........... 1MDB Pakai Duit Abu Dhabi Bayar Hutang .... Ada Apa Dengan Abu Dhabi ek ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB Pakai Duit Abu Dhabi Bayar Hutang .... Ada Apa Dengan Abu Dhabi ek ?

Friday, May 29, 201527comments



Banyak pula berita mengenai 1MDB hari ini. Yang paling penting adalah pengumuman Datuk Husni mengenai perjanjian/pelaburan International Investment Company ( IPIC ) dan anak syarikatnya Aabar Investments sebanyak AS1 bil, paling lewat akan dibayar pada 4 Jun.

"Perjanjian itu juga akan merangkumi langkah-langkah lanjut untuk menangani secara menyeluruh pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti antara pelbagai pihak, maklumat lanjut yang akan diumumkan dalam masa terdekat,"

Sedap bunyi kenyataan Husni kalau anda baca keseluruhan artikel itu  ...... Jom kita kutip poin mengikut pemahaman orang biasa -

dari AS1 bil itu, AS975 bil akan digunakan buat bayar hutang yang kecoh baru ni. Baki tinggal AS25 juta.

Maknanya, perjanjian itu lebih kepada nak cari duit nak bayar hutang. Kita boleh rasa satu macam keadaan Terdesak dipihak 1MDB .... ni mesti last minit punya deal ni.

Perjanjian bukan satu bentuk pinjaman tapi macam satu bentuk pelaburan. Tapi Husni tidak menyatakan apakah pulangannya kepada IPIC, apa yang IPIC dapat dengan pelaburan AS1 bil itu ? Berapa peratus kah pemilikan TRX atau 1MDB yang terpaksa dilepaskan dek sebab keterdesakan mencari dana itu ?

Apakah yang telah dikorbankan demi membayar hutang 1MDB kali ini ?

Dari Mkini - Mengumumkan langkah berkenaan, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, di bawah pelan rasionalisasi yang dikemukakan kepada kabinet pagi ini, TRX dan Bandar Malaysia akan diasingkan daripada 1MDB.

Katanya, TRX dan Bandar Malaysia bakal menjadi entiti bebas untuk mengumpul ekuiti melalui pihak ketiga sebelum menyalurkan dana kepada 1MDB untuk membolehkan hutang dibayar.

"Ini akan menyaksikan TRX dan Bandar Malaysia sebagai syarikat tersendiri dengan autonomi serta pertanggungjawaban penuh ke atas operasi dan kewangan," katanya



Asing atau apapun, saham 1MDB tetap milik kerajaan sepenuhnya. Dan rakyat berhak tahu berapa peratuskah dari TRX dan Bandar Malaysia yang masih milik kita. Diasingkan pun, duit dari situ masih digunakan buat bayar hutang 1MDB. So, semuanya masih berhubungkait.

Terdahulu, Kementerian Kewangan telah membentangkan pelan Hala Tuju 1MDB ke mesyuarat Kabinet pada Jumaat, dalam usaha mengawal urus pelbagai persepsi  yang dilemparkan kepada syarikat milik kerajaan itu.

Kenderaan para menteri Kabinet dilihat mula memasuki perkarangan Pejabat Perdana Menteri pada kira-kira 9.00 pagi tadi dan dilihat keluar dari situ pada jam 12.40 tengah hari.

Mengulas lanjut tentang Hala Tuju 1MDB, Ahmad Husni turut menyifatkan intipati pelan tersebut bagi menangkis tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap syarikat dana pelaburan negara berkenaan.

Beliau juga mengharapkan agar pembentangan tersebut mampu memberi gambaran sebenar mengenai 1MDB terutamanya dalam menjelaskan isu beban hutang berjumlah RM42 bilion.


Maknanya sekarang Kabinet sudah faham tentang isu 1MDB ? Adakah penjelasan kali ini sama dengan penjelasan yang dibuat oleh 1MDB dan Deloitte kepada kabinet pada 4 Mac lalu di mana hasilnya, kabinet kata 1MDB OK! Tapi ternyata semuanya lakonan jer.....

Kita tak sabar nak dengar komen dari ahli kabinet tentang isu 1MDB selepas mendengar penjelasan tadi !

astroawani
Oya, tidak disebut langsung yang IPIC atau Aabar itu mewakili Abu Dhabi ... hmmm... tertinggal kot. Ini bukan kali pertama 1MDB menjalin perjanjian usahasama dengan Abu Dhabi. Sekadar refleksi, dari laman 1MDB -


Abu Dhabi lagi !  Bukan ke Arul Kanda juga dulu merupakan salah seorang Director sebuah bank terkemuka di Abu Dhabi sebelum join 1MDB ? 

Masa beli IPP dulu pun join ngan Abu Dhabi, yang kemudiannya 1MDB terpaksa pinjam duit untuk lupuskan option Abu Dhabi di dalam Edra ...... dikatakan yang pinjam US975 juta tahun lepas itu pun sebab nak bayar option Abu Dhabi itulah. Hmmmmmm ...

Pusing2 Abu Dhabi  juga ....

Persoalan yang mungkin tak perlu kita tanya - Sebesar manakah peranan / pengaruh Abu Dhabi dalam 1MDB ?

PS - Kalau tak silap, bahagian pertama dana Cayman pun ada disebut telah habis buat bayar hutang antaranya untuk tebus option Abudhabi ! Berapa sebenarnya jumlah yang perlu dibayar untuk tebus option AbuDhabi itu ? 

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2015 at 8:44 PM

persoalanya masih belum terjawab jika hutang 1mdb diselesaikan pun. yang orang nak tahu adalah kemana duit itu pergi ? macam mana boleh hilang ? sama yang makan duit tu ? jawablah yang ni .. nak senang jawab je dulu sama ada duit tu hilang atau tak. kalau tak hilang buat apa nak kona sana kona sini. jawab lah

....................
Reply To This Comment ...................
May 29, 2015 at 9:00 PM

Each country have their own folklores. Irrespective true or not, such tales has no doubt carry moral values and good teaching. My late mother used to tell me one famous Malay tales that tickled me till to this day about a moronic character named Pak Pandir and his wife, Mak Andeh with their funny funny acts. But much to my surprise, those characters have reappear in this modern era.

The modern day Pak Pandir and Mak Andeh, however, are no longer the much beloved & amusing couple as told in the Malay folklores. They are now villains owing to corruption, greed, & ego but stupid that devastating the country's prosperity and tarnishing the good image of the nation. These so called modern day Pak Pandir & Mak Andeh are now so notorious that they have become household talk and also laughing stock regionally and globally.

GUESS WHO and be my guest....!!

....................
Reply To This Comment ...................
May 29, 2015 at 9:34 PM

Tetiba Menteri Kewangan ke-2 jadi vokal dalam isu 1MDB.dah tersebar rumour DS Najib akan rombak kabinet n tempat Menteri Kewangan ke-2 akan di ganti oleh Tan Sri Khalid (ex-mb Selangor).Macam betul jer rumour ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2015 at 9:35 PM

1mdb perlu diurus...itu realiti yg kita patut terima. Bukan untuk di sensaikan lagi. Sudah tentu telah berlaku kelemahan dan kesilapan. Sekarang masa untuk mengurus dan memperbetulkan. Semoga Allah beri jalan keluar yg terbaik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2015 at 9:58 PM

dgr kata ayahanda tun ada keterlibatan dlm pembangunan abu dhabi..taim najib abu dhabi terlibat dlm kemunduran m'sia...waaaa bangga tak bangga tak berpmkan najib...maluuu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2015 at 10:00 PM

Maknenya Pusing2 hutang makin bertambah..Niaga kong Kali kong..niaga alaf baru

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2015 at 10:14 PM

Hehehe... Yg ni blh plk bentang dlm kabinet..

....................
Reply To This Comment ...................
May 29, 2015 at 11:18 PM

Bagi aku DT ini langkah yang agak baik dari penstrukturan 1MDB. Jadi :-

1. Pecahan syarikat menjadi entiti sendiri sangat-sangat di alukan. Dari mana mereka perolehi dana untuk melupuskan hutang, bergantung lah kebijaksanaan pengurusan mereka. Pokok nya, Kementerian Kewangan mesti tahu bezakan dana negara dengan dana dari entiti urusan perniagaan mereka melupus hutang yang sudah mereka cipta.

2. Kita mahu IPP di olah dalam.nilai sebenar. Ini bererti AK dan Vendor lain mesti bertanggung jawab memulangkan peratus yang terlebih nilai. Mereka mampu dan mereka semua mesti bertanggung jawab memulangkan semula nilai tidak masuk akal. Juga hartanah di P.Pinang. Kementerian Kewangan kena merombak A-Z berdasarkan nikmat dari kerajaan yang mereka perolehi sudah sekian tahun.

Masa untuk Kerajaan mengembalikan akaun sebenar kewangan negara agar tidak ada atau minima difisit.

3. TRX dan Bandar Malaysia mesti beroperasi mengikut kepentingan menambah khazanah negara. Pembangunan mesti melebar sehingga kepada rakyat kurang bernasib baik, hidup bersama hasil-hasil pembangunan ini. Tidak boleh lagi menjurus membuncitkan yang sudah sedia buncit dan sentiada muntah darah dengan duit kemewahan luar biasa. Bijak berniaga itu satu hal, tetapi merompak hak rakyat tidak boleh di maafkan sama sekali. Ini kroni dan rasuah.

Kita tunggu plan komprehensif KK lagi.1MDB bukan lagi hak peribadi dan hanya berkisar kepada Jho Loh, Pak Arab, Rizal dan BOD yang mungkin tidak beramanah. Pengerusi nya juga mesti di pertanggung jawabkan kerana tahu, pura-pura tidak tahu atau terlepas pandang.

Kini : Apa khabar PAC dan AG ? BNM sudah di beri peranan sebenar. Sikap telus dan akur, itu lah kehendak rakyat Malaysia.

Harap ada pengujung nya yang boleh membuatkan SR, Rafizi dan Tony Phua dalam keadaan paling terhina....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 12:05 AM

Abu Dhabi bagi duit tu, in return dia dapat apa? Kenapa tak boleh disclose terus, kena tunggu masa lain? Belum terfikir apa benda nak klentong lettewww.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 12:19 AM

Gali lubang tutup lubang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 3:42 AM

Adakah benar blog Putramerdeka menyampaikan tiada rekod Arul Kanda keluar dari Malaysia dari Immigration Department?

Andai PM, Menteri Kewangan, Penasihat 1MDB, Najib...(Satu itu Semua, Semua adalah Satu)....:-

1- Semua itu Satu (orang nya lah), boleh kelentong jawapan pertama di Parliament kemudian boleh 'PINDA' jawapan juga di Parliament, betul tak?

2- Maka tak ada hal Arul juga boleh buat (kalau PM, Finance Minister, Advisor, Najib boleh, Saya juga boleh!!!)...agak agak berkemungkinan?

Cuba lihat tanda soal ok, tanya je bukan fitnah. Boleh jawab, tak mahu jawab boleh pusing sampai pening.

Bugis nih dah masuk angin keluar asap dahhh...ye tak?

....................
Reply To This Comment ...................
kangkong999
May 30, 2015 at 4:25 AM

Ini bukanlah kali pertama IPIC menjadi penyelamat kpd 1MDB. Dlm tahun 2012 semasa 1MDB membiayai pembelian Tanjong Power dan Genting Sanyen, IPIC telah menjamin 2 bon berniali US1.75 bilyon sungguhpun bon berkenaan dikenakan kupon 5.99%. Sebanyak US1.4 bilyon telah dikenakan sbg kos oleh IPIC kerana akhirnya 1MDB terpaksa menangung hutang sebanyak US3.5 bilyon dgn kupon 5.99% transaksi tersebut. Tambahan kpd itu, anak sykt 1MDB iaitu 1MDB Energy Holdings Limited telah mengambil Bridging Loan sebanyak US250 juta dlm bulan Mei 2014 utk membayar Aabar Investments (anak sykt IPIC) sungguhpun jumlah berkenaan belum muktamad dan berkemungkinan boleh mencecah sehingga US1 bilyon, hanya kerana jaminan IPIC utk bon US3.5 bilyon atau dgn lain perkataan tambahan kos tidak kurang 7.1% drpd jumlah pinjaman(bon) berkenaan. Ternyata ianya lebih teruk drpd pinjaman menggunakan ah long. IPIC ibaratnya spt “saya bukan ahlong, tapi saya mau tolong”. Bukankah ini kerja bahalol?

....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2015 at 6:14 AM

Kemana hutang2 1mdb nak dipecahkan?
Trx dan bandar malaysia sebagai entiti yg tak perlukan hutang tapi perlukan pelaburan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 6:20 AM

Lepas tu? Si perosak dibiar lepas bebas? Kita sbg rakyat dibiarkan bayar gst dan bailout kerajaan? No way!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 7:00 AM

DT

1MDB dah nak dibubarkan?

Then all the dirt-shit just to be swept under the carpet?

Cara business bugis cam ni ke?

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 30, 2015 at 7:48 AM

Assalammualaikum wmt,
Penjelasan yg dilakukan ini membenarkan kata-kata Tun M yg bermaksud, 'Pinjam duit chetti untuk mengaku atau menunjukkan kita banyak duit'.

Apapun hakikatnya 1MDB menanggung HUTANG yg sangat banyak.
Dan untuk menjelaskan hutang-hutang itu, 1MDB terpaksa jual atau gadaikan harta (tanah projek) yg diperolehi dgn harga murah dari kerajaan.

Menggadai atau menjual harta/tanah itu samalah seperti menjual negara kepada pihak asing untuk cover hutang yg tak jelas digunakan untuk apa.

Inikah yg dimaksudkan 'cash is king'?
Siapa yg jadi king sekarang?
Malaysia, 1MDB, Najib atau pihak tertentu dari Abu Dhabi?

....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2015 at 7:50 AM

Pasai apa Tok Sheikh tu baik sangat. Got prawns behind the rocks ke

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 8:08 AM

https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/05/30/1mdb-is-confirmed-to-be-in-bad-shape-will-be-dismantled-by-mof/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 8:10 AM

Sblm ni... sepatah haram x kkuar hr Hosni. Mcm x wujud
Tiba2 bunyi dlm 1MDB.. ada yg x kena ni

dan klu benar Kahlid dilantik...
Ertinya x ada hilai sgtlah org 6g sokong kerajaan. Org luar jugak yg dipandangnya..
Penasihat dr org putih..
Bekas talibarut komunis dilantik ada jawatan dlm SPRM...
Apa cerita ni ?????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 8:19 AM

Dah Abu Dhabi pulak...kalau macam ni berniaga takut-takut nanti boleh tergadai betul tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 9:53 AM

Ada 1 kimak ngo baru ditubuh utk saman tun rm100b....tolong ler ngo bahlol saman tun dan tolong juga bersedia utk di bangkrapkan.

Bukan arini kes nak saman tun ni...da berpuluh tahun....dan begitu byk org trmsuk kpal sing masih x blh wat per...

Kpd tun, tolong saman balik dorang sekurang kurangya rm600b (utang federal) + rm42b (utang mdb)...

Nampak sangat balaci2 jibgor...set up ngo bru 1-2 bulan utk kenakan tun

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 11:42 AM

Ini sudah out of control, libatkan abuse dhabi pula. Lama lama negara digadai sebab nak kekal kuasa dan dpt tunjuk depa boleh selesaikan.
Tup.. tup ! 15Tahun lagi anak anak kita terpaksa tanggung hutangnya berlipat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 12:55 PM

Betul info ni...menteri kewangan 3 din ayam menantu hadi...menteri kew.4 nik abduh...hahaha...dlm mimpi atau realiti ni....serrrram. nih...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 12:57 PM

Yo lah tu jang....depa dah songlap duit tak tau poie mano...bru nak minta dgn Allah tolong...depa pi cari abu dhabi jho low jugak weehhhhh....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 12:58 PM

Rosmah call abu dhabi sat jahhh....kowtim maaa....rosmah bnyk connection timur tengah sana daaaaaa....

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 30, 2015 at 1:41 PM

@AnonymousAssalammualaikum wmt,
Itulah nasib jadi orang nombor dua - Menteri Kewangan ke-2. Yg nombor satu buat hutang banyak-banyak, yg nombor dua cari jalan macam mana nak selesaikan hutang tu.
Lebih malabg lagi si nombor dua itulah yg dipertanggongjawabkan menjawab segala pertanyaan rakyat.
Menteri Kewangan Satu lepas tangan.
Kesiannnnnnnnnn!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2015 at 4:52 PM

Dalam tikus dok sibuk repair labu tu, jangan ingat kita dah lupa. 27 bilion hari tu pi mana? Kalau banyak sangat nak cerita, bagitau kat kita, USD1 billion dari Cayman's tu pi mana?

Nak tutup IMDB, nak restructure IMDB, nak bayar balik semua hutang IMDB, itu soal asing. Yang sama penting: duit loan ambik melebihi keperluan, sapa songlap?

Jawab soalan. Jangan tak jawab. INi kes CBT ni, bukan kes kecik anak.

Post a Comment