........... 1MDB - Macam-macam Ada ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Macam-macam Ada !

Wednesday, May 13, 201535comments


Baru ni Rafizi timbulkan isu hutang 1MDB hampir USD1 bil  atau RM3.52 bil yang bakal menjelma tarikh matangnya pada bulan September, lagi 4 bulan ! Hari ini berita itu disahkan oleh Businesstimes Singapore dengan captionnya yang lebihkurang membawa maksud -  Jika pinjaman itu sangkut maka jumlah hutang 1MDB RM42b pun mungkin akan sangkut juga !

Laporannya ada di TMI - KLiK. Menariknya, rupa-rupanya pinjaman itu dicagar menggunakan baki wang Cayman yang KONONNYA telah diparking di BSI Singapura, wang yang Najib kata payah nak bawa masuk sebab peraturan Bank Negara yang banyak songeh.

Konsortium 6 bank yang diketuai oleh Deutcshe Bank sudah goyang bila dapat tahu cerita yang mencurigakan mengenai apa yang sebenarnya ada dalam akaun BSI itu dan berkira2 mahu menuntut hutang itu dibayar balik lebih awal.



Business Times melaporkan enam bank tersebut mula risau ekoran dokumen cagaran Brazen Sky didakwa "tidak lengkap" kerana tidak memenuhi syaratnya, dan ini membolehkan konsortium bank tersebut menuntut hutang lebih awal sebelum akhir Ogos.


"Susulan kontroversi ini, apa yang pada awalnya dianggap sebuah pinjaman yang bersandarkan cagaran yang amat ketat kini membimbangkan bank," kata akhbar itu memetik sumber.


Pinjaman USD 1 Bil ini pernah dilapor oleh TMI dulu dan ada saya komen pada 31 Januari lalu - KLiK.


Untuk bacaan tambahan yang menarik kaitannya pinjaman USD1 bil ini dengan wang Cayman yang dikait dengan Option IPP milik syarikat Aabar yang ditebus oleh 1MDB, sila KLiK. Memang ligat otak mereka yang dibelakang semua belit2 ni ....

Apapun, JANGAN GUNA DANA AWAM UNTUK BAIL OUT 1MDB !

                                          *********************************

Semalam heboh dalam Wassup grup bila TV3 bersungguh2 menghentam Tun Mahathir ! Begitu semangatnya TV3 memberi ruang masa yang cukup panjang kepada bekas bos  Dap Tunku Aziz untuk menyerang Tun Mahathir. Rata2 MENYAMPAH dengan aksi TV3 !

Saya tak lihat jadi tak boleh nak komen panjang cuma berdasarkan komen2 rakan, rasanya Najib dan TV3 dah OVER sangat ketahap ia bakal memakan diri. Sekarang orang dah mula rasa pelik dengan cara Najib menyerang Tun Mahathir sebab tampak begitu desperate / terdesak.


Ramai yang sudah mula pertikaikan KENAPA Tun Mahathir yang diserang kalau isunya adalah mengenai 1MDB ? Jawab jerlah soalan2 itu, yang pi serang Tun bersungguh2 ngat tu kenapa ? Baca -  Apa yang para penCACAI Najib MARAH sangat kat TUN DR. Mahathir seBENARnya?
 
Cara pengurusan masalah Najib ..... bagus kah ? Baca - Kluangman..

Sifu blogger saya - Jebat Must Die juga sudah mula kembali aktif menulis ! YESSSS !! Baca nukilan beliau yang memperkatakan mengenai pendirian pemimpin2 Umno yang flip flop dalam isu 1MDB ini -  Umno’s unprincipled leaders and their followers
  
                                        ********************************

Nak dengar secara audio apa yang Matsaid cakap semalam mengenai rancangan 1MDB mahu cagar minyak Terengganu -




                                     *********************************

Last sekali, ingat Datuk Khairuddin yang teruk kena belasah ngan Umno sebab dia buat repot Polis mengenai perjalanan 1MDB dulu ? Hmmmm ..... sekarang bila ramai pemimpin2 Umno lain turut sama mempertikaikan 1MDB dan minta ia segera disiasat, kenapa mereka tidak diserang sama ek?

Baca artikel terbaru beliau -

Najib Dan UMNO Jangan Jadi Bacul, Berdepanlah Dengan Tun Dr Mahathir !


Share this article :

+ comments + 35 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 3:38 PM


Semuanya betul....!! Tempat yang dicadangkan sebagai rujukan adalah TMI, Rafizi, Kluangman, Haramkah, Keldaian, dan mereka2 yang "kecewa" dengan Najib, Jadi, apa nak dikatokan lagi... Betullah tu!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 4:10 PM

Perkara yang mudah sudah menjadi cancer dek dispin oleh blogger ' bangang'. Diheretnya pulak untuk dijadikan isu politik dan kemudianya pulak dijadikan isu peribadi hingga dilibatkan pemimpin UMNO yang kurang waras untuk membuat personal attack terhadap Tun. Tak cukup dengan itu dijadikan pulak individu yang dahulunya bergekumang dan berkubang dengan DAP sebagai peluru untuk menembak Tun. Pendekata apa saya yang boleh dipergunakan tak kiralah walau pun parang kuntut. Hakujatnya ialah mereka desperate dan tekah teroerangkap dengan lubang yang digali mereka sebdiri.

Soalan muka Tun kemukakan ialah 1MDB/arahan pembunuhan Altantuya dll. Semua itu berupa soalan. Mengapa pulak timbul sumpah Najib dan serangan terhadap Tun? Kenapa pulak diminta bukti sedangkan Tun hanya bertanya dan bukanya menuduh. Kakau inilah caranya keyboard warrior Najib yang tak mau lagi dikabel bangang, maka tsk payah tunggu hingga pilihanraya, hari ini pun jika diperceoatkan PRU, BN akan tumbang.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 13, 2015 at 4:36 PM

Tun Dr Mahathir membawa "suara rakyat".

Apabila menyerang Tun Dr Mahathir, bermakna menyerang rakyat.

Ahli2 MT UMNO kenapa lemah sangat ? Najib tu seorang (mungkin 2 orang dicampur Rosmah) anda semua tu RAMAI. Apa yang nak ditakut untuk bertindak ?

Kalau Deutsche Bank disertai lain2 bank yang memberi pinjaman pada 1MDB berpakat minta supaya dibayar hutang dengan segera boleh muflis negara dibuatnya.

Sekali lagi saya nak tanya apa Muhyiddin dan orang2 UMNO hendak tunggu ?

Saya tak berharap pada wakil rakyat pembangkang kerana mereka tak boleh diharap langsung.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 13, 2015 at 5:18 PM

Assalammualaikum wmt,
Makin lama makin banyak yg terdedah. Lepas satu, satu.
Bukan Tun M yg dedahkannya tapi orang lain. Orang yg benar-benar terlibat dgn urusan 1MDB.
Hakikatnya, kerjalaku TV3 yg menyiarkan hentaman terhadap Tun M itu bagaikan 'menjolok sarang tebuan'. Bila sarang tebuah pecah, maka tunggulah serangannya. Kalau sampai ajal bisa sengatan tebuan boleh nawa maut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 5:29 PM

Terima kasih DT bagi link2 di atas..

Saya memang nak update RSS blog sekarang ni. Nak buang blog2 kaki ampu. Nak subscribe yang pahlawan je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 6:09 PM

@Anonymous

Habis nak buek macam mano?

Kalo nak cadangkan sebagai rujukan ke Ah Jib Gor.com ...dia cakap Pahlawan Bugis akan karam bersama kapalnya....

Kalau nak cadangkan ke 1MDB.com ....diorang tak nak respon or layan berita berita spekulasi macam ni....

Amacam?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 6:35 PM

boikot jer berita Tv3..nanti hilang iklan baru tv 3 tahu

....................
Reply To This Comment ...................
shaberybudus
May 13, 2015 at 6:37 PM

Din sori lari tajuk skit. Ni pasal gst kat kad topap. Shabery cheek kata situasi menang-menang untuk kerajaan ialah kenakan gst atas usage. Beli 10 dpt 10 tapi katala call 30sen sminit, kalau call sminit + 6% gst baru tolak dari topap spuluh. Sms pun kena gst. Lagi tak guna. Lagi la bebankan orang. Nampak gaya nak totop lubang 1mdb, industri topap 15 billion dia guna

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 7:04 PM

Umno confirm karam...masa pak lah pun sama.. masa najib pun sama.. kita boleh lihat dari sokongan pembangkang.. apabila hadi dan mat sabu sendiri menyokong pimpinan najib ,itu maknanya ada masalah pada najib iaitu najib sgt lemah. Pembangkang perlu point utk meneruskan momentum mereka tanpa anwar.. semasa pak lah diserang juga sama, kit siang dan pas beria maukan pak lah berkuasa.. malangnya pak lah resign awal tapi najib tidak.. jgn diharapkan TMY atau kabinet lain menentang. Fungsi duit dlm pimpinan najib amat besar utk ditolak org2 nya. Pasrah atau tidak , rakyat tetap sama sengsara..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 7:16 PM

Macam orang lemas dicapai apa yang boleh, silap capai dapat syaitan?

....................
Reply To This Comment ...................
Shaberi beri budus
May 13, 2015 at 8:07 PM

Satu lg, TRX JUAL TANAH PADA SARIKAT INDONESIA. bila plak TRX ada tanah? Ksian najib, sampai takut nk ckp 1mdb jual tanah. Tapi kantoi jugak sbb kata TRX JUAL TANAH tapi yg komen orang 1MDB kata keyakinan pelabur bla bla bla..ksian najib. Jib pegi kambus diri bawah tanah je la. Meluat nengok kau

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 8:15 PM

Bro penyu...
Aku dah semakin menyampah dengan alasan pro najib ni....

Asasnya amat mudah, 1MDB syarikat milik penuh kerajaan buat pinjaman untuk meniaga . Pinjaman bank berjaya kerana telah dijamin oleh kerajaan. Untuk tolong lagi syarikat ni kerajaan jual tanah milik kerajaan kepada syarikat milik kerjaan ni dengan harga diskaun. Sekarang dyit syarikat dah abis sebab bila sampai tempoh nak bayar utang tak boleh bayar. Buktinya kerjaan bagi 900+ juta dan ananda tolong cari peminjam baru 2beliyon untuk bayar hutang lama. Jadi kita dah tau syarikat dah telungkup. Bila syarikat telungkup kerajaan yang kena ambik alih syarikat termasuk hutang hutangnya. So kekawan yang pro najib, andai kerajaan bayar guna rizab kerajaan berapa lama rizab boleh bertahan sebelum abis. Bila dah abis mana nak cekau duit nak bauar hutang? Akhirnya kita yang kena. Bukti utama ialah setelah sebulan gst dan umum dapat 40juta, apayang kerajaan buat dengan 40juta yang kononnya akan kembali utk rakyat?
Jika akhir tahun ni jumlahnya 320juta tu nak guna buat apa? Aku takut nanti kalau najib stay jadi pm dia akan umum sebab rakyat dapat terima gst kita akan naik kadar gst jadi 12% sebab lebih seratus negara yg laksana gst kenakan kadar lebih 10%.

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2015 at 8:39 PM

Boleh owner blog gariskan apa tindakan yg maybe DS Najib ambil utk protect kedudukan dia selaku pm buat masa skrg?Pilihan dah macam makin sempit.Pak Lah dulu jual Agusta USD$1.x kan nak jual 1mdb dgn harga USD$1 jugak.

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2015 at 9:15 PM

Haji Hadi sokong Najib sebab dia sendiri mengalami situasi yg sama dimana ada perancangan untuk menjatuhkan Presiden PAS. Itu justifikasi untuk dia kekal kerana dia percaya Presiden wajib dikekalkan dan diberi peluang untuk membaiki labu walaupun hakikatnya mereka tiada lagi kewibawaan untuk memimpin.

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2015 at 9:37 PM

Strategi perang -secara spontan saya jawab-
1 - Najib kena mandi bunga 7 kali
2 -Najib kena duduk berjauhan dari Rosmah
3- Najib kena ambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan dan tinggal bersama rakyat, merasai kehidupan dan bercampur gaul bersama rakyat.
4- Putuskan hubungan dengan putrajaya dan serahkan tanggungjawab pm kepada pemangku iaitu TPM

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2015 at 9:38 PM

@dinturtlelepas 6 bulan tu saya percaya Najib pun dah tak nak jadi PM balik !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2015 at 11:44 PM

Cepatnya Ketua Polis nak tangkap siapa yang bocor maklumat dalaman TH!.Culprit yang swindle duit dia orang tak nampak pulak?

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
May 13, 2015 at 11:44 PM

a.) Najib merupakan masalah hanya kepada UMNO atau kepada Malaysia?

b.) Berapa ramai pembaca blog ini merupakan ahli UMNO?

c.) Berapa ramai ahli UMNO disini yang menghadiri mesyuarat cawangan masing-masing dan bangun bersuara menuntut agar Najib berundur?

d.) Berapa ramai ahli UMNO disini yang masih menyimpan rapi kad keahlian parti?

e.) Berapa ramai ahli UMNO disini yang tak pernah tahu atau nampak rupa kad keahlian parti?

f.) Kenapa aku menyibuk tentang UMNO sedangkan aku bukan lagi ahlinya? Sebabnya Najib Presiden UMNO. Kalau Najib presiden MIC, tak sedikit pon aku akan ambil peduli.

g.) Najib dan Anwar. Seorang di Sg Buloh, siang malam mimpikan jawatan PM, depan belakang tak diambil peduli asalkan jawatan diidam dapat dimiliki. Seorang lagi di Putrajaya, hingalah ke hari ini masih clueless dengan jawatan yang dimiliki.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 12:05 AM

Kita nak yang berani kerana benar je anon 6.09

Barulah pahlawan sejati..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 12:18 AM

@Anonymous

mereka tahu dengan menyokong najib akan melemahkan UMNO. mereka mahu najib bertahan sehingga PRU akan datang. najib pulak perasaan dia mendapat sokong dari pelbagai pehak. tak tahu yang sokong itu akan bawa bukan saja dia, malah UMNO/BN rebah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 12:29 AM

@dinturtle

dah jadi raja zaman dulu pulak. kena menyamar untuk mengetahui keadaan sebenar rakyat.

bab putus hubungan dengan PutraJaya dan berjauhan dengan rosmah bermakna tak boleh gunakan talipon

bab cuti tanpa gaji maknanya dia kena jadi orang susah,

tapi bab mandi bunga tu untuk apa?

kah! kah! kah! lawak betul kamu ni. terlalu senang syaratnya. tapi takper asalkan dia nak lakukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 12:37 AM

@Melayu Kampung

Sekarang pula Ezam digunakan untuk menghentam Tun Mahathir. Dah macam macam muka diketengahkan, tapi persoalan Tun Mahathir masih belum terjawab. Masing masing cuba gunakan helah untuk mengalihkan pemikiran rakyat daripada isu 1MDB. Ezam larikan beberapa banyak kotak mengandungi dokument kerajaan sapertimana yang beliau sendiri dakwa satu masa dulu tidak pula disoal. pendekata yang yang digunapakai sekarang ni adalah mereka mereka yang bukan genuine orang UMNO. Zahrin/Tengku Aziz/ dan sekarang Ezam Md Nor. Lepas ni siapa pulak agaknya. Mungkin kah Anuar akan diberikan keampunan dan keluar dari Sg Buloh pulak yang akan digunakan untuk menyerang Tun Mahathir.

Serang tu serang juga, tapi persoalan tu kenalah juga jawab.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 12:52 AM

Saya lihat pro penyokong Ah Jib Gor the Bugis yang spin cerita untuk nya kurang bijak. Keadaan sekarang ia lah ibarat 'Ah Jib Gor di tuduh curi duit dan memberi nya kepada Reza' dan sekarang kita lihat news TV3 juga spin cerita ibarat 'Mahathir pun curi duit bagi kat anak dia'

Indirectly penyokong Ah Jib Gor ibarat berkata 'kalau Mahathir boleh buat' ,apasal Ah Jib Gor tak boleh buat juga sedemikian juga. Basically it is an ADMISSION by Najib ,isu 1MDB adalah betul!

alfie.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 12:52 AM

Hahaha. I clueless sapa PM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 1:14 AM

@Anonymous

betullah tuh. bila disebutkan kes altuntuya, terus blogger bangang keluarkan video najib bersumpah. bila disebutkan 1MDB terus dibuka cerita jembatan bengkok. bila disentuh hal si reza, cepat cepat digandingkan pulak dengan mukhzani. soalan masih tergantung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 2:29 AM

bro din..maklum pada semua kabinet dapok, bila nak meeting dgn big boss masuk pintu jalan mengundur. dia dah tak ada jangan risau belakang selamat. itu petua orang masuk kasino genting highland. nanti bila meeting, kabinet dapok mampu bercakap guna akai bukan pakai kepala pakat hangguk saja ikut kata big boss.

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
May 14, 2015 at 7:23 AM

@Saiful Lizan
Haji Hadi menyatakan sokongan beliau supaya Najib kekal sebagai PM bukan kerana beliau percaya Najib tetapi kerana beliau lebih mempercayai TDM.

Hikatnya, TDM lebih berpengetahuan dari kita semua. Dan apabila TDM manyatakan bahawa Najib harus berundur atau UMNO/BN berkemungkinan akan tumbang dalam PRU14 nanti, sudah pasti TDM telah melakukan sebaik-baik kajian sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Oleh itu, sekiranya saya sendiri berada ditempat Hj Hadi, sudah pasti saya pun akan menyuruh Najib jangan berundur kerana saya pasti pada PRU mendatang parti saya akan mempunyai peluang untuk mencapai kemenangan besar.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 14, 2015 at 7:25 AM

Assalammualaikum wmt,
Nampaknya Najib kini dah tak ada orang lagi nak tolong dia.
Segala bekas pemimpin pembangkang dia guna untuk tembak Tun M. Bekas DAP dan bekas PKR pun dia sakau untuk tolong hentam Tun.
Kalau tak jalan juga mungkin dia akan gunakan Anwar Ibrahim pulak.
Anwar tentu sanggup dgn syarat dia dibebaskan dari penjara....
Najib....Najib....
Bagaikan orang lemas, tak ada pelampong tahi pun dipeluk untuk jadi penyelamat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 7:30 AM

@Anonymous
Siapa PM?
Rosmah Mansor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 10:29 AM

Sebagai peringatan penting kpd kabinet Malaysia yang 'clueless' tentang 1MDB, kalau ada paperwork yang "incomplete", maka adalah lebih baik -jangan- dilengkapkan.

Pengurusan 1MDB sepatutnya tidak boleh lagi bertindak sesuka hati melainkan diselia oleh BNM. BNM juga patut membuat siasatan penuh dan meneliti apa2 transaksi yang mencurigakan dan merugikan negara.

Jika ada irregularities dlm 1MDB, biarkanlah Bank2 tersebut mencari mrk2 ini yang terlibat dalam urusan yang bersifat mengelirukan dgn unsur tidak amanah. Mengapa perlu rakyat Malaysia pulak yg perlu 'menyelamatkan' mereka2 tersebut? Nak bayar ke bilion2 tu utk menyelamatkan penyangak?

Pinjaman2 yg dibuat 1MDB tanpa melalui parlimen juga adalah secara dasar amat salah dari segi ketelusan dan amalan asas demokrasi. Amat membingungkan dan tidak bertanggungjawab jika parti pemerintah masih lagi membiarkan orang2 yg terlibat dgn 1MDB membuat apa2 keputusan keuwangan atau transaksi yg mungkin boleh menyebabkan kerosakan menjadi lebih besar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 10:51 AM

Gomen kasi cara BORONG, jual tanah harga LELONG, kemudian di-subdivide lot dan jual harga KELONG.....wei kalau nak tolong melayu-bumiputera jual Borong-Terus pada Abang-abang burger pun boleh bikin duit cepat!

Belajar tinggi sampai London tapi pakai consultant dari London jugak....so apa ilmu yang dia belajar PM yang satu nih? Nih masalah kalau orang atas semua ingat orang tepi jalan tak boleh paham the intricacies of financial-accounting of 1MDB?

Pulak ada satu komen sorang pakai tag "msh" menyombong kata MT UMNO dah settle ngan President (PM) dan hanya ahli dan MT punya pendapat saja matters, soalan rakyat tidak berpuashati bukan dorang punya issue. Sampai macam tuh tinggi hidung pembesar-pembesar UMNO tak kisah melayu-muslim-bumiputera hilang kuasa tampok kerajaan!

Sampai masa keadaan berlaku seperti yang kita semua takuti (GE14 annihilate UMNO-BN) masa tuh sumpah 7 keturunan pun tak cukup besar keatas pembesar-pembesar melayu-elite dimana sumpah mungkin 7,000 kali lebih besar dari 7 keturunan!

Its no small matter when even LKS have started preaching Hudud's relevency to muslims (not that we know PAS's Hudud is sincere or otherwise). Its worst than a mother-crab trying to tell its young to walk straight but the mother-crab attempting to tell newborn turtles how to head to the sea upon hatching! Orang melayu-muslim-bumiputera berada di hujung tanduk kalau di amati betul betul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 11:36 AM

En. din.
yang ni apa pulak dah....?
https://youtu.be/XhT1GV7xZqw

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2015 at 12:56 PM

@Anonymous
Mandi bunga tuh nak buang sial kat badan dia !

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2015 at 5:30 PM

Nada berbunyi macam kecewa. Bagai dah terang bersuluh pula.

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
May 14, 2015 at 6:08 PM

Assalammualaikum wmt,
Bro Din! Nampaknya apa yg dikemukakan Anon 11.30 ni ada kisah menarik.
Ini kisah anak Najib yg lain pulak. Tak nak buat cerita ker?
Kisahnya di https://youtu.be/XhT1GV7xZqw
Menarik juga wow!

Post a Comment