...wedding of the century....jam tangan harga berapa??? Cuba tanya diri sendiri apakah ini yang dipraktikkan oleh Rasul SAW atau Khulafa Rasyidin?

Ini memang patut dipertikai dan yang sebenarnya wajib Tun M untuk mempertikaikan....Jika beliau hanaya tutup sebelah mata itu yang sebenarnya yang akan menjatuhkan status beliau sebagai "negarawan".

Samaada itu duit negara atau duit Najib sendiri...memang patut gaya hidup sebegini pada seorang pemimpin dipertikaikan....apatah lagi kalau ia memang duit negara!

Yang tak patut dipertikaikan adalah apabila Najib bukan pemimpin dan tak guna harta rakyat.

Kalau najib seorang pemimpin maka samaada harta rakyat atau sendiri, gaya hidup wasatiyah beliau amat menjengkelkan dan patut dipertikai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 5:39 PM

harta pusaka xpe la..tp kalu harta puaka? ambil dr sumber lain?
kenapa xblh di kritik? maksum kah? bodoh la kalau macam tu
Putin, Bush, Obama, Chirac n rmi lg ketua negara pernah kn kritik...knp najib xblh di kritik?
xpyh puitis bugis bagai nak rak, balik pd asal...diam makna setuju..Tun M da menjual soklan..najib ada brani beli dengan bg jawapan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 5:43 PM

Zaharin ni langsung xde value bro,8 kensl dia sape.Time dgn pkr Anwar la hero,jd ahli parlimen pkr lah segala nya.Bisnes hancus,masuk plak Bn.Cerita luar dlm Pkr.Org mxm ni jd duta?!!. Duta sabun blh la..puuiii....

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2015 at 6:25 PM

Tun kata Najib bawa 300 orang rombongan ke kazakhstan. Depa naik apa agaknya... Takut-takut guna Airbus yang baru dibeli tu yang kononnya YDP Agong nak pakai... sesaorang tolonglah siasat!

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2015 at 7:46 PM

itu harta ahmad albab yg punya...ahmad albab yg punya hahaha (suara jin dlm gua)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 8:47 PM

Bukan kah orang yang bertanya juga perlukan jawapanya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 9:06 PM

Maee..

Jika bukan tun M..siapa lg nak bersuara? Mmg amat patutlah seorang negarawan yg menegur dan bersuara. Nak harap suara ngko? Hehehe

Ngko tgk betul2...dalam umno skrg siapa yg berjiwa betul2 Melayu? Sedangkan presiden pun dah jadi a jib gor...terliur2 dengan bukan melayu apehal? umno kononnya nak jaga Melayu..salah tu..ia sebenarnya nak jaga pemimpin umno semata2..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 9:22 PM

Bro...
Ente ada khenal itu ahmad albab...
Kalau dapat itu harta gaya la kita.....

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 1, 2015 at 10:18 PM

@Anonymous
Assalammualaikum wmt,
Orang macam inilah yg boleh dapat tempat dlm politik.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 1, 2015 at 10:33 PM

@maae

Tuan Maae,

Jangan goyah dalam perjuangan kerana Agama, Bangsa dan Tanahair.

Jika BN di bawah pimpinan Najib kalah PRU akan datang apa akan jadi pada UMNO dan nasib bumiputera di negara ini ? Jawab ini dulu.

Untuk makluman Tuan, rekod PRU Najib lebih buruk daripada Abdullah jadi kemungkinan untuk menjadi lebih buruk itu hampir pasti dengan adanya isu2 yang tak baik yang memberi kesan pada rakyat pada masa ini.

Oh ya! Jangan lupa. Pemimpin juga perlu bersederhana.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
May 1, 2015 at 10:47 PM

Special Envoy ke US sekarang dah ada kekosongan setelah pemergian Allahyarham JJ. Siapa-siapa berminat, kena UP lagi bodek berbanding Zahrain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 11:35 PM

Apa susah sangat,habak jat si Zahrain ni Ah Jib Gor kita ni status atau caliber dia SAMA dengan Gusdur di Indon.

Beza Ah Jib Gusdar kita dengan Pak Gusdar Indonesia ialah pak Gusdur buta tapi Ah Jib Gusdur kita tak buta.

Dengan bermacam kumpulan consultant di keliling dia dan dengan bayar berbillion billion masalah GST Topup prepaid pun tak boleh SELESAI utk rakyat.

I think from today we should call PM as Ah Jib Gusdur!!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 1:11 AM

Teringat.. Dulu, rakyat menderma harta utk hantar delegasi pemimpin dptkan kemerdekaan. Lepas merdeka byk sungguh harta yg dipusakakan utk anak menantu dan cucu. Atau mungkin kekayaan itu dikumpul semasa buat keja part time di London. Maklum ler pound sterling kan mahal, takat RM tu pejam mata jer..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 1:38 AM

Apa yg bezanya perkahwinan anak Naijb dgn orang lain....

Apa yg grand Nye??? Kalau tengok biasa ajer...

Kalau Najib ada duit dia nak spent utk anak dia , apa masalah korang???

Kalau Najib pinjam duit kat bank untuk biaya kos anak dia kahwin, apa masalh korang???

Ada isu ke??? atau sengaja buat isu ???

Tak payahlah jadi munafik ....
Dah tak payahlah nak memburukkan org lain....

Amal tu dah banyak ke???

....................
Reply To This Comment ...................
May 2, 2015 at 1:42 AM

@Anonymous ? ? ? artikel ni bukan pasal majlis kawin anak Najib la... saya bertanya berapa jumlah kekayaan Najib Rosmah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2015 at 2:21 AM

Gila kooooo bunga saja dekat 3 juta tak ke grang gila babi dan membazir tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 3, 2015 at 1:48 PM

Bro Maee...

Tun M x penah mintak digelar apa2.. dia x pnh minta digelar Negarawan. Utk apa dpt gelaran heba2.. tp tido saja tgk benda x betul depan mata.
Jgn samakan Tun M dgn pemimpin lain yg dah pencen. Mereka bukan pemimpin.. tp hanya jalankan tugas utk cr makan. Sah pencen.. gaji x ada. X ada tugas. Cukup mkn duit pencen smbl tunggu utk masuk liang lahad..

tp Tun M seorang pemimpin.. pemimpin yg bertanggungjawab. Yg tidak terbatas hanya makan gaji. Sapu elaun.. bg anak menantu kaya. Yg jaga kroni2 makan kenyang. Sampai mati pun dlm kekenyangan !

Once dah ada tanggubgjawag.. smpi mati dia akan tunaikan tanggubnjawab. Biar tanpa sebarang elaun dan gelaran...
jgnkan Tun.. tegur dan betylkan apa yg x betul..
hatta kita sekali pun, biar x ada jawatan dan pangkat.. kita wajib betulkan apa yg x betul di depan mata !
Solanya.. beranikah kita ? Mampukah kitta ?
Klu dah x mampu. X berani.. cukuplah kita bg sokongan pada mereka yg berani. Bukan saja Tun.. malah sesiapa saya yg ada kekuatan utk menegur kerajaan !!

Besar sgtkah gelaran Nwgarawan tu ? Boleh bawak ke kuburkah ? Boleh jaga agamakah ? Boleh jaga anak cucukah ? Boleh jaga bangsa kah ?
Aku yakin 300%... Tun x pandang pun itu semua.
Gelaran Maha Firaun pun dia dah pnh dpt !!

Kita org UMNO... bukan syg UMNO sebab kuasa. Bukan sebab bangsa... tp sebab agama. Jgn lacurkan agama utk dpt kuasa mcm PAS. .. !

Tp apa yg ada kt atas skrg dlm UMNO.. hanya guna UMNO utk kaut kuasa.. kaut harta.. buat benda x betul. Sokongan palsu dicanang. Yg di atas diampu, dijilat.. takut nak ckp benda betul. Hatta LEMBU lebih mulia dr mereka itu !

Tawarkan rasuah dlm PRK, janji cek jutaan ringgit kalau menang PRK. Apa semua ini ? Murah sgtkah undi kita.. boleh dibeli dgn janji !!.

NAJIB... jijik sekali sikap kamu. Dan pengampu2 kamu !


Mat Umno Pendang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 4, 2015 at 10:04 PM

Rakyat dlm kesusahan dgn kos sarahidup yg tinggi, Semua yg naik serentak, yg kaya tak payah cakaplah tak merasa beban. Dlm rakyat mengeluh PM kita menunjuk kekayaannya. Sokong atau tak sokong sama saja. Pru akan datang baik tidur kat rumah.

....................
Reply To This Comment ...................
June 25, 2015 at 9:06 PM

Anonymous sy sokong semua yg kamu katakan..kalau x kamu yg komen tentu sy dah mencarut2 DA komen panjang lebar..sy pun DA x tahan dgn pentadbiran kerajaan skrg

Post a Comment