........... Apakah Dengan Jual Tanah Nama TH Akan Suci Kembali ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apakah Dengan Jual Tanah Nama TH Akan Suci Kembali ?

Sunday, May 10, 201539comments




Semua orang dah tahu yang Tabung Haji atas dasar "menghormati kerisauan makcik-makcik dan pakcik-pakcik (pendeposit)", telah membuat keputusan akan menjual tanah kontroversi TRX  seluas 1.5 ekar yang dibelinya dari 1MDB.
 
Abdul Azeez berkata keputusan sebulat suara itu dibuat oleh lembaga pengarah TH pagi ini selepas mendapat nasihat perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, perdana menteri menasihatkan agar tanah itu dijual supaya nama TH ‘tidak tercemar’ kerana terlibat dalam transaksi perniagaan dengan 1MDB
.- astro awani.


"Salah satu pembeli telah menawarkan RM188.5 juta, iaitu harga yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), ditambah dengan keuntungan sebanyak RM5 juta," Sinar.

Hmmmm ....... saya dah boleh jangkakan jawapannya sekira kita bertanya soalan kenapa tidak Tabung Haji batalkan saja kontrek pembelian itu dan dikembalikan wang pembelian tanah dari 1MDB .... jawapannya sebab dah ada pembeli yang sanggup beli dengan keuntungan paling kurang RM5 juta.

Adakah tindakan Tabung Haji menjual tanah itu yang para pendeposit mahukan ? Atau pendeposit mahu transaksi itu dibatalkan ?

Adakah transaksi antara TH-1MDB akan batal dengan penjualan tanah itu oleh TH ? Tidak, transaksi itu masih wujud. TH cuma melakukan satu lagi transaksi tambahan dengan pihak lain.

Apakah melalui penjualan itu maka nama TH tidak lagi tercemar kerana terlibat dengan 1MDB ? Sebab transaksi itu masih wujud, maka kita masih katakan yang TH masih terlibat dengan 1MDB. Dan jika nama TH tercemar kerana penglibatan dengan 1MDB, maka pencemaran itu masih ada walaupun setelah tanah itu di jual kepada pihak ketiga.

Menggunakan ayat artikel di atas - perdana menteri menasihatkan agar tanah itu dijual supaya nama TH ‘tidak tercemar’  kerana terlibat dalam transaksi perniagaan dengan 1MDB   nama TH akan hanya bersih kembali setelah transaksi itu dibatalkan.

'Dibatalkan' di sini bermaksud tanah itu dikembalikan kepada 1MDB dan wang belian dikembalikan kepada TH. Dengan cara ini barulah boleh kita katakan transaksi itu telah terbatal.

Bukan saya yang cakap ok, tapi PM yang cakap begitu ! Saya cuma beri tafsiran tidak tercemar saja dalam konteks kes ini.

Jom kita ulangbaca apa Tun Mahathir tulis dalam artikel Tabung Haji -

3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.


7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.


8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.

Tun Mahathir pun sama dengan Najib, yakni mahukan transaksi itu dibatalkan supaya nama TH tidak tercemar kerana terlibat dengan 1MDB.

Sekali lagi saya tanya - Majoriti Pendeposit TH mahukan transaksi itu dibatalkan atau tanah itu dijual kepada pihak ketiga ? Tak sama antara keduanya.

TH nak jual kepada pihak ketiga kerana boleh dapat untung RM5 juta. Sebab RM.

TH setuju bayar 100% harga tanah kepada 1MDB kerana dakwanya ada diskaun harga jika dibayar penuh selepas sain perjanjian jual beli. Sebab RM juga.

Terbaru ada dakwaan kata 1MDB sanggup cagarkan satu lagi tanah yang nilainya 3 kali ganda dari tanah yang dibeli bagi menjamin transaksi itu !

Wow ! DESPERATEnya 1MDB nak dapatkan wang segera ..... kan ?

Kenapa tidak ada yang bertanya kepada 1MDB kenapa yang begitu terdesak nak dapatkan duit jualan itu ? Bukankah 1MDB masih ada RM4 billion di akaun BSI Singapura ? 

Hasil jualan tanah ni bukannya banyak pun, tak sampai billion2 pun.... sekadar RM188.5 juta ..... kenapa sampai begitu terdesak nak cepat ? Pakai jerlah dulu duit yang ada di Singapura. RM4 billion ada tuh.....

Punyalah nak rezabkan wang di Singapura itu untuk bayar hutang luar sampai sanggup jual tanah ! Sebelum ini pun sama juga, hingga sanggup menimbulkan kontroversi menangguh hutang beberapa kali hingga terpaksa meminjam sebab nak bayar hutang RM2 billion. Kemudian pinjam lagi dari kerajaan hampir RM1 billion yang mana kegunaannya langsung tidak diberitahu.

Apapun ......... TAK BOLEH USIK DUIT DI SINGAPURA ! Baki Standby Credit dah habis di pakai ker sampai kena jual tanah pula ? ? ?

Persoalan penting yang 1MDB kena jawab - ADA KE TIDAK ADA DUIT DI SINGAPURA ITU ?

Ada laporan yang mendakwa 1MDB terpaksa bayar faedah bon sebanyak RM187.2 juta dalam waktu terdekat ( KLiK ) ..... ada kaitan ke dengan transaksi TH ini ? 


Nah, bersandarkan senario di atas, salahkah kalau ramai yang punya pandangan transaksi TH-1MDB itu bermotifkan BAIL-OUT ?

Tidakkah TH dikira bersyubahat dengan 1MDB jika ternyata terlibat dalam bailing out 1MDB ? 

Kemelut 1MDB yang memerlukan bail out pula melibatkan banyak perkara yang mencurigakan yang setelah punyalah lama masih tidak dijawab oleh Menteri Kewangan dan 1MDB sendiri .... termasuk yang ini -



Kenapa TH pula yang tidak sabar2 menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara dan PAC bagi membersihkan terlebih dulu nama 1MDB sebelum berurusniaga ? 

Kalaupun tanah itu terlepas pada pihak lain sebab TH lambat ambil peluang, apakah TH akan rugi ?

ITULAH ISU NYA !  Bersyubahat dengan 1MDB.  Itulah yang menyebabkan ramai pendeposit melompat bila dapat tahu TH pun terlibat dalam kemelut 1MDB.

Banyak perdebatan berkisar tentang keuntungan lah, tentang nilai harga tanah la, tentang nilai dividen la .... apakah semuanya mesti kerana RM ?

Bagi syarikat biasa lain mungkin standardlah jika RM menjadi keutamaan tapi apakah RM juga menjadi keutamaan Tabung Haji ?

Kenapa 1MDB pilih Tabung Haji dan bukannya GLC lain yang juga berkemampuan baik dari segi modal maupun kemahiran ? Adakah kerana TH tidak perlu menjawab kepada mana2 board of directors, tak perlu hebahkan kepada sesiapa ? Wallahualam ..... persoalan itu terlintas juga di fikiran ....

Pendek kata, jika benar mahu mensucikan nama Tabung Haji, lakukanlah tindakan yang tepat. Bukannya dengan menjual tanah itu kepada pihak ketiga kerana takut terlepas untung RM5 juta TAPI dengan memulangkan semula tanah itu dan minta kembali wang belian dari 1MDB. Barulah suci kembali ......

Soal 1MDB nak jual kepada siapa pula tanah itu, itu soal lain untuk artikel lain. Sekarang artikel ini bincangkan tentang nasihat ' tidak tercemar ' nama TH yang disampaikan oleh PM.

Jangan kerana RM, apapun boleh .... ingat, ini TABUNG HAJI. Seperti luahan Siti Nurhaliza -


Share this article :

+ comments + 39 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 4:57 AM

Serba salah jugak nk komen. Tp patut awal2 lg dah tak payah terlibat. Kenapa TH nk jgk libatkan diri dalam 1MDB. Memang tanah tu dilokasi yang bagus. Tp rasanya takda keperluan bagi TH utk libatkan diri. Ada perbezaan antara jual dan batal. Benda yang dah luka. Wlu dh berubat. Parut masih ada. Anak dara dh kahwin tp masih suci sbb suami meninggal mlm pertama pun org masih panggil janda. Pengurusan TH takkan tak nampak isu sensitif pasal 1MDB ni. Ni beli sebab terpaksa ka atau paksa rela. Tapi apa pun rasa sedikit gembira bila Pemuda UMNO mula bersuara. Ini yg kita nk dr Pemuda UMNO. Jgn jd pak turut ja. Suarakan apa yg rakyat rasa. Ketua Bahagian masih senyap nampak. Takkan tak berani bersuara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 5:20 AM

Kena cepat-cepat settle penjualan tanah diTRX tu...... Kalau tak, nanti jadi pening lak nak jawab satu lagi isu panas ni!............. Terima kasih PM kerana bagi nasihat kpd TH supaya jual semula tanah di TRX tu..... cuma masa TH nak beli tanah tu , TH ada minta nasihat tak?

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2015 at 5:27 AM

Kalau penjualan terpaksa dilakukan atas nasihat perdana menteri ... jadi pembelian pun atas nasihat perdana menteri Lah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 6:33 AM

Kalau harga jual RM188.5 juta bukan untung RM5 juta tapi cuma RM500k jer. Alahai ciput sangat tu. Beli kurma ajwa pun tak cukup nak bawak balik bagi kat makcik2 & pakcik2 yg menabung..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 6:56 AM

inilah baral nya orang melayu dan sebahagian rakyat malaysia. sekiranya setiap tindakan sesebuah kerajaan perlu bertanya kepada rakyat lebih baik tidak usah ade kerajaan. lantik seorang pemimpin tukang sain. nak buat ape2 buat survey kepada rakyat kalau rakyat setuju baru sain dan buat. menjadi tukang tanya ni seronok. kita jadi macam budak budak tanya kat bapak dia ape je. mengapa ade matahari. macam mane dia dilahirkan. dan sebahagian nye tentu kita tak leh jawab. dulu masa tun m buat perwaja ade dia tanya kepada rakyat takde sorang pun tak bersuara. mase dia guna ISA ade dia tanya rakyat tak de pun, masa dia tangkap anwar ade dia tanya kebinet pun tak de.

saya berasa amat sedih dengan sikap kita sebagai rakyat malaysia. kita selalu membandingkan negara kita dengan negara luar tetapi nak yang elok elok je. bila negara lain buat gst baguih, kita buat tak baguih. bila negara lain tangkap orang yang mengata pemimpin kita kata baguih, bila kita buat tak baguih. bila negara lain tangkap orang yang demonstrasi kita kata baguih. bila kita buat tak baguih. negara lain bagi brim baguih malaysia bagi brim tak baguih. negara lain buat undang islam baguih bila kita nak buat tak baguih. bila guan eng jual tanah kita kata baguih. bila kita jual tak baguih. bila negara lain buat macam 1mdb baguih kita buat tak baguih. itu salah nya kerajaan masa ni. kerana terlalu ingin memuaskan hati semua.

setiap kali berita cuba tengok semasa laporan ekonomi, malaysia berada ditempat yang baik kata zeti. orang luar tahu akan keadaan ekonomi negara kita yang baik. orang luar tau akan kebaikan trx tapi malangnya sebahagian kita memanipulasi isu sebenarnya.

isu 1mdb sebenarnya tidak lah seteruk mane. pada yang faham tu faham lah. pade yang ingin faham alhamdulilah pade yang tak nak faham buat macam mane pada yang buat buat tak faham ini yang bahaya. sebenarnya aku pun hairan gak ape sebenarnya tujuan kita ingin manjatuhkan najib. aku rasa biasalah macam khalid kalau orang tu baguih memang orang tak suka. macam ugama islam kan baguih tapi manusia tak suka.

kj tu bukan tau ape tapi kita mudah lupe ape yang dia buat. menteri menari zumba ape ni, menteri yang jadi pengurus kelab bola hancus, menteri jaga kementerian tapi tiada satu pun kejayaan. baik menteri wanita sebelum ni lagi baguih. tapi kerana pandai cakap orang kata die baguih. aku kalau jadi menteri sukan 2 tahun je malaysia mesti diperingkat dunia.

negara kita adelah negara kita dan kita tidak boleh menggunakan acuan yang digunakan negara lain untuk mentadbir negara ini. kita didalam keadaan terbaik jika dibandingkan negara lain. berfikirlah secara rasional dalam ape jua isu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 7:34 AM

Dah nmpak sgt penyalah gunaan kuasa oleh Najib dan konco2 nya.. Sbg bos 1mbd dan bos kewangan negara, Najib cuba mencekau duit tak kira dr sumber mana utk menutup jejaknya dan Jhlow. Tak dpt songlap duit Epf, TH jd mangsa. Mgkin tak lama lg Asb dn Asn pun bakal jg mangsa. Abg Din tolong arrange kita buat protes aman beramai desak supaya Najib disingkirkan segera. Pemimpin Umno yg lain takkan buat sbb semua takut hilang jawatan dan RM..betapa baculnya mereka ini. Ingatlah kuasa di tgn rakyat. Jika tidak dibuat skrg this matter will be swept under the carpet dan perompak2 harta negara ini akn terlepas begitu shj. Ayuh rakyat kita bangkit dan protes.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 7:38 AM

Dikatakan TH dah letak duit RM1.6 bilion beli bon 1MDB tu macamana...? Nak menyucikan, patutnya duit bon ni ditebus balik.. Dan betul ke hal ni..?

....................
Reply To This Comment ...................
JJ
May 10, 2015 at 7:39 AM

Ni semua kerja mengarut la. Why does the PM support 1MDB to profit RM100m+ but TH to only profit RM5m?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 7:50 AM

Itulah yg disebut isu kepentingan. Ceo th juga adalah org penting dlm 1mdb. Nsmun jika transaksi itu jelas, niat yg baik utk kebaikan pendeposit th kenapa perlu dijadikan fitnah. Adakah terdapat terma sesiaoa yg bertugas di th tidak boleh berkhidmat sama dgn 1mdb? Biarlah yg pakar shj mengulas... Aku perhati shj...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 7:54 AM

Credit to blogger the benchmark dan seangkatan dengannya termasuk din turtle.... kalau tak bocor dokumen tu makin gemuk macam b#$i perompak2 berkaitan!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2015 at 8:25 AM

TH mmg tak salah beli aset utk invest...
Yg salah apabila melibatkan 1mdb. Buka 3,tapi 4 org atas 1mdb ada jawatan besar dlm TH.. harga pembelian pula secara "kebetulan" sama dgn kadar faedah "pinjaman" .. tanah trx dibeli semata2 nak jual semula dgn harga ratus kali ganda walau pd mulanya diwarkan akan dibangun oleh 1mdb sendiri... dgn hutang yg bnyk,cash flow yg mungkin kenyataan dummy shj, 1mdb nak bayar kadar faedah pinjamannya pun tak mampu.. kelihatan 1mdb cuba wipe clean all the messy thing happen within.. lagi diorg cover, lagi nampak segala "kebogelan" mereka... TH antara yg kita sedar, yg kita tak sedar?.. yg paling dikesali, pengerusi TH jadi alat utk org sebalik tabir

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 8:35 AM

RM..?? Hehe.. Ada 2 makna tu
Duit... atau Badak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 8:38 AM

Sepatutnya semua lembaga pengarah perlu berfikir dgn waras dan jgn libatkan diri dgn 1MDB kerana ia akan menjerat diri sendiri... semua bijak landai kat atas tu takkanlah perkara kecik pun x leh terfikir.... org hanya akan ambik kesempatan utk memburukkan party aje.... wahal yg buat onar adalah segelintir aje....

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2015 at 8:46 AM

23hb ni ada ura2 usul undi tak percaya PM kat Parlimen? Ermmm..

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2015 at 8:51 AM

Bro tolong tulis,,,
Tabung haji tidak boleh jual tanah ini dan harus di kembalikan semula pd 1mdb,,
Jika tabung haji jual dan dapat hutung 5m tabung haji juga harus kena bayar cukai keutungan pd Lembaga hasil RPGTndan GST serta nilai nilai faedah blr++++
belum kira cost pengurusan dan dan nilai nilai lain stem dannguaman
Yg perlu pulang kan semula tanah ini pd 1mdb dan claim sedikit nilai kerigian dalam tmpuh pelaburan atau pembelian tanah ini,,, pro rata,,
Kemudian1mdb pulang kan semula tanah ini pada Kerajaan atau kerajaan buat semula pengabilan dgn nilai yg di beli olh 1mdb serta bayar segala proses yg di tanggung olh 1mdb tapi kerajaan tidak boleh bayar ikut nilai semasa krn 1mdb jug tidak membayar mengikut nilai semasa,,,
Kerajaan akan rugi sedikit tapi akan utung semula,,,,, 1mdb itu bukan urusan kita,,,
Sekarang bukan masa nak cari untung tapi masa nak kecil kan atau nak henti kan kerugian,,,
Klu tak faham email saja kpd sy,,,
Insyaallah sy akan jelas kan secara terperinci,,,,


P/s klu betul juga tabung haji nak jual dan nak dapat hutung 5juta,, jual pd saya saya akan bayar 5.1 juta lebih. Sedikit dari 5 juta,,,,, nampak mcm merepek tapi ini kenyataan,, atau tabung haji tenderkan,,,,

Mana pemikir pemikir semua,, habis harta kerajaan di faraid kan olh kakitangan kerajaan dan org politik,,
Rakyat putih mata,, pembangkang pun takde class asik ckp yg bukan bukan pun sama mcm org politik,,,,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 8:55 AM

http://mymassa.blogspot.com/2015/05/tabung-haji-pelaburan-trx-patuh-syariah.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 9:23 AM

bagi saya, isu sekarang, bkn di btalkn perjanjian, atau dijual semula.. isu asal, kenapa melibatkn TH dlm isu 1mdb... adakah sbb si najib tu dh pening kepala wang negara dah musnah? dan ambil jln senang beri arahan pd TH... ini pun sbb dh terbongkar... klu x, mmg buta2 laa wang pendeposit mak2 bapa2 datuk2 nenek2 kita di rollingkn dlu snyap2... munafik betull...

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2015 at 9:24 AM

Din,

Lama lagi wayang ni nak tamat din ? Dah makin tak seronok plak rasanya. Makin ramai plak pelakon tambahan tampil......
benda besar kan......tak gitu ?

....................
Reply To This Comment ...................
anak felda
May 10, 2015 at 9:31 AM

kalau tak silap aku,Th dpt tanah tu dgn harga diskaun...bkn harga pasaran...tup tup nak jual pd pihak lain dgn harga lebih kurang sama...atau lebih sedikit....buta2 jer pihak lain dapat untung...patutnya Th tak boleh jual pada harga yg sama...sstidak2nya ikut harga pasaran....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 9:51 AM

hebatnya artikel ini. jelas dengan sejelas jelasnya pengaruh "RM" dalam 1MDB. kuasa "RM" sememangnya yang telah menyengetkan neraca parti. "RM" sesugguhnya menjadi penentu halatuju agama, bangsa dan negara.

transaksi tak mungkin dibatalkan kerana 1MDB nak kekalkan "RM"

kesian kamu admin. pasal apalah kamu tak nak "RM" sebagai kekuatan perjuangan kamu. ingatlah bro kata orang tua2, kalau ada "RM" (duit) semua barang boleh dikuit. oleh itu berfikirlah baik baik samada kamu nak simpan "RM" untuk mendapatkan semua atau sebaliknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 10:17 AM

Ohh sekarang tuan PM dah jadi tuan penasihat.. berapa persen ye

joe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 10:35 AM

Pembelian dgn conflict of interest oleh pengarah, menentang penilaian risiko jabatan sendiri, tak boleh ke lembaga ni terbabit dirombak dan didakwa jika perlu atas CBT. Sebab mcm ada elemen insider trading pulak.

joe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 10:41 AM

Kata TH beli dengan harga diskaun bawah harga pasaran, takkan nak jual untung 2% sahaja dari harga beli. Sepatutnya TH dapat jual dengan harga 47X ganda spt 1MDB barulah ada untung..... Sekadar bagi pandangan....Pendeposit TH marhaein.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 10:54 AM

TH cerdik... klu kata bangang n bodoh , nmpk keterlaluan sgt

Pihak belah sana timbulkan isu jual beli tanah la.. ada untung 5 juta la.. lepas ni mgkn jual kt cina laa... cibai lahhh...

Isu utama.. kenapa p beli kt 1MDB.. yg sekarang pebuh taik ! Klu suci murni pun.. dok p main dgn taik, org panggil taik jugak lah !


Mat Umno Pendang

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 10, 2015 at 11:27 AM

Assalammualaikum wmt,
Hakikatnya 1MDB telah jadi beban negara. Hutang bertimbun dan hasil pelaburannya tak datang dgn cepat. Sedangkan bunga pinjaman tetap kena bayar bila sampai tempohnya.
Ternyata 1MDB pokai. Tak ada cash macam mana nak bayar faedah pinjaman?

Seperti yg terdedah, pada esok (11 Mei) sebanyak RM180 juta lebih mesti dibayar kpd
peminjam.
Justeru, tanah itu dijual secara tergesa-gesa kpd TH supaya dapat duit cepat. Tarikh 11 Mei semakin dekat. Kalau jual pada orang lain wang sebanyak itu tak akan dapat segera. Macam-macam proses terpaksa dilalui. Secara mudahnya wang TH boleh diguna melalui penjualan tanah berkenaan kerana CEO TU adalah salah seorang Pengarah 1MDB.

Moralnya, wang TH diguna untuk cover keperluan mendesak 1MDB. Itulah yg dinampak oleh rakyat dan itulah yg dipersoalkan mereka. Bukan soal perniagaan atau pelaburan TH. LTH telah lama wujud dan pelaburan dah lama berjalan dgn baik dan teratur tanpa 1MDB.

Tak payahlah dok konar sana sini mengabui kisah sebenar disebalik apa yg berlaku.
Walaupun TH diarah jual semula tanah berkenaan, 1MDB dah dapat duit nak bayar bunga pinjaman. Kisahnya tetap terpahat dihati rakyat yg majoritinya penabung golongan pengundi saluran 1.

Cukuplah setakat ini kita membebel pasal 1MDB dan TH ni.
Kita tunggu pulak isu lain yg pasti akan timbul kerana masalah 1MDB dgn kisah hutangnya yg tak tahu bila boleh selesai.
Kisah tutup lubang, gali lubang akan berpanjangan.
Wallahhu'alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 11:30 AM

1MDB ni macam taik kucing juga yer?? asal terpalit saja mesti bau masam tengik tu mengaum satu bilik... tambah2 dlm kereta, kena tunda masa bertolak untuk bersihkan karpet kereta!!!
Tapi percayalah, !MDB ini bukan setakat taik kucing... malah lebih berpuluh kali ganda... jangan ada yang mati macam skandal bank bumi sudahlah!!!

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2015 at 12:04 PM

25%....hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 1:04 PM

1MDB or 1NDB? you know what it mean kan. SO Please lah PM END ALL THIS ONCE FOR ALL . NO HANKY PANKY. FOR THE SAKE OF MALAYSIA AND AS A MUSLIM> PLEASE END ALL THIS ONCE FOR ALL AND MOVE MALAYSIA FORWARD. Kalau tak boleh take all the responsibility and follow AB WAY bukan MY WAY!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 1:29 PM

Najib MUST step down! Full stop.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 3:08 PM

salam.
tak kisah nak jual kat sapa pun. pandai pulak pm beri nasihat. tapi yang paling penting 1mdb dah dapat duit. bayaran segera 100% dan bukan ansuran bulanan. mesti melompat duit dah masuk. campur dengan soft loan yang diberi kerajaan, wahhhh banyaknya 1mdb dah berduit. boleh la mula buat projek. projek mana 1mdb nak buat dulu ye dengan duit tu? saya setuju dengan cadangan serahkan kembali tanah trx kepada kerajaan dan tak boleh jual tanah trx untuk bayar hutang kerana tanah tu diamanahkan untuk jalankan projek yang dikehendaki oleh kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 4:06 PM

jgn smpi kne jual sudah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 4:10 PM

Aku setuju dengan tuan blog. Kalau 1MDB dah ada simpanan 4 bilion apa hal sibuk jual tanah tu? Baik dia simpan dulu supaya harganya naik melambung. Kawasan tu macam lombong emas. Harga mesti naik punya. Tak pun bangunkan supaya tanah tu masih boleh dipantau oleh kerajaan (1MDB ialah GLC) dan pada masa sama 1MDB boleh generate duit. Nampak sangat ada orang terdesak cari duit segera.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 4:33 PM

Hehehe...aku ingat lps ni korang suruh Najib gi jual Tabung Haji pulak!Bila TH jual balik pun salah!...Ingat senang nk batal transaksi yg dh selesai dan sah dr segi undang2?!!...Bila TH batalkan dan kena saman...korang jugak yg akan memekak...rugilahh!...bodohlah!!
THP dh lama...2013 lg berminat dgn tanah tu...bukannya 2-3 hari punya cerita.Korangpun klau beli rumah ada pergi check peribadi penjual ke?!!...Takkan!!...asal urusan itu sah dan dirasakan boleh bawa keuntungan tentu korang beli!!


Anakjati_sgway

....................
Reply To This Comment ...................
rakyat prihatin
May 10, 2015 at 6:11 PM

@Anonymous
Byk2 komen, komen ni plg lawak

betul juge kan, sorang budak main taik, ajak kawan dia main taik, kawan yg diajak kena marah dgnmak sbb main taik, jd kawan yg ajak main taik suruh bagi taik tu pada kawan dia yg lain supaya tak kena marah dgn mak.

sooo bdk2 nipun main pasing-pasing taik tu sesama sendiri dan anggap mereka main pasir.....geleng kepala aku tgk pemimpin nak bersihkan skandal masing2.....kahkahkah

....................
Reply To This Comment ...................
rakyat prihatin
May 10, 2015 at 6:15 PM

@Anonymous
biar betul 3 tahun

hari tu Azeez kata dia tak tau pun TH ada beli tanah dgn 1MDB...mana ko dpt info dah 3 tahun TH nak bli tanah tu?...siapa yg berani membelakangkan Azeez dlm urusan jual beli ni sehingga 3 tahun Azeez tak tahu apa2pun?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2015 at 9:45 PM

3 tahun ker. Awat aku tgk tarikh proposal yg didedahkan tu April 2015. Err ker aku silap tgk. Nak kata dokumen tu tipu.. Tp report polis kata dokumen tu betul. Tp yg syiok tu PM pujaan ramai minta jgn dipanjangkan sbb byk benda lain nak fikir dan buat.

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2015 at 11:17 PM

Hahahaha......pikir lah...Buat lah....sementara kat situ. Esok lusa tak tahu !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 7:17 AM

Anakjati sgway...

Apa plak tak boleh? Dua2 pun agensi kerajaan. Lagi mudah.

Tu kes mas dan airasia ok je pun..boleh je settle takde saman2.. yg pntg duit dikembalikan.

Masalahnya skrg..1mdb boleh ke pulangkan duit tu balik? Dahla beli terus mintak bayaran 100%. Logik ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2015 at 8:48 PM

@Anonymous

Wah, puak Najib dah tahu sejak 2013, tapi Azeez lepas jual baru tahu.

Kesian Azeez dikambing-hitamkan. Patut la merajuk sakan.

Post a Comment