........... Benarkah Persoalan 1MDB Sudah DiJawab ? Mohon Pro Najib Senaraikan .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Benarkah Persoalan 1MDB Sudah DiJawab ? Mohon Pro Najib Senaraikan ....

Tuesday, May 12, 201532comments

Banyak kali dah kita menuntut jawapan kepada persoalan2 1MDB dari Najib dan 1MDB. Mungkin suara kita sebagai rakyat marhaen tidak menarik minat Naib untuk jawab .... tapi  Tun Mahathir sendiri sering mengulangi soalan2 yang sama.

Apakah benar Najib sudah menjawab persoalan2 itu ?

Menurut komen2 pro Najib yang sering kita baca di merata laman sosial, Najib dah jawab !

OK, apakata saya khaskan ruangan komen dibawah ini buat pro Najib tolong berikan jawapan2 nya. Tak salah kalau tolong ulangkan sekali lagi, copypaste pun jadilah. Jawapan anda di sini akan dibaca ribuan pembaca lain.

Tapi saya mohon jangan lari tajuk. Soalan dan jawapan yang diminta adalah berkenaan 1MDB saja. Jadi jangan ada yang kona pi tanya balik tentang isu2 Tun Mahathir zaman dulu .... Tidak ada kaitannya dengan Tun Mahathir. Ini mengenai 1MDB.

Mungkin banyak persoalan itu perlu menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara dan PAC, dengan katalain, masih belum berjawab. Tapi ada beberapa soalan yang saya rasa tidak memerlukan siasatan dan boleh dijawab sendiri oleh Najib.

Antaranya -

1 - Benarkah kekayaan Najib, Rosmah dan Reza hasil harta pusaka keluarga Najib ? Apa buktinya ? Berapa kah nilai kekayaan pusaka itu ( lebihkurang jer ) ? ( yang ini saya tak berapa pasti kaitannya dengan 1MDB tapi penting diberikan jawapan sebab kalau dibiar tergantung, rakyat akan kaitkan dengan 1MDB juga )

2 -  Apakah akaun 1MDB di BSI Singapura takde duit ? Yang ini tak perlu tunggu siasatan, cuma tunjukkan salinan penyata yang ada tertulis USD1.103 bil dalam akaun.

3 - Senarai aset milik 1MDB dengan harganya bagi memberi justifikasi kepada hutang RM49 billion. Soal samada ia melebihi harga pasaran semua tu boleh kita nanti hasil siasatan tapi sekadar senarai penuh aset, saya rasa tak perlu siasatan. Harganya pun tak perlulah tepat sangat, miss ratus2 juta pun ok lagi.

Hari tu ada disebarkan senarai aset2 1MDB tapi banyak yang tak disebut nilai RM dan ada juga disebut tentang perancangan yang belum buat lagi .... itu bukan aset.

Senarai ini penting bagi memberi justifikasi kepada hutang yang begitu tinggi dan kepada dakwaan bahawa sebahagian hutang telah disonglap pihak tertentu. ( contohnya ambil hutang 5 bil tapi beli barang cuma 2 bil, mana pergi lagi 3 bil ? )

Sila tambah lagi persoalan lain yang tidak memerlukan kita tunggu hasil siasatan audit. Saya akan kemaskinikan artikel jika ada. Atau sebarang persoalan lain mengenai 1MDB yang sudah dijawab oleh Najib.

Jawapan yang mengaitkan dengan projek Tun Mahathir tidak akan dilayan sebab yang saya tanya adalah berkenaan 1MDB. 

Mohon mendapat kerjasama pro Najib @ pro 1MDB. Anda pun pasti letih duk tulis Najib dah jawab, Najib dah jawab... kan.

Share this article :

+ comments + 32 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 5:26 PM

Najib dah jawab la! Serius 27 bilion yg dikatakan hilang tu sebenarnya tak hilang! Najib dah jawab masa dekat tawau hari tu. Dia kata 40000 orang bugis sokong dia dengan melaungkan hidup najib hidup najib hidup najib! Lepas tu berkenaan dengan harta anak tiri dia tu pun dia dah jawab! Najib kata orang Bugis pantang mengalah! Dan dia tak kan berundur sebab rakyat dan umno masih sokong dia tau! Kau bro din apa tau???

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 5:36 PM

dah ada msg di FB yang kata sedang menunggu jawapan dari orang Najib. Kamon, Kipidap !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 5:46 PM

Mana jawapan dari bloggang2? Selama ni rasa bukan jawapan. Tp penafian. Benda mcm ni tak boleh jawab. Tp di tawau boleh pulak hentam Tun M. Blh plak berpujangga bugis. Kan bagus klu jawab isu 1MDB mcm hentam Tun M masa di Tawau hari tu. Siap boleh bg sejarah team A dan team B lagi. Skrg bg la sikit jawapan dan sejarah 1MDB dari mula modal 1 juta sampai hutang berbilion2. Bgtau jgk sejarah transaksi pembayaran oleh 1MDB. Terangkan jugak PM sokong tak masa 1MDB buat pelaburan yg nmpk mcm kelabu asap. Semua rakyat tertunggu2 pembesar negara untuk bagi jawapan. Kalau boleh jawab sampai rakyat puas hati. Sampai nmpk ke mana duit pergi. Telus dan penuh integriti. Rasanya rakyat pun tak kisah sgt nk pgg jawatan PM sampai mati pun. Janji telus dan rakyat faham di mana duit nk di belanjakan sama jugak dengan hasil kutipan GST.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 5:53 PM

Tunggu 19mei...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 5:55 PM

Bro Din,

Its does not matter he answer or not. He still get whack by the rakyat. The answer is not important. What important is some quarters of the rakyat will oppose everything and anything Najib said.

Just like Pakatoon, they dont like the Gov, so they oppose everything that the Gov do. If its good or bad, they will protest against it.

Hell, i hate malaysian politics.

Cheers

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 5:56 PM

Kemon la orang2 Najib aku dah tolong jawab untuk Najib tu! Kalau hampa diam maksud nya hampa tak taw...dan hampa bersetuju bahawa wang tu hilang! Aduh kecewa la macam ni...hampa tak support aku pun... :(

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 6:06 PM

Kalu ada jawapannya...dah lama Najib jawab......takda dia gundah gulana.....he..he...Soalan tolak campur pun x leh jawab........42b - 15bill....= 27billion......yg ni pun tak tau nak jawab mcm mana....ckp ler dah belanja haji ke, IM4U ke....belanja rosmah ke......beli jet ker......bayar gaji penasihat ke......Belanja perhimpunan ke.....So.....kalu mcm tu ....leh kategori seleweng kan...ha..ha....

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 6:12 PM

He..he.. meletup-letup artikel DT pasal 1MDB... Najib...Blog Jebat Must Die pun dah jawab isu 1MDB... tak caye baca artikel berkenaan...

Nota: boleh ke ? aku tak lari topik DT....hmm

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 6:16 PM

@Anonymoussorry bro, it DOES matter the answers... very the important. The crux of whole issue. As far as this blog is concerned, at least i can stop asking the same thing iver and over again.... and the same to the ave 20k readers daily (hits)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 6:24 PM

Jangan-jangan memang Najib pun tak tahu. Sebab itu dia suruh AG siasat. Yang betul-betul tahu ialah JL. Tapi dia sengaja tak nak bagi tahu sebab yang sebenarnya semuanya dah jadi abu!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 6:31 PM

Soalan ada tidak duit dibank Singapura, Najib tak akan jawab sebaliknya dia konar kebenda lain sehinggakan keseluruhan ahli UMNO tua dan muda terlupa persoalan utama itu langsung menyokong laungan Najib. Najib pandai main silapmata....keh keh keh!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 6:53 PM

Din,aku dah tanya mereka...mereka cakap tunggu audit pulak,hehe....kalau yang audit pun orang mereka sampai kiamat pun tak habis!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 6:57 PM

@Anonymousanwar dengan cara saman.....najib ngan cara audit. Dua2 sebab nak tutup mulut dan beli masa.

spt saya tulis, ada perkara tak perlu audit pun boleh jawap.

Kenapa glc2 tak diminta tunggu audit dulu sebelum labur ratus2 juta ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 7:25 PM

salam,
sori bro lari tajuk. kalu orang bandingkan bang non dan ahjibgor, sapa yang ada telur? memang bang non ada telur yang besar berbanding ahjibgor. caripun tak nampak mungkin dilindungi kondom. bang non memang kompom dia, tapi jawapan dia, perut buncit sikit. tak kenal pun orang tu, ada la jam omega tu kat umah tak bawak, ni salah umno yang letak umpan saiful.apa lagi bedal la. semua ada jawapan. tapi ahjibgor langsung tak berjawab dengan perpatah tak mahu keadaan jadi lebih keruh. tak mahu campur tangan. biarkan sahaja nanti senyap la. masih ramai yang sayang. orang lain pulak tolong jawabkan. memang big big big boss betul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 7:30 PM

Ya. Business Times Singapore ckp 1mdb should halt all dealings pending investigation. It cannot pretend and operate like nothing happen.

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 8:13 PM

Najib cuba nak meniru sbb tu dia lambat jawab. Dia ni lembab sikit jadi harap cik din sabar ye....dia cuma tahu RM je....lain2 dia tak tahu sangat. Mungkin bebudak dia lebih tau kot.....cuba tanya...1mdb tu apa. Bagi jawab dlm abc je.... mudah sikit.

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 9:20 PM

Selagi hutang 1mdb tak selesai..najib xkn jwb.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 9:21 PM

Najib kan cakap tunggu laporan audit. Tunggu je la.

Sebab dia sendiri pun tak tahu apa nak jawab.

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 9:22 PM

Kalau najib dan org2 menjawab skarang ni..makin byk soalan yg timbul.lebih baik bdiam diri..cara mudah melepaskn diri.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
May 12, 2015 at 10:18 PM

Melalui bloglist bro Din, dapat dilihat bagaimana bloggers pro-Najib bersorak gembira seolah-olah UMNO dan BN dah terselamat dan rakyat menerima Najib. Persepsi mereka ni, bila MT bersetuju dengan Najib = rakyat terima Najib.

Rendah sangat standard MT dan ketua bahagian bila cukup mudah terima penerangan Najib yang hanya berlegar-legar di sekitar isu 1MDB tanpa menyentuh langsung persoalan sebenar yang ramai orang ajukan sebelum ini. Mereka ni mabuk dibuai kuasa sampaikan rakyat mereka lupakan. Apakah cukup Najib bangun melawan Tun M maka untung nasib UMNO/BN terus terjamin?

Tun M tidak berseorangan. Ramai rakyat berdiri dibelakangnya walau pon dia tidak lagi pegang jawatan. Memang Melayu MT UMNO mudah lupa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 10:21 PM

Bukan nak jawab tapi kelam-kabut suruh orang-orang sokong dia dan beritahu kepada orang jasa-jasa dia, masa Pak LAH pandai-pandai sound suruh undur sekarang sendiri buat pekak pula. Kalau undur jahanam la, nak pergi mana?

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 10:58 PM

Nampak gayanya takde yang nak jawab ..... mungkin sebab saya tulis jika alih topik tidak akan dilayan. Itu jerlah yang mereka tahu, kita tanya 1MDB mereka jawab projek lama Tun M.... kita tanya akaun singapura mereka jawab jambatan bengkok ....... pelik.

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 11:23 PM

Saya ada jawapan yg tepat bg pihak Najib......actually as a PM, he has no idea of what is happening in 1MDB. Will wait the finding from investigation conducted by Ketua Audit Negara....

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 11:32 PM

Mengapa guna khidmat Jho Low untuk berurusan bagi pihak kerajaan?
Mengapa tak gunakan pegawai kerajaan yang berlambak?

Mengapa suka guna orang-tengah yang bukan dikalangan penjawat awam?
Beli kapal-selam pun guna 'orang-tengah'. Tidakkah tindakan ini merugikan rakyat?
Ialha bercanggap samaseka;li denh=gan slogan. Rakyat didahulukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 11:34 PM

salam pak din penyu oooooiiiiiii. aku nak tanya yang kata terror yang bagi komen tu. sebenarnya hangpa nak jawapan ape. soalan hangpa senang suruh jawab tapi jawapan sume tak kena. kalau kata pelaburan 42 billion najib dah bagi list asset yang berharga lebih dari pinjaman. dia kata kerajaan pinjam 5 billion je zeti pun dah confirm,yang lain jaminan kerajaan bagi pada imdb, kalu nak tanya akaun dia kata tunggu audit dan pac nak siasat. kalu tanya pasal akaun kat singapore macam sarawak report kata tidak kah pelik hangpa yang kata takde duit tapi minta imdb bagi tunjuk akaun. betul2 macam rafizi kata sal anak nazri dulu. masa sidang akhbar rafizi kata dia nampak anak nazri naik hummer tapi untuk buktikan dia mintak reporter pegi confirm dengan nazri. dey ape cerita ini. pegi lah cari sendiri lepas tu buat pc dan bagi bukti. dulu masa anwar kena pecat dia kata dia ade 3 lori dokumen penyelwengan kerajaan dia masuk penjara 10 tahun tambah lagi 5 tahun satu kotak pun tak de. pasal jho lo lah pasal bengali jual karpet lah rosmah lah bagi lah bukti dulu kata rosmah letupkan altantuya bila bagi gambar tunjuk rosmah dirumah anak yatim spin lain gak.bila bagi bukti vedeo tak percaya tapi cakap2 bulat bulat percaya. itu beza orang putih dengan kita kalau ade skandal depa cari bukti lepas tunjuk kat orang runtuh satu kerajaan. tunggu lah sat bukti kalau cakap mahkamah tak terima itu yang kena audit akaun dulu. kadang benda tu rahsia kerajaan ni kalau business dalam seluar dalam nak tunjuk hancurlah kerajaan. pakai lah otak skit. nak sentuh sal tun m tak gi pulak. tapi tak pe nak bagi hangat skit patut lah tun m lari p mekah rupenya berita tadi tunku buat pc sal anak tun m. dia kata anak tun m syarikat nak tutup petronas bail out beli saham misc berganda harganya. pinjaman anak tun m pada bank 1 billion. lah ni orang korek sume balik kan malu. tak kesah tun m najib ke menteri menteri atau rakyat marhaen ke semua ada kesah gelap. dah buat kena insaf dan sedar. perbetul diri jgn tunjuk jari kat orang kata dia rasuah dia jahat tapi bukti tak de. kita dah melayu islam lak percaya pada allah swt. dgn kebesaran nya. semua dah tertulis. jgn bimbang semua nanti allah akan tunjuk. nauzubillah.

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 11:40 PM

@dinturtleBuku yang ditulis oleh Barry Wain pun mereka dah mula guna sebagai 'kitab' untuk menjawab apa yang kita tak tanya.

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2015 at 11:41 PM

Ante Tanya ....Ana jawab....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 11:37 AM

ini pun satu ...cuba tunjuk bukti pasal anak Tun M tuuu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 12:38 PM

Kalau jadi PM pun tak boleh jawab apa yang Tun Mahathir tanya, lebih baik Najib tukaq nama jadi Osman Jailani, pi jadi ahli muzik!

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2015 at 1:17 PM

Tindak-tanduk Najib tidak menunjukkan dia Bugis asli tapi persis macam 'Bogey Man' atau orang-orang di sawah. Pahlawan Bugis sebenar seperti Raja Haji berfisabilillah menentang penjajah Belanda demi Islam, bangsa & tanah air. Tapi Najib mengkhianati bangsa Melayu dgn mengambil puak Liberal, kafir USA, UK , Spork sebagai penasihat/juru strategi. Tambah dayus lagi bila dia membenarkan dirinya diqueen control oleh jelmaan Imelda Marcos.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2015 at 5:33 PM

Aku baru baca blok WakeUp Malaya di mana ada jawapan mengenai persoalan yg TDM tanyakan itu. Kau bacalah sendiri Din. Kalau ko dah baca baguslah. Tapi aku x nampak ada wang hilang. Yg aku faham 1MDB ada banyak aset tapi kurang kecairan, itu je.

....................
Reply To This Comment ...................
Small Green Fish
May 18, 2015 at 8:49 AM

Masih belum jawab soalan. Soalan tentang kewangan 1MDB cukup mudah tetapi masih tidak dapat jawab soalan. Komen yang cukup panjang dan berselerak dengan tohmahan, tetapi masih gagal menjawab soalan. Ke mana perginya duit rakyat yang digunakan 1MDB?

Post a Comment